Вы находитесь на странице: 1из 1

KEK PISANG LEMBAB (VERY MOIST BANANA CAKE)

Bahan-Bahan :
250 g mentega
2 cawan gula (saya gunakan 340 gm)
4 biji telur
1/2 sudu teh garam halus
1 sudu teh vanilla ( saya gunakan vanilli)
4 sudu besar susu cair (sejat)
3 cawan pisang yg dilecek (saya gunakan pisang raja)
2 cawan tepung (diayak) - saya gunakan 240 gm tpg gandum
1 sudu teh bic of soda
1 sudu teh baking powder
Kacang walnut, macadamia,pecan (optional) - saya gunakan 50 gm hazelnut

Cara :

1. Pukul mentega bersama gula hingga kembang.

2. Masukkan telur sebiji sebiji sambil terus pukul. Kemudian masukkan, vanilli,
susu dan garam. Kacau rata.

3. Selepas tu, masukkan pisang lecek tadi dan gaul.

4. Akhir sekali, masukkan tepung lalu digaul hingga sebati.

5. Bakar di dalam ketuhar yg telah dipanaskan pd suhu 180 C utk selama 45-50
minit atau sehingga masak.

Вам также может понравиться