Вы находитесь на странице: 1из 2

BENGKEL ORIENTASI DAN MOBILITI

Bengkel Orientasi dan Mobiliti Orang Berkeperluan Khas Penglihatan dan Anggota 
diadakan antara lain bertujuan untuk memberikan peningkatan dan kesedaran
kepada masyarakat umumnya mengenai cara membantu orang berkeperluan khas
penglihatan dan anggota. Selain daripada itu, ianya juga diharapkan akan dapat
melahirkan sebuah masyarakat yang hidup dalam harmoni, bantu-membantu tanpa
mengira status atau kecacatan.

Bengkel seumpama ini merupakan sala satu aktiviti tahunan Jabatan Pembangunan
Masyarakat (JAPEM), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dengan
kerjasama Unit Pendidikan Khas (UPK), Kementerian Pendidikan dalam
meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai orang berkeperluan khas khusus
orang berkeperluan khas penglihatan dan anggota berkerusi roda.

Seramai 70 orang peserta yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan kerajaan,
persatuan-persatuan, ibu bapa, persendirian, dan orang berkeperluan khas di
Daerah Temburong.

Berapa orang pengendali bengkel dari JAPEM, UPK dan Kementerian Kesihatan
akan menyampaikan kertas kerja dan tunjuk cara membantu orang berkeperluan
khas penglihatan dan orang berkeperluan khas anggota (berkerusi roda).

Majlis pembukaan rasmi bengkel ini telah disempurnakan oleh Pemangku Pegawai
Daerah Temburong, Awang Matusin bin Orang Kaya Sura Haji Tuba.

Seramai 3 orang pelajar berkeperluan penglihatan di Daerah Temburong telah


menerima Jam Tangan Braille. Sementara itu sebanyak 7 buah kerusi roda telah
diserahkan kepada 7 orang penerima bantuan kerusi roda dari JAPEM. Kesemua
sumbangan tersebut telah diserahkan oleh Pemangku Pengarah JAPEM, Dayang
Hajah Misnah binti Haji Bolhassan kepada para penerima.

Bengkel yang diadakan di Dewan Belalong ini akan berakhir pada esuk hari dengan
penyampaian sijil-sijil penyertaan kepada para peserta bengkel oleh Pemangku
Pengarah JAPEM.
 

Вам также может понравиться