Вы находитесь на странице: 1из 1

Akukah yg tak faham?????

 
1) Aku tak faham kenapa masih ada manusia yg masih memandang rendah pada
manusia lain jika dia rasa dia tu berada diatas...nak bercakap pun nak memilih
kasta pulak, mereka merasakan macam dia org tu bagus sangatttttttt, walhal tak
sebagus mana pun!
 
2) Aku tak faham manusia dalam dunia ni suka berdengki dgn manusia lain, tak
boleh tengok org lain senang mulalah nak buat kacau serta menyusahkan org.
 
3) Aku paling tak faham kenapa bila kita berkerja di sesebuah syarikat yg besar
bertahun2 lamanya, tapi tak pernah nak kata ada untung, bila cukup tahun  sahaja
alasan tak dapat bonus sebab company tak untung , company rugi, padahal yg buat
keputusan semuanya bos-bos besar, yang membazirkan duit juga bos2 besar, yang
menaja sesuatu program juga bos2 besar. Org bawahan hanya mkn gaji dan buat
kerja apa yg telah di garis panduankan.
 
4) Aku paling tak faham kenapa antara sesama manusia suka tengok
member/saudara jatuh & susah baru rasa seronok tapi rasa sedih bila
member berjaya dalam kehidupannya.
 
5) Aku paling tak faham kenapa bila kita buat kerja dgn baik pun org tak nampak
juga malah di tuduh tidak amanah pulak biarpun bukan salah kita. Mulalah
terfikir jadi jahat pun ada bagusnya bila jadi baik tak berguna juga.
 
6) Aku paling tak faham kenapa manusia tidak tahu menilai kebaikan dan
kejahatan. Adakah yg jahat itu baik dan yg baik itu jahat?
 
7) Sampai bila dan bila harus kita menerima nasib begini? adakah kita perlu lagi
dgn menasihati diri dgn berbanyak bersabar sahaja? cukupkah dgn hanya
bersabar?
 
8) Adakah manusia yang tercipta ini benar2 manusia ? atau manusia yang
bertopengkan jauh lebih teruk dr haiwan ?
 
9) Walaupun tiada siapa yg dpt menolong selain dr diri sendiri tetapi apakah betul
cara yg telah di pilih utk menyelesaikan masalah2 kehidupan ini?
 
10) Tepuk dada tanya lah diri bukannya selera yg selalunya salah dalam membuat
penelitian di alam realiti ini.
 

Вам также может понравиться