Вы находитесь на странице: 1из 12

Bab 9: Memplagiat dan Membuat Rujukan

BAB 9: MEMPLAGIAT DAN MEMBUAT RUJUKAN

Pada akhir bab ini, anda akan dapat:


1. Menerangkan apa itu memplagiat
2. Mencadangkan cara mengatasai masalah memplagiat
3. Menerangkan cara-cara membuat rujukan

9.1 PENGENALAN

Plagiarisme atau plagiat ialah satu kegiatan


sejagat yang telah lama wujud. Kegiatan ini
tidak adil kepada orang yang berusaha keras
menghasilkan karya aslinya. Pelajar yang
mencari jalan mudah dan memplagiat hasil
orang lain adalah tidak jujur dan sanggup
mereka menerima pengiktirifan ke atas sesuatu
yang bukan karya mereka.
Tidak dinafikan bahawa belajar di universiti
tidak semudah kerana is memerlukan usaha,
bersusah payah dan berdepan dengan pelbagai
rintangan sebelum berjaya. Barulah kejayaan
yang dikecapi itu manis dan berbaloi. Apakah
makna perjuangan ilmu, jika asyik memplagiat
hasil orang lain?

Bab 9: Memplagiat dan Membuat Rujukan

9.2 APAKAH PLAGIARISME?

Plagiarisme berasal daripada perkataan Bahasa Inggeris


plagiarism yang berasal daripada perkataan Latin plagiarus
yang bermakna menculik atau mencuri sesuatu atau seseorang.
Berikut ini ialah beberapa definisi plagiarisme:

Kamus Dewan (2009) mentakrif plagiarisme sebagai


perbuatan meniru atau mencedok sebahagian atau
keseluruhan karya orang lain dan mengakui karya
tersebut sebagai usahanya sendiri.

Wikipedia (2010) mendefinisi plagiarisme ialah pengambilan idea atau pendapat


daripada orang lain dan menjadikannya sebagai idea atau pendapat sendiri.

Dasar Etika dan Integriti Penerbitan dan Penulisan, Universiti Kebangsaan


Malaysia (2011) mentakrif plagiarisme sebagai perbuatan meniru karya, maklumat
atau idea orang lain tanpa memperakui sumbernya (sama ada pengarang mahupun
karyanya) serta memperakukan bahawa karya atau maklumat tersebut merupakan
hasil kerja sendiri.

Universiti Stanford (2012) mentakrif plagiarisme sebagai penggunaan tanpa


memberi penghargaan yang munasabah kepada penulis atau sumber, hasil karya asli
orang lain, sama ada karya itu merupakan kod, fomula, idea, bahasa, kajian, strategi,
penulisan dan lain-lain format.

Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971, (Tatatertib Pelajar-Pelajar) menyatakan tentang larangan
terhadap plagiarisme:
(1) Seseorang pelajar tidak boleh memplagiat apa-apa idea, penulisan, data atau ciptaan orang lain.
(2) Bagi maksud kaedah ini, plagiarisme termasuklah :
a) perbuatan mengambil sesuatu idea, penulisan, data atau ciptaan orang lain dan mendakwa
bahawa idea, penulisan, data atau ciptaan itu adalah hasil dapatan atau ciptaannya sendiri;
atau
b) suatu cubaan untuk menonjolkan atau perbuatan menonjolkan, dalam apa-apa cara, bahawa
dia ialah sumber asal atau pencipta sesuatu idea, penulisan, data atau ciptaan yang adalah
sebenarnya diambil daripada beberapa sumber lain.

(3) Tanpa menjejaskan keluasan makna subkaedah (2), seseorang pelajar memplagiat apabila dia:

Bab 9: Memplagiat dan Membuat Rujukan


a) menerbitkan, dengan dirinya sebagai pengarang, suatu ringkasan, artikel, kertas saintifik atau
akademik, atau buku yang adalah keseluruhannya atau sebahagiannya ditulis oleh beberapa
orang lain;

b) menggabungkan dirinya atau membenarkan dirinya digabungkan sebagai pengarang bersama


sesuatu ringkasan artikel, kertas saintifik atau akademik, atau buku, apabila dia tidak
langsung membuat apa-apa sumbangan bertulis kepada ringkasan, artikel, kertas saintifik atau
akademik, atau buku;

c) memaksa orang lain untuk memasukkan namanya dalam senarai penyelidik bersama bagi
sesuatu projek penyelidikan tertentu atau dalam senarai penyelidik bersama bagi penerbitan
apabila dia tidak membuat apa-apa sumbangan yang boleh melayakkan dirinya sebagai
penyelidik bersama atau pengarang bersama;

d) memetik data akademik yang adalah hasil penyelidikan yang dijalankan oleh beberapa orang
lain, seperti dapatan makmal atau dapatan kerja lapangan, atau data yang diperolehi melalui
penyelidikan perpustakaan, sama ada diterbitkan atau tidak diterbitkan, dan menggabungkan
data tersebut sebagai sebahagian daripada penyelidikan akademiknya tanpa memberi
pengiktirafan sewajarnya kepada sumber asal;

e) menggunakan data penyelidikan yang diperoleh melalui kerja usaha sama dengan beberapa
orang lain, sama ada atau tidak orang lain itu anggota kakitangan atau pelajar Universiti
sebagai sebahagian daripada penyelidikan akademik yang berbeza yang lain, atau bagi
penerbitan atas namanya sendiri sebagai pengarang tunggal, tanpa memperoleh keizinan
penyelidik bersamanya sebelum memulakan penyelidikan peribadinya atau sebelum
menerbitkan data;

f) menyalin idea atau ciptaan orang lain yang disimpan dalam apa-apa jua bentuk, sama ada
bertulis, tercetak atau tersedia dalam bentuk elektronik, atau dalam bentuk slaid, atau dalam
apa-apa jua bentuk pengajaran atau perkakas penyelidikan atau dalam apa-apa bentuk lain dan
mengaku sama ada secara langsung atau tidak langsung bahawa dia ialah pencipta idea atau
ciptaan itu.

g) menterjemahkan tulisan atau ciptaan orang lain daripada satu bahasa kepada bahasa lain sama
ada atau tidak secara keleluruhan atau sebahagian, dan kemudian mengemukakan terjemahan
itu dalam apa-apa jua bentuk atau cara sebagai penulisannya atau ciptaannya sendiri; atau

h) memetik idea daripada penulisan atau ciptaan orang lain dan membuat beberapa ubahsuaian
tanpa rujukan sewajarnya kepada sumber asal dan menyusunnya semula dalam apa-apa cara
yang seolah-olah dia ialah pencipta idea-idea itu.
[Sumber: Petikan daripada Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 Kaedah-Kaedah Universiti
Teknologi Malaysia (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1999]

Gejala plagiarisme di kalangan pelajar kolej atau universiti di institusi pengajian tinggi
dianggap sebagai satu kesalahan yang serius dan pesalah boleh dikenakan hukuman berat
termasuklah digantung atau dibuang dari universiti. Sesetengah individu yang ditangkap
kerana menpliagat dalam penulisan akademik mendakwa mereka tidak berniat memepliagat,
melalui kegagalan mereka mengemukakan petikan serta sumber rujukan.

Bab 9: Memplagiat dan Membuat Rujukan

Rajah 9.2 Amalan potong dan tampal


dipermudahkan dengan perkembangan
internet.

[sumber: Clipart.com. 2009]

Kini dengan perkembangan internet dan berpuluh juta halaman web yang mudah diperolehi
telah memperluaskan amalam memplagiat. Rencana yang dipaparkan sebagai teks elektronik,
menjadikan perbuatan menyalin hasil kerja orang lain lebih mudah melalui potong dan
tampal (cut and paste) sesuatu teks dari sesebuah laman web (Lihat Rajah 9.2). Pada
dasarnya, semua bahan yang terdapat pada internet adalah hak cipta terpelihara, tidak kira
sama ada dinyatakan atau tidak. Jika anda mengambil apa jua bahan daripada internet tanpa
memberi penghargaan kepada penulis asal atau karya asal dianggap sebagai plagiarisme.

a) Apakah yang dimaksudkan dengan plagiarisme?


b) Bagaimana Akta Universiti dan Kolej Universiti mentakrifkan plagiarisme?
c) Terangkan aktiviti potong dan tampal.

Bab 9: Memplagiat dan Membuat Rujukan

9.3 JENIS PLAGIARISME

Berikut ini ialah lima jenis plagiarisme yang kerap diamalkan di kalangan pelajar universiti:
1. Potong dan tampal ialah amalan
mengambil
beberapa
ayat
atau
perenggan atau artikel daripada sesuatu
sumber
secara
verbatim
atau
sepenuhnya
tanpa
memberi
penghargaan atau membuat rujukan.
Rujuk kepada katun disebelah. Beri
pendapat anda tentang jawapan yang
diberikan oleh pelajar kepada gurunya.
Terdapat pelajar yang menyalin sesuatu
esei atau artikel daripada jurnal atau
internet dan menyerahkannya sebagai hasil karyanya.

2. Menggantikan ayat-ayat asal daripada sesuatu sumber dengan perkataan sendiri


tanpa memberi penghargaan atau membuat rujukan, iaitu parafrasa. Pelajar
membaca beberapa sumber dan tulis semula bahagian-bahagian tertentu menggunakan
perkataan sendiri dan kemudian mengabungkannya untuk menjadikan satu esei baru.
Walau pun anda menggunakan perkataan sendiri, ia adalah plagiarisme selagi anda
tidak memberi penghargaan sewajarnya serta menyenaraikan rujukan yang digunakan.
Contoh:
Penulisan Pelajar:
Pemikiran di andaikan sebagai aktiviti mental di mana pengetahuan
diperolehi dan diolah melalui proses penakulan. Juga proses
pemikiran mesti ada tujuan atau matlamat dan individu
mempunyai kuasa mengawal proses berkenaan.
Pelajar telah menggantikan penulisan asal menggunakan perkataannya sendiri tetapi tidak
memberi penghargaan kepada beberapa konsep dalam penulisan asal.
Pembetulan:
Pemikiran di andaikan sebagai aktiviti mental di mana pengetahuan
diperolehi dan diolah melalui proses penakulan (Presseisen, 1987).
Menurut Ruggerio (1988) proses pemikiran mesti ada tujuan atau
matlamat dan individu mempunyai kuasa mengawal proses
berkenaan.
Walau pun anda menggunakan perkataan sendiri, anda mesti memberi penghargaan kepada
keterangan Presseisen (1987) dan Ruggerio (1987) tentang pemikiran.

Bab 9: Memplagiat dan Membuat Rujukan

3. Mengambil idea daripada sesuatu sumber tanpa


memberi penghargaan atau membuat rujukan.
Plagiarisme tidak hanya terhad kepada
mengambil ayat atau perenggan atau esei orang
lain. Sekiranya, pelajar meminjam idea (seperti
konsep, teori, kaedah) orang tanpa memberi
penghargaan sewajarnya kepada penulis asal,
anda dianggap sebagai telah memplagiat. Rujuk
kepada kartun disebelah. Apakah yang dilakukan
oleh orang dibelakang pelukis? Apakah
implikasinya?

Contoh:
Penulisan Pelajar:
Penyusunan grafik digunakan untuk mengaitkan pengetahuan baru
dengan pengetahuan lama atau sedia ada pelajar.
Pelajar tidak memberi penghargaan kepada idea penyusanan grafik yang perkenalkan oleh
Ausubel pada tahun 1968.
Pembetulan:
Penyusunan grafik (Ausubel, 1968) digunakan untuk mengaitkan
pengetahuan baru dengan pengetahuan lama atau sedia ada
pelajar.
Apabila anda menggunakan idea orang lain, anda mesti memberi penghargaan kepada
pengasas idea berkenaan. Anda tidak boleh mengakui idea orang lain sebagai idea anda. Jika
anda tidak memberi penghargaan kepada idea orang lain, pembaca mungkin menganggap itu
adalah hasil karya anda.
4. Anda tidak boleh menggunakan esei atau tugasan yang anda telah menyerahkan
untuk satu kursus dan menyerahkannya untuk kursus yang lain. Walau pun anda
telah menggunakan perkataan sendiri dan idea-idea adalah hasil karya anda sendiri,
menyerahkannya untuk kursus lain dianggap sebagai plagariasme.
5. Sesetengah pelajar mengambil ayat dan perenggan yang ditulis dalam Bahasa
Inggeris dan kemudian menterjemahkannya ke dalam Bahasa Melayu atau Bahasa
Cina atau Bahasa Tamil atau Bahasa Arab dan sebagainya. Ini tidak salah sekiranya
idea-idea yang dikemukakan oleh penulis dalam Bahasa Inggeris diberi penghargaan
dalam esei bahasa yang telah diterjemahkan. Sesetengah pelajar beranggapan kerana
penulisan asal adalah dalam Bahasa Inggeris mereka tidak perlu memberi
penghargaan. Lebih-lebih dengan perisian terjemahan yang canggih (seperti Google
translate) sesetengah pelajar telah mengambil artikel dalam Bahasa Inggeris dan
terjemahkannya ke dalam Bahasa Melayu dan menyerahkannya sebagai hasil karya
mereka. Ini dianggap sebagai plagiarisme

Bab 9: Memplagiat dan Membuat Rujukan


Di kebanyakan universiti, plagiarisme merupakan kesalahan berat yang boleh dikenakan
hukuman seperti diberikan gred gagal pada kerja kursus yang diambil atau dibuang universiti.
Jika pensyarah atau tutor membaca dengan teliti esei atau tugasan pelajar, di akan dapat
mengesan sama ada pelajar memplagait seperti berikut:

Kekerapan memilih sumber asli yang sama oleh beberapa orang pelajar yang
mengakhibatkan tulisan yang hampir sama di kalangan beberapa pelajar.
Mengesan sama ada pelajar menggunakan "suara" sendiri atau pun tidak".
Pelajar mungkin memilih sumber yang tidak sesuai, terkeluar daripada tajuk, ataupun
mengandungi maklumat salah.
Sesetengah tutor atau pensyarah mungkin menggunakan perisian untuk mengesan
plagiarisme, terutama bahan yang diperolehi atas talian.

a) Bincangkan secara ringkas beberapa cara plagiarisme yang lazim dilakukan


pelajar universiti.
b) Bagaimana tutor atau pensyarah dapat mengesan plagiarisme?

9.4 MENGAPAKAH PELAJAR MEMPLAGIAT?

Melakukan plagiat adalah sesuatu yang sangat mudah dengan adanya internet. Memplagiat
tidak memerlukan seseorang itu untuk mengeluarkan sebarang kos yang tinggi dan mereka
juga tidak perlu memerah otak untuk menghasilkan sebuah karya yang asli dan bermutu.
Masa yang diperlukan untuk menghasilkan sesebuah karya juga adalah singkat dan cepat.
Dengan memplagiat seseorang itu dapat menghasilkan karya atau artikel tanpa membuat
sebarang penyelidikan, pengumpulan data atau bersusah payah melakukan ujikaji di dalam
makmal. Apakah yang mendorong pelajar memplagiat? Berikut ini ialah beberapa faktor
mengapa pelajar melakukan plagiat.
Kesuntukan Masa
Ini merupakan suatu alasan yang kerap didengar mengap a
seseorang itu sanggup melakukan plagiat. Walaupun pada asalnya,
masa yang diberikan sememangnya mencukupi, namun bagi
mereka yang suka membuat tugasan pada saat-saat akhir pastinya
cenderung untuk melakukan plagiat. Terdapat juga tidak bijak
merancang masa dalam menyiapkan sesuatu tugasan. Apabila
tugasan di lakukan di saat-saat akhir, berkemungkinan besar hasil
kerja diplagiat.

Bab 9: Memplagiat dan Membuat Rujukan

Tiada Idea dalam Menyiapkan Tugasan


Ada juga yang menghadapi situasi kekeringan idea ketika menyia
pkan sesuatu tugasan. Jalan mudah mula diambil dengan meniru
hasil kerja orang lain yang boleh didapati di internet. Karya di
internet ini ada kalanya diubahsuai sedikit dari segi susunan ayat
agak tidak begitu ketara menyamai karya asal. Ada juga yang
mengambil bulat-bulat dari karya asal dan ada juga yang
bertindak lebih bijak dengan menggabungkan beberapa karya untuk menghasilkan satu karya
plagiat.
Tiada Kemahiran dalam Melakukan Penyelidikan
Terdapat juga kesalahan plagiat di mana pelajar mengambil hasil penyelidikan orang lain.
Hasil penyelidikan ini termasuklah data pengkaji-pengkaji lain, hasil prosedur makmal,
konsep dan penemuan daripada ujian-ujian yang telah dilakukan. Ada juga yang menyalin
semula lukisan, graf dan jadual penyelidikan orang lain untuk dijadikan penemuan dalam
karya sendiri. Mereka tidak mempunyai kemahiran dalam melakukan penyelidikan. Mereka
juga tidak tahu bagaimana merancang strategi untuk memperoleh dan menganalisis
maklumat. Jalan mudah ialah dengan mencedok hasil kajian orang lain.
Sikap
Kebanyakan mereka yang melakukan plagiat adalah terdiri daripada mereka yang mempunyai
sifat-sifat tertentu:
Terdiri daripada mereka yang malas
Sudah biasa di beri segala-galanya (spoon-feed) sejak di sekolah lagi. Sifat ini
kemudiannya terbawa-bawa ke universiti.
Tiada rasa tanggungjawab terhadap hasil kerja yang dihasilkan dan merasakan tiada
siapa yang akan tahu jika hasil kerja mereka itu telah ditiru daripada hasil karya orang
lain. Bagi mereka, tidak salah jika mempliagat kerja orang lain.
Desakan
Ada juga mereka yang melakukan plagiat akibat
tertekan untuk menghasilan kerja yang paling baik.
Tekanan ini timbul kerana tugasan yang diberikan
itu sangat penting mungkin tugasan pada tahun
akhir pengajian, desakan ibu bapa untuk melihat
anaknya menjadi seorang yang cemerlang dan atas
keinginan sendiri untuk memberikan yang terbaik
dalam tugasan tersebut.
Keyakinan Diri
Mungkin pelajar memplagiat kerana kurang keyakinan diri dan takut dibandingkan dengan
hasil kerja orang lain. Mereka memplagiat untuk memastikan hasil karya mereka sampai
yang tahap yang meyakinkan.

Kurang Pendedahan Tentang Plagiarisme


Terdapat segelintir masyarakat yang tidak faham sejauh mana aktiviti meniru itu boleh
dikategorikan sebagai plagiat. Ada yang menyangka plagiat itu hanyalah satu aktiviti di mana
8

Bab 9: Memplagiat dan Membuat Rujukan


kata demi kata ditiru dan kemudiannya hasilnya diperakui sebagai hasil karya sendiri. Namun
tidak ramai yang sedar bahawa secara langsung plagiat itu juga terjadi apabila penulis itu
menyalin ayat-ayat penting sahaja tanpa sebarang perubahan atau mencantumkan beberapa
karya lain menjadi satu karya baru.

[Sumber: Masalah Plagiat dalam Dunia Perniagaan & Internet. http://www.usahawan.com]

a) Mengapakah pelajar memplagiat?


b) Berikan sebab-sebab lain.

9.5 MEMBERI PENGHARGAAN DAN MEMBUAT RUJUKAN

Memberi
Penghargaan

Memberi
Penghargaan

Untuk mengelak daripada memplagiat MEMBERI PENGHARGAAN DAN MEMBUAT


RUJUKAN. Sesetengah pelajar berpendapat bahawa sekiranya esei yang tulis atau tugasan
yang dibuat mempunyai banyak rujukan tulisan itu tidak mencermin idea-idea penulis tetapi
adalah idea-idea orang lain. Ini adalah andaian yang tidak tepat. Anda hendaklah pandai
memilih sumber-sumber sesuai dan menggabungkannya dengan idea-idea anda untuk
menghasilkan sesuatu esei atau tugasan yang baik.
Dalam bidang pendidikan dan bidang-bidang sains sosial yang lain, format American
Psychological Association (APA) digunakan.
Mengapa gunakan format APA?

Membolehkan pembaca merujuk kepada sumber-sumber yang anda gunakan dengan


mudah
Memberikan format atau gaya yang konsisten dalam sesuatu tulisan
Memberikan anda kredibiliti sebagai seorang penulis
Melindungi anda daripada plagiarisme
9

Bab 9: Memplagiat dan Membuat Rujukan


PETIKAN (CITATION)
a) Petikan Tidak Langsung merupakan pengungkapan kembali pendapat, ringkasan
atau kesimpulan daripada tulisan dengan gaya penulis sendiri. Berikut ialah contoh
menyatakan sumber dalam petikan tidak langsung:
Sternberg (1988) mengemukakan satu teori kecerdasan yang dipanggil teori
kecerdasan triakik yang terdiri daripada tiga komponen.

b) Petikan Langsung pula ditulis dalam susunan ayat asalnya tanpa sebarang perubahan
dan diberi tempat tersendiri serta terpisah daripada teks. Petikan langsung kadang kala
diperlukan untuk mempertahankan keaslian penyataan yang dipetik, membentang
sesuatu hujah atau memberi maklumat tambahan. Petikan langsung diberi tanda petik
( ) padanya dan diikuti oleh catatan pustaka. Biasanya petikan langsung ditulis rapat
(satu langkau) ataupun dikecilkan saiz huruf seperti contoh yang berikut:
Cara 1:
Menurut Flavell (1987), metakognisi adalah proses kawalan atau eksekutif peringkt
tinggi yang digunakan dalam perancangan, pengesanan dan penilaian (h: 34).
Cara 2:
Sepertimana disarankan oleh Hildard (1981),
The capacity to create useful or beautiful products and to find
ways of resolving perplexity is not limited to the highly gifted
person, but is the birthright of every person of average talent
(h:62)
Huruf Condong (Italics)
Oleh kerana huruf condong /italic mempunyai tempat yang luas dalam karya ilmiah,
pengarang hendaklah berhati-hati apabila menggunakannya. Sekiranya huruf condong
diperlukan gunakan fon huruf condong yang disediakan.
Menurut Anglo-American Cataloguing Rules terdapat peraturan tertentu untuk menulis nama
Melayu, Arab, Cina dan Barat.

SENARAI RUJUKAN yang diberikan dihujung esei, tugasan atau laporan


Pengarang Tunggal (Buku)
Athi Sivan Mariappan. 1997. Hamzah Hussin: Sekitar pemikiran seni untuk seni.
Bangi: Penerbit UKM.
Pengarang Bersama (Buku)
Newell, A dan Simon, H. 1988. Human problem solving. New Jersey: Engelwood
Cliffs
10

Bab 9: Memplagiat dan Membuat Rujukan

Organisasi/ Institusi
Jabatan Perangkaan Negara. 1993. Laporan banci penduduk dan perumahan Malaysia
1991. Kuala Lumpur: Jabatan percetakan Negara.
Majalah dan Surat Khabar
Gamal Nasir Mohd. Ali. 1994. Erti toleransi dalam Islam. Utusan Malaysia, 23 Mac.
Bahagian Buku
Nor Aini Hj Idris. 1997. Tenaga buruh wanita. Dlm. Pembangunan sumber manusia
di Malaysia, disunting oleh Supian Ali, Rahmah Ismail dan Muhammad Anuar
Adnan. Bangi: Penerbit UKM.
Edisi
Alias Baba. 1997. Statistik penyelidikan dalam pendidikan sains sosial. Edisi Kedua.
Bangi: Penerbit UKM.
Kertas Kerja/Pasca Sidang jika dicetak dianggap sebagai bahagian buku:
Jambari Hj. Ali. 1994. Kepelbagaian siput air tawar Malaysia. Dlm. Kesatuan dalam
kepelbagaian penyelidikan biologi, disunting oleh Rohani Ahmad, Aminah Abdullah,
Mohd. Khan Ayub dan S. Fatimah al-Junid. Bangi: Penerbit UKM.
Kertas kerja dibentang dalam persidangan/simposium
Ishak Shari. 1996. Kemiskinan bandar: Konsep dan isu. Kertas kerja dibentangkan di
Seminar Kemiskinan Bandar, anjuran Kementerian Pembangunan Luar Bandar, 12-13
Julai, Kuala Lumpur.
Disertasi atau Tesis
Zaiton Harun. 1992. Anatomi sesar-sesar utama Semenanjung Malaysia. Disertasi
Ijazah Doktor Falsafah, Jabatan Geologi, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi,
Selangor D. E.
Program Komputer
Statistical Package for the Social Sciences Level M Ver. 8 (SPSS Lev. M 8.1). SPSS,
Chicago. Lotus 1-2-3 Rel. 2. Lotus Development Corporation, Cambridge, Mass.
Jurnal
Fatimah Abdullah. 1995. Pola sosialisasi kanak-kanak keluarga Melayu bandar.
Jurnal Antropologi dan Sosiologi 22: 55-71.

11

Bab 9: Memplagiat dan Membuat Rujukan

Daripada Internet
Angeli, E., Wagner, J., Lawrick, E., Moore, K., Anderson, M., Soderlund, L., &
Brizee,
A.
(2010,
May
5).
Diperolehi
daripada
http://owl.english.purdue.edu/owl/resource/560/01/

SENARAI SEMAKAN
Sebelum menyerahkan sesuatu esei, tugasan atau laporan semak setiap perkara yang berikut
untuk memastikan hasil kerja anda itu lengkap.
o Halaman teks draf akhir dinomborkan berurutan bermula dengan halaman
judul.
o Rajah-rajah dan jadual dinomborkan mengikut susunan petikan teks.
o Catatan pinggir hendaklah dibuat pada rajah atau jadual itu disebut dan
ditempatkan.
o Tuliskan nombor rajah dan nama pengarang pada rajah yang disampaikan
dengan menggunakan pensil di belakang rajah.
o Setiap rajah asal mestilah disampaikan dengan satu salinan fotokopi.
o Setiap sumber rujukan yang dipetik dalam teks, jadual dan peta hendaklah
disenaraikan di dalam Senarai Rujukan.
o Sumber rujukan yang disenaraikan dalam senarai rujukan hendaklah dipetik
sekurang kurangnya sekali dalam teks, jadual atau peta.
o Semua rujukan dalam senarai rujukan pada draf akhir mestilah disahkan
dengan sumber makalah.
o Draf akhir hendaklah disemak dengan teliti sekurang-kurangnya dua kali, kali
pertama disemak dengan draf yang terdahulu.

Barnbaum, C. Plagiarism: A Students Guide to Recognizing It and Avoiding It.


Valdosta State University.
http://www.valdosta.edu/~cbarnbau/personal/teaching_MISC/plagiarism.htm
(Diperolehi pada 28 Mar 2012).

Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 Kaedah-Kaedah Universiti Teknologi


Malaysia (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1999

12

Вам также может понравиться