You are on page 1of 10

KABEL DAN PENGALIR

Kabel merupakan satu daripada bahan keperluan utama dalam kerja-kerja pendawaian
elektrik di samping aksesori lain sama ada untuk pendawaian domestik atau industri.
Kabel berfungsi sebagai penghubung atau laluan kepada bekalan elektrik dari satu
punca kepada punca yang lain. Contohnya, pendawaian elektrik bagi satu premis
rumah kediaman terdapat pelbagai punca elektrik yang lazimnya punca-punca ini
digunakan untuk lampu, kipas, televisyen, mesin basuh, penyaman udara dan peralatan
elektrik yang lain. Penghubung utama dari satu punca kepada punca bekalan lain di
rumah tersebut adalah menggunakan kabel yang disambung kepada punca bekalan
utama sebagai punca masukan.
Terdapat pelbagai jenis kabel yang digunakan untuk tujuan membawa bekalan elektrik
mengikut keupayaan kegunaannya. Di antaranya seperti kabel untuk voltan tinggi,
voltan sederhana dan untuk voltan rendah. Ini termasuk jenis bahan yang digunakan
sebagai pengalirnya, saiz kabel dan cara penebatannya.

Binaan Kabel

Kabel mempunyai bahagian-bahagiannya yang lazim dinamakan sebagai pengalir dan


penebat. Pengalir adalah bahagian kabel yang fungsinya untuk membawa arus elektrik.
Ketika mengalirkan arus elektrik, pengalir adalah bahaya kerana ia boleh menyebabkan
renjatan elektrik kepada sesiapa yang menyentuhnya dan juga boleh menyebabkan litar
pintas apabila bersentuh dengan pengalir lain. Untuk keselamatan, bahagian pengalir
disaluti dengan bahan penebat. Penebat adalah sejenis bahan yang tidak boleh
menglirkan arus elektrik. Rajah menunjukkan binaan kabel.

Binaan kabel

Pengalir

Pengalir adalah bahagian kebel yang fungsinya untuk menglirkan arus elektrik.
Bilangan pengalir itu boleh jadi satu, dua atau tiga ataua beberapa lembar mengikut
keperluan kegunaannya. Pengalir lazimnya dibuat daripada bahan jenis logam. Tidak
semua jenis logam boleh digunakan sebagai pengalir, kerana setiap jenis mempunyai
kerintangan yang berbeza dan boleh mempengaruhi aliran arus. Untuk dijadikan
pengalir yang baik hendaklah dipilih daripada jenis logam yang mempunyai kerintangn
rendah ianya mudah membawa aliran arus.
Pengalir yang kerap digunakan dalam pembinaan kabel dipilih dari bahan kuprim dan
aluminium. Keprum merupakan bahan pengalir yang baik dan lembut serta mudah
dibentuk. Selain itu harganya yang sederhana. Oleh kerana ia mudah dilentur dan
dibentuk, kabel berpengalir kuprum paling sesuai untuk kabel pendawaian dalam rumah
atau di luar rumah bagi pemasangan tetap. Selain itu kuprum keras yang mempunyai
ketegasan tertinggi ini digunakan untuk pengalir talian rentangan atas yang lazimnya
tidak bertebat.
Aluminium merupakan bahan logam yang mempunyai kerintangan lebih tinggi sedikit
daripada kuprum. Untuk dijadikan pengalir, luas keratan rentasnya hendaklah tidak
kurang daripada 10mm2. Aluminium lebih ringan daripada kuprum dan dianggarkan 1/3
berat daripada berat kuprum di samping harganya lebih murah.

Terdapat perkara-perkara yang boleh mempengaruhi rintangan sesuatu pengalir


dianataranya:
• Keluasan keratan rentas pengalir
• Penjang sesuatu pengalir
• Jenis bahan yang digunakan sebagai pengalir
• Suhu pada pengalir

Lembar

Lembar adalah bilangan pengalir yang terdat pada suatu kabel. Kabel yang kecil
biasanya terdapat satu lembar pengalir manakala bagi kabel yang mudah dilentur
terdapat banyak lembar pengalirnya. Dalam peraturan I.E.E menyatakan keluasan
keratan rentas lembar pengalir yang kuran daripada 10mm2 hendaklah menggunakan
bahan kuprum. Kabel mudah lentur ini mempunyai bilangan lembar yang biasanya
dibuat mengikut bilangan 1, 3, 7, 19, 161 dan 127.

Contoh:

Kabel 3/ 0.53 mm

3 adalah menunjukkan bilangan lembar pengalir iaitu sebanyak tiga lembar manakala
0.53 mm ialah saiz diameter setiap lembar pengalir.

Kabel dengan 3 lembar pengalir

Kabel 7/ 0.53 mm

7 adalah menunjukkan bilangan lembar pengalir iaitu sebanyak tiga lembar manakala
0.53 mm ialah saiz diameter setiap lembar pengalir.

Kabel dengan 7 lembar pengalir

Saiz Kabel

Kabel yang digunakan untuk pendawaian terdiri daripada pelbagai saiz. Pemilihan saiz
kabel ini dilakukan berpandukan kepada kabel yang lazimnya bertanda 1.5 mm2, 2.5
mm2, 4 mm2, 6 mm2 atau 10 mm2. label ini sebenarnya merujuk kepada luas keratan
rentas pengalir bagi sesuatu kabel yang tidak termasuk keluasan rentas penebatnya.
Rajah menunujukkan luas keratan rentaspengalir. Dengan yang demikian luas ke
semua keratan rentas setiap pengalir disatukan bagi kabel yang mempunyai lebih dari
satu pengalir dan dirujuk sebagai saiz kabel.

Keluasan keratan rentas pengalir digunakan untuk menentukan saiz kabel

Contoh:
Bilangan
Kadaran Saiz diameter
Saiz lembar dan Penggunaan
voltan keseluruhan
saiz diameter

1.25 mm2 (7/0.53 mm) Litar lampu 300/500 volt 2.5 mm

Litar lampu /
1.5 mm2 (3/0.737 mm) 300/500 volt 3.0 mm
pemanas
Litar kuasa
2.5 mm2 (7/0.67 mm) pemanas air – 400/750 volt 3.7 mm
5kW-20A
Litar kuasa
4 mm2 (7/0.85 mm) pemanas air 400/750 volt 4.2 mm
7kW-30A
Kabel meter
6 mm2 (7/1.04 mm) litar pemasak 450/750 volt 4.8 mm
12kW

Kadaran Voltan

Selain daripada label saiz kabel yang disertakan terdapat juga kadar keupayaan
menumpung voltan bagi kabel tersebut. Berlainan saiz, berlainan pula kadar keupayaan
menampung voltan.

Contoh:

Jenis : kabel bertebat PVK dan bersarung ‘double insulated’

Saiz : 1.5 mm2

Warna : hitam

Panjang: 100 meter

Voltan : 300/500 volt

Penebat

Penebat adalah sejenis bahan yang tidak mudah menglirkan arus elektrik. Pengalir
pada kabel mestilah disaluti oleh penebat bagi mengelakkan daripada terkena renjatan
dan berlaku litar pintas apabila tersentuh. Bahan penebat yang biasa digunakan dalam
pembuatan kabel pendawaian adalah dari jenis bahan berikut:

• Getah
• Polivinil klorid-pvk
• Kertas terisitepu
• Penebat mineral
• Urea formaldehyde
Penebat

• Penebat getah
Merupakan satu bahan penbat yang terbaik kerana mempunyai nilai kerintangan yang
tinggi, mudah dilentur, tidak mudah diresapi air dan sesuai diguna segai penyalut
pengalir. Setelah dicampur dengan bahan lain, terdapar tiga jenis hasil adunan getah-
getah yang digunakan untuk penyalut kabel, iaitu getah vulkan dengan ketahan suhu
sehingga 60°C, getah butil dengan ketahanan suhu sehingga 85°C dan getah silikon
dengan ketahanan suhu sehingga 145°C. sungguhpun getah-getah tersebut amat baik
untuk digunakan sebagai penebat kabel, tetapi terdapat juga kekurangannya.
Umpamanya mudah terbakar serta mudah menjadi reput dan rosak apabila terdedah
kepada sinaran matahari.

• Penebat pvk
Hasil campuran di antara bahan getah dengan plastik. Adunan ini menjadikan pvk
sebagai bahan penebat yang popular untuk kabel pendawaian. Terutamanya di
gunakan di negara yang mempunyai tahap sushu ambien yang stabil dengan ketahanan
suhu pada 70°C. bahan pvk jaga dugunakan untuk membuat aksesori pemasangan
elektrik seperti kotak suis, soket keluaran dan pemegang lampu. Penebat pvk tahan
kepada dedahan sinaran matahari, selain itu tidak mudah terbakar dan tahan daripada
tindakbalas kimia. Dari segi harga pula agak mahal sedikit.

• Penebat Kertas Terisitepu


Merupakan sejenis bahan yang bekeupayaan meresapkan lembapan cecair. Digunakan
sebagai penebat pada kabel untuk kegunaan di kawasan yang lembap seperti kabel
bawah tanah.

• Penebat Mineral
Sejenis bahan penebat yang dibuat dari bahan mineralo jenis magnesium oksida.
Bahan ini mempunyai daya tahan kepada suhu yang tinggi, tempat berminyak dan tahan
lasak.

• Penebat Urea Formaldehyde


Merupakan penemuan baru untuk bahan penebat. Selain daripada keupayaanya yang
tinggi dalam penebatan, ia ringan, mempunyai struktur yang kuat, tahan kepada suhu
yang panas, mempunyai tempoh hayat yang lama dan tidak mudah rosak dalam
keadaan cuaca yang berubah-ubah suhu ambiennya. Penebat bahan urea
formaldehyde berwarna putih popular digunakan untuk membuat aksesori pemasangan
elektrik seperti perumah kotak suis, soket keluaran, pemegang lampu dan lain-lain.
Kebanyakan pembuat aksesori yang menggunakan bahan ini me,beri jaminan mutunya
shingga sepuluh tahun. Dari segi kos, harganya agak tinggi. Bahan ini merupakan
gantian kepada penggunaan bahan penebat bakelit.

Kabel Berpenebat Pvk Dan Bersarung


Kebel jenis ini disebut juga sebagai dua tebatan atau ‘double insulated’. Kabel yang
digunakan dalam bangunan dengan risiko kerosakan luaran atau mekanikal biasanya
menggunakan jenis kabel bertebat pvk. Jika kabel dipasang pada di luar bangunan,
biasanya akan menggunakan kabel jenis bahan tahan lasak, tahan daripada sinaran
matahari, embun, cecair, perubahan suhu dan lain-lain dengan menggunakan kabel
jenis PCP iaitu polikloroperna atau HOFR yang tahan kepada kepada haba, minyak, api
dan rencatan. Rajah menunjukkan jenis kabel dua tebatan.

Kabel dengan dua tebatan

Pengalir disaluti dengan bahan penebat yang disebut sebagai kabel dan kabel ini akan
disarungkan oleh satu lapisan pelindung luaran atau disebut pelindung mekanikal.
Tujuannya untuk mengelakkan berlakunya kerosakan pada kabel ketika melakukan
pemasangan pendawaian atau pun berlakunya kerosakan kabel oleh punca luaran iaitu
secara mekanikal ketika sepanjang penggunaannya. Kabel dua tebatan pvk ini
biasanya digunakan untuk pemesangan pendawaian, sistem tersembunyi, iaitu di dalam
tembok dan dinding bata yang kemudian dilepa dengan simen.

Teras

Pengalir disebut juaga sebagai teras. Bilangan pengalir pada sesuatu kabel itu boleh
juga digunakan untuk menunjukkan bilangan teras. Kabel kadangkala juaga disebut
kabel teras tunggal, dua teras, kabel tiga teras, kabel tujuh teras dan pelbagai teras.
Rajah menunjukkan keratan rentas kabel dengan bilangan terasnya.

Satu teras
Dua teras
Tiga teras
Tujuh teras

Bilanga teras kabel

Kord Boleh Lentur

Kord boleh lentur boleh didapati dalam pelbagai saiz dan kadaran arusnya. Jenis yang
kerap digunakan adalah:
• Kord kembar selari tanpa sarung
• Kord kembar berpintal
• Kord bersarung pvk membulat
• Kord teranyam benang membulat
• Kord unkinkable
• Kord merintang haba

Saiz pengalir bagi kord boleh lentur di anatara 0.5 mm2 hingga 4 mm2 dan keupayaan
membawa arus sehingga 5 hingga 40 ampiar sahaja. Pengalirnya adalah dari jenis
kuprum, dan setiap lembar bergaris pusat kecil serta halus dengan ini memudahkan
kord dilentur serta membentuk bulatan yang berdiameter kecil walaupun lembarnya
banyak. Kord mudah lentur ini lazimnya digunakan sebagai:

Penyambung dari ros siling ke tamatan lampu


Penyambung dari plug/ palam ke peralatan elektrik
Kord penyambung

Selain itu boleh digunakan untuk pendawaian sementara tetapi dengan jarak yang
terhad. Penebat pada pengalir, kini menggunakan warna piawai iaitu:
• Warna coklat untuk dawai hidup
• Warna biru untuk neutral
• Warna hijau/ kuning untuk bumi

Berikut beberapa contoh kord boleh lentur:


• Kord kembar selari tidak bersarung 0.5 mm2 dan 0.75 mm2 digunakan untuk
lampu meja dan jam elektrik
• Kord dua teras bersarung pvk membulat5 dan dua teras beserta bumi. 0.5 mm2
dan 0.75 mm2 digunakan unutk lampu pendant
• Kord boleh lentur tiga teras dan satu teras pelindung. 1.0 mm2 atau 1.5 mm2
digunakan untuk peralatan elektrik 3 teras dan mesin alat tangan serta alat-alat
dua tebatan yang lain.
• Kord boleh lentur penebat getah serta anyaman benang membulat. 1.0 mm2 dan
1.25 mm2 digunakan untuk pemanas elektrik
• Kor boleh lentur unkinkable. 1.25 mm2 dan 1.5 mm2 digunakan untuk seterika
elektrik, cerek elektrik dan oven,
• Kord boleh lentur merintang haba. 0.55 mm2 dan 0.75 mm2 digunakan untuk
lampu pendant dengan mentol 100W hingga 200W. 1.25 mm2 dan 1.5 mm2
digunakan untuk pemanas elektrik dan peredam.

Dalam bahagian 5 bab 51 peraturan I.E.E 514-03 pengalir pelindung 512-03-01,


kombinasi warna hijau dan kuning hanya boleh digunakan untuk kabel pelindung sahaja
dan bukan untuk kegunaan lain. Bagi pengalir tidak berpenebat atau busbar yang
digunakan sebagai pengalir pelindung hendaklah diberi tanda pengenalan dengan jalur
berwarna kuning dan hijau. Setiap satu tidak kurang daripada 15 mm dan tidak melebihi
100 mm kelebarannya dengan kedudukan yang berhampiran.

Pengalir Dan Kabel Tidak Boleh Lentur


Peraturan I.E.E 514-06-01 menyatakan setiap teras tunggal dan setiap teras kabel tidak
boleh lentur bagu kegunaan pendawaian tetap hendaklah boleh dikenalpasti sama ada
di tamatan atau di sepanjang lalauan pendawaian melalui kaedahnya yang bersesuaian
seperti berikut:
• Kabel berpenebat getah atau pvk, penggunaan warna teras mengikut
sepertimana jadual atau pun penggunaan pita di tamatan, sarung gelang
mengikut mana yang terdapat pada jadual.
• Bagi kabel tambahan berpenebat pvk berperisai sebagai gantian kepada kaedah
yang dijelaskan pada item (I) penggunaan teras-teras bernombor mengikut
BS6346.
• Kabel berpenebat kertas, penggunaan teras-teras bernombor mengikut BS6480,
sepertimana nombot 1, 2 dan 3 pengenalan kepada pengalir fasa, nombor 0
pengalir neutral dan nombor 4 dan 5 untuk teras khas jika ada.
• Kabel dengan penebatan ‘termosetting’, penggunaan warna sama juga seperti
jadual atau sebaliknya penggunaan teras-teras bernombor mengikut BS5467
dan BS6724 dikhaskan nombor 1, 2 dan 3 pengenalan pengalir fasa, no 0
pengalir neutral.
• Kabel berpenebat galian, penggunaan tanda pada tamatan, sarung gelang dan
sebagainya hendaklah bersamaan sepertimana dengan jadual.
Segala bentuk pengenalan seperti pengikatan, gelang hendaklah mengikut BS3858
mengikut kesesuaiannya.

Keterangan Pengenalan warna


Kebel pelindung litar dan pengalir (pembumian) Hijau dan kuning
Kabel fasa bagi fasa tunggal a.u. Merah
Kabel neutral untuk fasa tunggal dan tiga fasa Hitam
Kabel R untk tiga fasa Merah
Kabel Y untuk tiga fasa Kuning
Kabel B untuk tiga fasa Biru
Kabel dua tanpa Kabel positif untuk a.t. liatar kabel dua Merah
bumi – litar a.t. Kabel negatif untuk a.t. liatar kabel dua Hitam

Pengenalan warna untuk teras kabel tidak boleh lentur dan pengalir tidak berpenebat
bagi kegunaan pendawaian tetap. Dalam peraturan 514-06-02 menyatakan kabel yang
berwarna hijau shaja tanpa jalur kuning tidak boleh diguna sebagai kabel pelindung.
Manakala 514-06-03 menyatakan pengalir tidak bertebat hendaklah ditanda di mana
perlu sama ada menggunakan pita, gelang atau dicat mengikut warna di jadual.

Bilangan teras Fungsi teras Warna teras


Fasa Coklat
1 Neutral Biru
pelindung Hijau dan Kuning
Fasa Coklat
2
Neutral Biru
Fasa Coklat
3 Neutral Biru
pelindung Hijau dan Kuning
Fasa Coklat atau Hitam
4 atau 5 Neutral Biru
pelindung Hijau dan Kuning

Pengenalan warna bagi teras kabel boleh lentur dan kord boleh lentur.

Memilih Saiz Kabel Dan Pengalir

Memilih saiz kabel dan pengalir yang betul pada sesuatu pendawaian adalah penting,
kerana ini dapat mengelakkan daripada berlakunya kabel menjadi panas. Delam
perenggan ini merujuk kepada peratura BS7671 bab 13 yang menyebut keperluan asas
untuk keselamatan. Dalam peraturan bilangan 130-02-03 menyatakan saiz pengalir dan
kapasiti membawa arus mestilah mencukupi. Manakala peraturan 130-02-04
menyatakan pengalir mestilah berpenebat dan berpelindung. Kemudian disusuli dengan
peraturan 130-02-05 memerlukan penyambungan dan tamatan hendaklah dibuat
dengan kaedah yang betul.
Bagi memastikan keperluan peraturan tersebut dapat dilaksanakan, kaedah pemilihan
pengalir hendaklah dibuat berdasarkan kepada keperluan dan kriteria litar, serta
mengambil kira jenis kabel dan juga penebatannya. Terdapat beberapa perkara lain
yang boleh mempengaruhi dalam pemilihan saiz kabel untuk sesuatu pendawaian, di
antaranya adalah:
• Kebolehsediaan
• Jenis bangunan
• Keadaan persekitaran
• Keselamatan
• Jangkahayat pendawaian
• Kebolehsuaian
• Kemudahan bahan pendawaian
• Pengasingan seperti pendawaian talian telefon, kabel antena televisyan/ radio
yang boleh menyebabkan gangguan.
• Kos

Penentuan Saiz Pengalir


Keperluan bagi menentukan saiz pengalir dinyatakan pada BS7671 bahagian 5 bab 52
iaitu pembinaan dan pemilihan sistem pendawaian setelah mengenal pasti jenis dan ciri-
ciri bagi kabel yang akan digunakan ini dapat membantu menetukan saiz pengalir. Saiz
ini mengambil kira keperluan arus oleh litar beban seperti permintaan maksimum.

Permintaan aksimum
Permintaan maksimum terkandung dalam BS7671 peraturan 311-01-01. setelah sagala
data dan maklumat bagi sesuatu pendawaian mengikut keperluan pengguna telah
diperolehi dan dikumpulkan, pendawai seterusnya akan melukis rekabentuk
pendawaian, membuat pengiraan dan menentukan saiz kabel. Kaedah asas bagi
pengiraan menentukan saiz kabel adalah mengambil kira faktor seperti lebih beban,
seperti yang dinyatakan dalam bahagia 433 peraturan BS7671 iaitu perlindungan
terhadap arus lebih beban.
Dalam peraturan ini menyatakan kordinasi di anatara pengalir/ kabel dengan peranti
pelindungan. Setelah peranti perlindungan dikenal pasti, pengiraan kapisiti membawa
arus dibuat berpandukan data yang terdapat di dalam apendiks 4 peraturan BS7671
yang lazimnya disertakan dengan katalog pembuat peranti.

Pengiraan

Dalam pengiraan asas memerlukan kita mengingati faktor-faktor yang boleh memberi
kesan kepada penglir, seperti Ca, Ci, Cg yang berbeza keratan rentas.. pemilihan jenis
kabel adalah mengikut keperluan dan kegunaanya, contohnya:
Kabel berpenebat PVK adalah dari jenis yang mudah terbakar.
XPLE tidak mudah terbakar atau kabel tetapan termanya.
XLPE jenis tidak mudah terbakar.
MICC kabel tertutup pengalir tertebat mineral bagi kegunaan keselamatan yang
dikhaskan untuk api.

Gambarajah
Kapisiti pembawa arus
• In = arus nominal ataua arus yang diset bagi perlindungan litar daripada arus
lebih
• Iz = kapasiti membawa arus bagi kabel pada litar pendawaian
• Ib = arus rekabentuk bagi litar pendawaian
• It = nilai aru terjadual dalam apendik ini untuk jenis kabel dan kaedah
pemasangan berkaitan untuk litar tunggal pada suhu ambien 30°C
• C = adalah faktor pembetulan yang akan digunakan apabila keadaan
pemasangan berlainan daripada untuk nilai kapasiti membawa arus terjadual
dalam apendik ini. Terdapat pelbagai faktor pembetulan iaitu:
 Ca = suhu ambien
 Cg = kumpulan
 Ci = penebatan terma/ haba
 Ct = suhu kendalian pengalir

Dalam semua keadaan Iz hendaklah tidak kurang daripada Ib dan In juga hendaklah tidak
kurang daripada Ib atau Iz ≥ In ≥ Ib. Untuk mencari saiz kabel bagi pembawaan arus Iz,
langkah pertama adalah mencari arus Ib. saiz kabel yang dipilih untuk kegunaan dalam
pendawaian dipilih mengikut arus It yang tidak boleh kurang daripada nilai arus nominal
peranti pelindung dengan rumus berikut:

It ≥ In/ CaCi

Bagi kumpulan kabel pendawaian di dalam konduit, sesalur yang boleh mengumpul
haba rumusnya adalah:

It ≥ In/ Cg

Manakala rumus bagi gabungan adalah:

It ≥ In/ CaCgCi

Dengan mengenalpasti nilai In, boleh menggunakan rumus tersebut untuk mencari nilai It
bagi mendapatkan nilai arus. Nilai ini boleh dibandingkan merujuk kepada jadual atau
lampiran pembuat bagi memilih saiz kabel yang sesuai. Sepertimana dalam apendiks 4
terdapat jadual-jadual yang menyediakan faktor pembetulan dan kaedah-kaedah rujukan
untuk digunakan dalam rumus tersebut, faktor ini adalah:
• Keluasan keratan rentas
• Jenis pengalir atau kabel
• Kaedah pemasangan
• Bilangan pengalir dalam kumpulan (Cg)
• Keadaan sekeliling seperti suhu ambien (Ca)
• Keadaan sekeliling seperti suhu ambien (Ca)
• Berpenutup dalam bahan kalis haba (Ci)
Bagi kaedah pemasangan adalah diberi dalam jadual 4A dan juga faktor-faktor didapati
seperti:
Cg = Merujuk pada Jadual 4C1 faktor pembetulan untuk suhu ambien di mana
perlindungan terhadap litar pintas dan jadual 4C2 faktor pembetulan untuk suhu
ambien di mana peranti pelindung lebih beban adalah berfius separa tetap
BS3036.

Cg = Merujuk kepada jadual 4B1 faktor pembetulan untuk kumpulan litar lebih
daripada satu bagi kabel teras tunggal, atau kabel pelbagai teras lebih daripada
satu.

Ci = Merujuk kepada jadual 52A iaitu kabel yang dikelilingi oleh penebat termal/ haba.

Apabila satu faktor itu bersesuaian dengan pengalir berkenaan dan It dikenalpasti dan
rujukan dibuat pada jadual yang berkenaan seperti 4D1A iaitu teras tunggal berpenebat
PVK bagi mendapatkan saiz kabel.

Contoh:
Satu litar mengandungi permintaan maksimum (ib) sebanyak 27.4 Ampier. Pendawaia
bercadang menggunakan CB sevagai peranti pelindung. Suhu ambien litar adalah 30°C
dan kabel tidak terkumpul dengan yang lain. Litar fasa tunggal, dengan kabel
berpenebat PVK selapis di dalam kondiut.

Rumus yang perlu digunakan untuk mengira saiz pengalir adalah:

It ≥ In/ CaCgCi

Di mana Ca = Cg = Ci = 1

Rajah peranti pelindung