Вы находитесь на странице: 1из 24

Folio Sivik

&
Kewarganegaraan
Flora
&
Fauna

Nama:
Kelas:
Guru:
Flora atau fauna yang dipilih :
Marijuana
SeNaRaI
kAnDuNgAn

Bil Aspek m/s

01 Tajuk.
02 Senarai kandungan.
03 Penghargaan.
04 Pendahuluan.
05 Objektif kajian.
06 Kaedah kajian.
07 Hasil kajian.
08 Lampiran.
09 Rumusan.
10 Rujukan.

PENGHARGAAN
Di sini kami ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada
ibu bapa kami yang telah membantu dan menolong kami mencari
sumber-sumber yang tertentu untuk kami menyiapkan folio ini.

Jutaan terima kasih juga kepada guru mata pelajaran Sivik


dan Kewarganegaraan kami, Cik Siti Nurliyana bt. Sulaiman.
Beliau telah banyak memberi tunjuk ajar kepada kami untuk
menyiapkan folio ini.

Rakan-rakan seperjuangan dalam kumpulan ini iaitu


Muhammad Shammir Khairul Muzammil b. Abd. Jalil,
Muhammad Ammar Ashraff b. Mohd. Faris, Irfan Hafizi b. Ab.
Latiff yang telah menghulurkan bantuan menyiapkan folio ini.

Terima kasih sekali lagi kami ucapkan kepada semua yang


terlibat samada secara lansung atau tidak lansung dalam
pembikinan folio ini.
Pendahuluan
Tajuk Folio Sivik dan Kewarganegaraan yang telah
diberikan kepada kami adalah Flora dan Fauna. Folio
Sivik dan Kewarganegaraan ini bertujuan untuk mengkaji
flora dan fauna yang wujud di Malaysia. Selain itu, ini
dapat memberikan pengetahuan kepada orang lain tentang
kebaikan dan keburukan sesuatu flora dan fauna.
Seterusnya, flora dan fauna dapat digunakan untuk
kepentingan masa hadapan.
Kami mengambil keputusan dan memilih flora
daripada jenis tumbuhan Marijuana.Kami telah mengkaji
sejarah tumbuhan ini seperti penemuan, fungsi dan
kegunaan, kelebihan dan akibat buruk yang akan berlaku
kepada pengguna yang menyalahgunakan tumbuhan ini.
Tempoh masa yang diberikan untuk menyiapkan
kajian ini ialah tiga minggu. Selepas mengumpulkan
semua data dan maklumat yang diperlukan, kami telah
menulis laporan yang lengkap tentang kajian ini bagi
memenuhi kehendak soalan yang diberikan justeru
mempersembahkan dalam folio ini.
Objektif Kajian
 Untuk mengkaji sejarah,asal usul dan ciri-ciri
tumbuhan Marijuana/Ganja/Cannabis.

 Untuk mengkaji fungsi,kegunaan dan kesan


penggunaan tumbuhan Marijuana/Ganja/Cannabis
kepada penggunanya.

 Untuk mengkaji kesan dan implikasi penggunaan


Marijuana/Ganja/Cannabis kepada masyarakat dan
negara.
Kaedah Kajian

1. Melayari internet
Kami melayari internet untuk mendapat maklumat
tentang marijuana. Sebagai contoh, sejarah
penemuan, nama lain, kegunaanya dan lain-lain.

2. Ensiklopedia

Kemudian, kami mengkaji dengan mengumpul


maklumat melalui ensiklopedia virtual atau ‘online’
Yang boleh didapati di laman seperti ‘wikipedia’.
Hasil Kajian:
 Pengenalan Marijuana atau Ganja
 Sejarah Penggunaan Ganja
 Kesan Buruk Penggunaan Ganja
 Kesan Baik Penggunaan Ganja

Pengenalan Ganja
 Ganja (Inggeris Marijuana) berasal daripada sejenis
pokok hem yang bergelar Cannabis Sativa. Perkataan
"Ganja" berasal dari bahasa Sanskrit yang memberi
maksud "Resin/getah dari pokok berserabut".
 Ia merujuk kepada daun, batang, bunga dan biji benih
kepada pokok Kanabis tersebut yang mengandungi resin
dan selalunya dikeringkan (dengan menyalai) dahulu
sebelum digunakan.

 Ganja selalunya berwarna kehijauan hingga keperangan,


dengan berbau tengit dan boleh dimakan atau dihisap
(tanpa atau bersama tembakau).

 Kesan daripada pengambilan ganja boleh dirasai dalam


10 minit yang pertama jika dihisap. Tempoh masanya
adalah lebih panjang jika dadah ini dimakan.

 Secara amnya, seseorang itu boleh berkhayal selama 2


setengah jam atau lebih lama jika dimakan.
 Pengambilan dan memiliki ganja adalah haram di
kebanyakan negara, dan telah diselubungi kontroversi
mengenai penggunaannya dalam perubatan.

 Ganja mengandungi lebih 420 bahan kimia dan kesannya


kepada manusia bergantung kepada individu dan situasi.
Ini menyebabkan kesan ganja agak sukar untuk diperhati
dan dikaji.

 Penggunaan ganja pada seseorang itu dapat dikesan


melalui ujian darah,urine,air liur dan peluh menggunakan
kaedah chromatographics.

SEJARAH PENGGUNAAN GANJA

 Ganja adalah merupakan salah satu bahan untuk upacara


istiadat di Asia Tengah dan Asia Selatan. Bukti
penemuan ganja boleh didapati di sejak tahun ke-3 SM
lagi,dimana biji ganja hangus ditemui di sebuah tempat
ritual di sebuah halaman pemakaman kuno di Brazil.
 Cannabis juga dipercayai telah digunakan oleh orang
Hindu purba di Nepal ribuan tahun yang lalu. Ramuan
itu dikenali sebagai ganjika dalam bahasa Sanskrit. Ubat
Kuno ini ada disebut didalam Kitab Veda sebagai bahan
suci yang memabukkan.

 Cannabis juga didapati oleh orang-orang Asyria purba,


yang mengetahui tentang kegunaan ganja melalui orang-
orang Arya.Wujud satu upacara keagamaan mereka yang
dipanggil ‘Qunubu’(bermaksud "cara untuk
menghasilkan asap"), yang sehingga kini disebut sebagai
Cannabis atau Ganja.

 Cannabis juga diperkenalkan oleh bangsa Arya kepada


orang-orang Scythians dan Thracians / Dacia, dimana
dukun mereka menggunakan ganja untuk berada dalam
keadaan tidak sedar dan meracau ataupun lebih dikenali
sebagai ‘Trance State’. Ahli sejarah Dionysus
mempercayai bahawa ganja juga digunakan dalam
tamadun di Turkey,Yunani dan di Bulgaria. Pada tahun
2003, sebuah bakul penuh dengan kepingan-kepingan
daun dan biji ganja dijumpai di sebelah mumia yang
berusia 2.500 - 2,800 tahun di barat laut Xinjiang di
China.

KESAN BURUK PENGGUNAAN GANJA


Cannabis mempunyai kesan psikoaktif dan fisiologi
bila dikonsumsi. Jumlah minimum bahan kimia THC yang
diperlukan untuk memiliki kesan psikoaktif kelihatan pada
tubuh badan adalah sekitar 10 mikrogram per kilogram
berat badan .Bahan kimia THC ialah bahan kimia yang
terdapat dalam Ganja atau Cannabis.
Selain perubahan dalam persepsi subjektif
terutamanya ‘mood’ dan perasaan pengguna , kesan fizikal
paling biasa dialami dan kesan neurologi jangka pendek
meliputi peningkatan denyut jantung, penurunan tekanan
darah, penurunan episodic memori jangka pendek, memori
semasa, koordinasi psikomotor, dan konsentrasi. Kesan
jangka panjang pula masih belum dapat dijelaskan secara
saintifik .
 Untuk rajah tentang kesan penggunaan Ganja, sila rujuk ruangan lampiran

Ganja biasanya dihisap menggunakan sejenis alat


yang dipanggil ‘bong’ yang digunakan sebagai medium
untuk membakar daun ganja seperti rokok.
 Untuk rajah ‘bong’, sila rujuk ruangan lampiran

Namun begitu,ganja juga boleh didapati dalam


bentuk makanan.Ganja dalam bentuk ini tidak terdapat di
Malaysia ,ianya banyak dilihat di Amerika Syarikat dan
negara-negara barat yang lain.
Dalam bentuk makanan,ganja dicampurkan
dengan roti atau kek dan ianya dikenali sebagai ‘space
cake’ . Nama tersebut merujuk kepada kesan
penggunaannya dimana pengguna akan berkhayal dalam
tempoh tertentu.
 Untuk rajah ‘space cake’, sila rujuk ruangan lampiran

KESAN BAIK PENGGUNAAN GANJA

Walaupun ganja mempunyai banyak keburukan,


terdapat juga kegunaan ganja yang bermanfaat dan
membantu manusia iaitu dalam bidang perubatan.Ganja
digunakan untuk membabntu pesakit-pesakit barah yang
menjalani chemotherapy .
Pesakit-pesakit ini biasanya sentiasa berasa loya
dan kurang selera makan. Ganja membantu dengan
meningkatkan selera makan pesakit dan mengurangkan
gejala muntah-muntah dan loya pesakit barah di samping
menenangkan lagi keadaan mental pesakit tersebut.
 Untuk rajah ubat yang diperbuat daripada ganja, sila rujuk ruangan lampiran.

Penggunaan ganja di dalam perubatan telah ditemui


sejak tahun 2,737 sebelum masihi.Ia disahkan wujud sejak
zaman Yunani purba,Cina purba,Mesir purba,India purba
dan dalam perubatan Islam purba.

LAMPIRAn:
 Gambar Daun Ganja.
 Gambar Ladang Ganja.
 Gambar Ganja Liar.
 Rajah Kesan Penggunaan Ganja.
 Rajah ‘Bong’ & Cara Guna.
 Gambar ‘Space Cake’
 Gambar Ubat Diperbuat Daripada
Ganja.
 Rupa bentuk daun ganja mentah yang belum
diproses
 Ladang penanaman ganja.
 Ganja yang tumbuh liar dikawasan cerun-cerun
bukit.
 Kesan penggunaan ganja pada tubuh badan.
 Rupa bentuk ‘bong’ kaca yang digunakan untuk
menghisap ganja.
 Cara-cara ganja dihisap dengan ‘bong’.
 Kepelbagaian ‘space cake’ yang terdapat di negar-
negara barat.
 Contoh ubat yang diperbuat daripada ganja.
Rumusan
Setelah dikaji tentang Ganja atau Cannabis ini ,
didapati bahawa banyak perkara tentang tumbuhan ini yang
tidak diketahui oleh ramai. Ganja mempunyai banyak kesan
buruk kepada penggunanya tidak kira jangka masa pendek
atau jangka masa panjang. Walau bagaimana pun,
Ganja tetap mempunyai kebaikan dan juga digunakan
dalam proses-proses perubatan yang penting dan membantu
penggunanya .

Apa yang dapat disimpulkan di sini ialah kita


sebagai manusia yang berakal fikiran hendaklah
menggunakan akal fikiran kita dengan sebaiknya dengan
tidak menyalahgunakan ganja atau cannabis ini .
Sebaliknya ,penggunaan ganja ini hendaklah dimanfaatkan
sebaik-baiknya.
Rujukan:
 http://translate.google.com/

 http://en.wikipedia.org/

 http://ms.wikipedia.org/

 http://www.ganja.com/

 http://www.urbandictionary.com/

Вам также может понравиться