Вы находитесь на странице: 1из 4

Artikel asal milik Tuan Hj Samat Buang

Disiarkan dengan izin pemilik asal karya

SISTEM MAKLUMAT RINGKAS (SMS)


KECANGGIHAN dan kemajuan dalam teknologi komunikasi hari ini telah banyak
mengubah gaya hidup dengan memanfaatkan kemudahan yang tidak wujud sebelum ini.
Revolusi teknologi komunikasi sudah menjadi kebiasaan bagi segenap masyarakat Malaysia
sehingga evolusi senyap yang berlaku kadangkala langsung tidak kita sedari. Itulah hakikat
yang terpaksa diterima apabila dewasa ini pelbagai syarikat telekomunikasi berlumbalumba
menawarkan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan mereka. Antaranya termasuk
perkhidmatan SMS (khidmat pesanan ringkas), MMS (khidmat pesanan multimedia),
Bluetooth (teknologi tanpa wayar), dan bermacam-macam lagi.
Tidak cukup dengan perkhidmatan yang ditawarkan, malah syarikat pengeluar
telefon jugs tidak ketinggalan mewarnai kemajuan teknologi dengan menawarkan paparan
skrin besar dan kualiti gambar, perakam video kamera, nada dering, PDA (telefon pembantu
peribadi digital), dan lain-lain lagi. Lantaran itu, golongan remaja begitu alpa dan tertarik
dengan perkembangan ini yang dilihat sebagai suatu budaya dan trend anak muda yang
sudah semestinya harus dimiliki.
Sistem pesanan ringkas ataupun SMS (Short Message Service) kini bukan lagi
sekadar perkhidmatan yang ditawarkan melalui telefon bimbit untuk mengirim atau
menerima pesanan pendek, malah fungsi perkhidmatan ini semakin meluas. Sejak
beberapa tahun belakangan ini, pelbagai jenis program televisyen (TV) realiti muncul dalam
dunia hiburan tempatan. Fenomena ini bukan setakat bertumpu kepada bidang nyanyian
semata-mata, tetapi juga melarat hingga soal mencari menantu. Selain itu, program TV
realiti turut diperluas dalam usaha bagi melahirkan usahawan dan gari serta gariah
membaca al-Quran.
Tidak dinafikan bukan semua program TV realiti hanya menghidangkan
persembahan hiburan. Tetapi ada antaranya yang boleh memberi manfaatkepada para
penonton. Cuma yang kurang elok apabila kebanyakan program TV realiti di negara kita
menggunakan SMS bagi menentukan pemenangnya. Dalam hal ini, para pengundi SMS
secara implisit telah dipergunakan. Mereka terpaksa membayar SMS pada kadar harga
yang tinggi untuk menentukan pemenang program itu. Jika SMS biasa mengenakan caj
sekitar 20 sen melalui sekali kiriman, tetapi ada dalam kalangan stesen TV yang
mengenakan caj bayaran hingga 65 sen bagi setiap kiriman atau undian yang dilakukan.
Fenomena penggunaan SMS dalam program-program TV realiti dilihat semakin
meluas dan hal ini amat menggawatkan. Peningkatan penggunaan SMS turut diluahkan
oleh Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Noraini Ahmad pada Perhimpunan Agung parti
itu pada tahun lalu. Difahamkan dari Januari hingga Mac 2007, rakyat negara ini khususnya
pengguna telefon bimbit menghantar lebih 11.7 bilion SMS yang menyaksikan peningkatan
sebanyak 4.3 peratus untuk tempoh yang sama pada tahun sebelumnya.

Tegasnya, rakyat Malaysia berbelanja berbilion ringgit untuk menghantar khidmat


pesanan ringkas (SMS) terutamanya yang melibatkan rancangan televisyen berbentuk
hiburan bukannya satu permasalahan yang boleh dipandang enteng oleh semua pihak.
Kerajaan harus mengekang permasalahan ini sebelum menjadi parah kerana secara
langsung unsur-unsur penghantaran SMS ini menggalakkan pembaziran dan pemborosan
secara keterlaluan. Kecanggihan teknologi pada masa kini sebenarnya mampu
menyumbangkan sesuatu yang SMS hari ini digunakan bukan sekadar untuk berhubung
dengan rakan-rakan, tetapi merupakan teknologi maklumat yang mempunyai faedah yang
lebih besar mungkin tidak pernah anda fikirkan selama ini.

Kenyataan yang biasa anda dengari seperti "segalanya di hujung jari anda"
membuktikan hakikat ini. Kepentingan SMS hari ini digunakan bukan sekadar untuk
berhubung denganrakanrakan, tetapi merupakan teknologi maklumat yang mempunyai
faedah yang lebih besar. Hal ini demikian kerana sekiranya dimanfaat sepenuhnya, boleh
menjadi alat berkesan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang paling selamat untuk
didiami.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu orang ramai
menggunakan SMS bagi melaporkan kepada pihak berkuasa mengenai masalah sosial
seperti kes rogol dan jenayah. SMS merupakan alat komunikasi yang paling cepat dan
cekap untuk memaklumkan kepada agensi-agensi penguat kuasa seperti polis mengenai
kejadian jenayah. Hal ini amat mudah kerana mereka cuma perlu menghantarkan SMS
kepada polis dan tidak perlu lagi untuk membuat panggilan atau ke balai polis untuk
membuat aduan. Kalau mereka ternampak kejadian jenayah seperti mencuri, penderaan
kanak-kanak,dan rogol mereka terus membuat laporan melalui SMS yang dikenal sebagai
"DAPAT" atau talian 32728 yang merupakan nombor SMS berpusat sebagai mata dan
telinga polis. Itulah antara konsep yang diamalkan menerusi Rakan Cop atau Rakan Potis
yang berorientasikan masyarakat menerusi perkongsian bijak dan memberi peluang orang
ramai agar memainkan peranan aktif dan positif dalam memerangi jenayah bersama-sama
pihak polis. Tetapi, kini Rakan Cop setelah diperluas ke seluruh negara semakin ketara
peranannya dalam membanteras jenayah. Indeks jenayah berjaya mengalami penurunan
daripada 24,571 pada 2003 kepada 21,241 pada 2004 dan menurun lagi kepada 19,695
pada 2005.
Budaya penggunaan SMS turut tempias di peringkat sekolah. Sekolah-sekolah
diseluruh negara dipelawa untuk menggunakan aplikasi SMS Sekolah yang dibangunkan
oleh MyPressto. com Sdn. Bhd. Aplikasi yang menggunakan teknologi SMS itu akan dapat
memudahkan komunikasi antara pihak sekolah dan ibu bapa. Pada masa kini ramai ibu
bapa mempunyai telefon bimbit masingmasing. Ibu dan bapa terutamanya yang sibuk
bekerja mungkin tidak mempunyai masa yang banyak untuk mengikuti perkembangan anakanak mereka di sekolah. Melalui sistem berkenaan, maklumat peribadi murid akan dapat
diakses dengan mudah oleh guru melalui komputer dan segala urusan menyampaikan
maklumat kepada ibu bapa dapat diselesaikan dalam masa beberapa minit melalui telefon
mudah alih mereka. Aplikasi itu merupakan satu langkah ke hadapan dalam pembestarian
sekolah kerana merupakan sebahagian daripada sistem pengurusan sekolah. Caj yang
dikenakan kepada ibu bapa untuk menggunakan SMS Sekolah adalah minimum iaitu cuma
RM3 sebulan. Projek perkhidmatan SMS Sekolah oleh MyPressto dilaksanakan dalam dua
fasa. Fasa pertama melibatkan data-data daripada tiga aplikasi, iaitu Sistem Salah Laku
Disiplin Murid (SSDM), Sistem Maklumat Murid (SMM), dan Sistem Maklumat Pengurusan
Pendidikan (EMIS). Data daripada tiga aplikasi tersebut akan membolehkan sistem
menyalurkan maklumat melalui SMS kepada penjaga berkaitan kehadiran, disiplin, dan
latihan pelajar, serta memo. Fasa kedua pula melibatkan sistem SSDM, Sistem Pengurusan

Sekolah Bestari (SSMS), Sistem Maklumat Integrasi Pelajar (ISIS), EMIS dan SMM. Dalam
fasa itu, maklumat yang dihantar ialah kehadiran, disiplin, latihan, memo, keputusan
peperiksaan, dan takwim aktiviti. Sepanjang tempoh pelaksanaan fasa kedua,
penambahbaikan antara muka juga telah dilakukan oleh MyPressto. Beberapa fungsi sistem
telah bertambah menjadikan sistem itu lebih mesra pengguna dan dimanfaat sepenuhnya
oleh pelanggan. SMS Sekolah mampu memberikan jawatan dan mengisi keperluan tersebut
dengan membolehkan mereka mendapat maklumat terus daripada pihak Sekolah tentang
status kehadiran anak-anak ke Sekolah, keputusan ujian, aktiviti kokurikulum dan makluman
penting yang lain daripada pihak Sekolah.
Selain itu, Kementerian Sumber Manusia telah pun melancarkan perkhidmatan
mencari pekerjaan menggunakan SMS yang membolehkan orang ramai mengetahui
maklumat mengenai jawatan kosong dalam tempoh yang singkat. Perkhidmatan yang
dikendalikan oleh Bursa Buruh Elektronik(ELX),Jabatan Tenaga Kerja kementerian itu
menyediakan pelbagai maklumat jawatan kosong sama ada di sektor awam mahupun
swasta. Pelancaran perkhidmatan berkenaan dilakukan oleh Menteri Sumber Manusia
ketika itu, Datuk Seri Dr. Fong Chan Onn. Untuk menggunakan perkhidmatan itu, orang
ramai hanya perlu menaip ELX MENU dan hantar kepada 32255 sebagai pendaftaran.
Selepas itu, pengguna akan menerima satu set data maklumat peribadi, jenis jawatan yang
dicari, kelayakan yang ada, serta lokasi untuk diisi, sebelum dihantar semula ke nombor
berkenaan. Orang ramai akan dimaklumkan menerusi SMS sekiranya ada kekosongan
jawatan yang sesuai dengan maklumat permohonan yang telah dihantar sebelum ini.
Berdasarkan maklumat dalam laman web ELX, setiap SMS akan dikenakan caj kepada
syarikat telekomunikasi sebanyak RM0.15 sen dan caj premium sebanyak RM0.30.
Perkhidmatan itu merupakan antara usaha kerajaan untuk mengoptimumkan penggunaan
sumber tenaga manusia, di samping merupakan satu mekanisme bagi mengatasi masalah
pengangguran, dan mengurangkan pergantungan negara kepada pekerja asing. Bagi
golongan pencari pekerjaan, mereka boleh melayari laman web ELX iaitu www.elx.gov.my
atau laman web kementerian iaitu www.mohr.gov. my untuk keterangan lanjut.
Dalam dunia era globalisasi kini amat malang bagi kita sekiranya kemajuan teknologi
disalahgunakan. Hal ini kerana jika kita perhatikan penyebaran maklumat melalui SMS amat
mudah untuk dijadikan alat penyebar maklumat yang menyangkut pelbagai isu hangat
termasuk isu agama, berbaur perkauman, perhimpunan haram, khabar angin atau berita
palsu, dan sebagainya yang semakin berleluasa dan membimbangkan. Penyebaran mesej
yang menyentuh sensitiviti agama misalnya boleh mencetuskan perbalahan antara kaum
dan ketegangan, serta kegelisahan rakyat di dalam negara. Isu agama ialah isu sensitif dan
tidak boleh dipermainkan kerana mudah mendapat perhatian orang ramai untuk disebarkan
kepada penerima lain.
Kerajaan perlu mengambil tindakan tegas ke atas individu terbabit yang
menyebarkan mesej tersebut melalui SMS kerana perbuatan mereka amat berbahaya.
Sehubungan dengan halitu, Datuk Seri Najib mengarahkan pihak polis supaya menjalankan
Siasatan untuk mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab menyebar mesej melalui SMS
itu. Selain itu, Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan turut memberi amaran dan
mengenakan tindakan terhadap mereka yang cuba menggugat keselamatan dan
ketenteraman negara menerusi penyebaran SMS palsu. Mana-mana individu yang didapati
bertanggungjawab menyebarkan SMS berunsur fitnah, khabar angin dan palsu boleh
ditahan di bawah Seksyen 28 Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Oleh itu, penerima
SMS juga perlu memastikan kesahihan sesuatu berita yang diterima agar tidak terperangkap
dengan berita berunsur fitnah sekali gus turut memanjangkan berita yang diragr.
kebenarannya.

Sejak akhir-akhir ini, ada bang kes penipunan melalui penyebarai SMS yang tidak
diundang datang k telefon pengguna. Dalam kes yanf terdahulu, sebanyak 49 penduduk
Kuala Terengganu mengalami kerugian kira-kira RM200,000 akibat tertipu dengan tawaran
hadiah bernilai berpuluh-puluh ribu ringgit yang diterima melalui SMS Sepanjang tahun
lepas. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersi Negeri, Supritendan Mohd. Adnan Abdullah
berkata, jumlah kes berkenaan yang dilaporkan pads tahun lepas meningkat sebanyak 3
kes berbanding tahun sebelumnya, Kebanyakan mangsa yang ditipu melibatkan peraduan
Akademi Fantasia 4 (AF4) dan penipuan war menggunakan nama kerajaan Honf Kong.
Pelbagai cara digunakan oleh penjenayah berkenaan yang mendakwa kononnya
mereka daripada syarikat-syarikat telekomunikasi seperti Celcom dan Maxis, serta tidak
ketinggalan syarikat gergasi seperti Petronas. Sebanyak 16 kes dilaporkan oleh mangsa
yang ditipu melalui SMS daripada AF4, Maxis (tujuh) dan CELCOM empat. Penipuan
menggunakan nama Petronas pula sebanyak 21 kes manakala satu kes SMS berkaitan
kerajaan Hong Kong. Modus operandi penjenayah terbabit cukup mudah, iaitu dengan
menghantar SMS mendakwa penerima memenangi hadiah yang bernilai ribuan ringgit.
Suspek kemudian mengarahkan mangsa memasukkan sejumlah wang ke dalam satu
nombor akaun sebelum menunggu panggilan daripada Suspek bagi menuntut wang yang
dimenangi.
Kesimpulan
Secara tuntas, budaya SMS mahupun MMS kini merupakan cars berkomunikasi
yang paling mudah, ringkas, dan efektif, serta lebih menjimatkan untuk berhubung antara
satu sama yang lain. Sebagai pengguna kits perlu bijak menggunakan apaapa sahaja
kecanggihan yang ada dalam industri teknologi komunikasi dan maklumat berdasarkan
kepentingannya dan bukan untuk hiburan semata-mata bagi mengelakkan pembaziran.
Walau bagaimanapun syarikatsyarikat telekomunikasi di negara ini diminta supaya
membantu kerajaan memantau kegiatan pihak yang tidak bertanggungjawab dan
menyalahgunakan teknologi komunikasi bagi tujuan membendung aktiviti tidak bermoral.

Вам также может понравиться