Вы находитесь на странице: 1из 7

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KEBITARAAN BIL.

01/2016
SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN
SEKOLAH KEBANGSAAN ST. ANNE W.P. LABUAN
TARIKH
MASA
TEMPAT
Hadir
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
13.
14.
15.
16.
17.
18.
19.
20.
21.
22.
23.
24.
25.
26.
27.
28.
29.

: 14 JANUARI 2016
: 02.30 4.10 PETANG
: PUSAT SUMBER SEKOLAH

:
Cik Shim Ching Teo
Pn. Nursyafeena @ Josephine James Adong
Pn. Amrel @ Martinah binti Yubai
Pn. Shamsuria binti Ebni
Pn. Rashidah @ Roslidah binti Hj Awang Besar
Cik Samsiah binti Atar
Pn. Nor Adliha binti Mohamed
Cik Kamaliah binti Md Yusof @ Yusop
En. Lau Lee Soh
Pn. Thilageswary a/p Maniam
Cik Yusnira binti Abdullah
Cik Hakimah binti Ibrahim
Cik Diana Farahdilla binti Fadli
Pn. Zuraini binti Mohd Isa
Pn. Khatijah binti Lamudin
Pn. Norain @ Norin binti Zainuddin
Pn. Musliah binti Hj Muhamad
En. Mohd Faiz bin Mohd Zokri
En. Abdul Latiff bin Tokiran
Pn. Josephine Fu Min Yin @ Noorsheila Aida
Pn. Muharna @ Ana binti Shariff Mucklie
Pn. Surianty binti Darsa
Pn. Aida binti Jabir
Cik Zahidah binti Md Yussof
Pn. Marianti binti Ahmad
Pn. Azleani binti Mohd Azley
En. Ciptho Wiryawan @ Mohd Ikhwani
Pn. Malaysiah binti Jaujie
Pn. Rose Mary Joseph

Tidak Hadir :
1.
Cik Nur Atiqah binti Ahmad Zaki
2.
Pn. Delim binti Lee
3.
Pn. Nor Hani binti Misbah

- Guru Besar
- PK Kokurikulum
- PK Pentadbiran
- PK Hal Ehwal Murid

Sebab
- Mesyuarat
- Mesyuarat
- Cuti Bersalin

1.0

2.0

Perutusan Pengerusi
1.1

Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir ke


mesyuarat jawatankuasa kebitaraan bil. 01/2016.

1.2

Pengerusi berharap agar tiada perubahan yang dilakukan sendiri oleh guru
apabila senarai jawatankuasa sudah ditetapkan.

1.3

Pengerusi mengingatkan guru-guru yang bertanggungjawab mengendalikan


aktiviti menyediakan kertas kerja untuk persediaan awal. Kertas kerja
hendaklah dihantar selewat-lewatnya dua minggu sebelum program
berlangsung.

Pengesahan Minit Mesyuarat


Minit mesyuarat bil. 04/2015 telah dicadang dan disokong.

3.0

Dicadang

: Pn. Thilageswary a/p Maniam

Disokong

: En. Lau Lee Soh

Perkara Berbangkit
3.1

Pengerusi mengarahkan setiausaha kebitaraan sekolah 2015 untuk


menyenaraikan laporan yang belum dihantar bagi aktiviti-aktiviti yang
dilaksanakan pada tahun lalu.
Tindakan : Setiausaha Kebitaraan Sekolah 2015

3.2

Pengerusi memaklumkan set barangan robotik disimpan di stor simpanan


kerana lebih selamat. Bagi mengelakkan stor simpanan bersepah, pengerusi
mengarahkan barangan guru yang tidak berkaitan dikeluarkan dengan kadar
segera sebelum arahan pembersihan dilaksanakan.

3.3

Pengerusi mencadangkan piano yang disimpan dalam bilik pemulihan


dikeluarkan dan diletakkan di atas pentas. Hal ini supaya murid berpeluang
untuk main piano tersebut pada waktu rehat
Tindakan : Makluman

3.4

Pengerusi mengarahkan agar semua harta persendirian seperti baju T dan kot
putih Doktor Muda hendaklah disemak dan direkod. Buku log penggunaan
peralatan hendaklah diwujudkan supaya dapat mengelakkan daripada
berlakunya kehilangan alatan.
Tindakan: Penyelaras Kebitaraan BI serta Sains & Matematik

3.5

Pengerusi menceritakan pengalaman pergi ke SK Kiau dan turut menyatakan


bahawa sekolah tersebut berminat untuk menjadi mentee SKK SK St. Anne.
Pihak SK Kiau turut berminat untuk menyertai aktiviti yang dijalankan oleh
pihak sekolah.
Pengerusi berharap agar tahun ini lebih banyak penglibatan guru dalam aktiviti
khidmat masyarakat. Pengerusi turut menyatakan saranan untuk mengadakan
khidmat masyarakat di rumah anak-anak yatim di Tambunan.
Tindakan : Makluman

4.0

Peruntukan Kebitaraan
4.1

Pengerusi menyatakan terdapat perbelanjaan yang tidak diluluskan


sepertimana terdapat dalam RFP yang sudah diedarkan kepada semua guru.
Bagi peruntukan yang tidak diluluskan, penyelaras bertanggungjawab untuk
mencadangkan beberapa aktiviti yang memberi impak yang tinggi kepada
murid mengikut peruntukan berkenaan.
Tindakan: Penyelaras Kebitaraan BI dan Sains & Matematik

4.2

Penyelaras Kebitaraan Sains & Matematik, Pn. Surianty mencadangkan untuk


mengadakan Minggu Sains dan Matematik pada 15 hingga 19 Ogos bagi
menggantikan peruntukan yang tidak diluluskan
Tindakan : Makluman

4.3

Pengerusi mengingatkan guru yang bertanggungjawab untuk menyediakan


kertas kerja berdasarkan peruntukan yang telah diluluskan.
Tindakan : Makluman

4.4

Pengerusi mengingatkan segala permohonan pembelian alat robotik perlu


dibuat dari sekarang.
Tindakan: Penyelaras Kebitaraan Sains & Matematik

4.5

Pengerusi turut mengingatkan penyelaras program jaringan untuk


menghubungi sekolah yang terlibat untuk merancang aktiviti yang boleh
dilaksanakan.
Cikgu Azleani mencadangkan sekolah untuk melaksanakan program jaringan
ke sekolah lain.
Pengerusi menyatakan masa yang diperlukan untuk merancang program
antarabangsa ialah sekurang-kurangnya 3 hingga 4 bulan. Oleh hal yang
demikian, sekolah akan meneruskan program SISTER SCHOOL di Perth,
Australia.
Tindakan: Penyelaras Program Jaringan Pengantarabangsaan

4.6

Pengerusi turut menggalakkan penyertaan sekolah sekiranya ada jemputan dari


sekolah lain untuk menambah jaringan sekolah.
Tindakan: Makluman

5.0

Pengurusan Kebitaraan
5.1

Pengerusi mengarahkan Cikgu Rose Mary untuk menyediakan kertas kerja


dalam kadar segera memandangkan tarikh program Creative Writing ialah
pada 26 Februari 2016.
Tindakan: Penyelaras Program Creative Writing

5.3

Pengerusi turut menggalakkan agar penyelaras program peringkat kebangsaan


mengiklankan program ke dalam blog sekolah kluster untuk
memperbanyakkan penyertaan dari sekolah lain.
Tindakan: Penyelaras Program Adventure Kids & Karnival Sains dan Matematik

5.4

Cikgu Azleani memaklumkan bahawa beliau dan setiausaha kebitaraan akan


menyediakan laporan bagi setiap latihan kebitaraan. Oleh itu, beliau meminta
agar semua penyelaras program latihan pasukan pelapis kebitaraan agar
mengambil 12 keping gambar dan dimasukkan dalam Facebook sekolah untuk
pendokumentasian.
Tindakan: Penyelaras Program Latihan Pasukan Pelapis Kebitaraan

5.5

Pengerusi mengingatkan setiap kertas kerja hendaklah sama dengan


peruntukan kewangan yang dikeluarkan.
Tindakan: Semua guru

6.0

Perlaksanaan Program
6.1

Pengerusi memaklumkan latihan kebitaraan akan dimulakan sebaik sahaja


peruntukan kluster telah diterima dari Bahagian Peruntukan Kluster,
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Bagi tahun ini, latihan kebitaraan akan diadakan 12 kali setahun untuk satusatu aktiviti. Oleh itu, 12 laporan perlu disediakan bagi setiap aktiviti.
Tindakan: Makluman

6.2

Puan Norsyafeena memaklumkan terdapat beberapa jenis laporan yang perlu


dihantar ke bahagian sekolah kluster seperti yang sudah dimaklumkan kepada
individu yang bertanggungjawab.
Tindakan: Makluman

6.3

Pengerusi mengingatkan semua penyelaras program latihan untuk memilih


murid yang betul-betul berkebolehan untuk dijadikan wakil dan pasukan
pelapis sekolah.
Tindakan: Penyelaras Program Latihan Pasukan Pelapis Kebitaraan

6.4

Pengerusi meminta penyelaras kebitaraan untuk menyemak semula nama


murid bagi mengelakkan pertindihan. Senarai nama baru perlu dikeluarkan
sebelum latihan kebitaraan bermula.
Tindakan: Penyelaras Kebitaraan

6.5

Pengerusi mengingatkan semua guru supaya membuat kotasi barang yang


diperlukan lebih awal sebelum program dijalankan. Pengerusi menyatakan
barang yang dibeli sendiri sebelum kotasi diluluskan tidak boleh dituntut
semula.
Tindakan: Makluman

7.0

Hal-hal Lain
7.1

Pengerusi meminta Ustaz Chipto untuk menyediakan kotasi bagi aktiviti


eureka, dan menyerahkannya kepada Puan Nursyafeena.
Tindakan: Ustaz Chipto

7.2

Cikgu Azleani meminta salinan kotasi untuk aktiviti kebitaraan sekolah


diletakkan dalam pigeon hole penyelaras kebitaraan atau setiausaha kebitaraan.
Beliau turut menegaskan untuk setiap organisasi program yang dijalankan
perlu ada setiausaha yang bertanggungjawab untuk menyediakan sebarang
dokumen surat-menyurat.
Tindakan: Makluman

7.3

Pengerusi menggalakkan semua guru untuk selalu melayari blog sekolah


kluster untuk memilih mana-mana pertandingan yang boleh disertai oleh
sekolah.
Tindakan: Makluman

7.4

Pengerusi turut mencadangkan agar sekolah menubuhkan ahli jawatankuasa


dokumentasi dan publisiti. AJK ini ditubuhkan untuk menyediakan laporan
bagi pihak media untuk disiarkan.
AJK yang telah dipilih dan dipersetujui ialah Cikgu Thilageswary sebagai
ketua dan dibantu oleh Ustazah Khatijah, Cikgu Malaysiah, Cikgu Latiff dan
Cikgu Yusnira.
Tindakan: Makluman

8.0

Penutup
8.1

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.10 petang.

Disediakan oleh,
Disemak oleh,
(ZAHIDAH BINTI MD YUSSOF)
Setiausaha Kebitaraan Sekolah,
SKK SK St. Anne,
W.P. Labuan

(SHIM CHING TEO)


Guru Besar,
SKK SK St. Anne,
W.P. Labuan

Minit dicadangkan oleh:

Minit disokong oleh:

_______________________________

_______________________________

Вам также может понравиться