Вы находитесь на странице: 1из 14

KOD ETIKA PERGURUAN MALAYSIA

Dapatkan kod etika perguruan Malaysia dan buat interpretasi


mengenainya.
Profession perguruan mempunyai matlamat untuk membentuk insan
dan ihsan manusia yang sempurna dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmaninya. Guru juga berperanan menyediakan seorang individu itu
tentang peranan dan tanggungjawabnya di dalam masyarakat demi
mencapai kesempurnaan dan kesejahteraan diri, keluarga, masyarakat
seterusnya membantu negara mencapai kemajuan.
Dari pendapat keagamaan, seorang guru itu setaraf dan seangkatan
dengan pemimpin dan ketua masyarakat kerana guru berperanan
mendidik dan membimbing ahli masyarakat lain ke arah jalan yang benar
dan tidak terpesong dari landasan kehidupan yang baik. Pekerjaan ini juga
dianggap satu ibadah.
Guru seharusnya menjalankan tanggungjawabnya dengan penuh
dedikasi, tidak mementingkan diri sendiri dan memilih tugas. Ciri-ciri ini
penting kerana tugas guru berkait rapat dengan mutu pendidikan di mana
dalam pengajaran, jika guru lakukan dengan ikhlas dan bersungguhsungguh, ia akan menarik minat pelajar untuk belajar dengan lebih
bersungguh-sungguh.
Oleh kerana setiap tindakan dan tingkah laku guru akan menjadi
perhatian dan ikutan pelajar, ia memerlukan tindakan yang penuh
perhatian

yang

teliti

dan

berhati-hati.

Pelajaran Malaysia telah menetapkan garis

panduan

Kementerian
atau kod

etika

perguruan di Malaysia agar para guru tidak lari dari landasan serta tidak
melakukan tindakan yang tidak wajar. Etika perguruan adalah satu set
tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap masyarakat dan negara,
pelajar, rakan sejawat dan ibu bapa.

Antara kod etika yang telah ditetapkan adalah :1)

Guru tidaklah harus bertingkah laku begitu rupa sehingga

boleh

mencemarkan

sifat

profesionalnyadan yang

akan

menyebabkan hilang kepercayaan orang ramai terhadap profesion


perguruan.
Pernyataan diatas telah membawa maksud bahawa setiap tindak
tanduk dan sikap guru lakukan mendapat perhatian masyarakat sekeliling
terutama pelajar dan ibu bapa. Adalah amat penting bagi seorang guru
agar menjaga perlakuan agar tidak menccemarkan kredibiliti keguruannya
sehingga boleh menghilangkan kepercayaan masyarakat terhadap nilainilai murni seorang guru yang membawa tanggungjawab mendidik anak
bangsa supaya bertingkah laku baik dan berakhlak mulia. Jika guru gagal,
seluruh masyarakat tidak akan mempercayai guru dalam membantu ibu
bapa mendidik anak-anak mereka.
2)

Guru tidaklah harus bertingkahlaku begitu rupa yang

boleh membawa kepada jatuhnya maruah diri dan kehilangan


amanah berhubung dengan kewangan : Etika ini adalah melibatkan
sikap dan prinsip hidup seorang guru apabila memegang sesuatu amanah
terutamanya yang melibatkan kewangan. Seorang guru selain daripada
mengajar dan mendidik, ada kalanya guru juga akan melakukan tugas
mengutip yuran sekolah dan sebagainya. Dalam memegang amanah
melibatkan wang, guru mestilah bersikap jujur, berhati-hati dan tidak lalai.
Ini adalah kerana kesilapan yang kecil akibat kecuaian juga boleh
membuang kepercayaan pelajar dan ibu bapa berhubung kewangan
terhadap guru tersebut. Sukar bagi mereka untuk mengamanahkan anak
mereka kepada seorang guru yang tidak jujur dan lalai.
3)

Dalam semua hubungan dan tugas, guru hendaklah

menjalankannya dengan jujur : Ini bermakna ketika guru sedang


melakukan tugas dan bergaul dengan pelajar, guru hendaklah berlaku
jujur tanpa melakukan sesuatu itu dengan niat untuk mendapat ganjaran,
nama mahupun populariti dikalangan pelajar. Jujur dalam memberi
perlindungan kepada

pelajar dan tidak

pernah sekali cuba untuk

mempergunakan hubungan baiknya untuk kesenangan peribadinya.

4)

Tanggungjawab

utama

guru

adalah

terhadap

anak

muridnya. Kepentingan murid mengatasi semua kepentingan lain


seperti kepentingan masyarakat, persatuan atau persendirian.
Apabila berlakunya konflik atau kekeliruan yang memerlukan guru
membuat keputusan antara pelajar, persatuan yang diikuti oleh guru
ataupun kehendak persendirian, keputusan yang perlu guru ambil pelajar
menjadi perkara utama perlu guru dahulukan. Ini adalah kerana sudah
menjadi tanggungjawab seorag guru itu untuk melindungi dan menjaga
kepentingan pelajarnya terutama ketika disekolah. Sewaktu guru sedang
menjalankan tugas, perkara lain harus di ketepikan buat sementara waktu
agar guru dapat memberi perhatian sepenuhnya kepada pelajar.
5)

Guru haruslah menumpukan perhatian dan memberi

pengajaran kepada setiap muridnya tak mengira bangsa, agama


dan kepercayaannya.
Guru mestilah tidak mengamalkan sikap pilih kasih sesama kaum dan
agama mengikut keselesaannya. Seperti contoh Cikgu Azman seorang
berbangsa Melayu dan beragama Islam, maka Cikgu Azman mengajar dan
memberi tumpuan kepada pelajar Melayu sahaja kerana berpendapat
beliau mahu membela nasib bangsa sendiri tanpa mengambil peduli kaum
lain yang dirasakan lebih pandai berbanding pelajar Melayu. Sikap yang
ditonjolkan ini boleh menimbulkan konflik dan perasaan tidak puas hati di
kalangan pelajar-pelajar bangsa Cina dan India.
6)

Guru haruslah bertugas sebagai pengganti ibu bapa

dalam usaha membentuk tingkah laku murid ke arah matlamat


yang diterima oleh masyarakat :

sebaik sahaja pelajar melangkah

kaki ke sekolah, guru adalah merupakan orang paling tua dan orang yang
paling diharapkan untuk menjaga, mengasuh dan mendidik pelajar kerana
pada waktu persekolahan, ibu bapa sebenar keluar bekerja dan tidak
dapat menumpukan perhatian pada anak mereka. Seorang guru yang baik
adalah seorang yang melayan pelajarnya seperti anak sendiri agar pelajar
tidak merasa tersisih dan dapat menikmati kasih sayang yang mungkin
tidak diperolehi ketika di rumah.

7)

Guru haruslah mendidik dan mengambil tindakan secara

adil terhadap semua murid tidak kira bangsa, warna kulit, jantina,
bahasa, agama, kepercayaan politik, tempat asal, keturunan, daya
intelek dan lain-lain :guru mesti melayan dan menyempurnakan
tugasnya sama rata. Dalam mengajar juga, ilmu pengetahuan dicurahkan
sama rata tanpa mengira status pelajar dihadapannya. Semua pelajar
memerlukan ilmu pengetahuan yang sama sama ada dari mana dan siapa
pelajar tersebut kerana mereka datang ke sekolah dengan tujuan yang
sama iaitu menuntut ilmu.
8)
di

Guru haruslah mengesan, menerima perbezaan individu


kalangan

muridnya

dan

membimbing

mereka

memperkembangkan potensi mereka dari segi jasmani, intelek,


daya cipta dan lain-lain : semasa mengajar guru harus peka bahawa
pelajar adalah individu yang berbeza antara satu sama lain dari segi
pembelajaran dan pemahamannya. Guru harus peka dan sentiasa prihatin
dengan setiap pelajar agar tiada yang tertinggal dalam membantu mereka
menonjolkan potensinya.
9)

Guru haruslah menghormati hak setiap murid supaya

maklumat sulit mengenai diri murid tidak diberitahu kepada orang


atau agensi yang tidak berkenaan : guru sebagai seorang pemegang
amanah dan seorang yang boleh dipercayai selepas ibu bapa bagi pelajar
itu. Maka apa sahaja maklumat mengenai pelajar tidak boleh didedahkan
sama

sekali

terutama

jika

maklumat

itu

boleh

memalukan

dan

mengaibkan pelajarnya.
10)

Guru

tidaklah

harus

menanam

sikap

yang

boleh

merosakkan kepentingan murid, masyarakat atau negara : guru


tidak boleh bersikap tidak mempedulikan pelajarnya dan seterusnya tidak
mementingkan kehendak masyarakat dan mencapai matlamat negara.
11)

Guru haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap

semua muridnya supaya mereka dapat berkembang menjadi


warganegara yang taat dan berguna : melengkapkan pelajar dengan
membimbing mereka ke arah dan tujuan yang baik sekaligus dapat

melahirkan warganegara yang baik dan sedia memberi sumbangan


kepada masyarakat dan negara.
12)

Guru tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu

yang boleh mengurangkan keyakinan diri murid dan ibubapa


terhadapnya : guru harus menjaga dan menyusun katanya dengan baik
agar apa sahaja perkataan yang keluar dari guru tidak disalah erti dan
menimbulkan rasa curiga kepada pelajar-pelajar mahupun ibu bapa. Ini
boleh menjatuhkan maruah dan merendahkan martabat guru itu sendiri.
13)

Guru haruslah bertingkahlaku begitu rupa supaya menjadi

contoh baik atau 'role model' kepada muridnya : guru sentiasa harus
menunjukkan tingkah laku yang baik dan bernilai murni agar dapat
memberi contoh atau model yang baik kepada pelajarnya. Ia juga adalah
untuk menjaga nama baik guru dan professionnya.
14)

Guru tidak harus menerima apa-apa bayaran daripada

muridnya

untuk

pelajaran

atau

pengajaran

tambahan

yang

dijalankan semasa waktu sekolah atau cuti sekolah melainkan


bayaran yang disahkan :tuisyen atau kelas tambahan persendirian yang
mahu guru lakukan adalah mesti bertujuan untuk membantu pelajar
meningkatkan prestasi dan mengatasi kelemahannya bukan untuk guru
menambah pendapatan luar waktu sekolah. Apa sahaja pendapatan yang
diperolehi daripada pengajaran adalah dilarang. Ini adalah bagi menjaga
kredibiliti seorang guru yang berpekerti mulia.
15)

Guru tidaklah harus mengiklankan dirinya untuk kerja

tuisyen atau pengajaran persendirian :menerima bayaran untuk kelas


tambahan adalah dilarang, apatah lagi mengiklankan dirinya untuk apaapa kelas tuisyen anjurannya. Dengan erti kata lain guru dilarang
meletakkan namanya dalam apa-apa iklan berkaitan agar guru tidak
menimbulkan syak wasangka masyarakat sekeliling.
16)

Guru

keagamaan,

tidaklah
politik

harus

persendirian

memaksakan
terhadap

kepercayaan,

muridnya

:sudah

tertakluk dalam perlembagaan negara bahawa rakyatnya adalah bebas


menganut mana-mana agama. Oleh sebab itu guru tidak harus memaksa
mahupun mempengaruhi pelajarnya agar mempercayai apa yang guru

percaya. Guru harus berada di pihak yang neutral agar beri peluang
pelajar agar mereka menilai dan memilih kepercayaan sendiri apakah
yang terbaik untuk diri mereka sendiri. Guru hanya boleh memberi
panduan selebihnya murid perlu membuat keputusan sendiri.
17)

Guru tidaklah harus meminta atau menerima hadiah

daripada ibubapa atau ahli masyarakat dalam menjalankan tugas


profesionalnya : setiap tugas dan tanggungjawab yang dijalankan
hendaklah ikhlas tanpa mengharapkan atau meminta balasan daripada ibu
bapa mahupun masyarakat.
18)

Guru tidaklah harus menjatuhkan nama baik guru lain : ini

bermaksud bahawa dalam pergaulan juga guru harus menjaga nama baik
sesama rakan setugas agar nama baik dan maruah guru tidak tercalar di
kalangan pelajar.
19)

Guru haruslah menggunakan cara yang sahaja (iaitu

berdasarkan kecekapan) untuk tujuan kenaikan pangkat atau


untuk mendapat pekerjaan : guru sentiasa mengemaskini kecekapan
dan cara bekerja agar dapat peluang yang sama unutk meningkatkan diri
dan taraf pekerjaannya. Menggunakan kemahiran untuk naik pangkat
bukan dengan cara mengampu pentadbir sekolah.
20)

Guru tidaklah harus mengiklankan dirinya dengan cara

membesar-besarkan

namanya

untuk

mendapatkan

sesuatu

pangkat dalam profesion perguruan : tugas guru yang utama adalah


mengajar dan mendidik pelajar. Guru harus mengutamakan pelajar
berbanding

dirinya.

Adalah

dilarang

sama

sekali

guru

melampaui

pelajarnya dengan berlumba-lumba menempa nama. Seharusnya guru


membantu menaikkan nama pelajar bukan untuk kebaikan dirinya.

1.

2.

3.

4.

5.
6.

7.

8.

9.

10.

11.

12.

13.

14.

. KOD ETIKA PROFESION KEGURUAN DAN BAGAIMANA IA MEMUPUK KEPADA PERLAKSANAAN


PERKHIMATAN GURU YANG KOMPETEN DAN BERKESAN Oleh : Khairul Amin Bin Mohd Sham Izzat Najmi Bin
Ibrahim Syakir Maarif Bin Mastor Rosalina Zafirah Binti
2. PENGENALAN Selain menyebar ilmu segala tingkah laku guru akan menjadi contoh teladan kepada pelajar selain
mereka dapat membina masyarakat yang mempunyai budaya yang bertamadun tinggi. Seseorang guru yang baik
seharusnya mempunyai sifat dan kualiti peribadi seperti baik hati, pandai berjenaka, sabar, bertanggungjawab, yakin
pada diri dan mempunyai sifat kepimpinan (Mok Soon Sang, 1988)
3. KONSEP ETIKA Perkataan etika berasal daripada Bahasa Inggeris ethic. Perkataan ethic itu pula dari bahasa
Greek ethos yang membawa maksud sikap atau adat yang menentukan tingkah laku sesuatu golongan Etika ialah
satu sistem dasar tingkah laku bagi sesuatu kumpulan manusia atau organisasi yang meliputi aspek-aspek tertentu.
Contoh yang dimaksudkan ialah aspek-aspek moral yang baik dan yang buruk, serta yang betul dan yang salah,
dengan tujuan memberi garis panduan kepada ahli-ahli berkenaan. Masyarakat pula menggunakan etika itu untuk
menganalisis, menilai dan menentukan sama ada tingkah laku manusia telah mengikut peraturan yang ditetapkan.
4. KONSEP PROFESION Menurut Kamus Dewan, profesion ialah suatu bidang pekerjaan khasnya yang
memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan yang khas. Contohnya,
perundangan, perubatan, perguruan dan lain-lain. Berdasarkan ciri-ciri profesion, Mok Soon Sang ( 1996 )
merumuskan secara ringkas konsep profesionalisme sebagai suatu pekerjaan yang khusus dan dijalankan oleh orang
yang mempunyai kelulusan
5. KOD ETIKAPROFESIONKEGURUAN
6. KOD ETIKA KEGURUAN Setiap profesion dalam pekerjaan mempunyai kod etika yang tersendiri. Kod etika ini
juga dipunyai oleh profesion perguruan. Setiap guru dikehendaki mematuhi kod etikanya sendiri demi menjaga status,
akhlak dan maruah dalam profesion keguruannya. Di Malaysia, Tatasusila Profesion Keguruan yang disarankan oleh
Kementerian Pendidikan merupakan landasan dan garis panduan untuk setiap guru menjaga imej profesionnya
7. TATASUSILA PROFESION KEGURUAN : IKRARKami, guru-guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama
pendidikan ialah berusaha menuju ke arah pembentukan warganegara yang berilmu,yang taat setia, yang
bertanggungjawab dan berkebolehan, yang menyedari betapa pentingnya usaha menuju ke arah kebenaran dan ke
arah pencapaian hasrat yang gemilang, dan yang percaya kepada demokrasi, kebebasan perseorangan dan prinsipprinsip Rukun Negara.
8. dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab mebimbing anak muda untuk mecapai kemajuan sepenuhpenuhnya, maka dengan ini, kami menerima Tatasusila berikut sebagai panduan untuk membolehkan kami
menyempurnakan profesion kami ke taraf kesusilaan yang setinggi-tingginya : Tanggungjawab terhadap pelajar
Tanggungjawab terhadap ibu bapa Tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara Tanggungjawab terhadap
rakan sejawat dan profesion keguruan
9. Tanggungiawab terhadap pelaiar Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar kami daripada hal-hal
lain. Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi,
sosial, keturunan atau agama. Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada mereka
yang berhak mengetahuinya.
10. Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam- darjah sendiri atau dalam matapelajaran lain yang diajar
di bilik darjah tanpa sebarang bayaran. Menunjukkan suatu cara berpakaian, pertuturan dan tingkah laku yang dapat
memberikan contoh yang baik kepada pelajar. Memelihara dan membaiki kecekapan ikhtisas melalui pengajian,
penyelidikan, lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran kami
mencapai mutu yang setinggi-tingginya.
11. Tanggungjawab terhadap ibu bapa Menghormati tanggungiawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka.
Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan dengan rumah
tangga. Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan rumah tangga atau
mengenai anak mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepacla mereka yang
berhak mengetahuinya.
12. Memberikan maklumat kepada ibu-bapa demi kepentingan anak-anak mereka, dan menggunakan maklumat
vang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana. Mengelakkan diri daripada menggunakan atau
dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar. Mengelakkan diri daripada mengeluarkan katakata atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka.
13. Tanggungiawab terhadap masyarakat dan negara Mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang
boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, ataupun yang bertentangan dengan Rukun
Negara. Memupuk sikap dan nilai dalam diri setiap pelajar yang boleh membantu dan membimbing mereka untuk
menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungiawab dan berguna, menghormati orang-orang yang lebih tua dan
menghormati perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama.
14. Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai seorang
warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat. Menggalakkan
kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan ibu bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat. Memberi
sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moral, kebudayaan dan kecendekiawanan masyarakat. Berpegang

15.

16.

17.

18.

19.

20.
21.

22.

23.

24.

25.

26.

kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani kehidupan kami sehari-hari dengan
baik.
15. Tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion keguruan Mengelakkan diri daripada membuat sebarang
kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru dihadapan pelajar atau ibu bapa, atau
berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru. Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh
menjejaskan kecekapan kami sebagai guru. Berusaha dengan sepenuh-penuhnya menunaikan tanggungjawab kami
dengan rajin dan bersungguh-sungguh dan mengekalkannya sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial.
16. Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat kami terutamanya mereka yang baru menceburkan diri dalam
profesion perguruan. Sentiasa mengawasi diri kami supaya tidak rnencemarkan nama baik profesion perguruan.
Akan menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru.
17. KEPENTINGAN KOD ETIKA KEGURUAN Kod etika menyediakan garis panduan bagaimana bertingkah laku
dalam profesion perguruan kerana kod ini sesuai untuk dirujuk dan diamalkan oleh guru. Kod Etika Perguruan
menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru terhadap pemegang amanah dalam bidang pendidikan. Oleh
itu, guru lebih faham dan jelas tentang tanggungjawab mereka. Dalam kata lain etika keguruan bermaksud tugas
hakiki guru yang menekan kan dua amana hpenting iaitu konsep ibadah dan pembangunan insan.
18. Kandungan yang dinyatakan dalam Kod Etika Perguruan di negara ini menunjukkan perbezaan tertentu
berbanding kod etika di negara lain.Guru dapat melihat keunikan etika yang diamalkan sama ada di negara ini
ataupun di negara lain. Kod Etika dalam bentuk dokumen, usaha untuk menyemak semula kod ini dapat dilakukan.
Kecemerlangan sesuatu profesion boleh dilihat menerusi sejauh mana kod etika nya boleh dipertahankan dan
dikuatkuasakan.
19. Menerusi kod etika, guru dapat meningkatkan lagi imej profesion perguruan secara hitam putih dan rasmi.
Secara tidak langsung, perkara ini akan membuka mata masyarakat untuk menghayati tanggungjawab guru yang luas
dan berat dan menyokong guru dalam mencapai matlamat pendidikan dan negara. Etika kerja merupakan nilai-nilai
yang penting dalam sesebuah organisasi. Pengamalan etika dapat mengekal, dan memelihara kepercayaan yang
diberi dalam menjalankan tugas, serta memupuk tanggungjawab bersama dan mengeratkan perhubungan antara ahli
dalam organisasi (INTAN, 1991).
20. BAGAIMANA IA MEMUPUK KEPADA PERLAKSANAANPERKHIMATAN GURU YANG KOMPETEN DAN
BERKESAN
21. Umum mengetahui bahawa kod etika profesion keguruan ini merupakan satu wadah yang mampu menjadi
landasan terbaik bagi menyediakan guru yang cemerlang daripada semua aspek sesuai dengan falfasah pendidikan
guru iaitu: FALSAFAH PENDIDIKAN GURU (FPG) Guru yang berpekerti mulia, berpandangan prograsif dan saintifik,
bersedia menjunjung aspirasi Negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan
individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin
22. Antara perkara yang boleh dilihat dalam memastikan perlaksanaan perkhidmatan guru yang cemerlang ialah : 1.
Pengetahuan atau kemahiran yang diperolehi melaluai pembelajaran teori dan latihan amali dalam sesuatu tempoh
masa yang panjang 2. Mempertingkatkan Profesionalisme 3. Berupaya Membuat Keputusan dan Menyelesaikan
Masalah Serta Berfikiran Kritis dan Kreatif 4. Mahir Menggunakan IT 5. Berpengetahuan dan Berdaya Fikir Serta
Berakhlak
23. Pengetahuan atau kemahiran yang diperolehi melaluai pembelajaran teori dan latihan amali dalam sesuatu
tempoh masa yang panjangmenerima latihan dalam perguruan untuk menjadi seorang guru yang Guru juga mesti
mengetahuai bertauliah, contonhya Sijil mempunyai pengetahuan yang keadah atau cara penyampaianPerguruan
atau Diploma Pendidikandan Ijazah sarjana muda perguruan mendalam tentang mata dalam pengajarannya supaya
yang diiktiraf oleh kerajaan pelajaran yang hendak diajarnya. murid-murid dapat memahami Malaysia sebelum dia
boleh apa yang disampaikan olehnya. mengajar di sekolah Selain tugas dalam bilik darjah, guru juga mempunyai
peranan-peranan lain yang guru haruslah mempunyai diharapkan oleh masyarakat. Misalnya sahsiah yang baik dan
dapat guru diharapkan menjadi pengganti dihormati serta dicontohi oleh ibubapa, menjadi penasihat dan murid.
Sahsiah ini termasuklah pembimbing di dalam pembentukkan tingkah laku dan sikap yang elok, sahsiah murid,
menjadi kaunselor kepada bersabar, bermurah hati dan murid-murid, menjadi pengamal dan sentiasa bersifat tenang.
penyebar nilai kebudayaan yang elok dan seterusnya menjadi contoh sahsiah yang baik kepada masyarakat.
24. Mempertingkatkan Profesionalisme guru hari ini perlu menyedari bahawa tugas dan amanah yang diberikan itu
adalah untuk mendidik generasi yang akan menerajui negara ini. Guru hendaklah berusaha melengkapkan diri
dengan strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. guru harus mengikuti kursus-kursus
pendidikan yang dianjurkan oleh pihak Kementerian Pendidikan , Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan
Daerah.
25. Berupaya Membuat Keputusan danMenyelesaikan Masalah Serta Berfikiran Kritis dan Kreatif guru harus boleh
membuat sesuatu keputusan dalam melaksanakan sesuatu tindakan dan menilai semula hasil sesuatu perkara yang
dijalankan.Perubahan-perubahan dalam kurikulum pendidikan juga memerlukan guru untukmenguasai kemahiran
berfikir secara kritis dan kreatif.
26. Mahir Menggunakan IT Ilmu dan kemahiran Sebagai pemangkin, guru IT merubah dunia pembelajaran dalam
teknologi menggunakan teknologi info- umpamanya muncul pembelajaran info-komunikasi komunikasi bukan
hanyamelalui online. Para guru pada hari yang dikuasai guru untuk menyampaikan ilmu diini telah bersikap produktif,

proaktif dapat digunakan dunia semata-mata tetapi dan responsive terhadap sebagai pemankin juga untuk meraih
perkembangan kecanggihan kearah kepentingan ilmu akhirat teknologi yang telah banyak menghasilkan kerana
pendidikan berkualiti mengajar anak bangsa kita supaya pendidikan yang hanya akan dapat dicapai menjadi satu
bangsa yang maju. cemerlang dan melalui keseimbangan dalam berkualiti kedua-dua ilmu tersebut. Penggunaan
komputer dalam pendidikan membawa Penubuhan sekolah bestari yang satu reformasi serta perkembangan baru
dalam berteraskan penggunaan komputer pelbagai bidang pendidikan, khasnya dalam merupakan salah satu bentuk
teknologi pendidikan, teori pendidikan, teori-teori kurikulum yang memerlukan pengajaran-pembelajaran, pengurusan
sekolah, profesion keguruan tahu dan sistem pentadbiran pendidikan serta kemahiran dan menguasai teknologi
maklumat. latihan guru ( Mok Soon Sang, 1996).
27. 27. Berpengetahuan dan Berdaya Fikir Serta Berakhlak Seseorang guru dalam profesion keguruan ini perlu serba
tahu. Guru diharapakan dapat membawa isu-isu semasa untuk perbincangan dan mencari penyelesaiannya bersamasama pelajar di dalam kelas Melalui pembacaan, guru dapat menambah ilmu pengetahuan mengenai isu-isu semasa.
Dalam hal seperti ini, guru diharapkan dapat menggunakan kebijaksanaan dan inisiatif sendiri dalam menggunakan
isu-isu semasa untuk dikaji dan dibincangkan dengan pelajar Dalam perubahan-perubahan sistem pendidikan yang
semakin mencabar ini, profesion keguruan juga perlu menyediakan diri dengan amalan nilai dan akhlak yang terpuji
kerana nilai-nilai murni perlu diterapkan dalam pengajaran.
28. 28. Rujukan Syed Ismail Syed Mustafa , Ahmad Subki Miskon. ( 2011 ). Pengantar Pendidikan. Puchong : Penerbitan
Multimedia Sdn.Bhd. Etika dan profesion perguruan. (t.t & t.p). Dicapai pada 19 Ogos 2011 daripada
http://www.ace.upm.edu.my/~on9notes/NK_ED U3001.pdf Etika perguruan. (t.t & t.p). Dicapai pada 19 Ogos 2011
daripada http://s6.zetaboards.com/DRAGONIZER/topic/76 0392/1/

ETIKA PROFESION KEGURUAN


Maksud Etika
1. Satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan
(Dewan Bahasa & Pustaka, 1995)
2. Prinsip moral atau set prinsip moral (Kamus Oxford, 1994).
3. Tanggungjawab dan akibat tingkah laku seseorang atau profesion
terhadap masyarakat.
4. Dari persepktif Islam, etika merujuk kepada tingkah laku betul
berasaskan Al-Quran dan ketakwaan kepada Allah.

Maksud Etika Profesional


Semua garis panduan yang bertujuan meningkatkan tahap kualiti,
produktiviti dan disiplin dalam perkhidmatan dengan memberi penekanan
terhadap semua aspek yang berkaitan dengan peraturan dan peradaban,
peranan nilai, serta tingkah laku profesion dalam masyarakat.
Skop Etika Profesional
1. Mencakupi sebahagian besar kehidupan ahli profesional kecuali hal-hal
yang benar-benar peribadi seperti mencuci kereta, menanam bunga dll.
2. Dalam Islam, etika ialah akhlak yang diamalkan oleh manusia yang
bertakwa dalam keseluruhan hidupnya.
3. Etika PerguruanBermaksud satu set tingkah laku atau tanggungjawab
guru terhadap masyarakat dan negara, pelajar, rakan sejawat dan ibu
bapa pelajar.
Kepentingan Etika Guru
Guru perlu memiliki kod etikanya sendiri demi memartabatkan profesion
perguruan. Kod etika dianggap penting kerana:
1. Kod etika menyediakan garis panduan bagaimana bertingkah laku
dalam profesion perguruan. Sesuai untuk dirujuk dan diamalkan oleh
guru.

2. Kod Etika Perguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab


guru terhadap pemegang amanah dalam bidang pendidikan. Guru lebih
faham dan jelas tentang tanggungjawab mereka.
3. Kandungan yang dinyatakan dalam Kod Etika Perguruan di negara ini
menunjukkan perbezaan tertentu berbanding kod etika di negara lain.
Guru dapat melihat keunikan etika yang diamalkan sama ada di negara ini
ataupun di negara lain.
4. Kod Etika dalam bentuk dokumen, usaha untuk menyemak semula kod
ini dapat dilakukan. Kecemerlangan sesuatu profesion boleh dilihat
menerusi sejauh mana kod etikanya boleh dipertahankan dan
dikuatkuasakan.
5. Menerusi kod etika, guru dapat meningkatkan lagi imej profesion
perguruan secara hitam putih dan rasmi. Membuka mata masyarakat
untuk menghayati tanggungjawab guru yang luas dan berat dan
menyokong guru dalam mencapai matlamat pendidikan dan negara.
6. Etika kerja merupakan nilai-nilai yang penting dalam sesebuah
organisasi. Pengamalan etika dapat mengekal, dan memelihara
kepercayaan yang diberi dalam menjalankan tugas, serta memupuk
tanggungjawab bersama dan mengeratkan perhubungan atnara ahli
dalam organisasi
Tanggungjawab guru

1. Guru tidaklah harus bertingkahlaku sehingga begitu rupa sehingga


boleh mencemarkan sifat profesionalnya dan yang akan menyebabkan
hilang kepercayaan orang ramai terhadap profesion perguruan.
2. Guru tidaklah harus bertingkahlaku begitu rupa yang boleh membawa
kepada jatuhnya maruah diri dan kehilangan amanah berhubung dengan
kewangan.
3. Dalam semua hubungan dan tugas, guru hendaklah menjalankannya
dengan jujur.
4. Tanggungjawab utama guru ialah terhadap muridnya. Kepentingan
murid mengatasi semua kepentingan lain seperti kepentingan masyarakat,

persatuan atau persendirian.


5. Guru haruslah menumpukan perhatian terhadap keperluan setiap
muridnya.
6. Guru haruslah memberi perhatian dan pengajaran untuk semua murid
tidak kira bangsa dan agama atau kepercayaan.
7. Guru haruslah bertugas sebagai 'pengganti ibubapa' dalam usaha
membentuk tingkah laku murid ke arah matlamat yang diterima oleh
masyarakat.
8. Guru haruslah mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap
semua murid tidak kira bangsa, warna kulit, jantina, bahasa, agama,
kepercayaan politik, tempat asal, keturunan, daya intelek dan lain-lain.
9. Guru haruslah mengesan, menerima perbezaan individu di kalangan
muridnya dan membimbing mereka memperkembangkan potensi mereka
dari segi jasmani, intelek, daya cipta dan lain-lain.
10. Guru haruslah menghormati hak setiap murid supaya maklumat sulit
mengenai diri murid tidak diberitahu kepada orang atau agensi yang tidak
berkenaan.
11. Guru tidaklah harus bertingkah laku terhadap muridnya begitu rupa
yang boleh membawa jatuhnya darjat profesion perguruan.
12. Guru tidaklah harus menanam sikap yang boleh merosakkan
kepentingan murid, masyarakat atau negara.
13. Guru haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap semua
muridnya supaya mereka dapat berkembang menjadi warganegara yang
taat dan berguna.
14. Guru tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh
mengurangkan keyakinan diri murid dan ibubapa terhadapnya.
15. Guru haruslah bertingkahlaku begitu rupa supaya menjadi contoh baik
atau 'role model' kepada muridnya.
16. Guru tidak harus menerima apa-apa bayaran daripada muridnya untuk
pelajaran atau pengajaran tambahan yang dijalankan semasa waktu
sekolah atau cuti sekolah melainkan bayaran yang disahkan.
17. Guru tidaklah harus mengiklankan dirinya untuk kerja tuisyen atau
pengajaran persendirian.

18. Guru tidaklah harus memaksakan kepercayaan, keagamaan, politik


persendirian terhadap muridnya.
19. Guru tidaklah harus meminta atau menerima hadiah daripada ibubapa
atau ahli masyarakat dalam menjalankan tugas profesionalnya.
20. Guru tidaklah harus menjatuhkan nama baik guru lain.
21. Guru haruslah menggunakan cara yang sahaja (iaitu berdasarkan
kecekapan) untuk tujuan kenaikan pangkat atau untuk mendapat
pekerjaan.
22. Guru tidaklah harus mengiklankan dirinya dengan cara membesarbesarkan namanya untuk mendapatkan sesuatu pangkat dalam profesion
perguruan
Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia
Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia perlu dilaksanakan dan
dihayati berdasarkan prinsip-prinsip berikut:Niat yang betul
Perlakuan yang baik
Pengerak ke arah kebaikan
Memperkotakan apa yang dikatakan
Berdisiplin dan beradab
Menghargai dan bertanggungjawab hasil usaha organisasi

NILAI-NILAI UTAMA ETIKA KERJA KEMENTERIAN PELAJARAN


MALAYSIA
Walaupun banyak terdapat nilai-nilai mulia, tetapi tujuh nilai utama
menjadi fokus Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia.
Nilai-nilai itu adalah:
Amanah
Benar
Bijaksana
Bersyukur
Dedikasi

Ihklas
Penyayang

Вам также может понравиться