Вы находитесь на странице: 1из 5

BERSEDIAKAH ANDA DITEMUDUGA?

1. PENDAHULUAN

Temuduga adalah satu masa yang sangat penting di dalam usaha untuk
mencari sesuatu pekerjaan. Wajah anda, keperibadian anda, gaya anda adan
pertuturan anda di samping kelayakan, kebolehan dan latihan anda akan
menjadi faktor-faktor penting di masa anda menghadiri sesuatu temuduga.

2. ASPEK TEMUDUGA

Terdapat dua aspek mustahak mengenai temuduga. Aspek-aspek itu


ialah:
a) Persediaan.
b) Tingkah-laku semasa temuduga.

2.1 Persediaan

2.1.1 Selidik seberapa banyak dapat tentang pekerjaan yang anda


pohon itu. Sumber-sumber yang boleh membantu anda ialah

i) Guru-guru Kerjaya di sekolah.


ii) Kauselor Kerjaya dan Penempatan.
iii) Pegawai Bimbingan Kerjaya di Perkhidmatan Pekerjaan,
Jabatan Tenaga Rakyat, Kementerian Sumber Manusia.
iv) Mereka yang bekerja I dalam pekerjaan yang dipohon.
v) Bahan-bahan penerangan kerjaya yang boleh didapati
dari pelbagai Jabatan, Firma dan Perpustakaan.
vi) Ibu bapa, saudara-mara dan rakan-rakan.

2.1.2 Selidik samada anda mepunyai kelulusan akademik dan


kelulusan lain sebagaimana yang dikehendaki bagi
pekerjaan yang anda pohon itu. Jangan semata-mata
bergantung kepada nasib.

2.1.3 Jika anda ditemuduga bagi sesuatu pekerjaan yang


berkehendakkan pengetahuan atau latihan khas, anda
mungkin disoal tentang perkara tertentu yang berkaitan
ataupun diberi satu ujian untuk menilai pengalaman,
kemahiran atau kepantasan anda. Dalam hal seperti ini
adalah berfaedah jika anda mengkaji semula perkara-
perkara berkenaan sebelum menghadiri temuduga.
2.1.4 Anda hendaklah mengambil tahu tempat, tarikh dan masa
temuduga akan diadakan dan hendaklah berada di tempat
temuduga itu 10 minit sebelum temuduga dimulakan.
JANGAN SEKALI-KALI DATANG LAMBAT.

2.1.5 Anda pakailah pakaian yang sesuai, kemas dan bersih.


Jangan memakai pakaian yang terlampau berwarna-warni
dan memnjolok mata, berselipar, menggunakan minyak
wangi dan alat solek yang berlebihan.

2.1.6 Kuku jari anda hendaklah bersih. Rambut hendaklah pende


bagi lelaki dan kemas disikat bagi perempuan (sebaik-
baiknya pakai tudung). Kasut anda juga hendaklah bersih
dan digilap

2.1.7 Apabila anda memohon pekerjaan pastikan permohonan


anda mengandungi segala butir-butir tertentu seperti yang
dikehendaki di dalam iklan itu.

2.1.8 Bawalah bersama-sama andasijil-sijil asal sekolah,


dokumen-dokumen asala dan surat-surat akuan asal untuk
disemak oleh majikan / penemuduga. Susunlah dokumen-
dokumen inimengikut susunan yang dikehendaki dan
janganlah digulung.

2.1.9 Apabila dipanggil masuk ke dalam bilik temuduga, anda


hendaklah mengetuk pintu terlebih dahulu sebelum
memasuki bilik temuduga itu. Janganlah merasa gentar,
masuklah dengan hati yang tenang dan penuh yakin.

2.1.10 Sediakan nama dan lain-lain butir mengenai dua orang yang
benar-benar mengenali anda, tetapi bukan saudara-mara
anda, yang akan memberi perakuan kepada diri anda.
Eloklah jika anda mendapatkan keizinan terlebih dahulu
daripada mereka.

2.2 Tingkah –Laku Semasa Temuduga

2.2.1 Semasa hendak masuk ke bilik temuduga JANGANLAH


gentar. Buatlah seperti biasa sahaja. Ucapkan ‘Selamat
Pagi’ atau ‘Selamat Petang’ mengikut pada keadaan waktu.
Ini nanti akan memberi perasaan mesra di antara anda dan
penemuduga.
2.2.2 Jangan hulurkan tangan anda untuk berjabat tangan selagi
penemuduga itu tidak berbuat gerakan dahulu yang ianya
hendakberbuat demikian.

2.2.3 Janganlah anda duduk delagi tidak disuruh. Apabila anda


disuruh duduk, ucapkan terima kasih dan duduklah dengan
sempurna serta tegakkan badan. Jangan menggelisah.

2.2.4 Jangan anda cuba hendak mengalih keadaan kerusi yang


disediakan itu.

2.2.5 Jangan anda letakkkan barang-barang atau tangan ataupun


siku anda di atas meja penemuduga itu.

2.2.6 Jangan goyang-goyangkan kaki atau menggerakkannya di


sana-sini. Jangan pula anda cuba hendak membaca surat-
surat dan lain-lain kerrtas di atas meja penemuduga itu.

2.2.7 Biarkan penemuduga itu memulakan temuduga.

2.2.8 Janganlah anda menjawab soalan-soalan dengan tergopoh-


gapah. Sebaliknya jawablah dengan tenang dan jelas serta
mudah didengar. Jawapan yang anda beri itu hendaklah
tepat. Jangan bercakap panjang lebar dan janganlah
gunakan bahasa kasar.

2.2.9 Apabila bercakap pandanglah ke muka penemuduga itu.


Jika ahli-ahli panel yang menemuduga itu lebih daripada
seorang maka arahkan jawapn-jawapan anda kepada Ketua
Panel.

2.2.10 Gunakan perkataan seperti Tuan dan Puan pada orang yang
tertentu dari masa ke semasa tetapi janganlah selalu
menggunakannya.

2.2.11 Jangan menyampuk semasa penemuduga itu sedang


bercakap dan janganlah sekali-kali berbalah dengannya.

2.2.12 Jangan merokok ataupun mengunyah apa-apa di dalam


mulut.

2.2.13 Jangan sekali-kali mengeluarkan kata-kata yang tidak benar


semasa dalam temuduga.

2.2.14 Jika anda tidak tahu jawapan yang disoal itu, janganlah cuba
untuk berbohong ataupun berdiam diri sahaja kerana ini
akan melemahkan peluang anda. Eloklah anda bercakap
berterus-terang yang anda tidak tahu jawapannya.

2.2.15 Bersedia memberitahu penemuduga tentang keluarga anda,


persekolahan, kegemaran dan aktiviti anda. Jangan
bercakap melebihi dari yang tidak sepatutnya.

2.2.16 Jangan berbincang apa-apa masalah peribadi anda semasa


temuduga.

2.2.17 Jika anda pernah bekerja dahulu, berikan keterangan


dengan ringkas dan tepat berkenaan dengan pekerjaan itu.

2.2.18 Jangan sekali-kali anda mencela bekas majikan anda.

2.2.19 Nyatakan kelayakan dan kelulusan anda yang benar tetapi


janganlah membesar-besarkan perkara itu.

2.2.20 Anda hendaklah mengetahui serba sedikit akan tugas-tugas


yang bersabit dengan pekerjaan itu, masa bekerja dan gaji
permulaan.

2.2.21 Anda jangan teragak-agak untuk memberitahu kadar gaji


yang anda ingin. Walau bagaimanapun biarlah penemuduga
mengemukakan perkara itu terlebih dahulu.

2.2.22 Jika penemuduga tidak menyatakan tarikh keputusan


temuduga, eloklah anda bertanya supaya anda boleh datang
lagi ke pejabatnya untuk mengetahui keputusan itu. Jika ia
bersetuju tanyakan tarikh dan masa yang sesuai baginya.

2.2.23 Biarkan penemuduga itu menamatkan temuduga.

2.2.24 Ucapkan terima kasih kepada penemuduga kerana memberi


peluang kepada anda menyertai temuduga itu.

3. PENILAIAN TEMUDUGA

Dalam temuduga lazimnya penemuduga akan menilai diri anda dalam perkara-
perkara seperti yang dijadualkan di bawah :-

i. PARAS RUPA FIZIKAL :


- Kekemasan dan cara pemakaian.

ii. TINGKAH-LAKU :
- Perlakuan am, kesopanan, gaya dan ketenangan.
iii. KEPETAHAN BERTUTUR :
- Tenang, kelancaran penyampaian, perbendaharaan kata dan pemilihan
perkataan, dan penyampaian yang jelas.

iv. KEYAKINAN :
- Keyakinan diri, kematangan sikap dan pendapat, ketabahan dan
kepastian.

v. KEWIBAWAAN :
- Personaliti yang tegas lagi bertenaga, keupayaan untuk meyakinkan dan
mempertahankan hujah.

vi. MOTIVASI :
- Desakan / kesungguhan, penyertaan dalam perbualan / perbincangan.

vii. PEMBAWAAN :
- Kemesraan dan kemampuan bergaul, perangai, berfikiran luas, kawalan
emosi.

viii. KECERDASAN :
- Keupayaan analitikal, kecekapan menjawab, mentaakul, membina dan
berfikiran logik.

ix. PENGETAHUAN :
- Berhubungan dengan kelayakan dan pengalaman.

4. PENUTUP

4.1 Boleh jadi anda akan diambil terus bekerja selepas temuduga itu
walaupun anda akan diberitahu oleh penemuduga tentang
keputusannya di dalam beberapa hari kelak.

4.2 Jikalau anda tidak berjaya mendapat pekerjaan itu, janganlah berputus
asa. Setiap kali anda ditemuduga, ianya akan menambahkan lagi
pengalaman anda dan anda juga berpeluang membaiki cara-cara dan
kedudukan yang lepas.

Вам также может понравиться