Вы находитесь на странице: 1из 3

KOMUNIKASI MESRA

Komunikasi yang mesra bermaksud bukan sahaja ianya berkesan tetapi ianya mestilah dapat mewujudkan perasaan
puashati, rasa dihargai dan keinginan untuk saling bekerjasama antara kedua pihak yang terlibat. Komunikasi yang mesra
dan berkesan akan dapat diwujudkan apabila :

 Mengawal perilaku serta menunjukkan kesopanan dan kehalusan budi pekerti ketika berkomunikasi.

 Menggunakan perkataan yang tepat dan ringkas serta nada suara yang lembut tetapi jelas ketika berkomunikasi.

 Mengawal memek muka dan pergerakan diri daripada apa yang boleh memberikan makna bahawa kita tidak
menyenangi keadaan dan kehadiran orang lain.

 Sentiasa menunjukkan kesediaan untuk berkhidmat dan memberikan kerjasama kepada orang lain sepanjang
masa.

 Sentiasa cuba memahami masalah orang lain dan memberi pertolongan yang perlu.

 Mengelakkan diri dari menggunakan perkataan-perkataan yang boleh menyinggung perasaan orang ramai seperti
bertanya hal peribadi dan sebagainya.

 Sentiasa insaf di atas tugas dan tangunggjawab yang diamanahkan serta sentiasa berfikiran terbuka dan ikhlas
sepanjang masa.

10 CIRI PENTING DALAM HUBUNGAN KEMANUSIAAN

1. Tidak ada yang lebih bererti daripada kata-kata berupa puji-pujian

2. Wajah perlukan 72 otot untuk berkerut tapi hanya 14 otot untuk tersenyum

3. Irama yang paling indah didengari oleh setiap orang ialah apabila orang memanggil namanya

4. Bila berkawan, sentiasa menjaga hubungan persahabatan yang baik

5. Gembira sentiasa samada ketika bercakap atau bertindak

6. Memberi perhatian dan tumpuan yang diperlukan

7. Berhati-hati bila mengkritik

8. Terdapat tiga hakikat yang bertentangan yang perlu diberi perhatian iaitu diri sendiri, orang lain dan keadaan sebenar

9. Bersifat terbuka

10. Perkara yang penting dalam hidup ialah apa yang anda lakukan untuk orang lain

 
LANGKAH-LANGKAH ASAS KE ARAH MENINGGIKAN KEBERKESANAN DAN KEMESRAAN DALAM BERKOMUNIKASI

 CUBA FAHAMI KEADAAN ORANG LAIN

 BERI PELUANG KEPADA OARNG LAIN MENCERITAKAN SESUATU (MASALAH)

 BELAJAR UNTUK BERCAKAP BAHASA MEREKA

 JADIKAN MEREKA BERASA DIUTAMAKAN

 JADIKAN ORANG LAIN MESRA DENGAN ANDA

 SENTIASA BERSEDIA MENERIMA/MEMBANTU ORANG LAIN

 TINGKATKAN KEMAHIRAN MENDENGAR

 BERLAKU JUJUR KEPADA DIRI SENDIRI

 KATAKAN SESUATU DENGAN HORMAT

 KEMASKAN DIRI ANDA AGAR ELOK DIPANDANG

 TAHU BILA HARUS BERHENTI MENANYA

KAEDAH UNTUK MEMPERTINGKATKAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI

1. WUJUDKAN KEMESRAAN DI AWAL PERTEMUAN (BERSIKAP TERBUKA)

2. HINDARKAN HALANGAN FIZIKAL DAN PSIKOLOGIKAL

3. MENGHORMATI DAN MENERIMA ORANG LAIN

4. GUNAKAN BAHASA YANG MUDAH DAN JELAS

5. BERI PENDAPAT & PANDANGAN SECARA JUJUR

6. BERI TUMPUAN SEPENUHNYA SEMASA BERKOMUNIKASI

7. BENTUK DIRI MENJADI PENDENGAR YANG BERKESAN

8. JIKA BERI KRITIKAN ATAU TEGURAN.......... BERI KRITIKAN YANG MEMBINA

9. HARGAI SIFAT SEMULAJADI INDIVIDU

10. JANGAN MALU AKUI KESILAPAN ATAU KESALAHAN


11. ELAKKAN MENGULANGI KESILAPAN YANG LALU

12. KAJI DAN TELITI KEADAAN (PERSEKITARAN) BILA HENDAK BERKOMUNIKASI

Вам также может понравиться