Вы находитесь на странице: 1из 6

Belia Hari Ini, Pemimpin Di Hari Esok

© Muhammad Haniff Hassan

Belia merupakan kelompok masyarakat yang penting. Ini kerana mereka adalah pencorak
generasi dan masyarakat akan datang. Keadaan masyarakat akan datang bergantung pada
keadaan dan pembinaan belia hari ini. Jika keadaan belia hari ini baik dan pembinaannya
sempurna, maka besarlah kemungkinan masyarakat di masa akan datang akan juga
menjadi baik dan begitulah sebaliknya.

Bahkan, sejarah menunjukkan bahawa belia bukan sahaja bermanfaat di hari muka tetapi
juga berpotensi untuk memainkan peranan yang bermakna semasa umur belia dan muda.

Sejarah Islam banyak mengemukakan contoh-contoh belia yang memainkan peranan


penting semasa umur belia lagi. Antara mereka ini ialah Ali b Abi Talib yang pada umur
10 tahun berani tidur di tempat tidur Rasulullah s.a.w untuk menipu orang kafir agar
Rasulullah s.a.w dapat berhijrah, Usamah b Zaid yang pada umur 18 tahun dilantik untuk
memimpin tentera Islam menentang tentera Rom, Abdullah b. Abbas yang menjadi tokoh
dalam bidang tafsir pada usia muda, Imam Asy-Syafi`i yang menjadi tokoh Fiqh pada
usia belia dan Muhammad Al-Fatih yang pada umur mudanya menawan Konstantinopel.

Al-Quran sendiri turut merakam kisah Ashabul Kahfi (Penghuni Gua), belia-belia yang
dipuji oleh Allah taala dengan firmanNya

“Mereka itu adalah pemuda yang beriman pada Tuhan mereka dan Kami tambah pada
mereka petunjuk.” (Al-Kahfi : 13)

Jadilah Belia Yang Mencipa Sejarah

Belia sejati ialah sebagaimana yang dinyatakan oleh serangkap sajak Arab yang
bermaksud

“Bukan pemuda (sejati) mereka yang berkata dulu bapa ku (begitu dan begini), tetapi
pemuda (sejati) ialah yang mengatakan inilah aku.”

Ertinya belia yang tulen ialah belia yang bukan hanya bernostalgia dengan kegemilangan
datuk neneknya atau sejarah masa lalu tetapi belia yang tulen ialah belia yang
‘berbangga’ dengan sumbangannya yang bermakna atau belia yang mencipta sejarah
tersendiri.

Apabila kita mengikuti kisah-kisah tokoh belia seperti Usamah b. Zaid, Imam Asy-
Syafi’i, Abdullah b. Abbas, Muhammad Al-Fatih, kita harus merasa malu kerana ramai di
antara kita pada usia muda tahun masih lagi dalam kejahilan, tidak usah memikir masalah
umat, nasib diri sendiri pun tidak boleh ditangani. Belia hari ini, bukan hanya tidak
berkeyakinan untuk memimpin masyarakat tetapi memimpin hidup sendiri pun tidak
tahu.

1
Ramai di antara kita adalah pemuda. Bahkan ramai di antara kita yang beruntung kerana
diberi nikmat pendidikan yang lebih tinggi dan nikmat harta yang lebih melimpah. Masih
tidak terlambat untuk kita membina satu wawasan dan berusaha keras bagi mencipta
sejarah yang tersendiri dan meninggalkan sesuatu bagi umat ini. Sesuatu yang bukan
hanya dilihat sebagai legacy tetapi juga sebagai amal jariah yang akan menjadi saham
yang berterusan hingga hari Kiamat untuk kita di Akhirat, sejajar dengan sabda
Rasulullah s.a.w

"Jika mati anak Adam, maka terputuslah pahala amalannya kecuali dari tiga; sedekah
jariah, ilmu yang dimanfaatkan atau anak soleh yang mendoakannya.” (Riwayat Muslim)

Namun, kita tidak akan dapat mencipta sejarah dan meninggalkan legacy, sekiranya

1. Berjiwa kecil…. tiada keyakinan pada diri sendiri, tidak mampu mengurus diri
sendiri, tiada semangat 'yakin boleh', tidak berani mencuba….

2. Berakal kecil…. sibuk dengan perkara remeh, sibuk dengan masalah dari melihat
peluang, tidak mampu mengekalkan idealisme yang wajar, tiada wawasan dalam
hidup, pesimis …..

3. Beramal kecil….. tiada kesungguhan dalam perjuangan, mudah putus asa, lokek
dalam pengorbanan, berpuas hati dengan apa yang ada, mediocre dalam semua
perkara…..

Kita tidak bernostalgia dengan pencapaian umat yang lalu, kecuali sebagai dorongan
untuk kita berlumba mencipta sesuatu bagi umat hari ini dan akan datang. Agar kita terus
dikenang… agar doa umat akan terus melimpahi kita, pada ketika kita bersemadi di liang
lahad sendirian.

Perlulah kita ingat bahawa Allah taala tidak akan menyoal kita akan sumbangan mereka
yang terdahulu, tetapi kita hanya akan ditanya mengenai sumbangan kita sendiri.

Allah taala berfirman yang bermaksud

"Mereka itu adalah umat yang telah lalu. Bagi mereka apa yang telah mereka lakukan
dan bagi kamu apa yang kamu lakukan dan kamu tidak akan ditanya apa mereka (yang
terdahulu) lakukan.” (Al-Baqarah : 141)

Membina Wawasan Sebelum Mencipta Sejarah

Selagi kita masih hidup, sejarah umat ini berada dalam diri kita dan di tangan kita.

Ini bermaksud nasib sesuatu bangsa akan bergantung pada apakah bentuk wawasan yang
ada di minda belia mereka. Pencapaian wawasan berkenaan pula bergantung pada usaha
keras mereka.

2
Oleh itu, adalah penting untuk para belia mempunyai wawasan. Wawasan ini haruslah
sebuah wawasan yang besar bagi dirinya dan masyarakatnya. Islam menuntut setiap
muslim untuk menjadi seorang yang soleh (baik) dan juga musleh (mampu membaiki
orang lain). Maka belia Islam dituntut untuk berwawasan yang bukan hanya berkaitan
bagi dirinya sendiri seperti keinginan untuk menjadi doktor atau ahli perniagaan tetapi
juga mempunyai wawasan yang berkaitan bagi kesolehan, pembangunan dan kemajuan
masyarakatnya. Mempunyai wawasan bagi hari muka adalah dianjurkan oleh Islam.
Allah taala berfirman yang bermaksud

“Wahai orang-orang yang beriman bertakwalah pada Allah dan hendaklah setiap jiwa
itu melihat apa yang akan ia kemukakan untuk hari esok, dan bertakwalah pada Allah,
sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu lakukan.” (Al-Hasyr :18)

Ayat ini menganjurkan umat Islam agar sentiasa melihat ke hadapan dan merancang
untuk hari muka, ertinya membina wawasan untuk hari muka dan berusaha untuk
mencapainya.

Belia yang tidak mempunyai wawasan ialah belia yang potensinya akan terbazir. Belia
sedemikian akan terumbang-ambing hidupnya tanpa tujuan dan perancangan. Dalam
banyak keadaan belia seperti ini hanya akan memenuhkan hidupnya dengan hiburan dan
permainan semata-mata kerana dipengaruhi oleh hedonism Barat. Kegagalan akan
bersama belia seperti ini sebagaimana ungkapan kata berikut

“One who fails to plan, plans to fail”

Masyarakat yang mempunyai belia seperti ini ialah masyarakat yang pasti akan menuju
pada kehancuran.

Sedangkan belia yang hanya berwawasan bagi manfaat dirinya dan hidupnya hanya
dipenuhi dengan sesuatu bagi memenuhi keinginan peribadi semata-mata ialah belia yang
mementingkan dirinya sendiri.

Rangka Wawasan Kita

Maka jadilah belia yang berwawasan. Apa jua wawasan yang tinggi, besar dan
bermanfaat adalah sesuatu yang digalakkan. Namun wawasan berkenaan mestilah
dipandu oleh prinsip-prinsip berikut;

1. Ia adalah wawasan dalam rangka ibadah pada Allah taala sejajar dengan firmanNya
yang bemaksud

“Dan Aku tidak jadikan Jin dan manusia kecuali untuk beribadah padaKu” (Az-Zariyat :
56)

3
Sesuatu itu hanya akan menjadi ibadah apabila dilakukan ikhlas kerana Allah taala dan
mengikut hukum yang telah ditetapkan olehNya, iaitu sejajar dengan Islam. Ini sejajar
dengan firman Allah taala

“Sesungguhnya agama di sisi Allah ialah Islam” (Ali-Imran : 19)

“Dan barangsiapa mencari Islam sebagai agama (cara hidup), maka tidak aklan
diterima darinya dan dia di Akhirat dari golongan yang rugi.” (Ali-Imran : 85)

2. Ia adalah wawasan yang merealisasikan peranan sebagai khalifah di muka bumi.

Allah taala mencipta manusia sebagai khalifah. FirmanNya yang bermaksud

“Apabila Tuhan kau berkata pada malaikat, bahawa Aku akan mencipa di bumi ini
seorang khalifah.” (Al-Baqarah : 30)

Peranan utama khalifah di muka bumi ialah untuk memakmurkan bumi ini dengan aturan
yang telah ditetapkan oleh Allah taala yang terkandung dalam ajaran Islam.

Dalam kata-kata yang ringkas, wawasan seorang belia haruslah merangkumi dua aspek
iaitu untuk menegakkan agama dan memakmurkan dunia. Bukan salah satu darinya.

Bagi belia Islam, wawasan sedemikian adalah satu kewajiban agama. Pengabaian
terhadapnya merupakan pengabaian terhadap perintah Allah taala. Sesiapa yang
melakukannya dicela dan akan dipertanggungjawabkan oleh Allah taala.

Namun wawasan sahaja tidak mencukupi. Wawasan berkenaan haruslah didokong oleh
keperibadian yang baik. Hanya belia yang berperibadi yang sesuai sahaja akan benar-
benar mampu menjayakan wawasan yang berteraskan prinsip di atas.

Ciri Belia Pendokong Wawasan

Dalam mendokong satu wawasan yang murni, belia Islam haruslah memastikan bahawa
ia memiliki ciri-ciri asas berikut

• Aqidah yang murni dari penyelewengan


• Ibadah yang benar dan bersih khurafat
• Akhlak yang mulia

Ciri-ciri asas ini, di dokong pula oleh ciri-ciri tambahan berikut:

• Sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan diri dalam semua bidang dan berusaha
mencapai kecemerlangan dalam bidang yang diceburi

Ciri ini diasaskan kepada sabda Rasulullah s.a.w:

4
“Manusia yang bijak ialah manusia yang sentiasa menghisab dirinya dan berusaha
untuk hari matinya. Manusia yang lemah ialah manusia yang sentiasa mengikut nafsunya
dan sentiasa berangan-angan terhadap Allah taala”

• Komited pada usaha untuk membangun masyarakat

Ciri ini diasaskan kepada dalil berikut:

“Dan hendaklah ada di kalangan kamu segolongan umat yang menyeru kepada
kebaikan, menyuruh kepada ma’ruf dan mencegah dari munkar dan merekalah orang-
orang yang berjaya.” (Ali Imran : 104)

• Mampu untuk bekerja secara kolektif dan berorganisasi

Ciri ini diasaskan kepada dalil berikut:

“Sesungguhnya Allah sukakan orang-orang yang berjuang di jalanNya dalam barisan


seolah-olah satu binaan yang tersusun kukuh.” (As-Saf : 4)

• Sedia memimpin

Ciri ini didasarkan dari dalil berikut:

“ Tuhan kami kurniakanlah kepada kami isteri-isteri dan zuriat-zuriat yang menjadi
cahaya mata dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertakwa.” (al
Furqan : 73)

Pengajaran dari ayat ini ialah Allah menggalakkan umat Islam membina sifat dan
kemampuan kepimpinan yang dimanifestasikan dari amalan berdoa. Walaupun Islam
tidak menggalakkan umat Islam menuntut jawatan kepimpinan tetapi ia tidak menghalang
mereka dari membina kemampuan kepimpinan dalam diri mereka berdasarkan ayat ini.

• Kompeten dengan keperluan semasa

Ciri ini didasarkan pada sabda Rasulullah s.a.w:

“Sesungguhnya Allah mencintai hamba yang pakar.” (Muslim)

• Berminda luas dan berfikiran global dan universal

Ciri ini didasarkan pada dalil berikut:

“Dan tidak kami utus kamu (Muhammad) kecuali untuk menjadi rahmat kepada seluruh
alam.” (Al-Anbiya’ : 107)

5
Islam adalah agama yang universal, diturunkan untuk seluruh umat manusia bukan hanya
kepada bangsa Arab, Melayu atau umat Islam sahaja.

Вам также может понравиться