Вы находитесь на странице: 1из 25

Nama Pengarang : Siti Hajar bt.

Ismail

Alamat Surat Menyurat : Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan.

Universiti Sains Malaysia,

11800 Minden Pulau Pinang.

No telefon : 017- 4369004

Emel : milk_daisy@yahoo.com
KEBERKESANAN PROGRAM PEMULIHAN KE ATAS PELAJAR SEKOLAH
TUNAS BAKTI DALAM PENCEGAHAN JUVANA DELIKUENSI: KAJIAN KES
DI SEKOLAH TUNAS BAKTI PULAU PINANG DAN PERAK.

Daripada:

SITI HAJAR BINTI ISMAIL


PSM 0022/09 (R)
School of Social Sciences
Universiti Sains Malaysia
milk_daisy@yahoo.com

ABSTRAK : Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauhmanakah keberkesanan Sekolah

Tunas Bakti (STB) dalam mencegah jenayah juvana. Kajian akan dijalankan di Sekolah

Tunas Bakti Telok Air Tawar P.Pinang dan Sekolah Tunas Bakti Taiping Perak. STB

adalah institusi pemulihan yang ditubuhkan di bawah Seksyen 65 (1) Akta Kanak-Kanak

2001 bagi pemulihan dan jagaan bagi kanak-kanak yang terlibat dengan jenayah dan

kanak- kanak yang tidak terkawal. Di sekolah pemulihan ini, pelatih-pelatih yang terlibat

akan menjalani program pemulihan yang bertujuan untuk memberi bimbingan dan

pendedahan kepada pelatih sebagai persediaan untuk kembali ke pangkuan masyarakat.

Persoalan yang ingin dikaji ialah samada STB yang ditubuhkan tersebut mampu Memulih

tingkah laku pelatih agar tidak mengulangi kesalahannya. Selain daripada itu, juga

meninjau sikap pelatih terhadap program-program pemulihan yang dilaksanakan.

Instrumen kajian yang digunakan ialah soal selidik dan temu bual. Soal selidik yang

digunakan bergantung kepada samada soalan terbuka atau tertutup yang meliputi semua

permasalahan kajian. Kaedah ini adalah bagus dan amat berkesan jika ia disediakan

dengan baik dan mempunyai item-item yang konsisten dan boleh dipercayai. Sementara

temu bual dijalankan bagi memastikan pendapat-pendapat pegawai, kaunselor, pengetua

dan pelatih (samada masih menuntut atau sudah bebas) itu sendiri di sekolah terbabit bagi
memantapkan dapatan kajian ini. Kajian in dilakukan ke atas 150 orang responden yang

dipilih melalui persampelan rawak secara sistematik. Data-data yang diperoleh akan

dianalis dengan bantuan komputer melalui program SPSS. Penganalisian data ini

melibatkan penggunaan statistik deskriptif dan statistik kolerasi untuk mengesan

keberkesanan Sekolah Tunas Bakti dengan pelatih-pelatih yang terlibat.

(nota kaki: Sekolah Tunas Bakti, Juvana Delinkuensi, kemudahan kelengkapan, program

akademik, program ko-kurikulum, program keagamaan, program vokasional, program

bimbingan dan kaunseling)

PENGENALAN
Malaysia merupakan sebuah negara yang prihatin terhadap kebudayaan timurnya.

Walau bagaimanapun, penularan budaya hedonisme yang dibawa dari Barat sedikit

sebanyak telah mencemarkan budaya ketimuran yang diamalkan dan juga menyebabkan

kawalan sosial dalam kalangan rakyat Malaysia semakin longgar. Keruntuhan akhlak

dan nilai sosial dalam kalangan rakyat Malaysia bukanlah sesuatu yang boleh dikatakan

terlalu baru. Masalah ini dikatakan mula menular pada awal tahun 1960-an lagi dan

semakin berleluasa sejak tahun 1980-an sehingga ke hari ini.

Hal ini amat membimbangkan kerana kebanyakan mereka yang terlibat dalam

masalah ini terdiri dalam kalangan remaja yang merupakan aset negara yang paling

penting dalam membantu perkembangan dan pertumbuhan negara. Masalah sosial yang

melibatkan golongan remaja dengan budaya seperti lepak, mencuri, dadah, bohsia dan

sebagainya telah didedahkan kepada kita setiap hari.

Sebagai sebuah negara yang sebahagian penduduknya terdiri dari golongan muda

mudi, maka keadaan tersebut seharusnya dipandang berat bukan sahaja oleh segolongan

pihak malah semua yang terlibat seperti kerajaan, masyarakat dan keluarga. Ia bukan

sahaja boleh menjejaskan kualiti hidup masyarakat akan datang tetapi juga keruntuhan

akhlak masa kini akan menjejaskan maruah negara ini. Oleh itu, langkah pencegahan dan

pemulihan yang serius adalah penting untuk menghindar golongan muda mudi terus

terjebak dalam gejala-gejala negatif ini.

KES KANAK-KANAK YANG MEMERLUKAN PERLINDUNGAN DAN


PEMULIHAN MENGIKUT NEGERI, 2006-2009
Negeri 2006 2007 2008 2009
L P Jum L P Jum L P Jum L P Jum
Johor 27 36 63 21 71 92 1 66 67 7 41 48
Kedah 5 3 8 1 4 5 8 15 23 0 10 10
Kelantan 1 23 24 8 20 28 5 13 18 0 9 9
Melaka 0 0 0 0 7 7 12 33 45 0 6 6
Negeri 9 4 13 2 36 38 6 18 24 2 5 7
Sembilan
Pahang 17 38 55 18 47 65 11 33 44 1 21 22
Perak 4 15 19 4 30 34 12 43 55 0 25 25
Perlis 0 0 0 1 0 1 5 7 12 0 0 0
Pulau Pinang 23 45 68 8 39 47 17 25 42 1 8 9
Sabah 0 0 0 23 10 33 0 2 2 13 17 30
Serawak 0 6 6 12 9 21 30 5 35 0 0 0
Selangor 17 29 46 22 64 86 3 25 28 0 18 18
Terengganu 15 43 58 6 20 26 4 22 26 0 18 18
W.P. Kuala 7 16 23 6 13 19 0 0 0 0 8 8
Lumpur
W.P. Labuan 0 0 0 0 1 1 0 0 0 0 0 0
Jumlah 125 258 383 132 371 503 114 307 421 24 209 233

Sumber: Statistik Perkhidmatan Kebajikan, Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia.

PENYATAAN MASALAH

Juvana Delikuensi merujuk kepada perlakuan jenayah atau anti-sosial golongan

juvana (remaja). Jenayah jenis ini merupakan sesuatu yang makin membimbangkan

semua pihak di seluruh dunia. Ia merupakan satu isu sosial yang penting kerana golongan

ini mampu melakukan jenayah berat, namun mereka masih belum boleh

dipertanggungjawabkan sepenuhnya.

Peningkatan jumlah remaja yang terlibat dengan masalah sosial telah mendorong

pihak kerajaan dan badan sukarela yang lain untuk merancang dan melaksana berbagai
program atau strategi bagi mengatasinya. Semua program ini bertujuan untuk

memberikan kesedaran kepada remaja agar tidak terjebak ke dalam masalah sosial

(Utusan Malaysia, 26 Jun 2006).

Golongan remaja dilihat sebagai golongan yang paling kerap mencetuskan

masalah sosial. Juvana sering dikaitkan dengan penyalahgunaan dadah, jenayah juvana,

vandalisme, ponteng sekolah, seks bebas dan lari dari rumah. Sejak sedekad yang lalu

tekanan dan masalah sosial dilihat sebagai masalah yang kerap menyerang golongan

muda mudi. Golongan juvana menghadapi risiko yang khusus dari segi pembatasan tahap

psikososial, perkembangan kognitif dan pengalaman hidup mereka ( Diane & Mistry

1997).

Di samping itu juga beberapa institusi dan pusat pemulihan telah diwujudkan

beserta dengan program-program yang bersistematik . Namun masalah kini, peratus

golongan remaja yang terjerumus dalam gejala sosial yang negatif terus meningkat. Ini

sudah pasti memperlihatkan kepada kita keperluan satu pendekatan dan kaedah yang baru

serta difikirkan lebih sesuai dalam menangani masalah ini.

Sejak kebelakangan ini, golongan remaja semakin mendapat perhatian daripada

segenap lapisan masyarakat. Media massa juga seringkali menyiarkan pelbagai berita dan

cerita tentang jenayah remaja yang masih bersekolah dan pelbagai masalah sosial yang

melanda mereka ini. Penyelidik berpendapat, mengutarakan berita sedemikian bukanlah

langkah untuk menyelesaikan masalah ini. Apa yang penting, kita perlu mengkaji secara
mendalam dengan mengenal pasti isu sebenar, menyenaraikan punca-punca dan cuba

mencari alternatif penyelesaian terhadap permasalahan ini.

Pelbagai program seperti akademik, vokasional, ko- kurikulum, keagamaan dan

bimbingan dan kaunseling telah dianjurkan dan di ikuti oleh para penghuni di Sekolah

Tunas Bakti (STB). Apabila dibebaskan, penghuni-penghuni juga menerima sijil daripada

institusi berkaitan (sijil ini tidak mengandungi nama institusi terbabit bagi mengurangkan

rasa rendah diri bekas penghuni yang mengikuti institusi ini). Akan tetapi, sijil tersebut

tidak dapat mengesahkan tahap kemahiran penghuni-penghuni dalam sesuatu bidang

yang dapat mempertingkatkan lagi peluang pekerjaan penghuni-penghuni ataupun

peluang untuk melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi.

Juga perlu diberikan perhatian, adakah program pemulihan dilaksanakan oleh

institusi ini mampu mengubah sikap pelatih agar tidak mengulangi sikap lamanya. Selain

itu, perlu dilihat sikap pelatih terhadap program-program pemulihan yang dilaksanakan.

Persoalan yang ingin ditimbulkan di sini ialah samada program pemulihan yang

dijalankan oleh institusi pemulihan akhlak tersebut mampu mengubah sikap pelatih agar

tidak mengulangi kesalahannya. Selain itu, penyelidik juga akan cuba meninjau sikap

pelatih terhadap program-program pemulihan yang dilaksanakan. Jesteru itu, penyelidik

berpendapat satu kajian perlu dilaksanakan di Sekolah Tunas Bakti yang telah dikenal

pasti untuk mengkaji sejauh mana keberkesanan program latihan tehadap pelatih dalam

memastikan mereka tidak kembali lagi ke tingkah laku yang lalu.


PERSOALAN KAJIAN

Beberapa persoalan dikenal pasti dalam kajian ini, seperti:

1) Apakah tahap keberkesanan program yang dijalankan oleh Sekolah Tunas Bakti

(STB) dari aspek latihan akademik, vokasional, ko-kurikulum, keagamaan dan

bimbingan dan kaunseling dalam usaha mencegah dan menghindar daripada

jenayah Juvana Delikuensi?

2) Adakah kemudahan dan kelengkapan yang terdapat di Sekolah Tunas Bakti (STB)

mencukupi untuk memastikan kelancaran program yang dijalankan di STB?

3) Sejauh manakah Sekolah Tunas Bakti (STB) memainkan peranannya dalam

menghindar seseorang remaja daripada terus terjerebak ke dalam Juvana

Delikuensi?

OBJEKTIF

Berikut adalah objektif-objektif yang telah digariskan, iaitu:

1) Mengenal pasti tahap keberkesanan program yang dijalankan oleh Sekolah Tunas

Bakti (STB) dari aspek latihan akademik, vokasional, ko-kurikulum, keagamaan

dan bimbingan dan kaunseling dalam usaha mencegah dan menghindar daripada

jenayah Juvana Delikuensi.

2) Mengenal pasti samada kemudahan dan kelengkapan mencukupi di Sekolah

Tunas Bakti Teluk Air Tawar Pulau Pinang dan Taiping Perak.
SKOP KAJIAN

Berdasarkan objektif tersebut, skop kajian ditumpukan kepada keberkesanan

program dan Sekolah Tunas Bakti yang terdiri daripada responden yang terdiri daripada

pelatih yang berumur antara 13- 17 tahun. Skop kajian ini dikecilkan dengan membuat

satu kajian kes di Sekolah Tunas Bakti di Telok Air Tawar Pulau Pinang dan Sekolah

Tunas Bakti Taiping Perak.

Sekolah Tunas Bakti merupakan institusi terbuka yang mempunyai peraturan dan

tatatertib tertentu yang perlu dipatuhi. Jadual waktu harian yang telah ditetapkan mesti

diikuti oleh setiap pelatih seperti bangun pagi, waktu belajar, latihan amali, waktu riadah

dan waktu tidur.

Hukuman akan diberikan kepada pelatih yang melanggar perintah dan arahan

yang ditetapkan dengan cara pembatalan keistimewaan yang diberikan seperti cuti balik

kampung, wang saku dan aktiviti perkelahan. Beberapa responden yang dipilih secara

rawak yang terdiri daripada golongan remaja yang menuntut di Sekolah Tunas Bakti yang

terlibat dalam jenayah juvana. Pendapat dan padangan daripada pengetua, kaunselor,

pegawai dan tenaga pengajar akan dikaji oleh penyelidik.

Cadangan-cadangan yang boleh diguna pakai untuk mengurangkan lagi

penglibatan kelompok tersebut dalam jenayah juvana ini dan memantapkan penubuhan

Sekolah Tunas Bakti ke arah pembentukan penuntut yang cemerlang dan dapat diterima

oleh masyarakat yang lain akan dikemukakan. Kajian ini dibuat bertujuan untuk
mengumpulkan maklumat dan data-data mengenai program yang telah dan sedang

dijalankan di Sekolah Tunas Bakti (STB).

KAEDAH PENYELIDIKAN

Dalam menghasilkan kajian ini, penyelidikan dijalankan secara berperingkat-

peringkat dan bersistematik. Terdapat lima peringkat utama yang dikenal pasti, iaitu :

Peringkat 1 – Penyediaan Dan Pemahaman Awal

Peringkat 2 – Sorotan Karya

Peringkat 3 – Pengumpulan Maklumat Dan Kajian Lapangan

Peringkat 4 – Analisis Dan Sintesis

Peringkat 5 – Rumusan dan Cadangan

Peringkat 1 – Penyediaan Dan Pemahaman Awal

Dalam peringkat ini, kajian dimulakan dengan mengenal pasti isu dan masalah

sebelum menetapkan matlamat dan objektif. Seterusnya, penyediaan dan pemahaman

awal ini merangkumi pembentukan objektif, skop, dan pendekatan kajian. Bagi mencapai

objektif kajian, skop kajian dirangka agar penyelidikan dapat dijalankan seperti yang

telah dirancang.

Peringkat 2 – Sorotan Karya


Sorotan karya ini merupakan bahagian yang meghuraikan topik yang akan dikaji

secara teoritikal dan terperinci. Ia melibatkan ulasan-ulasan buku, jurnal, keratan akhbar

serta kajian-kajian lepas yang berkaitan. Antara kandungan yang akan diperincikan dalam

bahagian ini merangkumi penyelidikan berkaitan dengan definisi Sekolah Tunas Bakti

dan golongan remaja, latar belakang penglibatan golongan remaja juvana delikuensi,dan

teori-teori penting yang berkait dengan penubuhan Sekolah Tunas Bakti (STB).

Memahami secara mendalam mengenai program-program yang dianjurkan dalam

memastikan pelatih memberi tindak balas dalam kepada kehidupan yang lebih daripada

sebelumnya. Secara ringkasnya, dalam bahagian ini penyelidik perlu memahami bidang

kajian dengan lebih mendalam. Hal ini adalah untuk memberi pemahaman, pendedahan

dan gambaran yang jelas terhadap kajian yang bakal dijalankan.

Teori-teori perlakuan jenayah dapat dibahagikan kepada dua pesrpektif utama

iaitu perspektif sosiologi dan psikologi (Siegel, 1992). individu dipengaruhi oleh banyak

faktor dalam struktur sosial dan kawalan sosial yang menyebabkan seseorang individu itu

berlawan dan bermain dengan psikologi dalaman diri yang memaksa seseorang individu

tersebut berganjak keluar dari norma dalam masyarakat yang telah ditetapkan. Individu

yang berdepan dengan faktor-faktor seperti persekitaran sosial yang tidak sihat,

kemiskinan, tekanan hidup dan juga tidak suka kepada peraturan menyebabkan mereka

cuba bertindak di luar batasan norma dengan melakukan jenayah sebagai salah satu cara

untuk menghilangkan segala tekanan dan keinginann yang melampaui batasan.


Wilson dan Seaman (1997: 298-299) mendapati bahawa penjenayah datang dari

latar belakang dimana terdapat kesesakan dan juga tahap kehidupan yang rendah.

Samenow (1983) dapati wujud penentu genetik yang menjadikan seseorang sebagai

penjenayah. Daripada Wilson dan Seaman dapat dihuraikan bahawa individu yang

berasal dari kalangan keluarga yang pernah terjebak dalam kegiatan jenayah sebelum ini,

kebarangkalian untuk individu terbabit terjebak ke dalam jenayah adalah tinggi kerana

individu terbabit telah belajar daripada apa yang telah berlaku dalam keluarganya.

Menurut penyelidik Smith dan Stern (1997), mereka mendapati salah satu faktor

yang menyumbang kepada tungkahlaku jenayah juvana ialah disebabkan keruntuhan

institusi kekeluargaan. Kebayakan juvana yang terlibat dalam jenayah tidak mempunyai

satu struktur yang baik dalam sistem kekeluargaan mereka. Ini sekaligus menyebabkan

ahli keluarga tidak dapat berfungsi dengan baik dalam menjalani kehidupan normal iaitu

tidak terlibat dengan jenayah (Disfungsi).

Sumber menurut FBI AS pada tahun 2000, mendapati bahawa salah satu faktor

remaja di sana melakukan jenayah kerana saiz fizikal juga mempengaruhi seseorang

dalam melakukan jenyah. Ini kerana apabila seseorang melakukan jenayah disebabkan

olah faktor fizikal sebuah tubuh badan yang tegap dan sihat. Ini memberikan keyakinan

dan kelebihan untuk seseorang juvana melakukan jenayah (Federal Bureau of Institution,

2000).
STB ditubuhkan mengikut akta kanak-kanak 2001 (Akta (11) mengikut Bab 4,

Sekyen 65-72. Penubuhan sekolah ini bermatlamat ke arah tujuan untuk pendidikan,

latihan, penahanan yang merangkumi rawatan dan pemulihan akhlak bagi

i) Kanak-kanak yang didapati bersalah telah dibuktikan oleh mahkamah bagi

kanak sekolah 91 (1) (f)

ii) Kanak-kanak yang tidak terkawal Bhgn vii Seksyen 46 (2) (e)

iii) Kanak-kanak yang memerlukan jagaan dan perlindungan.

Pernyusunan semula program dan klasifikasi penghuni telah dibuat pada 1959

dengan program berbentuk latihan dan bimbingan khusus kepada kes-kes individu yang

berumur antara 10-14 tahun. Penyusunan semula kemasukan ke institusi pemulihan

akhlak dalam surat pekeliling Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Bil.4 tahun 2001

mengikut zon telah memberi sekolah ini berbentuk akademik dan vokasional kepada

kanak-kanak. Dalam keadaan sekarang latihan dalam berbentuk vokasional kepada

kanak-kanak hanya melibatkan bidang masakan dan sekolah taman. Bagi lain-lain

program vokasional, belum dapat dijalankan kerana kurang prasarana dan tenaga

pengajar . Usaha ke arah itu diusahakan dengan pengeluaran kehendak seksyen 93(1) (f)

dan (e), Akta kanak-kanak 2001 dan konvension mengenai hak kanak-kanak. JKMM

telah memutuskan supaya kemasukan kanak-kanak ke STB diklafikasikan semula.

Selain itu, menurut ( Sumber : The Rand Corporation, kajian 1996) mendapati

bahawa ”Program pencegahan yang dijangkakan sekurang-kurangnya dua kali ganda

lebih berkesan dan lebih murah jika dibandingkan dengan pembentukan undang-undang
untuk meningkatkan pemenjaraan. Negara California telah membelanjakan hampir $ 4

billion setahun unuk kos penyelenggaraan dan pembinaan penjara. Walaubagaimanapun,

terdapat satu kajian yang lain membuktikan bahawa terdapat dalam anggaran 60 kes

jenayah yang dapat dicegah dalam masa setahun hanya dengan berbekalkan kos $ 1 juta

untuk program intensif garduasi.

”Pesalah juvenil yang dibicarakan di dalam mahkamah orang dewasa yang

berjumlah dua kali ganda lebih ramai, kebarangkalian mereka untuk melakukan lagi

kesalahan tersebut jika dibandingkan dengan pesalah juvenil yang dibicarakan dan

ditahan dalam sisitem juvenil. Sistem keadilan lebih menekankan kepada pemulihan,

sementara sistem yang dikhaskan untuk orang dewasa pula adalah lebih kepada

pemenjaraan dan hukuman kepada pesalah ( Sumber: United States Dept. Of Justice,

Jabatan Keadilan Amerika Syarikat).

REKABENTUK KAJIAN PENYELIDIKAN


+ ve

Carta 1.1

Isu yang akan dibincangkan di sini ialah mengenai perlaksanaan program yang

terdapat di Sekolah Tunas Bakti (STB). Seperti carta 1.1 di atas terdapat lima program

yang terlibat secara langsung dalam kajian ini iaitu Akademik, Vokasional, Ko-

kurikulum, Keagamaan dan Bimbingan dan Kaunseling.

Kelima-lima program ini merupakan pemboleh ubah yang memainkan peranan

penting dalam mencorak perubahan dari dalam kalangan pelajar-pelajar yang bermasalah.

Seperti mana yang dilaksanakan di STB. Kelima-lima program ini menjadi elemen utama

dalam memastikan keberkesanan program-program tersebut samada mencapai keputusan

yang positif atau negatif ke arah memastikan keseimbangan mental, fizikal dan

kerohanian pelajar yang terlibat samada yang masih berada di STB atau bekas pelajar

STB. Beberapa indikator yang bertindak dalam memastikan perlaksanan program ini

berkesan atau tidak akan dikenal pasti.

Peringkat 3 – Pengumpulan Maklumat dan Kajian Lapangan


Antara instrumen yang akan digunakan dalam data primer ialah kajian lapangan

yang dijalankan dengan menggunakan kaedah borang soal selidik dan temu bual. Soalan-

soalan yang diutarakan dalam borang soal selidik berbentuk soalan tertutup dan soalan

terbuka.

Selain itu, reka bentuk kajian tentang keberkesanan program yang dijalankan di

Sekolah Tunas Bakti ini juga dilakukan secara deskriptif dengan menggunakan kaedah

tinjauan Kajian akan menyentuh dan menerangkan kajian kes iaitu latar belakang

kawasan kajian. Penyelidik juga menyediakan borang soal selidik kepada responden

untuk mendapatkan maklumat.

Pengedaran borang soal selidik dijalankan secara individu dan berkumpulan.Ujian

statistik yang sesuai akan digunakan dalam menganalisis data-data yang diperolehi. Data-

data yang dikumpulkan adalah untuk meninjau sikap, persepsi atau pandangan pelatih

dan penghuni sekolah terhadap program- program yang dilaksanakan. Seramai 75 orang

responden dari setiap STB dipilih secara rawak yang terdiri daripada golongan remaja

yang menuntut di Sekolah Tunas Bakti yang terlibat dalam jenayah juvana. Sesi temu

bual akan dijalan kan untuk mendapat kan pendapat dan padangan daripada pengetua,

kaunselor, pegawai, tenaga pengajar dan bekas pelajar akan dikaji oleh penyelidik.

Cadangan-cadangan yang boleh diguna pakai untuk mengurangkan lagi

penglibatan kelompok tersebut dalam jenayah juvana ini dan memantapkan penubuhan
Sekolah Tunas Bakti ke arah pembentukan penuntut yang cemerlang dan dapat diterima

oleh masyarakat yang lain akan dikemukakan. Kajian ini dibuat bertujuan untuk

mengumpulkan maklumat dan data-data mengenai program yang telah dan sedang

dijalankan di Sekolah Tunas Bakti (STB).

Reka bentuk ini dipilih kerana ia amat sesuai memandangkan peranannya untuk

meninjau dan mengenal pasti sikap pelatih yang telah mempunyai pengalaman mengikuti

program-program di sekolah ini. Di masa yang sama juga melihat sikap pelatih yang

belum pernah atau pertama kali mengikuti program-program yang dilaksanakan.

Reka bentuk ini dipilih kerana ia amat sesuai memnadangkan peranannya untuk

meninjau dan mengenal pasti sikap pelatih yang telah mempunyai pengalaman mengikuti

program-program di sekolah ini. Di masa yang sama juga melihat sikap pelatih yang

belum pernah atau pertama kali mengikuti program-program yang dilaksanakan.

Selain itu, kaedah skunder juga akan digunakan bagi membantu menguatkan lagi

semua maklumat dan data dalam kajian saya ini. Kaedah ini merupakan kajian lepas yang

dilakukan oleh penyelidik terdahulu dan data dalam kajian mereka digunakan sebagai

sumber rujukan. Antara bentuk sumber rujukan itu ialah berbentuk maklumat melalui

statistik, jurnal, artikel dan sebagainya.

Kajian lapangan dan pengumpulan maklumat merupakan antara bahagian

terpenting dalam sesebuah kajian. Ia bertujuan untuk melihat senario semasa kawasan
kajian. Dalam peringkat ini, hasil daripada pengumpulan data ini akan digunakan dalam

peringkat seterusnya iaitu peringkat analisis dan sintesis.

Peringkat 4 - Analisis dan Sintesis

Segala data dan maklumat yang diperolehi akan dikumpul dan dianalisis bagi

mendapatkan hasil kajian yang dikehendaki. Data dianalisis dengan menggunakan teknik

dan kaedah yang bersesuaian bagi mendapat jawapan kepada hasil kajian. Penganalisisan

data dibuat dengan menggunakan sistem perisian SPSS (Statistical Package For The

Social Sciences). Hasil kajian akan dirumuskan dalam peringkat seterusnya bagi

menentukan situasi serta bentuk tindakan dan cadangan yang akan dirancang.

Penganalisisan data ini melibatkan beberapa jenis statistik seperti yang berikut :

a. Penggunaan statistik deskriptif iaitu peratus digunakan untuk melihat taburan

skor faktor demografi iaitu jantina, umur, kelayakan akademik, tempat tinggal

dan lain-lain.

b. Kekerapan, Min dan Sisihan Piawaian digunakan untuk melihat

keberkesanan program-program dengan kes yang pelatih-pelatih terlibat.

Peringkat 5 – Rumusan dan Cadangan


Peringkat ini meliputi rumusan daripada hasil kajian. Rumusan kajian akan

mengupas tentang profil responden dan objektif-objektif yang ingin dicapai. Cadangan

atau hasil akhir akan dikemukakan berdasarkan kepada rumusan dan penemuan kajian.

Pembentukan cadangan adalah hasil daripada hasil kajian yang telah dikenal pasti.

Peringkat ini juga turut menjawab persoalan kajian yang dibentuk dan seterusnya

mencapai matlamat kajian yang telah dibentuk. Kursus pengukuhan dan peningkatan

kemajuan staf harus diberikan sekerap yang mungkin kepada semua kakitangan yang

terlibat secara langsung dengan pelatih dan program.

Selain itu, Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat hendaklah memastikan kaunselor

yang berpengalaman, bertauliah dan berkhidmat sepenuh masa. Bilangan kaunselor yang

bertugas juga mestilah bersesuaian dengan jumlah pelatih di sesuatu tempat.

Kemudahan dan kelengkapan yang disediakan mestilah sesuai dan dapat

digunakan serta dimanfaatkan sepenuhnya oleh pelatih sepanjang masa mereka mengikuti

program. Dalam program kebudayaan dan kokurikulum, skop dan aktivitinya harus

diperluaskan. Ini bermakna program yang akan dilaksanakan seharusnya melibatkan

masyarakat tempatan di sekeliling pusat perlindungan. Program yang sebegini bentuknya

diharapkan dapat membentuk keyakinan kendiri pelatih kepada kehidupan

bermasyarakat.
Berikan peluang pihak Universiti / NGO membantu mengurangkan tekanan dalam

kalangan pelatih dengan mengambil bahagian sesi kaunseling di mana-mana Taman

Puteri di Malaysia. Ada sesetengah Taman Puteri terlalu ketat undang-undang tidak

membenarkan pihak universiti membantu mereka dari segi perlaksanaan seperti projek

khidmat siswa di pusat tersebut.

Dari segi latihan kemahiran, pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat perlu

bekerjasama dengan pihak latihan MARA melatih pelatih di sekolah ini dengan

kemahiran tertentu yang boleh mengubahkan sikap mereka apabila mereka keluar nanti.

Umpamanya dari segi kemahiran memasak, jahitan, katering, dan sebagainya. Berikan

mereka sijil yang diiktiraf yang boleh melayakkan mereka membuat pinjaman kewangan

untuk memulakan penghidupan baru selepas tamat nanti. Pihak MARA akan membuat

pemantauan dan membimbing mereka selepas mereka keluar nanti. Oleh itu,

kecenderungan untuk mereka kembali ke aktiviti asal akan berkurangan.

Adakan sesi kaunseling dengan keluarga pelatih sebelum mereka ini tamat

latihan. Sesi ini bertujuan memberi pengetahuan dan kefahaman untuk membuat

persediaan agar keluarga mereka sanggup menerima mereka dengan baik tanpa

mempunyai perasaan buruk sangka kepada anak mereka. Ini penting kerana penerimaan

keluarga boleh membantu mengurangkan terjerumusnya semula mereka ke kancah gejala

sosial yang negatif.

KETERBATASAN KAJIAN
Kajian ini hanya dijalankan di dua buah Sekolah Tunas Bakti daripada lapan

Sekolah Tunas Bakti yang terdapat di Malaysia iaitu sekolah Tunas bakti Telok Air

Tawar, Pulau Pinang dan Sekolah Tunas Bakti Taiping, Perak. Pemilihan STB ini

bersesuaian dan bertepatan di kawasan utara semenanjung.

Hasil Kajian hanya akan dapat dilihat hanya di dua STB ini sahaja dan terbatas

kepada populasi dan sampel di dua STB terbabit. Responden yang terdiri daripada pelatih

yang berumur 13-17 tahun berkebarangkalian kurang memahami penyataan yang

disediakan dalam borang saoal selidik, kerana terdapat responden yang masih kurang

boleh membaca dan memahami soalan. Dapatan kajian juga sangat bergantung kepada

kejujuran pelatih- pelatih yang telah dipilih sebagai responden dalam memberikan

jawapan dan maklumat yang tepat dan benar dalam soal selidik yang dikemukakan.

Selain itu, STB Telok Air tawar Pulau Pinang sekarang sedang dalam proses

penyelengaaran bangunan dan yang akan beropersi semula pada Januari 2011. Hal ini,

menyukarkan penyelidik untuk menjalankan kajian dalam masa yang telah ditetapkan.

SIGNIFIKAN KAJIAN
Kajian harus dilakukan untuk memastikan keberkesanan Sekolah Tunas Bakti

(STB) ini terhadap pelatih-pelatih. Kajian ini boleh menjadi satu penanda aras bagi

penerimaan masyarakat terhadap penubuhan STB dalam membantu memulihkan pelatih

untuk kembali ke pangkuan masyarakat.

Kajian ini perlu dijalankan memandangkan kemunculan banyak faktor dan unsur

baru yang telah muncul yang boleh mengganggu gugat proses pembentukan generasi

pelapis negara dalam kalangan golongan yang dianggap sebagai pemimpin dalam bidang

ekonomi, sosial dan politik negara pada masa hadapan. Secara langsung ataupun tidak,

STB ini akan mampu memberi kesan samada secara postif atau negatif dengan

kewujudannya kepada pelatih mahupun bekas pelatih.

Kajian yang dijalankan ini juga bertujuan untuk membekalkan maklumat kepada

pihak yang terlibat dalam melaksanakan program pemulihan akhlak iaitu Kementerian

Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat amnya dan Pusat Perlindungan Remaja.

Di samping itu penyelidik juga berpeluang untuk memberikan pendedahan kepada

masyarakat dan keluarga pelatih tentang program-program pemulihan yang dilaksanakan

oleh sekolah ini.

Kajian ini juga cuba melihat kesesuaian program-program yang telah dijalankan

dalam memenuhi matlamat asas penubuhan pusat pemulihan ini. Dengan segala
kelengkapan dan kemudahan yang disediakan di pusat ini, kajian ini cuba meninjau

keberkesanan penggunaan kelengkapan dan kemudahan yang ada.

Berdasarkan analisis terhadap masalah-masalah yang dihadapi oleh para pelatih,

bolehlah nanti dijadikan asas dan panduan kepada para kaunselor yang terlibat untuk

memperbaiki lagi cara bimbingan dan didikan mereka kepada para pelatih yang terbabit.

Rujukan
Azizi Yahaya et.al (1999). Satu Penilaian Terhadap Keberkesanan Pelaksanaan

Program di Pusat Pemulihan Akhlak Semenanjung Malaysia. Universiti Teknologi

Malaysia: Tesis.

Azizi Yahaya et.al (2001). Pengujian Program Latihan Bermodul di Pusat

Pemulihan Akhlak Wanita Di Malaysia. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis.

Azizi Yahaya et.al (2004). Keberkesanan program-program Pemulihan Tingkah

Laku Di Sekolah Henry Gurney dan Sekolah Tunas Bakti Universiti Teknologi Malaysia:

Tesis.

Azizi Yahaya et.al (2005).Psikologi Kognitif. Skudai : Universiti Teknologi

Malaysia: Tesis.

Azizi Yahaya et.al (2005).Psikologi Sosial. Skudai : Universiti Teknologi Malaysia:

Tesis.

David B. Kopel. How America’s Foolish Sentencing Policies Endanger Public

Safety: Prison Blues.

Trudy R. Hayden (June 1983). Confidentiality and Juvenile Court Records-

Current policy Issues.

Barbara Flicker (1983). Providing Counsel for Accused Juveniles-Current Policy

Issues.

Maslina Mohamad Arip dan Borhan Yusof (2002). Kokurikulum Dapat

Mengurangkan Masalah Sosial Remaja. Dlm. Mohd Sofian Omar Fauzee et.al.

Kokurikulum Peranan Dan Implikasi. Kuala Lumpur : Utusan dan Publications &

Distributors Sdn. Bhd.


Statistik Jabatan Perangkaan Malaysia 2004 Kuala Lumpur : Jabatan Perangkaan

Malaysia.

Statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia 2009 Kuala Lumpur : Jabatan

Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKMM).

Statistik Jabatan Perancangan & Pembangunan Jabatan Kebajikan Masyarakat

Malaysia Kuala Lumpur : Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKMM).

C.W Kelly, A.M Collen, F.L Todd. A Glimpse Into The Lives of Nine Youth in

Correctional Facility : Insight Inti Theories Delinquency.

B. Bezemore, W.T Clinton. Developing Deliquent Youth: A Reintegrative Model

for Rehabilitation and A New Role for the Juvenile Justice System.

A.S Shannon, S.F Bonnie, K.A Brandon, R.B Kristie, T.C. Francis, A.P Jennifer.

Public Support for Faith-Based Correctional Programs: Should Sacred Places Serve Civic

Purposes?

Вам также может понравиться