Вы находитесь на странице: 1из 4

Reka Cipta

Proses

Proses 1 – Pengenalpastian Masalah

Lazimnya masalah wujud daripada sesuatu ketidakselesaan. Contohnya ketiadaan atau

ketidakselesaan sesuatu produk.

o Kenalpasti dengan tepat masalah yang dihadapi. Fikirkan;

- Apakah masalah sebenar yang dihadapi,

- Mengapa masalah itu berlaku dan

- Apakah tindakan yang perlu dilakukan.

o Kumpul maklumat dan data tentang produk yang hendak dicipta dengan mengkaji produk-

produk sedia ada yang sama fungsi. Maklumat boleh merangkumi aspek reka bentuk,

kefungsian, harga, saiz, warna, bahan dan penerimaan pengguna.

o Analisis maklumat yang dikumpul dan buat rumusan serta tindakan penyelesaian masalah

yang perlu dilakukan.

o Lakukan aktiviti penjanaan idea bagi mencetuskan idea alternative. Aktiviti penjanaan idea

boleh dilakukan dengan pelbagai cara seperti melalui sumbang saran, perbincangan, peta minda

atau lakaran bebas. Rekodkan apa jua idea yang diperolehi sama ada berbentuk pernyataan atau

lakaran.

Proses 2 – Pemilihan Idea

Pilih satu idea terbaik daripada senarai dalam aktiviti pencetusan idea alternatif. Pemilihan

idea hendaklan berdasarkan faktor berikut;

o Reka bentuk

o keupayaan kendiri,
o kepentingan produk

o kaedah pembuatan,

o mesra alam,

o bahan dan komponen digunakan

Proses 3 – Perekaan Projek

i. Buat berbagai lakaran reka bentuk idea dipilih dalam 3D

ii. Labelkan lakaran dengan bahan digunakan dan fungsi bahagian tertentu

Proses 4 – Pemilihan Reka Bentuk

i. Teliti semua lakaran reka bentuk projek dan pilih satu idea reka bentuk terbaik.

ii. Pemilihan perlu dibuat berdasarkan faktor-faktor reka bentuk yang telah dipelajari;

iii. Buat lukisan kerja projek yang lengkap dalam lukisan isometrik dan unjuran ortografik

lengkap dimensi.

iv. Lukisan kerja lengkap penting untuk menilai reka bentuk projek dan sebagai panduan untuk

membina projek

Proses 5 – Perancangan Pembinaan Projek

Beberapa perkara perlu difikirkan dalam proses ini:

i. Memilih dan menilai kesesuaian bahan yang akan digunakan.

ii. Menentukan kaedah pembuatan

iii. Menentukan bahan dan kaedah kemasan.

iv. Memilih alat yang perlu guna


v. Membuat jadual kerja

vi. Menggira anggaran kos projek

Proses 6 – Pembinaan, Pengujian dan Pengubahsuaian.

i. Pembinaan projek melibatkan kerja-kerja

- mengukur, menanda, memotong

- membina dan mencantum

- melakukan kemasan

ii. Gunakan alatan yang betul agar hasil kerja kemas.

iii. Kaedah penyambungan

- Penyambungan semenara – skru.

- Penyambungan kekal – paku, glu, ribet

- Penyambungan bergerak – ensel

iv. Bahan kemasan dan pelarut

- cat minyak dan cat alas – turpentine

- syelek - spirit metil

- tona kayu – thinner, turpentine

- lekar - thinner

v. Kaedah kemasan dan alatan

- semburan – mesin pemampat udara / spray tin

- sapuan – berus syelek, berus cat

- celupan – hot spray gun


- perekat

vi. Menilai dan menguji untuk memastikan projek kemas dan berfungsi seperti dikehendaki

vii. Pengubahsuaian – dilakukan jika projek tidak menepati faktor, keriteria dan untuk

menambah nilai produk.

Proses 7 – Pendokumentasian

Elemen yang perlu ada dalam sesebuah dokumentsi;

i. Pernyataan masalah

ii. Lakaran-lakaran projek bebas

iii. Lakaran projek dipilih

iv. Senarai bahan, alat dan mesin digunakan

v. Jadual kerja

vi. Data pengujian, penilaian dan pengubahsuaian

vii. Pengiraan kos projek

viii. Gambar foto projek yang telah siap

Вам также может понравиться