Вы находитесь на странице: 1из 23

2.

Sinopsis

Tajuk ini menerangkan rekabentuk pentaksiran dari segi prinsip pembinaan item,
taksonomi Bloom dan huraian sukatan pelajaran serta jadual spesifikasi ujian.
2.2

Hasil Pembelajaran

Memahami aspek-aspek dalam penyediaan JSU

Membina ujian berdasarkan taksonomi Bloom berpandukan Jadual Spesifikasi


Ujian (JSU)

2.3

KerangkaTajuk

2.4

Prinsip Penyediaan Item

Penyediaan sesuatu kertas ujian perlu mengikut spesifikasi ujian yang ditetapkan.
Kertas ujian perlu mengikuti pelbagai proses, termasuk penyediaan jadual spesifikasi
ujian, pembinaan item ujian, membuat ujian rintis dan memurnikan item ujian. Langkah
seterusnya setelah guru mengetahui tentang tujuan ujian dan merancang ujian ialah
menyenaraikan item mengikut aras kesukaran.
2.5

Taksonomi Bloom

Analisis dan penyediaan tem perlu

dibuat terhadap objektif pendidikan yang

diasaskan pada taksonomi pendidikan yang dikemukakan oleh Benjamin S. Bloom.


Taksonomi Bloom memberi sumbangan untuk mengukur objektif pengajaran dan
pembelajaran. Taksonomi ialah klasifikasi berhirarki dari sesuatu, atau prinsip yang
mendasari klasifikasi.
Aras kognitif taksonomi Bloom ditunjukkan dalam Rajah 2.1 sementara huraian
mengenai pelbagai tahap Taksonomi Bloom adalah seperti dalam Jadual 2.1

Rajah 2.1 : Aras Kognitif taksonomi Bloom

TAHAP

ISTILAH

Pengetahuan
Ingat kembali, mengenal idea, fakta asas,
definisi teori, hukum, tarikh, peristiwa dll
daripada pembelajaran yang lepas.

Nyatakan,
terangkan,
namakan, labelkan.

Kefahaman
Mengubah kefahaman daripada satu
bentuk kepada satu bentuk yang lain,
menyatakan idea-idea utama dalam ayat
sendiri, menterjemah, memberi contoh
kepada konsep, menterjemah draf.
Aplikasi
Menggunakan maklumat dalam situasi
yang baru, termasuk menyelesaikan
masalah menggunakan prinsip, kaedah,
hukum, teori, formula. Bina graf daripada
data, dll.
Analisis
Sesuatu yang kompleks dipecahkan
kepada yang kecil, bezakan fakta daripada
pendapat, kaitan kenal di antara bahagian,
kenali struktur organisasi.
Sintesis
Menyepadu, mencantum idea menjadi
satu, usaha tersendiri, menyelesaikan
masalah, membuat ramalan, membuat
klasifikasi.

Pilih, terangkan,
tulis semula.

Selesaikan,
ramalkan, cari,
kesilapan, bina
alat.

Bezakan, pasti,
pilih.

Bina, hasilkan,
susun,
kembangkan.

Penilaian
Membuat pertimbangan termasuk memberi
rasional atas alasan dalaman atau luaran,
menafsir dan mengkritik

Pilih, berikan
alasan, kritikan,
buktikan.

Jadual 2.1 : Tahap Taksonomi Bloom


2.6

Huraian Sukatan Pelajaran dan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)

Huraian Sukatan Pelajaran ialah dokumen yang memperincikan Sukatan Pelajaran


yang bertujuan untuk memenuhi cita-cita murni dan semangat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan, dan menyediakan murid menghadapi arus globalisasi serta ekonomi
berasaskan pengetahuan pada abad ke-21.
3

Huraian Sukatan Pelajaran menjelaskan hasil pembelajaran yang perlu dikuasai oleh
murid berasaskan pendekatan masteri. Hasil pembelajaran tersebut dinyatakan
secara eksplisit mengikut tahap kesukaran isi kandungan dan tahap keupayaan murid.
Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) ialah jadual yang menggambarkan ciri sesuatu ujian
dari segi kandungan iaitu konstruk yang ditaksirkan, pemberatan tiap-tiap konstruk,
konteks, pemberatan tiap konteks, dan pemberatan taburan aras kesukaran.
Biasanya JSU terdiri daripada dua paksi, iaitu paksi kandungan dan paksi peringkat
yang mengaitkan objektif pengajaran dan aras kognitif yang hendak diuji seperti dalam
contoh Jadual 2.2. Carta ini juga menyenaraikan konsep-konsep utama yang diajar
dan ingin diukur. Dengan demikian, JSU boleh menjadi panduan kepada guru tentang
sukatan pelajaran yang perlu diajar dan objektif pengajaran yang perlu dicapai pelajar.
Dari segi pembinaan item ujian pula, JSU akan menjadi panduan kepada guru supaya
item-item yang dibina merangkumi semua kandungan pengajaran daripada awal
hingga akhir.
Antara kepentingan penyediaan JSU ialah:

Kertas ujian dapat digubal secara sistematik;

Kesahan dari segi persampelan sukatan pelajaran adalah terjamin;

Taburan soalan mengikut tajuk adalah seimbang;

Ujian meliputi keseluruhan sukatan pelajaran; dan

Aras kesukaran ujian dapat dikekalkan dari tahun ke tahun, walaupun item
dibina oleh pembina lain.

Terdapat lima (5) langkah am pembinaan item ujian, iaitu:


1. Menyediakan JSU
2. Menulis item ujian
3. Menyemak item ujian
4. Menilai item ujian, dan
5. Membuat kajian rintis terhadap keseluruhan item.
4

Aras
Pengetahuan

Kefahaman

Aplikasi

Analisis

Sintesis

Jumlah
%

Penilaian

Kandungan
M

Sd

Kaedah
Penghapusan
Kaedah
Penggantian

S
1

Sd
1

S
1

Sd
1

S
1

Sd
1

S
1

M
1

Sd

S
1

10

( 20% )
15

( 30 % )
11

( 22 % )
14
( 28 % )

1
3

(6%)
M = Mudah

Sd

Kaedah GaussJordan Method


Aplikasi Sistem
Persamaan
Linear
Jumlah %

S
1

2
6
( 12 % )

Sd = Sederhana

4
9

( 18 % )

6
12
( 24 % )

6
11
( 22 % )

S = Sukar

Jadual 2.2 : Contoh Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)

4
9
( 18 % )

3
50
( 100% )

Latihan menghasilkan JSU

Anda dikehendaki menyediakan kertas Matematik Peperiksaan Semester yang


telah ditetapkan. Kertas anda mengandungi 20 soalan objektif.
a) Tetapkan bilangan item, peruntukan masa dan peratusan item mengikut aras
kognitif berdasarkan topik dalam sukatan pelajaran.
b) Sediakan satu JSU berdasarkan format ditetapkan.

3.0

Pentaksiran Berasaskan Sekolah dan Bilik Darjah

3.1

Sinopsis

Tajuk ini melihat maksud dan perbezaan antara penilaian formatif dan penilaian
sumatif, jenis-jenis penilaian formal dan penilaian tak formal.
3.2

Hasil Pembelajaran

Membanding dan membezakan bentuk penilaian formatif dan sumatif

Memberikan contoh penilaian formal dan penilaian tak formal

3.3

Kerangka Tajuk

3.4

Penilaian Formatif

Penilaian formatif ialah penilaian yang dibuat secara berterusan, iaitu sepanjang
proses pengajaran dan pembelajaran, untuk menilai keberkesanan pengajaran
guru dan pembelajaran pelajar bagi setiap tajuk yang diajar. Contoh ujian formatif
ialah soal jawab, latihan yang diberikan guru dan ujian mingguan.

3.5

Penilaian Sumatif

Penilaian sumatif ialah penilaian yang dibuat pada akhir pengajaran (akhir
penggal/akhir tahun), yang bertujuan untuk menilai pencapaian akhir pelajar.
Berbeza dengan penilaian formatif, yang lebih menumpukan kepada penilaian
penguasaan pelajar dalam sesuatu tajuk, penilaian sumatif bertujuan untuk
menentukan pencapaian pelajar pada akhir penggal persekolahan/akhir tahun,
yang juga dapat menentukan keberkesanan sesuatu kurikulum. Contoh ujian
sumatif ialah penilaian akhir tahun, peperiksaan percubaan, UPSR,PMR dan
SPM.
Perbezaan antara penilaian formatif dan penilaian sumatif ditunjukkan dalan
Jadual 3.1

Perkara
Konsep

Penilaian Formatif
Penilaian yang boleh dibuat
secara formal/tidak formal
untuk mengesan
penguasaan/ kelemahan
pelajar bagi setiap tajuk
pengajaran.

Penilaian Sumatif
Penilaian yang dijalankan
secara formal bagi
menentukan pencapaian
pelajar di akhir
pengajaran,seperti pada
hujung penggal/akhir tahun.

Waktu

Sepanjang proses
pengajaran dan
pembelajaran berlangsung.
Formal : Ujian pensel kertas
Tidak
formal:Pemerhatian,soal
jawab,tugasan,latihan.
Dibuat secara individu/
kumpulan.

Pada akhir penggal atau akhir


tahun persekolahan.

Tujuan

Selepas tahap kemajuan/


penguasaan pelajarr
ditentukan,
tindakan susulan perlu
diambil
untuk mengatasi kelemahan
pelajar.

Selepas pencapaian pelajar


ditentukan bagi tempoh
persekolahan tertentu,gred
pencapaian diberikan kepada
pelajar.

Selepas
penilaian
dijalankan

Mengatasi kelemahan pelajar


dengan mengulang semula
topik atau mengadakan
pemulihan.
Menjalankan aktiviti
pengayaan
bagi pelajar yang tiada
masalah.

Menempatkan murid
mengikut
pencapaian.Memberi
pengiktirafan sijil,hadiah
dan sebagainya.Membaiki
kurikulum.

Kaedah

Formal :Ujian pensel ke atas,


ujian lisan.
Ditadbir secara berkumpulan

Jadual 3.1 : Perbezaan Antara Penilaian Formatif dan Penilaian Sumatif

3.6

Penilaian Formal dan Tak Formal

Penilaian boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu penilaian formal dan
penilaian tidak formal.
sumatif.

Penilaian formal merangkumi penilaian formatif dan

Penilaian formatif melibatkan penggunaan ujian untuk mengukur

perkembangan pembelajaran setelah pelajar selesai mengikuti satu unit


pelajaran yang kecil. Penilaian sumatif ialah penilaian yang dijalankan pada akhir
suatu kursus. Tujuannya adalah untuk menentukan gred atau taraf sijil.

Skop

ujian sumatif adalah luas dan ia lazimnya mengukur satu contoh semua tugasan
pembelajaran yang ditetapkan dalam pengajaran.
Matlamat utama penilaian tidak formal adalah memberi gambaran

yang

menyeluruh mengenai profil pelajar dari segi nilai dan sikap. Pelaporan
penghayatan ini hendaklah membayangkan ciri-ciri perkembangan pelajar. Ia
tidak seharusnya memberi gambaran gagal atau lulus tetapi menghuraikan tahap
kemajuan pelajar.
Pelbagai cara digunakan untuk menjalankan penilaian tidak formal iaitu :

Pemerhatian

Senarai semak

Kaedah lisan

Kaedah penulisan

Kaedah portfolio

10

3.7

Pentaksiran Alternatif

Pentaksiran alternatif merupakan mana-mana cara untuk mengetahui apa yang


pelajar tahu dan bertujuan untuk melaporkan perkembangan pelajar dan
pengajaran terurus sebagai satu alternatif kepada ujian tradisional. Pelbagai cara
digunakan untuk menjalankan penilaian alternatif iaitu :
3.7.1 Kaedah Pemerhatian
Kaedah pemerhatian ialah kaedah pengumpulan maklumat, yang kemudian
dijadikan ukuran, secara memerhati dan merekod apa yang dilakukan oleh
seseorang dan orang- orang lain yang berkenaan serta keadaan di sekelilingnya.
3.7.2 Senarai semak
Senarai tingkah laku yang dijangka oleh pelajar yang telah ditentukan terlebih
dahulu. Guru akan menyemak prestasi pelajar berasaskan kriteria tingkah laku
yang ditentukan untuk satu tempoh tertentu. Semakin tinggi markah senarai
semak, semakin banyak tingkah laku positif yang dijangkakan telah ditonjolkan
oleh murid-murid.
3.7.3 Kaedah Lisan
Kaedah lisan ialah kaedah pengumpulan maklumat secara lisan dan merekod
apa yang maklumkan oleh individu yang menjadi subjek dan oleh orang-orang
lain yang berkenaan tentangnya.
3.7.4 Kaedah Penulisan
Kaedah penulisan ialah kaedah pengumpulan maklumat yang biasa digunakan
untuk mendapatkan ukuran bagi sesuatu konstruk. Kaedah ini mengunakan
teknik penulisan sebagai respons kepada satu set soalan ujian atau satu set
pernyataan soal selidik.

11

3.7.5 Kaedah Portfolio


Penilaian potfolio (portfolio evaluation) ialah kaedah kaedah pengumpulan
maklumat melalui pendapat penilai terhadap satu set hasil kerja pelajar. Potfolio
melibatkan

pengumpulan

hasil

kerja

pelajar

yang

berkait

dengan

pengetahuan/kemahiran yang ingin dinilai.

Latihan untuk menguji kefahaman konsep-konsep, isu-isu penting


dengan membuat ulasan.

Bandingkan penilaian formal dan tidak formal berasaskan aspek-aspek berikut:-

PERBANDINGAN

PENILAIAN FORMAL

PENILAIAN TIDAK FORMAL

Fungsi

Kelebihan

Kelemahan

Anda perlu rehat dahulu sebelum meneruskan bacaan berikutnya

4.0

Pentafsiran Pentaksiran

12

4.1

Sinopsis

Tajuk ini menganalisis dan membuat penafsiran item soalan ujian berdaskan
indeks kesukaran dan indeks diskriminasi.
4.2

Hasil Pembelajaran

Menilai soalan berdasarkan Indeks Kesukaran dan Indeks Diskriminasi

Melaporkan kesesuaian item berdasarkan Indeks Kesukaran dan Indeks


Diskriminasi

4,3

Kerangka Tajuk

4.4

Analisis dan Pentafsiran Item

Selepas item ujian dibina dan digubal, analisis item perlu dijalankan untuk
memastikan bahawa item ujian yang dihasilkan itu sesuai digunakan. Analisis
dijalankan untuk menghasilkan indeks yang dinamakan indeks kesukaran item
dan indeks diskriminasi.

4.5

Indeks Kesukaran
13

Indeks kesukaran ialah kadar pelajar yang dapat menjawab item dengan betul.
Bagi ujian berbentuk objektif (betul/salah, isi tempat kosong, padanan, beraneka
pilihan), indeks ini dikira dengan menggunakan nisbah bilangan calon yang
memberi jawapan betul bagi item tertentu kepada jumlah calon yang menjawab
item tersebut. Pengiraannya adalah seperti persamaan berikut:

Jika jumlah pelajar yang menjawab item ialah J dan bilangan pelajar yang dapat
menjawab item dengan betul ialah B;
Indeks Kesukaran (p) = B/J
Contoh:
Sekiranya daripada 50 pelajar yg menjawab Item X itu, 30 pelajar dapat
menjawab dengan betul, maka Indeks Kesukaran Item X ialah:

Indeks kesukaran (p) = 30/50


0.60

Nilai p yang paling tinggi ialah 1.0 dan yang paling rendah ialah 0;
Nilai p adalah sentiasa positif;
Nilai p yang tinggi menunjukkan item lebih senang;
Nilai p yang rendah menunjukkan lebih sukar (lihat Jadual 4.1)

14

Jadual 4.1 : Aras Kesukaran dan Pengelasan Item


4.6

Indeks Diskriminasi

Soalan sesuatu ujian hendaklah dapat membezakan dengan jelas antara calon
yang baik (tinggi prestasinya) dengan calon yang lemah (rendah prestasinya).
Sesuatu soalan dikatakan mempunyai kuasa diskiriminasi yang baik apabila
kebanyakan calon yang baik memilih opsyen yang betul manakala kebanyakan
calon yang lemah memilih opsyen yang salah. Salah satu cara mengukur kuasa
diskriminasi adalah dengan menggunakan rumus
D= U-L
N
2
D = indeks diskriminasi,
U = bilangan calon daripada kumpulan yang tinggi prestasinya
yang menjawab soalan dengan betul,
L =

billangan calon daripada kumpulan yang rendah prestasinya


yang menjawab soalan dengan betul,

N = Jumlah calon dalam kedua-dua kumpulan tinggi dan


kumpulan rendah.

15

Contoh Pengiraan Indeks Diskriminasi :


30 pelajar dalam kelas dibahagikan kepada kumpulan atas dan kumpulan bawah
mengikut markah ujian, setiap kumpulan mempunyai 15 pelajar;
Didapati 12 orang dalam kumpulan atas menjawab Item Q dengan betul;
manakala hanya 6 orang sahaja dalam kumpulan bawah yang menjawab
item itu dengan betul. Indeks diskriminasi dapat dihitung seperti berikut:

PA = 12/15 = 0.80;

PB = 6/15 = 0.40;

D = PA - PB
= .80 - .40
= 0.40
Maka indeks diskriminasi D bagi Item Q ialah 0.40.

Rajah 4.2 : Aras Diskriminasi dan Pengkelasan Item

16

4.7

Pemantauan

Guru perlu memantau pencapaian setiap pelajar sepanjang sesi pengajaran dan
pembelajaran dilaksanakan. Pemantauan boleh dilakukan dengan lebih spesifik
dengan cara mengukur keupayaan dan pencapaian pelajar bagi setiap aktiviti
pembelajaran. Antara langkah pemantauan yang boleh dilakukan ialah dengan
bersoal jawab secara lisan dengan murid atau menyediakan soalan-soalan
objektif atau struktur yang perlu dijawab oleh para pelajar dan merekod
pencapaian pelajar. Dengan cara ini guru dapat memantau pencapaian pelajar
seterusnya

menentukan

langkah

terbaik

bagi

membantu

pelajar-pelajar

berkenaan.

Latihan untuk mengira indeks diskriminasi

Seramai 40 daripada 50 orang pelajar berpencapaian rendah dapat menjawab


satu soalan objektif dengan betul, sementara 20 daripada 50 orang pelajar
berpencapaian tinggi dapat menjawab soalan ini dengan betul. Kira indeks
diskriminasi soalan ini dan jelaskan kesesuaiannya.

5.0

Pentadbiran Pentaksiran
17

5.1

Sinopsis

Tajuk ini melihat langkah-langkah mentadbir ujian, moderasi ujian dan skema
pemarkahan, membuat laporan dan pelaporan serta proses pembinaan item
ujian dari segi kesahan dan kebolehpercayaan.
5.2

Hasil Pembelajaran

Menjelaskan perkara-perkara yang perlu diberi perhatian semasa


mentadbir ujian.

Mengamalkan langkah-langkah dalam pembinaan dan mentadbirkan ujian


dengan betul

5.3

Kerangka Tajuk

5.4

Pentadbiran Ujian

Semasa mentadbirkan ujian, perkara yang perlu diambil kira adalah seperti
berikut
i.

Tempat pelaksanaan (psychological setting). Ketua pengawas dan


pengawas perlu menberian arahan yang jelas sebelum mula
peperiksaan, semasa peperiksaan, sebelum tamat peperiksaan,
selepas tamat peperiksaan.

18

ii.

Suasanal fizikal tempat peperiksaan (physical setting) perlu selesa.


Susunan meja kerusi calon perlu ada jarak antara tempat duduk
yang sesuai untuk mengelakkan calon meniru.

iii.

Kawalan masa (keeping track of time). Sediakan jam dinding yang


cukup jelas. Masa yang ditetapkan perlu dipatuhi. Arahan untuk
mula peperiksaan dan arahan sebelum tamat peperiksaan dan
tamat peperiksaan

5.5

Moderasi Ujian dan Skema Pemarkahan


Selepas mentadbirkan ujian, guru akan memeriksa skrip jawapan. skema
pemarkahan perlu disediakan semasa menggubal kertas peperiksaan
sebagai panduan kepada guru untuk memeriksa jawapan ujian. Moderasi
dilaksanakan untuk memastikan ada keadilan dan ketekalan bagi semua
pemeriksa dan situasi pemeriksaan. Skema pemarkahan digunakan untuk
moderasi.
i.

Skema pemarkahan mestilah menepati kehendak soalan dan


mempunyai ciri-ciri keobjektifan yang tinggi. Ini bermakna markah
yang diberikan kepada setiap soalan adalah tekal (konsisten ) bagi
semua pemeriksa dan situasi pemeriksaan.

ii.

Untuk menjamin keobjektifan, skema pemarkahan perlu


menyatakan peraturan-peraturan memberi markah secara
terperinci.

5.6

Penilaian Laporan dan Pelaporan


19

Penilaian boleh dinilai dalam beberapa bentuk laporan seperti:


a. Pemerhatian
b. Projek
c. Lisan
d. Tugasan
e. Penulisan
Bentuk-bentuk laporan ini adalah penting kerana ia dapat menilai murid-murid
daripada pelbagai segi. Murid-murid yang kurang mencapai dalam peperiksaan
bertulis diberi ruang untuk menonjol keupayaan mereka dan seterusnya ini dapat
membina keyakinan diri mereka.
Selain daripada itu, bentuk penilaian laporan ini dapat memberi maklumat
tentang kekuatan dan kelemahan setiap murid dan seterusnya memberi peluang
kepada guru untuk memberi bimbingan yang lebih berkesan kepada muridmurid.
Pemilihan kaedah penilaian laporan adalah bergantung kepada beberapa faktor
seperti:
a. Hasil pembelajaran yang hendak dinilai
b. Kesesuaian dengan perkara yang hendak dinilai
Penilaian boleh dilakukan melalui beberapa cara seperti:
a. Penilaian secara lisan guru dapat melaporkan penilaian melalui aktiviti
murid-murid seperti perbahasan, bercerita, nyayian, mendengar soalan dan
memberi respon.
b. Penilaian secara penulisan melibatkan aktiviti menyemak dan memeriksa
tugasan dan hasil penulisan murid-murid seperti karangan, laporan projek,

20

latihan, ujian bertulis dan lain-lain. Ia boleh digunakan untuk mengesan


kemahiran bahasa dan perkembangan intelek murid-murid.
Pelaporan merupakan aktiviti seperti merekod, mencatatkan maklumat dengan
sistematik di mana catatan ini melaporkan perkembangan, kebolehan, kemajuan
dan pencapaian murid-murid. Ia memudahkan guru untuk membuat rujukan dan
memantau perkembangan pembelajaran murid-murid. Maklumat dalam rekod
perlu dianalisis dan ditafsir untuk tujuan tindakan susulan dan pelaporan yang
lebih terperinci.
Rekod-rekod boleh dibuat dalam beberapa bentuk seperti membuat pernyataan,
memberi markah atau memberi gred. Ia boleh dibuat dalam dokumen-dokumen
seperti buku rekod mengajar, buku latihan murid, buku laporan kemajuan murid,
rekod prestasi murid atau rekod profil murid.
Aktiviti pelaporan ini harus dilakukan dari masa ke semasa supaya maklumat
menyeluruh tentang penguasaan pembelajaran murid terkumpul dan mudah
dibuat rujukan apabila diperlukan.
Pelaporan adalah sangat penting kerana ia adalah satu proses penyampaian
maklumat penilaian dari masa ke semasa tentang perkembangan pengetahuan,
kemahiran, nilai, sikap dan pencapaian murid. Ia membolehkan murid, pihak
sekolah dan ibu bapa mengambil tindakan susulan yang sewajarnya. Dalam
pelaporan, guru boleh melaporkan beberapa perkara yang releven berkaitan
dengan murid seperti prestasi akademik, pernyataan tentang minat, sikap dan
perlakuan murid serta cadangan untuk memperkembangkan potensi seseorang
murid.
Pelaporan boleh dilakukan secara lisan atau bertulis dalam bentuk markah,
pernyataan dan gred. pelaporan bertulis boleh dibuat dalam bentuk seperti buku

21

laporan kemajuan murid, rekod profil murid, laporan ringkasan oleh guru mata
pelajaran atau guru kelas.

5.7

Kesahan

Kesahan skor ujian melibatkan dua perkara iaitu relevan dan cakupan. Perekaan
item ujian harus memastikan semua konstruk (perkara yang ditaksir) dijelmakan
sejajar dengan definisi yang telah ditetapkan .Item-item yang dikemukakan perlu
akur dengan kurikulum dan spesifikasi ujian serta mempunyai kesesuaian dari
segi kumpulan sasaran, aras kesukaran, konteks dan situasi.

5.8

Kebolehpercayaan

Kebolehpercayaan skor ujian melibatkan dua perkara iaitu ketekalan dan


ketepatan. Ketekalan bermaksud apabila item yang sama diuji beberapa kali kepada
subjek yang sama pada selang masa yang berlainan tetapi tetap memberi skor keputusan
atau jawapan yang sama atau hampir sama
Satu spesifikasi ujian direka bentuk bagi setiap ujian untuk dijadikan piawaian
yang diikuti dalam pembinaan instrumen. Ini adalah untuk memastikan ketepatan
ujian.

Fikir

Terangkan bagaimana anda menyediakan satu ujian pencapaian matematik yang


mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi.

22

5.9

Bank Item

Bank Item diwujudkan bagi menyelaras dan memastikan kualiti item yang
dihasilkan adalah sah, bolehpercaya dan cukupcakup. Fungsi bank item ini
adalah untuk membina, menilai, mengumpul dan menyelaras item ujian.yang
berkualiti. Item-item yang baik akan digunakan sebagai stok dan digunakan
apabila perlu umpamanya untuk tujuan peperiksaan utama, peperiksaan
percubaan, peperiksaan ulangan dan sebagainya.
Proses membuat penilaian atau pertimbangan terhadap kualiti item yang dibina
berdasarkan prinsip pembinaan item dan ciri-ciri item yang berkualiti. Panel
penilai perlu membuat penilaian dan memastikan item yang telah dibina adalah
berasaskan kepada ciri-ciri item berkualiti seperti berikut:
i. Keakuran Keakuran terhadap Standard, spesifikasi dan peluang;
ii. Ketepatan dan Kejelasan tepat keterampilan, tepat kandungan dan jelas;
iii. Kesesuaian Sesuai mengikut aras kesukaran, kepentingan dan keadilan.
Proses ini berakhir dengan membuat keputusan tentang item sama ada diterima,
ditolak atau dalam perhatian (KIV).

Dapatkan seberapa banyak maklumat di perpustakaan atau pusat


sumber yang berdekatan untuk membantu pemahaman anda.

Tamat

23

Вам также может понравиться