Вы находитесь на странице: 1из 8

a

Kesatuan wujud
Doktrin yang keempat adalah kesatuan wujud. Kesatuan wujud ini masih
ada hubungannya dengan doktrin-doktrin atau ajaran-ajaran sebelumnya, malah
berikatan erat. Dalam pembicaraan mengenai pembebasan mutlak, dipahami
bahwa seorang manusia boleh bersatu dengan Tuhan. Dalam kitab Weda banyak
sekali diterangkan tentang hubungan antara alam dan Brahma hingga
menyebabkan kepercayaan mereka terhadap kesatuan wujud.
Juga menurut kitab Weda, manusia dari segi ruhnya datang dengan
kemauan Tuhan Brahma. Ruhnya tidak berlainan dengan ruh yang maha besar,
hanya saja perbedaannya di antara keduanya adalah seperti benih dengan pohon.
Ketika ruh itu bersih dari tanda-tanda kebendaan, maka ia kembali kepada ruh
yang maha besar. Dengan sebab itulah keluarnya ruh dari jasad lebih dikenal
dengan sebutan jalan pulang.
Prinsip kesatuan wujud ini hampir sama persis dengan aliran tasawuf
dalam agama Islam, seperti yang dialami al-Hallaj dan Syekh Siti Jenar yang
dengan istilah jawanya yang terkenal dengan sebutan Manunggaling Kawula
Gusti

PEMIKIRAN SUFISTIK TOKOH HINDUISME SAI BABA

Hinduisme, seperti agama monoteistik yang lain, mempunyai pemikiran yang berlandaskan
kerohanian yang tidak sekadar terbatas kepada adat dan amalan sahaja. Kerohanian sangat
penting dalam Hinduism kerana ia adalah wajah pemikiran agama Hindu. Keperibadian dan
kepercayaan rohaniah secara tidak langsung membentuk struktur Hinduisme. Selain ia
mencerminkan dalaman penganut Hindu, ia juga terdapat beberapa cabang khusus dalam falsafah
Hinduisme iaitu Sad-Darsana. Sad-Darsana adalah enam sistem falsafah ortodoks dan
merupakan kaedah mencari kebenaran iaitu, Nyanya, Waisesika, Sankhya, Yoga, PurwaMimamsa dan Wedanta. Falsafah ini turut didukung oleh seorang tokoh Hinduisme iaitu Sai
Baba atau Shirdi Baba.

Sai Baba, atau nama sebenarnya ialah Shirdi Baba berasal dari Maharashtra, di negara
India. Beliau adalah tokoh sufistik dalam Hinduisme dan banyak memperkenalkan konsep
kerohanian berbanding keagamaan. Sai Baba sangat terkenal dalam Hinduisme kerana
kehidupannya yang sederhana, imej seorang wali (saint) dan digelar sebagai Awatara, iaitu
manifestasi Tuhan. Pemikiran sufistik Sai Baba banyak menyumbang beberapa ajaran kepada
penganut agama Hindu.
Sai Baba banyak memfokuskan arah pemikiran kepada Tauhid atau Advaita Vedanta
(keesaan Tuhan) dan mengajarkan tentang kesamaan (equality) dalam beragama. Beliau
berpendapat bahawa semua agama menawarkan asas dan konsep yang sama terutamanya dalam
nilai-nilai moral. Sai Baba juga menekankan tentang kesatuan wujud, iaitu sifat-sifat keindahan
Tuhan. Beliau seringkali mengajarkan tentang nama-nama Tuhan beserta sifat-sifat-Nya.
Selain itu, Sai Baba banyak melakukan ritual religi (keagamaan) seperti menyanyikan
nama-nama suci Tuhan dan mendorong pengikutnya berdoa, membaca kitab-kitab, teks-teks suci
Hindu seperti Ramayana, Wisnu Sahasranam dan Yoga Wasista. Sai Baba juga
mentafsir beberapa ajaran dalam kitab dan memperkenalkan tiga cabang utama
dalam Hinduisme iaitu Bhakti Yoga, Jnana Yoga, dan Karma Yoga. Pemikiran sufistik
beliau telah memberi pengaruh besar dalam perkembangan agama Hindu.
Pemikiran sufistik Sai Baba yang lain pula adalah kesedaran diri, iaitu
amalan-amalan mulia seperti bersedekah kepada orang yang lebih memerlukan.
Ego, nafsu, amarah dan emosi adalah perkara yang wajib dikawal bagi Sai Baba
kerana ini mengukur kemantapan iman dan akhlak seseorang.
Kesimpulannya, pemikiran sufistik dalam Hinduisme banyak dipengaruhi oleh
tokoh Sai Baba ini kerana kesederhanaannya dan penekanannya terhadap perihal
kerohanian telah membentuk beberapa cabang pemikiran falsafah Hinduisme

3.0

KESAN PENGARUH HINDU-

3.2

Kesan Keagamaan dan Adat Kepercayaan

Teras kepercayaan agama Hindu berdasarkan telah meninggalkan kesan negatif dan
positif terhadap masyarakat di Asia Tenggara dalam aspek-aspek berikut:

1.

Hukum Karma

Dengan adanya Hukum Karma ini ianya dapat membuat penganut agama
Hindu agar sentiasa berbuat baik sesama makhluk.
Ini kerana tindakan-tindakan untuk mencapai kehidupan selepas mati jika
melakukan amalan-amalan baik dan berbakti semasa hidup.

2. Pembahagian kasta berdasarkan hiraki berikut: Brahmin, Kesatria, Vaisya, Sudra,


Harijan. Biasanya Harijan langsung tidak termasuk dalam sistem kasta ini kerana ia
merupakan golongan Harijan merupakan golongan yang paling terkebawah sekali
dan golongan yang tidak boleh diusik kerana kedaifannya.

Ciri-ciri Sistem Kasta


a.

Merupakan sebuah fenomena seluruh masyarakat penganut agama Hindu

b. Dianggotai oleh kumpulan-kumpulan turun-temurun dan endogamous. Jika


dilihat dari segi varna terdapat empat kumpulan kasta iaitu Brahmin, Kshatriya,
Vaisya, dan Sudra, sedangkan Harijan adalah diletakkan di luar batasan kasta.
Kumpulan-kumpulan varna ini terbahagi kepada jati-jati atau kasta-kasta kecil yang
juga bersifat turun-temurun dan endaogamous.

c. kasta-kasta varna dan jati telah disusun mengikut hiraki dengan Brahmin yang
tertinggi dan Harijan yang terendah.

d. Setiap kasta varna dan jati mempunyai pertalian tradisi dengan satu atau dua
pekerjaan.

e.
Hubungan antara kasta-kasta diutarakan melalui gagasan kesucian dan
kekotoran.

f.
Idea-idea keagamaan Hindu tertentu seperti samsara, karma, moksha,
ahisma, dan dharma disebarkan melalui sistem kasta.

Samsara: perihal pusingan kelahiran, kematian dan kelahiran semula

Karma: tindakan ke arah kebaikan

Moksha: perihal membebaskan kewujudan masalah-masalah yang tidak ada


penghujungnya.

Ahisma: merupaka satu doktrin tidak melakukan kekejaman.

Dharma: tugas-tugas moral

g.
Susunan hiraki dalam sistem varna adalah tetap sepanjang masa, tetapi
dalam sistem jati boleh berubah mengikut peredaran masa.

Amalan-amalan yang berkaitan dengan Sistem Kasta.

h.
Sati iaitu janda kepada si mati perlu berkorban nyawa dengan membakarkan
dirinya bersama mayat suami yang meninggal dunia.

i.

Larangan terhadap janda untuk berkahwin semula.

j.
Perampasan harta pusaka keluarga daripada orang yang memeluk agama lain
atau disingkirkan daripada kasta.

k.

Perkahwinan di peringkat kanak-kanak.

l.
Penghinaan terhadap kasta Harijan yang dihalang daripada memasuki kuil,
sekolah dan kawasan kediaman kasta tinggi. Harijan juga tidak dibenarkan memiliki
tanah atau mengkaji kitab suci Hindu.

Amalan-amalan lain dalam adat Hindu

m. Pembunuhan anak-anak kecil perempuan kerana kesulitan membayar mas


kahwin atau mencari pasangan daripada kasta yang lebih.

n.

Perhambaan

o.
Kali

Thugee iaitu perompak membunuh orang sebagai menunaikan kehendak dewi

p.

Mempersembahkan manusia sebagai korban kepada Tuhan

3.3

Kesan ke atas pemikiran

Pengaruh Hindu-Buddha juga telah meninggalkan kesan ke atas pemikiran


masyarakat Asia Tenggara. Yang mana pengaruh dari India ini telah meninggkatkan
peradapan di mana kedudukan Raja pada zaman tersebut mempunyai fungsi dan
kebolehan sebagai seorang shaman. Raja sebagai shaman ditakrifkan sebagai
pawang atau bomoh yang mempunyai ilmu mentera dan jampi serapah. Hasil
daripada kepercayaan ini, rata-rata masyarakat Asia Tenggara pada ketika itu
mempunyai pemikiran bahawa Raja mempunyai kelebihan dan dapat menguasai
alam ghaib yang boleh mempengaruhi kehidupan individu-individu dalam
masyarakat. Kebolehan raja yang memiliki kuasa yang luar biasa ini telah
meletakkannya di satu kedudukan yang tinggi dalam strata sosial masyarakat.
Jelaslah menunjukkan bahawa seseorang raja perlu meyakinkan rakyat dalam taraf
pengetahuan yang difahami oleh rakyat sendiri iaitu dalam bentuk data dan sistem
sosial yang telah wujud sebeum tibanya pengaruh dari India[4].

3.4

Kesan ke atas sistem undang-undang

Kesan pengaruh Hindu-Buddha juga dapat dilihat dengan jelas. Ini kerana Raja
dianggap sangat istemewa kerana kedudukan Raja yang mempunyai kredibiliti
sebagai jelmaan dewa-dewa. Raja juga dianggap mempunyai kekuasaan mistik
yang luar biasa. Oleh kerana itu, apa sahaja yang diucapkan oleh Raja adalah
merupakan undang-undang yang mesti dipatuhi. Malahan terdapat juga kanun
diraja dan kanun rakyat yang bersandarkan kuat kepada kitab dharmasastras
(kanun manu) dan kitab arthasastreas (permasyoran politk)[5]. Jika dibandingkan
kedua-dua jenis undang-undang ini, kanun diraja lebih utama dan kuat diresapi oleh

penaruh Hindu-Buddha kerana golongan aristokrat lebih menerima pakai unsurunsur agama dan budaya dari India demi kepentingan kedudukan mereka yang
prestij itu.

3.5

Kesan ke atas sistem ekonomi

Pengaruh Hindu-Buddha telah meninggalkan kesan yang sangat ketara di kalangan


rakyat dan masyarakat Asia Tenggara. Pada zaman tersebut Raja dianggap
pemerintah yang wajib ditaati. Rakyat ataupun masyarakat daripada strata
bawahan yang terdiri daripada nelayan dan petani terpaksa membayar ufti yang
berupa bentuk emas atau pun cukai daripada hasil pekerjaan mereka kepada Raja
melalui pegawai-pegawai Raja yang dilantik khas untuk melaksanakan kutipan cukai
daripada rakyat kelas bawahan.

Disebabkan terdapatnya susunan hiraki dalam susunan kasta yang pengaruhnya


datang daripada India, masyarakat bahawan pada zaman pra-kolonial di Asia
Tenggara hanya mampu mempunyai pekerjaan yang setara dengan kelas dan status
sosialnya. Dari aspek ekonomi masyarakat pada zaman tersebut tidak mampu
menaik taraf kehidupan mereka kepada taraf yang lebih baik kerana susunan hiraki
yang mengikut kasta adalah sebagai sebahagian daripada kepercayaan
keaagamaan.

Selain daripada itu ajaran Buddha juga menganjurkan raja sebagai cakravin atau
raja yang memerintah di dunia atas apa jua kekuatan sama ada agama ataupun
ketenteraan (politik dan ekonomi).

3.6

Kesan ke atas seni budaya dan adat resam

Khazanah kebudayaan India lebih diminati dari falsafah agamanya sehingga


falsafah itu diabaikan dan diubahsuai menjadi seni[6]. Misalnya banyak tarian-tarian
keagaaman telah diadaptasi menjadi sebagai tarian seni dan kebudayaan di India
dan telah meresapi kepada masyarakat Asia Tenggara yang menganut agama
Hindu. Sementara itu gajah telah dinaik taraf sebagai binatang diraja dan
memperoleh kedudukan yang mulia bagi agama Hindu dan Buddha.

Ciri-ciri Indianisasi juga dapat dilihat jelas terhadap kesenian tempatan yang
berunsur India yang berevolusi menerusi penyebaran agama Hindu. Pengaruh
konsep drama dan pementasannya juga di adaptasi daripada kitab-kitab Hindu dan
tulisan daripada India. Cerita-cerita metos agama Hindu tersebut juga telah disadur
menjadi versi kesusasteraan dan seni budaya tempatan.

Tulisan yang utama pada zaman Hindu-Buddha ialah tulisan Nagari Pallava (Buddha)
dan Sanskrit (Hindu). Huruf Devanagari (satu dari tulisan kuno India selain dari
tulisan Kharosthi dan Brahmi) dari bahasa Sanskrit[7]. Wujudlah juga bahasa yang
berbeza iaitu bahasa dalam istana yang digunakan oleh golongan bangsawan
manakala bahasa luar istana digunakan oleh golongan rakyat biasa. Manakala
kesan lain yang bersifat baru iaitu lebih bercorak feudal, egocentrisme dan lainlainnya dalam masyarakat dan individu juga berubah meniggkatkan kemahiran
perindustrian dan perhubungan perdagangan.

3.7

Kesan ke atas ilmu pengetahuan

Akibat daripada penggaruh Hindu-Buddha terdapat juga kesannya keatas ilmu


pengetahuan. Menurut Soekmono[8] membahagi empat kumpulan jenis kitab dari
India iaitu:

a. Kitab keagamaan (tutur);

b. Kitab hukum (sastra yang dibahagi kepada kitab umum dan kitab khusus/casana
yang ditujukan kepada golongan tertentu seperti kitab-kitab untuk menentukan hak,
status dan kewajiban pendita misalnya kitab Rsicana);
c. Kitab epik-lagenda (wiracarita), misalnya yang utama ialah Ramayana,
Mahabhrata dan Bhagava-Gita; dan

d. Lain-lain kitab termaksuklah keagamaan, kesusilaan dan kitab-kitab huraian


sejarah seperti Nagarakrtagama (cerita peringatan ke atas raja Hayam Euruk dan
kekuasaan Majapahit di rantau ini ditulis oleh Prapanca, pemuisi istana yang
mengelola biara-biara agama Buddha bagi pihak kerajaan), Niddesa sebagainya.

Agama Hindu adalah agama yang mempunyai program atau bentuk serta
mempunyai ketua agama yang khusus. Faktor-faktor ini menyebabkan agama itu
lebih dianggap longgar berbanding agama Buddha dalam cara penyebarannya
sehingga memudahan sinkritisme dengan animisme tempatan (kepercayaan
primodial). Justeru itu juga maka ajaran Cakti dan Tantra (mengutamakan aspekaspek sihir dan ghaib) lebih popular dari ajaran Hindu yang sebenarnya. Menurut
Coedes[9], contoh sinkristisme ini dapat dilihat pada inskripsi di Jawa misalnya yang
menyebut tentang tiga aliran agama iaitu Saira (peyembahan Siva, agama Hindu),
Sogata (Buddha) dan Rishi (penganut fahaman aliran lama). Manakala dalam unsur
Brahmanisme dapat dikategorikan kepada dua iaitu yang pertama Brahmanisme
rakyat dan keduanya ialah Brahmanisme istana.

Agama yang masih bertahan hingga kini.


Ketiga Terbesar di dunia.
Percampuran antara kepercayaan dan agama yang dibawa bangsa Arya
dengan kepercayaan bangsa Dravida atau bangsa asli India.
Banyak tuhan/dewa.
Tiga tuhan yang terkenal Brahmana (Dewa pencipta), Wisnu (Dewa
pemelihara), dan Syiwa (Dewa pembinasa).
Kitab suci agama hindu adalah veda
Ada banyak kepercayaan atau akidah.
Ada juga kesan +, -

Вам также может понравиться