Вы находитесь на странице: 1из 14

KERJA KURSUS GEOGRAFI

NAMA CALON : NUR ‘AMIRAH MOHD NOOR

TINGKATAN : 2 KRK 3

NOMBOR KAD PENGENALAN : 920509-03-5380

ANGKA GILIRAN :

NAMA SEKOLAH : SEKOLAH MENENGAH


KEBANGSAAN SULTAN
IBRAHIM(1)

TAJUK KERJA KURSUS : KOMPOSISI PENDUDUK


DI KAMPUNG
PENGKALAN PASIR,
PASIR MAS, KELANTAN

NAMA GURU : ENCIK MARZAIDIN YAACOB

ISI KANDUNGAN

BIL TAJUK HALAMAN


1 PENGHARGAAN 1
2 PENDAHULUAN 2
3 OBJEKTIF KAJIAN 3
4 KAWASAN KAJIAN 4-7
5 KAEDAH KAJIAN 8
6 KOMPOSISI PENDUDUK 9 - 11
7 JENIS PEKERJAAN PENDUDUK
MENGIKUT KAUM 12 - 14
8 FAKTOR PERKAITAN ANTARA
PENDUDUK DENGAN
PEKERJAAN 15
9 CADANGAN MENINGKATKAN
PENDAPATAN PENDUDUK 16
10 RUMUSAN 17
11 RUJUKAN 18
12 LAMPIRAN 19 - 22

PENGHARGAAN

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang


telah membantu saya dalam pengumpulan maklumat hingga terhasilnya
laporan kajian mengenai dinamik penduduk di Kampung Pengkalan Pasir,
Pasir Mas, Kelantan. Ucapan terima kasih ditujukan khususnya kepada
pihak sekolah yang memberi pelbagai bantuan dan kebenaran menjalankan
kajian.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Encik Marzaidin Yaacob, guru


mata pelajaran Geografi Tingkatan Tiga Rancangan Khas Tiga(2KRK3)
yang telah memberi panduan, nasihat serta bimbingan dan tunjuk ajar
sepanjang masa kajian ini dijalankan dan juga kepada Tuan Pengetua
SMKSIS yang banyak memberi dorongan. Dan yang paling utama ucapan
ribuan terima kasih ini juga ditujukan khas kepada ibu bapa tersayang iaitu
Encik Mohd Noor bin Abdul Rahman dan Puan Nor Majidah binti Lajib
kerana telah memberi banyak perhatian dan semangat kepada saya bagi
menyempurnakan kajian ini.

Terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan seperjuangan yang


telah memberi kerjasama serta sumbangan yang ikhlas yang dihulurkan
semasa kajian ini dijalankan. Ucapan terima kasih juga kepada semua
penduduk di Kampung Pengkalan Pasir yang telah memberikan kerjasama
yang baik semasa temu bual dijalankan.

Wassalam….

PENDAHULUAN

Saya Nur ‘Amirah binti Mohd Noor, pelajar tingkata 2KRK3 di


Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ibrahim Satu. Saya telah
menjalankan kajian di kawasan kediaman saya. Saya menjalankan kajian
tentang dinamik penduduk di sebahagian kawasan perumahan Kampung
Pengkalan Pasir. Saya juga telah menjalankan temu bual tentang jenis
pekerjaan penduduk di kawasan kajian. Kajian ini mengambil masa kira-
kira selama dua minggu untuk saya menulis laporan.

Melalui kajian yang dijalankan, saya dapat mempelajari kaedah


merekot data dan mempersembahkan data dalam bentuk graf dan jadual.
Saya juga dapat mengenal pasti dinamik penduduk di kawasan kajian, dan
juga jenis pekerjaan penduduk.

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian saya ialah :

a. Menjalankan kajian di tempat tinggal saya.

b. Mengenal pasti dinamik penduduk di kawasan kajian.

c. Mengenal pasti tentang jenis-jenis pekarjaan penduduk di kawasan


kajian.

d. Mengenal pasti perkaitan antara komposisi penduduk dengan


pekerjaan di kawasan kajian.
e. Mengenal pasti faktor yang mempengaruhi perkaitan antara
komposisi penduduk dengan jenis pekerjaan.

f. Merekod dan mempersembahkan meklumat dan data dalam bentuk


jadual, graf dan peta lakaran.

g. Menyatakan huraian kajian antara komposisi penduduk dengan jenis


kajian.

KAWASAN KAJIAN

Kawasan kajian saya merupakan sebahagian daripada kawasan


Kampung Pengkalan Pasir. Kampung Pengkalan Pasir terletak kira-kira 2
kilometer daripada pusat bandar Pasir Mas. Keluasan Kampung Pengkalan
Pasir pula ialah kira-kira 4 kilometer persegi dan jumlah penduduk pula
dianggarkan kira-kira 500 orang yang terdiri daripada kaum Melayu dan
Cina. Kampung Pengkalan Pasir juga dihubungi oleh jalan raya yang
berturap dan digunakan oleh kareta, van dan motosikal.

Penghulu di kawasan kajian, Kampung Pengkalan Pasir pula


bernama Haji Roji bin Daud. Tok imam Kampung Pengkalan Pasir pula
bernama Haji Musa bin Abdullah. Manakala bilal Kampung Pengkalan
Pasir pula bernama Muhammad bin Bakar.

Kemudahan fizikal yang ada di Kampung Pengkalan Pasir ialah


sungai. Sungai ini menghubungkan Jalan Pasir Mas dengan jalan ke Kota
Bharu dan di Kampung Pengkalan Pasir juga terdapat sawah padi di mana
ianya menjadi rutin harian petani untuk mencari rezeki.

Saya memilih kawasan Kampung Pengkalan Pasir sebagai kawasan


kajian saya kerana kawasan ini adalah kawasan yang maju dan kawasan ini
juga terdapat banyak kemudahan asas antaranya stesen minyak, kedai
runcit, kedai makan dan di samping itu sekolah saya juga cuma 1 kilometer
dari kawasan Kampung Pengkalan Pasir. Rumah saya juga terletak di
Kampung Pengkalan Pasir.
KAEDAH KAJIAN

a. Rujukan dari penghulu kampung


 Saya mendapat maklumat tentang kadudukan secara khusus dan
efektif.

b. Pemerhatian di kawasan kajian


 Melalui pemerhatian ini saya dapat mengenal pasti keadaan
kawasan kajian saya.

c. Temubual bersama penduduk kampung


 Tujuannya adalah untuk mengumpul maklumat dan data penting
tentang jenis pekerjaan mereka.

HASIL KAJIAN

Jadual menunjukkan komposisi punduduk di Kampung


Pengkalan Pasir. Penduduk di kawasan kajian ini terdiri daripada
kaum Melayu dan Cina. Didapati jumlah penduduk di Kampung
Pengkalan Pasir (berdasarkan 50 buah rumah yang dipilih) iaitu
seramai 500 orang. Bilangan kaum Melayu ialah seramai 484 orang
penduduk. Manakala bilangan kaum Cina dianggarkan seramai 16
orang.

Berpandukan graf, didapati peduduk di Kampung Pengkalan


Pasir terdiri daripada kaum Melayu dan kaum Cina. Lebih separuh
daripada jumlah penduduk Kampung Pengkalan Pasir terdiri daripada
kaum Melayu iaitu seramai 484 orang, diikuti oleh kaum Cina iaitu
seramai 16 orang. Secara keseluruhan bilangan lelaki lebihramai
daripada bilangan perempuan. Bilangan lelaki kaum Melayu melebihi
bilangan perempuan kaun Melayu iaitu seramai 162 orang. Bagi kaum
Cina pula, bilangan lelaki kaum Cina melebihi bilangan perempuan
kaum Cina iaitu seramai 6 orang.
KOMPOSISI PENDUDUK MENGIKUT KAUM
DI KAMPUNG PENGKALAN PASIR

JANTINA / MELAYU CINA JUMLAH


KAUM
LELAKI 323 11 334
PEREMPUAN 161 5 166
JUMLAH 484 16 500
Sumber : Soal selidik

HASIL KAJIAN

Jadual dan graf menunjukkan jenis pekerjaan penduduk di


Kampung Pengkalan Pasir. Seramai 9 orang daripada jumlah
responden yang di temubual adalah ahli-ahli professional, seperti
guru, polis dan pengurus bank.

Tiga orang daripada jumlah responden yang di temubual bekerja


sebagai peniaga. Semuanya merupakan peniaga Melayu. Dua
daripada jumlah responden Melayu di kawasan kajian bekerja sebagai
buruh. Responden yang lain bekerja sebagai petani dan kakitangan
swasta.
JENIS PEKERJAAN PENDUDUK DI
KAMPUNG PENGKALAN PASIR

JENIS BILANGAN
PEKERJAAN PEKERJA
Pengurus bank 3
Buruh 10
Guru 15
Polis 17
Peniaga 32
Petani 34
Kakitangan swasta 35
Lain-lain 40
Jumlah 186
Sumber : Soal selidik

FAKTOR PERKAITAN ANTARA PENDUDUK


DENGAN PEKERJAAN

 Pendidikan penduduk di Kampung Pengkalan Pasir adalah


tinggi.

 Sumber utama pendapatan penduduk Kampung Pengkalan


Pasir ialah berniaga.

 Kemudahan asas di Kampung Pengkalan Pasir ialah kereta


api, masjid dan lain-lain lagi.

 Bentuk muka bumi di Kampung Pengkalan Pasir ialah


bertanah Aluvium.

 Sejarah kampung ini ialah berniaga iaitu peniaga di


kampung ini adalah turun temurun dari nenek moyang
mereka
CADANGAN MENINGKATKAN
PENDAPATAN PENDUDUK

a. Mewujudkan bandar baru Pasir Mas.


 Bandar Pasir Mas telah padat. Kampung Pengkalan Pasir boleh
diwujudkan bandar baru kerana berhampiran dengan bandar.

b. Menambahkan infrastuktur.
 Infrastuktur dapat menambahkan pendapatan penduduk seperti
membuka banyak peluang pekarjaan.

c. Pasaran lebih luas.


 Membuka pasaran yang lebih luas kepada penduduk untuk
meningkatkan pendapatan penduduk.

d. Pekerjaan.
 Pekerjaan di kampung ini berkurang dan ia perlukan pekerjaan
seperti berniaga dan lain-lain lagi.

e. Menambah modal / pinjaman.


 Kerajaan perlu memberi modal kepada penduduk kampung
untuk meningkatkan pendapatan penduduk.

RUMUSAN

Kajian yang telah saya jalankan menunjukkan bahawa Kampung


Pengkalan Pasir mempunyai komposisi penduduk yang berbilang kaum.
Komposisi penduduk yang berbilang kaum tersebut adalah kaum Melayu
dan kaum Cina. Secara am, kaum Melayu mengatasi kaum Cina.
Kedudukan kawasan kajian membolehkan mereka pergi ke tempat karja
dengan mudah. Namun begitu, ada juga yang menggunakan perkhidmatan
pengangkutan awam seperti bas untuk ke tempat kerja.

Saya merasa amat bertuah kerana penduduk di kampung ini hidup


dalam aman dan damai tanpa konflik. Mereka mempunyai interaksi yang
baik antara satu sama lain. Mereka sering kali mengambil bahagian dalam
aktiviti-aktiviti perpaduan yang dijalankan. Mereka juga saling
bekerjasama antara satu sama lain. Malahan, mereka juga saling
mengambil berat antara satu sama lain.

Perpaduan antara penduduk juga dapat dilihat dalam kehidupan


seharian penduduk Kampung Pengkalan Pasir. Penduduk Kampung
Pengkalan Pasir sangat cintakan kampung halaman, malah mereka juga
sangat cintakan negara Malaysia.

RUJUKAN

a. Buku teks
 Geografi Tingkatan 2
 Penulis
- Abdul Aziz Bin Abdul Rahman
- Lim Jin Choon
- Ratnam Karuppiah Servai
 Editor
- Nor Wati Binti Juahir
- Norhasikin Binti Sharom
 Cetakan
- Rina Sdn,Bhd
 Tahun keluar
- 2004

 Geografi Tingkatan 3
 Penulis
- Khaw Ah Seng
- Habibah Binti Haji Lateh
- Tan Koh Lim
 Editor
- Juwairiah Binti Ismail
 Cetakan
- PTS Publication & Distributors Sdn.Bhd
 Tahun keluar
- 2004
b. Buku rujukan
 Tajuk
- i-STUDI TERBAIK GEOGRAFI TINGKATAN 1.2.3
 Pengarah
- Sabaruddin Abdul Rahman
- Normala Ahmad
 Cetakan
- M&M Printers Sdn.Bhd
 Penerbit
- SNP Panpac (M) Sdn.Bhd

LAMPIRAN
SURAT KEBENARAN IBU BAPA / PENJAGA

Pengetua,
Sekolah Menengah Sultan Ibrahim(1)
17000 Pasir Mas,
Kelantan. Tel : 09-7909922

Tuan,

Menjalankan Kajian Geografi Tempatan (KGT)

Merujuk perkara di atas saya .........................................................


membenrkan anak jagaan saya ......................................................... pelajar
dari tingkatan ............ untuk menjalankan Kajian Geografi Tempatan bagi
memenuhi Sukatan Pelajaran Geografi Tingkatan Tiga.

2. Saya faham bahawa semasa menjalankan kajian ini, jika berlaku sesuatu
yang tidak diingina kepada anak saya, saya tidak akan mengambil sebarang
tindakan terhadap pihak sekolah.

Sekian,terima kasih

Yang benar,

..............................................
( )
SURAT PENGENALAN DIRI PELAJAR

Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ibrahim(1)


17000 Pasir Mas,
Kelantan. Tel : 09-7909922

Rujukan kami :
Tarikh :

KEPADA SESIAPA YANG BERKENAAN

Tuan / puan

Kajian Geografi Tempatan (KGT)

Pembawa surat ini ................................................................. adalah seorang


pelajar tingkatan ................ dari Sekolah Kebangsaan Sultan Ibrahim(1)
17000 Pasir Mas. Pelajar ini sedang membuat kajian luar untuk memenuhi
syarat kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia bagi mata pelajaran
Geografi KBSM.

2. Kerjasama dan bantuan tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian,

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah

.....................................................
( HAJI ADNAN B. CHE OTHMAN)
Pengetua,
SMK Sultan Ibrahim(1)
17000 Pasir Mas,
Kelantan.
SURAT KEBENARAN UNTUK MELAWAT /
MENEMURAMAH DAN MENDAPAT BAHAN SUMBER

Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ibrahim(1)


17000 Pasir Mas,
Kelantan. Tel : 09-7909922

Rujukan kami :
Tarikh :
Tuan,

Kajian Geografi Tempatan(KGT)

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa pelajar-pelajar sekolah ini sedang


menjalankan projek Kajian Geografi Tempatan.

3. Kajian ini merupakan sebahagia daripada pengajaran dan pembelajaran


mata pelajaran Geografi KBSM. Kajian melibatkan pelajar sekolah
mengumpul meklumat dan mendapatkan maklumat tentang beberapa aspek
geografi tempatan.

4. Sehubungan itu, pihak kami berbesar hati jika pihak tuan dapat memberi
kerjasama kepada pelajar untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan.

5. Kerjasama dan bantuan tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah

........................................................
(HAJI ADNAN B. CHE OTHMAN)
Pengetua,
SMK Sultan Ibrahim(1)
17000 Pasir Mas,
Kelantan.
TAMAT

Вам также может понравиться