Вы находитесь на странице: 1из 22

SISTEM PENDAWAIAN E2001 / UNIT 7 / 1

UNIT 7

SISTEM PENDAWAIAN

OBJEKTIF

Objektif am : Mengetahui tentang faktor pemilihan jenis pendawaian,


memahami kaedah-kaedah pemasangan serta memahami
sistem pendawaian kawasan pertanian dan tapak
pembinaan. Memahami sistem pepasangan sementara.

Objektif khusus :

Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat :-

1. Menyenaraikan faktor pemilihan jenis pendawaian.

2. Menerangkan kaedah-kaedah pemasangan.

3. Menerangkan sistem pendawaian di kawasan pertanian dan tapak


pembinaan.

4. Mentakrifkan sistem pepasangan sementara.


SISTEM PENDAWAIAN E2001 / UNIT 7 / 2

INPUT 7a FAKTOR PEMILIHAN


JENIS PENDAWAIAN

7.0 PENGENALAN

Sistem pendawaian merupakan suatu pemasangan litar elektrik yang merangkumi


pengalir, penebat, pelindung mekanikal dan aksesori elektrik. Ia boleh dijalankan
dengan berbagai-bagai cara mengikut jenis perlindungan mekanikal, keadaan
pemasangan dan jenis penebat kabel yang digunakan. Jenis sesuatu sistem
pendawaian boleh dinamakan dengan berpandukan kepada kaedah-kaedah
pemasangan kabel dan jenis salutan pada kabel.

7.1 FAKTOR PEMILIHAN JENIS PENDAWAIAN

7.1.1 Faktor yang mempengaruhi pemilihan jenis pendawaian

Faktor yang perlu diberi perhatian semasa memilih sesuatu sistem


pendawaian ialah;

 Jenis beban yang hendak dipasang


 Keadaan tempat pemasangan
 Kos perbelanjaan
 Tempoh ketahanan pemasangan
 Kekemasan dan kecantikan
 Keadaan sekeliling
 Tempoh masa menyiapkan
 Perubahan atau penambahan litar masa akan datang
 Jenis voltan bekalan
 Keselamatan dan kelulusan LLN/JKR

7.1.2 Sebab-sebab pemilihan dibuat


SISTEM PENDAWAIAN E2001 / UNIT 7 / 3

7.1.3 Jenis-jenis pendawaian yang sesuai bagi sesuatu bangunan

Berikut merupakan senarai jenis-jenis sistem pendawaian yang umum


digunakan.

 Sistem permukaan
Sistem pendawaian permukaan ialah satu sistem di mana kabel-
kabel digunakan dalam sesuatu pemasangan yang dipasang pada
permukaan dinding atau siling tanpa sebarang pelindung tambahan.
 Sistem tersembunyi
Bagi sistem pendawaian teresembunyi, kabel-kabel litar dipasang
di dalam dinding atau siling dan tidak kelihatan lansung, kecuali
penghujung kabel yang digunakan untuk sambungan ke terminal
aksesori-aksesori.
 Sistem penyokong katenari
Sistem pendawaian penyokong katenari adalah satu sistem yang
jarang-jarang digunakan dewasa ini. Tetapi pada sesuatu keadaan
sistem ini masih diperlukan.
 Sistem konduit
Sistem pendawaian konduit ialah suatu sistem yang menggunakan
konduit-konduit dan akan dipasang ke dinding atau sebagainya dan
di dalamnya akan disalurkan kabel.
 Sistem sesalur
Sistem pendawaian sesalur merupakan satu sistem yang
menggunakan sesalur logam atau bahan penebat pada kebiasaanya
bersegi empat dan dipasang secara menegak atau mendatar di
permukaan dinding atau besi rangka bangunan.
 Sistem salur
Sistem pendawaian salur merupakan suatu sistem yang
menggunakan salur logam atau bahan penebat dan diapasang di
bawah lantai ketika peringkat pembinaan bangunan.
 Sistem kabel penebatan mineral pelapik kuprum
Sistem ini dinamakan sedemikian kerana keseluruhan sistem
pendawaian dibuat dengan menggunakan kabel penebatan mineral
pelapik kuprum.
 Sistem kabel penebatan kertas pelapik plumbum
Pemberian nama sistem ini adalah juga kerana keseluruhan sistem
pendawaian dibuat dengan menggunakan kabel penebatan kertas
pelapik plumbum.
SISTEM PENDAWAIAN E2001 / UNIT 7 / 4

7.1.4 Ciri-ciri kelebihan dan kelemahan sistem pendawaian


Berikut merupakan ciri-ciri kelebihan dan kelemahan jenis-jenis sistem;

a) Sistem permukaan
i) Bekalan voltan jenis 1 fasa tunggal
ii) Bangunan diperbuat daripada kayu atau batu.
iii) Kos perbelanjaan murah.
iv) Bilangan kabel atau litar akhir yang perlu dipasang adalah
sedikit.
v) Kerosakan mekanikan kemungkinan berlaku amat kurang.
vi) Memerlukan masa yang singkat untuk menyiapkan
pendawaian.
vii) Kadar kuasa beban yang dipasang adalah kecil.

b) Sistem tersembunyi
i. Bekalan voltan jenis 1 fasa.
ii) Keseluruhan bangunan diperbuat daripada batu atau simen
iii) Memerlukan suasana bangunan kemas dan cantik
iv) Kerosakan mekanikal dapat dikurangkan.
v) Bilangan kabel yang perlu dipasang adalah banyak.
vi) Memerlukan tempoh ketahanan kabel lebih lama.
vii) Kadar kuasa beban yang dipasang adalah kecil.

c) Sistem penyokong katenari


i. Bangunan atau dewan yang silingnya terlalu tinggi.
ii. Pendawaian di pusat atau kandang ternakan.
iii. Penyambungan kabel bekalan di antara dua bangunan.
iv. Kawasan luar bangunan yang mempunyai halangan.

d) Sistem konduit
i. Sekiranya punca kerosakan mekanikal pada sesuatu
bangunan terlalu banyak.
ii. Memerlukan satu sistem pembumian yang baik.
iii. Memerlukan penambahan litar pada masa akan datang.
iv. Bekalan voltan 1 fasa dan 3 fasa.
v. Kadar kuasa beban yang dipasang lebih besar.

e) Sistem sesalur
i. Bekalan voltan 1 fasa dan 3 fasa.
ii. Bangunan besar dan bertingkat
iii. Memerlukan pemasangan kabel yang banyak.
iv. Memerlukan penambahan litar pada masa akan datang.
v. Memerlukan perlindungan mekanikal yang lebih.
SISTEM PENDAWAIAN E2001 / UNIT 7 / 5

vi. Memerlukan keselamatan ke atas kabel atau penguna yang


lebih.

f) Sistem salur
i. Bekalan voltan 1 fasa dan 3 fasa.
ii. Kabel yang perlu dipasang terlalu banyak.
iii. Memerlukan penambahan litar pada masa akan datang.
iv. Kemungkinan membuat perubahan kedudukan beban pada
masa akan datang.
v. Memerlukan susunan alat-alat tetap atau meja berbaris.
vi. Memerlukan kekemasan dan kecantikan.
vii. Memerlukan perlindungan yang lebih.

g) Sistem kabel penebatan mineral pelapik kuprum


i. Suhu sekeliling terlalu panas.
ii. Kawasan berminyak.
iii. Tindakan kesan kimia.
iv. Kawasan yang mudah terbakar.

h) Sistem kabel penebatan kertas pelapik plumbum


i. Untuk pemasangan di dalam tanah.
ii. Untuk beban yang mengalir arus tinggi.
iii. Memerlukan perlindungan mekanikal yang lebih.
SISTEM PENDAWAIAN E2001 / UNIT 7 / 6

AKTIVITI 7a

 UJIKAN KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT


SELANJUTNYA…!
 SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI HALAMAN
BERIKUTNYA.

1) Nyatakan 4 faktor yang mempengaruhi pemilihan jenis pendawaian.

2) Nyatakan 8 jenis pendawaian yang sesuai bagi sesuatu bangunan.


SISTEM PENDAWAIAN E2001 / UNIT 7 / 7

MAKLUMBALAS 7a

Jawapan :

1) Faktor –faktor yang mempengaruhi pemilihan jenis pendawaian :


a) Jenis beban yang hendak dipasang
b) Keadaan tempat pemasangan
c) Kos perbelanjaan
d) Tempoh ketahanan pemasangan
e) Kekemasan dan kecantikan
f) Keadaan sekeliling
g) Tempoh masa menyiapkan
h) Perubahan atau penambahan litar masa akan datang
i) Jenis voltan bekalan
j) Keselamatan dan kelulusan LLN/JKR

2) Jenis-jenis pendawaian yang sesuai bagi sesuatu bangunan


a) Sistem permukaan
b) Sistem tersembunyi
c) Sistem penyokong katenari
d) Sistem konduit
e) Sistem sesalur
f) Sistem salur
g) Sistem kabel penebatan mineral pelapik kuprum
h) Sistem kabel penebatan kertas pelapik plumbum
SISTEM PENDAWAIAN E2001 / UNIT 7 / 8

INPUT 7b KAEDAH-KAEDAH
PEMASANGAN

7.2 KAEDAH-KAEDAH PEMASANGAN

7.2.1 Kaedah-kaedah memasang kabel mengikut jenis sistem pendawaian.

a) Sistem permukaan

 Jenis-jenis kabel yang digunakan


Kabel-kabel yang digunakan mestilah daripada jenis bersalut. Ini
adalah kerana kabel yang dipasang secara sistem permukaan akan
terdedah pada keadaan sekeliling dan kerosakan mekanikal. Jenis
kabel yang sesuai digunakan di bangunan rumah kediaman adalah
kabel bersalut pvk atau getah.

 Kaedah pemasangan kabel


Kaedah pemasangan kabel bagi sistem ini dibuat dengan disokong
oleh klip ke permukaan dinding, tiang atau siling. Sebelum sistem
ini dijalankan, pastikan permukaan dawai bukan daripada bahan
jenis logam. Bagi pendawaian permukaan yang dibuat di
bangunan batu atau simen, kabel akan diklipkan atas satu bilah
papan (wooden batten) yang sebelum itu dipakukan ke dinding
atau siling.
Terdapat dua jenis klip kabel yang biasa digunakan iaitu klip
aluminium dan pelambam. Saiz klip yang digunakan perlu dipilih
agar sesuai dengan jumlah bilangan kabel yang perlu disokong.
Jarak maksimum di antara klip yang menyokong kabel bolehlah
dirujuk pada jadual di bawah.

b) Sistem pendawaian tersembunyi

 Jenis kabel yang digunakan


Jenis-jenis kabel yang sesuai digunakan bagi sistem ini adalah
sama dengan sistem permukaan iaitu kabel bersalut pvk.

 Kaedah pemasangan kabel


Kaedah pemasangan kabel yang dijalankan dalam sistem
tersembunyi ialah dengan membenamkan kabel-kabel ke lurah alur
SISTEM PENDAWAIAN E2001 / UNIT 7 / 9

di dinding atau siling yang telah disediakan. Pada kebiasaanya


pendawaian tersembunyi dibuat ketika peeringkat pembinaan
bangunan iaitu sebelum kerja-kerja menurap simen dijalankan.
Oleh itu kabel-kabel yang dipasang mestilah disusun dengan rapi
agar tidak berlaku sebarang kerosakan mekanikal ke atas kabel.

c) Sistem penyokong katenari

 Jenis kabel yang digunakan


Kabel yang sesuai digunakan ialah daripada jenis kabel penebat
bersalut pvk atau getah kuat serta mempunyai penahan minyak dan
penghalang api.

 Kaedah pemasangan kabel


Kabel akan dimasukkan ke lubang yang terdapat di penyokong
ketenari, dengan diikuti oleh dawai pengikat. Setelah kerja
memasukkan kabel dan dawai pengikat selesai, barulah
disangkutkan kedua-due penghujung dawai pengikat ke dinding
atau tiang bangunan. Ikatan dawai pengikat di dinding atau tiang
mestilah kuat dan kemas. Pada kebiasaannya hanya dua kabel
sahaja yang boleh disokong oleh penyokong katenari.

d) Sistem pendawaian konduit

 Jenis kabel yang digunakan


Semua jenis kabel boleh digunakan sama ada tanpa salut atau
bersalut.

 Kaedah pemasangan kabel


Konduit-konduit yang telah ditentukan saiz dan panjangnya akan
dibebenangkan di kedua-dua penghujung. Apabila kerja-kerja
bebenang siap pada kesemua konduit yang diperlukan,
sambungkan konduit-konduit tersebut mengikut keperluan dengan
menggunakan aksesori-aksesori tertentu (sesiku, tee, dan
sebagainya), dan pasangkan ke permukaan dinding atau siling
dengan disokong oleh pelanan dan bar. Jarak maksismum di
antara pelana dan bar yang menyokong konduit bolehlah dirujuk
daripada jadual 11c. Setelah kesemua kerja pemasangan siap
barulah kerja menyalurkan kabeldijalankan. Pastikan kabel-kabel
daripada satu litar akhir dimasukkan atau disalurkan ke dalam
konduit yang sama. Ini adalah bertujuan untuk mengelakkan
daripada terhasilnya aruhan di sekeliling konduit.
SISTEM PENDAWAIAN E2001 / UNIT 7 / 10

e) Sistem sesalur

 Jenis kabel yang digunakan


Semua jenis kabel boleh dipasang di dalam sistem ini.

 Kaedah pemasangan kabel


Kotak-kotak logam akan dipasang ke permukaan dinding atau
siling sehingga siap keseluruhan bangunan. Selepas siap kerja
pemasangan kotak-kotak itu barulah disalurkan kabel ke dalamnya.
Terdapat berbagai-bagai saiz nominal sesalur yang boleh didapati
daripada jadual 12f.

f) Sistem salur

 Jenis kabel yang digunakan


Semua jenis kabel boleh dipasang di dalam sistem ini.

 Kaedah pemasangan kabel


Kerja pemasangan biasanya dijalankan ketika peringkat pembinaan
bangunan sebelum bahan pelapik lantai dipasang. Kerja-kerja
memasang kotak salur didahului kemudian diikuti oleh penyaluran
kabel di dalamnya. Pelapik lantai biasanya boleh dibuka bagi
tujuan pemasangan semula atau penambahan kabel atau
sebagainya.

g) Sistem pendawaian kabel penebatan mineral pelapik kuprum.

 Jenis kabel yang digunakan


Menggunakan kabel penebatan mineral pelapik kuprum.

 Kaedah pemasangan kabel


Kaedah pemasangan kabel bagi sistem pendawaian penebatan
mineral pelapik kuprum boleh dilakukan dengan pelbagai cara, di
antaranya ialah:
i) secara diklip ke permukaan dinding atau siling
ii) secara sistem konduit.
iii) secara sistem sesalur
iv) secara sistem salur

h) Sistem pendawaian kabel penebatan kertas pelapik plumbum.

 Jenis kabel yang digunakan


Menggunakan kabel penebatan kertas pelapik plumbum.
SISTEM PENDAWAIAN E2001 / UNIT 7 / 11

 Kaedah pemasangan kabel


Kaedah pemasangan kabel untuk sistem pendawaian ini ialah;
i) Dengan menggunakan sistem salur atau konduit atau saluran.
ii) Dengan ditanamterus kabel di dalam tanah.

7.2.2 Pemilihan saiz kondit, sesalur dan salur.

a) Cara-cara pemilihan saiz nominal konduit

i. Kabel penebat pvk teras tunggal di dalam konduit larian lurus


dengan panjangnya tidak lebih 3 meter, perlu rujuk jadual 12a dan
12b.
 Pastikan faktor kabel yang perlu digunakan daripada jadual
12a.
 Campurkan kesemua faktor kabel tersebut dan bandingkan
dengan faktor konduit daripada jadual 12b.
 Saiz nominal konduit yang sesuai, sekiranya faktor konduit
sama atau lebih daripada jumlah faktor kabel.

ii. Kabel penebat pvk teras tunggal di dalam konduit larian lurus
dengan panjangnya lebih daripada 3 meter atau sebarang panjang
larian yang mengandungi bengkok atau offset.
 Pastikan faktor kabel yang perlu digunakan daripada jadual
12a.
 Campurkan kesemua faktor kabel tersebut dan bandingkan
dengan faktor konduit daripada jadual 12d, mengikut panjang
larian dan jumlah bengkok serta offset dalam larian.
 Saiz nominal konduit yang sesuai, sekiranya faktor konduit
sama atau lebih daripada jumlah faktor kabel.

b) Cara pemilihan saiz nominal sesalur

i. Pastikan faktor kabel yang perlu digunakan daripada jadual 12e.


ii. Jumlahkan kesemua faktor kabel tersebut dan bandingkan
dengan faktor sesalur daripada jadual 12f.
iii. Saiz nominal sesalur yang sesuai, sekiranya faktor sesalur sama
atau lebih daripada jumlah faktor kabel.

Bagi saiz kabel dan jenis kabel atau saiz sesalur selain daripada yang
diberi di jadual 12e dan 12f, jumlah kabel yang perlu dipasang faktor
ruangnya haruslah tidak melebihi 45%.
SISTEM PENDAWAIAN E2001 / UNIT 7 / 12

7.2.3 Peraturan IEE – Sistem sesalur dan salur

1. Sesalur atau salur mesti dipasang dengan teguh dan dilindungi


daripada sebarang kerosakan mekanikal.
2. Sesalur atau salur mesti diperbuat daripada bahan yang tidak mudah
terbakar.
3. Semua kabelhidup dan neutral untuk bekalan A>U bagi setiap litar
mestilah dipasang dalam sesalur atau salur yang sama.
4. Semua sesalur atau salur mestilah dilindungi daripada kemasukan air
dan kerosakan kabel.
5. Faktor ruang bagi sesalur tidak melebihi 45%.

Faktor ruang = Jumlah luas keratan rentas keseluruhan kabel x 100


Jumlah luas keratan rentas dalam sesalur/salur
SISTEM PENDAWAIAN E2001 / UNIT 7 / 13

AKTIVITI 7b

 UJIKAN KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT


SELANJUTNYA…!
 SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI HALAMAN
BERIKUTNYA.

1) Terangkan kaedah pemasangan kabel bagi sistem pendawaian konduit.

2) Nyatakan jenis kabel yang digunakan pada setiap sistem pendawaian berikut :
a) Sistem permukaan :

b) Sistem penyokong katenari :

c) Sistem pendawaian konduit :

d) Sistem pendawaian kabel penebatan mineral pelapik kuprum :

3) Berikan 4 peraturan IEE bagi sistem sesalur dan salur.


SISTEM PENDAWAIAN E2001 / UNIT 7 / 14

MAKLUMBALAS 7b

Jawapan :

1) Kaedah pemasangan kabel yang dijalankan dalam sistem tersembunyi ialah dengan
membenamkan kabel-kabel ke lurah alur di dinding atau siling yang telah disediakan.
Pada kebiasaanya pendawaian tersembunyi dibuat ketika peeringkat pembinaan
bangunan iaitu sebelum kerja-kerja menurap simen dijalankan. Oleh itu kabel-kabel
yang dipasang mestilah disusun dengan rapi agar tidak berlaku sebarang kerosakan
mekanikal ke atas kabel.

2) a) Kabel bersalut pvk atau getah.


b) Kabel penebat bersalut pvk atau getah kuat serta mempunyai penahan minyak dan
penghalang api.
c) Semua jenis kabel boleh digunakan sama ada tanpa salut atau bersalut.
d) Kabel penebatan mineral pelapik kuprum.

3) Peraturan IEE bagi sistem sesalur dan salur :


1. Sesalur atau salur mesti dipasang dengan teguh dan dilindungi daripada sebarang
kerosakan mekanikal.
2. Sesalur atau salur mesti diperbuat daripada bahan yang tidak mudah terbakar.
3. Semua kabel hidup dan neutral untuk bekalan A.U bagi setiap litar mestilah
dipasang dalam sesalur atau salur yang sama.
4. Semua sesalur atau salur mestilah dilindungi daripada kemasukan air dan
kerosakan kabel.
SISTEM PENDAWAIAN E2001 / UNIT 7 / 15

SISTEM PENDAWAIAN
INPUT 7c KAWASAN PERTANIAN
DAN TAPAK PEMBINAAN
SISTEM PENDAWAIAN E2001 / UNIT 7 / 16

AKTIVITI 7c

 UJIKAN KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT


SELANJUTNYA…!
 SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI HALAMAN
BERIKUTNYA.
SISTEM PENDAWAIAN E2001 / UNIT 7 / 17

MAKLUMBALAS 7c
SISTEM PENDAWAIAN E2001 / UNIT 7 / 18

PEPASANGAN
INPUT 7d SEMENTARA

7.4 Pepasangan Sementara

7.4.1 Takrif pepasangan sementara


Sistem pepasangan sementara ialah satu lagi jenis sistem pendawaian di
mana ia merupakan pemasangan yang digunakan dalam jangka masa yang
pendek.

7.4.2 Tempat yang lazim digunakan


Sistem pendawaian pepasangan sementara biasanya digunakan di pesta-
pesta keramaian dan di tapak pembinaan bangunan.

7.4.3 Peraturan IEE khas sistem pepasangan sementara

a) Pemasangan mesti diperiksa semula jika tempohnya lebih daripada 3


bulan.
b) Mesti mangadakan perlindungan lebihan arus dan suis utama yang
boleh memutuskan semua kutub hidup dan neutral.
c) Jumlah beban untuk pemegang lampu jenis bayonet mestilah tidak
melebihi 1000 watts.
d) Mesti ada pengawasan yang rapi serta orang yang bertanggungjawab
sepenuh masa ke atas keselamatan pemasangan.
e) Semua kabel ang digunakan dalam pemasangan ini mestilah berlapik
dan tahan daripada kerosakan mekanikal.
f) Kabel berlapikkan logam tidak dibenarkan dalam pemasangan ini
kecuali berperisai.
g) Jika pemasangannya menggunakan konduit logam ia mestilah
mematuhi peraturan IEE bagi sistem konduit.
h) Ujian pemasangan hendaklah dijalankan seperti ujian pemasangan
tetap.
SISTEM PENDAWAIAN E2001 / UNIT 7 / 19

AKTIVITI 7d

 UJIKAN KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT


SELANJUTNYA…!
 SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI HALAMAN
BERIKUTNYA.

1) Takrifkan pepasangan sementara.

2) Nyatakan tempat-tempat dimana sistem pendawaian pepasangan sementara sesuai


digunakan.

3) Berikan 4 peraturan IEE bagi sistem pepasangan sementara.


SISTEM PENDAWAIAN E2001 / UNIT 7 / 20

MAKLUMBALAS 7d

Jawapan :

1) Pemasangan yang digunakan dalam jangka masa yang pendek.

2) Sistem pendawaian pepasangan sementara biasanya digunakan di pesta-pesta


keramaian dan di tapak pembinaan bangunan.

3) a) Pemasangan mesti diperiksa semula jika tempohnya lebih daripada 3 bulan.


i) Mesti mangadakan perlindungan lebihan arus dan suis utama yang boleh
memutuskan semua kutub hidup dan neutral.
j) Jumlah beban untuk pemegang lampu jenis bayonet mestilah tidak melebihi 1000
watts.
k) Mesti ada pengawasan yang rapi serta orang yang bertanggungjawab sepenuh
masa ke atas keselamatan pemasangan.
SISTEM PENDAWAIAN E2001 / UNIT 7 / 21

PENILAIAN KENDIRI – U7

Anda telah menghampiri kejayaan . Sila cuba semua soalan dalam penilaian kendiri ini
dan semak jawapan anda pada maklumbalas yang disediakan .
Jika ada masalah yang timbul , sila berbincang dengan pensyarah anda.
Selamat mencuba semoga berjaya !!!

SOALAN
SISTEM PENDAWAIAN E2001 / UNIT 7 / 22

MAKLUMBALAS - U7

Adakah anda telah mencuba dahulu ???


Jika “ YA “ , sila semak jawapan anda .

JAWAPAN PENILAIAN KENDIRI

Вам также может понравиться