Вы находитесь на странице: 1из 3

NOVEL MERENANG GELORA (RUSLAN NGAH)

PERISTIWA-PERISTIWA PENTING MENGIKUT BAB


BAB 1

Badri mula menjalankan tugas sebagai pengawas sekolah yang baharu


Kedatangan pelajar baharu di kelas Badri iaitu Siti Cahaya Nadira dari
Sekolah Menengah
Badrul Shah Kedah kerana mengikut ayahnya yang bertugas di Kuala
Lumpur
Semasa rehat, Badri terserempak dengan 5 orang murid mengelilingi
Meng Kong (pelajar
T5 Bestari) dan menghulurkan kertas kecil kepada murid-murid itu
Semasa makan di kantin Badri terpandang Meng Kong dan peliknya Meng
Kong cepat-cepat
berlalu meninggalkan kantin

BAB 2

Badri ternampak Shahrul menunggang motosikal memasuki kawasan


sekolah
Badri mengalami sakit perut dan berulang-alik ke tandas
Semasa berada di dalam tandas, dia telah disimbah dengan air
menyebabkan Badri basah kuyup
Badri mohon kebenaran Cikgu Jailani (guru disiplin sekolahnya) untuk
balik ke rumah
Badri mohon izin ibunya ke perpustakaan di bandar dan kemudian ke
rumah Pak Alang (untuk belajar silat)
Semasa berjalan-jalan di bandar, dia ternampak Nadira membonceng
motosikal dengan Shahrul
Apabila Badri sampai di rumah Pak Alang, dia terkejut kerana Nadira ada
di situ

BAB 3

Badri berselisih dengan seorang pelajar yang ada tanda lahir di leher dan
pelajar itu seperti
ketakutan apabila terpandang Badri rupa-rupanya pelajar itulah yang
menyimbah Badri
Badri membawa pelajar itu berjumpa dengan Cikgu Jailani kerana
kebetulan dia tidak memakai lencana
Cikgu Jailani menjumpai telefon bimbit dalam sakunya pelajar itu
bernama Kumar
Menurut Ah Cun dan Selva (rakan sekelas Badri) Meng Kong dan
rakannya Shahrul dan Kumar kawan tiga serangkai yang banyak
menimbulkan masalah di sekolah Meng Kong
menjual telefon bimbit terpakai dan kad prabayar di sekolah
Jamil memberitahu Badri, Kumar tidak mahu Badri memerhati Meng Kong
Nadira pula seolah-olah mengugut Badri agar tidak menceritakan apa-apa
tentang dirinya
Kepada Mak Alang

Semasa di perhentian bas seorang pelajar lelaki Bob sengaja


merempuh Badri menyebabkan Badri tersungkur ke tanah
Semasa hendak turun bas ada seseorang menyelitkan nota di saku
seluarnya nota itu mengkehendaki Badri menemui penulis nota di pasar
raya jam 4.00 prtang
Badri telah berjumpa dengan Siew Mei (penulis nota) yang memberi
maklumat berkaitan
peristiwa Badri kena simbah air di tandas

BAB 4

Kumar berjumpa dengan Shahrul dan Meng Kong di pusat permainan


boling dan memberitahu mereka telefon bimbitnya telah dirampas oleh
Cikgu Jailani kerana tindakan Badri
Mereka berpendapat Badri boleh merosakkan bisnes mereka Kumar
berazam untuk membalas dendam terhadap Badri

BAB 5

Jamil bertemu dengan Badri semasa Badri sedang menunggu bas selepas
bertemu dengan Siew Mei untuk memberitahu sesuatu kepada Badri
Namun, Badri memberitahu Jamil bahawa Badri tahu Jamil telah membeli
telefon bimbit dan mendapatkan kad prabayar daripada Meng Kong
Jamil terkejut dan berasa malu dan terus meninggalkan Badri
Selepas Jamil meninggalkannya, Badri mengelamun dan teringat cerita
Siew Mei tentang
abangnya Ah Meng yang memberitahunya bahawa Meng Kong telah
mencuri telefon bimbit di kedai ayahnya menyebabkan seorang pekerja
ayah Meng Kong dibuang kerja kerana dituduh mencuri
Badri teringat akan Nadira dan berazam untuk
menyelamatkan/menyedarkan Nadira agar tidak terpengaruh dengan
Shahrul kerana Nadira rapat/baik dengan Shahrul

BAB 6

Nadira berjanji untuk berjumpa dengan Shahrul


Nadira membonceng motosikal Shahrul Nadira memberitahu Shahrul
tentang Badri yang memburuk-burukkan Shahrul Shahrul marah
namun dia memberitahu Nadira bahawa Badri telah menerima pengajaran
pertama apabila dia disimbah air oleh Kumar semasa di tandas tempoh
hari
Shahrul membawa Nadira berjumpa dengan rakan-rakannya di sebuah
tasik di pinggir kota
namun Nadira kurang senang dengan rakan-rakan Shahrul
Tiba-tiba Aziz mengarahkan rakan-rakannya meninggalkan tempat itu
kerana sepasukan polis menghampiri tempat mereka Shahrul turut
memecut motosikalnya dan meninggalkan Nadira sendirian di situ
Nadira disoal siasat oleh pihak polis setelah merayu akhirnya Nadira
dihantar pulang ke rumah

BAB 7

Hubungan Badri dan Jamil renggang - Taufik ingin mencungkil rahsia


hubungan yang renggang itu sebaliknya Taufik bercerita tentang konflik
Nadira dengan Shahrul
Badri kesal dengan perkara yang berlaku ke atas Nadira kerana dia tidak
berjaya menyakinkan Nadira tentang keburukan sikap Shahrul
Nadira menemui Badri di perpustakaan meminta maaf kerana tidak
mendengar nasihat Badri sejak itu mereka menjadi kawan
Semasa keluar dari perpustakaan Nadira dan Badri bertembung dengan
Shahrul berlaku pertengkaran kecil antara Nadira dengan Shahrul
Shahrul mencengkam lengan Nadira apabila Nadira menengkingnya
Badri mengarahkan Shahrul melepaskan lengan Nadira- Shahrul terkejut
dan meninggalkan mereka

BAB 8

Jamil berjumpa Badri di bilik pengawas Jamil meminta maaf kepada Badri
dan memberitahu bahawa dia telah diperangkap oleh Meng Kong
dituduh mencuri telefon bimbit di kedai ayah Meng Kong
Badri bersyukur kerana Jamil telah insaf
Nadira merayu Badri supaya tidak masuk campur urusan Meng Kong dan
rakan-rakannya
kerana bimbang keselamatan Badri namun Badri tidak menghiraukannya
Suatu petang, Siew Mei berjumpa Badri di pusat sumber bertanyakan
tentang pertengkaran antara Badri dengan Shahrul berkaitan Nadira
Siew Mie menasihati Badri agar menyelesaikan masalah itu secara
perbincangan bukan pergaduhan dan menasihati Badri agar tidak
menghanyutkan perasaan Nadira Badri keliru dengan penjelasan Siew
Mei itu

BAB 9

Semasa Badri berjoging di tasik, dia ternampak Meng Kong, Kumar dan
Shahrul sedang berbincang tentang perihal Jamil yang berjumpa dengan
Badri mereka tidk sedar Badri mengintip mereka
Badri telah keluar secara tiba-tiba mereka terkejut Shahrul menyerang
Badri Badri dapat menewaskan Shahrul dengan ilmu silatnya Kumar
dan Meng Kong lari meninggalkan tempat itu

Вам также может понравиться