Вы находитесь на странице: 1из 7

2/4/2014

CTU 555
Sejarah Malaysia

2.0 PLURALITI
MASYARAKAT ALAM
MELAYU DALAM
SEJARAH

OLEH
Azhar bin Abdul Rahman
azharabdulrahman@live.com.my
016 2020 345
BILIK PH 01
KOLEKSI ILMIAH azhar
azharabdulrahman@live.com.my

KOLEKSI ILMIAH azhar


azharabdulrahman@live.com.my

PENDAHULUAN

BAB 2 : PLURALITI MASYARAKAT ALAM


MELAYU DALAM
SEJARAH
Pluraliti sebelum Kerajaan Melayu Melaka
Pluraliti Zaman Kegemilangan Kerajaan
Melayu Melaka
Masyarakat Pluraliti Zaman Penjajahan
Masyarakat Pluralistik Pasca Merdeka

KOLEKSI ILMIAH
azharabdulrahman@live.com.my

Sejarah Masyarakat Pluraliti dan Plural di Malaysia


Istilah
PLURALISTIK : Pasca Merdeka - sekarang
MASYARAKAT PLURAL/PLURALITI: Era Penjajahan
1511M 1957M. Selepas Kejatuhan Melaka 1511M
(Portugis), 1641M (Belanda), 1795 (British).
PLURALITI : Zaman Melaka 1511M

KOLEKSI ILMIAH azhar


azharabdulrahman@live.com.my

Harry Eckstein (1966) dalam Division and Cohesion in


Democracy menulis bahawa masyarakat majmuk adalah
masyarakat yang terpisah kerana segmen-segmen yang
berasingan yang meliputi

Ras/Kumpulan etnik
Budaya
Bahasa
Kepercayaan agama
Ideologi
KOLEKSI ILMIAH azharabdulrahman@live.com.my

PLURALITI : Bercirikan semula jadi, tanpa paksaan dan


fleksibel dan berasimilasi. Masyarakat Asia Tenggara
secara semula jadinya hidup dlm kepluralitian , tanpa
paksaan
oleh
mana-mana
pihak/kuasa
Asia Tenggara menjadi tempat pertemuan pelbagai
tamadun dan budaya utama dunia. Musnah dengan
kedatangan penjajah
MASYARAKAT PLURAL: Bercirikan pemaksaan dan
perbezaan. Cina dan India dipaksa datang berkerja dan
bergaul dengan masyarakat dan sistem yang sedia ada.
Bergaul tetapi tidak bergabung. Masing-masing punyai
agama, kebudayaan, bahasa, pemikiran dan cara hidup
tersendiri.
PLURALISTIK : Kemajmukan yang bersifat paksaan
KOLEKSI ILMIAH azhar
azharabdulrahman@live.com.my

2/4/2014

PERBEZAAN PLURALITI DAN MASYARAKAT PLURAL


Pluraliti
Melalui proses semulajadi tanpa sebarang pemaksaan.
Wujud di alam Melayu hasil dari aktiviti perdagangan,
perluasan wilayah, perkahwinan dan lain-lain.
Berhijrah secara sukarela untuk mencari kehidupan dan
kekayaan. Biasanya disertai oleh ahli keluarga. Keadaan
ini menjamin ketenangan fikiran dan perasaan para
pendatang.
Hasilnya mereka berjaya mewujudkan asimilasi, interaksi
yang harmoni dengan penduduk, alam sekitar dan sistem:
Sanggup berkahwin dengan penduduk tempatan.
Mengamalkan budaya kehidupan seharian orang Melayu.
Amalan dan adat resam pendatang diterima pakai oleh
penduduk tempatan.
KOLEKSI ILMIAH azhar
azharabdulrahman@live.com.my

MASYARAKAT PLURAL

Pembentukan masyarakat berlaku secara paksaan dan


perbezaan fungsi ekonomi.
Demi kepentingan ekonomi dan politik Inggeris melayu
dgn cara hidup sara diri, cina dan india dibawa masuk
dengan tujuan ekonomi.
Hasilnya mereka gagal berasimilasi dengan penduduk,
alam sekitar serta sistem:
Wujudkan

kelompok masyarakat berserta sistem mereka


sendiri.
Terasing daripada kelompok yang lain walaupun di tempat
sama.
Gagal mengenali antara satu sama lain.
Berhasrat untuk kembali ke tanah air masing-masing suatu
KOLEKSI ILMIAH azhar
masa nanti
azharabdulrahman@live.com.my

Sebelum kedatangan Islam, kepulauan Nusantara di


bayangi kuasa kerajaan Sriwijaya dan Majapahit yang
beragama Hindu - Buddha. Hasilnya perkembangan
tamadun awal Alam Melayu amat dipengaruhi agama dan
kebudayaan Hindu - Buddha. Masyarakat (terutamanya
dalam kalangan raja dan kaum bangsawan) telah
menerima unsur-unsur ini sedikit demi sedikit.
Contohnya konsep raja dan kerajaan ialah istilah yang
dipinjam daripada kebudayaan Hindu sementara konsep
negeri atau negara ialah perkataan Sanskrit. Pelantikan
para pegawai kerajaan awal dalam Alam Melayu secara
berangka seperti Orang Besar Empat, Orang Besar
Lapan, Orang Besar Enam Belas dan Orang Besar Tiga
Puluh Dua dipengaruhi oleh astrologi Hindu.
KOLEKSI ILMIAH azhar
azharabdulrahman@live.com.my

Contohnya, masyarakat Cina Baba ialah keturunan Cina


yang telah berkahwin dengan masyarakat tempatan.
Disamping itu, mereka juga mengamalkan budaya
kehidupan orang Melayu.
Selain itu, amalan dan adat resam yang dibawa masuk
oleh mereka juga diterima pakai oleh penduduk tempatan.
Adat bersanding, bunga manggar dan bunga telur dalam
majlis perkahwinan ialah asimilasi penduduk tempatan
dengan pendatang dari India
Masyarakat Asia Tenggara secara semulajadinya hidup
dalam kepluralitian tanpa paksaan mana-mana pihak
Kedatangan kuasa kolonial memusnahkan ciri-ciri pluraliti
serta keharmonian antara etnik.
KOLEKSI ILMIAH azhar
azharabdulrahman@live.com.my

PLURALITI ZAMAN KERAJAAN MELAKA


Sebelum kedatangan penjajah di Tanah Melayu, interaksi
antara etnik sebenarnya sudah pun wujud sejak beratusratus tahun dahulu.
Tanah Melayu khususnya empayar Melayu Melaka
menjadi tumpuan pedagang dari seluruh negara
terutamanya pedagang dari China, India, dan Arab.
Dipercayai bahawa pedagang-pedagang India telah
datang sejak selewat-lewatnya pada abad pertama
Masihi.
Hubungan perdagangan secara langsung antara
Gugusan Kepulauan Melayu dengan China telah
diasaskan pada awal abad ke-5 Masihi.
KOLEKSI ILMIAH azhar
azharabdulrahman@live.com.my

Merupakan zaman keemasan dan kemuncak keagungan


kerajaan Melayu. Tempat pertemuan para pedagang (The
Venice of The East). Pemerintahan diplomasi & terbuka.
Perdaganagn entreport terutamanya hasil rempah ratus.
Islam sangat mempengaruhi kehidupan rakyat dan
kesultanan Melaka. Perlembagaan Melaka yang
dilaksanakan berdasarkan ajaran Islam (Hukum Kanun
Melaka & Undang-undang Laut Melaka).
Menurut Prof Syed Mohd Naquib, Islam mula diterima di
Melaka pada tahun 812 hijrah (1409 Masihi). Ini menjadikan
Melaka sebagai kesultanan Melayu Islam pertama di tanah
air ini.
KOLEKSI ILMIAH azhar
azharabdulrahman@live.com.my

12

2/4/2014

Kesultanan Melayu Melaka ini telah menjadikan UndangUndang Islam sebagai undang-undang negara. Usaha
untuk mengkanunkan undang-undang ini telah dimulakan
sejak pemerintahan Sultan Muhammad Syah (1422 1444) dan dilengkapkan di dalam zaman Sultan Muzaffar
Syah (1445 - 1450). Hukum kanun Melaka meliputi bidang
yang luas termasuklah jenayah, muamalah, keluarga,
acara, keterangan, adab alqadi dan undang-undang
pentadbiran dan pemerintahan. Hukuman keseksaan pula
berdasarkan kepada bentuk hudud, qisas, diat dan tazir.
Undang-undang ini kemudiannya mempengaruhi
pembentukan undang-undang Islam di negeri-negeri
Melayu. Oleh itu, hukum dan undang-undang Islam telah
13
wujud ditanah melayu sebelum kedatangan penjajah.

Proses penghijrahan berlaku secara semulajadi tanpa ada


paksaan dan masyarakat majmuknya terbentuk secara
sukarela. Para pedagang tidak memerlukan pasport dan
visa sebagai pengenalan diri.
Bilangan masyarakat pendatang pada masa itu adalah
sedikit dan ditambah pula dengan sikap mereka yang
mudah menerima dan mengikuti budaya orang Melayu.
Misalnya, masyarakat Baba dan Nyonya, India Muslim.
Bahasa Melayu sebagai bahasa Lingua Franca menjadi
penghubung kepada interaksi antara kaum pada masa itu.
Di samping itu, hubungan antara etnik dan antara bangsabangsa menjadi lebih rancak apabila pedagang-pedagang
yang beragama Islam turut menyebarkan agama Islam
14
semasa berdagang.

Masyarakat Plural Zaman Penjajahan


Pendahuluan
Titik pemisah antara pluraliti dan masyarakat plural ialah
dengan ketibaan penjajah ke Asia Tenggara khususnya
Tanah Melayu.
Walaupun sebelum kedatangan Inggeris, Asia Tenggara
telah dikunjungi kuasa Eropah seperti Portugis, Belanda
dan Sepanyol, mereka lebih banyak menekankan
imperialisme dalam misi-misi kedatangan mereka.
Kedatangan Inggeris membawa fenomena yang berbeza.
Inggeris menggunakan senjata serampang dua mata di
dalam misi-misi kedatangan mereka iaitu imperialisme
dan kolonialisme.
Ini bermakna mereka menjajah kedua-dua aspek fizikal
dan mental masyarakat yang dijajah.

IMPERIALISME: Mereka menjajah secara fizikal iaitu

Tarikh Penting British Di Tanah Melayu


1786 Memperolehi Penang dari Sutan Kedah masih belum
mencampuri urusan pentadbiran Kedah
1819 - Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman
menandatangani satu lagi perjanjian pada Februari 1819 .
Singapura diserahkan SHTI BRITISH.
1824 - British dan Belanda menandatangani perjanjian.
Melaka menjadi milik pentadbiran British secara sah.
1826 - Melaka, Pulau Pinang dan Singapura disatukan
menjadi Negeri-negeri Selat.
1874 Perjanjian Pangkor. Mula mencampuri urusan
pentadbiran. Memaksa Raja Abdullah menerima Residen
British. Bermula di Perak, sistem ini kemudian diperkenalkan
di Selangor (1874) dan Sungai Ujong NS juga pada 1874, di
Pahang pada 1888 dan di Negeri Sembilan pada 1889.

1896 Negeri-negeri ini kemudian dicantumkan secara


rasmi menjadi Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB)
pada 1 Julai .
1909 Melalui Perjanjian Bangkok 1909, Siam bersetuju
menyerahkan negeri Perlis, Kedah, Kelantan dan
Terengganu kepada Inggeris dan seorang penasihat
Inggeris telah ditempatkan di setiap negeri tersebut.
1914 - Johor menerima penasihat Inggeris.
1941 1945 Jepun menjajah
1946 1 April Malayan Union Di Tubuhkan
1946 11 Mei UMNO di tubuhkan
1948 - 1 Februari Persekutuan Tanah Melayu diisytihar.

KOLEKSI ILMIAH azhar


azharabdulrahman@live.com.my

KOLEKSI ILMIAH azhar


azharabdulrahman@live.com.my

KOLEKSI ILMIAH azhar


azharabdulrahman@live.com.my

KOLEKSI ILMIAH azhar


azharabdulrahman@live.com.my

segala kekayaan muka bumi seperti bijih timah dan emas


diambil demi kepentingan ekonomi negara mereka sendiri
dan tidak berminat menyebarkan pemikiran mereka
KOLONIALISME: Disamping mengambil hasil bumi,

mereka memperkenalkan pemikiran mereka iaitu


meninggalkan sistem sosial, politik dan agama mereka
kepada penduduk tempatan. Penjajahan dalam bentuk
pemikiran akan berlaku selepas mereka meninggalkan
negara jajahan mereka.
KOLEKSI ILMIAH azhar
azharabdulrahman@live.com.my

KOLEKSI ILMIAH azhar


azharabdulrahman@live.com.my

2/4/2014

1956 Pada Januari 1956, Tunku Abdul Rahman Putra


Al-Haj mengetuai Rombongan Kemerdekaan ke London
untuk berunding dengan Kerajaan British mengenai
kemerdekaan Tanah Melayu.
1956 Lord Reid mengetuai Perlembagaan Persekutuan
Tanah Melayu

KOLEKSI ILMIAH azhar


azharabdulrahman@live.com.my

KESAN PENJAJAHAN DI TANAH MELAYU


1. Kuasa Undang-Undang Syariah Islam Terhakis
Wujud dualisme dalam sistem perundangan - Sivil dan
Syariah. Undang-undang British digunakan sepenuhnya
dalam Mahkamah Sivil.
Mahkamah Syariah dikeluarkan daripada hirarki
Mahkamah Persekutuan dan diletakkan di bawah kuasa
kerajaan negeri.
Mempunyai kuasa yang sangat terhad dan tidak sama
diantara sebuah negeri dengan negeri Mleayu yang lain.
KOLEKSI ILMIAH azhar
azharabdulrahman@live.com.my

KESAN PENJAJAHAN
Keterhadan kuasa undang-undang syariah dapat dilihat
dari beberapa sudut ;
1. Undang-undang Persekutuan membataskan kuasa
hukuman Mahkamah Syariah iaitu tidak melebihi 3
tahun penjara, denda rm5000 dan 6 sebatan.
2. Hanya berkuasa di peringkat negeri dan setiap negeri
berbeza undang-undangnya.
3. Bidang kuasanya hanya dalam hal kekeluargaan,
pewarisan dan kesalahan jenayah tertentu dan terhad

KOLEKSI ILMIAH azhar


azharabdulrahman@live.com.my

Penerapan sekularisme ini berlaku apabila Inggeris


memisahkan urusan negara dari agama. Pentadbiran
negara dikawal oleh mereka manakala hal ehwal agama
Islam dan adat istiadat Melayu diletakkan di bawah
pengawasan sultan. Sebelumnya, sultan memegang
kuasa pentadbiran dan agama. Agama menjadi agenda
penting dalam pentadbiran negara.
Cthnya - Perjanjian Pangkor 1874 yang menegaskan
semua urusan pentadbiran diserahkan kepada Residen
British kecuali soal-soal agama ( disempitkan maknanya )
dan adat istiadat Melayu.
KOLEKSI ILMIAH azhar
azharabdulrahman@live.com.my

2. Penerapan Sekularisme
Sekularisme ini boleh dilihat terutamanya dalam sistem
pentadbiran, sistem pendidikan dan ekonomi. Ianya
berlaku apabila ajaran agama, nilai-nilainya dianggap
tidak prioriti atau dianggap tidak begitu penting dan akal
didahulukan melebihi hukum agama
Al Attas berpendapat bahawa pengenalan dan
pelaksanaan dasar-dasar pentadbiran yang bersifat
"Deislamization" itu bertujuan untuk menjarakkan dan
kemudiannya memutuskan masyarakat Melayu daripada
semangat dan tradisi Islam, yang sebelumnya mendasari
kebanyakan aspek kehidupan mereka (Al Attas 1978:98).
KOLEKSI ILMIAH azhar
azharabdulrahman@live.com.my

Sekularisme ialah pemikiran yang timbul selepas


berlakunya Renaissance. Akibat ditindas oleh golongan
gereja, orang Barat telah meminggirkan agama dari
kehidupan. Agama dianggap tidak penting dalam
kehidupan terutamanya soal pemerintahan.
Agama tidak boleh masuk campur dalam hal
pemerintahan. Pemerintah berhak melakukan apa sahaja
yang difikirkan sesuai pada waktu tersebut mengikut akal
dan kehendak nafsu walaupun bertentangan dengan
ajaran agama.
KOLEKSI ILMIAH azhar
azharabdulrahman@live.com.my

2/4/2014

Perkara itulah yang mahu diterapkan oleh Inggeris di


tanah jajahannya (negara kolonial sekular)

3. Berlakunya Pengagihan dan Pengasingan Kuasa


(separation of power) dalam sistem pentadbiran negara

Bernard Cohn seorang ahli antropologi berbangsa


Amerika) mengutarakan bahawa kolonialisme bukan
hanya melibatkan penaklukan ruang fizikal; apa yang
lebih penting ialah Kolonialisme turut melibatkan
penaklukan terhadap sistem pemikiran penduduk
peribumi.

Sebelum kedatangan Inggeris, Sultan berkuasa


mutlak dalam mentadbir, membuat undang-undang dan
melaksanakan hukuman.
Sistem kerajaan kesultanan Melayu Islam juga
mencantumkan kedua-dua aspek agama dan negara.
Hukum al Quran dan al Hadith sebagai undang-undang
tertinggi negara
Sultan juga merujuk kepada penasihat agama untuk
membuat keputusan penting negara. Agamawan dan raja
saling berperanan di dalam sistem kerajaan tersebut.

KOLEKSI ILMIAH azhar


azharabdulrahman@live.com.my

Selepas kedatangan Inggeris, sultan tidak lagi


berkuasa mutlak dan kuasa raja-raja hanya dihadkan
diperingkat negeri bidan kuasa terhad keada hal ehwal
agama dan adat istiadat melayu.
Inggeris memperkenalkan corak pentadbiran berdasarkan
teori pengasingan kuasa (separation of power).
Pembahagian kuasa dipusatkan kepada tiga sistem iaitu
Kehakiman (judiciary), Eksekutif dan Perundangan
(legislatif)
Setiap pihak hanya menjalankan bidang kuasa masingmasing dan tidak boleh bercampuraduk.
KOLEKSI ILMIAH azhar
azharabdulrahman@live.com.my

British kemudiannya telah mencuba taktik yang baru mencampuri serta mengambil alih pentadbiran Sekolah
Quran - diletakkan dibawah pengawalan mereka dengan
dibiayai pengajian dan diberi bantuan penuh.
Pada tahun 1872, A.M. Skinner memperkenalkan
persekolahan dua sesi, iaitu: Pagi - Bahasa Melayu,
Matematik, Ilmu Alam dan mata pelajaran vokasional.
Petang - Bahasa Arab dan al-Qur'an
Dengan cara ini, British telah berjaya memisahkan ilmu
agama dan akademik. Orang Islam perlahan-lahan mula
menganggap akademik lebih penting berbanding ilmuilmu agama. Atau mengangap ilmu akademik bukan dari
ilmu-ilmu Islam atau terasing dari islam.
KOLEKSI ILMIAH azhar
azharabdulrahman@live.com.my

KOLEKSI ILMIAH azhar


azharabdulrahman@live.com.my

4. Kesan Terhadap Sistem Pendidikan berlakunya


sekularisme sistem pendidikan
Kesinambungan
dari
Sekularisme,
British
memperkenalkan dwi sistem pendidikan iaitu pendidikan
agama dan pendidikan sekular.
Pada peringkat awal sekolah British tidak mendapat
sambutan. Ibu bapa takut menghantar anak ke Sekolah
British sebab dikhuatiri anak-anak mereka nanti akan
masuk Kristian.
Pendidikan anak bagi masyarakat tempatan masih di
institusi masjid, rumah dan surau yang terkenal sebagai
Sekolah Quran atau Sekolah Agama dan mereka
sanggup lagi untuk melanjutkan pendidikan tentang
agama ke peringkat lebih tinggi di hantar ke Patani,
Makkah dan Mesir.
KOLEKSI ILMIAH azhar
azharabdulrahman@live.com.my

Dalam masa yang sama, sekolah Quran sangat diabaikan


berbanding Sekolah Melayu yang banyak pembaharuan
serta bantuan diberikan. Akibatnya sekolah al Quran
kurang mendapat sambutan.
Apabila British makin kuat dan mensekularkan
pendidikan, berkembanglah idea-idea, pandanganpandangan hidup Barat itu ke dalam jiwa dan pemikiran
rakyat tanpa disedari. Akibatnya terhakislah aqidah Islam
dan padamlah semangat keagamaan.

KOLEKSI ILMIAH azhar


azharabdulrahman@live.com.my

2/4/2014

5. Kesan Terhadap Sistem Pendidikan Terhakis tulisan


jawi
Proses "Deislamization" dalam sistem pendidikan di
Tanah Melayu menurut Al Attas diperkuatkan lagi dengan
pemansuhan sistem tulisan dan ejaan Jawi, dan
pengenalan sistem tulisan dan ejaan Rumi.
Langkah ini menurut Al Attas semakin menjarakkan
masyarakat Melayu daripada semangat clan tradisi Islam,
lantaran kelemahan menguasai tulisan clan ejaan Jawi
secara tidak langsung membataskan penguasaan
terhadap ajaran Islam.
Ini berlaku kerana tulisan clan ejaan Jawi untuk sekian
lamanya menjadi medium dalam kegiatan clan tradisi
keilmuan Islam di alam Melayu (Al Attas 1978: 121 ).

6. Kesan Terhadap Sistem Pendidikan Tertubuhnya


Sekolah Vernakular

Sistem pendidikan vernakular yang berteraskan


pengenalan jati diri dan identiti kaum antara lain bertujuan
menggantikan sistem pendidikan Islam.
Menurut Al Attas, teras dalam sistem pendidikan
vernakular bertentangan semangat dan tradisi Islam yang
mengenepikan soal perbezaan kaum, sebaliknya
bertunjangkan kepada pegangan terhadap Tauhid.
Pelaksanaan sistem pendidikan vernakular ini juga
dengan jelas meminggirkan semangat dan tradisi Islam,
apabila mata pelajaran yang sebelumnya dianggap
penting dalam sistem pendidikan Islam dimansuhkan.

Sekolah Melayu
Pendidikan di Tanah Melayu adalah berbentuk bukan
formal. Corak pendidikan yang ada pada masa itu ialah
sistem pendidikan agama (Sekolah Pondok).
Satu lagi jurusan persekolahan untuk menampung
persekolahan anak-anak melayu ialah sekolah Arab dan
Agama. Sekolah ini dikendalikan secara tidak formal dan
kurikulumnya menekankan pengajaran Quran serta
pendidikan moral dan kerohanian
Selain itu, pendidikan Melayu diadakan hanya
diperingkat rendah sahaja dengan kurikulum yang
terhad. Ini menyebabkan anak-anak Melayu terus kekal di
desa, mewarisi kemiskinan keluarga.

KOLEKSI ILMIAH azhar


azharabdulrahman@live.com.my

KOLEKSI ILMIAH azhar


azharabdulrahman@live.com.my

Pihak British dengan secara tidak langsung telah


menanamkan sikap memuliakan pekerjaan buruh dan
mengajar orang Melayu supaya terus tinggal di kampung
kampung. Mereka mahu masyarakat Melayu tidak akan
berubah nasibnya dan kekal dengan pekerjaan tradisi.
Walau bagaimanapun, bagi melahirkan pemimpin Melayu
yang boleh membantu birokrasi penjajah serta mengambil
dan menjaga hati golongan bangsawan dan pembesar
pembesar Melayu ketika itu, Maktab Melayu Kuala
Kangsar (1905) telah didirikan khas untuk anak anak
golongan ini.
KOLEKSI ILMIAH azhar
azharabdulrahman@live.com.my

Sistem Pendidikan Vernakular bermaksud sistem


pendidikan berasaskan bahasa ibunda masing-masing
sebagai bahasa pengantar. Sistem pendidikan berbentuk
vernakular dihasilkan dengan mengekalkan setiap kaum
dengan identiti bahasa dan negara asal mereka.
Sekolah vernakular telah memisahkan rakyat Malaysia
sehingga mewujudkan jurang perkauman antara etnik.
Wujud empat aliran pendidikan yang berbeza di Tanah
Melayu iaitu Vernakular Melayu, Vernakular Tamil,
Vernakular Cina dan Vernakular Inggeris
KOLEKSI ILMIAH azhar
azharabdulrahman@live.com.my

KOLEKSI ILMIAH azhar


azharabdulrahman@live.com.my

Sekolah Cina
Dasar terbuka dan tidak campurtangan Inggeris dalam hal
ehwal sosial kaum pendatang menyebabkan wujudnya
sekolah-sekolah Cina dan Tamil. Sekolah-sekolah ini
dikendalikan oleh masyarakat masing-masing tanpa
bantuan daripada lnggeris.
Kurikulumnya berorientasikan negeri Cina, dan buku-buku
teks serta guru-guru juga dibawa masuk dari sana.
lnggeris mula memperkenalkan undang- undang pada
tahun 1920 iaitu Enakmen Pendaftaran Sekolah.
Tujuannya untuk mengelakkan sekolah ini daripada
terasing serta mengawal aktiviti sekolah ini. Bermula
tahun 1924, sebahagian sekolah-sekolah cina ini
menerima bantuan kewangan daripada kerajaan British
KOLEKSI ILMIAH azhar
azharabdulrahman@live.com.my

2/4/2014

Sekolah Tamil
Sekolah-sekolah Tamil didirikan di ladang-ladang getah
yang sebahagian besar kaum keturunan India
ditempatkan. Seperti sekolah- sekolah Cina, sekolah
Tamil juga didirikan dan dikelolakan oleh masyarakat
India sendiri
Pada tahun 1923, British meluluskan satu rang undangundang. Majikan ladang getah diwajibkan membina
sekolah bagi anak-anak pekerja mereka
Kurikulum di sekolah-sekolah Tamil ini disesuaikan
mengikut negeri India, begitu juga kebanyakan guru serta
buku -buku teks telah dibawa masuk dari India
KOLEKSI ILMIAH azhar
azharabdulrahman@live.com.my

Sekolah Mubaligh Kristian


Selain daripada sekolah jenis Free school dan Malay
College, kebanyakan sekolah-sekolah Inggeris yang lain
adalah ditubuhkan atas usaha Badan Mubaligh Kristian.
Antaranya ialah London Missionary Society, De La Salle
Brothers, American Methodist Mission dan The Church of
England yang telah menubuhkan banyak sekolah Inggeris
di merata tempat di Tanah Melayu.
Misalnya, golongan Methodist telah mendirikan sebuah
sekolah di Kuala Lumpur pada tahun 1897 yang diberi
nama Anglo- Tamil School. Beberapa tahun kemudian,
nama sekolah ini telah ditukar menjadi Sekolah Laki-laki
Methodist.
KOLEKSI ILMIAH azhar
azharabdulrahman@live.com.my

Sekolah Inggeris
Pendidikan Inggeris mula diperkenalkan di tanah Melayu
apabila Penang Free School ditubuhkan pada 1816.
Pada pertengahan abad ke 19, mubaligh kristian
membantu menubuhkan beberapa buah sekolah
Inggeris. Kebanyakan sekolah ini ditubuhkan di kawasan kawasan bandar dengan bantuan kerajaan Inggeris
dengan tujuan mengeluarkan pegawai - pegawai tadbir
rendah bagi memenuhi keperluan kuasa British.
Pendidikan di sekolah-sekolah Inggeris diadakan pada
peringkat rendah dan menengah
KOLEKSI ILMIAH azhar
azharabdulrahman@live.com.my

Banyak sekolah yang dikendalikan oleh golongan


Methodist ini dahulunya dikenali sebagai Sekolah AngloChinese, misalnya Sekolah Anglo-Chinese di Teluk
Anson, Sekolah Anglo-Chinese di Kampar dan lain-lain.
Golongan Roman Katolik juga mendirikan sekolah
Inggeris bagi murid-murid lelaki yang biasanya
menggunakan perkataan Saint yang dipendekkan menjadi
St. Antaranya ialah Sekolah St. Johns, dan Sekolah St.
Pauls.
Sementara sekolah-sekolah bagi murid
perempuan pula lazimnya dikenali sebagai Sekolah
Convent.
KOLEKSI ILMIAH azhar
azharabdulrahman@live.com.my

7. Kesan Terhadap Kehidupan Sosial dan Ekonomi


Pergaulan yang bebas antara lelaki dan perempuan.
Pengaruh teknologi melalui filem dan televisyen.
Kehidupan, fesyen dan gaya Barat dianggap moden dan
perlahan-lahan cara pandangan manusia berubah. Yang
baik dan bagus adalah apa yan mengikut logik dan nafsu
manakala yang mengikut al Quran dan Hadis tidak baik
dan pelik.
Ekonomi pula telah berubah dari hanya berasaskan
pertanian sara diri kepada Sistem ekonomi perindustrian
dan perdagangan (sistem ekonomi kapitalis).
Ekonomi berasaskan riba diperkenalkan
Pemisahan tempat tinggal dan bidang pekerjaan
KOLEKSI ILMIAH azhar
azharabdulrahman@live.com.my

Вам также может понравиться