Вы находитесь на странице: 1из 1
Khairy cuma penyibuk — Ibrahim Oleh AZRAN FITRI RAHIM. azran.rahim@utusan.com.my ~ KOTA BHARU 26 Jun - “Saya cadangkan kepada kerajaan supaya melantik Ahh Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin sebagai wakil tetap negara ke Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB) bertaraf menteri kerana dia sahaja yang faham globalisasi” Demikian reaksi Presiden Pertu- buhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali ketika mengulas kenyataan Khairy yang me- nyifatkannya sebagai jaguh kampung dan menjadi penghalang kepada se- mangat 1Malaysia. Ibrahim berkata, pertubuhan ter- sebut sememangnya ‘jaguh kampung’ kerana di kawasan tersebut terdapat tamai orang Melayu dan bumiputera yang memerlukan pembelaan. Katanya, Perkasa terpaksa memper- juangkan hak kaum pribumi kerana nasib mereka semakin dihimpit apa- tah lagi Pergerakan Pernuda UMNO . IBRAHIM ALI yang dipimpin Khairy semakin lesu. “Saya gembira (dengan kenyataan Khairy) sebab saya memang dibe- sarkan dengan nyamuk di kampung dan bukannya dilahirkan di Kuwait apatah lagi belajar di Oxford. “Maka sebab itu nasib orang kam- pung khususnya Melayu dan bumi- putera perlu dibela kerana banyak isu yang dibangkitkan hari ini memba- bitkan kepentingan bumiputera. “Perkasa hanya mengisi ruang di atas kegagalan Pemuda UMNO yang semakin lesu di bawah pimpinan KHAIRY JAMALUDDIN Khairy,’ katanya kepada pemberita di sini hari ini. Akhbar hari ini mela- porkan kenyataan Khairy yang mendakwa pendekatan digunakan Perkasa terhadap sesuatu isu merupakan pengha- ; lang kepada semangat 1 Malaysia. Jawapan itu diberikan Khairy ketika ditanya mengenai ke- nyataan Ibrahim yang mendesak be- liau meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Rembau kerana dikatakan membelakangkan agenda Melayu. Ia berikutan tindakannya memper- tahankan kenyataan Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr. Wee Ka Siong dalam isu biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Kelmarin, Ka Siong yang juga Tim- balan Menteri Pelajaran menafikan bahawa beliau mempertikaikan hak keistimewaan orang Melayu. Khairy turut dilaporkan berkata, ndekatan Ahli Parlimen Pasir Mas erkenaan sudah ketinggalan zaman dan tidak lagi laku untuk diguna pakai dalam era globalisasi. Ibrahim berkata, Khairy tidak perlu menjadi penyibuk kerana apa yang di- bangkitkan sebelum ini hanya mem- babitkan Ka Siong yang mempersoalkan hak bumiputera dalam isu biasiswa. “Kenapa tiba-tiba dia pertahankan Ka Siong sedangkan jelas pemimpin MCA ini mempertikaikan hak ke- istimewaan Melayu kerana saya per- caya laporan akhbar tidak silap. “Saya ingin bertanya di mana pen- dirian Khairy ketika Setiausaha Po- litik kepada Perdana Menteri, Datuk Nasir Safar dan bekas Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ah- mad Ismail dihentam kerana mem- bela Melayu?,” katanya. Beliau turut mendakwa Khairy menjadi penyumbang kepada keben- cian rakyat terhadap UMNO dan ke- kalahan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum alu. “Apakah Khairy faham konsep 1Malaysia, Perdana Menteri sebelum ini berulang kali menyatakan bahawa konsep tersebut tidak sama dengan gagasan Malaysian Malaysia yang di- bawa oleh DAP kerana 1Malaysia masih di bawah payung Perlemba- gaan negara,” katanya. Beliau juga mendakwa mempunyai bukti bahawa ada pelajar Melayu tidak mendapat biasiswa walaupun mem- peroleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. “Semalam seorang ibu menghu- bungi saya kerana anaknya, Muhd. Asyraf Fahmi Abdul Razak dari Se- ° kolah Berasrama Penuh Integrasi Ku- bang Pasu yang mendapat 12A tidak mendapat biasiswa untuk ditempat- kan ke universiti yang lebih baik. “Saya akan membawa kes ini me- ngikut prosedur tetapi sekiranya pe- lajar ini tidak diberikan biasiswa saya akan memulakan langkah untuk me- nyaman kerajaan,” katanya.

Вам также может понравиться