You are on page 1of 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KAMPUS PERLIS

PENULISAN JURNAL REFLEKTIF


JURNAL REFLEKTIF
MINGGU PERTAMA
(25 Januari 2016 29 Januari 2016)
MASALAH :
Pada minggu ini, telah masuk minggu yang pertama saya berada dan
menjalani praktikum di Sekolah Kebangsaan Kuala Perlis. Saya menghadapi
masalah semasa menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP)
walaupun selepas seminggu saya berada di sini. Masalah yang saya hadapi ialah
kesukaran bagi diri saya sebagai seorang guru mata pelajaran Sejarah, untuk
mengingat nama-nama murid bagi kelas-kelas yang saya mengajar. Hal ini sedikit
sebanyak telah memberi kesan kepada diri saya dan menyebabkan saya sukar
untuk menyebarkan soalan kepada murid-murid dalam usaha untuk melibatkan
penglibatan secara aktif murid-murid di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

ANALISIS MASALAH :
Saya merasakan masalah ini timbul besar kemungkinan disebabkan oleh :
a) saya tidak mempunyai ingatan yang kuat untuk mengingati nama murid dalam
masa yang singkat,
b) saya masih belum dapat membiasakan diri saya dengan keadaan dan suasana
kelas dan juga murid-murid di dalam kelas yang saya ajar dan;
c) saya juga hanya mampu mengingati nama beberapa nama orang murid sahaja
berdasarkan tempat duduk mereka seperti nama ketua kelas.
Sekiranya masalah ini tidak diatasi dengan segera, besar kemungkinan saya
sukar untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dengan keadaan
yang lebih teratur dan sistematik dalam mewujudkan suasana bilik darjah yang
mesra budaya.
Noryati Abd. Rashid (2006) menjelaskan kesantunan adalah perlakuan lisan
dan bukan lisan yang mampu mengelak konflik semasa manusia berinteraksi sekali
gus membina hubungan yang baik dan mesra. Rumusan daripada pandangan itu

dapat diaplikasikan dalam proses komunikasi. Umpamanya, dalam aspek lisan guru
dan murid-murid perlu menggunakan kata ganti nama diri dan panggilan yang tepat
dan sesuai dengan taraf, kedudukan masa, tempat dan suasana.

CADANGAN :
a) Saya akan berusaha untuk menghafal dan mengingati nama murid-murid dengan
cara menaip nama murid-murid dan menampalkannya satu demi satu di dalam buku
Rancangan Pengajaran Harian pada bahagian belakang dalam usaha untuk
mengingati nama-nama murid.
b) Saya akan cuba membiasakan diri dengan keadaan dan suasana kelas serta
sikap murid-murid dalam usaha untuk mengingati nama murid-murid.
c) Sentiasa menyebut nama murid tersebut supaya mereka rasa dihargai.
d) Sentiasa menyebut nama murid tersebut supaya mereka rasa mereka sedang
diperhati.

TEMPOH MASA :
01 Februari 2016 12 Februari 2016 ( 2 Minggu)

TINDAKAN SUSULAN :
Sekiranya tempoh masa selama dua minggu yang telah diambil masih tidak mampu
untuk saya mengatasi masalah mengingati nama murid-murid, maka saya akan
berusaha dan mencuba untuk mencari suatu masa yang berkualiti untuk menghafal
nama murid-murid berserta gambaran kedudukan dan wajah mereka.
Saya berharap, saya mampu melakukan yang terbaik bagi menjalankan
porses pengajaran dan pembelajaran dalam keadaan yang boleh diterima oleh
kedua-dua pihak dalam keadaan yang menarik iaitu pihak guru (saya sendiri) dan
juga pihak murid-murid.

PENILAIAN KEJAYAAN :
Penilaian kejayaan ini akan dicatat selepas seminggu projek ini dimulakan iaitu pada
12/02/2016.