Вы находитесь на странице: 1из 2

PERKEMBANGAN MASYARAKAT MALAYSIA

Malaysia pada hari ini didiami oleh pelbagai bangsa, kaum dan etnik dari Perlis hingga ke
Sabah. Kepelbagaian kaum dan etnik inilah maka wujud pula kepelbagaian budaya, bahasa,
agama dan adat resam. Corak masyarakat Malaysia seperti ini berlaku disebabkan oleh
perubahan masa dan keadaan, seperti yang berlaku terhadap perubahan struktur politiknya.
Sebelum abad ke-18 dan ke-19.

J.S.Furnivall merupakan orang pertama yang mengemukakan konsep masyarakat


majmuk berdasarkan kajiannya di Indonesia dan Burma. Menurut Furnivall (1967:54),
masyarakat majmuk terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai kebudayaan, agama,
bahasa dan adat resam yang tersendiri. Dari segi politik pula, masyarakat majmuk dikuasai oleh
satu kelompok minoriti yang mempunyai kebudayaan yang tersendiri.

Sebelum abad ke-18, penduduk di Tanah Melayu dan Kepulauan Borneo ketika itu
didominasi oleh orang Asli, orang Melayu dan kaum bumiputera Sabah dan Sarawak. Migrasi
daripada luar juga berlaku tetapi jumlahnya terhad. Selain itu, terdapat juga kaum pendatang
daripada Sumatera, Indonesia. Tetapi tidak menjejaskan corak masyarakat ketika itu kerana
kaum pendatang ini adalah daripada rumpun bangsa yang sama. Namun demikian, pada awal
abad ke-18, perubahan dalam struktur masyarakat berlaku di Malaysia disebabkan oleh
fenomena migrasi dari luar yang berlaku akibat faktor penarik yang ada di bumi mahupun faktor
penolak di negara asal masing-masing. Aktiviti ekonomi dan perladangan menjadi faktor utama
dalam aktiviti migrasi daripada luar terutamanya daripada China dan India.

Kemasukkan masyarakat Cina ke Tanah Melayu menunjukkan bermulanya proses


pembentukan masyarakat majmuk daripada pengaruh masyarakat Cina yang semakin
bertambah. Pengaruh masyarakat Cina ke Tanah Melayu telah mengubah corak dan sistem
sosial Alam Melayu dan juga masyarakat Melayu ketika itu. Kedatangan masyarakat Melayu ke
Tanah Melayu akhirnya telah membentuk satu masyarakat baru iaitu Baba Nyonya dan Cina
Muslim. Wujudnya golongan baru ini membawa kepelbagaian atau kemajmukkan masyarakat di
Malaysia dan mengambarkan keunikannya pada pandangan masyarakat luar.

Migran kedua terbesar selepas China adalah kelompok daripada India. Kebanyakan
mereka berasal daripada India Selatan iaitu dari Negapatam dan Madras. India juga mengalami
masalahnya tersendiri yang menyebabkan penduduknya berhijrah ke luar. Suasana di negara
itu yang dilanda kemiskinan dan kebuluran yang mendorong penduduknya berhijrah keluar ke
negara-negara lain termasuk ke Tanah Melayu ketika itu. Migran India datang sejak pembukaan
Pulau Pinang oleh Inggeris. Pada waktu itu bilangan mereka masih kecil dan bertambah setelah
Inggeris berjaya benguasai negeri-negeri Melayu.

Setelah kemasukan migran daripada luar, bermulalah proses pembentukan masyarakat


majmuk yang berbilang kaum seperti sekarang. Proses pembentukan masyarakat pada
mulanya sukar kerana berbeza fahaman, amalan, ras dan etnik serta kehidupan seharian.
Banyak konflik yang berlaku dalam proses pembentukan ini seperti peristiwa 13 mei 1969.
Apabila konflik berlaku dalam masyarakat majmuk, konflik berkenaan mengikut garisan
pemisah ras, bukan garisan kelas. Pengambilan pekerja buruh daripada luar di buat secara
tetap sudah pasti akan menimbulkan masalah sosio-ekonomi dan politik yang lebih
membimbangkan dan bagi mengelak pembentukan masyarakat majmuk pelbagai etnik seperti
mana yang cuba dielak oleh negara-negara Eropah Barat dan Telok.

Campur tangan Inggeris di Tanah Melayu bermula apabila Francis Light menduduki
Pulau Pinang pada Ogos 1786, menyebabkan kemasukkan migran secara besar-besaran
daripada luar. Dalam jangka masa yang panjang semasa pemerintahan kolonial British di
Malaysia iaitu selama lebih satu ratus lima puluh tahun bermula 1786 hingga 1957. Antara
tahun itu, Malaysia telah diduduki oleh Jepun semasa perang dunia kedua. Walau
bagaimanapun, jangka masa singkat itu dianggap tidak mempunyai signifikan yang besar
kepada komposisi dan mobiliti penduduk. Masyarakat asal Melayu Tanah Melayu telah
mengalami transformasi dan perkembangan kepada masyarakat campuran Malaysia yang
mengandungi etnik-etnik Melayu, Cina dan India sebagai komponen utamanya.

Setelah kemasukan migran dari luar akhirnya lahirlah kelompok dari keturunan Cina dan
India yang berasimilasi dengan budaya tempatan seperti kelompok Baba-Nyonya yang
berketurunan Cina dan kelompok Chitty yang berketurunan India. Asimilasi bangsa juga turut
berlaku apabila perkahwinan antara orang asing dengan penduduk tempatan, maka wujud
beberapa sub-kategori penduduk berdarah campuran seperti kelompok Peranakan, kelompok
Syed dan lain-lain. Kini kebanyakan penduduk Malaysia mempunyai darah kacukan Melayu-
Arab, Melayu-India, Melayu-Cina dan lain-lain.

Вам также может понравиться