Вы находитесь на странице: 1из 9

akan dihadapi oleh umat Islam di Malaysia iaitu sebagaimana berikut:

Keimanan dan ketakwaan kepada Allah


Kerajaan adil dan beramanah
Rakyat berjiwa merdeka
Penguasaan ilmu pengetahuan
Pembangunan ekonomi seimbang dan komprehensif
Kehidupan berkualiti
Pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita
Keutuhan budaya dan moral
Pemeliharaan alam semulajadi
Kekuatan pertahanan

Salleh Buang (2006) pula menggariskan 10 cabaran yang


dihadapi oleh umat Islam mutakhir in Cabaran tersebut ialah:
melaksanakan agenda Melayu/ umat Islam yang belum selesai;
mempertahankan status dan hala tuju Mahkamah Syariah;
mengembal ikan keyakinan rakyat sepenuhnya kepada institusi kehakiman negara;
memperkasa dan merekayasa jabatan kerajaan dan agensi awam, termasuk Jabatan
Agama Islam Negeri;
menangani pengaruh "global christianity";
meneruskan projek "common law" ala Malaysia (yang
telah berkubur);
memperbaharui/ membersihkan undang-undang negara yang tidak selaras dengan
hukum syarak;
memperbaharui undang-undang lapuk yang tidak sesuai lagi pada alaf baru;
mengawal pembangunan yang tersasar (mengamalkan pembangunan lestari)
memperkukuh/ melaksanakan undang-undang alam sekitar.

Mufti Perak (2006) pula berpendapat bahawa antara cabaran yang dihadapi oleh umat
Islam di negara ini adalah seperti berikut:
pemindahan budaya dad Barat
sekularisme
budaya hedonisme
pluralisme
wabak AIDS/HIV

Sebuah pertubuhan belia Islam (Angkatan Belia Islam Malaysia 2006) pula mengenal
pasti enam cabaran lain yang dihadapi umat Islam di negara ini, antaranya:
liberalisme
hegemoni Barat
etika berpolitik
masyarakat madani
perpaduan nasional
isu memperkasakan moral bangsa.

Secara keseluruhan, dapat disimpulkan bahawa umat Islam di Malaysia pada zaman mutakhir
ini menghadapan berbagai-bagai jenis cabaran yang dapat diklasifikasikan
kepada dua bentuk, iaitu cabaran yang datang dari kalangan umat Islam sendiri dan cabaran
yang datang dari luar, terutamanya dari Barat.

CABARAN DARI UMAT ISLAM


Antara cabaran yang datang dari kalangan umat Islam sendiri ialah kejahilan dan kurang
penghayatan umat Islam terhadap Islam, terutamanya akidah Islam. Pelbagai bentuk krisis
kepercayaan dan kemelut akidah yang berlaku dalam masyarakat Islam menjadi petanda dan
kayu pengukur yang dapat menentukan tahap kelemahan seseorang Muslim terhadap ilmu
keagamaan dan kemampuan mereka untuk membezakan yang hak dari yang batil. Sebagai
contohnya, umat Islam yang terperangkap dengan ajaran sesat begitu mudah menerima ciri-
ciri ajaran sesat yang
amat jelas sekali bertentangan dengan akidah dan syariat Islam. Bahagian Hal Ehwal Islam
(1994), mengenal pasti enam ciri tersebut:

menghalalkan sesuatu yang diharamkan Allah dan sebagainya,


mempercayai wahyu masih lagi turun,
mempercayai ada lagi nabi dan rasul yang lain selepas Nabi Mumamad (s.a.w.),
mempercayai guru sebagai Imam Mandi atau nabi;
mempercayai orang mat i boleh memberikan pertolongan apabila diseru namanya.
memansuhkan kewajipan-kewajipan tertentu dalam syariat Islam seperti solat, puasa,
zakat, haji dan lain- lain.

Kepercayaan-kepercayaan yang menyeleweng seumpama


ini sudah tentu secara jelas bertentangan dengan rukun-rukun
iman dan Islam yang wajib diketahui, dipelajari dan diyakini
serta tidak pernah dipertikaikan oleh seluruh umat Islam di
dunia ini kecuali mereka yang tersesat dan juga terpengaruh
dengan ajaran sesat.
Oleh sebab itu, kejahilan terhadap Islam merupakan
antara faktor berlakunya krisis akidah di kalangan umat Islam
sehingga menyebabkan wujudnya beberapa ajaran sesat dan
fahaman yang bertentangan dengan syariat sebenar.
Kebiasaannya, orang jahil akan menerima sesuatu perkara
sepenuhnya tanpa membuat pertimbangan terlebih dahulu
sama ada benar atau bertentangan dengan ajaran Islam (Azhar
Abu Samah dan Mohd. Yusof Sulaiman 2000). Orang yang jahil
merujuk kepada seseorang yang tidak mengetahui sesuatu
perkara. Apabila sesuatu perkara dijelaskan kepadanya, dia
akan beranggapan perkara itu benar. Malah kejahilan akan
mendatangkan mudarat yang lebih besar sekiranya ia
membabitkan kepercayaan. Ini kerana ia sukar diubah dan
di lenyapkan dalam masa yang singkat : sebal iknya ia
memerlukan proses pemulihan yang berterusan.
Kejahilan juga menjadi punca berlakunya salah faham di
kalangan umat Islam terhadap ajaran Islam yang sebenar.
Menurut Kamus Dewan (2002), salah faham merujuk kepada
tidak mengerti hal yang sebenarnya atau memberi pengertian
yang salah, salah mengertikan sesuatu atau menyalahertikan.
Muhammad Qutb (1989) menegaskan bahawa salah faham
terhadap Islam bermaksud kefahaman yang menyeleweng dart
hakikat ketuhanan, alam semesta, kehidupan dan juga
kemanusiaan. Dalam erti kata lain, terdapat salah faham di
dalam pemikiran manusia dalam menanggapi hakikat
ketuhanan yang sebenarnya dan hubungan manusia dengan-
Nya di samping tersilap pengertian berkenaan konsep alam
Cabaran Semasa Umat Islam 47
semesta, hubungannya dengan Allah dan manusia dalam realiti
kehidupan mi. Pendek kata, salah faham manusia terhadap
Islam merangkumi segala lapangan kehidupan manusia dari
aspek akidah, syariat dan akhlak.
Selain daripada kejahilan, salah faham juga boleh terjadi
apabila seseorang menimba ilmu agamanya bukan daripada
sumber yang ash i iaitu al-Quran dan al-Sunnah. Al-Quran dan
al-Sunnah sahaja merupakan sumber rujukan dan pegangan
utama umat Islam dalam memahami hakikat Islam yang
sebenarnya (Muhammad Nor b. Ibrahim et al . (1995) .
Sehubungan itu, Rasulullah pernah bersabda:
(Maksud: Sesungguhnya Rasulullah bersabda: Aku tinggalkan kepada kamu
dua perkara yang kamu sekali-kali tidak akan tersesat selagi kamu berpegang
teguh pada keduanya iaitu kitab Allah dan sunnah Nabi-NyaI.2
Selanjutnya, kelemahan yang melanda umat Islam kini
berpunca daripada kurang kesedaran, lupa din, tidak
menggunakan seluruh kekuatan dan potensi, tidak berdikari
dan banyak bergantung kepada Barat, daya berfikir yang kerdil,
sempit dan jumud, budaya taklid yang merugikan, kekuatan
rohani yang pudar, ketandusan ilmu, muflis ide, muflis akhlak,
ukhuwah antara umat yang lemah, kerja tidak berkualiti dan
kurang produktiviti serta membiarkan sahaja sumber ekonomi
dieksploitasi musuh (Yusuf al-Qaradawi, 1985).
Kesalahfahaman terhadap ajaran Islam ini juga timbul
akibat kelemahan intelektual Islam sendiri yang salah
memahami ajaran Islam sebagaimana dikehendaki Allah (s.w.t.)
dan Rasul-Nya. Ada di kalangan umat Islam rasa rendah dini
terhadap ideologi-ideologi dunia, kemudiannya membuat
persamaan antara Islam dengan ideologi-ideologi tersebut. Maka
lahirlah istilah "sosialisme Islam", "liberalisme Islam",
"kapitalisme Islam", "demokrasi Islam", "humanisme Islam" dan
istilah-istilah lain yang sama sekali asing bagi Islam. Maka
pendengar pun memahami bahawa Islam adalah sepadan
2 Al-Tirmidhi, Sunart Kitab al-Manaqib An Rasulillah, Bab Manaqib
Ahl Bayt al-Nabi, j. 5, no. Hadith: 3786, h. 662; Muhammad Zakariyya al-
Kandahlawi (1980), Awjaz al-Masalik ha Muwatta' Malik, Kitab al-Jami`, Bab al-
Nahy 'An al-Qawl bi al-Qadr, j. 14, no. Hadith: 1395, Beirut: Dar al-Fikr, h. 100.
4 8 Eng ku Ahma d Za k i
dengan ideologi-ideologi ciptaan manusia itu (Hilmy Bakar
Almascaty 1994).
Lebih tegas lagi kelemahan dunia Islam hari ini bukanlah
disebabkan hebatnya serangan musuh atau cekapnya
perancangan mereka mengatur strategi, tetapi kerana mereka
bijak mengambil kesempatan terhadap pelbagai masalah,
kepincangan dan kelemahan dalaman umat Islam. Satu hal
yang pasti adalah dunia Islam semenjak abad ke-12H/18M dan
ke-13H/19M telah dilanda sindrom kejahilan dan kebekuan
fikiran. Islam kini hanya tinggal pada nama dan ini membuka
ruang kepada serangan pemikiran, budaya, pol i t ik dan
ketenteraan. Serangan Barat boleh dikatakan sebagai membalas
dendam terhadap kekalahan mereka dalam Perang Salib yang
berlanjutan hampir 200 tahun.

CABARAN DARI BARAT


Jika ditinjau dalam setiap lapangan kehidupan umat Islam
seharian kin!, terdapat pelbagai jenis penyelewengan akidah
yang berlaku sama ada secara sengaja mahupun tidak disedari.
Oleh itu, ia merupakan suatu penyelewengan yang agak rumit
untuk diperbetulkan. Di antara jenis penyelewengan akidah
yang berlaku secara meluas pada zaman moden ini ialah
membebaskan diri daripada ikatan keagamaan. Situasi ini
berlaku apabila seseorang Muslim merasakan agama Islam
sebagai satu aspek kehidupan yang boleh ditinggalkan
mengikut kepentingan did dan keadaan semasa. Apabila agama
tidak lagi diperlukan dalam memenuhi cita-cita hidupnya, maka
agama akan mula disisihkan sedikit demi sedikit daripada
ruang pemikiran dan realiti kehidupannya (Wan Mohd Azam
Mohd. Amin 1995).
Satu lagi jenis penyelewengan akidah yang berlaku dalam
kehidupan umat Islam ialah seseorang itu merasakan agama
Islam i tu terlalu suci dan dari i tu, ia t idak boleh
dicampuradukkan dengan urusan keduniaan seperti urusan
sosial, poliiik, ekonomi dan lain-lain lagi (Wan Mohd Azam
Mohd. Amin 1995).
Kedua-dua jenis penyelewengan ini pada hakikatnya telah
juga berlaku pada agama-agama samawi terdahulu sebelum
Islam iaitu Yahudi dan Kristian. Pemikiran tentang ketuhanan
dan segala isi ajarannya telah dipinggirkan daripada pentas
kehidupan seharian di dunia mi. Gejala seumpama inilah yang
Cabaran Semasa Umat Islam 49
telah diistilahkan sebagai sekularisme. Prof. Syed Muhamad
Naquib al-Attas di dalam bukunya Islam and Secularism telah
memetik satu definisi sekularisme yang masyhur iaitu:
"the deliverance of man "first from religious and then from
metaphysical control over his reason and his language". It
is "the loosing of the world from religious and quasi-religious
understandings of itself, the dispelling of all closed world
views, the breaking of all super natural myths and sacred
symbols"... the "defatalization of history", the discovery by
man that he has been left with the world on his hands, that
he can no longer blame fortune or furies for what he does
with it...; (it is) man turning his attention away from worlds
beyond and toward this world and this time". Secularization
encompasses not only the political and social aspects of life,
but also inevitably the cultural, for it denotes "the
disappearance of religious determination of the symbols of
cultural integration" (1978:15).
Jelas daripada definisi di atas bahawa sekularisme
merupakan suatu fahaman yang bersifat anti-agama dan anti-
Tuhan. Dalam perjalanan sejarah moden dunia, fahaman
sekular isme tajaan Barat moden sudah ber jaya
mensekularisasikan seluruh pelosok dunia, termasuk dunia
Islam. Ringkas, proses sekularisasi itu sebenarnya tidak lain
merupakan proses pembebasan manusia daripada kongkongan
agama dan kawalan metafizik.
Perlu ditegaskan bahawa peradaban Barat moden yang
melanda umat Islam itu membawa semangat, fahaman, idea
dan world view yang amat tidak serasi dengan world view dan
matlamat peradaban Islam. Ini kerana dalam konteks
peradaban Barat moden, ia merupakan sebuah peradaban yang
mengenepikan Tuhan dan memberikan penghormatan yang
tinggi kepada kebendaan (Sidi Gazalba 1973).
Dalam kata-kata lain, peradaban Barat moden merupakan
s ebuah peradaban yang l ebih mement ingkan unsur
individualistik dalam gaya hidup kerana ia juga bertunjang
fahaman materialistik iaitu suatu fahaman dan sikap hidup
yang memberikan tumpuan kepada usaha mencari kenikmatan
kebendaan semata-mata, sikap bermati-matian dalam
kebendaan, sikap percaya kepada kebendaan sahaja dan
menolak segala nilai luhur yang lain (Muhammad al-Bahi 1979).
Di samping i tu, peradaban Barat moden i tu juga
didominasi fahaman sekularistik. Fahaman ini pula lazimnya
50 Engku Ahmad Zaki
merujuk kepada satu sikap dan kecenderungan untuk
menganggap sepi terhadap Tuhan dan semua persoalan serta
kegiatan keagamaan kerana manusia terlalu sibuk dengan halhal
duniawi sehingga tidak sempat untuk berfikir mengenai halhal
ukhrawi (Syed Muhammad Naquib al-Attas1978).
Dan i segi implikasi psikologi, Barat berjaya menyogok
falsafah dominasi nilai kebaratan dan kemenangan fahaman
materialisme ke atas konsep, doktrin dan cara hidup Islam.
Akibatnya, ia telah menghakis wajah keislaman dan
mengembalikan wajah jahiliah. Malah, kesannya dirasai dalam
segenap bidang kehidupan manusia termasuk pendidikan, ilmu
pengetahuan, ekonomi, kewangan, ketenteraan, kesenian,
sosial, sains, kebudayaan dan media massa.
Di dalam bidang pendidikan, seriusnya kesan kekalahan
itu sehingga ilmu utama seperti kejuruteraan, psikologi,
sosiologi, biologi, astronomi, fizik, kimia, matematik, ekonomi
dan perubatan yang diajar di institusi-institusi pendidikan
terpisah jauh daripada roh Islam, sedangkan pengasas dan
pelopor semua ilmu tersebut adalah ilmuwan Islam. Apa yang
menyedihkan lagi apabila mahasiswa Islam terpaksa merujuk
fakta atau teori Barat yang kadangkala bertentangan dengan
Islam dalam mempelajari ilmu itu hingga tidak kurang pula
daripada mereka ini yang pemikiran, nilai, jati diri, cita rasa,
aliran dan gaya hidup mereka sebati dengan kiblat tamadun
Barat (Muhammad al-Ghazali 1991).
Cita-cita Barat adalah untuk menjadikan semua orang di
dunia ini hidup serupa dalam satu budaya. Mereka ingin
melahirkan anak Muslim celupan Barat yang berwatak sekular
dan jauh daripada akhlak Islam. Nama dan agama rasmi
dibiarkan Islam tetapi pemikiran dipastikan berubah. Nilai dan
pandangan hidup terhadap agama, kehidupan, manusia,
sejarah, keyakinan atau kepercayaan terhadap kekuatan Islam
dipesongkan supaya sentiasa mengagung kemampuan Barat.
Malah persepsi terhadap sistem perundangan, politik, akhlak
dan budaya juga berubah. Ini dapat dilihat melalui tingkah
laku, tindakan dan hasil pemikiran mereka yang terbukti
melalui pelbagai ucapan dan tulisan.
Dad sini, lahirlah berbagai-bagai ideologi moden seperti
sekularisme, kapitalisme, nasionalisme dan sosialisme
mengambil tempat Islam sehingga menjadi anutan dan
pegangan umat Islam kini dalam seluruh lapangan hidup
(Sulaiman Nordin 1995). Natijahnya, Islam mula terpinggir jauh
Cabaran Semasa Umat Islam 51
daripada real i t i kehidupan semasa. Malah ada yang
menganggap ideologi moden tersebut seperti sekularisme dan
nasionalisme juga sebahagian daripada Islam (Astora Jabat
2003).
Dewasa ini, masyarakat Islam menyaksikan lambakan
bahan-bahan percetakan dan penyiaran sama ada terbitan
secara har ian, mingguan, bulanan atau tahunan yang
memuatkan pelbagai isu dan persoalan kehidupan manusia
sejagat. Lambakan bahan-bahan tersebut bukan hanya
dihasilkan oleh masyarakat tempatan, malah dilimpahi bahanbahan
media asing yang mempromosikan pengaruh-pengaruh
budaya Barat yang akhirnya mendominasi setiap aspek
kehidupan seorang Muslim.
Kemudian, penggunaan saluran peralatan teknologi
canggih telah memperkukuhkan nilai-nilai peradaban barat
yang telah di tanam dalam tempoh penjajahan sambi l
menaburkan sejumlah nilai baru yang dibawa khusus oleh era
pascamoden yang dikenali sebagai faham pascamodenisme.
Pada asasnya, kehebatan zaman pascamoden ini sebenarnya
ditandai oleh unsur upaya kesejagatan planet bumi bahawa
dunia persis sebuah kampung, yang segala hambatan dan
sekatan perbatasan yang dicipta sejak munculnya negarabangsa
kira-kira 500 tahun yang lalu telah berjaya dilangkau.
Semua ini dianggarkan menjadi mungkin hasil daripada
revolusi hebat yang berlangsung dalam bidang teknologi
maklumat dan komputer yang bergabung pula dengan teknologi
telekomunikasi dan satelit. Inilah sebenarnya intisari dari apa
yang diisytiharkan "borderless world" yang menandakan
berakhirnya zaman moden untuk diganti dengan zaman
pascamoden (Anwar Ibrahim 1995).
Kehebatan teknologi maklumat, komputer, teknologi
telekomunikasi dan satelit ini nyatanya, hari demi hari, akan
mendominasi ruang lingkup dan ceruk rantau kehidupan
harian manusia masa kini. Hal ini bermakna bahawa manamana
masyarakat di planet bumi ini akan terdedah secara
berterusan kepada terobosan apa juga bentuk penyiaran asing
tanpa boleh dibuat sebarang tapisan secara berkesan.
Penapisan dan kawalan bahan oleh pihak berkuasa sesebuah
negara bangsa menjadi begitu sukar untuk dilakukan kerana
teknologi canggih ini telah memungkinkan penyiaran bahanbahan
yang hendak disebarkan berlangsung dalam skala
sejagat. Gejala seumpama ini boleh menjadi pemangkin untuk
52 Engku Ahmad Zaki
meleburkan perbezaan dan kepelbagaian budaya di antara satu
masyarakat dengan masyarakat lain di dunia mi.
Kalaulah kolonialisme merupakan pembantu utama
penyebaran sekularisme edisi lama, maka kecanggihan dan
kehebatan teknologi maklumat dan komputer serta teknologi
telekomunikasi dan satelit yang berjaya merubah dunia menjadi
sebuah kampung global itu merupakan sayap kanan yang
bertindak sebagai pembantu utama dalam proses penyebaran
faham sekularisme edisi terkini mi. Lalu, dalam keadaan ini,
kita segera teringat kepada peti televisyen dan monitor
komputer yang sekarang rata-rata dimiliki oleh umat Islam
serata dunia, malahan dalam keadaan sekarang kedua-dua alat
ini, khususnya televisyen, sudah pun merupakan ahli keluarga
utama dalam setiap keluarga. Di samping itu, kita juga teringat
kepada istilah-istilah seumpama internet, lebuh raya
maklumat, cakera parabola dan langit terbuka. Semua ini
merupakan peralatan atau perkakasan canggih yang menjadi
penyalur dan penyebar faham pascamodenisme masa kini,
untuk melahirkan pula satu bentuk kolonialisme edisi baru
(Rahmah Hashim 1995).
Dalam kehidupan masa kini, pelbagai peralatan seumpama
televisyen bersama program siarannya misalnya sudah
bert indak sebagai sebuah inst i tusi sosial yang amat
berpengaruh. Televisyen sudah mempunyai banyak rangkaian
dan lebih daripada 60% ruangan radio dan televisyen lebih
berfokus kepada hiburan. Sebagai contohnya, kumpulan muzik
dari German, Scorpions telah menggegarkan Stadium Merdeka
pada pertengahan September 2004. Beberapa hari kemudian
diadakan pula konsert "The Best of Blues" yang berlangsung
di Bukit Kiara. Ringkasnya, setiap tahun ada saja kumpulan
muzik dari Barat yang dibawa masuk.
Hiburan semakin mewarnai kehidupan masyarakat,
terutama remaja. Ia berupaya mencorakkan budaya masyarakat
dan menyubur serta mengukuhkan pelbagai nilai, sikap dan
perlakuan tertentu yang telah sedia terbentuk. Ia juga berupaya
pengubah gaya hidup seseorang, mengubah dan membentuk
corak serta ragam perhubungan keluarga, rakan sekerja dan
masyarakat sejagat (Rahmah Hashim (1995).
Generasi muda kini rata-rata mudah diresapi gejala-gejala
kurang sihat yang ditiru bukan daripada ajaran agama, tetapi
daripada budaya Barat. Mereka lebih menyenangi budaya pop,
rock dan rap dan lebih mengenali penghibur-penghibur mereka
Cabaran Semasa Umat Islam 53
daripada para sahabat Rasulullah (s.a.w.) dan tokoh ulama
Islam. Apabila gejala ini berlaku, generasi muda akan mudah
terputus daripada akar budaya ketimuran dan agama mereka
sendiri (Wan Liz Othman 1993).
Kesan yang paling hebat dalam did generasi muda hari ini
ialah mereka hilang keyakinan pada din i sendiri. Sindrom
kurang yakin kepada kemampuan din i sendiri ini tercermin
dalam perlakuan mereka yang terikut-ikut dengan fesyen dan
ragam watak-watak yang dipuja-puja baik dari segi corak
pakaian, fesyen rambut dan aksesori yang dipakai. Dad segi
personaliti pula, golongan muda ini boleh dianggap sebagai
tidak memiliki peribadi sebenar kerana sebahagian daripada
did mereka adalah imitasi dan imej orang lain (Indriaty Ismail
1999).
Ironisnya, budaya hiburan hedonis yang dimarahi para
guru di sekolah, dibiarkan berleluasa di luar sekolah. Hal itu
terbawa-bawa ke dalam sekolah di mana para pelajar asyik
berbual tentang artis, konsert, lagu, jenis tarian, pakaian antis
dan aksi artis. Pelajaran harian termasuk pelajaran agama
menjadi suatu yang kaku, bisu dan tidak berperanan.3
Media percetakan terutamanya majalah hiburan dan
majalah picisan yang memaparkan cerita-cerita khurafat dan
tahyul, tidak ketinggalan turut memberi sokongan dengan
liputan-liputan yang meluas dan sebaran yang menyeluruh ke
seluruh negeri mengenai filem-filem asing dan perkembangan
muzik luar negeri. Akibatnya, kemasukan budaya luar yang liar
dan menyalahi agama merebak ke dalam masyarakat Islam
tanpa disedari (Indriaty Ismail 1999).

PENYELESAIAN MENURUT ISLAM


Berdasarkan cabaran-cabaran yang begitu hebat menyerang umat Islam di Malaysia, maka
penyelesaian yang ampuh wajar dicari dan dijejaki sebagai benteng pertahanan yang kukuh
bagi menangkis segala serangan tersebut. Dalam situasi in umat Islam sering mendengar
seruan daripada pelbagai pihak supaya kembali kepada al-Quran dan Sunnah Rasulllah.
Persoalannya sekarang, apakah dan bagaimanakah kita nak kembali kepada Al-Quran dan al-
Sunnah tersebut? Inilah jawapan dan [enyelesaian yang amat dicari-cari oleh setiap Muslim
agar terselamat daripada cabaran yang menghimpit setiap sudut kehidupan ummah.

1) Memandangkan kewajipan dakwah adalah besar dan berat untuk menangani kes kemelut
akidah, tambahan pula krisis akidah yang melanda masyarakat Islam kini bersifat sejagat,
maka peranan institusi dakwah Islam wajar dinilai dan dikaji semula
dari segi objektif dan matlamatnya, pendekatan atau teknik dakwahnya, media atau peralatan
dakwahnya dan sasarannya untuk memastikan keberkesanannya dan kejayaan peranannya.
Bilangan pendakwah perlu ditambah dan mereka diberikan latihan sewajarnya supaya mereka
dapat menghadapi masyarakat dengan penuh hikmah dan bijaksana dalam memberikan
bimbingan dan pendidikan agama.

2) Dalam konteks pendidikan Islam, ada dua peringkat yang perlu diberi perhatian.
Pada peringkat pendidikan Islam yang dikendalikan pihak di luar sistem formal yang
memerlukan tinjauan dan pengukuhan dari sudut kurikulum, metodologi , buku teks,
lat ihan keguruan, proses peni laian, kewangan dan pengurusan. Kelemahan yang ada
perlu diperbaiki segera supaya selaras dengan objektif pendidikan asas untuk
melahirkan sumber modal insan bermutu yang mampu menghadapi berbagai-bagai
cabaran semasa.
Pada peringkat kedua, tinjauan harus dibuat secara komprehensif dalam sistem
pendidikan Islam yang formal. Apakah asas agama yang di tawarkan mampu
memberikan kesan penghayatan yang baik kepada para pelajar? Ini kerana banyak asas
syariah menyentuh perkara ghaib. Memberi faham perkara ghaib ini memerlukan
pendekatan tersendiri dan artikulatif sifatnya. Ini supaya pendidikan Islam selama 11
tahun itu akan mampu memberikan kekuatan rohaniah dan fikriah kepada pelajar.

3) Pendidikan tidak formal khusus untuk orang awam:


Menggubal satu kurikulum pendidikan Islam khusus untuk orang awam agar mereka
terus berpegang teguh dengan ajaran Islam, terutamanya pendidikan ilmu akidah
sebagai perisai kukuh menghadapi ancaman ajaran yang menyeleweng.
Memanfaatkan fungsi masjid dan surau sebagai pusat penyebaran ilmu dan juga pusat
pendidikan lanjutan Islam di kalangan umat Islam agar mereka tetap terus menghayati
Islam sebagai cara hidup yang lengkap dengan memperbanyakkan kelas pengajian
agama di masjid dan surau supaya umat Islam dapat memantapkan pengetahuan ilmu
Islam
Menjadikan pendidikan Islam sebagai satu proses pendidikan berterusan yang wajib
dihadiri oleh masyarakat Islam, terutamanya golongan lepasan sekolah dan graduan
universi t i . Ini kerana pendidikan dalam Islam tidak dihadkan kepada umur tertentu
atau disyaratkan atas kedudukan sosio-ekonomi tertentu. Sebal iknya tradisi
pendidikan Islam diamalkan sepanjang hayat, dalam segala keadaan dan diceburi oleh
semua anggota masyarakat.

PENUTUP
Berdasarkan huraian di atas, umat Islam wajib berpegang pada sumber al-Quran dan al-
Sunnah dalam mendepani arus cabaran yang beraneka ragam dan bentuk. Ajaran Islam tidak
cukup dengan slogan dan retorik yang dijaja ke sana ke sini: ia menuntut penghayatan dan
perlaksanaan secara menyeluruh dalam set iap aspek kehidupan dalam usaha untuk
memartabatkan kembali umat Islam sebagai umat terbaik dan
umat pertengahan di muka bumi Allah ini.

Вам также может понравиться