Вы находитесь на странице: 1из 2

Bentuk Kerjasama ASEAN

Kerjasama Politik
1. Untuk menjamin kestabilan politik dan keamanan negara serantau, konsep ZOPFAN telah
diwujudkan melalui Deklarasi Kuala Lumpur pada 27 November 1971.
2. Matlamat penubuhannya ialah:
Memelihara keamanan dan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara dengan mengelak
campur tangan daripada mana-mana pihak luar seperti Rusia, Amerika Syarikat dan
China dalam hal-hal di rantau ini.
Menyediakan saluran untuk menyelesaikan pertikaian yang berlaku di Asia Tenggara
secara aman dan bukan menggunakan kekerasan.
Mengelakkan penglibatan dalam pertikaian antara kuasa besar.
Memberi peluang kepada negara anggota untuk menentukan nasib sendiri.
3. Zon Bebas Senjata Nuklear (SEANWFZ) dibentuk pada 16 Disember 1987 untuk
memastikan kawasan ASEAN bebas daripada ancaman senjata nuclear.
4. ASEAN mengamalkan pendirian bersama dalam isu politik seperti pencerobohan Vietnam
di Kemboja, iaitu tentera Vietnam harus berundur dari Kemboja dan rakyatnya diberi peluang
untuk menentukan nasib negara mereka sendiri.
Kerjasama Ekonomi
Kerjasama ekonomi dari tahun 1967 hingga 1976 boleh dikatakan lembab kerana tiada aktiviti
dijalankan pada peringkat ASEAN. Kerjasama ekonomi bermula setelah beberapa perjanjian
seperti Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama (Treaty of Amity and Cooperation) dan
Perisytiharan Pakatan ASEAN (Declaration of ASEAN Concord) ditandatangani pada tahun
1976 di Bali semasa Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan ASEAN pertama.
Antara kerjasama ekonomi negara-negara anggota ASEAN adalah seperti berikut:
Melaksanakan projek-projek perindustrian seperti:
1. Projek Baja Urea ASEAN di Indonesia
2. Projek Baja Urea ASEAN di Malaysia
3. Projek Fabrikasi Tembaga ASEAN di Filipina
4. Projek Vaksin Hepatitis B ASEAN di Singapura
5. Projek Garam Batuan-Abu Soda ASEAN di Thailand
Mengadakan usaha sama perindustrian ASEAN.
Mengadakan Skim Pelengkapan Perindutrian ASEAN, misalnya dalam bidang automotif.
Mewujudkan Peraturan Perdagangan Istimewa 1977 untuk meningkatkan perdagangan antara
negara anggota. Keistimewaan yang diberikan termasuk kontrak kuantiti jangka panjang,
perolehan istimewa oleh entiti kerajaan, pelonggaran langkah-langkah bukan tarif dan
perluasan tarif istimewa.
Mengadakan kerjasama dalam sektor kewangan
Majlis Perbankan ASEAN (ASEAN Banking Council) ditubuhkan untuk menyelaras kegiatan
bank-bank perdagangan di rantau ASEAN
Syarikat Kewangan ASEAN ditubuhkan untuk memberikan kemudahan kewangan kepada
negara-negara yang terlibat dalam projek-projek uasaha sama ASEAN.
Mengadakan kerjasama dalam bidang komunikasi
Pemasangan kabel laut ASEAN menghubungkan negara anggota
Mengasaskan Skim Pertukaran Berita Televisyen
Mengiktiraf lessen pemandu di rantau ASEAN
Mengadakan kerjasama dalam sektor makanan dan pertanian
Penubuhan Pusat Perancangan Pembangunan Pertanian ASEAN sebagai bank data mengenai
masalah pertanian
Penubuhan Plant Quarantine Traning Centre and Institute di Serdang
Mengadakan dialog dengan negara-negara maju
Mewujudkan Kawasan Pertumbuhan Segi Tiga yang menggalakkan pembangunan dalam
bidang perdagangan, perlancongan, pengangkutan dan perhubungan seperti:
IMT-GT (Pertumbuhan Segi Tiga Indonesia-Malaysia-Thailand)
IMS-GT (Pertumbuhan Segi Tiga Indonesia-Malaysia-Singapura) BIMP-EAGA (Kawasan
Pertumbuhan ASEAN Timur Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina)

Kerjasama Sosial dan Kebudayaan


Tabung Kebudayaan ASEAN diwujudkan untuk mengeratkan hubungan antara negara ASEAN
melalui aktiviti kebudayaan seperti Pesta Filem ASEAN dll.
Penubuhan Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (MABBIM). Tujuan penubuhan
adalah seperti berikut:

Mengembangkan Bahasa Melayu supaya setaraf dengan bahasa moden


Meningkatkan semangat persaudaraan di antara negara anggota
Meningkatkan peranan Bahasa Melayu sebagai alat perhubungan yang lebih luas
Pembentukan Pertubuhan Menteri-menteri Pendidikan Asia Tenggara (SEAMEO)
Menggalakkan kerjasama dalam bidang ilmu pengetahuan

Menganjurkan projek berikut;


Pusat Kajian Bahasa Inggeris di Singapura (RELC)
Pusat Pembaharuan dan Teknologi di Filipina (INNOTECH)
Pusat Pendidikan Serantau bagi Pendidikan Sains dan Matematik (RECSAM) di Pulau
Pinang

Вам также может понравиться