Вы находитесь на странице: 1из 21

1.

PENGENALAN
1.1

Takrifan Undang-Undang

Mengikut kamus undang-undang Oxford, perkataan undang-undang membawa maksud suatu


kumpulan peraturan-peraturan yang dikuatkuasa dengan tujuan untuk mentadbir sesebuah
masyarakat.1 John Austin pula menyatakan bahawa undang-undang ialah suatu kumpulan
arahan-arahan yang di keluarkan oleh pihak pemerintah keatas pihak yang diperintah dan
dikuatkuasakan

melalui

penggunaan

sekatan

dan

hukuman

ke

atas

mereka

yang

mengingkarinya.2 John Salmond dalam bukunya pula memberi definisi undang-undang sebagai
kumpulan prinsip-prinsip yang diiktiraf dan di gunapakai oleh sesebuah negara dalam
pentadbiran keadilan atau dengan kata lain undang-undang ialah suatu kumpulan peraturan yang
dikuatkuasakan oleh negara keatas rakyatnya demi menjaga keamanan dan keadilan. 3 Hampir
setiap tindakan manusia melibatkan pengaruh undang-undang dan peraturan. Undang-undang
bukan sahaja berfungsi untuk memelihara keamanan dalam kehidupan manusia tetapi juga
mencerminkan nilai-nilai politik, ekonomi, sosial dan moral masyarakat.4
Perkataan undang-undang mempunyai makna yang berbagai bergantung kepada siapa
atau pihak mana yang mentafsirkannya mengikut perspektif dan kepentingan masing-masing.
Bagi seorang peguam, undang-undang itu suatu yang istimewa di mana ianya merupakan
peluang bagi mereka menawarkan kepakaran kepada pihak yang mempunyai masalah berkaitan
dengan undang-undang. Bagi kebanyakan orang awam, undang-undang mungkin merupakan
suatu yang menyusahkan mereka apabila terpaksa menuruti arahan-arahan dan peraturanperaturan tertentu dalam menjalani kehidupan harian mereka.

1
2

Elizabeth A. Martin, (2009). Dictionary of Law 8th Ed, Oxford University Press, London.
a command set by superior being (the State) and enforced by sanctions (punishment) by John Austin, The
Province of Jurisprudence, 1832.

the body of principles recognized and applied by the State in the administration of justice by John Salmond,
Jurisprudence, 1920.

Wu Min Aun , (1999). The Malaysian Legal System. Longman: Selangor Darul Ehsan.

Bagi ahli-ahli politik terutamanya yang menguasai kerajaan dan menduduki badan
perundangan sama ada Parlimen atau Dewan Undangan Negeri melihat undang-undang sebagai
suatu pemudahcara bagi mereka menjalankan dasar-dasar pemerintahan dan dengan itu berusaha
membuat atau meminda undang-undang untuk di sesuaikan dengan dasar-dasar tersebut. Bagi
pihak polis pula, undang-undang bagi mereka adalah sebagai satu sumber kuasa yang
membolehkan mereka menahan orang-orang yang melanggar undang-undang. Undang-undang
memainkan peranan yang penting dalam kehidupan manusia.
Kamal Halili Hassan pula mentakrifkan undang-undang sebagai:
peraturan atau kaedah yang dibuat oleh sesuatu badan perundangan yang dikenakan ke atas
rakyat negara berkenaan atau sekumpulan orang dan dikuatkuasakan melalui badan
penguatkuasaan tertentu, dan keengganan mematuhi undang-undang berkenaan akan membawa
kepada hukuman 5

Oleh itu, secara am nya undang-undang merupakan suatu kumpulan peraturan-peraturan


yang sedia wujud dalam masyarakat serta yang di wujudkan oleh pemerintah dengan tujuan
untuk mentadbir corak tingkah laku dan juga sebagai panduan bagaimana individu atau
kumpulan harus berperanan untuk mewujudkan kehidupan bermasyarakat yang adil, harmoni
dan tenteram. Peraturan-peraturan ini diiktiraf dan diterima oleh masyarakat. Masyarakat akur
bahawa sebarang bentuk perlanggaran terhadap peraturan-peraturan ini akan mengakibatkan
mereka di kenakan tindakan berbentuk hukuman atau denda. Berbeza dengan peraturan yang
bersifat norma-norma budaya yang di ikuti dan di amalkan dalam masyarakat yang tidak
berkuatkuasa sebagai undang-undang, perlanggaran ke atas nya tidak di kenakan denda atau
hukuman akan tetapi pelaku-pelaku tersebut mungkin di pandang serong atau mendapat cemuhan
dari masyarakat sekeliling.

Kamal Halili Hassan, (1990). Penulis dan Undang-undang. Dewan Bahasa dan Pustaka : Kuala Lumpur.

1.3 Sumber Undang-Undang


Sumber undang-undang di Malaysia boleh dibahagikan kepada dua sumber iaitu sumber undangundang bertulis dan undang-undang tidak bertulis.
1.3.1

Sumber Undang-Undang Bertulis

Undang-undang bertulis juga dikenali sebagai undang-undang statut. Ia merujuk kepada undangundang yang termaktub dalam perlembagaan dan perundangan (akta, ordinan dan enakmen).
Tidak seperti di United Kingdom, undang-undang bertulis ini adalah sumber undang-undang
yang utama di Malaysia. Memandangkan Malaysia adalah sebuah negara yang terdiri dari
persekutuan 13 buah negeri, maka undang-undang bertulis bertulis di Malaysia ini adalah terdiri
dari undang-undang negeri (State Laws) dan persekutuan (Federal Laws).
3 jenis undang-undang bertulis yang menjadi sumber undang-undang di Malaysia adalah :i.

Perlembagaan

ii.

Perundangan

iii.

Perundangan Subsdiari

1.3.2. Sumber Undang-Undang Tidak Bertulis


Undang-undang tidak bertulis tidak bermaksud undang-undang itu tidak bertulis langsung
(literally unwritten). Keputusan kehakiman misalnya boleh dirujuk secara bertulis dalam
laporan-laporan undang-undang (judicial report), begitu juga common-law Inggeris. Namun
untuk memudahkan kita semua memahami dan mengingati sumber undang-undang di Malaysia,
maka klafikasi sebegini dibuat.
Sumber undang-undang Malaysia yang tidak bertulis ini terdiri dari:
i.

Prinsip-prinsip undang-undang Inggeris yang sesuai dalam situasi tempatan

ii.

Keputusan kehakiman oleh mahkamah atasan (superior courts)

iii.

Undang-undang adat yang telah diterima pakai oleh mahkamah


3

Sebagai bekas tanah jajahan Inggeris, prinsip common law dan undang-undang ekuiti Inggeris
adalah merupakan sumber undang-undang tidak bertulis yang digunapakai secara meluas dalam
sistem undang-undang di Malaysia. Common law Inggeris mula terbentuk di England pada
zaman pertengahan melalui keputusan yang di buat oleh hakim-hakim dalam perbicaraan.
Dengan kemunculan raja-raja yang sangat berkuasa, kerajaan yang kuat, kewujudan sistem
kehakiman yang berpusat serta dengan adanya kumpulan kerani undang-undang yang profesional
menyimpan semua rekod-rekod berkaitan keputusan yang telah di buat oleh hakim-hakim dalam
perbicaraan mahkamah telah memungkinkan wujud nya undang-undang yang seragam dan sama
(common) untuk seluruh England. Undang-undang ekuiti pula ialah cabang undang-undang yang
di tadbir oleh Lord Chancellor sebagai wakil raja melalui pejabatnya yang kemudian di kenali
sebagai mahkamah chancery yang berfungsi melihat isu undang-undang dari perspektif ekuiti
iaitu keadilan dan kesaksamaan kepada pihak-pihak yang terlibat dalam pertikaian.
1.4

Tujuan Penggubalan Undang-undang

Kamal Halili berpendapat bahawa terdapat tiga tujuan utama undang-undang diwujudkan.

Pelaksanaan undang-undang adalah bertujuan untuk mencapai keadilan, keharmonian dan


ketenteraman dalam kehidupan masyarakat. Walau apa juga undang-undang yang diamalkan di
sesebuah negara, matlamatnya ialah untuk mewujudkan keadilan. Walau bagaimanapun, dalam
keadaan tertentu akan ada pihak-pihak yang merasakan bahawa peruntukan-peruntukan tertentu
sebenarnya tidak mencapai keadilan yang diharapkan. Perbezaan dari segi tafsiran keadilan
wujud disebabkan oleh kelainan dalam aspek pegangan hidup, nilai, budaya, dan cara seseorang
itu berfikir.

Ibid. Tujuan undang-undang diwujudkan adalah untuk memberikan dan mengiktiraf hak kepada seseorang,

melindungi hak tersebut, serta untuk menjamin ketenteraman dan keharmonian masyarakat .

2.0

SEJARAH COMMON LAW DAN PRINSIP-PRINSIP EKUITI


4

Sejarah common law merangkumi undang-undang adat lama England, yang melalui usaha
hakim-hakim, telah terpakai bersama di seluruh England. Oleh hal yang demikian, common law
menjadi undang-undang kebangsaan, dibezakan dengan adat tempatan. Kemudiannya, undangundang yang berasal dari adat bersama di England itu telah diperkembang, diubahsuai dan
dimajukan oleh hakim-hakim di dalam keputusankeputusan mereka, di dalam beberapa isu, dari
zaman ke zaman. Secara am, ia termasuk kaedah-kaedah undang-undang yang telah dimajukan
di Mahkamah Common Law (common law khusus) dan Chancery di England (ekuiti).7
Common law dibawa semenanjung Tanah Melayu untuk pertama kalinya melalui Piagam
Pertama pada tahun 1807. Sebelum kedatangan William the Conqueror pada tahun 1066 telah
ada sistem undang-undang yang bersifat primitif di England. Ianya melalui mahkamah tempatan
iaitu tuan tanah tempatan terhadap penyewa-penyewanya, di mahkamah feudal dan Country
Sheriffs yang duduk bersama Earl atau Bishop di mahkamah Shires dan Hundreds.8
Apabila William I menawan England dia telah membentuk satu sistem beraja yang kuat.
Dia telah menjajah ke seluruh England dan memerintah melalui institusi yang sedia ada.
Mahkamah feudal yang dijalankan oleh tuan-tuan tanah mendapat keuntungan besar dari
pemerintahan William I. Akan tetapi, mahkamah-mahkamah ini adalah milik persendirian dan
tuan-tuan tanah mendapat untung dari yuran yang dibayar kepada mahkamah.
Dalam tahun 1086 William I telah menghantar pegawainya ke seluruh negara untuk
mendapat maklumat dan menjalankan pentadbiran dan kehakiman. William I telah menghantar
hakim ke seluruh England seawal 1072. Kemudiannya Henry II (1154-1189) meneruskan amalan
tersebut dan menjelang pemerintahan Henry III (1216-1272) hakim-hakim ini dihantar
menjelajah ke seluruh negara dua kali setahun. Dari pemerintahan tersebut terbentuknya General
Eyre.9

Ahmad Ibrahim dan Monir Yaakob, Common Law di Malaysia. hlm. 1.

Sim RS & Scott DMM, A Level English Law, Butterworths, Chap 3.

Ibid.

Henry II membahagi England kepada litaran dan menghantar hakim-hakim ke seluruh


negara secara litar. Tujuannya ialah untuk menguatkan kedudukan raja dengan mengambil alih
5

kuasa mahkamah tanah dan penyewa. Beliau menawarkan sistem perbicaraan yang lebih
memuaskan hati pembawa kes. Perbicaraan menggunakan juri diperkenalkan untuk kes-kes sivil
dan jenayah. Suatu undang-undang dipanggil Assizes of Clarendom (1166) dan kemudiannya
oleh Assizes of Northhampton (1176) diperkenalkan dalam kes jenayah yang diperuntukkan
bahawa mesti ada 12 orang bagi setiap daerah (Country) yang bertanggungjawab menyerahkan
Sheriff orang yang disyaki melakukan jenayah yang serius. Tertuduh dihadapkan kepada
beberapa pegawai di-Raja yang menjelajah seluruh negara dari semasa ke semasa untuk menjaga
kepentingan Raja, di bawah satu sistem yang dipanggil General Eyre. Di sini bermulalah sistem
Grand Jury.
Bagi kes-kes sivil pula, remedi yang dipanggil The Assize of Novel Disseisin ditawarkan
kepada orang ramai yang tanah mereka telah diambil dengan cara yang salah. Dari remedi ini
wujudnya berbagai tindakan sivil dan dengan cara inilah General Eyre mempunyai bidang kuasa
sivil dan jenayah. Akhirnya satu sistem yang lebih teratur telah bermula di seluruh negara.10
General Eyre ini dimansuhkan pada zaman pemerintahan Richard II (1377-1399) di mana
satu sistem hakim litar (circuit judges) dari Kings Bench dimulakan, di mana pesuruhjaya litar
pertama diberikan semasa Edward II (1327-1377). Dengan memilih penghakiman adat yang
terbaik dan dengan menggunakannya di luar daerah/Country dari mana adat itu diamalkan, maka
lahirlah satu undang-undang yang teratur dan seragam atau serupa atau common bagi seluruh
England. Akhirnya, adat resam yang hanya terpakai untuk satu daerah terpakai kepada seluruh
negara. Dengan itu, wujudlah common law dan ini dilakukan melalui perkembangan stare
decists yang bermaksud standing atau previous decision iaitu peraturan lama terpakai kepada
kes-kes baru.

10

Smith & Keenan DJ, English Law 1979, Pitman, ms 2-10.

Secara kesimpulannya, common law adalah satu sistem undang-undang buatan manusia
yang berasal dari adat istiadat lama yang kemudiannya dijelaskan, diperkembangkan dan
6

disejagatkan oleh para hakim. Common law juga berbeza dari ekuiti, undang-undang tempatan,
statut dan mana-mana undang-undang asing. Keputusan Mahkamah Common Law diuji dari
semasa ke semasa di pelbagai mahkamah sebelum kedudukannya sebagai autoriti undangundang disahkan oleh House of Lord.

2.1

Kelemahan Common Law

Apabila telah berkembang dan digunakan secara meluas, common law mendapat krtikan kerana
kelemahan-kelemahannya. Salah satu kelemahan common law ialah sistem writ. Writ ialah satu
perintah bertulis dari Raja yang melibatkan saman atau tindakan. Writ dikeluarkan di pejabat
Canselor. Canselor pada masa itu adalah seorang paderi dan juga paderi di Raja dan ketua
Parlimen. Untuk membawa suatu tindakan di mahkamah di Raja, orang itu perlu mendapatkan
satu writ dari Pejabat Canselor atau Chancery yang mana dia perlu membayar harga writ itu.
Writ adalah satu surat tertutup yang dibuat di atas nama Raja dan ia memerintahkan seseorang
iaitu Lord of the Manor Sheriff of the County atau defendan membuat sesuatu yang ditentukan
oleh writ itu. Writ ini adalah dalam bentuk tertentu sahaja dan jika plaintif tidak dapat membeli
writ yang bersesuaian dengan kesnya, maka dia tidak akan dilayan di mahkamah tersebut. Ini
menyekat perkembangan common law dan menimbulkan ketidakadilan.
Selain itu, kelemahan common law ialah prosedur. Masalah yang timbul dari segi
prosedur ialah jika writ itu tersalah sedikitpun, tindakan tidak boleh diambil. Misalnya, jika A
mengadu pencerobohan terhadap kuda betinanya dan writ itu secara silap tertulis kuda jantan, A
terpaksa mengambil tindakan semula kerana tindakan pertama tidak akan didengar. Tambahan
pula tindakan plaintif akan gagal jika defendan dapat membawa orang-orang yang berpengaruh
untuk mengatakan yang tuntutan plaintif itu adalah palsu.

Seterusnya, kelemahan common law ialah dalihan dan rasuah. Defendan boleh
memberikan dalihan tertentu yang dinamakan essoins yang boleh melewatkan tuntutan plaintif.
Misalnya defendan boleh mengatakan berlakunya banjir teruk atau jambatan roboh atau dia sakit
7

yang boleh menangguhkan kes plaintif. Pada mulanya dalihan seperti ini disahkan dengan
menghantar orang untuk melihat keadaan defendan tetapi lama kelamaan tiada pegawai yang
datang memeriksa. Selain dari itu berlaku juga rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penindasan
juri.
Disamping itu, terdapat kelemahan common law untuk Remedi. Hal ini kerana cara
remedi tidak memuaskan. Remedi common law ialah bayaran ganti rugi berbentuk wang yang
tidak semestinya mencukupi atau memuaskan hati plaintif. Common law tidak boleh memaksa
defendan memenuhi tanggungjawab yang telah diberikannya melalui perjanjian.
Akhir sekali, kelemahan common law ialah amanah dan gadaian. Common law juga tidak
mengiktiraf konsep amanah dan tidak ada cara untuk memaksa pemegang amanah untuk
mengembalikan harta yang dipegangnya kepada orang yang berhak terhadapnya iaitu benefisiari.
Dalam konsep amanah, A akan memberi hartanya kepada B untuk dipegang oleh B bagi
kepentingan C, A dipanggil pembuat amanah, B sebagai pemegang amanah dan C sebagai
benefisiari. Common law hanya mengiktiraf kedudukan B kerana harta itu berada dalam
miliknya sedangkan pemilik sebenar ialah C.
Begitu juga dengan gadaian. Mengikut prinsip common law, tanah adalah milik orang
yang memberikan pinjaman sebaik saja tarikh untuk membuat bayaran telah berlalu kecuali
pinjaman dibayar sebelum tarikh itu.

2.2

Prinsip-Prinsip Ekuiti

Semua kelemahan common law yang dinyatakan menyebabkan orang tidak berpuas hati dengan
sistem tersebut. Justeru, mereka yang tidak berpuas hati akan membuat pengaduan kepada Majlis
Raja untuk mendengar kes mereka. Lama kelamaan Majlis Raja mewakilkan khususnya kepada
Canselor untuk mendengar aduan-aduan ini dan akhirnya semua petisyen dialamatkan kepada
Canselor.
Canselor ditugaskan untuk mendengar aduan yang melibatkan undang-undang
disebabkan kerani di pejabatnya hanya mengeluarkan writ common law. Selain itu, canselor
sendiri akan mendengar kes-kes yang telah gagal atau tidak untuk mendapat keadilan di
mahkamah common law. Dia membicarakan kes mengikut budi bicara dan rasa hatinya. Dia juga
tidak terikat dengan remedi common law malahan mula memberikan remedi ciptaannya sendiri
seperti perlaksanaan spesifik dan tegahan. Ia juga mengiktiraf hak kepada harta yang sebelum ini
tidak diiktiraf oleh common law terutama konsep use yang mana lahirnya konsep amanah.
Dengan bertambahnya kes-kes yang dirujuk kepadanya, Naib Canselor dilantik unttuk membantu
menyelesaikan kes-kes.
Oleh kerana kes-kes diputuskan tanpa dirujuk oleh doktrin duluan maka terdapat
ketidaktentuan dalam penghakiman dan dikatakan ekuiti itu berubah mengikut saiz kaki
Canselor. Walau bagaimanapun, perkara itu tidak berjalan lama kerana akhirnya ekuiti juga
mengikut doktrin duluan dan menjadi satu sistem yang lengkap dan berjalan seiring dengan
common law. Kaedah ekuiti dianggap sebagai pelengkap kepada kekurangan yang terdapat pada
common law.

HUBUNGAN COMMON LAW DAN EKUITI


Pada awalnya hubungan antara common law dan ekuiti berjalan lancar secara bertolak ansur.
Tetapi lama kelamaan pertelingkahan timbul antara satu sama lain disebabkan sikap ekuiti yang
selalu campur tangan dalam semua hal. Misalnya, jika A dengan pengaruh yang tidak berpatutan
membeli sebidang tanah dari B dengan harga lebih murah dari harga pasaran. B kemudiannya
enggan menyerahkan tanah itu kepada A. A akan pergi ke mahkamah common law dan dia akan
mendapat ganti rugi walaupun dia bertindak secara tidak adil dalam pembelian tanah itu. B yang
tidak puas hati akan pergi kepada Canselor dan mendapatkan tegahan di mana A akan dihalang
dari membawa kesnya ke mahkamah atau jika A telah mendapat remedinya dari mahkamah
common law, maka Canselor akan mengeluarkan perintah memenjara A kerana melanggar
perintahnya. Mahkamah common law pula akan mengeluarkan A dari penjara dengan
mengeluarkan writ habeas corpus.
Pertelingkahan ini berakhir dengan keputusan mahkamah dalam kes Earl of Oxford, yang
mana telah diputuskan jika ada pertelingkahan antara common law dan ekuiti, ekuiti akan
diberikan keutamaan. Dengan keputusan ini kedua-dua sistem ini mula menjalankan kuasanya
secara berasingan dan bersifat lengkap melengkapi. Pada tahun 1873-1875 Akta Kehakiman
diluluskan dengan common law dan ekuiti digabungkan. Kedua-dua remedi common law dan
ekuiti boleh didapati di mahkamah yang sama dan pemohon tidak perlu membawa kes secara
berasingan lagi.
Di atas adalah sejarah ringkasan common law dan ekuiti, yang kemudiannya menjadi satu
sistem perundangan yang ketat dikawal oleh doktrin duluan dan digunapakai di Malayia.

10

3.0

PENERIMAAN UNDANG-UNDANG INGGERIS DI SARAWAK


3.1

Perjanjian Dan Pendudukan Keluarga Brooke

Keluarga Brooke telah memerintah Sarawak sebagai Raja Putih Sarawak. Dari tahun
1841-1941. Sarawak telah diperintah oleh James Brooke, Charles Brooke, Charles Vyner Brooke.
Sebelum kurun ke-19 Sarawak dibawah pengaruh Kesultanan Brunei, Pangeran Indera Mahkota,
(PIM). Namun begitu, PIM menerima tentangan hebat daripada pembesar dan Orang Bidayuh
kerana cukai yang tinggi dan tidak diberi upah. Berlaku perjanjian pada tahun 1841 antara
Pangeran Raja Muda Hasyim dengan James Brooke, (JB) yang merupakan seorang pedagang
British. Kesannya, James Brooke memerintah Sarawak dan menguasai hasilnya. JB juga harus
menghormati dan memelihara undang-undang dan adat istiadat orang Melayu. Peristiwa besar ini
telah menyebabkan Sarawak di pimpin oleh keturunan JB, legasi beliau menggunakan kaedah
yang sama dalam usaha meluaskan lagi tanah iaitu perjanjian dalam menguasai sepenuhnya
Saribas, Batang Lubas, Samarahan pada tahun (1853). Sungai Rajang (1861), Sungai Trusan
(1883), Lawas (1905). Keluarga Brooke Berjaya meluaskan wilayahnya sehingga sehingga ke
sempadan Brunei. Sempadan Sarawak yang dibentuk pada zaman pemerintahan Brooke kekal
seperti yang kita lihat pada hari ini.

3.2

Sejarah Penerimaan Undang-Undang Inggeris

Di Sarawak, Raja Brooke telah berusaha untuk menyusun undang-undang dan adat yang
ada. Dalam tahun 1842, dia Berjaya mengkanunkan undang-undang dan adat dan adat dalam
kanun yang di panggil Ondong-Ondong.

11

Pada mulanya Brooke tidak begitu berminat untuk

memasukkan undang-undang Inggeris ke dalam pentadbiran keadilan Sarawak. Ini ternyata


dalam satu arahan yang diberinya kepada majistret-majistret dalam tahun 1847.

11

Sistem undang-undang di Malaysia, Ahmad Ibrahim dan Ahilemah Joned, hlm 84, bab 4 undang-undang Inggeris,
Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur, 1992.

11

Dia berkata:
Majistret-majistret adalah, dengan itu tidak terikat untuk mentadbir keadilan
mengikut undang-undang Inggeris, tetapi pengadil kes-kes menurut prinsip kesaksamaan
(ekuiti) di antara seorang dengan seorang di atas prinsip keadilan yang luas dan
teguh Bagi makahamah sedemikian pelbagai bentuk, kaedah, fahaman, kenyataan dan
selok-belok teknik undang-undang British akan menjadi halangan dan bahaya yang
serius 12

Dalam mentadbir Sarawak, Raja Brooke telah mengeluarkan undang-undang sendiri. Undangundang ini dalam bentuk perintah-perintah, kenyataan-kenyataan, perisytiharan dan arahanarahan. Undang-undang ini digubal dengan cara yang tidak formal.
Dalam tahun 1865, Raja yang kedua Charles Brooke telah menubuhkan Majlis Negeri.
Fungsi utama Majlis ini ialah untuk menentukan mana-mana adat Bumiputera yang ada harus
dipilih untuk dikuatkuasakan. Tetapi penubuhan ini juga penting sebagai suatu langkah
kehadapan dalam pembentukan badan perundangan untuk memberi kuatkuasa daripada segi
undang-undang kepada undang-undang yang telah dikeluarkan oleh James Brooke.
Dalam kes-kes jenayah, Raja seboleh-bolehnya mengikuti Kanun Keseksaan India.
Dalam hal lain, pegawai kehakiman membuat keputusan mengikut budi bicara mereka dengan
memberi pertimbangan yang sewajarnya kepada adat dan agama kaum bumiputera. Dalam
proses ini, tidak dapat diragukan pegawai-pegawai ini amat terpengaruh dengan prinsip undangundang Inggeris. Dalam tahun 1922, Kanun Keseksaan India telah diambil menerusi Perintahperintah Makhamah (Courts Order). 13

12

Boyd, TS The Law and Constitution of Sarawak, Journal of Comparative Legislation and International Law,
3rd Series, Vol. XVIII, Part I

13

Ahmad Ibrahim dan Ahilemah Joned, Sistem Undang-undang di Malaysia. halaman 85, bab 4, Dewan Bahasa dan
Pustaka, Kuala Lumpur, 1992.

12

Beberapa buah buku yang mengumpulkan undang-undang yang dikeluarkan oleh Raja Brooke
telah diterbitkan. Misalnya buku yang dipanggil Orders 1863-1913 yang mengandungi semua
perintah yang dikeluarkan daripada tahun 1863 hingga 1913. Dalam tahun 1933, Green Book
telah diterbitkan. Buku ini mengandungi perintah-perintah yang dikeluarkan dari tahun 1927
hingga tahun 1933. Green Book mengandungi campuran-campuran undang-undang berkanun,
kaedah peraturan dan arahan-arahan Raja Brooke sendiri.
Langkah menerima undang-undang Inggeris dengan lebih meluas wujud dalam tahun
1922 dengan terbitnya Red Book. Dalam buku ini terkandung Perintah-Perintah Negeri (State
Orders) yang digubal mulai 1 Julai 1927. Dalam pada itu, Kanun Keseksaan dann Kanun Acara
Jenayah telah digubal dengan meniru peruntukkan-peruntukkan Kanun Jenayah India.
Undang-undang England dimasukkan secara rasmi pada tahun 1928 dengan tergubalnya
Ordinan Undang-undang Sarawak pada tahun 1928 (Law of Sarawak Ordinance 1928). Ordinan
ini mempunyai peruntukkan mengenai pemakaian-pemakaian Common Law England, seperti
menurut Seksyen 2. Sarawak menerima undang-undang Inggeris dengan meluasnya selepas
Perang Dunia Kedua, iaitu selepas tahun 1946. Dalam tahun 1949, Ordinan Pemakaian Undangundang Sarawak 1949 memansuhkan Ordianan Undang-undang Sarawak 1928. Ordinan 1949
memperuntukkan pemakaian Common Law England sekiranya tidak ada peruntukkan tempatan,
sejauh yang diizinkan adat dan keadaan tempatan.14

14

Ibid., hlm 85.

13

3.3

Penerimaan Undang-Undang Inggeris


Apabila James Brooke menjadi Raja Putih Sarawak, salah satu tindakan yang diambilnya

ialah menyiapkan suatu rangkaian delapan undang-undang. Rangkaian undang-undang itu


dicetak dalam Bahasa Melayu dan di terbitkan dalam tahun 1843. Antara peruntukkan undangundang ini ialah:
1. Hukuman bagi pembunuh
2. Merompak dan lain-lain kesalahan berat
3. Membenarkan semua orang berdagang atau bekerja menurut kehendak hati mereka
serta menikmati hasil usaha mereka.
4. Melindungi orang-orang Dayak dari pemerasan
5. Memberi kebebasan untuk berjalan dan berdagang
Negeri-negeri Borneo menggunakan undang-undang dan prinsip-prinsip keadilan yang sama
dengan common law Inggeris, prinsip-prinsip ekuiti Inggeris dan statut pemakaian am Inggeris.
Pemakaian undang-undang dan kaedah-kaedah ekuiti (beserta dengan statut pemakaian am)
dibenarkan sejauh yang diizinkan oleh undang-undang adat tempatan. Ini berikutan dengan
Ordinan Pemakaian Undang-undang Sarawak 1949 dan Ordinan Pemakaian Undang-undang
Sabah 1951. Undang-undang bertulis Khas untuk Sabah dan Sarawak banyak di ambil daripada
perundangan yang berkuatkuasa di negeri-negeri Melayu dan Singapura, yang sebaliknya pula
banyak meminjam undang-undang bertulis India dan United Kingdom. Contoh yang nyata sekali
ialah peruntukan dalam Kanun Acara Jenayah, yang di ambil daripada undang-undang Tanah
Melayu dan India.15

15

Ibid., hlm 85.

3.4

Undang-Undang Adat Di Sarawak


14

Di Sarawak, undang-undang yang dipakai oleh penduduk tempatan sebelum Inggeris


memerintah ialah undang-undang adat seperti Adat Dusun Tunggu dan undang-undang adat
Melayu termasuk undang-undang Islam. Apabila James Brooke memerintah Srawak 1841, beliau
tidak menghapuskan undang-undang yang diamalkan sebelum ini, malah beliau telah mengiktiraf
undang-undang tersebut. Di samping itu, undang-undang adat bangsa lain juga diikuti di
Sarawak. Contohnya, undang-undang berkenaan dengan kelaziman-kelaziman dan pewarisan
Cina telah diiktiraf dan dikuatkuasakan oleh Mahkamah Sarawak, walaupun orang-orang Cina
tidak dianggap bumiputera Sarawak.

Oleh itu, undang-undang adat yang terdapat di Sarawak pada masa pemerintahan Inggeris boleh
dibahagikan kepada tiga jenis iaitu:
i) Undang-undang adat Melayu yang terpakai kepada orang Melayu berhubung dengan undangundang diri seperti perkahwinan, perceraian dan warisan.
ii) Undang-undang adat bumiputera (undang-undang adat) yang terpakai kepada bumiputera
bukan Melayu.
iii) Undang-undang adat Cina yang dimasukkan ke dalam statut-statut.

Pada masa pemerintahan Inggeris, urusan berkaitan dengan agama Islam diuruskan oleh datudatu yang dilantik oleh pihak kerajaan pada masa itu. Undang-undang Mahkamah Melayu
15

Sarawak telah ditubuhkan pada tahun 1915. Ia merupakan undang- undang adat bumiputera bagi
masyarakat Melayu Sarawak. Kuasa untuk menjalankan undang-undang tersebut dari awal lagi
telah diberikan kepada majistret sehinggalah Sarawak menjadi tanah jajahan Inggeris. Pegawai
anak negeri menjadi pegawai tadbir sehingga waktu-waktu terakhir sebelum Mahkamah Syariah
ditubuhkan

Bagi bumiputera sama ada Melayu atau tidak, undang-undang yang digunapakai ialah
undang-undang adat. Pemakaian undang-undang ini tidak banyak dan terhad. Pentadbiran
sebenar undang-undang adat dijalankan di Pejabat Residen di seluruh negeri. Pentadbiran
undang-undang adat ini tidak teratur sehinggalah pada tahun 1955, di mana struktur formal
pentadbiran undang-undang adat mencapai bentuk yang muktamad dengan pengisytiharan
Ordinan Mahkamah Anak Negeri dan Ordinan Undang-undang Adat Anak Negeri.
Mahkamah Agung memutuskan bahawa undang-undang adat Cina bukanlah satu undang-undang
Bumiputera tetapi mahkamah boleh mengaplikannya dalam keadaan-keadaan berikut:
i.

Di mana adat tersebut jelas disebut dalam mana-mana Ordinan di Sarawak atau dibuat oleh

ii.

peraturan-peraturan Ordinan
Di mana adat tersebut telah diiktiraf sama ada secara nyata atau kiasan yang perlu dalam
Ordinan undang-undang Sarawak. Oleh kerana undang-undang adat Cina bukan sebahagian
dari undang-undang adat Bumiputera maka Mahkamah Bumiputera tidak ada bidang kuasa,
dan sebarang kes mengenainya dibawa ke mahkamah sivil.

4.0

KEMASUKAN UNDANG-UNDANG INGGERIS DI SARAWAK


16

Undang-undang England dimasukkan secara rasmi pada tahun 1928 dengan tergubalnya ordinan
Undang-undang Sarawak 1928.16 Ordinan ini mempunyai peruntukan pemakain-pemakain
common law England dalam keadaan-keadaan yang dinyatakan. Menurut Seksyen 2:
Undang-undang England sejauh yang tidak diubahsuai oleh ordinan yang digubal oleh
gabenor dengan nasihat dan persetujuan Majlis negeri, dan sejauh yang boleh dipakai di
Sarawak dengan memberi perhatian kepada adat bumiputera dan keadaan tempatan,
hendaklah menjadi undang-undang Sarawak.17
Ordinan ini mengesahkan penerimaan undang-undang Inggeris yang telah berlaku sebelum ini.
Pentadbiran undang-undang dijalankan berdasarkan prinsip berikut, iaitu undang-undang
Inggeris hendaklah menjadi undang-undang Sarawak sejauh yang mungkin. Di samping itu,
undang-undang tempatan dan adat hendaklah dipelihara selagi kedua-duanya tidak bercanggah
dengan urusan pentadbiran.
Pada tahun 1956, Ordinan Undang-undang Sivil 1951 digantikan dengan Ordinan Undangundang Sivil 1956 dan kemudiannya telah diperluaskan pemakaiannya merangkumi Pulau
Pinang dan Melaka. Enakmen dan ordinan undang-undang Sivil 1956 yang terpakai di seluruh
Negeri-negeri Melayu termasuk Pulau Pinang dan Melaka ini telah menformalkan amalan yang
diterima pakai .Kemudian Ordinan Undang-undang Sivil1956 telah digantikan dengan Akta
Undang-Undang Sivil 1956 dan kemudiannya telah diperluaskan kuatkuasanya untuk Sabah dan
Sarawak.

16

Ibid., hlm. 85.

17

Ibid., hlm. 86.

Mengikut Seksyen 3 telah memperuntukkan Undang-undang Inggeris berkuatkuasa dan diguna


pakai di seluruh Malaysia. Mengikut Seksyen 3 Akta Undang-Undang Sivil 1956.
17

3(i) Pemakaian undang-undang Inggeris terlaksana sekiranya tidak ada pengubahsuaian yang
dibuat oleh mana-mana undang-undang bertulis yang berkuatkuasa di Malaysia .Oleh itu
mahkamah hendaklah :
a) Mahkamah di Malaysia Barat atau di mana-mana bahagian daripadanya hendaklah
memakai undang-undang Inggeris iaitu (Common Law & Kaedah Ekuiti)18 seperti yang
ditadbirkan di England pada 7 April 1956.
b) Di Sabah, perlu memakai Common law England dan Kaedah-kaedah Ekuiti bersama
dengan Statut-statut pemakaian am19 seperti yang ditadbirkan atau berjalan kuatkuasanya
di England pada 1 Disember 1951.
c) Di Sarawak mengguatkuasakan Common Law England, Kaedah-kaedah Ekuiti bersama
dengn Statut-statut pemakaian am seperti yang ditadbirkan di England pada 12 Disember
1949 tetapi tertakluk kepada sub-seksyen 3(ii).
iii.

Menyatakan jika terdapat pertentangan diantara Common Law & Kaedah Ekuiti dalam
persoalan atau masalah yang sama maka Kaedah Ekuiti akan diutamakan pemakaianya.
Pemakaian seksyen ini juga disyaratkan bahawa Common Law, Kaedah-kaedah Ekuiti dan
Statut Pemakaian Am akan terpakai sejauh mana yang diizikan oleh keadaan di negerinegeri dalam Malaysia dan penduduknya juga tertakluk kepada penyesuaian yang dianggap
bersesuaian oleh keadaan tempatan.

18

Merupakan undang-undang yang di buat oleh hakim dan bukannya yang di gubal oleh sesuatu badan

perundangan.
19

Undang-undang yang digubal oleh badan perundangan

(3)Tanpa menyentuh keluasan makna sub-seksyen (b) dan (c) dan biarpun sub-seksyen 1(c)

18

i) Dengan ini dinyatakan bahawa perbicaraan sepertimana di England dibicarakan di bahagian


crown daripada Queens Bench Division bagi High Court dengan cara Habeas Corpus

20

atau

untuk perintah mandamus21 perintah larangan (prohibition), perintah pembatalan (certiorari) atau
perintah tegahan (injunction). Iaitu menegah seorang yang bertugas di dalam jawatan yang dia
tidak berhak bertugas, ianya boleh diperolehi di Sabah setakat mana untuk tujuan-tujuan dan
maksud seperti yang diperolehi di England.
ii) Akta Parlimen United Kingdom yang telah diperkenalkan di Sarawak di bawah seksyen 3 dan
4 Ordinan Pemakaian Undang-undang Sarawak dan yang disebutkan dalam Jadual Akta ini
setakat mana yang disebutkan di dalam jadual itu, ianya hendaklah terus berjalan dan
berkuatkuasa dengan perubahan-perubahan rasmi dan pindaan yang perlu untuk membolehkan
Akta tersebut dipakai menurut keadaan keadaan di Sarawak dan khasnya tertakluk kepada
ubahsuaian yang dinyatakan di dalam ruang ketiga jadual itu.

20

Digunakan untuk mencabar kesahihan penahanan seseorang.

21

Perintah Mahkamah tinggi yang mengarahkan satu tribunal bawahan , pegawai awam, perbadanan ,bagi
menjalankan tugas awam.

5.0 KESIMPULAN

19

Walaupun Keluarga Brooke memerintah Sarawak selama 100 tahun tetapi Keluarga Brooke tidak
menghapuskan undang-undang yang sedia ada di Sarawak iaitu Undang-undang Adat. Malahan,
dalam tahun 1842, Keluarga Brooke berjaya mengkanunkan undang-undang dan adat dalam
kanun yang di panggil Ondong-Ondong. Peruntukan yang terdapat dalam Seksyen 2 dan 3 Akta
Undang-undang Sivil 1956 iaitu apabila terdapat kekosongan (lacuna) dalam undang-undang di
Malaysia, maka undang-undang Inggeris akan terpakai. Di samping itu juga sikap para hakim
dan pengamal undang undang pada masa itu suka merujuk kepada undang-undang Inggeris
daripada mencari jawapan daripada merujuk di dalam undang-undang Adat atau Tempatan
(Islam).

BIBLIOGRAFI
20

Ahmad Ibrahim, Abdul Monir, (1993). Common Law di Malaysia. Universiti Islam Antarabangsa
Malaysia : Selangor.
Ahmad Ibrahim, Ahilemah Joned, (1992). Sistem Undang-undang di Malaysia. Dewan Bahasa
dan Pustaka: Kuala Lumpur.
Boyd, TS. (1936). The Law and Constitution of Sarawak, Journal of Comparative Legislation
and International Law, 3rd Series, Vol. XVIII, Part I. Cambridge University Press:
London.

Elizabeth A. Martin, (2009). Dictionary of Law 8th Ed, Oxford University Press: London.

John Austin, (1832). The Province of Jurisprudence, London: John Murray.

John Salmond, (1920). Jurisprudence, Cornell University: New York.

Kamal Halili Hassan, (1990). Penulis dan Undang-undang. Dewan Bahasa dan Pustaka :
Kuala Lumpur.
Sim RS & Scott DMM, (1979). A Level English Law. Butterworths: London.

Smith & Keenan DJ, (1979). English Law.Pitman Publishing: London.


Wu Min Aun, (1999). The Malaysian Legal System, 2nd. ed. Longman: Kuala Lumpur.

21

Вам также может понравиться

  • Cara Penulisan Refleksi Yang Mudah, Tepat, Ringkas Untuk RPH Guru
    Cara Penulisan Refleksi Yang Mudah, Tepat, Ringkas Untuk RPH Guru
    Документ4 страницы
    Cara Penulisan Refleksi Yang Mudah, Tepat, Ringkas Untuk RPH Guru
    Uzmar Izmael Zubir
    Оценок пока нет
  • Sisa Pepejal Dan Pengurusannya Daripada
    Sisa Pepejal Dan Pengurusannya Daripada
    Документ19 страниц
    Sisa Pepejal Dan Pengurusannya Daripada
    Kitty Teo
    Оценок пока нет
  • Kertas Kerja Majalah Sekolah 2018
    Kertas Kerja Majalah Sekolah 2018
    Документ3 страницы
    Kertas Kerja Majalah Sekolah 2018
    hafizmnoor
    67% (3)
  • Pembentukan Malaysia
    Pembentukan Malaysia
    Документ16 страниц
    Pembentukan Malaysia
    Uzmar Izmael Zubir
    Оценок пока нет
  • Timeline Projek
    Timeline Projek
    Документ1 страница
    Timeline Projek
    Uzmar Izmael Zubir
    Оценок пока нет
  • Bab V
    Bab V
    Документ19 страниц
    Bab V
    Uzmar Izmael Zubir
    Оценок пока нет
  • Timeline Projek
    Timeline Projek
    Документ1 страница
    Timeline Projek
    Uzmar Izmael Zubir
    Оценок пока нет
  • Sijil Penghargaan
    Sijil Penghargaan
    Документ6 страниц
    Sijil Penghargaan
    Uzmar Izmael Zubir
    Оценок пока нет
  • PERANAN
    PERANAN
    Документ1 страница
    PERANAN
    Uzmar Izmael Zubir
    Оценок пока нет
  • RPH48
    RPH48
    Документ3 страницы
    RPH48
    Uzmar Izmael Zubir
    Оценок пока нет
  • Laporan Sosio
    Laporan Sosio
    Документ2 страницы
    Laporan Sosio
    Uzmar Izmael Zubir
    Оценок пока нет
  • Soalan Temubual PBT
    Soalan Temubual PBT
    Документ1 страница
    Soalan Temubual PBT
    Uzmar Izmael Zubir
    Оценок пока нет
  • RPH3
    RPH3
    Документ3 страницы
    RPH3
    Uzmar Izmael Zubir
    Оценок пока нет
  • Soal Selidik 2
    Soal Selidik 2
    Документ13 страниц
    Soal Selidik 2
    Uzmar Izmael Zubir
    Оценок пока нет
  • RPH3
    RPH3
    Документ3 страницы
    RPH3
    Uzmar Izmael Zubir
    Оценок пока нет
  • Soal Selidik 2
    Soal Selidik 2
    Документ5 страниц
    Soal Selidik 2
    Uzmar Izmael Zubir
    Оценок пока нет
  • 2.MJEM 201716113 22haliza
    2.MJEM 201716113 22haliza
    Документ11 страниц
    2.MJEM 201716113 22haliza
    amysuhana
    Оценок пока нет
  • Proposal Sisa Pepejal
    Proposal Sisa Pepejal
    Документ9 страниц
    Proposal Sisa Pepejal
    Uzmar Izmael Zubir
    Оценок пока нет
  • Pengurusan Sisa Pepejal BAB 2
    Pengurusan Sisa Pepejal BAB 2
    Документ23 страницы
    Pengurusan Sisa Pepejal BAB 2
    Uzmar Izmael Zubir
    Оценок пока нет
  • Borang Survey
    Borang Survey
    Документ6 страниц
    Borang Survey
    Uzmar Izmael Zubir
    Оценок пока нет
  • Usul Proposal Tesis Pengurusan Sisa Pepe PDF
    Usul Proposal Tesis Pengurusan Sisa Pepe PDF
    Документ6 страниц
    Usul Proposal Tesis Pengurusan Sisa Pepe PDF
    Uzmar Izmael Zubir
    Оценок пока нет
  • Contoh Borang Kaji Selidik
    Contoh Borang Kaji Selidik
    Документ8 страниц
    Contoh Borang Kaji Selidik
    Rozaimi Jaafar
    Оценок пока нет
  • KonferenUPSI2015 HalizaUPM
    KonferenUPSI2015 HalizaUPM
    Документ13 страниц
    KonferenUPSI2015 HalizaUPM
    bendan
    Оценок пока нет
  • Titas Nota Penuh
    Titas Nota Penuh
    Документ12 страниц
    Titas Nota Penuh
    Uzmar Izmael Zubir
    Оценок пока нет
  • Karangan Rasuah
    Karangan Rasuah
    Документ3 страницы
    Karangan Rasuah
    Uzmar Izmael Zubir
    Оценок пока нет
  • Laporan Latihan Ilmiah
    Laporan Latihan Ilmiah
    Документ1 страница
    Laporan Latihan Ilmiah
    Uzmar Izmael Zubir
    Оценок пока нет
  • Ekonomi Di NNMB Abad
    Ekonomi Di NNMB Abad
    Документ5 страниц
    Ekonomi Di NNMB Abad
    Uzmar Izmael Zubir
    Оценок пока нет
  • Cover
    Cover
    Документ1 страница
    Cover
    Uzmar Izmael Zubir
    Оценок пока нет
  • Jadual Spesifikasi Ujian
    Jadual Spesifikasi Ujian
    Документ1 страница
    Jadual Spesifikasi Ujian
    Uzmar Izmael Zubir
    Оценок пока нет
  • PERANAN
    PERANAN
    Документ1 страница
    PERANAN
    Uzmar Izmael Zubir
    Оценок пока нет