Вы находитесь на странице: 1из 3

Cara menasihati si bapa

Date : Mon, 6 Dec 1999 17:44:09 +0800


From: hambaAllah <sidhaif@yahoo.com>

Dipetik dari surah Mariam (ayat 41 - 50).

Tafsir ayat :

41. Perhatikanlah(riwayat) Ibrahim dlm. kitab


Al-Quran. Sesungguhnya dia seorang yang sangat benar
dan seorang nabi.

42. Ketika ia berkata kpd. bapanya: "Ya bapaku,


mengapa engkau sembah sesuatu yang tiada mendengar dan
tiada pula melihat dan tiada bermanfa'at kepada engkau
sedikit pun".

43. "Ya bapaku, sesungguhnya aku telah diberi ilmu


yang belum engkau ketahui, sebab itu ikutlah aku,
niscaya ku tunjuki engkau jalan yg. lurus".

44. "Ya bapaku janganlah engkau sembah syetan.


sesungguhnya syetan itu durhaka kpd. Yang Maha
Pengasih".
45. "Ya bapaku, sesungguhnya aku takut (khuatir),
bahawa engkau akan ditimpa siksaan dari Yang Maha
pengasih, lalu engkau menjadi teman bagi syaitan".

46. " Berkata bapanya : "Adakan engkau benci kpd.


tuhan-tuhanku, hai Ibrahim ? Jika engkau tidak
berhenti, nescaya kurejam(lempar) engkau dgn. batu dan
tinggalkanlah aku dlm. masa yg. panjang'.

47. Sahut Ibrahim : "Salam(selamat) untukmu, nanti


akan kumintakan ampun bagi engkau kpd. Tuhanku,
sesungguhnya Dia berbuat baik kpd.ku".

48. Aku menghindarkan diri daripadamu dan dari apa


yang kamu sembah, selain daripada Allah dan aki
meminta kpd. Tuhanku, mudah-mudahan aku tidak kecewa
dlm. permintaanku kpd. Tuhanku.

49. Tatkala Ibrahim meninggalkan mereka dan apa yg.


mereka sembah selain dari Allah, maka Kami anugerahkan
kepadanya Ishak dan Ya'qub. Masing-masing Kami
jadikan nabi.

50. Kami kurniakan kpd. mereka rahmat Kami dan Kami


adakan utk. mereka pujian yg. baik lagi mashur.

Huraian petikan di atas :

Dari tafsir ayat di atas, dapatlah kita ketahui


bagaimana caranya nabi Ibrahim memberi nasihat kpd.
bapanya dan memberi pelajaran dgn susunan kata-kata
yg. indah dan perkataan yg. lemah-lembut serta adap
sopan dan budi pekerti yg. baik.

pertama -> Ibrahim menanyakan apa sebabnya disembah


barang yg. tdk. mendengar dan tak melihat, kerana yg.
berhak disembah ialah Yang menjadikan, Yang memberi
rezeki, Yang menghidupkan, Yang mematikan, Yang
memberi pahala dan Yang menyiksa. Maka mengapakah
disembah benda beku, yg. tdk. mempunyai perasaan dan
ingatan ?.

kedua -> Ibrahim menyeru kpd. kebenaran dgn. lemah


lembut. Ia tdk mengatakan bapanya bodoh, tak berilmu
dan tak pula mengatakan dirinya berilmu cukup, hanya
mengatakan bahawa padanya sedikit ilmu yang tak ada
pada bapanya iaitu ilmu untuk menunjuki ke jalan yang
benar.

ketiga -> Ibrahim melarang bapanya menyembah syaitan


kerana syaitan itu derhaka kpd. Allah yg. Rahman dan
musuh yg. menghendaki kebinasaan.

keempat -> Ibrahim mempertakuti bapanya dgn. akibat


yg. jahat dan tiada ia mengatakan bahawa siksaan mesti
menimpanya, hanya ia berkata: "Saya takut jika bapa
ditimpa azab Allah".

Tiap-tiap empat nasihat itu dimulai dgn kata : "Hai


bapaku", utk. menarik hatinya.

http://www.rahsiaanaksoleh.com/

Вам также может понравиться