Вы находитесь на странице: 1из 2

Bendera

Bendera Perlis

Rencana utama: Bendera Perlis


Bendera Negeri Perlis terdiri daripada gabungan dua buah warna. Pada jalur atas
bendera menonjolkan warna kuning dan pada jalur bawah bendera menonjolkan
warna biru. Di Nusantara, warna kuning adalah warna tradisional untuk raja-raja.
Jadi, jalur berwarna kuning mengambarkan simbol pemerintahan beraja iaitu
D.Y.M.M. Raja Perlis yang terdapat di Perlis, manakala jalur berwarna biru pula
mengambarkan simbol rakyat jelata. Paduan warna ini menunjukkan hubungan
erat antara "Raja dengan Rakyat".

Paduan warna bendera negeri Perlis bertentangan dengan paduan warna bendera
negara Ukraine kerana jalur atas pada bendera Ukraine berwarna biru muda.
Jata
Rencana utama: Lambang Perlis

Jata Perlis

Lingkaran padi pada lambang negeri Perlis memberi maksud pekerjaan utama dan


hasil utama negeri iaitu padi. Perisai pula melambangkan kebanggaan dan
kehormatan negeri itu. Lambang itu keseluruhannya bermakna kebanggaan negeri
itu kerana kekayaan hasil padinya.

Lagu
Rencana utama: Amin amin ya Rabaljalil
Amin amin ya Rabaljalil

Amin amin ya Rabaljalil


Doa hamba yang sangat zalil
Tinggikan daulat serta adil
Kekal perintah Jamalullail

Lagu ini digubah oleh Syed Hamzah ibni al-Marhum Syed Safi Jamalullail (1895-
1958).

Вам также может понравиться