Вы находитесь на странице: 1из 16

PERANAN GURU DALAM MEMBENTUK GENERASI YANG BERMORAL PADA

MASA AKAN DATANG.

Ditulis bersama oleh : Rozita & Noradibah


Roslan (OUM 2008)

Pendahuluan

Peranan guru sebagai pendidik bagi membentuk generasi yang bermoral pada masa sekarang dan
masa akan datang adalah sangat penting. Di mana guru bukan saja menyampaikan ilmu tetapi
membentuk insan yang berketrampilan dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan spiritual.
Guru yang memainkan peranan yang berkaitan dengan memberi bantuan dan semangat,
memerhati dan membentuk sahsiah yang murni dan mendisiplinkan pelajar-pelajar supaya patuh
terhadap peraturan-peraturan sekolah dan norma hidup dalam keluarga dan masyarakat.
Guru Pendidikan Moral mempunyai tanggungjawab yang penting. Selain daripada perlu
menyampaikan pelajarannya dengan berkesan beliau perlu menjadi contoh kepada pelajarnya.
Guru Pendidikan Moral bukan sahaja mengajarkan nilai-nilai moral kepada murid-murid tetapi
harus menghayati serta mengamalkannya. Mereka ialah Role Model yang merupakan kayu

ukur kepada perkembangan moral pada pandangan pelbagai pihak, khususnya pelajar-pelajar di
sekolah tersebut.

2. Peranan guru dalam melahirkan insan bermoral.

Peranan guru Pendidikan Moral harus sedar bahawa murid-murid yang datang ke sekolah telah
mempelajari pendidikan moral di rumah daripada keluarga dan masyarakat. Ini bermakna kanakkanak telah mempunyai sikap, kepercayaan dan tabiat tentang moral yang dipelajari mereka
daripada pelbagai sumber sebelum mereka ke sekolah. Kerencaman latar belakang ini
mewujudkan pelbagai persoalan moral dari segi pengetahuan amalan dan prinsip hidup kanakkanak yang masih boleh dilentur (Maznah, t.t:2).

Guru Pendidikan Moral juga harus sedar bahawa sekolah itu sendiri merupakan sumber
pembelajaran moral secara tidak langsung. Suasana sosial di sekolah, cara sekolah itu ditadbir
dan bagaimana guru-guru bertingkah laku akan memberikan pengaruh secara tidak langsung
kepada pembelajaran moral kanak-kanak di sekolah. Guru Pendidikan Moral mesti menerima
hakikat bahawa nilai-nilai moral sudah tertanam dalam diri murid-murid. Guru haruslah bersedia
untuk mengajar Pendidikan Moral dengan mengambil kira pengetahuan dan pembelajaran moral
yang sedia ada. Guru dikehendaki memperkembangkan pengetahuan moral murid-murid ini dan
membimbing mereka semasa pengajaran Pendidikan Moral dilaksanakan. Pendidikan Moral di
sekolah digunakan untuk memperkembangkan pengetahuan moral kanak-kanak ke arah
mencapai matlamat kurikulum untuk melahirkan individu yang bermoral tinggi (Maznah, t.t:2).

Bagi membolehkan guru memainkan peranan bagi melahirkan generasi yang bermoral, ianya
boleh dilihat dari lima peranan penting dalam melahirkan insan bermoral. Peranan tersebut ialah
seperti berikut :

2.1 Menyampaikan ilmu (Muallim). Ilmu pengetahuan yang benar dan diyakini akan
menjadikan seseorang individu itu berpegang teguh dalam amalannya. Guru berperanan untuk
menyampaikan ilmu yang berkaitan dengan nilai-nilai murni dalam proses melahirkan insan
yang bermoral. Guru harus menyampaikan isi kandungan pendidikan dengan lebih berkesan
tanpa mengabaikan nilai-nilai murni dalam menyampaikan apa juga disiplin ilmu. Ini
bersesuaian dengan dasar Kementerian Pelajaran Malaysia yang menekankan nilai-nilai murni
merentasi kurikulum (Saharudin, 2008:10).

2.2 Menjayakan proses pendidikan/tarbiyah (Murabbi). Guru sejati, guru cemerlang dan guru
yang baik adalah guru yang menjayakan proses tarbiyah. Proses ini adalah dari mendidik anakanak tidak tahu membaca kepada bolah membaca sehingga menjadi pemimpin Negara. Guru
Murabbi adalah guru segala-galanya. Oleh yang demikian, guru seharusnya sentiasa peka kepada
perubahan. Perubahan yang berkaitan dengan profesionnya dan juga perubahan lain yang berlaku
di sekelilingnya. Guru Murabbi sentiasa berpegang teguh dan memikul tanggungjawab
sepenuhnya untuk mengajar dan mendidik serta memberi teladan kepada murid-muridnya. Guru
Murabbi juga sentiasa faham dengan tugas guru yang mulia. Beliau menjadikan sekolah sebagai
rumah dan syurganya, yang sentiasa memerangi kejahilan, kebodohan, kelemahan dan kelalaian
diri dan murid-muridnya (Saharudin, 2008:10).

2.3 Memperkembangkan kemahiran (Mudarris). Guru-guru berperanan untuk


memperkembangkan kemahiran dalaman dan luaran murid-muridnya. Kemahiran dalaman guru
menurut Ranjit Singh Malhi dalam bukunya, Success depends on Teachers memberi ulasan
kepada PIPP yang merangkumi empat aspek utama iaitu; kemahiran sikap peribadi (personal
attributes), kemahiran penampilan diri (interpersonal), kemahiran menyelesaikan masalah, dan
kemahiran membuat keputusan.

Kemahiran sikap peribadi (personal attributes), melibatkan berpegang teguh kepada etika kerja,
kemahiran menghormati iaitu menghormati pelanggan dan orang-orang lain serta

persekitarannya. Contohnya guru perlu mempunyai kemahiran menghormati murid sebagai


pelanggan operasi, seperti tidak mengaitkan apa-apa yang boleh menyentuh perasaan secara
negatif seperti mengeluarkan kata-kata kesat dan menghina mereka (Saharudin, 2008:10).

Kemahiran penampilan diri (interpersonal) pula berkaitan kemahiran seseorang guru dalam
menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan. Kemahiran luaran melibatkan kemahiran dalam
proses pengajaran dan pembelajaran, dengan lain perkataan kemahiran menggunakan alat-alat
yang terlibat dalam proses pengajaran atau pedagogi pengajaran. Contohnya, guru seharusnya
mempunyai kemahiran menggunakan pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran yang
sesuai dengan tahap dan kebolehan murid. Proses pengajaran dan pengajaran dapat dilaksanakan
dengan berkesan, sekiranya guru menggunakan peralatan bantu mengajar terkini seperti
komputer, alat tayang digital (LCD) dan mahir melayari internet untuk mendapatkan sumber
maklumat dan ilmu terkini selaras dengan misi untuk mewujudkan sumber maklumat dan ilmu
terkini selaras dengan misi untuk mewujudkan sumber pendidikan bertaraf dunia dan seterusnya
mencapai misi nasional (Saharudin, 2008:10).

2.4 Mendidik adab dan budi pekerti (Muaddib). Selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan, guru berperanan untuk mengembangkan potensi insan yang berakhlak mulia,
seimbang dari segi intelektual, rohani, emosi dan jasmani (JERI). Guru muaddib adalah guru
yang menganjarkan adab dan budi pekerti. Dalam hal ini, guru berusaha memastikan adab dan
budi pekertinya adalah ditahap yang cemerlang. Ini adalah kerana guru merupakan model kepada
murid-murid dan masyarakat sekelilingnya. Guru tidak seharusnya umpama ketam mengajar
anaknya berjalan betul. Perbuatan ini amat dibenci oleh Allah (Tuhan sekalian Alam) seperti
firmannya amat besar kebencian disisi Allah bahawa kamu menyatakan apa-apa yang kamu
tidak berjalan (Surah Ash-Shaff ayat 3).

Guru Muaddib bukan sahaja perlu mengajar nilai-nilai murni tetapi mesti mengamalkan nilainilai murni tersebut. Antara nilai murni yang perlu ada pada seseorang guru adalah sifat daya

tahan dan tidak mudah menyerah kalah. Sifat yang demikian akan menjadikan guru lebih
bermotivasi, kreatif dan inovatif. Guru yang muaddib akan memandang ke hadapan dan tidak
mudah menyerah kalah. Guru seperti ini sentiasa berfikir Jika tidak boleh melalui satu pintu,
saya akan keluar mengikut pintu lain atau saya akan buat pintu lain. Sesuatu yang saya mahu
akan menjadi, sama ada dalam gelap atau dalam terang. Sikap inilah yang boleh menjadikan
martabat guru dijulang tinggi dan terus berusaha tanpa mengira jemu dan putus asa terutama
dalam mendidik generasi akan datang (Saharudin, 2008:11).

2.5 Melahirkan pemimpin generasi akan datang (Mursyid). Guru adalah pemimpin bahkan juga
kepada pemimpin yang sedia ada. Di dalam sajak Usman Awang, beliau menyatakan, jika hari
ini seorang Perdana Menteri berkuasa, jika hari ini seorang raja menaiki tahta, jika hari ini
seorang presiden sebuah Negara, sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa. Tugas
membentuk kepimpinan insan merupakan yang berat dan ini adalah peranan dan tugas yang
terletak di bahu guru. Dilihat dari sejarah kita, ramai pemimpin Negara ini asalnya seorang guru
dan para pemimpin mendapat didikan dari guru. Oleh yang demikian, sejarah membuktikan
bahawa guru Mursyid adalah pemimpin dan membentuk kepimpinan insaniah (Saharudin,
2008:11).

3. Bidang-bidang dalam Pendidikan Moral.

Melalui peranan-peranan guru di atas, ianya boleh dipraktikkan mengikut lima bidang
pembelajaran yang terdapat dalam Pendidikan Moral. Bidang pembelajaran tersebut adalah :
1. Nilai berkaitan dengan Perkembangan diri.
2. Nilai berkaitan dengan Diri dan Keluarga.
3. Nilai berkaitan dengan Diri dan Masyarakat.

4. Nilai berkaitan dengan Diri dan Alam Sekitar.


5. Nilai berkaitan dengan Diri dan Negara (Rahmad, 2008:94).

3.1 Nilai berkaitan dengan Perkembangan diri.


Dalam bidang pertama iaitu nilai berkaitan dengan Perkembangan diri seperti kepercayaan
kepada Tuhan, kebersihan fizikal dan mental, harga diri kerajinan, hemah tinggi, kasih sayang,
kesederhanaan kejujuran, baik hati dan berterima kasih. Nilai-nilai ini yang perlu diterapkan bagi
membentuk perkembangan diri dalam membentuk generasi baru yang bermoral.

Di sini guru boleh memainkan peranan penting sebagai Muallim, Murabbi, Mudarris, Muaddib
dan Mursyid. Contohnya, salah satu perkembangan diri iaitu nilai keyakinan wujudnya Tuhan.
Guru sebagai Muallim iaitu orang yang berpengetahuan akan memainkan peranan menerapkan
nilai tersebut ke dalam diri murid supaya meyakini kewujudan Tuhan sebagai pencipta alam dan
mematuhi segala suruhanNya berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras dengan
prinsip Rukun Negara. Sebagai Muallim, adalah penting menekankan kepentingan berpegangan
kepada agama sebagai pedoman hidup yang juga merupakan tuntutan semua agama dan
tanggungjawab bersama mengamalkannya. Penerapan amalan baik dituntut oleh setiap agama
seperti bermaaf-maafan dan bersyukur.

Di sinilah guru akan memainkan peranan, bukan sahaja sebagai Muallim tetapi juga Murabbi
iaitu memainkan peranan sebagai menjayakan proses pendidikan. Sebagai Murabbi, guru perlu
menggalakkan murid-murid mengamal dan menghayati cara hidup mengikut tuntutan agama
masing-masingi seperti bagi agama Kristian pergi ke gereja, Buddha ke tokong manakala Hindu
ke kuil untuk beribadah dan berdoa.

Manakala guru sebagai Mudarris iaitu memperkembangkan kemahiran dengan cara mengadakan
perbincangan tentang amalan baik mengikut ajaran agama masing-masing. Melalui perbincangan
ini, murid-murid akan mengutarakan cara mereka mengamalkan agama masing-masing dan
menceritakan keseronokan mereka ketika menyambut perayaan agama mereka. Guru sebagai
Mudarris akan menggalakkan murid-murid terlibat dalam aktiviti kumpulan dengan aktif, di
mana secara tidak langsung ianya meningkatkan kemahiran berkomunikasi mereka serta
menunjukkan kemahiran interpersonal mereka.

Melalui aktiviti main peranan, guru bolehlah memainkan peranannya sebagai Muaddib iaitu
sebagai pendidik adab dan budi pekerti dalam aktiviti ini. Guru mewujudkan situasi perayaan
Deepavali. Guru mengarahkan beberapa murid memainkan peranan sebagai tuan rumah dan
tetamu yang datang ke rumah untuk beraya bersama-sama. Dalam aktiviti ini akan memainkan
ramai pelajar bagi mewujudkan suasana sebenar sesuatu perayaan. Penerapan adab budi pekerti
melayan tetamu dan hormat menghormati amat ditekankan dalam aktiviti main peranan. Cara
meminta maaf ketika hari perayaan agama juga akan ditekankan agar murid memahami
pentingnya saling memaafkan antara satu sama lain.

Dengan terlaksananya perbincangan dalam kumpulan dan aktivit main peranan ini, maka guru
telah berjaya memainkan peranan sebagai Mursyid iaitu melahirkan murid yang akan memimpin
ahli keluarga supaya wujud keharmonian dan kesejahteraan dalam diri, keluarga dan Negara.
Maka akan terlahirlah murid-murid yang bermoral seterusnya membentuk generasi yang
berkualiti dan berwawasan.

3.2 Nilai berkaitan dengan Diri dan Keluarga.

Dalam bidang yang berkaitan dengan diri dan keluarga ialah nilai kasih sayang terhadap
keluarga, hormat dan taat kepada anggota keluarga dan tanggungjawab terhadap keluarga.
Tujuannya supaya murid-murid dapat menghargai dan menghormati keluarga sendiri bagi
mewujudkan suasana yang harmoni dan aman.

Setiap guru boleh memainkan peranan penting sebagai Muallim, murabbi, Mudarris, Muaddib
dan Mursyid dalam pelaksanaan Pendidikan moral. Contoh pelaksanaan yang boleh dilakukan
dalam salah satu nilai yang berkaitan dengan diri dan keluarga ialah nilai hormat dan taat kepada
anggota keluarga. Nilai hormat dan taat kepada anggota keluarga adalah bagi memastikan muridmurid akan memuliakan setiap anggota keluarga dengan berinteraksi dan memberi layanan
secara bersopan untuk mewujudkan keluarga yang harmoni. Guru sebagai penyampai ilmu
(Muallim), Murabbi dan Muaddib, guru perlu mendedahkan kepentingan ilmu pengetahuan
hormat dan taat terhadap kelurga bagi menjadikan seseorang individu itu berpegang teguh dalam
amalannya. Guru sebagai Muallim, Murabbi dan Muaddib berperanan untuk menyampaikan
ilmu yang berkaitan dengan nilai-nilai murni tersebut dengan menyampaikan isi kandungan
pendidikan dengan lebih berkesan tanpa mengabaikan nilai-nilai murni dalam menyampaikan
apa juga disiplin ilmu. Contohnya, guru perlulah menerangkan cara menghormati ibu bapa dan
keluarga yang lebih tua, sebab-sebab perlunya hormat dan taat kepada keluarga, di mana ianya
merupakan satu peringatan kepada murid pentingnya sesebuah keluarga itu hidup dengan
harmoni.

Sebagai Muallim, Murabbi dan Muaddib, guru perlulah menunjukkan contoh-contoh keluarga
harmoni seperti tokoh-tokoh Negara atau kelurga guru itu sendiri sebagai contoh yang boleh
dilihat sebagai idola yang terdekat. Penekanan nilai menghormati anggota keluarga serta
perlunya mengeratkan ikatan kekeluargaan perlulah berterusan supaya dapat mengekalkan ikatan
kekeluargaan. Kepentingan dan cara menghormati anggota keluarga seperti cara layanan
bersopan-santun, saling kunjung-mengunjungi jika berlainan rumah, sentiasa bertanya khabar
walaupun tinggal bersama perlulah digalakkan dipraktikkan selalu dalam kehidupan murid-

murid. Guru adalah orang yang memainkan peranan untuk murid-murid akan merasakan
Rumahku, Syurgaku dalam pelaksanaan nilai ini dalam pendidikan Moral.

Manakala dalam memperkembangkan kemahiran murid, guru sebagai Mudarris berperanan


untuk memperkembangkan kemahiran dalaman dan luaran murid-muridnya. Kemahiran sosial
murid-murid hendaklah diterapkan dalam proses untuk berkomunikasi di antara satu sama lain
supaya dapat menonjolkan diri serta mewujudkan keberanian ketika berkomunikasi. Guru
perlulah menimbulkan persoalan-persoalan yang menimbulkan perasaan ingin tahu sehingga
murid-murid akan berfikir mengenainya dengan serius. Contohnya, kisah akibat anak yang
derhaka dengan ibu bapa. Daripada kisah yang diketengahkan, murid-murid akan mula berfikir
bahawa perbuatan yang baik dan buruk hendaklah difikirkan akibat dan kesan pada diri dan
keluarga. Dengan ini, murid-murid akan merangsang minda mereka untuk berfikir ke arah lebih
positif dan bersosial dengan cara yang betul.

Bagi memastikan dapat melahirkan generasi cemerlang, guru sebagai Mursyid akan
membimbing murid-murid menghargai dengan apa yang mereka miliki iaitu keluarga mereka.
Murid-murid perlulah disedarkan untuk mengenali salasilah keluarga mereka supaya berasa
bangga terhadap keluarga mereka. Dengan ini murid-murid dapat melihat kejayaan demi
kejayaan yang telah dicapai dalam keluarga mereka. Murid-murid boleh membuat folio tentang
salasilah keluarga yang disertakan sejarah kehidupan mereka.

Guru juga boleh membentuk kumpulan-kumpulan kecil untuk membincangkan cara mengeratkan
perhubungan sesama anggota keluarga supaya mereka boleh mempraktikkan nilai ini dalam
kehidupan mereka. Di sini, guru hendaklah memerhatikan aktiviti tersebut dapat dijalankan
dengan baik supaya hasilan perbincangan akan dipraktikkan dalam kehidupan mereka. Dengan
pelaksanaan nilai hormat dan taat kepada keluarga secara keseluruhannya akan berjaya
melahirkan generasi yang bermoral pada masa akan datang.

3.3 Nilai berkaitan dengan Diri dan Masyarakat.

Dalam bidang yang berkaitan dengan bidang diri dan masyarakat pula ialah nilai tanggungjawab
terhadap masyarakat, toleransi dalam masyarakat, semangat bermasyarakat dan peka terhadap
isu-isu sosial. Tujuannya untuk melahirkan murid-murid yang bermoral dan menjadi kebanggaan
masyarakat setempat dan Negara amnya.
Contoh pelaksanaan yang boleh dilakukan dalam salah satu nilai yang berkaitan dengan diri dan
masyarakat ialah nilai semangat bermasyarakat. Nilai semangat bermasyarakat adalah untuk
memastikan murid-murid pada masa hadapan tidak menjadi sampah masyarakat serta
memalukan anak bangsa di masa hadapan. Guru sebagai penyampai ilmu (Muallim), Murabbi
dan Muaddib, guru perlu mendedahkan kepentingan ilmu pengetahuan tentang nilai hidup
bermasyarakat dalam kehidupan. Murid-murid perlu didedahkan dengan persediaan melakukan
sesuatu dengan semangat kekitaan untuk kepentingan bersama demi keharmonian hidup
bermasyarakat.bagi menjadikan seseorang individu itu berpegang teguh dalam amalannya.

Guru sebagai Muallim, Murabbi dan Muaddib berperanan untuk menyampaikan ilmu yang
berkaitan dengan nilai-nilai murni tersebut dengan menyampaikan isi kandungan pendidikan
dengan lebih berkesan tanpa mengabaikan nilai-nilai murni dalam menyampaikan apa juga
disiplin ilmu. Semangat bermasyarakat boleh dilakukan dengan mewujudkan pelbagai aktiviti
seperti bersukan untuk memupuk semangat kekitaan melalui aktiviti sukan yang dijayakan
bersama. Penglibatan murid-murid dalam pelbagai aktiviti sukan di kawasan setempat seperti
sukaneka, permainan-permainan atau larian jogathon merupakan salah satu cara membentuk
semangat kemasyarakatan itu terbentuk. Guru haruslah menggalakkan mereka mengambil
bahagian dalam pelbagai aktiviti sukan di kawasan setempat supaya nilai semangat
bermasyarakat akan sentiasa tertanam dalam diri mereka. Ini dapat mengelakkan mereka menjadi
seperti kera sumbang dalam kelompok masyarakat sendiri.

Dalam peranan guru sebagai Mursyid dan Mudarris, guru akan bertanggungjawab memimpin
murid-murid dan membimbing perjalanan rohani murid-murid ketika menjalankan aktiviti
kemasyarakatan seperti sukan atau lawatan sambil belajar ke rumah-rumah kebajikan. Guru akan
memantau tingkah laku murid melalui aktiviti kebajikan yang dirancang.
Contoh aktiviti yang terbaik dalam menerap nilai diri dengan masyarakat ialah lawatan-lawatan
ke rumah-rumah kebajikan akan mendedahkan murid-murid erti kata menolong orang yang
memerlukan bantuan seperti melakukan gotong-royong membersihkan persekitan rumah-rumah
kebajikan tersebut bagi meringankan bebanan tugas mereka. Semangat bergotong-royong ini
akan melahirkan perasaan rendah diri dan suka membuat kebajikan dalam diri murid-murid
secara tidak langsung.
Aktiviti-aktiviti yang dirancang bukan sahaja sekadar meringankan bebanan kerja, tetapi
perancangan menghiburkan mereka juga boleh dilakukan dengan mengadakan persembahanpersembahan nyanyian bersama penghuni rumah kebajikan dan mengadakan perlawanan
persahabatan dalam permainan dalaman atau luaran seperti catur atau bola sepak. Suasana begini
akan merancang kemahiran murid-murid dalam berkomunikasi dan hubungan interpersonal
mereka. Dalam semua aktiviti yang dirancang akan memberi impak yang besar dalam diri muridmurid kerana penglibatan secara terus akan memberi sesuatu pengalaman yang lebih mendalam
daripada sekadar mempelajari teori sahaja. Dengan ini, matlamat untuk menjadi mereka satu
generasi yahg bermoral dan berkualiti akan tercapai.
3.4 Nilai berkaitan dengan Diri dan Alam Sekitar.

Dalam bidang yang berkaitan dengan diri dan alam sekitar ialah nilai kebersihan dan keindahan
persekitaran, menyayangi alam sekitar dan peka terhadap isu alam sekitar. Tujuannya untuk
melahirkan murid-murid yang mencintai alam sekitar dengan mempertahankan ekosistem dunia
dengan memelihara alam sekitar supaya dunia akan sentiasa terpelihara daripada pencemaran
dan kemusnahan insan-insan yang tidak bertanggungjawab.

Contoh pelaksanaan yang boleh dilakukan dalam salah satu nilai yang berkaitan dengan diri dan
alam sekitar ialah menyayangi alam sekitar. Nilai menyayangi alam sekitar adalah bagi
memastikan murid-murid akan menghargai setiap perkara yang berkaitan dengan alam sekitar
seperti menjaga tumbuh-tumbuhan, tidak melakukan kemusnahan alam dengan mengelakkan
melakukan percemaran alam. Guru sebagai penyampai ilmu (Muallim), Murabbi dan Muaddib,
perlu mendedahkan kepentingan menyayangi alam sekitar, mencintai dan menghargai alam
sekitar demi mengekalkan keharmonian hidup. Guru perlu mendedahkan murid-murid supaya
sentiasa mengamalkan gaya hidup mesra alam demi menjamin pemeliharaan persekitaran.
Murid-murid perlu diberi peluang melibatkan diri dalam aktiviti pemeliharaan persekitaran
melalui gaya hidup mesra alam seperti penggunaan basikal untuk ke sekolah, penggunaan panel
solar, menggalakkan penggunaan kenderaan awam dan berkongsi kereta bagi menggelakkan
pembebesan gas monoksida yang berlebihan sehingga mengakibatkan lapisan ozon semakin
nipis sehingga meningkatkan suhu dunia.

Guru sebagai Muallim, Murabbi dan Muaddib perlu menyampaikan ilmu yang berkaitan
dengan nilai-nilai murni tersebut dengan menyampaikan isi kandungan pendidikan dengan lebih
berkesan tanpa mengabaikan nilai-nilai murni dalam menyampaikan apa juga disiplin ilmu.
Contohnya, menimbulkan perasaan kasih sayang dengan alam sekitar dengan melakukan aktiviti
mesra alam tersebut dengan menganggap alam sebagai rumah kesayangan mereka. Murid-murid
juga perlu memikirkan kesan terhadap dunia ini sekiranya mereka tidak memelihara alam sekitar
dengan baik.
Dalam peranan guru sebagai Mursyid dan Mudarris, guru akan bertanggungjawab memimpin
murid-murid dan membimbing perjalanan rohani murid-murid untuk mencintai alam sekitar
dengan mengadakan aktiviti penanaman pokok sebagai aktiviti mesra alam untuk memelihara
persekitaran. Guru dan murid-murid akan bersama-sama menjalankan aktiviti ini di sekolah. Di
samping menanam pokok, murid-murid akan juga terdedah dengan aktiviti mengenal dan
memahami peranan tumbuhan-tumbuhan dalam ekosistem dunia. Pengalaman menanam pokok
itu, akan menghasilkan perasaan sayang pada tumbuh-tumbuhan dan akan menghasilkan
perasaan tanggungjawab dalam diri kanak-kanak apabila mereka juga dipertanggungjawabkan
untuk menjaga tumbuhan tersebut.

Di samping itu, murid-murid juga akan membuat buku skrap bertemakan mesra alam, di mana
mereka akan berusaha mencari bahan-bahan yang berkaitan dengan tumbuh-tumbuhan yang
terdapat di dalam bahan-bahan terbuang seperti majalah-majalah lama atau surat khabar lama
yang ada di rumah mereka. Mereka juga digalakkan melayari internet untuk mendapatkan bahan
yang berkaitan dengan tumbuh-tumbuhan. Melalui pengalaman membuat buku skrap ini, muridmurid akan dapat mengenal lebih banyak jenis tumbuhan yang terdapat di dunia dan secara tidak
langsung ilmu pengetahuan mereka akan semakin bertambah. Di samping itu, aktiviti membuat
buku skrap ini, dapat mewujudkan semangat bekerjasama di dalam kumpulan serta semangat
toleransi antara ahli kumpulan.

Selain aktiviti penanaman pokok dan membuat buku skrap, guru juga boleh menganjurkan kem
alam sekitar dan membuat kerja projek seperti membuat taman herbarium mereka. Melalui
aktiviti ini, murid akan mengenali alam sekitar dengan melakukan penerokaan mereka sendiri di
kem-kem yang dilawati seperti Hutan Simpan Negara yang mengandungi beribu jenis tumbuhan
yang berlainan. Dengan ini perasaan menyayangi alam sekitar akan lebih berkesan dalam diri
mereka dan matlamat untuk menjadi mereka satu generasi yahg bermoral dan berkualiti akan
tercapai.

3.5 Nilai berkaitan dengan Diri dan Negara.

Dalam bidang yang berkaitan dengan diri dan Negara ialah nilai hormat dan setia kepada
pemimpin, Raja dan negara, patuh kepada peraturan dan undang-undang, cinta akan negara dan
keamanan dan keharmonian. Tujuannya supaya murid-murid akan hormat dan setia yang
berkekalan kepada pemimpin, Raja dan Negara bagi menjaga kestabilan keamanan Negara yang
tercinta.

Contoh pelaksanaan yang boleh dilakukan dalam salah satu nilai yang berkaitan dengan diri dan
Negara ialah nilai nilai hormat dan setia kepada pemimpin, Raja dan Negara. Nilai hormat dan
setia kepada pemimpin, Raja dan Negara merupakan satu kepatuhan yang berkekalan kepada
pemimpin dan raja serta setia kepada Negara di mana Raja sebagai payung Negara dan Institusi
raja merupakan kemegahan kita. Guru sebagai penyampai ilmu (Muallim), Murabbi dan
Muaddib, perlu mendedahkan kepentingan mengenali dan hormati institusi raja dengan
memberi pendedahan tentang Sejarah Kesultanan Melayu, sistem Raja Berpelembagaan dan
Majlis Raja-Raja. Guru perlu menyampaikan ilmu yang berkaitan dengan nilai-nilai murni
tersebut dengan menyampaikan isi kandungan pendidikan dengan lebih berkesan tanpa
mengabaikan nilai-nilai murni dalam menyampaikan apa juga disiplin ilmu. Contohnya,
menimbulkan perasaan kasih sayang terhadap pemimpin, raja dan Negara dan kesan-kesan
negatif andainya perasaan tersebut diabaikan seperti berlakunya rusuhan dan Negara tidak akan
aman sekiranya perasaan sayang pada Negara tidak wujud. Murid-murid juga perlu memikirkan
kesan terhadap dunia ini sekiranya mereka tidak menyayangi dan taat kepada Negara, raja dan
pemimpin.

Dalam peranan guru sebagai Mursyid dan Mudarris, guru akan bertanggungjawab memimpin
murid-murid dan membimbing perjalanan rohani murid-murid untuk mencintai pemimpin, raja
dan Negara. Aktiviti yang sesuai ialah dengan membuat buku skrap dengan mengumpul
maklumat tentang sejarah Kesultanan Melayu dan membuat buku skrap tentang salasilah Yang
Di Pertuan Agong hingga sekarang. Melalui aktiviti buku skrap yang dijalankan secara
berkumpulan, murid boleh melakukan aktiviti itu dengan mencari bahan daripada muzium
Negara dan internet.

Demi memberi kesan yang lebih baik, guru boleh membuat lawatan sambil belajar ke muzium
Negara dan Perpustakaan Negara bagi mencari maklumat. Di samping itu murid dapat
merehatkan fikiran dengan menyaksikan barang-barang bersejarah agar dapat menimbulkan
perasaan bangga dengan sistem pemerintahan yang terdapat di Negara sendiri. Guru juga perlu
membimbing murid membuat peta minda tentang peranan dan fungsi raja dalam sistem

pemerintahan Negara supaya mereka sedar besarnya peranan pemerintahan raja pada kerajaan
Melayu lama. Dengan demikian, murid-murid akan mengenali dan menghormati institusi raja
yang terdapat di Negara.

Kesimpulan

Dalam membentuk generasi yang bermoral, tindakan tersebut hendaklah dilakukan bermula
daripada awal. Ini bersesuaian dengan peribahasa melentur buluh biar dari rebungnya. Melalui
Pendidikan Moral dan peranan yang dimainkan guru sebagai (Muallim), Murabbi, Muaddib,
Mursyid dan Mudarris pembentukan generasi yang bermoral pada masa akan datang akan
berjaya terlaksana selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, guru berperanan untuk
mengembangkan potensi insan yang berakhlak mulia, seimbang dari segi intelektual, rohani,
emosi dan jasmani (JERI).

Melalui peranan-peranan yang dimainkan guru dalam Pendidikan Moral dan pelaksanaan
Pendidikan Moral dengan bidang pembelajaran yang berkaitan dengan nilai perkembangan diri,
diri dan keluarga, masyarakat, alam sekitar dan Negara maka terbentuklah generasi yang
bermoral pada masa sekarang dan pada masa akan datang. Di samping, aktiviti-aktiviti yang
bersesuaian dapat memberi sumbangan dalam membentuk kepribadian murid-murid tersebut.

Secara keselurahannya, guru akan berjaya melahirkan murid-murid yang berkeyakinan wujudnya
Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhanNya berlandaskan pegangan agama
masing-masing selaras dengan prinsip Rukun Negara. Guru juga dapat membimbing, muridmurid yang dapat menghargai dan menghormati keluarga sendiri bagi mewujudkan suasana yang
harmoni dan aman. Di samping itu mereka akan kebanggaan masyarakat. Pendidikan Moral juga

melahirkan murid-murid yang mencintai alam sekitar dengan mempertahankan ekosistem dunia
dengan memelihara alam sekitar supaya dunia akan sentiasa terpelihara daripada pencemaran
dan kemusnahan insan-insan yang tidak bertanggungjawab. Akhirnya, lahirlah murid-murid yang
akan hormat dan setia yang berkekalan kepada pemimpin, Raja dan Negara bagi menjaga
kestabilan keamanan Negara yang tercinta

RUJUKAN :

Maznah Binti Abd. Samad, T.t. Peranan guru Pendidikan Moral di sekolah. Atas talian
http://www.scribd.com/doc/
Saharudin Suhaidi, 2008. Pendidikan Moral tahun 4. Malaysia : Penerbit Open University
Malaysia.
Rahmad Shukor, 2008. Pendidikan Moral 2003. Malaysia : Penerbit Open University Malaysia.
2000. Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral Tahun 4. Kuala Lumpur : Penerbit Pusat
Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia.
2000. Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral Tahun 4. Kuala Lumpur : Penerbit Pusat
Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia.

Вам также может понравиться