Вы находитесь на странице: 1из 6

AL-SUNNAH MENYATAKAN SEBAB DAN HIKMAH HUKUM

Antara tugas utama Rasulullah s.a.w. ialah menyampaikan wahyu yang diterima daripada Allah dan
menjelaskannya kepada ummat.

َ‫اس َما نُ ِّز َل إِلَ ْي ِه ْم َولَ َعلَّهُ ْم يَتَفَ َّكرُون‬ َ ‫َوأَ ْن َز ْلنَا إِلَ ْي‬
ِ َّ‫ك ال ِّذ ْك َر لِتُبَيِّنَ لِلن‬

Dan Kami pula turunkan kepadamu (wahai Muhammad) al-Quran yang memberi peringatan, supaya
engkau menerangkan kepada umat manusia akan apa yang telah diturunkan kepada mereka, dan supaya
mereka memikirkannya. (Surah al-Nahl: 44)

Seperti mana al-Qur`an menyatakan sebab hukum (‘illah), al-Sunnah juga menerangkan maksud sesuatu
hukum disyariatkan.

Sunnah menyatakan amalan hanya diakui apabila disertakan dengan niat yang ikhlas.

‫ْت َرسُو َل هَّللا ِ صلى هللا عليه وسلم يَقُو ُل إِنَّ َما اأْل َ ْع َم ا ُل‬ ُ ‫ َس ِمع‬: ‫ال‬َ َ‫ب رضي هللا عنه ق‬ ِ ‫ع َْن ُع َم َر ب ِْن ْالخَطَّا‬
‫َت ِهجْ َرتُ هُ إِلَى هَّللا ِ َو َر ُس ولِ ِه فَ ِهجْ َرتُ هُ إِلَى هَّللا ِ َو َر ُس ولِ ِه َو َم ْن‬ ْ ‫ئ َما نَ َوى فَ َم ْن َك ان‬
ٍ ‫ت َوإِنَّ َما لِ ُكلِّ ا ْم ِر‬
ِ ‫بِالنِّيَّا‬
‫صيبُهَا أَوْ ا ْم َرأَ ٍة يَتَزَ َّو ُجهَا فَ ِهجْ َرتُهُ إِلَى َما هَا َج َر إِلَ ْي ِه‬
ِ ُ‫َت ِهجْ َرتُهُ لِ ُد ْنيَا ي‬
ْ ‫َكان‬

Daripada Umar bin al-Khattab r.a katanya: Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya
amalan itu dikira dengan niat, setiap orang akan memperolehi apa yang diniatkannya. Oleh itu sesiapa
yang berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, hijrahnya itu kepada Allah dan Rasul-Nya, sesiapa yang
hijrahnya untuk dunia yang akan diperolehinya atau perempuan yang akan dinikahinya, hijrahnya itu
adalah kepada apa yang dia niatkan. (hadis riwayat al-Bukhari: 1 dan Muslim: 1907)

Perkara yang menjadi ukuran kepada amalan seseorang ialah niat. Ia merupakan pencetus dan pendorong
kepada amalan seseorang. Berdasarkan kepada niat, amalan dikira baik, terpuji, buruk dan tercela.

Tujuan Didirikan Sembahyang Supaya Setiap Hamba Mengingati Allah S.W.T.

‫الص اَل ِة أَوْ َغفَ َل َع ْنهَا‬


َّ ‫صلَّى هَّللا ُ َعلَ ْي ِه َو َس لَّ َم إِ َذا َرقَ َد أَ َح ُد ُك ْم ع َْن‬ َ ِ ‫ال َرسُو ُل هَّللا‬ َ َ‫ال ق‬ َ َ‫ك ق‬ ٍ ِ‫َس ْب ِن َمال‬ِ ‫ع َْن أَن‬
‫صاَل ةَ لِ ِذ ْك َرى‬ َّ ‫صلِّهَا إِ َذا َذ َك َرهَا فَإِ َّن هَّللا َ يَقُو ُل أَقِ ْم ال‬
َ ُ‫فَ ْلي‬
Daripada Anas bin Malik katanya, Rasulullah s.a.w. bersbada: “Apabilah salah seorang dari kamu tidur
sehingga tertinggal sembahyang atau terlampau leka maka hendaklah dia mengerjakannya apabila dia
mengingatinya kerana Allah s.w.t. berfirman (maksudnya): Dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati
Aku. [Surah Taha: 14]. (Muslim: 684)

Rahsia Kelebihan Sembahyang Berjemaah

‫صاَل ةُ أَ َح ِد ُك ْم فِي َج َما َع ٍة ت َِزي ُد‬


َ ‫صلَّى هَّللا ُ َعلَ ْي ِه َو َسلَّ َم‬
َ ِ ‫ال قَا َل َرسُو ُل هَّللا‬ ِ ‫ع َْن أَبِي ه َُر ْي َرةَ َر‬
َ َ‫ض َي هَّللا ُ َع ْنهُ ق‬
‫ض و َء ثُ َّم أَتَى‬ُ ‫ض أ َ فَأَحْ َس نَ ْال ُو‬ َّ ‫ض عًا َو ِع ْش ِرينَ د ََر َج ةً َو َذلِ كَ بِأَنَّهُ إِ َذا ت ََو‬ ْ ِ‫ص اَل تِ ِه فِي ُس وقِ ِه َوبَ ْيتِ ِه ب‬ َ ‫َعلَى‬
‫ت َع ْن هُ بِهَا‬ ْ َّ‫َط َوةً إِاَّل ُرفِ َع بِهَا د ََر َج ةً أَوْ حُط‬ ْ ‫الص اَل ةُ لَ ْم يَ ْخ طُ خ‬
َّ َّ ‫ْال َم ْس ِج َد اَل ي ُِري ُد إِاَّل ال‬
‫صاَل ةَ اَل يَ ْنهَ ُزهُ إِاَّل‬
‫صلِّ َعلَ ْي ِه اللَّهُ َّم ارْ َح ْمهُ َما‬
َ ‫ُصلِّي فِي ِه اللَّهُ َّم‬ َ ‫صاَّل هُ الَّ ِذي ي‬َ ‫صلِّي َعلَى أَ َح ِد ُك ْم َما دَا َم فِي ُم‬ َ ُ‫َخ ِطيئَةٌ َو ْال َماَل ئِ َكةُ ت‬
ُ‫صاَل ةُ تَحْ بِ ُسه‬ َ ‫ث فِي ِه َما لَ ْم ي ُْؤ ِذ فِي ِه َوقَا َل أَ َح ُد ُك ْم فِي‬
ْ ‫صاَل ٍة َما َكان‬
َّ ‫َت ال‬ ْ ‫لَ ْم يُحْ ِد‬

Daripada Abu Hurairah katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sembahyang seseorang itu dalam satu
jemaah melebihi sembahyang di pasarnya dan di rumahnya dengan lebih daripada dua puluh darjat. Itu
disebabkan apabila dia berwuduk dengan sempurna kemudian pergi ke masjid, dia tidak pergi melainkan
kerana sembahyang, tidak menggerakkannya melainkan kerana sembahyang, tidak melangkahi walaupun
satu langkah melainkan diangkat untuknya satu darjat atau dihapuskan satu kesalahan dan para malaikat
mendoakan salah seorang daripada kamu selagi dia berada di tempat sembahyangnya, Ya Allah berilah
kesejahteraan untuknya, Ya Allah rahmatilahnya, selagi dia tidak berhadas, selagi dia tidak menyakiti
(ya’ni menyakiti malaikat dengan hadas). Rasulullah s.a.w. bersabda: “Seseorang itu dikira sebagai
bersembahyang selagi sembahyang menahannya. (ya’ni penantiannya untuk sembahyang yang lain dikira
sembahyang juga.) (al-Bukhari: 647, Muslim: 649)

Sebab Tidak Semua Ilmu Sesuai Disebarkan

ُ ‫ال لِ ُم َع ا ِذ ب ِْن َجبَ ٍل َم ْن لَقِ َي هَّللا َ ال ي ُْش ِر‬


‫ك‬ َ َ‫ي صلى هللا َعلَ ْي ِه َو َسلَّ َم ق‬ َّ ِ‫ال ُذ ِك َر لِي أَ َّن النَّب‬
َ َ‫ك ق‬ ٍ ِ‫ع َْن أَنَس بْن َمال‬
‫اس قَا َل ال إِنِّي أَخَافُ أَ ْن يَتَّ ِكلُوا‬َ َّ‫ال أَال أُبَ ِّش ُر الن‬ َ َ‫بِ ِه َش ْيئًا َد َخ َل ْال َجنَّةَ ق‬

Daripada Anas bin Malik katanya: Disebutkan kepadaku, bahawa Nabi s.a.w. berkata kepada Muaz bin
Jabal: “Sesiapa yang menemui Allah dengan tidak menyengutukan Allah dengan sesuatu, dia akan masuk
syurga. Kata Muaz: “Bolehkah saya menyampaikan berita gembira ini kepada orang ramai?” Nabi s.a.w
bersabda: “Jangan, saya takut mereka akan berpada (dengan ucapan itu sahaja)”. (al-Bukhari: 129,
Muslim: 32)
Larangan ini disebabkan kemungkinan ada di kalangan umat Islam yang belum mantap imannya dan masih
cetek ilmu akan menyangka ucapan tersebut sudah memadai lalu mereka hanya bergantung dengannya
tanpa melakukan amalan fardu dan sunnat yang lain. Ini tentu sekali akan mendatangkan kemudaratan dan
fitnah kepada mereka. Oleh sebab itu, terdapat larangan supaya tidak mengumumkan berita gembira
tersebut.

Sehubungan dengan ini, Ibn Mas’ud berkata:

ٍ ‫َما أَ ْنتَ بِ ُم َح ِّد‬


ِ ‫ث قَوْ ًما َح ِديثًا اَل تَ ْبلُ ُغهُ ُعقُولُهُ ْم إِاَّل َكانَ لِبَع‬
ً‫ْض ِه ْم فِ ْتنَة‬

“Tidaklah engkau menceritakan kepada satu kumpulan satu hadis yang tidak difahami oleh akal mereka
melainkan akan mencetuskan fitnah kepada sebilangan mereka.” (Muslim dalam Muqaddimah Sahihnya)

Larangan Mengahwini Ibu Saudara Isteri

" :‫ نهى رسول هللا صلى هللا عليه وس لم أن ت زوج الم رأة على العمة والخالة ق ال‬:‫ قال‬،‫عن بن عباس‬
"‫إِنَّ ُك َّن إِ َذا فَ َع ْلتُ َّن َذلِكَ قَطَّ ْعتُ َّن أَ َر َحا َم ُك َّن‬

Daripada Ibn ‘Abbas katanya: “Rasulullah s.a.w. melarang seorang perempuan dikahwini dalam keadaan
ibu saudaranya dari sebelah bapa atau sebelah ibu telahpun dikahwini.” Baginda bersabda:
“Sesungguhnya jika kamu melakukannya kamu telah memutuskan tali persaudaraan sesama kamu.” (Ibn
Hibban)

Perintah Supaya Meminta Izin

‫يَا أَيُّهَا الَّ ِذينَ آَ َمنُوا اَل تَ ْد ُخلُوا بُيُوتًا َغي َْر بُيُوتِ ُك ْم َحتَّى تَ ْستَأْنِسُوا َوتُ َسلِّ ُموا َعلَى أَ ْهلِهَا َذلِ ُك ْم خَ ْي ٌر لَ ُك ْم لَ َعلَّ ُك ْم‬
َ‫تَ َذ َّكرُون‬

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu masuk ke dalam mana-mana rumah yang bukan rumah
kamu, sehingga kamu lebih dahulu meminta izin serta memberi salam kepada penduduknya; yang
demikian adalah lebih baik bagi kamu, supaya kamu beringat (mematuhi cara dan peraturan yang sopan
itu). (Surah al-Nur: 27)

Rasulullah s.a.w. menjelaskan makna ‘lebih baik bagi kamu’ dengan hadisnya:
َ َ‫صلَّى هَّللا ُ َعلَ ْي ِه َو َسلَّ َم إِنَّ َما ج ُِع َل ااِل ْستِ ْئ َذانُ ِم ْن أَجْ ِل ْالب‬
‫ص ِر‬ َ ِ ‫ال َرسُو ُل هَّللا‬
َ َ‫ع َْن َس ْه ِل ْب ِن َس ْع ٍد قَا َل ق‬

Daripada Sahl bin Sa’d katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya meminta izin itu ditentukan
kerana pandangan. (al-Bukhari: 6241 dan Muslim: 2156)

Hukum meminta izin disyariatkan supaya seseorang itu tidak terpandang sesuatu yang tidak disukai oleh
penghuni rumah apatah lagi sedia dimaklumi bahawa tidak harus memandang kepada aurat mereka.

Larangan Menyimpan Daging Korban Melebihi Tiga Hari

Pada peringkat awal Rasulullah s.a.w. melarang menyimpan daging korban lebih daripada tiga hari kerana
rombongan yang datang ke Madinah pada hari raya Haji. Kemudian daripada itu, baginda mengharuskan
menyimpan daging tersebut. Berdasarkan kepada beberapa riwayat, larangan tersebut mempunyai sebab
dan suasana tersendiri yang menghendaki demikian.

َ َ‫ث ق‬
‫ال‬ ٍ ‫الض َحايَا بَ ْع َد ثَاَل‬َّ ‫وم‬ ِ ‫صلَّى هَّللا ُ َعلَ ْي ِه َو َسلَّ َم ع َْن أَ ْك ِل لُ ُح‬
َ ِ ‫ع َْن َع ْب ِد هَّللا ِ ب ِْن َواقِ ٍد قَا َل نَهَى َرسُو ُل هَّللا‬
‫ت ِم ْن أَ ْه ِل‬
ٍ ‫َف أَ ْه ُل أَ ْبيَ ا‬
َّ ‫ْت عَائِ َش ةَ تَقُ و ُل د‬
ُ ‫ق َس ِمع‬ َ ‫ص َد‬ َ ‫ت‬ ْ َ‫ك لِ َع ْم َرةَ فَقَ ال‬ ُ ْ‫َع ْب ُد هَّللا ِ بْنُ أَبِي بَ ْك ٍر فَ َذكَر‬
َ ِ‫ت َذل‬
‫ص لَّى هَّللا ُ َعلَ ْي ِه َو َس لَّ َم‬
َ ِ ‫ال َر ُس و ُل هَّللا‬ َ ِ ‫ْالبَا ِديَ ِة َحضْ َرةَ اأْل َضْ َحى زَ َمنَ َرسُو ِل هَّللا‬
َ َ‫صلَّى هَّللا ُ َعلَ ْي ِه َو َس لَّ َم فَق‬
‫اس يَتَّ ِخ ُذونَ اأْل َ ْس قِيَةَ ِم ْن‬َ َّ‫ك قَ الُوا يَا َر ُس و َل هَّللا ِ إِ َّن الن‬ َ ‫ا َّد ِخرُوا ثَاَل ثًا ثُ َّم ت‬
َ ِ‫َص َّدقُوا بِ َما بَقِ َي فَلَ َّما َكانَ بَ ْع َد َذل‬
‫ص لَّى هَّللا ُ َعلَ ْي ِه َو َس لَّ َم َو َما َذاكَ قَ الُوا نَهَيْتَ أَ ْن تُ ْؤ َك َل‬ َ ِ ‫ال َر ُس و ُل هَّللا‬ َ َ‫ض َحايَاهُ ْم َويَجْ ُملُونَ ِم ْنهَا ْال َودَكَ فَق‬َ
َ ‫ت فَ ُكلُوا َوا َّد ِخرُوا َوت‬
‫َص َّدقُوا‬ ْ َّ‫ال إِنَّ َما نَهَ ْيتُ ُك ْم ِم ْن أَجْ ِل ال َّدافَّ ِة الَّتِي َدف‬ َّ ‫لُحُو ُم ال‬
ٍ ‫ض َحايَا بَ ْع َد ثَاَل‬
َ َ‫ث فَق‬

Daripada ‘Abdullah bin Waqid katanya Rasulullah s.a.w. melarang daripada makan daging korban
selepas daripada tiga hari. ‘Abdullah bin Abi Bakr berkata: “Lalu saya menyebutkan perkara tersebut
kepada ‘Amrah. Beliau berkata: “ ‘Abdullah benar. Saya dengar ‘A`ishah berkata: “Rombongan dari
pendalaman telah datang pada hari Raya Haji di zaman Rasulullah s.a.w. Baginda bersabda: “Simpanlah
(ya’ni makanlah daging korban itu) untuk tiga hari kemudian bersedekalah dengan yang baki.” Selepas itu
para sahabat berkata: “Wahai Rasulullah, orang ramai menjadikan bekas air daripada kulit binatang
korban dan mereka mencairkan lemak daripadanya. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apa halnya?” Para
sahabat berkata: “Dahulu tuan melarang memakan daging korban selepas tiga hari.” Baginda bersabda:
“Sebenarnya dahulu aku melarang kamu kerana rombongan yang datang. Maka sekarang kamu boleh
memakannya, menyimpannya dan bersedekah dengannya. (Muslim: 1971, Abu Dawud: 2812, al-Nasa`i:
4433)
Daging tersebut hendaklah dibahagikan dan disedekah untuk mereka supaya semua mendapat faedah
daripadanya. Mereka itu tetamu Allah yang datang dari pendalaman semata-mata untuk menemui
Rasulullah s.a.w.

Galakan Berkahwin

َ‫اس تَطَا َع ِم ْن ُك ْم ْالبَ ا َءة‬


ْ ‫ب َم ْن‬ َ ‫ص لَّى هَّللا ُ َعلَ ْي ِه َو َس لَّ َم يَا َمع‬
َّ ‫ْش َر‬
ِ ‫الش بَا‬ َ ِ ‫ال قَ ا َل لَنَا َر ُس و ُل هَّللا‬
َ َ‫ع َْن َع ْب ِد هَّللا ِ ق‬
‫صوْ ِم فَإِنَّهُ لَهُ ِو َجا ٌء‬ ِ ْ‫صنُ لِ ْلفَر‬
َّ ‫ج َو َم ْن لَ ْم يَ ْست َِط ْع فَ َعلَ ْي ِه بِال‬ َ ْ‫ص ِر َوأَح‬
َ َ‫فَ ْليَتَزَ َّوجْ فَإِنَّهُ أَغَضُّ لِ ْلب‬

Diriwayatkan daripada Abdullah katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda kepada kami: “Wahai sekalian
pemuda, sesiapa di kalangan kamu yang mampu menyediakan perbelanjaan perkahwinan maka hendaklah
dia berkahwin kerana sesungguhnya itu lebih menahan pandangan (daripada melihat wanita) dan lebih
menjaga kemaluan. Sesiapa yang tidak mampu maka hendaklah dia berpuasa kerana ia dapat
menundukkan nafsunya. (al-Bukhari: 1905, Muslim: 1400)

Dalam hadis ini Rasulullah s.a.w. menegaskan sebab dan faedah daripada perkahwinan. Selain itu baginda
juga menyatakan puasa itu berperanan untuk melindungi pemuda yang belum berkahwin daripada terlibat
dalam maksiat.

Wasiat Tidak Boleh Melebihi Satu Pertiga Harta

‫ص لَّى هَّللا ُ َعلَ ْي ِه َو َس لَّ َم يَ ُع و ُدنِي َوأَنَا بِ َم َّكةَ َوهُ َو‬


َ ‫ض َي هَّللا ُ َع ْنهُ قَا َل َج ا َء النَّبِ ُّي‬ ِ ‫ص َر‬ ٍ ‫ع َْن َس ْع ِد ب ِْن أَبِي َوقَّا‬
‫صي بِ َمالِي ُكلِّ ِه‬ ِ ‫ُول هَّللا ِ أُو‬
َ ‫ت يَا َرس‬ ُ ‫ض الَّتِي هَا َج َر ِم ْنهَا قَا َل يَرْ َح ُم هَّللا ُ ا ْبنَ َع ْف َرا َء قُ ْل‬
ِ ْ‫يَ ْك َرهُ أَ ْن يَ ُموتَ بِاأْل َر‬
‫ك أَ ْن تَ َد َع َو َرثَتَ كَ أَ ْغنِيَ ا َء خَ ْي ٌر ِم ْن أَ ْن‬ ُ ُ‫ث َوالثُّل‬
َ َّ‫ث َكثِي ٌر إِن‬ ُ ُ‫ث قَا َل فَالثُّل‬ ُ ُ‫ت الثُّل‬ ْ ‫ت فَال َّش‬
ُ ‫ط ُر قَا َل اَل قُ ْل‬ ُ ‫قَا َل اَل قُ ْل‬
َ ‫ك َم ْه َما أَ ْنفَ ْقتَ ِم ْن نَفَقَ ٍة فَإِنَّهَا‬
‫ص َدقَةٌ َحتَّى اللُّ ْق َم ةُ الَّتِي تَرْ فَ ُعهَا‬ َ َّ‫اس فِي أَ ْي ِدي ِه ْم َوإِن‬ َ َّ‫تَ َد َعهُ ْم عَالَةً يَتَ َكفَّفُونَ الن‬
َ ِ‫إِلَى فِي ا ْم َرأَت‬
‫ك‬

Daripada Sa’d bin Abi Waqqas, katanya Rasulullah s.a.w. datang menziarahi saya sakit ketika di Mekah,
dan baginda tidak suka meninggal dunia di negeri yang ditinggalkannya kerana hijrah. Baginda bersabda:
“Semoga Allah merahmati anda, wahai Ibn Afra`. Saya bertanya: “Bolehkah saya mewasiatkan kesemua
harta saya?” Baginda menjawab: “Tidak boleh.” Saya bertanya lagi: “Separuh?” Baginda menjawab:
“Tidak boleh.” Saya bertanya lagi: “Satu pertiga?” Baginda menjawab: “Satu pertiga itu banyak.
Sesungguhnya jika kamu meninggalkan ahli waris kamu dalam keadaan berharta itu lebih baik daripada
membiarkan mereka miskin menadah tangan kepada orang ramai. Sesungguhnya apa sahaja yang kamu
membelanjakan sebagai nafkah (keluarga) maka ia menjadi sedekah termasuklah suapan yang kamu
berikan kepada isterimu.” (al-Bukhari: 2742, Muslim: 1628)

Rasulullah s.a.w. membetulkan pandangan Sa’d bahawa sedekah kepada orang yang berada di bawah
tanggungan juga mendatangkan pahala dan ia mengatasi yang lain. Di samping itu, baginda mengingatkan
akibat buruk sekiranya sedekah itu diberikan secara berlebihan tanpa mengambil kira beberapa lain yang
penting. Baginda juga memberi panduan dan bimbingan cara-cara memperolehi pahala selain dengan
bersedekah iaitu dengan meninggalkan harta untuk ahli keluarga sebagai harta pusaka.

Вам также может понравиться