Вы находитесь на странице: 1из 12

LAPORAN INDIVIDU PEMENTASAN TEATER EKSPERIMENTAL KARYA

USMAN AWANG UDA & DARA (AJK TEMPAT)


Tarikh : 30 MEI 2016 (ISNIN)
Masa
: 8.30 Pagi 11.30 Malam
Tempat: Bangunan Fakulti Muzik( Dewan Resital)
Buat pertama kalinya perlantikkan ahli jawatankuasa untuk menjawat jawatan
tertinggi di dalam persembahan teater yang bakal diadakan pada 30 mei 2016. Selain itu,
semua pelajar diberitahu bahawa pelajar yang mengambil khusus drama dan amali seni
lakon pada kali ini perlu di bahagikan kepada 2 kumpulan kerana untuk menguruskan
persembahan yang akan dilangsungkan. Pada masa ini saya di kehendaki untuk
mengetuai perlantikan ini.Beberapa perlantikan telah dibuat dengan mengikut persetujuan
ramai. Antara yang menjawat jawatan tertinggi dalam jawatankuasa pada kali ini ialah
seperti berikut:Penasihat:
Prof Madya Dr. Nor Azmi Bin Mutafa
Dekan Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Dr Zulkifli bin Osman
Ketua Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Penaung:
Puan Farra Humairah
Pensyarah Kursus BSK3013 Drama dan Seni Lakon
Pengerusi:
Wan Muhammad Nur Azim Bin Wan Pauzan

Timbalan Pengerusi :
Nurhayati Binti Alimudin
Setiausaha:
Nur Nadhirah Binti Azid
Bendahari:
Aida Binti Mohamad Nor
Pen. Bendahari :
Mohamad Shamrin bin Jamain
Ajk Protokol
Umi Fatihah Binti Abd Aziz
Nurhidayah Binti Mislan
Nor Suhaiza Binti Mat Yasin
Ajk Penajaan
Wan Mohd Noor Farhan bin Wan Mansor
Ajk Penerbitan, Dokumentasi, dan Informasi (PDI)
Nur Fatwa Syuhada Binti Bahrom
Irawati Binti Ridwan
Muhammad Fareed Bin Isa
Ajk Pengangkutan
Farah Ayunie Binti Mohd Nor
Wan Nur Farah Hani Binti Wan Mustapha
Ajk Persiapan Tempat

Norfauziati Binti Mohamad Nor


Noria Anak Tibas
Nik Norina Binti Mohd Nor
Ajk Kebersihan, Keceriaan, Dan Kebajikan (3K)
Nurul Azrienah Binti Hashim
Nur Amirah Binti Baharom
Khadijah Binti Mohammad Khusairi
Ajk Peralatan Dan Teknikal
Noor Sabiha Binti Hatta
Naurah Sabihah Binti Abdul Rahim
Pengurus Artistik Eksperimental "Uda dan Dara"
Pengarah
Nizam Bin Mohd Nazari
Pengurus Pentas / Stage Manager
Siti Najiha Binti Rahim
Prop
Nur Amirah Binti Muhammad Atori
Khalilah Anum Binti Mazli
Muzik / Audio
Khairunisa Binti Jumain
Nur Shafira Binti Sharullain
Kostum
Norfarahidayu Binti Norizan

Tatarias / Make Up
Sri Utami Hepni Abdullah
Tatacahaya / Lighting
Muhammad Amirul Firdaus Bin Marzuki
Wan Muhammad Amirullah Bin Wan Saleh
Saya telah diberi tugas dalam ajk persiapan tempat iaitu di ketuai oleh saya
Norfauziati binti Mohmad Nor dan dibantu oleh 2 orang sahabat saya iaitu saudari Nik
Norina binti Mohd Raiz dan saudari Noria Anak Tibas. Seramai 3 orang yang
dipertugaskan untuk menjalankan tanggungjawab di bawahajk persiapan tempat. Ini
termasuk dengan ketua persiapan tempat. Pada perjumpaan pertama ini juga, kami semua
di arahkan supaya berbincang mengenai tajuk yang sesuai untuk pementasan yang akan
kami persembahkan. Tajuk persembahan yang kami pilih untuk khusus ini ialah Uda dan
Dara. Puan Farah sendiri telah bersetuju dengan tajuk tersebut dan beliau sendiri yang
banyak membantu dan memberikan cadangan dalam pemilihan tajuk pementasan.
Selepas pemilihan tajuk setiap ajk diberikan panduan oleh Puan Farah sendiri dalam
melaksanakan tuugasan masing-masing. Sebagai ajk persiapan tempat, saya dan 2 orang
rakan saya telah menyenaraikan beberapa tempat sebagai tempat untuk kami laksanakan
persembahan teater eksperimental iaitu panggung percubaan, auditorium, dewan sitc,
muzium upsi, dewan kolej dan beberapa buah tempat yang mempunyai pentas. Selepas
menyenaraikan tempat tersebut saya dan rakan-rakan telah merujuk kepada Puan Farah
dan pengarah untuk mendapatkan kata sepakat dalam pemilihan tempat tersebut.
Pemilihan pada mulanya ialah muzium upsi yang mempunyai pentas dan kami sendiri
telah menggunakanya sebelum ini untuk tujuan pementasan . tetapi disebabkan oleh
kekangan masa, kami tidak berjaya mendapatkannya dan seterusnya memilih dewan
auditorium utama. Saya dibantu oleh Puan Farah sendiri dalam menempah ,melalui portal
dan rezeki tidak menyebelahi kerana telah terlepas pandang terhadap nama auditorium
dan atrium. Saya telah memilih atrium dan ia sebenarnya bukan tempat yang sesuai
untuk pementasan keran ia tidak mempunyai pentas. Dalam saat-saat akhir kami seakanakan kehilangan arah disebabkan kesilapan tersebut dan alhamdulilah kami dibantu oleh
rakan sekelas yang merupakan pelajar major teater untuk mendapatkan kebenaran
mengunakan dewan Resital dalam bangunan falkulti muzik mereka. Pemohonan yang
dibuat diluluskan dan kami akhirnya mendapat tempat untuk melaksanakan pementasan
kami. Kami juga telah mempersiapkan tempat tersebut dengan menghias sedikit sebanyak
untuk persembahan yang berlangsung. Kami dibantu oleh rakan-rakan yang lain. Disini
saya dapat melihat kerjasama antara rakan sekelas. Jutaan terima kasih kepada pihak

yang membantu. Segala kesusahan dan kesenangan yang saya tempuhi dalam
melaksanakan tugas sebagai ajk persiapan tempat ini amat saya hargai dan akan saya
perbaiki. Persembahan yang dilaksanakn juga berjalan dengan lancar dan memdapat
sambutan yang menggalakkan. Selepas persembahan kami telah mengemaskini dewan
tersebut kepada keadaan asal kerana pada hari berikutnya dewan tersebut akan digunakan
oleh pihak lain. Ia merupakan satu pengalaman yang sangat indah yang saya alami.terima
kasih kepada rakan yang membantu.
Yang Menjalankan Tugas,

FAUZIATI
(NORFAUZIATI BINTI MOHMAD NOR)
AJK PERSIAPAN TEMPAT

LAPORAN INDIVIDU PEMENTASAN TEATER EKSPERIMENTAL KARYA


USMAN AWANG UDA & DARA
WATAK : Orang-orang Alang Bahil & Orang Kampung

SEBELUM PEMENTASAN
Pada minggu kedua kelas, saya dan rakan-rakan telah menerima arahan daripada
pensyarah subjek Drama dan Amali Seni Lakon Puan Farah Humaira binti Mohd supaya
membentuk satu kumpulan untuk melancarkan persembahan drama bagi ahli kelas kami.
Seminggu kemudian, perbincangan pertama diadakan selepas setiap seorang diberi tugas
masing-masing berdasarkan jawatan untuk melaksanakan persembahan drama.
Pertemuan pertama ini juga telah diadakan pemilihan tugas dan saya secara automatik
dicalon sebagai ajk persiapan tempat. Pertemuan seterusnya adalah menyiapkan beberapa
pilihan tempat untuk diserahkan kepada pensyarah. Setiap kali tempat yang dipilih
ditempah sehingga mendapat tempat yang sesuai dan dipersetujui oleh ahli yang lain.
Setiap kali perjumpaan diadakan iaitu setiap petang khamis adalah untuk berbincang,
berlatih dan memghafal skrip yang telah disediakan oleh Puan Farah. Pengarah
memberikan idea dan sentiasa berbincang dengan pelakon skrip untuk mencari
kesesuaian pada setiap babak. Saya Norfauziati binti Mohmad Nor diberi tanggungjawab
sebagai pelakon untuk melancarkan persembahan teater eksperimental uda dan dara.
Tugas saya sebagai pelakon adalah menghafal skrip dan jalan cerita berdasarkan skrip
yang dipilih. Saya juga ditugaskan untuk memegang 2 watak disebabkan kekurangan
pelakon berdasarkan skrip untuk memudahkan gambaran cerita. Watak yang saya pegang
ialah orang-orang Alang Bahil dan Orang Kampung. Saya juga diminta oleh pengarah
menjalankan tanggungjawab mengikut department supaya produksi dapat bergerak
dengan lancar. Setiap kata putus yang dibuat adalah berdasarkan perbincangan ahli
produksi yang terlibat.
Kami telah membuat latihan dua kali seminggu yang diadakan pada hari selasa
dan khamis. Latihan tersebut dijalankan di bangunan E-Learning tingkat lima. Sepanjang
latihan pelakon diminta menghafal skrip serta membuat memek muka yang sesuai dengan
watak masing-masing. Pengarah memberi tunjuk ajar kepada para pelakon. pengarah
serta pensyarah melatih saya dan pelakon bagi menjiwai setiap watak yang mereka dapat.
Hal ini kerana sesuatu lakonan yang berkesan ialah setiap pelakon itu berjaya menjiwai
watak yang akan akan saya lakonkan. Pada minggu awal latihan saya masih dibenarkan
untuk memegang skip dan saya menghafal setiap babak yang akan saya lakonkan. Para
pelakon akan diberi masa selama beberapa minggu untuk menghafal skrip lakonan
mereka. Sebelum memulakan latihan pengarah akan membuat senaman mulut untuk
memudahkan para pelakon melontarkan suaranya. Pada minggu pertama latihan saya

bersama pengarah telah mengadakan susunan kedudukan para pelakon di atas pentas.
Dari sini saya akan mengetahui setiap pergerakan mereka untuk menguasai pentas
tersebut. Pada 2 minggu terakhir latihan pelakon tidak dibenarkan memegang skrip dan
saya dibantu oleh penolong pengurus pentas memainkan peranan penting dalam
membantu saya sekiranya tidak ingat skrip pada babak. Sepanjang latihan untuk
pementasan ini saya juga saya terhutang bydi kepada pengarah , puan farah dan
suaminyya kerana banyak membantu saya untuk menjiwai watak.Pada minggu-minggu
akhir ini saya sudah biasa dengan pergerakkan di atas pentas.
Tiga hari sebelum pementasan kami telah mengadakan latihan di Dewan Resitel
Fakulti Muzik dan Seni Persembahan bagi membiasakan para pelakon dengan keadaan
tempat dan penggunaan pentas. Kami berada di dewan tersebut dari pukul 2 petang
sehingga 10 malam. Pada hari tersebut saya melakukan watak saya dengan bersungguhsunguh untuk menlancarkan persembahan drama tersebut.

SEMASA PEMENTASAN
Pada hari berlangsungnya pementasan Teater Ekperimental Uda & Dara iaitu pada 30
Mei 2016, saya sebagai pelakon memainkan peranan saya dengan bersungguh-sungguh
dalam memastikan perjalanan pementasan berjalan dengan lancar. Pengarah telah
menyerahkan kuasa untuk mengarah dan memantau setiap aktivi pada hari kejadian
kepada saya serta Najiha selaku pengurus serta penolong pengurus pentas. Disitu saya
banyak dibantu oleh mereka untuk melancarkan watak saya. Kami telah berkumpul di
Dewan Resitel bermula dari pukul 12 tengahari untuk membuat persiapan tempat dan
mengadakan latihan untuk yang terakhir kali. Sebelum memulakan latihan kami telah
dihidangkan makanan tengahari oleh pihak cafe di Fakulti tersebut. Hal ini secara tidak
langsung telah menjimatkan masa kami untuk mengurus tempat kerana tidak perlu
mencari makanan di luar.
Bermula pukul 4 petang semua pelakon termasuk saya telah berkumpul dan kami
telah mengadakan bloking untuk yang terakhir kali sebelum berlangsungnya pementasan
pada malam tersebut. Bloking ini dilakukan untuk mengingatkan saya sebagai pelakon
tentang kedudukan saya di pentas tersebut agar pada waktu pementasan berlangsungdan
supaya saya tidak gementar dan biasa dengan kedudukan di atas pentas. Selepas
mengadakan bloking tersebut saya dan pelakon lain serta ahli jawatankuasa yang terlibat
bersurai untuk solat dan minum petang. Bermula pukul 6 petang saya sudah diarahkan
untuk make up dan di make up oleh ahli jawatankuasa yang terlibat dalam tatarias sudah
bersedia dengan segala peralatan make up tersebut.
Pada hari berlangsungnya pementasan tersebut saya dibantu dengan segala
peralatan props dan busana menyediakan kelengkapan yang secukupnya untuk kami

selaku pelakon. AJK busana telah menentukan setiap pakaian saya mengikut babak. Bagi
AJK props pula mereka akan menyediakan barang-barang keperluan yang diperlukan
oleh saya gunakan di atas pentas. Pada pukul 8.30 malam kami telah berkumpul dan
pengarah telah memberi kata-kata semangat untuk setiap pelakon serta AJK yang terlibat
agar menjayakan pementasan ini dengan jayanya. Pukul 8.45 malam pintu masuk telah
dibuka dan kemasukan para penonton yang telah membanjiri Dewan Resitel tersebut.
Kehadiran para penonton yang ramai telah menaikkan lagi semangat kami khususnya
pelakon untuk memberi satu persembahan yang terbaik pada malam tersebut. Pementasan
Teater Eksperimental Uda&Dara telah berlangsung tepat jam 9 malam. Saya telah bersiap
sedia sebelum babak bermula. Saya juga akan memastikan yang saya tidak akan
meninggalkan props yang diperlukan pada ketika itu. Hal ini kerana pengunaan props
pada hari pementasan amat penting untuk memberi satu gambaran yang sebenar kepada
para penonton. Hal ini secara tidak langsung akan menarik perhatian para penonton dan
mengelakkan para penonton merasa bosan. Pementasan telah tamat pada pukul 10.15
malam dan penonton mula mengambil gambar bersama pelakon dah AJK yang terlibat.
Sya telah menjayakan lakonan saya dengan jayanya dan dibantu oleh pelako-pelakon
lain. Persembahan drama kami berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan dari
penonton.
SELEPAS PEMENTASAN
Setelah berakhirnya pementasan tersebut saya dan ahli jawatankuasa berkumpul dan kami
telah bekerjasama antara satu sama lain untuk mengemas Dewan agar ianya kembali
bersih seperti sediakala. Pelakon serta Ajk yang terlibat masing-masing membahagikan
tugas untuk memastikan dewan tersebut berada dalam keadaan bersih. Saya juga perlu
memastikan bahawa barangan props dan busana itu lengkap dan akan dikembalikan
sekiranya barangan itu dipinjamsaya juga diberi tugasan untuk mengumpulkan semula
wakie-takie yang dipinjamkan dan menghantarnya ke pusat kokurikulum seperti yang
dijanjikan pada keesokan harinya. Sebelum pulang kami telah disajikan makan malam
oleh pihak cafe fakulti. Tepat jam 11.30 malam saya dan rakan dibenarkan pulang ke
kediaman masing-masing dengan menggunakan bas.
Tugas saya sebagai pelakon sudah tidak memainkan selepas tamatnya
pementasan. Saya hanya perlu menghantar laporan tugasan kepada setiausaha dan
pensyarah. Setelah berakhirnya pementasan eksperimental uda dan dara maka berakhirlah
juga tugas saya sebagai pelakon. Sebagi salah seorang pelakon dalam persembahan
drama tersebut saya sangat bersyukur keran diberi peluang untuk belajar sesuatu yang
baru dan mendapat pengalam dan bernilai. Terima kasih kepada semua yang terlibat
terutama sekali Puan Farah Humaira dan suami, pengarah, pembantu pengarah, dan ajk
yang terlibat.

NORFAUZIATI
(NORFAUZIATI BINTI MOHMAD NOR)
PELAKON

LAMPIRAN

Вам также может понравиться