Berdasarkan keterangan saksi dan rakaman dari kamera litar tertutup di
tempat kejadian, fakta kes adalah seperti berikut :Mangsa merupakan seorang pelajar universiti tempatan yang bekerja separuh masa di salah sebuah pusat membeli belah (premis) yang bersambung dengan sebuah hotel bernama One World Hotel di Shah Alam. Pada 1 Mei 2016 , jam 9 pagi mangsa dilihat memandu memasuki perkarangan premis dan menuju ke bahagian parkir bawah tanah. Mangsa telah memarkir di kawasan parkir hotel kerana parkir di kawasan premis telah penuh. Menurut rakaman , pada jam 9.00 malam kira-kira dua jam sebelum kejadian, seorang lelaki bertopeng muka dan memakai pakaian seragam pengawal keselamatan telah menyembur cat hitam pada tujuh buah kamera litar tertutup di kawasan premis tersebut. Jam 11.15 malam pada hari yang sama , mangsa dirakam keluar dari premis tersebut menuju ke kawasan parkir. Kamera menunjukkan mangsa seolah-olah ketakutan dan menoleh ke arah mesin bayaran automatik beberapa kali.. Seterusnya kamera merakamkan seorang suspek lelaki berpakaian seragam pengawal keselamatan dan bertopeng meluru dari arah belakang mangsa. Rakaman menunjukkan mangsa menoleh kebelakang dan dilihan sepeti menjerit. Kemudian suspek kedua yang wajahnya dilindungi oleh topi biru gelap muncul dari arah tepi meluru ke arah mangsa lalu menekup mulut mangsa. Wajah kedua-dua suspek tidak dapat dilihat melalui rakaman kamera. Setelah mangsa diikat , rakaman menunjukkan mangsa menuding jari ke arah kedua-dua suspek seolah-olah ingin
menyampaikan sesuatu. Suspek pertama telah mengeluarkan sebilah
parang dari beg hitam yang dibawa lalu menghunus parang tersebut di hadapan mangsa. Suspek kedua menyedari bahawa terdapat kamera yang masih belum digelapkan lalu suspek telah menyemburkan cat hitam pada kamera tersebut dan rakaman menjadi gelap. Pada 2 Mei 2016 , jam 8.00 pagi , seorang pengawal keselamatan yang bertugas pada syif pagi pada hari seterusnya telah menjumpai mayat mangsa dengan kesan tetakan di seluruh badan mangsa.