Академический Документы
Профессиональный Документы
Культура Документы
:Berfikir sejenak, merenung masa lalu adalah permulaan yang baik untuk
bertindak."
: "Saya percaya; esok sudah tidak boleh mengubah apa yang berlaku hari ini,
tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok."
: "Banyak perkara yang kita ingini, tidak semua yang akan kita dapat."
: "Sesuatu yang benar itu apabila dikehendaki batil, maka batillah jadinya."
: "Andai air usaha itu bisa kita teguk, teguklah sehingga ia kering dan basahan
tawakkal bakal mendingin di ruang tekak."
: "Andai kau pernah menghirup madu, melihat damai dan merasa senang, ingatlah
suatu masa nanti mungkin semua itu akan sirna."
: "Tiada yang paling bernilai pada sebuah kejayaan selain sebuku usaha."
: "Kalau dulu tidak pernah terdetik di hati akan suatu rasa itu, tentu kini
kita tidak berusaha mencapainya."
: "Kasihkan manusia lepaskan dia kepada pilihan dan keputusannya kerana di situ
tanda kita gembira melihat insan yang kita sayangi beroleh bahagia."
: "Hidup ini adalah warna-warni yang terlakar pada kanvas, walaupun tidak
cantik ia tetap mempunyai sejuta maksud."
: "Tidak ada manusia yang hidup untuk gagal, tetapi tidak merancang adalah
merancang untuk gagal."
: "Manusia tidak perlu dihukum kerana lupa, tetapi manusia perlu dihukum kerana
sengaja lupa."
: "Jika dunia ini persinggahan, mengapa tidak kita banyakkan bekalan untuk
meneruskan perjalanan? Kerana kita cuma ada satu persinggahan."
: "Tidak akan ada kemakmuran tanpa kasih sayang, Hanya mereka yang beriman
sahaja tahu akan erti kasih sayang."
: "Manusia tak akan berjaya selagi sentiasa mengenangkan kegagalan yang pernah
ditempuhinya."
: "Tidak berakal seseorang manusia apabila tidak mahu menerima dan meminta
nasihat daripada orang lain."
: "Adakalanya kita perlu menangis agar kita tahu bahawa hidup ini bukan sekadar
untuk ketawa dan adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menilai mahalnya setitis air
mata."
(Kiriman seorang kawan)
: "Barangsiapa yang tidak mampu untuk mendidik dirinya, nescaya tidak mampu
untuk dia mendidik orang lain."
: "Dunia ini adalah umpama bangkai sedang pemburunya persis seekor anjing."
: "Bahagia seseorang manusia tidak terletak pada penilaian orang lain, duka
seseorang manusia tak sama dirasai orang lain, tetapi bahagia yang hakiki adalah
ketaqwaan yang
semua manusia patut miliki."
Kata-kata Pujangga: "Barangsiapa yang tiada sifat penyayang maka dia tidak akan
disayangi"
: "Manusia gagal bukan kerana kebodohan, tetapi mereka gagal kerana melakukan
perkara yang bodoh."
: "Berkatalah benar sekalipun kebenaran itu pahit."
: "Orang yang bijak tidak akan melengah-lengahkan kerjanya. Jangan kau tangguh
kerja hari ini untuk esok hari!"
: "Jika kail panjang sejengkal, usah diduga lautan yang dalam, walaupun lautan
itu tidak bergelora."
: "Kebenaran itu ibarat air yang mengalir, sekalipun disekat ia tetap akan
terus mengalir."
: "Manusia mampu mengemukakan 1000 alasan mengapa mereka gagal tetapi mereka
sebenarnya hanya perlukan satu sebab yang kukuh untuk berjaya."
Imam al-Ghazali berkata: "RAJIN adalah penawar yang paling mujarab, sedang MALAS
adalah racun
yang sangat berbisa."
"Do what you can with what you have right where you are." - Henry Truman.
Kata-kata Pujangga: "Tiada yang mustahil di sisi Allah SWT untuk menjadikannya."
Berkata seorang Ahli Sufi : "Siapa yang takut kepada Allah, nescaya semua makhluk
takut
kepadanya."
It is not a mountain that we conquer but ourselves - Edmund Hillary
: " Kenapa manusia menyerahkan kehidupannya untuk ditentukan oleh orang lain
sedangkan dia mampu berdoa kepada Tuhannya dan tiada siapa yang boleh
menghalangnya berdoa?"
Berkata Ar-Rumi: "Manusia dilahirkan dengan kemampuan untuk terbang, kenapa pula
mereka memilih
untuk merangkak sepanjang hayat."
Ibnu Mu'taz pernah berkata: Penyimpan harta itu mati walaupun ia masih hidup.
Penyimpan ilmu pula
hidup walaupun ia telah mati.
: "Setiap manusia dilahirkan sebagai seorang juara, kita tidak kalah walaupun
berada di bawah tetapi kita kalah sekiranya kita tidak bangun semula."
Berkata Abu Sulaiman: "Apabila hati menangis kerana kehilangan, roh pula akan ketawa
(gembira)
kerana kerinduan."
: "Angan-angan tidak akan mengubah kita walau seinci, tetapi apa yang kita
laksanakan itulah yang mengubah kita."
Kata-kata Pujangga: "Kemahuan yang tinggi akan mengubah persepsi seseorang terhadap
sesuatu
sehingga yang mustahil pun bisa terjadi."
: "Andai dambakan isteri semulia Fatimah az-Zahra jadilah semulia Ali KW, Andai
impikan seorang suami sehebat Ali KW bentuklah diri semulia Fatimah az-Zahra."
*** Wassalam...
Prev: Kisah Pasangan Lanjut Usia...
Next: DRINK WATER ON EMPTY STOMACH