Вы находитесь на странице: 1из 1

TAWARAN PENYEWAAN HARTA –HARTA MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA

1) PUSAT DAGANG SETIA JAYA ( LEISURE COMMERCE SQUARE ) NO 9 JALAN PJS 8/9
46150 PETALING JAYA

Premis terletak diruang bawah bangunan dan ia sesuai untuk kegunaan kolej /pejabat. Keluasan premis
untuk disewakan adalah 21,180 kaki persegi.

2) KOMPLEKS SELERA SUKOM , SS3/39 PETALING JAYA

Hartanah ini terletak dikawasan yang padat dengan penduduk yang mana premis ini sesuai untuk
kegunaan kedai, gerai makan, restoran dan aktiviti sukan. Premis ini mempunyai keluasan diantara
8,889kaki persegi hingga 13,413 kaki persegi merangkumi Tingkat Bawah, Satu , Dua dan Tiga.

3) KELANA SQUARE, NO.17, JALAN SS7/26, KELANA JAYA, 47301 PETALING JAYA

Bangunan Pejabat yang mempunyai kemudahan lif. Terdapat 5 unit premis yang boleh disewakan
yang mana ia berkeluasan diantara 964 kaki persegi – 1,301 kaki persegi iaitu di tingkat 3, 6, 8 dan 9.

4) SUBANG SQUARE, JALAN SS 15/4G, 47500 SUBANG JAYA, SELANGOR

Hartanah merupakan kedai Pejabat yang dilengkapi dengan kemudahan lif. Keluasan premis yang ingin
disewakan kepada umum adalah 1,985 yang mana ia terletak di tingkat 3 (Bahagian West Wing).

5) PLAZA SERI SETIA,NO.1, JALAN SS 9/2, SG.WAY, PETALING JAYA

Plaza ini sesuai digunakan sebagai Kedai/Pejabat yang mana terdapat 6 unit premis yang boleh
disewakan. Keluasan premis adalah 1,162 kaki persegi dan unit-unit tersebut terletak di tingkat 1 Plaza.

6) 8 AVENUE, JALAN SG. JERNEH 8/1, SEKSYEN 8, PETALING JAYA

Hartanah ini merupakan Kedai/Pejabat 4 tkt yang mana ia dilengkapi dengan kemudahan lif dan tempat
letak kereta. Terdapat 22 unit premis Majlis yang boleh disewa yang mana keluasan premis diantara
1,312 kaki persegi -3,342 kaki persegi terletak diantara Tingkat Bawah , Tingkat 1 dan Tingkat 2.

7) MENARA MUTIARA MAJESTIC, JALAN OTHMAN, SEK 1 P.JAYA

Premis Majlis ini mempunyai 7 unit untuk disewakan yang mana luas premis diantara 261 kaki persegi –
1,474 kaki persegi. Unit-unit tersebut terletak di Tingat Bawah dan Tingkat 1.

Sebarang pertanyaan sila hubungi Jabatan Penilaian Dan Pengurusan


Harta MBPJ di talian 03-7954 5984 , 03-7954 5986 dan 03-7954 5987.

Вам также может понравиться