You are on page 1of 18

Tajuk : Menukarkan Cakap Ajuk atau Dialog kepada Cakap Pindah

Kaedah Menukarkan Cakap Ajuk atau Dialog kepada Cakap Pindah


Menurut pendapat Mohd Azam Bin Ahmad (Guru Cemerlang Bahasa
Melayu) mengatakan bahawa selalunya murid didapati berusaha
menukarkan cakap ajuk atau dialog kepada cakap pindah secara
wewenang atau "trial and error". Mereka tidak mempunyai suatu kaedah
yang kukuh untuk menukarkan cakap ajuk atau dialog kepada cakap
pindah. Oleh hal demikian, murid berasa sukar untuk melakukan usaha
tersebut. Sehubungan dengan ini, saya ingin mengemukakan satu kaedah
yang telah saya bentangkan untuk kali pertama di Kursus Profesionalisme
Guru-Guru Bahasa Melayu Negeri Melaka di GoldCoast, Klang pada tahun
2007 lalu.
Perhatikan cakap ajuk di bawah :
"Kamu makanlah segera. Kamu jangan lupa basuh pinggan,"
pesan ibu kepada Aini.
Untuk menukarkan cakap ajuk atau dialog di atas kepada cakap pindah,
murid hendaklah berpegang pada tiga elemen komunikasi, iaitu :
a. Kenali Topik Perbincangan
b. Kenali Persona
c. Kenali Konteks Komunikasi
Berdasarkan tiga elemen dalam komunikasi itu, murid akan mendapati:
a. Kenali Topik Perbincangan :
makanlah segera.
jangan lupa basuh pinggan.
b. Kenali persona :
Ibu
Aini

c. Kenali Konteks :
pesan
Berdasarkan unsur dalam elemen komunikasi itu, murid boleh membina
ayat sendiri dalam ragam cakap pindah. Misalnya,
i. Ibu berpesan kepada Aini supaya makanlah segera tetapi jangan lupa
membasuh pinggan.
ii.Ibu memberikan pesanan kepada Aini supaya Aini makanlah segera dan
jangan lupa membasuh pinggan.
iii. Ibu berpesan supaya Aini makanlah segera dan jangan lupa membasuh
pinggan.
Berdasarkan tiga ayat di atas, semua unsur dalam elemen komunikasi
dalam cakap ajuk atau dialog itu tidak tertinggal dalam proses
menukarkannya kepada cakap pindah. Oleh hal demikian, wacana dalam
cakap ajuk atau dialog itu tetap terpelihara dalam cakap pindah.
Kaedah ini juga membolehkan murid menukarkan cakap pindah kepada
cakap ajuk atau dialog. Apabila murid mengenali unsur dalam elemen
komunikasi tersebut, murid hanya perlu menggunakan unsur tersebut
dalam membina cakap ajuk atau dialog sendiri. Proses membina cakap
ajuk atau dialog ini adalah lebih mudah.

Cakap Ajuk dikenali juga sebagai dialog

Latihan Intensif:
Tukarkan ayat cakap ajuk di bawah ini kepada ayat cakap pindah.

1. Semasa berjoging petang tadi saya terserempak dengan seorang


gelandangan yang sedang tidur di tengah jalan, kata Yusri kepada
Salleh.
2. Kata Normah kepada Sarah, Jangan makan makanan yang banyak
lemak nanti awak akan mendapat sakit.
3. Saya tidak dapat sampai tepat pada masanya kerana jalan raya
ditenggelami air, kata Erra.
4. Kata Azan, Pokok kelapa di belakang rumah Aliff tumbang dan
menimpa rumahnya.
5. Saya berjanji tidak akan buat jahat lagi, kata Muiz. Saya akan
mematuhi semua peraturan projek ini, sambungnya lagi.
6. Ular! Ular! Mak Minah menjerit. Ada ular dekat pasu bunga besar
itu,katanya lagi.
7. Kata Julia, Kami akan bertolak ke Kuala Lumpur sebentar lagi.
8. Kalau tak tahu jangan buat, kata Cikgu Siti. Biar orang yang tahu
saja yang membuatnya,sambungnya lagi.
9. Kata Erik, Rumah yang cantik memang menjadi idaman semua
orang.

10.

Jangan lupa membeli tepung apabila awak ke kedai nanti,

kata emak Rosyam. Emak hendak buat karipap, sambungnya lagi.


11.

Kata Farid, Banjir teruk di Filipina mengakibatkan lima belas

orang mati lemas.


12.

Kata Perdana Menteri, Semua kemudahan yang disediakan

adalah untuk kegunaan semua orang.

Jawapan:

1. Yusri memberitahu Salleh bahawa ketika dia sedang berjoging, dia


terserempak dengan seorang gelandangan yang sedang tidur di
tengah jalan.
2. Normah menasihati Sarah supaya jangan makan makanan yang
mengandungi banyak lemak untuk mengelakkan penyakit.
3. Erra mengatakan bahawa dia tidak sempat sampai pada waktunya
keranan jalan raya ditengelami air.
4. Azan memberitahu bahawa pokok kelapa di belakang rumah Alif
telah tumbang dan menimpa rumahnya.
5. Muis memberitahu bahawa dia berjanji tidak akan berbuat jahat
dan akan mematuhi peraturan projek tersebut.
6. Mak Minah menjerit-jerit apabila melihat ular sambil memberitahu
bahawa terdapat ular berhampiran pasu bunga yang besar itu.

7. Julia mengatakan bahawa dia akan bertolak ke Kuala Lumpur


selepas itu.
8. Cikgu Siti mengatakan bahawa jangan melakukan perkara yang
tidak diketahui tetapi mintalah orang yang tahu sahaja
melakukannya.
9. Erik mengatakan bahawa rumah yang cantik menjadi idaman semua
orang.
10.

Emak Rosyam mengingatkan Rosyam supaya membeli tepung

apabila dia ke kedai kerana emaknya hendak membuat kuih


karipap.
11.

Farid melaporkan bahawa banjir besar di Filipina

mengakibatkan lima belas orang mati lemas.


12.

Perdana Menteri menerangkan bahawa kemudahan yang

disediakan adalah untuk kegunaan semua orang.

Ayat Cakap Ajuk dan Cakap Pindah


AYAT CAKAP AJUK DAN AYAT CAKAP PINDAH
Ayat Cakap Ajuk
Ayat cakap ajuk ialah ayat daripada percakapan seseorang yang disalin
atau ditiru semula secara bulat-bulat seperti yang diucapkan tanpa

mengubah maksudnya. Ayat cakap ajuk ini ditandai dengan tanda petik
(.).
Ayat Cakap Pindah
Ayat cakap pindah ialah ayat daripada percakapan seseorang yang ditulis
atau disalin dengan gaya bahasa kita sendiri tanpa mengubah
maksudnya.
Perhatikan contoh ayat cakap ajuk dan ayat cakap pindah di bawah ini.
Ayat Cakap Ajuk
1. Saya amat meminati

Ayat Cakap Pindah


1. Maimun berkata bahawa dia

penyanyi Siti

amat meminati

Nurhaliza, kata Mahyun.


2. Mengapakah dahi kamu

penyanyi Siti Nurhaliza.


2. Ramlan bertanya kepada

benjol? tanya

adiknya sebab

Ramlan kepada adiknya.


3. Kata Faiz, Jangan hampiri

kepalanya benjol.
3. Faiz melarang Kamil daripada

perigi buta itu,

menghampiri

Kamil.
4. Wah, cantiknya bunga ros

perigi buta itu.


4. Dengan rasa kagum Mary

ini! kata Mary.

berkata bahawa
bunga ros itu cantik.

Apabila hendak menukarkan ayat cakap ajuk kepada ayat cakap pindah dan
begitu juga sebalik, beberapa perkara perlu diubah terutama kata ganti
nama, masa, kata keterangan, kata ganti nama tunjuk, dan kata kata
ganti nama tempat.
Perhatikan perubahan di bawah ini.
Perkara

Ayat Cakap Ajuk

Ayat Cakap

Kata ganti nama diri

aku, saya, hamba

Pindah
dia, ia, nya

pertama

patik

beta

baginda

Kata ganti nama diri

kami, kita
anda, awak, kamu

mereka
saya, dia, nya

kedua

engkau
anda sekalian

kami, kita

Kata ganti nama diri

kamu semua
dia

dia

ketiga

beliau

beliau

Kata ganti nama

mereka
ini

mereka
itu

tunjuk
Kata ganti nama

sini

sana, situ, tempat

tempat
Kata keterangan

begini

itu
begitu

cara
Kata keterangan

demikian ini
sekarang

demikian itu
masa itu, ketika itu

masa

tadi

tadinya itu

malam tadi

malam lepas

semalam

hari semalamnya

hari ini

hari itu

esok

esoknya, keesokan
harinya

Jawapan Latihan Ayat Cakap Ajuk ke Cakap Pindah


JAWAPAN SOALAN 1:
1. Salleh bertanya kepada Ani tentang rancangannya itu.
2. Ani meminta kepastian tentang rancangan yang dimaksudkan oleh
Salleh.
3. Seterusnya Salleh menjelaskan bahawa yang dimaksudkannya itu
berhubung dengan rancangan Ani mendaki gunung yang diperkatakannya
suatu hari dahulu.
4. Ani menjelaskan bahawa rancangan itu akan dibincangkan dalam
mesyuarat pada hari Sabtu akan datang.
5. Salleh memuji dan sangat bersetuju dengan rancangan Ani itu/ dan
menyokongnya.
6. Ani tersenyum puas/ bangga atas sokongan kawan karibnya itu.

JAWAPAN SOALAN 2:
1. Ani mengatakan bahawa dia tidak mempunyai sesiapa dan
keseorangan
2. Tuk Yahya menjelaskan bahawa Ani tidak boleh tinggal di sanan kerana

tempat itu bahaya sambil meneliti mata belolok Ani.


3. Ani merengek lagi dengan mengatakan bahawa tidak mempunyai
sesiapa .
4. Tuk Yahya mengiyakan hal tersebut .
5. Ani hampir meraung apabil memberitahu Tuk Yahya bahawa dia tidak
mahu tinggal di rumah itu lagi kerana khuatir bom akan jatuh lagi di
situ.Tambahan pula datuknya sudah tiada lagi.
6. Tuk Yahya memujuk Ani dengan mengatakan bahawa Ani masih ada dia
dan Comot

JAWAPAN SOALAN 3:
1. Nizam bertanyakan masalah Salim kerana dia kelihatan muram sahaja.
2. Salim memberitahu Nizam dengan perasaan sayu bahawa Cikgu Khairul
bertanyakan tentang yuran peperiksaan yang belum dijelaskannya.
3. Nizam terkejut dan berasa hairan kerana Salim mendapat biasiswa
tetapi belum menjelaskan yuran peperiksaannya.
4. Salim menjelaskan bahawa duit biasiswanya telah digunakan untuk
perbelanjaan rawatan abangnya yang dimasukkan ke hospital baru-baru
ini.
5. Nizan telah mencadangkan agar Salim berjumpa dengan Cikgu Khairul
dan menjelaskan perkara yang sebenarnya.
6. Salim enggan berjumpa dengan Cikgu Khairul kerana menurutnya
beliau merupakan seorang yang sangat garang.

JAWAPAN SOALAN 4:
1. Dengan kagum Mawi menyatakan bahawa mi itu sedap sambil bertanya
namanya kepada
Felix.
2. Felix memberitahu kepada Mawi bahawa namanya ialah Mi Pedas.

3. Mawi menyatakan bahawa dia tahu Mi itu pedas tetapi dia ingin
mendapatkan kepastian
namanya sekali lagi daripada Felix.
4. Felix memberitahu bahawa mengikut kata Si Dollah nama mi itu ialah
Mi Pedas.
5. Mawi mengiyakan dan bertanya Felix adakah tujuan masuk ke kedai itu
hanya sematamata makan Mi Pedas.
6. Felix mengiyakan dan menyatakan bahawa dia telah berjanji untuk
membelanja Mawi makan dahulu.

JAWAPAN SOALAN 5:
1) Norhayati bertanya kepada Syikin mengapa dia tidak hadir ke sekolah
semalam.
2) Norasyikin meminta maaf kepada Norhayati kerana tidak
memberitahunya dan menjelaskan bahawa dia menghadapi masalah di
rumah.
3) Norhayati bertanya kepada Norasyikin masalah yang dihadapi dan
meminta dia menceritakan perkara yang berlaku kepadanya. Norhayati
berjanji akan bersama-sama menanggung kesusahan kerana menggangap
mereka sudah lama berkawan.
4) Norasyikin menjelaskan kepada Norhayati bahawa ibunya sakit.

.....................................................

Latihan 1

Tulis semula perbualan di bawah ke dalam bentuk karangan biasa dengan


menggunakan cakap pindah.
Bagaimana dengan rancangan awak ? tanya Salleh.
Rancangan apa? jawab Ani.
Rancangan mendaki gunung yang awak kata pada saya tempoh hari,
kata Salleh.
Oh, itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Sabtu depan. jelas Ani.
Bagus Ani, bagus. Saya sokong rancangan itu !
Ani tersenyum puas apabila mendengar kata-kata sahabat karibnya
itu. ............[ 6 markah ]
Latihan 2:
Tukarkan cakap ajuk di bawah ini kepada cakap pindah.
Ani tak ada sapa-sapa. Ani sorang.......
Ani tak boleh tinggal sini.Di sini bahaya, kata Tuk Yahya sambil meneliti
mata belolok anak itu.
Ani tak ada sapa-sapa, rengek Ani lagi.
Ya, Tuk Yahya tahu.........
Ani tak mahu tinggal di rumah lagi.Nanti bom jatuh lagi. Datuk tak ada,
datuk tak ada,jelas anak itu hampir meraung.
Ani ada Tuk Yahya, Ani ada comot, pujuk Tuk
Yahya .....................................[ 6 markah ]

Latihan 3:
Tukarkan cakap ajuk di bawah ini kepada cakap pindah.
Salim, mengapakah awak kelihatan muram sahaja? tanya Nizam.
Pagi tadi, Cikgu Khairul bertanyakan saya tentang yuran peperiksaan
yang masih belum saya bayar, beritahu Salim dengan perasaan sayu.
Eh, bukankah awak mendapat biasiswa! Mengapakah kamu tidak

gunakan duit tersebut untuk membayar yuran? tanya Nizam dengan


perasaan hairan.
Duit biasiswa itu telah saya gunakan untuk perbelanjaan rawatan abang
saya yang dimasukkan ke hospital baru-baru ini, jelas Salim.
Oh begitu! Salim, saya cadangkan awak berjumpa dengan Cikgu Khairul
dan jelaskan perkara yang sebenarnya, kata Nizam.
Tapi, saya takutlah Nizam. Cikgu Khairul tu garang sangat, kata
Salim. .....[ 6 markah ]
Latihan 4:
Tukarkan cakap ajuk di bawah ini kepada cakap pindah
MAWI : Wah, sedap betul mi ini. Apa namanya ?
FELIX : Mi Pedas.
MAWI : Yalah ,minya pedas.Memang pedas......... tapi apa namanya ?
FELIX : Mi pedas. Si Dolah tu kata namanya Mi Pedas.
MAWI : Oh begitu, jadi kau masuk ke kedai ini sengaja nak makan Mi
Pedaslah?
FELIX : Yalah. Kan aku dah janji nak belanja kau dulu.Inilah
dia. ...................[ 6 markah ]
.......................
.......................................................................
Latihan 5:
Tukarkan cakap ajuk di bawah ini kepada cakap pindah.
Norhayati ......: Syikin, mengapa Syikin tidak datang ke sekolah semalam?
Norasyikin.... : Syikin minta maaflah. Semalam Syikin ada hal di rumah.
Norhayati ......: Apa halnya? Ceritakanlah kepada Yati. Andainya susah,
sama-samalah kita
...........................tanggung. Bukankah kita sudah lama berkawan?
Norsyikin ......: Sebenarnya ibu Syikin
sakit. ........................................................[ 6 markah ]

......................................................................................................................
...........................................
....................................................................................
Jawapan sila "CLICK" jika anda sudah menjawabnya sahaja!
........................................................
B. AYAT CAKAP PINDAH KEPADA AYAT CAKAP AJUK.

a. Langkah menukarkan cakap pindah kepada cakap ajuk:


1. Ada dua cara: (anda boleh memilih mana-mana cara di bawah)
i. Menggunakan dialog biasa dalam bentuk perenggan.
ii. Menggunakan dialog seperti wawancara.
2. Jaga penukaran ayat yang telah dipelajari. Anda hanya perlu
menukarkannya semula kepada bentuk asal seperti yang telah dipelajari
dalam menukarkan ayat cakap ajuk kepada ayat pindah. Jika anda lupa,
sila rujuk semula.
3. Jaga penggunaan tanda bacaan, tanda kata, tanda seruan dan
sebagainya untuk mengelakkan markah anda ditolak.

b. Contoh soalan dan jawapan:

Contoh 1:
Tulis semula petikan di bawah dalam bentuk cakap ajuk. Anda
dikehendaki mengekalkan susunan isi dalam petikan ini.
Kamariah berkata kepada Aziz dan Samad bahawa negara Malaysia
memang banyak mempunyai tempat menarik untuk dikunjungi.
Pendapatnya itu disokong oleh samad dengan mengatakan bahawa
negara ini mempunyai pantai-pantai yang bersih dan hutan semula jadi

yang indah. Aziz pula menyatakan kehairanannya tentang ramai orang


Malaysia yang masih suka melancong ke luar negara seperti ke Indonesia,
Thailand, Singapura dan negara-negara Eropah. Kamariah menyetujui
pandangan itu. Samad berpendapat mungkin keadaan ini berlaku kerana
kurangnya promosi untuk menarik pelancong tempatan melancong di
dalam negeri. Aziz bersetuju dengan pendangan Samad itu. Kamariah
pula mencadangkan supaya pihak swasta seperti pusat-pusat
pelancongan tempatan memberi potongan harga istimewa kepada
pelancong tempatan yang mengunjungi pusat percutian mereka. Samad
pula mengatakan bahawa di samping itu, kesedaran rakyat Malaysia
tentang faedah melancong di dalam negeri perlu ditanam dalam diri.
Kamariah dan Samad mengiakan pendapat itu. ...........[ 6 markah ]

Jawapan :
Kamariah ...: Malaysia mempunyai banyak tempat menarik untuk
dikunjungi.
Samad ........: Negara ini mempunyai pantai-pantai yang bersih dan hutan
semula jadi
...................... yang ..indah.
Aziz............. : Ramai rakyat Malaysia yang suka melancong ke luar negara
seperti Indonesia,
....................... Thailand, Singapura dan negara-negara Eropah.
Samad .........: Keadaan ini berlaku kerana kurangnya promosi untuk
menarik pelancong

....................... tempatan melancong di dalam negeri.


Kamariah.... : Pihak swasta seperti pusat-pusat pelancongan tempatan
perlu memberi potongan
........................harga istimewa kepada pelancong tempatan yang
mengunjungi pusat percutian
........................mereka.
Samad.......... : Kesedaran rakyat Malaysia tentang faedah melancong di
dalam negeri perlu
.........................ditanam dalam diri.

Contoh 2:
Tulis semula petikan di bawah dalam bentuk cakap ajuk. Anda
dikehendaki mengekalkan susunan isi dalam petikan ini.
...............Mak Limah bertanya arah tujuan suaminya setelah melihat
suaminya itu dalam keadaan tergesa-gesa hendak keluar. Pak Usop
mengatakan bahawa dia hendak berjumpa dengan ahli-ahli jawatankuasa
Koperasi Maju. Mak Limah mencadangkan agar suaminya makan nasi
dahulu walaupun sibuk dengan kerja kerana dia takut suaminya akan
berasa lapar . Pak Usop memberitahu ii itsterinya bahawa dia hendak
meletakkan jawatan sebagai pemandu bas koperasi itu. Mak Limah
bertanya cara suaminya hendak mendapatkan pekerjaan sekiranya dia
berhenti kerja. Pak Usop menjelaskan bahawa dia hendak memohon
pinjaman daripada pihak MARA untuk membeli sebuah bas.

Jawapan:

Mak Limah ......: Abang hendak ke mana dalam keadaan tergesa-gesa ini?
Pak Usop......... : Saya hendak berjumpa dengan ahli-ahli jawatankuasa
Koperasi Maju.
Mak Limah...... : Kalau sibuk dengan kerja pun makanlah nasi dulu, nanti
lapar.
Pak Usop .........: Abang hendak meletakkan jawatan sebagai pemandu bas
koperasi itu.
Mak Limah ......: Sudah tu, abang hendak kerja dengan siapa?
Pak Usop .........: Minta pinjaman daripada MARA, abang beli sebuah bas.
...................................................................................
c. Soalan Latihan:

Latihan 1:
Tulis semula petikan di bawah dalam bentuk cakap ajuk. Anda
dikehendaki mengekalkan susunan isi dalam petikan ini.
...............Azman bertanya kepada Yahya tentang keputusan muktamadnya
hendak ke bandar. Yahya mengiyakannya dan menyatakan bahawa dia
sudah nekad dan tidak mahu Azman memujuknya lagi. Azman cuba
menyedarkan Yahya bahawa kampung mereka pun tiada kurangnya
berbanding dengan bandar. Yahya menegaskan bahawa dia sudah bosan
hidup di kampung yang bergelumang dengan lumpur sawah. Azman cuba
menyedarkan Yahya bahawa mereka lulusan bidang pertanian dan bekerja
sebagai petani iatulah yang sepatutnya menjadi pilihan mereka. Sekali
lagi Yahya menegaskan bahawa Azman sahajalah yang mengerjakan
sawah tetapi dia tetap hendak ke bandar. Azman tetap mengajaknya
mengerjakan tanah terbiar di kampung mereka kerana hasilnya tentu
lumayan. Yahya tetap berkeras dan menyuruh Azman sahaja
mengerjakannya, manakala dia hendak bekerja makan gaji di bandar.

Latihan 2:
Tukarkan karangan di bawah dalam bentuk perbualan.
Redwan dan Kamarul berkawan baik dan hubungan mereka dengan Cikgu
Hassan sangat rapat.Kamarul telah menyahut sapaan Cikgu Hassan yang
berada di halaman rumah dengan mengatakan bahawa mereka berada di
dalam rumah.Setelah berada di tangga rumah Redwan, Kamarul dengan
hormat mempersilakan Cikgu Hassan naik ke rumah dan/ sambil
mengatakan bahawa Redwan berada di dalam rumah.Dengan nada
mengusik Cikgu Hassan membalas ajakan itu dengan mengatakan
bahawa dia tentu akan naik kerana kalau tidak masakan dia datang ke
situ.Redwan memohon maaf kerana keadaan rumahnya belum berkemas.
Kamarul pula menjelaskan bahawa mereka tidak berkesempatan
mengemas rumah kerana kerja-kerja menuai padi baru selesai dua hari
sebelumnya.