Вы находитесь на странице: 1из 6

CARA MENJALANKAN UJIAN

PENGAKAP MUDA

Tujuan

1. Menggalakkan minat kepada Pengakap


2. Menguji pencapaian dan kebolehan seseorang Pengakap
3. Untuk memenuhi syarat pencapaian tertinggi dalam Pengakap (Pengakap Raja)
4. Meninggikan imej Pengakap, patrol, kumpulan, daerah, negeri dan negara

Jenis Ujian

1. Cara bertulis:-
1.1 Pemimpin menyediakan soalan berbentuk objektif
1.2 Mengisi tempat kosong
1.3 Mewarnakan bendera-bendera, lambing-lambang negeri
1.4 melukis
2. Cara praktikal:-
2.1 Pengujian ikatan dan simpulan menggunakan tali
2.2 Nyanyian lagu negeri dan Negaraku
2.3 Soalan lisan

Cara Menjalankan Ujian

1. Memeriksa buku log


- setiap Pengakap dikehendaki menyerahkan buku log tertentu untuk
semakan atau diluluskan
2. Mengadakan ujian kumpulan
- dijalankan secara kumpulan dengan soalannya secara bertulis atau
praktikal (amali)
3. Mengadakan ujian individu
- dijalankan secara lisan atau praktikal misalnya: menyanyi, ikatan dan
simpulan, bersukan.
4. Mengadakan ujian secara sistem berpengkalan
- (Rujuk lampiran Sistem Berpengkalan)

Penguji

1. Pemimpin dan penolong pemimpin di sekolah – menguji ujian di peringkat


sekolah iaitu bagi Lencana Keahlian dan Lencana Usaha sahaja.
2. Pemimpin, Penolong Pemimpin, Pesuruhjaya dan Penolong Pesuruhjaya yang
diiktirafkan oleh peringkat daerah – menguji ujian di peringkat daerah seperti
Lencana Maju, Lencana Jaya dan Lima Lencana Tertinggi.
3. Penguji luar – dibuat untuk lencana-lencana tertentu yang mempunyai tauliah
khas seperti Lencana Pertolongan cemas, Pemadam Api, Ahli Berenang dan
sebagainya. Penguji-penguji luar dilantik dengan rasmi oleh kumpulan atau
Pesuruhjaya Daerah.

Lencana-lencana yang boleh diuji oleh pemimpin

1. Lencana Kemajuan:-
1.1 Lencana Keahlian (Kumpulan)
1.2 Lencana Usaha (Kumpulan)
1.3 Lencana Maju (Daerah)
1.4 Lencana Jaya (Daerah)

2. Lencana Kepandaian:-
2.1 Lencana Kegemaran
2.1.1 Lencana Peramu
2.1.2 Lencana Ahli Sukan
2.1.3 Lencana Jurumasak Di Khemah
2.2 Lencana Pengetahuan
2.2.1 Lencana Ahli Berkhemah (wajib)
2.2.2 Lencana Tukang Masak
2.2.3 Lencana Ahli Penukang
2.2.4 Lencana Akademik
2.3 Lencana Perkhidmatan
2.3.1 Lencana Kuartermaster
2.3.2 Lencana Pengawal Perkhemahan
2.3.3 Lencana Pemandu

Lencana-lencana yang boleh diuji oleh Penguji Luar (bertauliah)

1. Lencana Pertolongan Cemas – Pedgawai perubatan, Pegawai Hospital, Penguji


Bulan Sabit Merah (PBSM), Penguji St. John Ambulans
2. Lencana Pemadam Api – Pegawai Bomba (menghadiri Kursus Bomba)
3. Lencana Ahli Sukan – Setiausaha Sukan Sekolah atau Guru Sukan yang
bertauliah
4. Lencana Ahli Penukang – Guru Seni perusahaan (KH) atau Ahli Tukang

Keputusan Ujian

1. Semua ujian dicatat di dalam Kad Ujian.


2. Pengakap yang berjaya dalam ujian (lulus) akan diberi sijil yang dikeluarkan oleh
negeri dan layak memakai lencana yang diiktirafkan.
3. Sijil hendaklah ditampalkan ke dalam Buku Log yang berkenaan.
PENGAKAP REMAJA

Pendahuluan

Kebolehan serta pencapaian seseorang Pengakap itu diukur dari pelbagai aspek seperti
tanggungjawab, sikap, minat dan sebagainya. Selain dari itu, lencana-lencana merupakan
satu usaha bagi memperlihat kebolehan dan kemampuannya dalam sesuatu bidang. Bagi
Pengakap Remaja matlamatnya ialah menuju kea rah memperolehi Anugerah Pengakap
Raja. Sebelum seseorang Pengakap itu sampai ke tahap ini, dia mesti dan dimestikan
melalui beberapa ujian yang progresif untuk mendapatkan 5 Lencana tertinggi seperti
yang ditetapkan dalam Skima Latihan Pengakap Remaja.

Lencana-lencana Tertinggi:-
1. Lencana Cita-cita Unggul
2. Lencana Kecekapan dan kesihatan Tubuhbadan
3. Lencana Kegiatan
4. Lencana Perkhidmatan
5. Lencana Ekspedisi

Lencana-lencana ini hendaklah diperolehi dalam tempoh dua tahun. Selepas


memperolehi kelima-lima lencana itu, seseorang pengakap yang diakui kebolehan,
akhlaknya akan diberi Lencana Ketua Pengakap Negara.
Mulai dari detik ini, Pengakap itu akan mula mengorak langkah ke arah
Pentarafan Pengakap raja setelah melalui beberapa cabaran dan syarat-syarat tambahan
lain termasuk Perkhidmataan daan pertolongan cemas.
Bagi seseorang Pengakap yang telah melalui cabaran-cabaran itu akan meletakkan
dirinya sebagai seorang manusia yang telah siap sedia menghadapi penghidupan di masa
hadapan dengan menjadikan `berkhidmat’ itu sebagai amalan hidupnya.

Objektif

1. Menjaga kualiti pencapaian Pengakap supaya selaras dengan kehendak skim


latihan.
2. Merupakan satu penilaian untuk menjaga taraf berpengakapan.

Tujuan

1. Menguji kebolehan Pengakap dari segi fizikal seperti `Abseil’ (turun daripada
bukit curam dengan menggunakan tali), ekspedisi secara berbasikal, berjalan kaki,
berakit, berperahu, mendaki bukit, memanjat pokok, memanjat tali, merangkak
atas tali, melintasi halangan seperti memanjat tembok, merangkak melalui
terowong dll.
2. Menguji kemahiran berpengakap dalam bidang simpulan, ikatan, anyaman, lilitan,
membuat kraftangan, memasak termasuk memasak cara hutan (Backwood’s man
cooking), membaca peta (peta topo dan kompas), peta-memeta, menggunakan
kompas, mengagak jauh, tinggi, lebar sungai, pertolongan cemas, aktiviti
menyelamat, latihan asas perbarisan, kebombaan dan sebagainya.
3. Ujian merintis bagi simpulan-simpulan dan ikatan seperti Simpulan Manharness,
Simpulan Sangga Tangga, Simpul Tanjul, Simpul Balak, Simpul Pengail, ikatan-
ikatan Seraya, Silang Gunting< Silang lapaan dll.
4. Ujian mendirikan projek-projek seperti Menara Hourglass, Menara Tiga Segi,
Jambatan Gantubg (Monkey Bridge), Jambatan Komando, Jambatan Satu dan
Dua Trestle, Aerial Runway dll.
5. Ujian taraf perkhemahan yang meliputi aktiviti mendirikan gadjet untuk kegunaan
kem, Gadjet-gadjet seperti dapur, meja makan, bangku, rak kasut, ampaian, tiang
bendera, papan kenyataan, rak pinggan-mangkok, rak menyimpan makanan dsb.
6. Ujian cara-cara memasang dan menyimpan pelbagai jenis khemah seperti khemah
kecil untukdu aorang, khemah besar untuk patrol (Marqui tent).
7. Persediaan kearah mendapatkan lencana Ketua Pengakap Negara yang mana
sebelumnya Pengakap itu perlu mendapatkan kelima-lima Lencana Tertinggi.
8. Persediaan untuk mencapai tahap yang tertinggi dalam berpengakap iaitu
Anugerah Pengakap Raja.

Perlaksanaan

1. Pemimpin boleh menjalankan ujian bagi bidang-bidang/bahagian yang beliau


ketahui dan mahir sahaja.
2. Bahagian yang tidak diketahui atau di luar daripada pengetahuan atau
memerlukan kepakaran, bantuan luar harus diminta untuk menguji Pengakapnya.
Tenaga luar boelh diperolehi:-
a. Pasukan Latihan Daerah yang dipengerusikan oleh Pesuruhjaya Pengakap
Daerah.
b. Pemimpin lain yang berkebolehan.
c. Jabatan Bomba untuk latihan asas kebombaan.
d. Persatuan Bulan Sabit merah untuk latihan pertolongan Cemas.
e. Pertubuhan St. John Ambulans untuk latihan Pertolongan Cemas.
f. Persatuan Penyelamat Nyawa.
g. Pegawai/bekas tentera untuk latihan kawad.
h. Doktor/Pembantu Perubatan untuk ujian Pertolongan Cemas.
i. Jabatan Hutan untuk latihan dalam ilmu kehutanan.
j. Jabatan Ukur untuk ilmu peta topo dan kompas.
3. Menyertai kem-kem ujian peringkat daerah untuk lencana-lencana tertentu,
aktiviti, kem ujian merintis, kem ujian memasak, kem ujian prienteering, dll.
4. Menyertai kem-kem zon bagi menilai kebolehan dan pencapaian dalam bidang
berpengakap dan yang berjaya akan diberi Lencana Ketua Pengakap Negara.
Menyertai kem-kem ujian anjuran negeri.
TARAF PERKHEMAHAN

Pemeriksaan Pagi

1. Setiap pagi hari perkhemahan, semua Pengakap harus bersedia untuk


pemeriksaan pagi.
2. Semua barang dalam khemah harus dikeluarkan dan diatur dengan kemas di atas
alas atau tikar. Susun atur pakaian adalah dimulakan dari kepala ke kaki. Beg-
beg perlu dikosongkan.
3. Selain daripada itu, mereka juga harus memakai uniform lengkap dengan kemas
sambil menunggu kedatangan pemimpin untuk membuat pemeriksaan pagi.
4. Semua gadjet perlu diperiksa untuk memastikan ianya teguh dan kukuh. Ikatan
yang longgar perlu diikat semula.
5. Dapur mesti kelihatan bersih. Periuk, kuali, cerek hendaklah dibasuh dan
diletakkan di atas rak yang tertentu. Api yang digunakan hendaklah dipadamkan.
6. Semua sampah di kawasan perkhemahan hendaklah dibuang atau dibakar di
tempat yang sesuai. Kebersihan kawasan dalam dan sekitar khemah di tahap
yang tinggi.
7. Kedatangan pemimpin untuk pemeriksaan pagi perlu disambut oleh Ketua Patrol
yang sudah bersiap sedia dengan barisan patrolnya.
8. Ketua pemeriksaan pagi hendaklah membahagikan tugas-tugas dan memberi
taklimat risngkas kepada pemimpin-pemimpin tentang perkara-perkara yang
harus dinilai.

Penilaian Pemeriksaan Pagi

1. Uniform (20 markah)


a) Kebersihan pakaian (5 markah)
b) Kekemasan (5 markah)
c) Setiap kesilapan memakai uniform atau lencana ditolak 1 markah (10 markah)
2. Gadjet (40 markah)
a) Keaslian (5 markah)
b) Bentuk dan Kegunaannya (5 markah)
c) Keteguhan (5 markah)
d) Ikatan/simpulan (5 markah)
e) 2 markah bagi setiap gadjet yang dibuat (20 markah)
Jenis-jenis gadjet:
i. Pintu gerbang
ii. Papan kenyataan
iii. Pengesat/rak kasut
iv. Rak barang
v. Ampaian
vi. Rak alatan
vii. Tiang bendera
viii. Tempat membasuh
ix. Meja makan
x. Pagar
3. Dapur (20 markah)
a) Dapur pelantar (10 markah)
b) Kebersihan alatan (5 markah)
c) Lubang kering dan lubang basah (5 markah)
4. Kebersihan (10 markah)
 Kebersihan kawasan khemah dan sekitarnya.
5. Tata Atur (10 markah)
 Kekemasan dan kebersihan pakaian dan barang-barang. Pastikan
pakaian dan barang-barang tidak dilonggokkan di satu tempat sahaja.

• Kemudian setiap pemimpin hendaklah memberi komen-komen tentang tajuk yang


diperiksa atau dinilainya dan diharap semua Pengakap mengambil tindakan terhadap
komen yang telah diberi.