Вы находитесь на странице: 1из 16

SULIT 1103/1

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SEBUYAU


PEPERIKSAAN PERCUBAAN ZON SAMARAHAN 2009

BAHASA MELAYU
KERTAS 1

2 Jam 15 Minit

1. Kertas ini mengandungi dua bahagian, iaitu Bahagian A dan Bahagian B.


2. Jawab soalan Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B.
3. Jawapan anda hendaklah ditulis dalam buku jawapan yang disediakan. Sekiranya buku jawapan
tidak mencukupi, sila dapatkan helaian tambahan daripada pengawas peperiksaan.
4. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.

BAHAGIAN A
[30 markah]

[Masa dicadangkan: 45 minit]

Gambar di bawah menunjukkan seorang pekerja sedang menyembur asap untuk mencegah
pembiakan nyamuk di suatu kawasan. Huraikan pendapat anda tentang langkah-langkah yang
berkesan untuk mencegah penyakit bawaan nyamuk. Panjangnya huraian hendaklah antara
200 hingga 250 patah perkataan.

1103/1© Hak Cipta SMK Sebuyau, Sarawak. SULIT


SULIT 1103/1

BAHAGIAN B
[100 markah]
[Masa dicadangkan: 1 jam 30 minit]
Pilih satu daripada soalan-soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih
daripada 350 patah perkataan.

1. Anak-anak yang mendapat prestasi cemerlang dalam akademik bukan sahaja menjamin masa
depan yang cemerlang tetapi juga meningkatkan imej serta nama baik keluarga.
Anda telah diundang untuk menyampaikan ceramah tentang peranan ibu bapa dalam usaha
meningkatkan prestasi akademik anak-anak. Tulis teks ceramah anda selengkapnya.

2. Tindakan samseng dan perbuatan melampau konco peminjam wang tanpa lesen atau ‘ah long’
sering dipaparkan dalam media massa. Walau bagaimanapun, hal tersebut tidak menggentarkan
segelintir anggota masyarakat untuk terus menggunakan khidmat lintah darat itu.
Bahaskan pernyataan ini.

3. Kepercayaan kepada Tuhan


Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan Kesusilaan
Sebagai rakyat yang cinta akan tanah air, sewajarnya prinsip-prinsip Rukun Negara difahami
dan diterapkan dalam jiwa masyarakat.

Bincangkan faedah-faedah menghayati prinsip-prinsip Rukun Negara untuk membina sebuah


negara yang bersatu padu.

4. Isu pemanasan global semakin membimbangkan dan kini mengancam kehidupan di bumi.

Sebagai pengarang sidang redaksi majalah sekolah, anda ditugaskan untuk mewawancara
seorang pegawai Jabatan Alam Sekitar tentang punca-punca berlakunya pemanasan global.
Tuliskan wawancara anda selengkapnya.

5. Karya sastera berupaya menanamkan nilai kasih sayang dan semangat patriotisme kepada
pembacanya.

Ulas pernyataan di atas dengan merujuk novel yang pernah anda baca.

KERTAS SOALAN TAMAT

1103/1© Hak Cipta SMK Sebuyau, Sarawak. SULIT


SULIT 1103/1

SKEMA JAWAPAN/CADANGAN IDEA BAHASA MELAYU KERTAS 1


BAHAGIAN A

Pendahuluan

Penyakit bawaan nyamuk – membimbangkan – boleh membawa maut – contoh penyakit –


chikugunya, demam denggi dan malaria – dibawa oleh nyamuk aedes dan nyamuk tiruk.

Isi-isi Penting [Langkah-langkah pencegahan]

Melaksanakan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan sekitar rumah atau kampung


– mencegah pembiakan nyamuk

Melalui pihak berkuasa - Pemeriksaan dan penyemburan berkala oleh pegawai kesihatan –
membunuh nyamuk dan mencegah pembiakan nyamuk - Penguatkuasaan undang-undang –
mengenakan denda ke atas penduduk yang didapati membiarkan pembiakan nyamuk.

Mengadakan kempen kesedaran tentang kepentingan mencegah penyakit bawaan nyamuk


kepada masyarkat.

Penutup

K – terdapat pelbagai langkah yang dapat dilaksanakan untuk mencegah penyakit bawaan nyamuk

C – semua pihak harus bersinergi....

A – Jika penyakit bawaaan nyamuk dibiarkan terus menular, taraf kesihatan anggota masyarakat
akan terjejas.

H – Semoga ....

BAHAGIAN B

Soalan 1

Idea 1: Memberi dorongan dan sokongan moral yang secukupnya kepada anak-anak
- Memberi sokongan dan dorongan kepada anak-anak apabila mereka menghadapi apa-apa
rintangan atau tekanan dalam pelajaran
- Dengan ini, annk-anak tidak akan mudah berputus asa dan akan lebih berusaha lagi dengan
ada sokongan dan dorongan daripada ibu bapa
Idea 2: Meluangkan lebih banyak masa bersama-sama dengan anak-anak
- Ibu bapa jangan terlalu mementingkan kerjaya sehingga mengabaikan anak-anak
- Ibu bapa boleh meluangkan masa membuat ulang kaji bersama-sama dengan anak-anak.
Anak-anak akan berasa ibu bapa mereka sentiasa berusaha bersama dengan mereka

1103/1© Hak Cipta SMK Sebuyau, Sarawak. SULIT


SULIT 1103/1

- Selain itu, anak-anak yang menghadapi masalah dalam pelajaran juga boleh meminta tunjuk
ajar daripada ibu bapa pada masa itu
Idea 3: Mengawal, memantau dan memandu anak-anak supaya tidak mudah dipengaruhi oleh
anasir-anasir negatif
- Ibu bapa memastikan anak-anak tidak mudah terpengaruh oleh anasir-anasir negatif yang
terdapat di persekitaran mereka.
- Sentiasa memerhatikan perlakuan atau gerakan anak-anak
Idea 4: Memberi ganjaran atau pengiktirafan kepada anak-anak
- Memberi ganjaran seperti wang tunai, hadiah atau melancong bersama-sama dengan anak-
anak jika mereka mendapat keputusan yang cemerlang
- Anak-anak akan berasa usaha mereka dihargai dan akan meningkatkan lagi semangat anak-
anak untuk berusaha gigih.
Idea 5: Membimbing anak-anak untuk memilih bahan-bahan bacaan atau rujukan yang lebih
bermutu dan berkualiti
- Pastikan bahan bacaaan dan bahan rujukan yang dibaca oleh anak-anak adalah sesuai
dengan kemampuan atau kebolehan mereka Tindakan ini tidak akan mematahkan semangat
anak-anak untuk belajari sesuatu ilmu pengetahuan yang baru.
Soalan 2

Pendahuluan

Pengerusi Biro Pengaduan MCA menyatakan bahawa kegiatan ‘ah long’ sampai mengancam
keselamatan masyarakat- mengambil kesempatan terhadap tekanan ekonomi yang dihadapi oleh
orang ramai.

Isi-isi Penting

i. Orang ramai sukar mendapat pembiayaan pinjaman daripada bank- karenah birokrasi yang
diamalkan- terpaksa meminjam wang daripada ‘ah long’

ii. Keperluan terhadap gaya hidup moden- sesetengah individu ingin hidup bergaya tetapi kuasa
kewangan terhad- meminjam wang daripada ‘ah long’

iii. Operasi ‘ ah long’ berkembang dengan pesat- disebabkan syarat memperoleh lesen pemiutang
yang longgar – tampalan kad kecil berpelekat yang menawarkan pinjaman mudah- perangkap
lintah darat’ ah long’

iv. Pihak bank sepatutnya memberikan kelonggaran syarat pembiayaan kepada peniaga-peniaga
kecil- memberikan bimbingan tentang pengurusan kewangan

v. Mengambil tindakan tegas terhadap ‘ah long’- bertindak ganas terhadap peminjam yang idak
dapat membayar pinjaman- pinjaman serta keluarga diugut oleh ‘ah long’

1103/1© Hak Cipta SMK Sebuyau, Sarawak. SULIT


SULIT 1103/1

Penutup

Meminjam wang daripada ‘ah long’ tidak dapat membantu menyelesaikan masalah kewangan-
krisis kewangan menjadi lebih teruk- krisis kewangan menjadi lebih teruk- hutang tidak dapat
dibayar- nyawa terancam.

Soalan 3

Cadangan Idea
1. Memupuk semangat patriotisme dalam masyarakat
2. Rakyat dapat hidup dalam acuan masyarakat berbilang kaum
3. Mewujudkan suasana yang aman dalam negara
4. Menghormati hak dan kepentingan setiap kaum

Soalan 4

Pendahuluan

Pemanasan global- bermaksud peningkatan suhu atmosfera, laut dan bumi- isu pemanasan golobal
sering dibincangkan- para saintis menyimpulkan bahawa suhu bumi akan meningkat

Cadangan Idea

i. Aktiviti manusia yang tidak terkawal menyebabkan kesan rumah kaca- cahaya matahari akan
memantul semula ke atmosfera- bumi yang sememangnya panas akan bertambah panas apabila
aktiviti seperti pembakaran terbuka tidak dikawal

ii. Kepesatan sektor perindustrian yang membabitkan bidang teknologi menyebabkan terlalu
banyak gas karbon monoksida dilepaskan- gas ini memanaskan suhu bumi lalu terperangkap di
ruang atmosfera

iii. Kegiatan pembalakan yang dilakukan secara berleluasa sama ada secara sah atau haram
menyebabkan kekurangan tumbuhan hijau- berfungsi untuk menyerap karbon dioksida-
menyebabkan karbon dioksida membentuk rumah kaca

iv. Peningkatan penggunaan elektrik menyebabkan bahan bakar seperti minyak digunakan dengan
banyak- berlakunya pemanasan global

v. Peperangan yang berlaku di dunia- peluru dan bom yang digunakan mempunyai bahan mentana
dan dinitrooksida- bahan tersebut boleh memanaskan bumi

1103/1© Hak Cipta SMK Sebuyau, Sarawak. SULIT


SULIT 1103/1

Penutup

Suatu undang-undang perlu digubal untuk mengambil tindakan tegas terhadap negara yang
mengabaikan pemeliharaan alam sekitar demi kepentingan sejagat.

Soalan 5

Cadangan Idea

(a) Novel Pahlawan Pasir Salak – memaparkan kisah rakyat melawan penjajah Inggeris
(b) Kasih sayang dalam kalangan penduduk Pasir Salak dalam mempertahankan kampong
daripada pencerobohan – bekerjasama membina pondok kawalan untuk mengawal kampung
(c) Kasih sayang terhadap keluarga, bangsa, dan tanah air – watak utama, iaitu Deli menunjukkan
kasih sayang kepada keluarga, bangsa, dan tanah air – menanamkan sikap tersebut kepada
pembaca
(d) Perjuangan Deli dan penduduk Pasir Salak menentang penjajah Inggeris membuktikan wujud
semangat patriotisme dalam novel tersebut – pembaca turut merasakan semangat yang sama
(e) Melalui novel ini, pengarang menonjolkan persoalan segelintir rakyat yang sanggup
menggadai maruah diri dan bangsa demi kepentingan peribadi – mesej kepada pembaca agar
sentiasa berhati-hati dengan tali barut negara

1103/1© Hak Cipta SMK Sebuyau, Sarawak. SULIT


SULIT 1103/1

1103/2
Bahasa Melayu
Kertas 2/2009
2 ½ Jam

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SEBUYAU,


94850 SEBUYAU, SARAWAK.

UJIAN BULANAN 2 2009

BAHASA MELAYU
KERTAS 2

DUA JAM TIGA PULUH MINIT

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi empat soalan.


2. Jawab semua soalan.
3. Jawapan bagi Soalan 2(b), Soalan 2(c), Soalan 2(d) dan Soalan 4 berdasarkan teks
Komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.
4. Jawapan anda hendaklah ditulis dalam buku jawapan yang disediakan. Sekiranya buku
jawapan tidak mencukupi, sila dapatkan helaian tambahan daripada pengawas peperiksaan.
5. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.

________________________________________________________________________________

Kertas soalan ini mengandungi 8 halaman bercetak termasuk muka hadapan.

1103/2 [Lihat Sebelah]


SULIT

1103/1© Hak Cipta SMK Sebuyau, Sarawak. SULIT


SULIT 1103/1

Soalan 1 : Rumusan

[ 30 markah ]

Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian buat suatu rumusan tentang kaedah menangani
kemiskinan tegar dan kesannya kepada negara. Panjangnya rumusan anda hendaklah tidak
melebihi 120 patah perkataan.

Kewujudan kemiskinan tidak dapat dielakkan dalam kalangan masyarakat di seluruh dunia
dan hal yang sama tidak terkecuali di negara kita. Walaupun banyak langkah telah diambil tetapi
sebahagian masyarakat kita masih dicengkam kemiskinan. Untuk meredakan keadaan tersebut
kerajaan menubuhkan jawatankuasa kabinet dalam usaha mengurangkan kemiskinan tegar.
Penubuhannya membuktikan kesungguhan kerajaan untuk menangani kemiskinan tegar dengan
lebih berkesan.
Kemiskinan di negara ini berbeza mengikut lokasi tetapi kehadirannya menghimpit semua
kaum. Walau bagaimanapun masyarakat umum berharap agar kerajaan mengurangkan pemberian
subsidi secara beransur-ansur untuk mengelakkan rakyat terlalu bergantung pada kerajaan. Dalam
usaha membasmi kemiskinan tegar rakyat mesti menyokong projek yang dirancang menerusi
koridor ekonomi wilayah supaya taraf kemiskinan dapat dikurangkan secara drastik. Di samping itu,
dasar pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat diteruskan. Penerusan dasar itu
sangat penting kerana selagi ketidakseimbangan ekonomi antara rakyat wujud maka selama itulah
sukar dibenamkan perasaan tidak puas hati mereka. Dengan itu, kerajaan mengambil langkah untuk
membasmi kemiskinan tegar menjelang tahun 2010 menerusi tindakan memajukan wilayah yang
kurang membangun menerusi pusat pembangunan wilayah. Dalam situasi ekonomi yang kita alami
sekarang, usaha berterusan perlu dilaksanakan untuk menambah pendapatan rakyat melalui
peningkatan kemahiran dalam pelbagai bidang.
Sehubungan dengan tindakan itu, kerajaan harus mengambil langkah untuk menambahkan
sasaran matlamat penyusunan semula masyarakat dengan mengambil kira secara serius pengagihan
kekayaan dalam kalangan rakyat. Perkara ini seharusnya melibatkan semua rakyat sama ada yang
tinggal di bandar mahupun di luar bandar dengan memastikan penyertaan yang seimbang dan
saksama dalam kalangan mereka. Kejayaan langkah tersebut akan menyumbang peranan ke arah
perpaduan nasional yang menjadi agenda terpenting pembangunan negara. Usaha tersebut akan
berjaya jika dapat dipastikan tiada masyarakat yang tercicir daripada arus pembangunan negara.
Dengan langkah pembasmian kemiskinan tegar yang diberi perhatian itu maka hal ini akan
menjayakan matlamat pembinaan modal insan dalam pelbagai bidang. Di samping itu, agensi
kerajaan hendaklah menjalankan kajian terhadap instrumen untuk mengukur tahap kemiskinan.
Tujuan pelaksanaan kajian tersebut adalah untuk memastikan keberkesanan program pengurangan
kemiskinan kerana kejayaannya dapat memberikan nafas lega kepada golongan yang terlibat.
Atas kesedaran itulah kemiskinan tegar perlu diperangi habis-habisan dengan melibatkan
kerajaan, badan-badan bukan kerajaan, pemimpin politik, dan ketua masyarakat demi mencapai
kesejahteraan hidup pelbagai lapisan masyarakat di negara ini. Oleh sebab itu, proses
mengurangkan kemiskinan tegar itu mesti berjalan dengan lancar, lebih giat, dan perlu dipercepat.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana “ Memerangi Kemiskinan Tegar”


oleh Mustafa Dakian, Dewan Ekonomi, Mei 2008)

1103/1© Hak Cipta SMK Sebuyau, Sarawak. SULIT


SULIT 1103/1

Soalan 2 : Pemahaman

[ 35 markah ]

Soalan 2(a): Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda
sendiri.

i. Berikan maksud rangkai kata dicengkam kemiskinan dalam petikan tersebut.


[2 markah]

ii. Sarankan pihak yang memikul tanggungjawab untuk menyedarkan rakyat untuk memerangi
kemiskinan tegar.
[3 markah]

iii. Cuba anda jelaskan, mengapakah usaha memerangi kemiskinan tegar kurang berjaya?
[4 markah]

Soalan 2(b): Petikan Cerpen

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya dengan
menggunakan perkataan anda sendiri.

Aku pernah mendakap mama erat lantas mengucup tangan sejuk mama apabila kata-kata itu
menghanyutkan aku ke alam keharuan. Rasanya aku ingin sentiasa dalam pelukan keibuan mama
yang tersangat kurasakan darjah perlindungannya. Siapakah aku tanpa mama? Di manakah aku
tanpa mama?
“Kita harus buktikan kepada semua orang yang kita boleh terus survive tanpa lelaki dalam
hidup Zel. Buktinya mama tak pernah larang Zel daripada berjumpa dengan abah. Tapi dalam
keadaan yang menghimpit dan kita terasa dihimpit oleh peristiwa yang berlaku, kita wajar bersikap
optimistik: Kita mesti kuat demi untuk terus hidup, untuk terus berjaya. Ma hampir dapat buktikan
yang ma dapat teruskan hidup, dapat mencipta kejayaan, dapat didik Zel, hingga kini Zel hampir
dapat melanjutkan pelajaran ke U.K. Ma bangga dengan kejayaan kita. Ma bangga dengan Zel,
sayang.”
Aku hampir terkedu. Pernah dulu sebakku berbaur dengan perasaan yang menghenyak
pundak apabila ma menyongsong kotak Apple Macintosh Powerbook 165c dengan berat kurang
lebih 3 kg pada 27 Februari lepas.
“Ini bukan hanya lambang kasih sayang ma pada Zel sempena hari lahir Zel. Tapi ma mahu
lambang kecanggihan ini dapat Zel jadikan gerakan untuk terus berjaya dalam pelajaran, dalam
hidup. Selamat hari lahir, sayang mama.”

(Dipetik daripada “Virus Zel untuk Abah” oleh Mawar Shafei dalam antologi Kerusi,
Dewan Bahasa dan Pustaka)

1103/1© Hak Cipta SMK Sebuyau, Sarawak. SULIT


SULIT 1103/1

(i) Berikan bukti-bukti yang menunjukkan mama boleh hidup tanpa suami.
[2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, bagaimanakah hubungan dalam kekeluargaan dapat dieratkan? Berikan
tiga cara.
[3 markah]

(iii) Huraikan satu perwatakan Zel berdasarkan petikan dan dua perwatakan Zel daripada
keseluruhan cerpen.
[4 markah]

Soalan 2(c): Petikan Prosa Klasik

Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan berikut
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Maka Jibor pun segera pergi pada suatu tempat sunyi. Maka disuruhnya panggil empat
orang sipahi seraya diberinya seratus dinar pada seorang, katanya, “Apabila waktu Maghrib
sekarang, segala orang pergi sembahyang ke dalam masjid, tatkala itu barang siapa memakai kopiah
kaulihat buatan Rom, maka kamu penggal lehernya, tatkala ia pergi sembahyang, orang
bertandakan kopiah itu.”
Maka kata sipahi, “Baiklah, tuan hamba,” serta dengan takzimnya.
Setelah sudah ia bersetia itu, maka Jibor pun kembalilah ke rumahnya lalu ia tidur. Maka
hari pun malamlah. Maka Jibor pun terkejut daripada tidurnya lalu ia keluar pergi ke masjid
mengambil air sembahyang. Setelah sudah lalu ia masuk masjid.
Bahawa pada ketika itu Sabor pun ada hadir di dalam masjid memakai kopiah yang diberi
Jibor itu. Maka dirasanya oleh Sabor itu kepalanya pening. Maka kopiah di atas kepalanya itu
ditanggalkannya. Maka diletakkannya di atas mihrab. Maka ia memakai sapu tangan bertelepuk
intan baiduri. Setelah itu, maka bilal pun banglah. Maka dengan takdir Allah taala menggerakkan
hati jauhari itu, maka dilihatnya kopiah itu di atas mihrab itu. Maka oleh jauhari diambilnya lalu
dipakainya kopiah itu, daripada sangat ia ingin akan kopiah itu.

(Dipetik daripada “Sabor” dalam antologi Kerusi, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Apakah maksud rangkai kata menggerakkan hati?


[2 markah]

(ii) Jelaskan perancangan Jibor. Mengapakah rancangannya tidak berjaya?


[3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, apakah tindakan yang akan diambil terhadap Jibor sekiranya dia disyaki
bersalah? Berikan tiga tindakan.
[3 markah]

10

1103/1© Hak Cipta SMK Sebuyau, Sarawak. SULIT


SULIT 1103/1

Soalan 2(d): Petikan Puisi

Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

SYAIR KELEBIHAN ILMU


Ilmu ialah gemala sakti, Bagi yang duka ia penghibur,

Sinarnya cerah cahaya sejati Ia penerang bagi yang kabur,

Asal puncanya lamun didapati Ialah kandil di dalam kubur,

Sukar bercerai sehingga mati. Lamun dengannya beramal subur.

Harganya tidak dapat dinilaikan, Ia penerang jalan ke syurga,

Sebuah dunia belinya bukan, Ia pemuas tekak yang dahaga,

Kuasanya besar sukat digunakan, Ialah sungai ialah telaga,

Di laut di darat di rimba di pekan. Laut yang luas ialah juga.

(i) Berikan maksud rangkap kedua syair di atas.


[2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, mengapakah dikatakan ilmu pengetahuan merupakan penghibur bagi
yang duka dan penerang bagi yang kabur?
[3 markah]

(iii) Nyatakan dua gaya bahasa beserta dengan contoh yang terdapat dalam syair ini.
[4 markah]

Soalan 3 : Pengetahuan Bahasa dan Kemahiran Tatabahasa

[30 markah]

(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah ini supaya jelas menunjukkan bahawa anda
faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan,
menukarkan imbuhan, serta menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) bilang
(ii) berbilang
(iii) membilang
(iv) terbilang
(v) sebilangan
(vi) bilangan
11

1103/1© Hak Cipta SMK Sebuyau, Sarawak. SULIT


SULIT 1103/1

[6 markah]

(b) Baca petikan perbualan di bawah ini dengan teliti, kemudian tulis perbualan itu semula ke
dalam bentuk karangan biasa dengan menggunakan cakap pindah dan mengekalkan maksud
asalnya.

Wartawan : Dr. Noorhaliza, apakah perbezaan utama antara doktor veterinar dengan doktor
biasa?
Dr. Noohaliza : Doktor veterinar merawat haiwan, manakala doktor biasa merawat
manusia.
Wartawan : Adakah tugas doktor veterinar merawat haiwan sahaja?
Dr. Noorhaliza : Oh, tidak! Kami juga mempunyai tanggungjawab yang lain antaranya
memberi nasihat kepada pemilihara atau penternak haiwan dari segi penjagaan
dan pemakanan.
Wartawan : Bolehkah doktor jelaskan kelulusan dan syarat-syarat untuk mengikuti bidang
veterinar ini?
Dr. Noorhaliza : Universiti Putra Malaysia(UPM) ada menawarkan kursus ini untuk Sijil
Pelajaran Malaysia(SPM). Calon-calon hendaklah mengambil mata pelajaran
Sains Teras.

[6 markah]

(c) Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak perlu
menyalin petikan itu semula.

(i) Dalam dunia yang begitu pesat berkembangan sains dan teknologinya, jangan kita
abaikan kepentingan nilai ugama dan budaya yang luhur sebagai panduan untuk
bergerak jauh ke hadapan.

(ii) Kualiti air sungai semakin merosot kebelakangan ini dan penyumbangan utama
pencemaran ini ialah papejal terampai dan bahan organik.

(iii) Semangat dan perasaan patriotisme akan dapat dicapai melalui usaha, persiapan ataupun
kesediaan kita untuk mengatasi segala cobaran yang kita hadapi demi maruah dan
pencintaan kita kepada negara.
[6 markah]

(d) Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu dengan menulis ayat
itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

(i) Prestasi pelajar lelaki dalam peperiksaan utama semakin merosot berbanding daripada
pencapaian pelajar perempuan.

(ii) Penggunaan kad pengenalan lama akan dihapuskan dalam tempoh empat tahun daripada
sekarang

(iii) Kecantikan pulau dalam hutan belantara yang menghijau telah mengundang para
pelancong asing melalui negara kita.
12

1103/1© Hak Cipta SMK Sebuyau, Sarawak. SULIT


SULIT 1103/1

[6 markah]

(e) Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan peribahasa yang sesuai
dengan ayat-ayat tersebut.

(i) Kata sepakat dapat dicapai melalui mesyuarat.

(ii) Berikhtiar untuk menyelesaikan sesuatu perkara.

(iii) Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu.
[6 markah]

Soalan 4 : Novel

[15 markah]

Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut :

(i) Terminal Tiga karya Othman Puteh


(ii) Perlumbaan Kedua karya Marwilis Hj. Yusuf
(iii) Di Hadapan Pulau karya A. Samad Said
(iv) Bukit Kepong karya Ismail Johari
(v) Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain
(vi) Seteguh Karang karya Tuan Faridah Syed Abdullah
(vii) Julia karya Abu Hassan Morad
(viii) Putera Gunung Tahan karya Ishak Hj. Muhammad

(a) Persoalan bermaksud perkara-perkara sampingan atau isi yang lebih kecil yang ada
hubungannya dengan tema sesuatu karya.

Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, jelaskan dua persoalan kekeluargaan yang menarik
minat anda.
[7
markah]

(b) Bandingkan, iaitu dari segi perbezaan perwatakan watak utama dalam dua buah novel yang
telah anda pelajari.
[8
markah]

KERTAS SOALAN TAMAT.


SELAMAT MAJU JAYA.

13

1103/1© Hak Cipta SMK Sebuyau, Sarawak. SULIT


SULIT 1103/1

Skema Jawapan Bahasa Melayu Kertas 2

Skem Soalan 1 (Rumusan)

Pendahuluan
- Petikan membincangkan strategi untuk menangani kemiskinan tegar yang wujud di negara ini.
- Petikan membincangkan cara-cara mengatasi masalah kemiskinan yang masih wujud di negara
ini.
Isi Tersurat (Kaedah)
1. Kerajaan menubuhkan jawatankuasa kabinet dalam usaha mengurangkan kemiskinan tegar
2. Kerajaan mengurangkan pemberian subsidi secara beransur-ansur.
3. Rakyat menyokong projek yang dirancang menerusi koridor ekonomi wilayah
4. Dasar pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat diteruskan
5. Kerajaan memajukan wilayah yang kurang membangun menerusi pusat pembangunan wilayah
6. Kerajaan berusaha menambah pendapatan rakyat melalui peningkatan kemahiran
7. Kerajaan menambah sasaran matlamat penyusunan semula masyarakat
8. Kerajaan memastikan tiada masyarakat yang tercicir daripada arus pembangunan negara
9. Agensi kerajaan menjalankan kajian terhadap instrumen untuk mengukur tahap kemiskinan.

Isi Tersirat (Kesannya)


1. Rakyat dapat hidup dalam suasana yang lebih selesa
2. Jurang ekonomi antara penduduk bandar dengan luar bandar dapat diminimumkan
3. Keluaran Dalam Negara Kasar dapat ditingkatkan dari semasa ke samasa
4. Rakyat dapat dibebaskan daripada minda yang dibelenggu subsidi
5. Kita dapat meningkat pembinaan modal insan yang berkeupayaan tinggi
6. Pembiayaan untuk subsidi dapat digunakan untuk melaksanakan projek pembangunan

Kesimpulan
- Kesimpulannya , setiap anggota masyarakat berkewajipan menyokong usaha kerajaan
mengatasi kemiskinan agar hidup mereka tidak terus dicengkam kemiskinan.

Skema Soalan 2(a): Petikan Umum

i. ... bermaksud hidup dalam kesusahan


ii. ... menyedarkan anak-anak, pertubuhan bukan kerajaan, pemimpin politik dan ketua
masyarakat
iii. ... bilangan rakyat yang miskin masih ramai- sebahagiannya berasa cukup dengan apa-apa
yang sudah ada- sebahagian daripada golongan miskin tidak mengambil berat tentang
kehidupan mereka- dalam kalangan rakyat miskin itu ada yang tidak sanggup menerima
perubahan-terhadap rakyat yang tidak mengendahkan usaha kerajaan mengubah nasib mereka.

Skema Soalan 2(b): Petikan Cerpen


(i) ... dia tidak pernah melarang Zel daripada berjumpa dengan bapanya
... mama telah dapat mencipta kejayaan dalam kerjayanya
... dapat mendidik Zel sehingga Zel hampir dapat melanjutkan pelajaran ke U.K.
(ii) ... ibu bapa meluangkan masa untuk bersama-sama dengan anak-anak
... ibu bapa juga mengambil berat tentang masalah anak-anak mereka
... keluarga boleh bercuti dengan melancong ke mana-mana tempat menarik.
(iii) Petikan
14

1103/1© Hak Cipta SMK Sebuyau, Sarawak. SULIT


SULIT 1103/1

... amat menyayangi mamanya - dia berasa sebak apabila dihadiahi komputer riba oleh
mamanya pada hari lahirnya.
Keseluruhan cerpen
... seorang yang pendendam - dia berhasrat untuk memusnahkan Program ZQ 1308 yang
sangat penting kepada ayah dan keluarganya
... mendengar nasihat orang lain - dia mendengar nasihat Win supaya membatalkan hasrat
untuk memusnahkan Program ZQ 1308.

Skema Soalan 2(c): Petikan Prosa Klasik


(i) Maksud rangkai kata “menggerakkan hati” ialah membuat hati kurang senang.
(ii) Jibor merancang untuk membunuh Sabor. Oleh itu, dia telah memberikan Sabor kopiah buatan
Rom supaya dia mudah dikenali oleh orang sipahi yang diupahnya untuk membunuh Sabor.
Walau bagaimanapun rancangannya tidak berjaya kerana Sabor berasa pening apabila memakai
kopiah itu lalu meletakkannya ke atas mihrab. Sebaliknya, kopiah itu telah diambil dan dipakai
oleh jauhari.
(iii) Sekiranya disyaki bersalah, Jibor akan ditangkap oleh pihak berkuasa. Selepas itu, Jibor akan
dihadapkan ke muka pengadilan. Sekiranya didapati bersalah pula, Jibor akan dijatuhi hukuman
mati.

Skema Soalan 2(d):


(i) Ilmu mempunyai harga yang tidak ternilai dan tidak dapat dibeli dengan wang semata-mata.
Ilmu juga sangat berguna sehingganya boleh digunakan di mana-mana sahaja
(ii) Ilmu pengetahuan dikatakan merupakan penghibur bagi yang duka dan penerang bagi yang
kabur kerana ilmu pengetahuan boleh menyeronokkan hati seseorang yang sedih dan ilmu
mampu menerangi jalan yang sukar atau menyelesaikan masalah seseorang.
(iii) Penggunaan diksi bahasa Melayu klasik - Contoh: gemala, beka, kandil
Inversi - Contoh: bagi yang duka ia penghibur sepatutnya ia penghibur bagi yang duka
Hiperbola - Contoh: Hamparnya luas amat saujana
Metafora - Contoh: gemala sakti
Anafora - Contoh: Ia
Responsi - Contoh: ialah

Skema Soalan 3(a)


(i) ”Tolong bilang buku rujukan yang telah dihantar sahaja”, perintah Cikgu Salim.
(ii) Masyarakat berbilang kaum di Malaysia hidup bersatu padu.
(iii) Bibirnya bergerak-gerak bagai lebai membilang tasbih.
(iv) Bapa Kemerdekaan negara kita, iaitu Tuanku Abdul Rahman merupakan tokoh terbilang.
(v) Sebilangan besar kuli itu datang dari negara Bangladesh.
(vi) Cikgu Malek bertanyakan bilangan pelajar yang tidak hadir di kelasnya.

Skema Soalan 3(b)


Wartawan telah menemuramah Dr. Noorhaliza tentang perbezaan utama antara doktor
veterinar dengan doktor biasa. Dr. Noorhaliza menjelaskan doktor veterinar merawat haiwan
manakala doktor biasa merawat manusia dan doktor haiwan turut memberikan nasihat kepada
pemeliharaan atau penternak haiwan dari segi penjagaan dan pemakanan(2m). Seterusnya,
wartawan meminta Dr. Noorhaliza menyatakan syarat-syarat untuk mengikuti bidang
Veterinar.(2m) Dr. Noorhaliza memberitahu bahawa UPM sahaja menawarkan kursus tersebut
untuk lepasan Sijil Pelajaran Malaysia bagi calon-calon yang mengambil mata pelajaran sains
teras.(2m)

15

1103/1© Hak Cipta SMK Sebuyau, Sarawak. SULIT


SULIT 1103/1

Skema Soalan 3(c)


(i) perkembangan
(ii) agama
(iii) penyumbang
(iv) pepejal
(v) cabaran
(vi) kecintaan

Skema Soalan 3(d)


(i) awam
(ii) dengan
(iii) dimasuhkan
(iv) dari
(v) dan
(vi) mengunjungi

Skema Soalan 3(e)


(i) bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
(ii) mencari jalan
(iii) yang lama dikelek, yang baharu didukung

Skema Soalan 4(a)


Terminal Tiga
i. Persoalan tentang kegigihan berusaha untuk membela nasib keluarga – sanggup
meninggalkan kampung halaman untuk melanjutkan pelajaran.
ii. Persoalan tentang seorang anak yang menghormati ibu bapa dan keluarga – Rimpa
digambarkan sebagai seorang anak yang sangat menghormati ibu bapanya – tidak pernah
melupakan ibu bapa – tidak memaksa keluarga mengikut jejaknya memeluk agama Islam.

Seteguh Karang
i. Persoalan kasih sayang dalam sesebuah keluarga – Anis amat menyayangi ibu bapanya, Kak
Maysarah, Anita dan Pak Oni.
ii. Persoalan tentang rasa tanggungjawab terhadap keluarga – Anis melanjutkan pelajaran demi
tanggungjawabnya terhadap keluarga selepas kematian ibu dan bapanya – Pak Oni
menggalas tanggungjawab untuk menjaga Anis dan adik-beradiknya.

Skema Soalan 4(b)

Watak utama novel Terminal Tiga – Rimpa; watak utama novel Seteguh Karang – Awanis/Anis
i. Rimpa – remaja yang berasal dari pedalaman Sabah, melanjutkan pelajaran di ASK,
Kuala Lumpur (bidang penulisan); Awanis – gadis yang berasal dari Ipoh, Perak;
pelajar kursus Diploma Perdagangan di ITM Kangar (bidang perniagaan).
ii. Rimpa – asalnya bukan Islam tetapi menganut agama Islam; Awanis – beragama Islam
sejak dilahirkan

Sekian, terima kasih.


atbo/smksbyMei2009….
…atbochar@gmail.com

16

1103/1© Hak Cipta SMK Sebuyau, Sarawak. SULIT

Вам также может понравиться