Вы находитесь на странице: 1из 11

MOTIVASI

PEMBELAJARAN
Motivasi:
Keadaan dalaman yang merangsang,
mengarah dan mengekalkan tingkah laku.

Motivasi dalam pembelajaran:


Menggalakkan pelajar belajar dengan
dorongan diri sendiri.
JENIS MOTIVASI
1) MOTIVASI INTRINSIK
 Dorongan dan minat yang terdapat pada diri
seseorang pelajar untuk melakukan sesuatu
tanpa mengambil kira ganjarannya.

2) MOTIVASI EKSTRINSIK
 Galakan atau tarikan yang berpunca daripada
persekitaran.
 Faktor luaran seperti ganjaran dan dendaan.
Motivasi Intrinsik dalam Bilik Darjah
Cara untuk merangsang motivasi intrinsik:
i. Rangsangkan pelajar untuk mencari
pengetahuan
ii. Menggunakan strategi seperti kejutan,
raguan, kekeliruan dan konflik untuk
mengekalkan naluri ingin tahu
iii. Guna pelbagai medium persembahan
iv. Minta pelajar tentukan matlamat sendiri
v. Adakan permainan dan simulasi
PENDEKATAN MOTIVASI
1) PENDEKATAN BEHAVIORISME

 Manusia akan mengulangi tingkahlaku jika diberikan peneguhan


dan memberhentikan tingkahlaku jika diberi dendaan.
 Motivasi = perubahan tingkahlaku akibat interaksi pengalaman
seseorang dengan persekitaran.
 Pentingkan peneguhan, insentif dan dendaan.

• Motivasi Ekstrinsik Skinner


 Ganjaran= sesuatu objek atau peristiwa yang diberi akibat
kelihatan atau manifestasi sesuatu tingkahlaku yang diingini.
 Insentif= sesuatu objek atau peristiwa yang menggalakkan atau
tidak menggalakkan tingkahlaku yang diingini.
2) PENDEKATAN HUMANISTIK
Hirarki keperluan Maslow
 Manusia bermotivasi terhadap tingkahlaku kerana dapat mencapai
keperluan untuk konsep kendiri, pencapaian kendiri dan
penentuan kendiri.
Domain Jenis keperluan
Fizikal Keperluan
*fisiologi
*keselamatan
*perlindungan
Sosial Keperluan untuk mempunyai dan
dipunyai
Emosi Keperluan harga diri
Intelek Keperluan
*pencapaian intelektual
*penghayatan asthetik
*penyempurnaan kendiri
• Carl Rogers dan penerimaan positif tanpa
syarat

 Mengasaskan pendekatan pemusatan perorangan


yang menekankan kecendungan manusia ke arah
penyempurnaan kendiri.

 Kecenderungan bersifat semulajadi tetapi


pengalaman dan interaksi dengan orang lain boleh
memupuk atau menghalang pertumbuhan dan
perkembangan autonomi murid-murid.
3)PENDEKATAN KOGNITIF
 Tingkahlaku dipengaruhi oleh cara manusia berfikir
tentang mereka dan persekitaran.
 Penekanan kepada kepercayaan, jangkaan dan
keperluan untuk peraturan, ramalan dan pemahaman.
 Secara semulajadi, murid-murid akan dimotivasikan
untuk belajar apabila mereka mendapati
ketidaktekalan antara pengalaman mereka dengan
pemahaman masa kini.
 Mereka telah menemui persamaan antara perkara-
perkara yang belum wujud dalam skema mereka.
Teori Atribusi Weiner

 Pengasas = Bernard Weiner


 Pelajar akan bermotivasi jika memperoleh sesuatu hasilan
yang diingini.
 Andaian asas:
i. Pembelajaran lalu dianggap sebagai asas kepada
pembelajaran yang semakin kompleks
ii. Motivasi murid-murid untuk belajar dipengaruhi oleh
anggapan mereka tentang sejauh manakah kejayaan
atau kegagalan mereka memperoleh sesuatu
kemahiran atau kebolehan.
iii. Pembejaran adalah satu proses yang kompleks kerana
murid-murid kita terdiri daripada pelbagai latar
belakang, pengalaman, budaya.
 Atribut boleh wujud dalam 3 dimensi:
i. Lokus: lokasi di mana penyebab itu berada.
ii. Stabiliti: sama ada penyebab boleh berubah atau tidak
iii. Kawalan: sejauh mana murid-murid kita
bertanggungjawab ke atas kejayaan atau kegagalan
mereka untuk mengawal situasi pembelajaran yang
sedang dilalui.

 4 cara atribut boleh mempengaruhi:


i. Reaksi emosi terhadap kejayaan dan kegagalan.
ii. Jangkaan terhadap kejayaan masa depan
iii. Usaha masa depan
iv. Pencapaian
Teori Expectancy x Value Vroom
 Pengasas , Victor Vroom: kita biasanya dimotivasikan
untuk melakukan sesuatu berasaskan kepada apa yang
kita anggapkan sebagai impak ke atas tindakan kita.
 Motivasi= harapan x nilai
4)PENDEKATAN SOSIO-BUDAYA
Mementingkan pemerhatian, peniruan, peneguhan
vikarious.
Gabungan behaviorisme + kognitivisme= sosiobudaya
Efikasi kendiri: kepercayaan tentang kompetensi
peribadi kita dalam suatu bidang dan dipengaruhi:
 Pengalaman lampau.
 Pengalaman vikarious.
 Input lisan daripada pihak luar terhadap kepercayaan
kebolehan individu menyempurnakan tugas.
 Gerak hati fisiologikal dan emosi.

Вам также может понравиться