Вы находитесь на странице: 1из 32

TERHAD

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA


(MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL)

PEPERIKSAAN
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM)
(MALAYSIAN HIGHER SCHOOL CERTIFICATE EXAMINATION)

Manual Kerja Kursus (Kajian Luar)


Geografi
Kertas 4 (942/4)
Penggal 3 Tahun 2016

PERINGATAN:
Manual ini khusus untuk kegunaan guru/calon sahaja.
__________________________________________________________________________________

Manual ini terdiri daripada 32 halaman bercetak.


Majlis Peperiksaan Malaysia 2016
1

TERHAD

TERHAD
Kandungan
Bil.

Perkara

Halaman

BAHAGIAN I : GURU
1.0

Pengenalan

2.0

Objektif Penilaian
2.1 Kemahiran kognitif
2.2 Kemahiran manipulatif
2.3 Kemahiran insaniah (soft skills)

34

3.0

Pelaksanaan Kajian Luar


3.1 Arahan umum
3.2 Tanggungjawab Pengetua
3.3 Tanggungjawab Guru
3.4 Tanggungjawab Calon

47

4.0

Jadual Perancangan dan Pelaksanaan

7 10

5.0

Langkah Menjalankan Kajian Luar

6.0

Kaedah Kajian

12

7.0

Peralatan dan Kegunaannya

12

8.0

Format Penulisan

12 13

9.0

Struktur Penulisan

13 14

10 11

10.0 Penskoran

15

11.0 Skop Kajian Luar


11.1 Alam Sekitar Fizikal
11.2 Alam Sekitar Manusia

16 20

Lampiran

21 27

BAHAGIAN II : CALON
12.0 Tanggungjawab Calon

28 29

13.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan

29 30

14.0 Format Penulisan

30 31

15.0 Struktur Penulisan

31 32

TERHAD

TERHAD
BAHAGIAN I : GURU
1.0 Pengenalan
Manual ini disusun bagi membantu guru dan calon sekolah kerajaan dan calon sekolah
bantuan kerajaan dalam pelaksanaan dan penilaian kerja kursus (kajian luar) Geografi.
Kajian luar ini hendaklah dijalankan pada penggal 3 mengikut tempoh yang ditetapkan
oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).
2.0 Objektif Penilaian
Kajian luar ini dilaksanakan untuk menilai keupayaan calon dalam kemahiran berikut.
2.1

Kemahiran kognitif,
2.1.1 mengenal pasti dan menghuraikan masalah dan isu yang berkaitan dengan
kedinamikan interaksi sesama manusia, manusia dengan alam sekitar dan
sebaliknya serta mencadangkan langkah untuk mengatasinya dalam
konteks setempat,
2.1.2 menjelaskan pelbagai bentuk, pola, dan proses dalam alam sekitar fizikal
dan alam sekitar manusia serta faktor yang mempengaruhinya,
2.1.3 mengaplikasi dan membandingkan teori yang diajar di dalam bilik darjah
dengan keadaan sebenar di lapangan, dan
2.1.4 mentafsir, mensintesis, dan merumus data dan maklumat tentang
kedinamikan interaksi sesama manusia, manusia dengan alam sekitar dan
sebaliknya.

2.2

Kemahiran manipulatif,
2.2.1 mencerap, memerhati, mengukur, melakar, merakam, merekod, dan
mengumpul pelbagai jenis data dan maklumat daripada sumber primer,
2.2.2 menemu bual, melakukan pemerhatian ikut serta, dan mengkaji selidik
untuk mendapatkan data primer di lapangan,
2.2.3 mengumpul, merekod, menyalin data dan maklumat sumber sekunder
melalui kajian perpustakaan, laporan agensi kerajaan dan swasta serta
memuat turun bahan daripada sumber Internet,
2.2.4 memproses, menyusun, meringkas, mengekod,
menganalisis data dan maklumat yang diperoleh, dan

menjadual,

dan

2.2.5 mempersembahkan data dan maklumat yang diperoleh dari lapangan ke


dalam bentuk grafik, jadual, rajah, dan carta. Calon digalakkan untuk
menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) bagi
menganalisis dan mempersembahkan data.
2.3

Kemahiran insaniah (soft skills),


2.3.1 boleh berkomunikasi secara lisan dan tulisan dengan berkesan,
2.3.2 boleh bekerjasama dalam kumpulan, mengorganisasi tugas, dan bekerja
sebagai satu pasukan,
2.3.3 berupaya memimpin dan mengawal selia aktiviti kajian luar yang
dilaksanakan secara berkumpulan,
3

TERHAD

TERHAD
2.3.4 berupaya mengurus masa mengikut jadual kerja yang ditetapkan,
2.3.5 berupaya menyelesaikan masalah,
2.3.6 berupaya menghasilkan tugasan secara kreatif dan inovatif,
2.3.7 boleh menjalankan kajian kuantitatif dan kualitatif secara saintifik,
2.3.8 menyedari dan menghargai tentang kepentingan alam sekitar,
2.3.9 boleh menjalankan kajian dengan jujur, amanah, dan beretika, dan
2.3.10 berupaya meningkatkan keyakinan diri dan motivasi.
3.0 Pelaksanaan Kajian Luar
3.1

Arahan Umum
3.1.1

Kertas kerja kursus (kajian luar) Geografi wajib diambil oleh semua calon
sekolah kerajaan dan calon sekolah bantuan kerajaan

3.1.2 Kertas kerja kursus (kajian luar) Geografi hendaklah dibuat dalam
Penggal 3
3.2

Tanggungjawab Pengetua
3.2.1 Mempengerusikan mesyuarat kerja kursus Tingkatan Enam peringkat
sekolah
3.2.2 Memastikan Ahli Jawatan Kuasa Kerja Kursus Sekolah menyediakan Fail
Induk Kerja Kursus Tingkatan Enam dan setiap guru akademik tingkatan
enam mempunyai Fail Kerja Kursus bagi mata pelajaran masing-masing
3.2.3 Memastikan calon dibimbing dan diselia oleh guru Geografi
3.2.4 Memastikan bahawa semua hasil penulisan kajian luar calon telah dinilai
dan diberikan markah oleh guru mengikut borang markah yang disediakan
3.2.5 Memastikan semua prosedur dan peraturan keselamatan calon di bawah
Peraturan Pelancongan Sekolah 1957 dipatuhi oleh guru dan calon
3.2.6 Memastikan keperluan logistik/bekalan untuk melaksanakan kajian luar
dipenuhi

3.3

Tanggungjawab Guru Geografi


3.3.1 Memastikan bahawa semua calon memahami sukatan pelajaran dan arahan
menjalankan kerja kursus (kajian luar) Geografi
3.3.2 Memastikan semua calon memahami keperluan menjalankan kerja kursus
(kajian luar) Geografi
3.3.3 Memuat turun Manual Kerja Kursus (Kajian Luar) Geografi dari laman
Web MPM dan memperbanyak salinan Bahagian II untuk diedarkan
kepada calon
3.3.4 Membimbing calon dalam aspek yang berikut:
(a) memahami skop tugasan dan merancang
(b) mengenal pasti lokasi yang sesuai, dan
(c) mengenal pasti asas kaedah penyelidikan
4

TERHAD

TERHAD
3.3.5 Memantau dan membimbing calon untuk menjalankan aktiviti kajian luar
semasa di lapangan, memproses data, dan menghasilkan penulisan kerja
kursus (kajian luar) Geografi
3.3.6 Memastikan semua prosedur dan peraturan keselamatan dipatuhi oleh
setiap calon semasa menjalankan aktiviti kajian luar
3.3.7 Memastikan semua calon menghasilkan penulisan kerja kursus (kajian
luar) Geografi secara individu
3.3.8 Memastikan semua calon melaksanakan kerja kursus (kajian luar)
Geografi berdasarkan garis panduan dan tempoh yang ditetapkan seperti
pada para 4.0/13.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Kerja Kursus
(Kajian Luar) Geografi
3.3.9 Memastikan semua calon menunjukkan kemajuan dalam penulisan kerja
kursus (kajian luar) Geografi mengikut masa yang ditetapkan oleh guru
mata pelajaran Geografi. Selain itu, guru hendaklah mengingatkan calon
agar menyediakan satu folder kerja kursus untuk menyimpan semua draf
penulisan yang telah disemak oleh guru berserta maklumat atau data yang
berkaitan dengan kerja kursus (kajian luar) Geografi
3.3.10 Memantau dan membimbing calon semasa mencari maklumat, memproses
data/maklumat, dan menghasilkan penulisan kerja kursus (kajian luar)
Geografi
3.3.11 Membimbing calon dalam aspek kemahiran manipulatif dan kemahiran
insaniah semasa pencarian/pengumpulan maklumat dan pembentangan
kerja kursus (kajian luar) Geografi
3.3.12 Memastikan calon tidak menciplak atau meminta orang lain menghasilkan
penulisan kerja kursus (kajian luar) Geografi
3.3.13 Memastikan calon menghantar hasil penulisan kerja kursus (kajian luar)
kepada guru Geografi pada masa dan tarikh yang telah ditetapkan oleh
guru/pihak sekolah. Muka hadapan penulisan kerja kursus (kajian luar)
hendaklah menggunakan muka hadapan yang telah ditetapkan oleh pihak
MPM (Lampiran 1)
3.3.14 Mengingatkan calon bahawa kegagalan menghantar kerja kursus (kajian
luar) pada tarikh yang telah ditetapkan oleh guru akan menyebabkan calon
dianggap tidak melaksanakan kerja kursus (kajian luar) Geografi dan tidak
mengambil kertas 942/4 seterusnya akan gagal dalam keseluruhan kertas
Geografi STPM
3.3.15 Memastikan calon mengisi maklumat dan menandatangani Borang
Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 2) yang dilampirkan bersama dengan
kerja kursus (kajian luar) Geografi
3.3.16 Menandatangani BPC yang telah diisi dan ditandatangani oleh calon
3.3.17 Memastikan calon mengisi maklumat dan menandatangani Borang Rekod
Kerja Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3). Calon perlu diingatkan
supaya sentiasa membawa BRKKC setiap kali pertemuan antara guru
dengan calon bagi membincangkan penghasilan kerja kursus (kajian luar)
5

TERHAD

TERHAD
3.3.18 Menyelia dan menandatangani BRKKC setiap kali pertemuan antara guru
dengan calon bagi membincangkan penghasilan kerja kursus (kajian luar)
calon
3.3.19 Menghantar surat iringan, hasil penulisan kerja kursus (kajian luar)
Geografi, BMKKC, dan BRKKC bagi calon yang bertukar sekolah ke
sekolah calon yang baharu
3.3.20 Mematuhi penskoran dan kriteria penilaian yang telah disediakan oleh
MPM ketika mentaksir kerja kursus (kajian luar) Geografi calon
3.3.21 Mengadakan sesi pembentangan kerja kursus (kajian luar) Geografi
3.3.22 Menilai pembentangan calon dan memberi markah secara individu serta
mengisi Borang Penilaian Pembentangan Kumpulan Kerja Kursus
(Kajian Luar) Geografi (Lampiran 4)
3.3.23 Memeriksa/menilai/menaksir kerja kursus (kajian luar) Geografi bagi
setiap calon dan mengisi serta memperakui Borang Markah Kerja Kursus
Calon (BMKKC) (Lampiran 5)
3.3.24 Mencetak BMKKC dan membuat semakan silang (cross checking) markah
kerja kursus (kajian luar) calon bersama dengan seorang lagi guru
Geografi. Pembetulan hendaklah dibuat sekiranya terdapat kesilapan
ketika memasukkan markah calon
3.3.25 Memindahkan markah calon dari BMKKC ke dalam Borang Rumusan
Markah Kerja Kursus Calon (BRMKKC) (Lampiran 6), mendapatkan
pengesahan daripada Pengetua, dan menghantarnya ke MPM
3.3.26 Memasukkan markah kerja kursus (kajian luar) calon dengan
menggunakan aplikasi e-submission yang telah ditetapkan oleh MPM.
Kegagalan menghantar markah kerja kursus (kajian luar) calon akan
menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan kerja kursus (kajian
luar) Geografi dan tidak mengambil kertas 942/4
3.3.27 Memastikan salinan BRMKKC, kerja kursus (kajian luar) Geografi, BPC,
BRKKC, dan BMKKC bagi setiap calon disimpan di tempat yang selamat
(kabinet berkunci) bagi tempoh selama enam bulan dari tarikh keputusan
peperiksaan STPM keseluruhan diumumkan
3.4

Tanggungjawab Calon
3.4.1 Memahami sukatan pelajaran Geografi dan tugasan untuk melaksanakan
kerja kursus (kajian luar)
3.4.2 Melaksanakan kerja kursus (kajian luar) dalam tempoh yang ditetapkan
3.4.3 Mematuhi semua prosedur dan peraturan keselamatan sebelum, semasa,
dan selepas kerja kursus (kajian luar) dijalankan
3.4.4 Menghasilkan penulisan kerja kursus (kajian luar) secara individu
3.4.5 Berdasarkan soalan tugasan yang dipilih, calon perlu;
(a) memahami skop tugasan dan merancang jadual kerja,
(b) mengenal pasti lokasi yang sesuai, dan
(c) mengenal pasti asas kaedah penyelidikan
6

TERHAD

TERHAD
3.4.6 Mencari maklumat, memproses data/maklumat, dan menghasilkan
penulisan kajian luar
3.4.7 Mengukuhkan kemahiran manipulatif dan kemahiran insaniah semasa
pencarian/pengumpulan data/maklumat
3.4.8 Mengelak diri daripada menciplak atau meminta orang lain menulis
penulisan kerja kursus (kajian luar)
3.4.9 Menggunakan muka hadapan kerja kursus (kajian luar) yang telah
ditetapkan oleh pihak MPM (Lampiran 1) pada muka hadapan kerja
kursus (kajian luar) calon
3.4.10 Menghantar hasil kerja kursus (kajian luar) kepada guru Geografi pada
masa dan tarikh yang telah ditetapkan oleh guru/pihak sekolah. Kegagalan
menghantar kerja kursus (kajian luar) pada tarikh yang telah ditetapkan
oleh guru/pihak sekolah akan menyebabkan calon dianggap tidak
melaksanakan kerja kursus (kajian luar) Geografi dan tidak mengambil
kertas 942/4
3.4.11 Mengakui kerja kursus (kajian luar) Geografi yang dihasilkan ialah hasil
kerja calon sendiri dengan menandatangani Borang Perakuan Calon (BPC)
(Lampiran 2)
3.4.12 Mengisi maklumat yang terdapat dalam Borang Rekod Kerja Kursus
Calon (BRKKC) (Lampiran 3) dan menyerahkan borang tersebut kepada
guru Geografi pada setiap kali pertemuan antara calon dengan guru bagi
membincangkan proses penghasilan kerja kursus (kajian luar) Geografi
3.4.13 Membentangkan hasil kerja kursus (kajian luar) pada sesi pembentangan
pada tarikh, waktu, dan tempat yang ditetapkan oleh guru/pihak sekolah
3.4.14 Memastikan kerja kursus (kajian luar) yang dihasilkan ialah hasil usaha
calon sendiri dengan cara merekodkan sumber maklumat yang digunakan
dan mencatatkan sumber maklumat tersebut dengan betul dalam penulisan
kerja kursus (kajian luar)
3.4.15 Menyediakan satu folder kerja kursus untuk menyimpan semua draf
penulisan yang telah disemak oleh guru berserta maklumat atau data yang
berkaitan dengan kerja kursus (kajian luar) Geografi
4.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Kerja Kursus (Kajian Luar) Geografi
4.1

Guru hendaklah merancang dan melaksanakan penilaian kerja kursus (kajian luar)
Geografi ini bagi semua calonnya berdasarkan tugasan yang disediakan oleh
MPM

4.2

Cadangan jadual perancangan dan pelaksanaan kerja kursus (kajian luar) Geografi
adalah seperti berikut:

TERHAD

TERHAD

Tarikh

Perancangan dan
Pelaksanaan
Aktiviti

Tindakan Penyelaras/Guru

Tindakan Calon

10 Mei
MPM memuat
hingga
naik bahan berikut
10 Jun 2016 dalam portal MPM
(www.mpm.edu.
my) pada
10 Mei 2016:
i. Manual Kerja
Kursus yang
mengandungi
Bahagian I: Guru,
Bahagian II :
Calon
ii. Soalan tugasan
iii. Kriteria
penilaian dan
pemarkahan

Mesyuarat penyelarasan
peringkat negeri antara JU
dengan guru Geografi
tingkatan enam (bermula 13
Mei 2016)
Memuat turun manual kerja
kursus berserta kriteria
penilaian dan pemarkahan
Memberi taklimat tugasan
kepada calon
Memilih soalan dan
menetapkan lokasi kajian
Merancang jadual kerja
Membuat tinjauan awal
lokasi
Memohon kebenaran
lawatan/kajian luar daripada
JPN (jika perlu)

Menerima soalan
tugasan
Memahami skop tugasan
kajian luar

13 Jun
Persiapan sebelum
ke lapangan
hingga
17 Jun 2016

Menyediakan suratmenyurat
Menghubungi agensi yang
berkaitan
Mengagihkan calon
mengikut kumpulan
Menyediakan pengangkutan
dan guru pengiring
Menyediakan peralatan dan
instrumen kajian
Mengurus sumber
kewangan
Menjelaskan calon tentang
elemen kemahiran
manipulatif dan kemahiran
insaniah yang dinilai
Menilai kemahiran insaniah

Mendapatkan sumber
kewangan
Mendapatkan kebenaran
ibu bapa/penjaga
Membincangkan jadual
kerja bersama-sama ahli
kumpulan
Mengagihkan kerja dan
membentuk struktur
organisasi kumpulan
Menyediakan kerangka
tugasan
Menyediakan peralatan
dan instrumen seperti
borang soal selidik
Mencari sumber rujukan
seperti sumber primer
dan sekunder

TERHAD

TERHAD

Tarikh
20 Jun
hingga
20 Julai
2016

Perancangan dan
Pelaksanaan
Aktiviti
Perlaksanaan
kajian di lapangan

21 Julai
Penulisan kajian
hingga
setelah kembali
5 Ogos 2016 dari lapangan

Tindakan Penyelaras/Guru

Tindakan Calon

Membimbing calon
melaksanakan aktiviti di
lapangan
Menilai kemahiran
manipulatif
Menilai kemahiran insaniah

Mengumpul data dan


maklumat melalui
pemerhatian,
pencerapan, pengukuran,
temu bual, dan kaji
selidik
Memperoleh data dan
maklumat dari sumber
sekunder

Menjelaskan item-item yang


dinilai dalam penulisan
kajian
Membimbing calon menulis
penulisan kajian luar
mengikut format yang
ditetapkan
Menilai progres/kemajuan
hasil penulisan calon secara
berterusan
Membaiki kelemahan dan
membimbing calon
membuat penambahbaikan
Menetapkan tarikh akhir
penghantaran laporan kajian
luar mengikut arahan MPM
Menilai kemahiran
manipulatif
Menilai kemahiran insaniah

Menyusun dapatan
(data dan maklumat)
mengikut keutamaan dan
struktur tugasan
Memproses, mentafsir,
manganalisis, dan
merumus data dan
maklumat
Mempersembahkan data
dan maklumat dalam
bentuk peta, jadual, graf,
carta, dan lain-lain yang
bersesuaian
Membincangkan dapatan
hasil kajian dan
menghubungkait dengan
teori yang dipelajari
Menulis penulisan kajian
luar yang lengkap
mengikut format yang
ditetapkan
Menyemak dan membuat
penambahbaikan
penulisan kajian luar

TERHAD

TERHAD
Perancangan dan
Pelaksanaan
Aktiviti

Tarikh

Tindakan Penyelaras/Guru

Tindakan Calon

8 Ogos
hingga
23
September
2016

Penilaian
Menerima penulisan kajian
luar daripada setiap calon
laporan kajian
luar
Membuat penilaian dan
pemarkahan bagi setiap
Pembentangan
berkumpulan
calon mengikut kriteria
hasil kajian luar
penilaian yang ditetapkan
oleh MPM
oleh semua
calon
Menilai kemahiran
manipulatif
Menilai kemahiran insaniah
Menilai kebolehan dan
keupayaan setiap calon
dalam kemahiran yang
diperlukan

Menghantar penulisan
kajian luar masingmasing kepada guru
Membentangkan hasil
kajian luar secara
berkumpulan

26
September
hingga
26 Oktober
2016

Penyemakan silang markah kerja kursus


Pengisian dan penghantaran markah kerja kursus
ke MPM melalui perisian e-submission
Penghantaran salinan (hardcopy) setiap borang
markah kerja kursus calon (BMKKC) ke MPM

Tidak berkenaan

Pelupusan evidens kerja kursus (enam bulan dari


tarikh keputusan STPM dikeluarkan)

Tidak berkenaan

Oktober
2017

5.0 Langkah menjalankan kajian luar


5.1

MPM memberikan dua soalan tugasan berdasarkan sukatan pelajaran Geografi


STPM (rujuk para 11.1 dan 11.2). Guru dan calon perlu berbincang untuk memilih
hanya satu soalan tugasan sahaja.

5.2

Kawasan yang hendak dikaji mestilah sesuai dengan tajuk yang dipilih. Hanya
satu kawasan kajian sahaja diperlukan bagi setiap soalan. Pada amnya, kawasan
kajian yang dipilih mengandungi gabungan perkara yang berikut:
5.2.1

Berskala mikro

5.2.2

Unsur alam sekitar fizikal dan alam sekitar manusia

5.3

Pemilihan lokasi kajian luar hendaklah mengambil kira jarak dari sekolah kerana
ini akan melibatkan kos pengangkutan dan masa perjalanan. Sebaik-baiknya
perjalanan pergi dan balik dari lokasi kajian itu tidak memakan masa lebih
daripada dua jam. Dengan itu, calon akan mempunyai masa sekurang-kurangnya
enam jam berada di lapangan untuk melaksanakan kajian luar.

5.4

Semasa melaksanakan kajian luar, calon dibahagikan kepada kumpulan kecil (45
orang) untuk memudahkan mereka menjalankan kajian, dan memudahkan guru
mengawasi serta menjaga keselamatan mereka.

10

TERHAD

TERHAD
5.5

Sebelum ke lapangan, guru membuat persiapan awal seperti berikut:


5.5.1 Menentukan lokasi kajian dan melakukan tinjauan awal yang bersesuaian
dengan soalan tugasan
5.5.2 Menentukan kumpulan calon
5.5.3 Menguruskan surat-menyurat seperti surat kebenaran penjaga, surat
kebenaran dari sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Jabatan
Pendidikan Negeri (JPN)
5.5.4 Menghubungi agensi-agensi yang hendak dikunjungi
5.5.5 Menyediakan pengangkutan dan guru pengiring
5.5.6 Menyediakan peralatan dan instrumen yang diperlukan termasuklah
borang soal selidik
5.5.7 Memberikan taklimat kepada calon yang meliputi tugasan kumpulan,
aspek kajian, jumlah responden yang ingin ditemu bual/soal selidik,
taklimat kawalan keselamatan dan lain-lain yang bersesuaian

5.6

Semasa di lapangan, calon menjalankan pemerhatian, pencerapan, pengukuran,


temu bual, dan soal selidik mengikut item-item tugasan yang telah dipilih (calon
mesti mendapatkan data primer dalam melaksanakan tugasan kajian luar).

5.7

Sekembali dari lapangan, calon melaksanakan tugasan berikut:


5.7.1 Menyusun dapatan (data dan maklumat) yang diperoleh mengikut
keutamaan atau mengikut item yang telah dipecahkan dari soalan yang
telah dipilih
5.7.2 Memproses maklumat mentafsir, menganalisis, dan membuat hubung
kait antara dapatan yang diperoleh
5.7.3 Mempersembahkan maklumat dan data dalam bentuk jadual, graf, carta,
dan rajah bagi mana-mana item yang relevan dan sesuai
5.7.4 Membincangkan dapatan/hasil kajian menghubungkaitkan dapatan yang
diperoleh dengan teori yang telah dipelajari di dalam bilik darjah
5.7.5 Menyiapkan penulisan kajian mengikut format yang ditetapkan oleh MPM
5.7.6 Membuat kesimpulan daripada hasil kajian dalam pembentangan
5.7.7 Membentangkan hasil kajian masing-masing. Tempoh pembentangan dan
soal jawab hendaklah tidak melebihi 20 minit bagi setiap kumpulan
5.7.8 Penggunaan TMK dalam pembentangan adalah digalakkan

11

TERHAD

TERHAD
6.0 Kaedah kajian
6.1

Maklumat diperoleh dari dua jenis sumber, iaitu sumber primer dan sumber
sekunder

6.2

Bagi mendapatkan maklumat primer, kaedah berikut digunakan: kaedah


mencerap, memerhati, mengukur, melakar, merakam, merekod, menemu bual,
pemerhatian ikut serta, dan mengkaji selidik

6.3

Bagi mendapatkan maklumat sekunder, kaedah berikut digunakan: kaedah


mengumpul, merekod, menyalin, kajian di perpustakaan, mengumpul laporan
agensi kerajaan dan swasta serta muat turun sumber Internet

7.0 Peralatan dan kegunaannya


Bagi menjalankan kajian luar, peralatan/bahan berikut boleh digunakan
7.1

Peta topografi digunakan untuk menentukan lokasi dan membuat peta lakar
sesuatu kawasan kajian

7.2

Borang soal selidik yang telah disediakan sebelum ke lokasi kajian

7.3

Pancang jajar digunakan untuk menjajarkan sesuatu pengukuran linear semasa


mengukur profil, dan sekiranya yang diukur ialah profil pantai, pancang jajar ini
boleh juga digunakan untuk mengukur ketinggian ombak serta tempohnya

7.4

Pita ukur digunakan untuk kerja-kerja pengukuran jarak

7.5

Kompas prismatik digunakan untuk menentukan arah

7.6

Alat GPS (Global Positioning System) digunakan untuk menentukan letakan,


ketinggian, dan arah

7.7

Higrometer putar dan air suling digunakan untuk merekodkan suhu kering dan
suhu basah dan mengira kelembapan bandingan

7.8

Termometer Sixes, tolok hujan, anemometer, dan barometer digunakan untuk


mengukur unsur cuaca

7.9

Alat pengukur kecerunan (Alat Aras Abney, Klinometer, dan Teodolit digunakan
untuk merekodkan kecerunan dan ketinggian sesuatu poin yang diukur)

7.10 Kamera digunakan untuk merakam gambar foto sebagai bukti tempat itu dan
bahan sokongan kajian
7.11 Alat perakam suara
8.0 Format Penulisan
8.1

Calon digalakkan menggunakan TMK untuk memperoleh maklumat tambahan

8.2

Calon digalakkan menggunakan komputer untuk menyediakan penulisan kajian


luar mengikut format berikut:
8.2.1 Saiz kertas: A4 putih sahaja
8.2.2 Tulisan: Times New Roman saiz 12 poin ditaip pada sebelah muka surat
sahaja
8.2.3 Langkau (spacing): 1.5
12

TERHAD

TERHAD
8.2.4 Menggunakan pernomboran tajuk dan subtajuk secara konsisten.
Contoh:
2.0 Objektif kajian
2.1 Menghuraikan jenis kegiatan ekonomi di kawasan yang dikaji
8.2.5 Panjang penulisan: tidak melebihi 25 muka surat termasuk jadual, rajah,
graf, carta, dan senarai rujukan yang disediakan tetapi tidak termasuk
lampiran
8.3

Penulisan hasil kajian luar hendaklah menggunakan laras bahasa kajian ilmiah.
Contohnya,
i. "Berdasarkan pemerhatian di kawasan kajian..."
ii. "Sungai X didapati telah tercemar disebabkan penggunaan racun serangga..."

8.4

Penulisan hasil kajian mestilah disokong dengan pembuktian foto, data, hasil temu
bual, dan penyataan lokaliti

8.5

Susunan laporan kajian luar adalah seperti berikut:

8.6

8.5.1

Kulit hadapan (seperti format yang ditetapkan) (Lampiran 1)

8.5.2

Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 2)

8.5.3

Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3)

8.5.4

Borang Penilaian Pembentangan Kumpulan Kerja Kursus (Kajian Luar)


Geografi (Lampiran 4)

8.5.5

Penulisan kerja kursus (kajian luar) Geografi

Penulisan kerja kursus (kajian luar) yang telah siap hendaklah diserahkan kepada
guru dalam bentuk bercetak dan berjilid.

9.0 Struktur Penulisan


Kajian luar dilakukan secara berkumpulan tetapi penulisannya mesti disediakan secara
individu. Oleh itu, satu penulisan kajian luar yang lengkap perlu dibuat setelah kembali
dari lapangan. Penulisan itu hendaklah mengandungi perkara-perkara berikut:
9.1

Isi kandungan

9.2

Penghargaan

9.3

Pengenalan Huraian isu semasa yang berkaitan dengan tajuk tugasan

9.4

Objektif kajian Penyataan semua objektif mengikut tugasan soalan

9.5

Lokasi kawasan kajian Huraian ringkas tentang keluasan, kedudukan, letakan


serta ciri alam sekitar fizikal dan alam sekitar manusia yang ada di kawasan kajian

9.6

Kaedah kajian Huraian tentang cara kajian dilakukan seperti pengukuran,


pencerapan, soal selidik, temu bual, dan pemerhatian untuk memperoleh data
primer. Data sekunder diperoleh melalui kajian perpustakaan, muat turun bahan
dari sumber Internet, dan mengumpul laporan agensi kerajaan serta swasta

13

TERHAD

TERHAD
9.7

Hasil kajian dan perbincangan Huraian tentang dapatan kajian yang telah
dianalisis; merangkumi punca, proses, dan impak serta membanding,
membezakan, dan menilai tentang saling interaksi aspek-aspek fizikal dengan
aktiviti manusia atau sebaliknya. Data tentang hasil kajian boleh dipersembahkan
dalam bentuk jadual, rajah, graf, dan peta

9.8

Kesimpulan Kesimpulan hasil dari dapatan kajian dan cadangan untuk


penambahbaikan yang berkaitan

9.9

Senarai rujukan
9.9.1 Rujukan buku perlu merujuk format Gaya Dewan seperti contoh berikut:
Jamaluddin Md. Jahi. 1996. Impak Pembangunan Terhadap Alam Sekitar.
Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Anuwar Ali dan Rajah Rasiah. 1996. Perindustrian dan Pembangunan
Ekonomi di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
9.9.2 Rujukan daripada terbitan rasmi jabatan seperti contoh berikut:
Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. 1990. Lembar 7002 Kuala Langat.
Majlis Daerah Tanjung Malim. 2010. Pelan Strategi Tanjung Malim 2010-2016.
Tanjung Malim: MDTM.
9.9.3 Rujukan internet seperti contoh berikut:
Clark, J.K. 1999. Humidity sensor. Journal of Physics 2(2): 9-13
Crane, N. 1997. Electronic sources: MLA style of citation.
http://www.uvm.edu/~ncrane/estyle/mla.html [31 Julai 2000].
9.9.4 Rujukan akhbar seperti contoh berikut:
Gunasegaran, P.2006. Overworked students: give the kids chance to relax. New
Straits Times, 21 February: 20.
Anon. 1992b. Peningkatan kes belia tidak membayar balik pinjaman. Utusan
Malaysia, 30 Oktober: 10. (bagi yang tiada pengarang).

9.10 Borang soal selidik, foto, maklumat-maklumat lain yang penting yang tidak
dimasukkan dalam teks

14

TERHAD

TERHAD
10.0 Penskoran
10.1 Soalan 1
Bil.
A

B
C
D

Item Penilaian
Penulisan
1. Pengenalan
2. Objektif kajian
3. Lokasi kawasan kajian
4. Kaedah kajian
5. Hasil kajian dan perbincangan
6. Kesimpulan kajian
7. Senarai rujukan
8. Lampiran
Jumlah Markah
Pembentangan
Kemahiran manipulatif
Kemahiran insaniah
Jumlah Markah
Jumlah Besar

Markah penuh

Peratus (%)

1
1
5
3
24
1
1
1
37
5
3
5
13
50

2
2
10
6
48
2
2
2
74
10
6
10
26
100

Markah penuh

Peratus (%)

1
1
5
1
26
1
1
1
37
5
3
5
13
50

2
2
10
2
52
2
2
2
74
10
6
10
26
100

10.2 Soalan 2
Bil.
A

B
C
D

Item Penilaian
Penulisan
1. Pengenalan
2. Objektif kajian
3. Lokasi kawasan kajian
4. Kaedah kajian
5. Hasil kajian dan perbincangan
6. Kesimpulan kajian
7. Senarai rujukan
8. Lampiran
Jumlah Markah
Pembentangan
Kemahiran manipulatif
Kemahiran insaniah
Jumlah Markah
Jumlah Besar

15

TERHAD

TERHAD
11.0 Skop Kajian Luar
11.1 Alam Sekitar Fizikal
Kajian luar alam sekitar fizikal dikhususkan kepada empat tajuk yang berikut:
(a) Sistem geomorfologi
(b) Sistem atmosfera
(c) Sistem hidrologi
(d) Sistem ekologi
11.1.1 Kajian luar sistem geomorfologi boleh dilakukan di salah satu kawasan berikut:
(i) Lembah sungai
(ii) Cerun
(iii) Pinggir pantai
(iv) Tanah tinggi
(v) Tanah pamah
Tumpuan kajian bagi setiap sistem geomorfologi yang dipilih adalah seperti
berikut:
(i) Proses geomorfologi
(ii) Faktor yang mempengaruhi
(iii) Kepentingan kepada pembentukan bentuk muka bumi
(iv) Interaksi dan impak kepada alam sekitar fizikal dan alam sekitar manusia
(v) Cadangan untuk mengurangkan impak tersebut
11.1.2 Kajian luar berkaitan sistem atmosfera boleh dilakukan di stesen kaji cuaca atau
kaji iklim. Kajian perlu ditumpukan kepada aktiviti mencerap, merekod,
menganalisis unsur cuaca, menjelaskan faktor yang mempengaruhinya serta
impak ke atas alam sekitar fizikal dan alam sekitar manusia. Unsur cuaca yang
dikaji adalah seperti berikut:
(i) Suhu
(ii) Hujan
(iii) Angin
(iv) Sejatan
(v) Kelembapan bandingan
(vi) Litupan awan
(vii) Tekanan udara
11.1.3 Kajian luar berkaitan sistem hidrologi boleh dijalankan di salah satu kawasan
berikut:
(i) Luar bandar
(ii) Bandar
(iii) Perumahan
(iv) Perindustrian
16

TERHAD

TERHAD
(v) Pertanian
(vi) Bencana
Banjir
Kemarau
Pencemaran air
Kajian luar sistem hidrologi perlu ditumpukan kepada:
(i) Aspek permintaan dan bekalan air serta faktor yang mempengaruhinya
[untuk kawasan (i) hingga (v)]
(ii) Kejadian banjir, kemarau, dan pencemaran air serta faktor yang
mempengaruhinya [untuk kawasan (vi)]
(iii) Interaksi dan impak kepada alam sekitar fizikal dan alam sekitar manusia
(iv) Cadangan untuk mengurangkan impak tersebut
11.1.4 Kajian luar berkaitan sistem ekologi boleh dijalankan di salah satu kawasan
berikut:
(i) Hutan
(ii) Tasik
(iii) Sungai
(iv) Pinggir pantai
(v) Paya
(vi) Kawasan ekosistem buatan manusia
Kajian perlu ditumpukan kepada:
(i) Komponen asas ekosistem
(ii) Gangguan terhadap keseimbangan ekosistem
(iii) Pemeliharaan dan pemuliharaan ekosistem
11.2 Alam Sekitar Manusia
Kajian luar alam sekitar manusia dikhususkan kepada tiga tajuk yang berikut:
(a) Penduduk
(b) Transformasi desa dan pembandaran
(c) Pembangunan ekonomi dan impak alam sekitar
Pemilihan ketiga-tiga tajuk ini dibuat setelah mengambil kira masa, kos, logistik, dan
kesesuaian tema dengan keupayaan dan keperluan pelajar tingkatan enam.
11.2.1 Kajian luar berkaitan dengan penduduk dilakukan terhadap subtajuk berikut:
(i) Taburan penduduk
(ii) Ciri-ciri penduduk
(iii) Migrasi
(iv) Kaitan penduduk dengan aktiviti ekonomi
Tumpuan kajian bagi setiap subtajuk penduduk adalah seperti berikut:
17

TERHAD

TERHAD
(i) Taburan penduduk dari segi lokasi kediaman, pola, kepadatan, dan
komposisi kaum
(ii) Faktor geografi setempat yang mempengaruhi pola/corak taburan
penduduk
(iii) Ciri penduduk, seperti kadar kelahiran dan kematian, struktur umur dan
jantina, jangka hayat, dan nisbah tanggungan
(iv) Faktor yang mempengaruhi ciri penduduk di kawasan kajian
(v) Pengaruh ciri penduduk di sesebuah kawasan ke atas pembangunan
ekonomi dan sosial setempat
(vi) Arah alir, isi padu, dan komposisi migrasi masuk dan keluar di kawasan
kajian
(vii) Faktor yang mempengaruhi migrasi masuk dan keluar di kawasan kajian
(viii) Masalah dan isu migrasi di kawasan kajian serta cadangan mengatasinya
(ix) Kaitan antara taburan dan ciri penduduk dengan aktiviti ekonomi setempat
(x) Impak aktiviti penduduk terhadap alam sekitar fizikal setempat dan
cadangan mengatasinya
11.2.2 Kajian luar berkaitan dengan transformasi desa dan pembandaran boleh
dijalankan di sebuah kawasan luar bandar atau bandar. Kajian di kawasan luar
bandar meliputi aktiviti ekonomi desa, interaksi desa bandar, dan pembangunan
dan pemodenan desa. Tumpuan kajian adalah terhadap perkara berikut:
(i) Pelbagai jenis aktiviti ekonomi desa di kawasan yang dikaji
(ii) Faktor yang mempengaruhi aktiviti ekonomi dan perkembangan ekonomi
desa
(iii) Interaksi dan saling bergantung desa bandar daripada segi pemasaran,
penggunaan perkhidmatan, pengangkutan, dan penyebaran maklumat serta
inovasi
(iv) Impak interaksi desa bandar ke atas ekonomi dan sosial, guna tanah
kawasan desa yang dikaji
(v) Program pembangunan dan pemodenan desa yang dijalankan dari segi
ekonomi, guna tanah, prasarana, kemudahan sosial, dan pembangunan
modal insan (gunatenaga) di kawasan kajian
(vi) Masalah dan isu pembangunan desa
(vii) Kesan pembangunan desa terhadap persekitaran fizikal setempat
(viii) Langkah untuk mengurangkan kesan pembangunan desa terhadap
persekitaran fizikal setempat
Kajian di kawasan bandar meliputi pelbagai fungsi bandar, kawasan pengaruh
bandar, dan pembangunan serta perkembangan bandar. Tumpuan kajian adalah
meliputi perkara berikut:
(i) Pelbagai fungsi bandar dari segi perkhidmatan, perniagaan, pemasaran,
perindustrian, pentadbiran, penyebaran maklumat, dan inovasi
18

TERHAD

TERHAD
(ii) Kawasan pengaruh bandar yang dikaji berdasarkan fungsi, kepentingan
dan interaksi bandar tersebut dengan kawasan sekitar atau dengan bandarbandar lain yang berdekatan
(iii) Perkembangan bandar yang dikaji dari segi ekonomi, guna tanah,
prasarana, kemudahan sosial, dan perkhidmatan bandar
(iv) Masalah dan isu pembandaran terhadap penduduk setempat dari segi
ekonomi, sosial, dan kualiti hidup
(v) Impak pembandaran terhadap alam sekitar fizikal setempat
(vi) Langkah untuk mengurangkan impak pembandaran terhadap alam sekitar
fizikal setempat
11.2.3

Kajian luar berkaitan dengan pembangunan ekonomi dan impak alam sekitar
boleh dilakukan terhadap aktiviti ekonomi berikut;
(i) Ekonomi Primer
Pertanian
Penternakan
Perikanan
Perhutanan
Perlombongan atau kuari
(ii) Ekonomi Sekunder
Pemprosesan
Pembuatan
Pembinaan
(iii) Ekonomi Tertier
Pengangkutan dan perhubungan
Pelancongan
Perniagaan dan perdagangan
Perkhidmatan awam dan swasta
Utiliti (elektrik, air, dan gas)
Teknologi maklumat dan komunikasi (TMK)
Penyelidikan dan pembangunan (R&D)
Tumpuan kajian bagi setiap aktiviti ekonomi di atas meliputi perkara berikut:
(i) Ciri aktiviti ekonomi di kawasan kajian yang dipilih
(ii) Faktor yang mempengaruhi letakan dan perkembangan aktiviti ekonomi
yang dikaji
(iii) Kepentingan aktiviti ekonomi yang dikaji kepada penduduk dan sosioekonomi setempat
19

TERHAD

TERHAD
(iv) Masalah dan isu yang dihadapi oleh sektor ekonomi berkenaan
(v) Program pembangunan yang dijalankan terhadap sektor ekonomi yang
dikaji
(vi) Impak alam sekitar yang ditimbulkan oleh aktiviti ekonomi yang dikaji
(vii) Langkah pengurusan alam sekitar yang boleh dilaksanakan di kawasan
yang dikaji

20

TERHAD

TERHAD
Lampiran 1

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA


SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
PENULISAN KERJA KURSUS (KAJIAN LUAR)
PENGGAL 3 TAHUN 2016
MATA PELAJARAN/KOD: GEOGRAFI 4 (942/4)

TAJUK

NAMA CALON
NOMBOR
KAD PENGENALAN
ANGKA GILIRAN

ALAMAT SEKOLAH

NAMA GURU
TANDATANGAN
GURU
TARIKH

21

TERHAD

TERHAD
Lampiran 2
BPC

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA


SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
PENULISAN KERJA KURSUS (KAJIAN LUAR)
PENGGAL 3 TAHUN 2016
MATA PELAJARAN/KOD: GEOGRAFI 4 (942/4)
BORANG PERAKUAN CALON

Borang ini mestilah ditandatangani oleh calon dan guru yang memeriksa kerja kursus calon,
dan dilampirkan bersama dengan kerja kursus yang dihantar kepada guru. Kegagalan calon
menandatangani borang perakuan ini akan menyebabkan calon tidak diberikan sebarang
markah untuk kerja kursus yang dihasilkan.
Nama Calon
No. Kad Pengenalan Calon
Angka Giliran Calon
Nama Pusat Peperiksaan
Makluman kepada calon:
Kerja kursus yang dihantar untuk dinilai mestilah merupakan hasil kerja calon sendiri. Kerja
kursus calon boleh dibatalkan sekiranya calon didapati meniru kerja kursus calon lain atau
membenarkan calon lain untuk meniru kerja kursus yang dihasilkan oleh calon sendiri, atau
calon didapati menipu dalam apa cara sekalipun bagi menghasilkan kerja kursus tersebut.
Perakuan Keaslian Kerja Kursus Calon:
Saya telah membaca dan memahami makluman di atas. Saya telah menghasilkan kerja
kursus (kajian luar) Geografi (942) tanpa bantuan daripada mana-mana pihak, kecuali dengan
penerangan oleh pihak yang dibenarkan, iaitu guru mata pelajaran Geografi di sekolah.
Tandatangan Calon
Tarikh
Perakuan oleh Guru/Pemeriksa:
Saya mengesahkan bahawa kerja kursus (kajian luar) Geografi (942) telah dihasilkan
mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. Saya telah memeriksa kerja kursus (kajian luar)
calon dan saya berpuas hati bahawa sepanjang pengetahuan saya, kerja kursus (kajian luar)
tersebut telah dihasilkan sendiri oleh calon.
Tandatangan Guru
Nama Guru
Tarikh
Alamat

22

TERHAD

TERHAD
Lampiran 3
BRKKC

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA


SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
PENULISAN KERJA KURSUS (KAJIAN LUAR)
PENGGAL 3 TAHUN 2016
MATA PELAJARAN/KOD: GEOGRAFI 4 (942/4)
BORANG REKOD KERJA KURSUS CALON
No. Pusat/Angka Giliran :
Tarikh
Aktiviti

Aktiviti dalam
Penghasilan
Kerja Kursus
(Untuk diisi oleh calon)

No. Kad Pengenalan :

Ulasan Guru

Tandatangan
Calon

Tandatangan
Guru

(Jadual aktiviti ini boleh melebihi satu halaman)


Pengesahan Guru Geografi
Saya mengesahkan bahawa calon ini telah menjalankan sendiri setiap tahap proses kerja dalam
penghasilan kerja kursus bagi mata pelajaran Geografi STPM 2016 mengikut peraturan yang
ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia.
Tandatangan Guru: ..
Nama Guru: ..
Tarikh : ................................
Cop Sekolah:
Catatan: Borang ini hendaklah dibawa setiap kali pertemuan antara guru-calon dan dilampirkan
pada bahagian depan (sebelum kerja kursus calon) apabila kerja kursus dihantar kepada
guru untuk dinilai.

23

TERHAD

TERHAD
Lampiran 4

BORANG PENILAIAN PEMBENTANGAN KUMPULAN KERJA KURSUS


(KAJIAN LUAR) GEOGRAFI
(a) Senarai Nama Ahli Kumpulan
1.
No. Kad Pengenalan:

2.
No. Kad Pengenalan:
-

3.
No. Kad Pengenalan:

4.
No. Kad Pengenalan:

5.
No. Kad Pengenalan:

24

TERHAD

TERHAD
Lampiran 4
(b) Borang Penilaian Individu
Calon

Kriteria Penilaian Pembentangan

Boleh berkomunikasi secara lisan dan tulisan


dengan berkesan
Boleh bekerjasama dalam kumpulan,
mengorganisasi tugas, dan bekerja sebagai satu
pasukan
Berupaya mengurus masa mengikut jadual
pembentangan
Berupaya menunjukkan keyakinan diri dan
motivasi
Berupaya menghasilkan pembentangan secara
kreatif dan inovatif
Jumlah Markah
(c) Komen Penilai:

PENGAKUAN GURU

PENGESAHAN PENYELARAS

Saya memperakui bahawa markah dan butiran di


atas adalah benar.

Saya memperakui bahawa markah dan butiran di


atas adalah benar.

Tandatangan Guru:.............

Tandatangan Penyelaras: ......

Nama : ...

Nama : ......

No. Kad Pengenalan :

No. Kad Pengenalan : ..........

Tarikh :

Tarikh : .......

No. Telefon (sekolah) : ...

No. Telefon (sekolah) : .

(bimbit) : ..

(bimbit) : .

25

TERHAD

TERHAD
Lampiran 5
BMKKC

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA


SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
KERJA KURSUS (KAJIAN LUAR)
PENGGAL 3 TAHUN 2016
MATA PELAJARAN/KOD: GEOGRAFI 4 (942/4)
BORANG MARKAH KERJA KURSUS CALON
Nama Calon : ........
No. Kad Pengenalan : ..........

Angka Giliran : ....

(Untuk diisi oleh guru & penyelaras)


Kriteria Penilaian

Markah Penuh
Soalan 1
Soalan 2

A. Penulisan
1. Pengenalan
2. Objektif kajian
3. Lokasi kawasan kajian
4. Kaedah kajian
5. Hasil kajian dan perbincangan
6. Kesimpulan kajian
7. Senarai rujukan
8. Lampiran
Jumlah
B. Pembentangan
C. Kemahiran manipulatif
D. Kemahiran insaniah
Jumlah
Jumlah Markah Keseluruhan

1
1
5
3
24
1
1
1
37
5
3
5
13
50

Markah
Guru

Markah
Penyelaras

1
1
5
1
26
1
1
1
37
5
3
5
13
50

PENGAKUAN GURU

PENGESAHAN PENYELARAS

Saya memperakui bahawa markah dan butiran


di atas adalah benar.
Tandatangan Guru:...........
Nama : .....
No. Kad Pengenalan : ......
Tarikh :
No. Telefon (sekolah) : ....
(bimbit) :

Saya memperakui bahawa markah dan butiran


di atas adalah benar.
Tandatangan Penyelaras:
Nama :
No. Kad Pengenalan : .
Tarikh :
No. Telefon (sekolah) :
(bimbit) :

Nota: Markah calon hendaklah dihantar ke Majlis Peperiksaan Malaysia dengan menggunakan
perisian e-submission mengikut tarikh yang telah ditetapkan.

26

TERHAD

TERHAD
Lampiran 6
BRMKKC

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA


SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
BORANG RUMUSAN MARKAH KERJA KURSUS CALON
PENGGAL :

TAHUN: ____________

MATA PELAJARAN/KOD: GEOGRAFI 4 (942/4)


NAMA SEKOLAH/NO.PUSAT:
(Uutuk diisi oleh guru/pemeriksa)
BIL.

ANGKA GILIRAN

NO. KAD PENGENALAN

MARKAH

CATATAN

(Senarai markah ini boleh melebihi satu halaman)


PENGAKUAN GURU/PEMERIKSA

PERAKUAN PENGETUA

Saya memperakui bahawa markah dan butiran di


atas adalah benar.

Saya memperakui bahawa markah dan butiran di


atas adalah benar.

Tandatangan Guru:.............

Tandatangan Pengetua :......................

Nama:........

Nama:.............

No. Kad Pengenalan:.............

No. Kad Pengenalan:..............

Tarikh:......

Tarikh:.....

No. Telefon (sekolah) :


(bimbit) :

No. Telefon (sekolah) :


(bimbit) :

Nota: Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon ini hendaklah dihantar ke Majlis Peperiksaan
Malaysia selewat-lewatnya seminggu selepas markah dimasukkan dalam perisian
e-submission.

27

TERHAD

TERHAD
BAHAGIAN II : CALON
12.0 Tanggungjawab Calon
12.1 Memahami sukatan pelajaran Geografi dan tugasan untuk melaksanakan kerja
kursus (kajian luar)
12.2 Melaksanakan kerja kursus (kajian luar) dalam tempoh yang ditetapkan
12.3 Mematuhi semua prosedur dan peraturan keselamatan sebelum, semasa, dan
selepas kerja kursus (kajian luar) dijalankan
12.4 Menghasilkan penulisan kerja kursus (kajian luar) secara individu
12.5 Berdasarkan soalan tugasan yang dipilih, calon perlu;
(a) memahami skop tugasan dan merancang jadual kerja,
(b) mengenal pasti lokasi yang sesuai, dan
(c) mengenal pasti asas kaedah penyelidikan
12.6 Mencari maklumat, memproses data/maklumat, dan menghasilkan penulisan
kajian luar
12.7 Mengukuhkan kemahiran manipulatif
pencarian/pengumpulan data/maklumat

dan

kemahiran

insaniah

semasa

12.8 Mengelak diri daripada menciplak atau meminta orang lain menulis penulisan
kerja kursus (kajian luar)
12.9 Menggunakan muka hadapan kerja kursus (kajian luar) yang telah ditetapkan
oleh pihak MPM (Lampiran 1) pada muka hadapan kerja kursus (kajian luar)
calon
12.10 Menghantar hasil kerja kursus (kajian luar) kepada guru Geografi pada masa dan
tarikh yang telah ditetapkan oleh guru/pihak sekolah. Kegagalan menghantar
kerja kursus (kajian luar) pada tarikh yang telah ditetapkan oleh guru/pihak
sekolah akan menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan kerja kursus
(kajian luar) Geografi dan tidak mengambil kertas 942/4
12.11 Mengakui kerja kursus (kajian luar) Geografi yang dihasilkan ialah hasil kerja
calon sendiri dengan menandatangani Borang Perakuan Calon (BPC)
(Lampiran 2)
12.12 Mengisi maklumat yang terdapat dalam Borang Rekod Kerja Kursus Calon
(BRKKC) (Lampiran 3) dan menyerahkan borang tersebut kepada guru
Geografi pada setiap kali pertemuan antara calon dengan guru bagi
membincangkan proses penghasilan kerja kursus (kajian luar) Geografi
12.13 Membentangkan hasil kerja kursus (kajian luar) pada sesi pembentangan pada
tarikh, waktu, dan tempat yang ditetapkan oleh guru/pihak sekolah
12.14 Memastikan kerja kursus (kajian luar) yang dihasilkan ialah hasil usaha calon
sendiri dengan cara merekodkan sumber maklumat yang digunakan dan
mencatatkan sumber maklumat tersebut dengan betul dalam penulisan kerja
kursus (kajian luar)

28

TERHAD

TERHAD
12.15 Menyediakan satu folder kerja kursus untuk menyimpan semua draf penulisan
yang telah disemak oleh guru berserta maklumat atau data yang berkaitan dengan
kerja kursus (kajian luar) Geografi
13.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Kerja Kursus (Kajian Luar) Geografi
Tarikh

Perancangan dan Pelaksanaan


Aktiviti

Tindakan Calon

10 Mei
MPM memuat naik bahan berikut
hingga
dalam portal MPM
10 Jun 2016 (www.mpm.edu. my) pada
10 Mei 2016:
i. Manual kerja kursus yang
mengandungi Bahagian I : Guru,
Bahagian II : Calon
ii. Soalan tugasan

Menerima soalan tugasan


Memahami skop tugasan kajian luar

13 Jun
Persiapan sebelum ke lapangan
hingga
17 Jun 2016

Mendapatkan sumber kewangan


Mendapatkan kebenaran ibu
bapa/penjaga
Membincangkan jadual kerja
bersama-sama ahli kumpulan
Mengagihkan kerja dan membentuk
struktur organisasi kumpulan
Menyediakan kerangka tugasan
Menyediakan peralatan dan instrumen
seperti borang soal selidik
Mencari sumber rujukan seperti
sumber primer dan sekunder

20 Jun
hingga
20 Julai
2016

Perlaksanaan kajian di lapangan

29

Mengumpul data dan maklumat


melalui pemerhatian, pencerapan,
pengukuran, temu bual, dan kaji
selidik
Memperoleh data dan maklumat dari
sumber sekunder

TERHAD

TERHAD
Perancangan dan Pelaksanaan
Aktiviti

Tarikh

Tindakan Calon

21 Julai
Penulisan kajian setelah kembali
dari lapangan
hingga
5 Ogos 2016

Menyusun dapatan (data dan


maklumat) mengikut keutamaan dan
struktur tugasan
Memproses, mentafsir, manganalisis,
dan merumus data dan maklumat
Mempersembahkan data dan
maklumat dalam bentuk peta, jadual,
graf, carta, dan lain-lain yang
bersesuaian
Membincangkan dapatan hasil kajian
dan menghubungkait dengan teori
yang dipelajari
Menulis penulisan kajian luar yang
lengkap mengikut format yang
ditetapkan
Menyemak dan membuat
penambahbaikan penulisan kajian
luar

8 Ogos
hingga
23
September
2016

Menghantar penulisan kajian luar


masing-masing kepada guru
Membentangkan hasil kajian luar
secara berkumpulan

Penilaian laporan kajian luar


Pembentangan berkumpulan
hasil kajian luar oleh semua
calon

14.0 Format Penulisan


14.1 Calon digalakkan menggunakan TMK untuk memperoleh maklumat tambahan
14.2 Calon digalakkan menggunakan komputer untuk menyediakan penulisan kajian
luar mengikut format berikut:
14.2.1 Saiz kertas: A4 putih sahaja
14.2.2 Tulisan: Times New Roman saiz 12 poin ditaip pada sebelah muka surat
sahaja
14.2.3 Langkau (spacing): 1.5
14.2.4 Menggunakan pernomboran tajuk dan subtajuk secara konsisten.
Contoh:
2.0 Objektif kajian
2.1 Menghuraikan jenis kegiatan ekonomi di kawasan yang dikaji
14.2.5 Panjang penulisan: tidak melebihi 25 muka surat termasuk jadual, rajah,
graf, carta, dan senarai rujukan yang disediakan tetapi tidak termasuk
lampiran
30

TERHAD

TERHAD
14.3 Penulisan hasil kajian luar hendaklah menggunakan laras bahasa kajian ilmiah.
Contohnya,
i. "Berdasarkan pemerhatian di kawasan kajian..."
ii. "Sungai X didapati telah tercemar disebabkan penggunaan racun serangga..."
14.4 Penulisan hasil kajian mestilah disokong dengan pembuktian foto, data, hasil temu
bual, dan penyataan lokaliti
14.5 Susunan laporan kajian luar adalah seperti berikut:
14.5.1 Kulit hadapan (seperti format yang ditetapkan) (Lampiran 1)
14.5.2 Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 2)
14.5.3 Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3)
14.5.4 Borang Penilaian Pembentangan Kumpulan Kerja Kursus (Kajian Luar)
Geografi (Lampiran 4)
14.5.5 Penulisan kerja kursus (kajian luar) Geografi
14.6 Penulisan kerja kursus (kajian luar) yang telah siap hendaklah diserahkan kepada
guru dalam bentuk bercetak dan berjilid.
15.0 Struktur Penulisan
Kajian luar dilakukan secara berkumpulan tetapi penulisannya mesti disediakan secara
individu. Oleh itu, satu penulisan kajian luar yang lengkap perlu dibuat setelah kembali
dari lapangan. Penulisan itu hendaklah mengandungi perkara-perkara berikut:
15.1

Isi kandungan

15.2

Penghargaan

15.3

Pengenalan Huraian isu semasa yang berkaitan dengan tajuk tugasan

15.4

Objektif kajian Penyataan semua objektif mengikut tugasan soalan

15.5

Lokasi kawasan kajian Huraian ringkas tentang keluasan, kedudukan,


letakan serta ciri alam sekitar fizikal dan alam sekitar manusia yang ada di
kawasan kajian

15.6

Kaedah kajian Huraian tentang cara kajian dilakukan seperti pengukuran,


pencerapan, soal selidik, temu bual, dan pemerhatian untuk memperoleh data
primer. Data sekunder diperoleh melalui kajian perpustakaan, muat turun bahan
dari sumber Internet, dan mengumpul laporan agensi kerajaan serta swasta

15.7

Hasil kajian dan perbincangan Huraian tentang dapatan kajian yang telah
dianalisis; merangkumi punca, proses, dan
impak serta membanding,
membezakan, dan menilai tentang saling interaksi aspek-aspek fizikal dengan
aktiviti manusia atau sebaliknya. Data tentang hasil kajian boleh
dipersembahkan dalam bentuk jadual, rajah, graf, dan peta

15.8

Kesimpulan Kesimpulan hasil dari dapatan kajian dan cadangan untuk


penambahbaikan yang berkaitan

31

TERHAD

TERHAD
15.9 Senarai rujukan
15.9.1

Rujukan buku perlu merujuk format Gaya Dewan seperti contoh berikut:

Jamaluddin Md. Jahi. 1996. Impak Pembangunan Terhadap Alam Sekitar.


Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Anuwar Ali dan Rajah Rasiah. 1996. Perindustrian dan Pembangunan
Ekonomi di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
15.9.2

Rujukan daripada terbitan rasmi jabatan seperti contoh berikut:

Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. 1990. Lembar 7002 Kuala Langat.
Majlis Daerah Tanjung Malim. 2010. Pelan Strategi Tanjung Malim 2010-2016.
Tanjung Malim: MDTM.
15.9.3

Rujukan Internet seperti contoh berikut:

Clark, J.K. 1999. Humidity sensor. Journal of Physics 2(2): 9-13


Crane, N. 1997. Electronic sources: MLA style of citation.
http://www.uvm.edu/~ncrane/estyle/mla.html [31 Julai 2000].
15.9.4

Rujukan akhbar seperti contoh berikut:

Gunasegaran, P.2006. Overworked students: give the kids chance to relax. New
Straits Times, 21 February: 20.
Anon. 1992b. Peningkatan kes belia tidak membayar balik pinjaman. Utusan
Malaysia, 30 Oktober: 10. (bagi yang tiada pengarang).
15.10 Lampiran Borang soal selidik, foto, maklumat-maklumat lain yang penting
yang tidak dimasukkan dalam teks

32

TERHAD

Вам также может понравиться