Вы находитесь на странице: 1из 44

KERTAS KERJA KAJIAN SISTEM PENDIDIKAN

KEBANGSAAN (MTT 2353)


 

KONSEP NILAI MURNI DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

1.0 Tujuan pemilihan tajuk.

Memandangkan kepada masalah sosial yang semakin ketara dan berleluasa dewasa ini
khususnya dikalangan remaja ataupun kanak-kanak sekolah, tajuk ini amat sesuai dipilih
untuk diperbincangkan. Masalah sosial yang disajikan kepada kita baik melalui media
elektronik ataupun media cetak setiap hari amat membimbangkan contohnya kes
penyalahgunaan dadah, penderaan, pembunuhan, rasuah, politik wang dan sebagainya.
Kes juvana juga semakin hari semakin meningkat.

2.0 Definisi Nilai Murni

Nilai murni dapat didefinisikan sebagai perlakuan yang baik, peradaban dan tatasusila
individu manusia dalam hubungannya sesama manusia, alam dan tuhan. Wan Mohd.
Zahid mentakrifkan nilai murni sebagai:

"Nilai-nilai murni merupakan tanggapan berkenaan perkara-perkara yang dihajati dan


pada masa yang sama juga menjadi kriteria atau ukuran. Nilai-nilai murni sesuatu
masyarakat biasanya diasaskan kepada agama. Memang menjadi tujuan semua agama,
untuk membentuk kehidupan penganutnya untuk menjadi baik dan berakhlak mulia"

(Wan Mohd. Zahid, 1988)

Secara keseluruhannya, ia merupakan nilai yang positif yang boleh diterima oleh pelajar
dan masyarakat. Dalam pendidikan, penerapan nilai yang pertama kali secara rasminya
diberi penekanan ialah melalui Lapuran Kabinet (Lapuran Mahathir 1979), 1989. Semasa
Datuk Sri Anwar Ibrahim menjadi pemimpin Kementerian Pendidikan beliau membuat
penyataan mengenai FPN & KBSM yang mana menyelitkan isu-isu nilai murni untuk
diterapkan kepada pelajar-pelajar dan guru-guru dalam melahirkan insan yang seimbang
dan harmoni, bukan sahaja dari segi intelek, tetapi juga emosi, rohani dan jasmani.

3.0 Falsafah Pendidikan Negara

Falsafah Pendidikan Negara (FPN) yang disuratkan pada tahun 1987 berbunyi:-

"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan kearah perkembangan lagi


potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara"

Falsafah Pendidikan ini menjurus ke arah mencirikan insan dan warganegara yang baik
dengan mengemukakan ciri-ciri:

a. Percaya dan patuh kepada tuhan


b. Berilmu pengetahuan
c. Berakhlak mulia
d. Bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara.
e. Berbakti dan memberi sumbangan kepada masyarakat, agama. Bangsa dan
negara.
f. Memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu.

Keseimbangan dan keharmonian yang terdapat dalam FPN akan dapat dicapai jika nilai-
nilai murni ini dapat direalisasikan melalui kurikulum (khususnya dalam pendidikan
formal dan tidak formal) supaya ilmu pengetahuan akan dapat diperkembangkan sebagai
khalifah Allah dimukabumi ini, manusia hendaklah menyeru dan menyedarkan sesama
manusia yang lain.

Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa beliau selaku Menteri Pendidiakn pernah menyeru
agar FPN menjadi teras dan tunjang kepada sistem pendidikan kebangsaan dalam
melaksanakan prinsip-prinsip dan nilai-nilai yang hendak dicapai. Usaha dan kesedaran
daripada insan itu sendiri amat penting dalam mentafsir, membentuk dan melaksanakn
hasrat falsafah pendidikan demi untuk melahirkan insan yang berilmu, beriman, berakal,
berketerampilan dan berakhlak mulia.

Kesedaran tentang penanaman nilai-nilai murni disemai dan dibajai mulai zaman kanak-
kanak lagi. Ibubapa, guru-guru dan masyarakat masing-masing berperanan dalam
memberi teladan kepada kanak-kanak agar mereka dapat menyesuaikan dan
memeprsembahkan diri mereka berdasarkan kepada nilai murni yang ditonjolkan kerana
mereka ibarat kain putih yang perlu dicorakkan dengan warna-warna nilai yang baik. Bak
kata pepatah, "melentur buluh biarlah dari rebungnya".

Pendidikan di rumah adalah bergantung kepada ahli keluarga itu sendiri. Rasulullah
S.A.W menegaskan kepentingan pendidikan bermula di rumah iaitu pada peringkat
keluarga lagi. Sabda baginda yang bermaksud:

" Setiap bayi yang dilahirkan itu dengan fitrahnya. Hanya ibubapanya yang
menjadikan ia Yahudi, Nasrani atau Majusi."

Di sekolah guru memainkan peranan sebagai ibubapa dalam membentuk kanak-kanak


selaras dengan penerapan yang dimasukkan dalam Falsafah Pendidikan Negara. Nilai-
nilai murni mula diterapkan dari pendidikan pra sekolah lagi merupakan basic atau asas
kepada proses pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak dalam membentuk peribadi
dan bernilai murni.

Guru bukan hanya menjalankan tugas mengajar matapelajaran yang terdapat dalam
syllabus tertentu sahaja, sebab nilai murni perlu terdapat dalam setiap matapelajaran. Dan
adakalanya nilai murni yang disalurkan itu tidak terdapat secara khusus di dalam subjek
tersebut tetapi diterapkan secara tidak formal seperti komunikasi yang baik antara guru
dan murid, yang akan mempengaruhi penanaman nilai dalam jiwa pelajar.

4.0 Rasional Nilai-nilai Murni dalam Falsafah Pendidikan Negara

Pada bulan Mei 1969, rusuhan kaum berlaku dalam sejarah negara. Ini menunjukkan
kerapuhan kebangsaan kita. Masyarakat kita tiada semangat muhibbah yang dapat
menyatukan setiap kaum. Selain daripada itu tekanan daripada cendikiawan Islam
terutama sejak Persidangan Sedunia Tentang Pendidikan Islam di Mekah pada tahun
1977 serta penularan pelbagai jenis penyakit kerohanian, akhlak, sosial dikalangan
pelbagai lapisan masyarakat mengalakkan pihak yang berkenaan memberi perhatian yang
lebih kepada isu nilai dalam pendidikan.

Sebagaimana yang kita tahu matlamat dasar pendidikan negara adalah untuk melahirkan
masyarakat yang bersatupadu, berdisiplin, berpengetahuan, bertanggungjawab,
berkebolehan berwawasan dan terlatih. Maka apakah corak pandangan hidup atau "world
view" yang harus didedahkan kepada pelajar atau belia sekarang untuk mereka hayati,
amal dan wariskan?. Untuk melihat output dan product yang positif yang dijelmakan oleh
pelajar ialah melalui penanaman nilai-nilai murni serta penekanan yang lebih jitu dalam
usaha mendidik mereka agar selaras dengan penyataan FPN ini. Fungsi utama proses
pendidikan ialah sebagai agen pemasyarakatan dan pembudayaan dalam menerapkan
nilai-nilai tersebut. Yang penting sekali adalah kesepaduan empat sifat utama iaitu JERI
(Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelektual) yang akan menghasilkan keseimbangan dalam
melahirkan individu yang berakhlak.

Masyarakt adalah agen ketiga dalam membentuk nilai murni. Melalui FPN yang
dipelajari disekolah-sekolah baik untuk ahli masyarakat yang sedang atau telah tamat
bersekolah. Mereka telah diterapkan dan diajar dengan nilai murni. Kesan daripada apa
yang dipelajari mereka boleh jelaskan kepada orang lain samada melalui bentuk
penerangan, perbincangan melihat ataupun perubahan perlakuan sendiri. Penerapan nilai
itu mestilah bersahaja dan tidak langsung dan sentiasa berterusan.

Di Malaysia dewasa ini isu-isu penerapan nilai murni semakin ketara dan menonjol.
Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan strategi penerapan nilai-nilai
murni secara komprehensif dimana:

" Nilai-nilai murni akan disisipkan melalui kesemua matapelajaran dan akan
diperkukuhkan melalui kegiatan-kegiatan ko-kurikulum, formal dan tidak formal,
di dalam dan di luar bilik darjah, akan digunakan sepenuhnya dengan cara
bersepadu untuk memastikan penerapan nilai-nilai murni akan berhasil dan
berkesan."

5.0 16 Aspek Nilai-nilai Murni

Jawatankuasa Pendidikan Akhlak yang ditubuhkan pada tahun 1976 telah meneliti nilai-
nilai yang terkandung dalam pelbagai agama yang diamalkan di negara kita, tidak hanya
memfokuskan kepada agama Islam sahaja. Berasaskan kepada pandangan dan
maklumbalas yang diperolehi , jawatankuasa ini yang dianggotai oleh wakil pelbagai
agama telah menerima 16 nilai yang boleh diajar dan diserapkan kepada semua pelajar di
negara ini untuk membentuk pelajar yang seimbang dan menyeluruh dari segi kognitif,
afektif, psikomotor dan akhlak.

Di sekolah penerapan nilai murni boleh disepadukan melalui:

a. Secara pertuturan
b. Secara perlakuan
c. Secara teladan
d. Secara isyarat
e. Secara kefahaman
f. Secara interpretasi
g. Secara konteksual

Tujuan pendidikan nilai murni ialah untuk membentuk murid-murid supaya berperibadi
mulia dan mampu dalam membuat keputusan berdasarkan nilai moral diri, keluarga,
komuniti dan masyarakat.

Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) telah memperakui 16 nilai-nilai murni:-

1. Baik Hati

Sikap sentiasa mengambil berat terhadap perasaan dan kebajikan orang lain secara tulus ikhlas.
Sikap baik hati boleh dilihat dengan menilai tindak tanduk orang lain. Ini meliputi:

o Aspek belas kasihan


o Bertimbang rasa
o Murah hati
o Saling faham memahami
o Sedia memaafkan

1. Berdikari

Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain. Berdikari
dalam konteks ini membawa pengertian:

o Bertanggungjawab
o Berupaya bertindak sendiri
o Jaya diri dan yakin pada diri sendiri.

1. Hemah Tinggi

Berbudi pekerti dengan tingkah laku mulia dan lemah lembut yang patut diamalkan oleh
seseorang individu dalam hubungannya dengan ahli masyarakat yang lain. Ciri-ciri berhemah
tinggi adalah:

o Kesopanan
o Mengakui kesalahan
o Ramah mesra

1. Hormat Menghormati

Menghargai dan memuliakan seseorang dan institusi sosial dengan memberi layanan yang
bersopan. Ini merangkumi:

o Hormat dan taat kepada ibubapa


o Hormat kepada orang yang lebih tua, guru, rakan, jiran tetangga
dan pemimpin
o Hormat kepada raja dan negara
o Patuh kepada undang-undang
o Hormat kepada hak asasi
o Hormat kepada kepercayaan dan adat resam pelbagai keturunan
o Hormat kepada keperibadian individu.

1. Kasih sayang

Perasaan cinta, kasih sayang yang mendalam dan berkekalan. Rasa ini lahir dari hati yang rela
terhadap sesuatu, tanpa sebarang unsur kepentingan diri:

o Sayang kepada nyawa


o Sayang kepada alam sekeliling
o Cinta kepada negara
o Cinta kepada keamanan dan keharmonian

1. Keadilan

Perlakuan, pertuturan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah.

1. Kebebasan
Kebebasan yang dimaksudkan ini, tertakluk kepada peraturan dan undang-undang yang
ditentukan oleh agama, masyarakat dan negara. Contohnya ialah:

o Kebebasan di sisi undang-undang


o Kebebasan dalam sistem demokrasi.

1. Keberanian

Kesanggunpan seseorang untuk menghadapi cabaran dengan yakin dan tabah hati. Keberanian
itu perlu ada pada setiap orang. Tetapi ia harus tahu batas dan keupayaannya kerana keberanian
yang melulu mengakibatkan bencana. Nilai ini merangkumi:

o Berani dengan tidak membuta tuli


o Berani kerana benar
o Berani mempertahankan pendirian
o Berani bertanggungjawab.

1. Kebersihan fizikal dan mental

Kebersihan fizikal ialah kebersihan diri dan kebersihan persekitaran. Kebersihan mental pula
merangkumi pertuturan, perlakuan, pemikiran dan kerohanian. Antaranya ialah:

o Kebersihan diri
o Kebersihan persekitaran
o Pertuturan dan kelakuan yang bersopan
o Pemikiran yang sihat dan membina

10. Kejujuran

Sikap dan perlakuan yang menunjukan niat baik, amanah dan ikhlas tanpa mengharapkan
sebarang balasan.

1. Kerajinan

Usaha berteruan yang penuh dengan semangat ketekunan, kecekalan, kegigihan, dedikasi dan
daya usaha dalam melakukan sesuatu perkara.

1. Kerjasama

Usaha baik dan membina yang dilakukan secara bersama pada peringkat individu, komuniti,
masyarakat atau negara untuk mencapai sesuatu matlamat seperti persaudaraan, tanggungjawab
bersama, gotong royang, ketoleranan dan perpaduan.

1. Kesedaran
Sikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada dalam pemikiran,
pertuturan atau perlakuan supaya sesuai dengan norma dan nilai masyarakat. Ini termasuklah:

o Sederhana dalam menimbangkan kepentingan diri dan kepentingan


orang lain.
o Tidak keterlaluan dalam pertuturan dan tingkah laku.

1. Kesyukuran

Perasaan dan perlakuan yang dilahirkan secara ikhlas di atas nikmat dan kesenangan yang
diperolehi seperti berterima kasih,, mengenang budi dan penghargaan.

1. Rasional

Boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan dapat mengambil tindakan yang
sewajarnya, tanpa dipengaruhi oleh perasaan. Umpamanya seperti boleh membuat pertimbangan,
boleh membuat penakulan dan berfikiran logik dan terbuka.

1. Semangat Bermasyarakat

Kesediaan melakukan sesuatu untuk kepentingan bersama bagi mewujudkan keharmonian hidup
dalam masyarakat seperti bermuafakat, kerajinan dan peka kepada isu-isu sosial dalam
masyarakat.

6.0 Strategi Penerapan Nilai Murni

Suatu proses perubahan yang sedang berlaku dalam Falsafah Pendidikan Negara dengan
menjadikan "Manusia" sebagai objek yang paling utama. Aspek-aspek Ontologi (teori
kejadian), epistemologi (teori ilmu) dan axiologi (teori nilai). Ketiga-tiga aspek ini
digabungkan sebagai commitment untuk menjadikan nilai-nilai murni sebagai asas utama
dalam kurikulum pendidikan kebangsaan.

Kementerian Pendidikan memutuskan untuk menggunakan strategi bersepadu diperingkat


menengah. Langkah ini bertujuan untuk memastikan bahawa semua matapelajaran yang
diajar tidak terpisah di antara satu sama lain, malah berkaitan dan bersifat bersepadu.
Unsur-unsur utama yang akan digunakan untuk mewujudkan kesepaduan itu ialah unsur
nilai.

Dalam pendidikan , penerapan nilai murni berlaku secara bersahaja dan tidak langsung.
Strategi penerapan nilai secara yang tidak langsung ini penting kerana nilai tidak boleh
diajar secara formal seperti matapelajaran lain. Ini merupakan satu penghayatan dan
pengusahaan secara beramal bukan sekadar peringatan atau penghafalan.

Bagi strategi yang mempunyai kaitan langsung dengan isi pelajaran, pendekatan kognitif
dalam bentuk perbincangan dapat dilakukan. Fakta-fakta sejarah dan cerita-cerita dalam
matapelajaran sastera umpamanya akan dapat dibincang melalui isu-isu yang dapat
dikaitkan secara langsung dengan unsur nilai yang dipegang oleh pelajar atau nilai sejagat
tertentu. Pelajar di mana membuat penilaian berdasarkan kepada nilai mereka sendiri di
mana guru hanya bertindak sebagai pembimbing kepada pelajar untuk mereka periksa
nilai sendiri di samping guru mencari alternatiif lain.

Nilai yang diterapkan boleh menjadi kriteria panduan tentang bagaimana sesuatu nilai
harus dilakukan misalnya nilai keberanian ataupun rasional. Orang yang rasional boleh
membuat pertimbangan yang baik dalam menghadapi menyelesaikan sesuatu masalah.
Sikap perihatin guru dan kesedaran pelajar dalam memupuk nilai murni baik secara
formal ataupun spontan menyebabkan ianya akan sentiasa dapat dipupuk dari semasa ke
semasa.

Tindakan Kementerian Pendidikan yang melancarkan strategi bersepadu diperingkat


sekolah menengah (KBSM) adalah bersesuaian kerana ia bertujuan memastikan bahawa
semua matapelajaran yang diajar tidak terpisah jauh antara satu sama lain dan sentiasa
berkaitan dan bersifat bersepadu. Unsur yang menunjukan kesepaduan ini ialah unsur
nilai.

7.0 Teknik Penerapan Nilai Murni

Walaupun nilai-nilai murni diwar-warkan untuk dilaksanakan dan diserapkan dalam


pendidikan, jika tidak ada teknik yang sesuai ianya tidak akan mencapai matlamat dan
keberkesanannya. Antara cara yang dikenalpasti untuk menerpkan dan menyerap serta
menyemai nilai-nilai murni ialah:

 Melalui matapelajaran tertentu (Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam)


 Penerapan nilam murni dalam matapelajaran lain
 Aktiviti ko-kurikulum
 Aktiviti persatuan sekolah

Melaui teknik-teknik di atas, penerapan nilai murni akan dapat dilaksanakan walaupun
tidak sepenuhnya. Melalui matapelajaran tertentu, sekurang-kurangnya dengan
mewajibkan pelajaran mengambil subjek yang berkenaan akan memberikan pengetahuan
ataupun akan dapat menarik minat mereka untuk belajar.

Begitu juga dengan penerangan melalui matapelajaran lain yang mungkin berlaku secara
langsung misalnya melalui perlakuan atau interaksi. Di sini pelajar akan dapat melihat
dan membandingkan serta mengaitkan apa yang dipelajari dalam matapelajaran khusus
tadi dengan apa yang dilihat sekarang. Disamping bimbingan guru-guru dasn ibubapa,
kesedaran daripada pelajar itu sendiri amat penting dalam menetapkan situasi diri mereka
sendiri.

Teknik ke tiga dan ke empat juga berlaku secara tak langsung di mana biasanya melalui
teknik ini penerapan nilai-nilai murni akan lebih menyerlah. Penerapan nilai-nilai murni
akan tertera dengan sendirinya. Jika kumpulan yang tidak mempunyai nilai murni mereka
akan sentiasa berada dalam keadaan bermasalah.
8.0 Keberkesanan penerapan nilai murni dalam Falsafah Pendidikan Negara.

Memandangkan penerapan nilai telah lama dilaksanakan dikalangan pelajar, baik melalui
ibubapa, guru ataupun masyarakat, hari ini kita telah dapat melihat beberapa bukti yang
menunjukkan sejauhmana keberkesanan ataupun ketidakberkesanan penerapan tersebut.

Adakah matlamat FPN untuk melahirkan insan yang seimbang dan hamonis telah
terccapai? Jawapannya, "Ya" dan "Tidak", ini kerana walaupun penerapan nilai telah
disemai dan dilaksanakan namun masih ada yang tidak mengamalkannya walaupun
mereka telah menerimanya. "Ilmu tanpa Amal", tiada ertinya.

Antara bukti keberkesanan yang telah kita dapat lihat pada hari ini ialah semakin ramai
golongan remaja kita yang berakhlak mulia walaupun mereka dipengaruhi oleh pelbagai
godaan untuk memencongkan nilai murni pada diri manusia. Golongan remaja yang awal
20-an sekarang adalah mereka yang telah diterapkan dan diberi penekanan mengenai
penerapan nilai-nilai murni semasa di sekolah dahulu. Hasilnya kita lihat pada hari ini
adanya kesedaran daripada golongan remaja sendiri untuk membenteras kepincangan
yang dihadapi oleh segelintir rakan mereka yang masih dipengaruhi oleh nilai yang tidak
elok. Misalnya, dalam industri muzik yang sentiasa mengulit remaja dengan lagu-lagu
dan muzik terkini seperti rock, dang-dut, dan lain-lain. Tapi ada juga remaja yang sedar
dan cuba menarik dan menutupinya dengan mengalunkan lagu-lagu dakwah dengan
memuji kebesaran Illahi seperti kumpulan Rabbani, Raihan, Hijjaz, Hawa dan
sebagainya. Perkembangan kumpulan pemuzik dakwah ini sekurang-kurangnya
menunjukkan adanya kesedaran dan kejayaan pemupukan nilai murni.

Dari segi ekonomi misalnya, kanak-kanak sekolah begitu perihatin terhadap kelemahan
dan kesusahan orang lain. Penerapan nilai murni yang mereka terima membantu
menyedarkan mereka untuk menderma, menolong dan perihati terhadap masalah yang
wujud tanpa mengira siapa. Contohnya, "Derma Hari Pahlawan" yang selalu di buat oleh
kanak-kanak sekolah , menunjukkan disamping mereka menderma mereka bekerjasama
membantu memungut derma tersebut. Ini menunjukkan satu inesiatif yang baik dalam
menyemai nilai-nilai murni.

Anugerah "Tokoh Kanak-kanak", "Pingat Hang Tuah", "Olahragawan dan Olahragwati"


dan lain-lain anugerah menunjukkan nilai-nilai murni yang disemai dan keberkesannanya
kerana penganugerahan itu diberikan berdasarkan kepada sikap, sifat dan pencapaian
yang baik yang ditunjukkan.

Yang paling jelas kita lihat sekarang ialah nilai saling hormat menghormati yang
ditunjukkan oleh remaja kita kepada ahli masyarakat. Melalui penerapan nilai di sekolah-
sekolah, ramai pelajar yang dapat menerimanya. Misalnya mereka prihatin dalam
menghormati orang yang lebih tua daripada mereka. Mereka pandai menyesuaikan diri
dalam sesuatu kelompok tertentu agar tidak menyinggung perasaan orang lain.

Namun demikian tidak dapat dinafikan bahawa bukan semua nilai-nilai murni yang
diterapkan di sekolah-sekolah atau di rumah itu diterima pakai oleh pelajar kita, sebab
masih ada yang menunjukkan kesan yang negatif. Masalah-masalah sosial yang semakin
meningkat sekarang menunjukkan kesukaran mereka melaksanakan nilai-nilai murni
tersebut walaupun mereka mengetahuinya, tetapi tidak dipraktikan. Ini berpunca daripada
beberapa faktor tertentu seperti ibubapa, institusi sekolah sendiri, guru dan masyarakat
dan pelajar itu sendiri.

Ibubapa misalnya mereka walaupun telah menyemai dan menanam nilai-nilai murni
dalam jiwa anak mereka tetapi tidak menggalakkan mereka untuk mengamalkan adalah
sesuatu yang tidak wajar.

Begitu juga guru-guru dan masyarakat. Mereka tidak begitu memberi perhatian terhadap
nilai-nilai yang asas atau kecil. Mereka memandang ringan atas beberapa kesilapan kecil
yang dilakukan dan kurangnya penerapan. Guru misalnya, mereka sekadar mengajar
mengenai nilai-nilai murni kepada pelajar sedangkan mereka sendiri tidak menunjukkan
contoh tauladan yang baik.

Sikap individu atau pelajar sendiri yang ambil mudah (sambil lewa) terhadap penerapan
nilai murni ini. Misalnya mereka mempelajari sesuatu subjek itu adalah sekadar exam-
oriented, hanya untuk lulus peperiksaan, bukannya memahami dan mempraktikkan apa
yang dipelajari. Ada segelintir pelajar yang suka dipaksa untuk melakukan sesuatu
perkara, maka dengan tidak adanya paksaan samada dari ibubapa ataupun guru
menyebabkan mereka melalaikannya.

9.0 Konsep Pemuafakatan Dalam Pendidikan

Dalam pendidikan, konsep pemuafakatn ini ditumpukan kepada pemuafakatan antara


guru, ibubapa, masyarakat dan murid itu sendiri. Antaranya yang jelas kita nampak ialah
pemuafakatan yang dibuat melalui penibuhan PIBG di sekolah-sekolah untuk menangani
dan membincangkan isu-isu semasa berkaitan dengan sekolah, perkembangan , kemajuan
serta masalah yang melanda pelajar serta sekolah tersebut.

Dengan adanya PIBG, ini menunjukkan bebanan di sekolah tidak hanya dipikul oleh guru
sahaja tetapi juga mendapat kerjasama daripada ibu-bapa pelajar. Sebarang kemajuan
dapat dirasai bersama sebaliknya juga sebarang masalah perlu dipikul dan dibanteras
bersma.

Konsep pemuafakatan di sekolah juga dapat kita lihat melalui kegiata-kegiatan ko-
kurikulum ataupun temasya yang diadakan. Contohnya temasya sukan atau sukaneka di
sekolah adakalanya melibatkan tidak hanya pelajar berkenaan tetapi juga ahli keluarga
pelajar tersebut. Ini menunjukkan adanya semangat kesukanan, setiakawan serta
kerjasama dalam aktiviti yang dijalankan.

10.0 Penutup

Kesemua 16 nilai yang dipilih untuk disisipkan kedalam pendidikan adalah nilai-nilai
yang dapat menjadikan seseorang itu manusia yang dihormati dan boleh memainkan
peranan yang aktif dalam menjamin keharmonian dalam masyarakatnya serta dapat
menyumbang kearah pembangunan masyarakat.

Tanggungjawab untuk menyediakan generasi yang seimbang dan harmonis dari segi JERI
bagi melaksanakan hasrat FPN bukanlah satu yang mudah. Penggubalan KBSM adalah
harapan untuk melahirkan insan yang soleh dan berakhlak mulia.

Tugas guru dalam menerapkan nilai murni tidak semestinya bergantung 100% kepada
kandungan kurikulum yang ditentukan tetapi perlulan juga berdasarkan inisiatif mereka
sendiri. Guru sebagai "role model" perlulah menunjukkan dan menainkan peranan dalam
menerapkan nilai murni baik dari segi perbuatan, perlakuan maupun tuturkatanya. Guru
harus cekap dalam menyampaikan isi pelajaran disamping menerapkan nilai-nilai murni
dalam penyampaiannya. Begitu juga dalam memilih kaedah dan waktu hendaklah
bersesuaian.

Kesemua nilai yang disenaraikan merupakan asas atau jambatan kepada pelajar yang
masih dibangku sekolah dalam membentuk perwatakan dan displin diri yang tinggi dan
mulia. FPN digubal berpandukan kepada konsep berteraskan Allah SWT. Ia
menampakkan sifat yang bersepadu, menyeluruh dan seimbang iaitu kesepaduan di
antara ilmu, iman dan amal; kesepaduan di antara akal, jasad dan roh; kesepaduan di
antara teori dan amali, di antara kemahiran dan akhlak; di antara rupa dan jiwa; di antara
pembangunan keduniaan dan akhirat; dan di antara manusia, alam dan Allah, yang mana
kesemuanya bermatlamatkan pemikiran insan soleh . Insan yang baik akan membentuk
keluarga yang baik, seterusnya masyarakat serta bangsa yang baik.

Tindakan kerajaan menukarkan kurikulum lama kepada kurikulum baru iaitu pendidikan
bersepadu (KBSM) adalah satu langkah yan bijak dan tepat. Ini menunjukkan kerajaan
ada campurtangan dan turut memberi penekanan kepada bukan sahaja ilmu yang bersifat
kerohanian dan keduniaan tetapi juga ilmu moral yang lebih bersifat kejasmanian dan
keakhiratan. Pendidikan akan sentiasa terus berlangsung, tiada limitasinya. Matlamat
akhir pendidikan bersepadu adalah merupakan integrasi tanggungjawab membentuk insan
yang baik dan seimbang dari segi rohani, jasmani, emosi dan intelek selaras dengan
kehendak FPN.

Soalan-soalan yang dikemukankan.

Dari Sdr. Rashdan

a) Untuk keberkesanan , kenapa ibubapa tidak dimasukkan ke dalam hand-out sebagai


punca-punca kelemahan penerapan nilai murni?

b)Isu-isu menghormati dikalangan masyarakat lebih baik hujah disokong dengan bukti
contohnya statistik.

Dari Sdr. Raman


Masalah disiplin pelajar yang semakin kritikal hingga ke tahap pukul guru- siapakah yang
sebenarnya dipertenggungjawabkan?

Dari Sdr. Zahrim

Mengapakah di Institut Pendidikan Swasta kurang menekankan kepada nilai-nilai FPN.

Di sini apakah peranan Kementerian Pendidikan dalam menangani masalah ini?

Dari Sdr. Che Ghani

Peristiwa 13 Mei- adakah berlakunya peristiwa tersebut akibat daripada tidak wujudnya
FPN atau mungkin tidak ada penerapan nilai.

Dari Pn. Sarimah

Penerapan nilai murni dalam FPN amat baik tetapi Jenayah semakin menjadi-jadi?
Apakah teknik penerapan nilai mugkin menemui kegagalan?

Dari Sdr. Riduan

Peratusan bumiputera berbanding dengan bukan bumiputera jauh berbeza. (Hasil Kajian
Intan). Berdasarkan kepada nilai murni yang terdapat dalam FPN:

a. Adakah ia benar-benar berkesan


b. Adakah nilai murni boleh menampung peratusan bumiputera yang terlibat dalam bidang
pendidikan dan pekerjaan.

Dari Sdr. Suhaimi Shaharom

Fatwa Pendidikan Negara berkaitan 16 aspek nilai murni. Pelajar ITTHO masih
bermasalah dalam menghayati nilai murni. Adakah nilai murni yang ada memberi
keberkesanan di ITTHO.

Dari Sdr. Siva Dev

16 aspek nilai murni - kebebasan

Adakah akta "universiti" menghalang kebebasan untuk hasilkan bakal pepimpin di masa
depan.

Dari Sdr. Victor

Unsur sosial, homoseksual di sekolah.

Bagaimana strategi & teknik penerapan dilaksanakan dan cara mengatasinya.


Adakah FPN boleh diterapkan.

Jawapan kepada persoalan yang dikemuakan.

Soalan keberkesanan.

Mengenai keberkesanan penerapan nilai-nilai murni.

Sejauhmana keberkesanannya adalah sesuatu yang sukar untuk dikodkan dalam bentuk
percentage tertentu kerana kita tidak dapat mengukur atau membuat sukatan yang tepat untuk
melihat keberkesanan. Yang jelas, adanya perubahan ataupun imigrasi sikap individu itu sendiri.
Kita boleh kenalpasti samada individu itu ada nilai murni atau tidak. Sememangnya kejayaan
penerapaan bukanlah 100% sebab tahap penerimaan individu itu berbeza-beza.

Dari segi statistik sukar untuk diperolehi sebagaimana ynag diminta oleh Sdr. Rashdan dalam
pengukuran nilai murni, kecuali statistik untuk kes jenayah yang senag diperolehi dari rejod-
rekod Polis. Ini kerana manusia tidak mengukur nilai yang diterap secara khusus.

Punca kelemahan nilai murni, kami tidak memasukkan ibubapa mungkin salah satu kelemahan
kumpulan kami tetapi perkara ini sepatutnya tidak dipersoalkan kerana saudara sendiri telah
sedia maklum bahawa apa yang kami senaraikan adalah sebahagiannya sahaja.

Peristiwa 13 Mei

Semasa tahun 1969, walaupun telah ada penerapan nilai murni dalam FPN tetapi ianya tidak
diberi penekanan dalam pendidikan jika dibandingkan dengan masa sekarang.

Disiplin Pelajar

Siapa yang bertanggungjawab adalah semua pihak dari individu kepada masyarakat.

Nilai murni di ITTHO

Memang tidak dapat dinafikan bahawa sebilangan pelajar di ITTHO tidak menghayati penerapan
nilai murni yang telah diterapkan di sekolah dahulu. Ini dapat di lihat dari sikap agresif mereka
untuk bertindak tanpa menggunakan prosedur yang betul. Apa yang perlu dicadangkan,
pensyarah di ITTHO seeloknya terdiri dari masyarakat Malaysia terutama yang beragama Islam,
kerana mereka inilah yang berperanan dalam menerapkan nilai murni jika dibandingkan dengan
pensyarah asing yang tidak begitu pakar dalam nilai murni kita.

Penambahan dari idea pensyarah

Trainning.
Beliau menyentuh mengenai "trainning" dikalangan guru-guru. Guru tidak dapat latihan /kursus
sepenuhnya. Walaupun ada di IAB. Ada guru yang merungut mereka tidak dapat
melaksanakannya.

Mereka yang mengajar agama pun ada kelemahannya. Ada yang mengajar sesuatu perkara itu
dari satu aspek sahaja. Contohnya, Najis hendaklah disucikan, dan anjing adalah najis bagi orang
Islam . Tetapi jika dilihat dari aspek lain, kita boleh menanamkan sifat nilai murni seperti
menyanyangi binatang walaupun najis jangan menganiayainya, kerana ada yang masuk syurga
kerana membei minum air kepada seekor anjing yang dahaga. Maka walaupun haram disisi Islam
tetapi pada "humanities" ianya baik - perlu seimbangkan. Nilai-nilai merentas kurikulum
kadangkala tidak dapat dilaksanakan.

Pemuafakatan Pendidikan

Ianya telah disuarakan oleh bekas Pengarah Tan Sri Wan Ahid, telah diambil alih oleh pengarah
baru (Mohd Nor) tetapi tidak dapat dilaksanakkan kerana masalah kesihatan. Maka masih tidak
dapat diteruskan.

Pemuafakatam bukan sahaja melibatkan sekolah, guru tetapi juga ibubapa. Kadangkala berlaku
percanggahan nilai-nilai yang diajar di rumah dan di sekolah di mana wujudnya pendekatan
dualisme.

Masalah Homoseksual

Telah lama wujud - di IPTA sendiri, asrama penuh -lelaki lembut menjadi mangsa. Kadangkala
masalah (budaya) ini wujud adalah berkaitan dnegan latarbelakang keluarga ataupun berlaku
kerana telah biasa dengan pergaulan bebas. Kalau buat terapipun akan ambil masa yang panjang.
Mereka yang terlibat dalam homoseksuality (lesbian atau gay) adalah mereka yang ingin mencari
abnormality.

Kadang-kala isu-isu seks dibicarakan terlalu terbuka tetapi untuk diajar di sekolah dibantah oleh
ibubapa. Persoalan-persoalan yang ditimbulkan adakalanya terlalu berani dan tidak bersesuaian.
Contohnya kempen AIDS - Kementerian Kesihatan kempen untuk galakkan pakai kondom. Bila
pelajar bawa kondom ke sekolah, guru marah. Di manakah penyelesaian yang sebenar?

BIBLIOGRAFI

1. Abu Bakar Nordin, 1991. Kurikulum , Perspektif dan Perlaksanaan. Pustaka Antara,
Kuala Lumpur.
2. Dr. Tajul Ariffin Nordin & Dr. Nor Aini Dan, 1992. Pendidikan dan Wawasan 2020.
Arena Ilmu Sdn. Bhd, Kuala Lumpur.
3. Dr. Hussien Hj. Ahmad, ______. Jurnal Pengurusan Pendidikan. Perihal Pendidikan
dan Falsafah di Malaysia.
4. Ibrahim Saad, 1982. Isu Pendidikan di Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala
Lumpur.
5. MASSA: Wawancara Reformasi Pendidikan bersama Datuk Najib. Jun 1997.
6. Mok song Sang, 1991. Pendidikan di Malaysia. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd, Kuala
Lumpur.
7. Wan Mohd Nor Wan Daud, (Jan-Mac 1996). Insan Baik Teras Kewarganegaraan.
Pemikir.

 
unsur yang penting setelah Kementerian Pendidikan melaksanakan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan ke dalam kurikulum. FPK menegaskan penerapan 16 nilai murni masyarakat Malaysia
dalam sistem pendidikan Malaysia. Kementerian Pendidikan memutuskan untuk menggunakan
strategi bersepadu di peringkat rendah (KBSR) dan menengah (KBSM). Langkah ini bertujuan untuk
memastikan bahawa semua matapelajaran yang diajar tidak terpisah di antara satu sama lain,
malah berkaitan dan bersifat bersepadu. Unsur-unsur utama yang akan digunakan untuk
mewujudkan kesepaduan itu ialah unsur nilai.
Dalam pendidikan, penerapan nilai murni berlaku secara bersahaja dan tidak langsung.
Strategi penerapan nilai secara yang tidak langsung ini penting kerana nilai tidak boleh diajar secara
formal seperti matapelajaran lain. Ini merupakan satu penghayatan dan pengusahaan secara
beramal bukan sekadar peringatan atau penghafalan. Bagi strategi yang mempunyai kaitan
langsung dengan isi pelajaran, pendekatan kognitif dalam bentuk perbincangan dapat dilakukan.
Contohnya, fakta- fakta sejarah dan cerita-cerita dalam matapelajaran sastera umpamanya akan
dapat dibincang melalui isu-isu yang dapat dikaitkan secara langsung dengan unsur nilai yang
dipegang oleh pelajar atau nilai sejagat tertentu. Pelajar membuat penilaian berdasarkan kepada
nilai mereka sendiri manakala guru hanya bertindak sebagai pembimbing kepada pelajar dalam
memuhasabah nilai sendiri. Nilai yang diterapkan boleh menjadi kriteria panduan tentang
bagaimana sesuatu nilai harus dilakukan misalnya nilai keberanian ataupun rasional. Orang yang
rasional boleh membuat pertimbangan yang baik dalam menghadapi dan menyelesaikan sesuatu
masalah. Sikap perihatin guru dan kesedaran pelajar dalam memupuk nilai murni baik secara formal
ataupun spontan menyebabkan nilai murni akan sentiasa dapat dipupuk dari semasa ke semasa. Di
sini kita dapat melihat betapa besarnya peranan guru sebagai ibubapa pelajar-pelajar di sekolah
dalam membentuk peribadi pelajar selaras dengan penerapan yang dimasukkan dalam Falsafah
Pendidikan Negara.
Tuan-tuan dan puan-puan yang saya kasihi,
Aktiviti ko-kurikulum merupakan aktiviti terancang dan berstruktur di luar bidang akademik.
Ia merupakan kegiatan luar bilik darjah seperti sukan, aktiviti badan beruniform aktiviti kelab dan
persatuan yang dilakukan di luar jadual persekolahan atau kurikulum. Kegiatan kurikulum di sekolah
diharap dapat melahirkan murid yang seimbang dari segi fizikal, emosi, rohani, intelek dan sosial
selaras dengan FPN. Ini juga kerana pendidikan bagi menghasilkan insan harmonis dan seimbang
tidak akan berkesan jika kurikulum semata-mata digunakan sebagai media penerapan nilai-nilia
murni sejagat. Justeru, pendidikan yang mantap dan kukuh dapat menyalurkan aspek kurikulum ke
dalam kokurikulum bagi meningkatkan keupayaan pendidikan menghidupkan falsafah tersebut. Oleh
yang demikian, pengetahuan yang diperolehi dari kurikulum akademik dapat diintegrasikan secara
praktis semasa menjalankan aktiviti kokurikulum. Aktiviti ko-kurikulum yang dirancang juga
diharapkan dapat mengembangkan potensi, bakat dan kebolehan murid dalam pelbagai aktiviti
beruniform, kelab, persatuan dan sukan. Kokurikulum perlu untuk menerapkan nilai-nilai murni
melalui perkembangan diri inidividu ke dalam diri murid-murid. Nilai-nilai murni

yang disisipkan melalui penerapan nilai semua mata pelajaran melalui pengajaran dan
pembelajaran dapat dikukuhkan lagi melalui kegiatan kokurikulum. Pengalaman menjalankan aktiviti
kokurikulum akan meluaskan daya fikir dan pengetahuan murid serta melahirkan kematangan fizikal,
intelek, emosi, sosial dan nilai-nilai murni. Melalui kefahaman yang jelas terhadap konsep
kokurikulum, adalah diharapkan nilai-nilai murni dapat diterapkan ke dalam kegiatan kokurikulum.
Hadirin dan hadirat yang dihormati,
Negara Malaysia adalah sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum seperti
Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban dan Sikh. Kepelbagaian kaum ini juga mengundang kepada
kepelbagaian dan keunikan budaya yang terdapat di negara kita. Kurikulum sekolah yang dibentuk
dalam sistem pendidikan di negara kita adalah berorientasikan Malaysia bagi tujuan memupuk nilai-
nilai kemalaysian. Namun ini bukanlah bermaksud untuk menolak atau menidakkan budaya sesuatu
kaum dengan wujudnya nilai kemalaysiaan ini. Kurikulum ini dibentuk sebagai alat untuk
menyatupadukan pelbagai kaum di negara ini. Kurikulum yang terdapat dalam sistem pendidikan
juga menerapkan dan mengintergrasikan nilai-nilai murni yang telah diterima oleh masyarakat di
Malaysia. Malahan nilai-nilai murni yang dipilih secara khusus adalah mengikut pelbagai budaya
kaum dan bangsa di Malaysia ini. Maka dengan adanya keseragamanan nilai bagi semua murid di
sekolah yang berorientasikan budaya Malaysia, maka dijangka akan dapat atau struktur yang sama
bagi kefahaman budaya masyarakat Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan juga fahaman.
Pendidikan sebagai asas intergrasi juga bergantung kepada pemupukan nilai-nilai dan langkah-
langkah penyebaran dan pembudayaan yang dilakukan oleh guru semasa pengajaran dan
pembelajaran di sekolah. Malah dengan adanya penerapan nilai maka akan terbentuklah generasi
yang mempunyai nilai-nilai yang sama melalui satu bahasa dan satu pembudayaan. Justeru,
sekolah sebagai sebuah institusi memainkan peranan yang penting dalam menerapkan nilai-nilai
murni masyarakat Malaysia.
Hadirin sekalian,
Sudah tentu saudara dan saudari tertanya-tanya apakah rasionalnya penerapan nilai-nilai
murni dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pada bulan Mei 1969, rusuhan kaum berlaku dalam
sejarah negara. Ini menunjukkan kerapuhan semangat kebangsaan kita. Masyarakat kita tiada
semangat muhibbah yang dapat menyatukan setiap kaum. Selain daripada itu tekanan daripada
cendikiawan Islam terutama sejak Persidangan Sedunia tentang Pendidikan Islam di Mekah pada
tahun 1977 serta penularan pelbagai jenis penyakit kerohanian, akhlak, sosial dalam kalangan
pelbagai lapisan masyarakat mengalakkan pihak yang berkenaan memberi perhatian yang lebih
kepada isu nilai dalam pendidikan. Sebagaimana yang kita tahu matlamat dasar pendidikan negara
adalah untuk melahirkan masyarakat yang bersatupadu, berdisiplin, berpengetahuan,
bertanggungjawab, berkebolehan berwawasan dan terlatih. Maka apakah corak pandangan hidup
atau "world view" yang harus didedahkan kepada pelajar atau belia sekarang untuk mereka hayati,
amal dan wariskan?. Untuk melihat hasil dan produk positif yang dijelmakan oleh pelajar ialah
melalui penanaman nilai-nilai murni serta penekanan yang lebih jitu dalam usaha mendidik mereka
agar selaras

dengan penyataan FPK ini. Fungsi utama proses pendidikan ialah sebagai agen pemasyarakatan
dan pembudayaan dalam menerapkan nilai-nilai tersebut. Yang penting sekali adalah kesepaduan
lima sifat utama iaitu JERIS (Jasmani, Emosi, Rohani, Intelektual dan Sahsiah) yang akan
menghasilkan keseimbangan dalam melahirkan individu yang berakhlak. Masyarakat adalah agen
ketiga dalam membentuk nilai murni. Melalui FPK yang dipelajari di sekolah-sekolah baik untuk ahli
masyarakat yang sedang atau telah tamat bersekolah, mereka telah diterapkan dan diajar dengan
nilai murni. Kesan daripada apa yang dipelajari mereka boleh jelaskan kepada orang lain samada
melalui bentuk penerangan, perbincangan, teladan ataupun perubahan perlakuan sendiri.
Penerapan nilai itu mestilah bersahaja dan tidak langsung dan sentiasa berterusan.
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,
Sebagai penutup, marilah kita sama-sama menghayati dan mengamalkan kata- kata
mantan Perdana Menteri kita, Tun Abdullah sempena Majlis Pelancaran Kempen Budi Bahasa dan
Nilai-nilai Murni Peringkat Kebangsaan yang berbunyi:
"Pembangunan modal manusia menjadi sangat penting kepada negara pada masa depan dan
mereka ini mestilah berkualiti, kualiti bukan sahaja dari segi pendidikan, kepakaran, tetapi juga dari
segi nilai moral yang tinggi, bertanggungjawab dan mengutamakan nilai-nilai murni dalam
kehidupan"
"Negara akan menjadi agung jika warganya terdiri daripada insan-insan yang
mengamalkan budaya murni."
Sekian sahaja, yang baik datangnya daripada Allah, dan segala kelemahan datang daripada
diri saya sendiri, harap dimaafkan. Wabillahi taufik walhidayah, assalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh dan terima kasih.
KONSEP 1MALAYSIA
1Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang
kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia. Ia bukan
satu dasar baru yang terpisah dari dasar- dasar kerajaan Barisan Nasional sebelum ini, sebaliknya ia merupakan
pelengkap kepada pendekatan-pendekatan yang sedia ada untuk mengukuhkan lagi perpaduan bagi menjamin
kestabilan, ke arah mencapai kemajuan dan pembangunan yang lebih tinggi bagi rakyat dan negara Malaysia.
Dalam erti kata lain 1Malaysia digagaskan sebagai satu formula yang akan membantu memastikan aspirasi negara,
iaitu Wawasan 2020 tercapai jika ia diterapkan ke dalam sanubari rakyat
Pengertian ini adalah berdasarkan hujah bahawa untuk mencapai status negara maju sepertimana yang diilhamkan
melalui Wawasan 2020, syarat yang paling utama ialah sebuah negara yang kukuh dan stabil dan ini akan hanya
dapat dicapai apabila rakyat nya bersatu padu.
Perpaduan yang digambarkan oleh gagasan 1Malaysia amat berbeza dari konsep asimilasi yang diamalkan di
negara-negara lain di mana identiti kaum-kaum etnik dilenyapkan dan diganti dengan satu identiti nasional yang
sama.
Sebaliknya 1Malaysia menghargai dan menghormati prinsip-prinsip Perlembagaan Persekutuan serta identiti-identiti
etnik setiap kaum di Malaysia , dan menganggapnya sebagai satu aset atau kelebihan yang patut dibanggakan.
1Malaysia menekankan sikap penerimaan di kalangan rakyat berbilang kaum, di mana sesuatu kaum menerima
keunikan kaum yang lain seadanya agar dapat kita hidup bersama dalam keadaan saling hormat menghormati
sebagai rakyat dalam satu negara. dan diamalkan oleh setiap lapisan masyarakat.
Menjadi asas kepada semua ini adalah prinsip keadilan untuk semua kaum, yang membawa maksud bahawa nasib
semua kaum akan terbela dan tiada mana-mana pihak akan dipinggirkan. Keadilan ini mestilah mengambil kira taraf
kemajuan kaum-kaum yang berada pada tahap yang berbeza. Oleh itu, dasar-dasar kerajaan dan peruntukan-
peruntukan Perlembagaan yang memberikan pembelaan kepada golongan yang memerlukannya, akan tetap
dilaksanakan.
1Malaysia adalah penerusan agenda membina negara. Untuk mencapai kemajuan bagi negara, rakyat perlu
dimajukan terlebih dahulu, dan ini dimulakan dengan membentuk sikap penerimaan antara kaum, yang membawa
kepada perpaduan yang utuh. Apabila perpaduan dicapai, maka urusan pembangunan negara akan berjalan dengan
lebih lancar.

• Perpaduan adalah pra-syarat dalam usaha merealisasikan aspirasi negara iaitu mencapai
status Negara Maju menjelang tahun 2020.
• 1Malaysia adalah penerusan agenda membina negara
• Perpaduan sememangnya telah membentuk teras utama dalam hala tuju negara menuju
kecemerlangan bermula sejak kemerdekaan dicapai. 1Malaysia bertujuan menyemarakkan
semula semangat perpaduan dan persaudaraan di kalangan rakyat Malaysia.
• Untuk mencapai kemajuan bagi negara, rakyat perlu dimajukan terlebih dahulu, dan ini
dimulakan dengan membentuk sikap penerimaan antara kaum, yang membawa kepada
perpaduan yang utuh. Apabila perpaduan dicapai, maka urusan pembangunan negara akan
berjalan dengan lebih lancar.
ASPEK - ASPEK UTAMA 1MALAYSIA
Konsep 1Malaysia digagaskan akan terlaksana dalam dua aspek utama seperti berikut:
• Aspek Pertama – Penerapan Teras-Teras Perpaduan
Menerapkan teras-teras perpaduan sebagai budaya dan amalan semua rakyat Malaysia. Teras perpaduan ini adalah
komponen-komponen asas yang menguatkan semangat bersatu padu di kalangan rakyat berbilang kaum. Teras
Perpaduan ini didokongi oleh nilai-nilai murni yang seharusnya mendasari cara hidup rakyat Malaysia.
• Aspek Kedua – Penerapan Nilai-Nilai Aspirasi
Nilai-nilai Aspirasi yang digagaskan dalam konsep 1Malaysia ialah nilai-nilai yang perlu ada pada masyarakat
progresif dan dinamik yang akan memacu negara ke arah mencapai status negara maju. Nilai-nilai aspirasi akan
membantu dalam mewujudkan tenaga kerja yang berdaya maju dan mampu bersaing dalam persekitaran global dan
ini seterusnya membantu melonjakkan kedudukan ekonomi negara ke tahap yang lebih kukuh dan mantap.

TERAS-TERAS PERPADUAN
1. Penerimaan
1Malaysia menekankan sikap Penerimaan di kalangan rakyat berbilang kaum, di mana sesuatu kaum menerima
keunikan kaum yang lain seadanya agar dapat kita hidup bersama dalam keadaan saling hormat menghormati
sebagai rakyat dalam satu negara.
Ia adalah peningkatan ketara dari sikap toleransi semata-mata.
2. Prinsip-prinsip Kenegaraan yang berasaskan:
a. Perlembagaan Persekutuan
b. Rukun Negara
3. Keadilan Sosial
Semua rakyat Malaysia akan terbela dan tiada mana-mana pihak akan dipinggirkan. Keadilan ini mestilah mengambil
kira taraf kemajuan kaum-kaum yang berada pada tahap yang berbeza. Oleh itu, dasar-dasar kerajaan dan
peruntukan-peruntukan Perlembagaan yang memberikan pembelaan kepada golongan yang memerlukannya, akan
tetap dilaksanakan.

PENERAPAN NILAI-NILAI MURNI


Ketiga-tiga Teras Perpaduan ini pula didokongi oleh nilai- nilai murni termasuk nilai-nilai
berikut:

• Hormat-menghormati : Hormat menghormati antara semua kaum termasuk menghormati adat resam serta budaya
kaum lain. Rasa hormat ini juga menuntut kita tidak mengeluarkan kata-kata kesat tentang kaum lain dan juga tidak
mempersoalkan peruntukan-peruntukan undang-undang yang menyentuh sensitiviti kaum.
• Rendah hati (Tawadhuk): Rasa rendah hati atau Tawadhuk adalah perasaan insaf bahawa kita semua adalah
rakyat dalam satu negara yang sama dan kita perlu hidup bersama secara harmoni. Ia juga merangkumi pengertian
bahawa setiap kaum, malah setiap individu ada kelemahan dan kelebihan nya yang sendiri, dan seharusnya kita
memanfaatkan kelebihan masing-masing demi untuk memperkukuhkan masyarakat dan negara.
• Kesederhanaan: Ialah pendekatan sederhana dalam apa jua isu yang berbangkit. Dalam negara bermasyarakat
majmuk seperti Malaysia, tindakan atau tutur kata bersifat ekstrem tidak langsung boleh diterima kerana ia boleh
membawa kepada masalah ketidakstabilan sosial yang lebih parah.
• Berbudi-bahasa: Budi-bahasa ialah tuturkata dan tingkah laku yang tertib dan berpaksikan
kesantunan dalam segala interaksi dan perhubungan dengan pihak lain bagi menjana
kerjasama dan permuafakatan yang lebih erat.
Penerapan Nilai-Nilai Aspirasi
Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan
Dalam melaksanakan aspek kedua gagasan 1Malaysia, nilai-nilai berikut perlu diberi penekanan :
• Budaya Berprestasi Tinggi : Sifat memastikan setiap perkara dan setiap tugas yang dilakukan mencapai tahap yang
terbaik. Sikap sambil lewa dan “acuh tak acuh”tidak boleh wujud dalam masyarakat yang berdaya maju.
• Budaya Ketepatan : Sebagai rakyat sebuah negara yang berhasrat mencapai status negara maju,rakyat Malaysia
perlu dikenali dengan budaya ketepatan, termasuklah menepati waktu dan mengutamakan kecekapan dalam
melaksanakan semua tugas dan kewajipan.
• Budaya Ilmu: Sesebuah negara hanya akan benar-benar maju dan berjaya apabila rakyatnya memiliki ilmu
pengetahuan yang tinggi. Budaya ilmu ialah kecenderungan untuk sentiasa memburu pengetahuan yang terkini dan
kesediaan untuk menimba ilmu sepanjang hayat.
• Integriti : Rakyat Malaysia perlu memiliki integriti yang tinggi dalam melaksanakan sebarang tugas dan
tanggungjawab agar bangsa dan negara sentiasa disegani dan dihormati oleh semua pihak. Integriti merangkumi
sifat-sifat amanah, bersih dan cekap dalam melakukan sebarang tugas dan melaksanakan tanggungjawab.
• Ketabahan: Ketabahan dalam mengharungi masalah dan cabaran yang mendatang. Rakyat Malaysia seharusnya
bersifat tidak mudah mengaku kalah, sebaliknya perlu memiliki keyakinan diri yang tinggi serta semangat juang yang
kental dalam apa jua bidang yang diceburi.
• Kesetiaan: Kesetiaan sepenuhnya kepada negara Malaysia dan kesediaan untuk berbakti
dan berkorban demi negara yang tercinta.
• Kebijaksanaan: Ialah cara berhadapan dengan sebarang masalah dengan penuh berhemah dan teliti agar tidak
berlaku perkara-perkara yang menyinggung hati dan perasaan mana- mana pihak yang lain.
• Budaya Inovasi : Adalah kesediaan kita sebagai rakyat Malaysia untuk mencuba perkara
baru dan berinovasi dalam apa jua lapangan yang kita ceburi. Rakyat Malaysia perlu dikenali

ASPEK - ASPEK UTAMA 1MALAYSIA


Konsep 1Malaysia digagaskan akan terlaksana dalam dua aspek utama seperti berikut:
• Aspek Pertama – Penerapan Teras-Teras Perpaduan
Menerapkan teras-teras perpaduan sebagai budaya dan amalan semua rakyat Malaysia. Teras perpaduan ini adalah
komponen-komponen asas yang menguatkan semangat bersatu padu di kalangan rakyat berbilang kaum. Teras
Perpaduan ini didokongi oleh nilai-nilai murni yang seharusnya mendasari cara hidup rakyat Malaysia.
• Aspek Kedua – Penerapan Nilai-Nilai Aspirasi
Nilai-nilai Aspirasi yang digagaskan dalam konsep 1Malaysia ialah nilai-nilai yang perlu ada pada masyarakat
progresif dan dinamik yang akan memacu negara ke arah mencapai status negara maju. Nilai-nilai aspirasi akan
membantu dalam mewujudkan tenaga kerja yang berdaya maju dan mampu bersaing dalam persekitaran global dan
ini seterusnya membantu melonjakkan kedudukan ekonomi negara ke tahap yang lebih kukuh dan mantap.
TERAS-TERAS PERPADUAN
1. Penerimaan
1Malaysia menekankan sikap Penerimaan di kalangan rakyat berbilang kaum, di mana sesuatu kaum menerima
keunikan kaum yang lain seadanya agar dapat kita hidup bersama dalam keadaan saling hormat menghormati
sebagai rakyat dalam satu negara.
Ia adalah peningkatan ketara dari sikap toleransi semata-mata.
2. Prinsip-prinsip Kenegaraan yang berasaskan:
a. Perlembagaan Persekutuan
b. Rukun Negara
3. Keadilan Sosial
Semua rakyat Malaysia akan terbela dan tiada mana-mana pihak akan dipinggirkan. Keadilan ini mestilah mengambil
kira taraf kemajuan kaum-kaum yang berada pada tahap yang berbeza. Oleh itu, dasar-dasar kerajaan dan
peruntukan-peruntukan Perlembagaan yang memberikan pembelaan kepada golongan yang memerlukannya, akan
tetap dilaksanakan.

PENDAHULUAN

Proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) merupakan aktiviti yang terpenting di dalam bilik darjah.

Kejayaan dan kelemahan suatu proses pengajaran dan pembelajaran bergantung kepada guru yang

melaksanakannya. Menurut Abu Bakar Nordin dan Ikhsan Othman (2008:42), guru ialah teras

kepada pelaksanaan proses pendidikan walaupun proses pendidikan itu boleh juga berlangsung

secara tanpa guru. Sejajar dengan falsafah pendidikan negara yang bertujuan untuk melahirkan

insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani maka peranan yang sangat besar

perlu dimainkan oleh seorang guru dalam merealisasikan hasrat yang terkandung dalam falsafah

pendidikan tersebut.

Oleh yang demikian, kajian ini dihasilkan bagi mengkaji sejauh mana kejayaan sebuah

proses pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan oleh seorang guru di dalam bilik darjah

mampu untuk mencapai obejtif pengajarannya serta di mana letaknya unsur falsafah pendidikan

semasa proses pengajaran dan pembelajaran itu berlangsung. Sebelum masuk kepada penerangan

hasil kajian dengan lebih terperinci penulis membuat sedikit huraian ringkas tentang falsafah itu

sendiri, falsafah pendidikan dan falsafah pendidikan kebangsaan.

Dalam menjalankan kajian ini, penulis telah mengkaji rancangan pengajaran harian yang

dilakukan oleh seorang guru bagi matapelajaran Bahasa Arab Komunikasi tingkatan 3. Tumpuan

utama kajian adalah bagi mengupas unsur-unsur falsafah pendidikan yang diterjemahkan oleh guru

terbabit dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Tiga aspek utama dikaji iaitu dari segi

penyampaian kandungan (rancangan pengajaran), pelaksanaan pengajaran dan juga penilaian

pembelajaran.
Selain itu, penulis juga turut memberikan beberapa cadangan tentang nilai-nilai murni,

penambahbaikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta strategi yang boleh dilakukan

oleh guru matapelajaran Bahasa Arab Komunikasi dalam menerapkan unsur-unsur falsafah

pendidikan dari ketiga- tiga aspek iaitu penyampaian kandungan, pelaksanaan pengajaran dan

penilaian pembelajaran.

1.0
PENGENALAN
1.1
Maksud Falsafah dan Falsafah Pendidikan

Menurut Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka, maksud falsafah ialah pengetahuan tentang

pengertian yang dianggap sebagai ilmu tertinggi atau sebagai dasar kepada ilmu-ilmu lain. Falsafah

juga didefinisikan sebagai kebijaksanaan atau hikmah menggunakan akal fikiran untuk mengetahui

kebenaran yang hakiki. Pada pandangan Islam, falsafah ditafsirkan mirip kepada hikmah, walaupun

konteks hikmah adalah lebih luas daripada falsafah itu sendiri. Kedudukan hikmah dalam Al-Quran

mempunyai nilai yang lebih tinggi daripada falsafah (Abdul Fatah, 2003). Sayidina Ali Bin Abi Talib

r.a pernah berkata “ Hikmah itu ialah sesuatu yang hilang dan dicari-cari oleh orang yang beriman”.

Dari aspek sejarah pula, perkataan falsafah berasal daripada perkataan Greek (Yunani)Philosophia

yang bermaksud cinta kepada kebijaksanaan, kearifan atau kehikmahan.

Pengertian falsafah dikembangkan lagi oleh tokoh-tokoh falsafah barat dan Islam seperti

Socrates, Plato, Aristotle, Al Kindi, Al Farabi dan sebagainya. Falsafah mempunyai cabang-cabang

ilmu yang utama iaitu metafizik, epistemologi, aksiologi yang mempunyai etika dan estetika serta

logik. Cabang falsafah metafizik pada umumnya bermaksud pemikiran tentang kewujudan sesuatu.

Epistemologi ialah cabang falsafah yang memberi fokus kepada ilmu. Cabang falsafah yang

seterusnya ialah aksiologi yang mana lebih tertumpu pada persoalan nilai dan sistem nilai. Aksiologi

terdiri daripada dua aspek iaitu etika dan estetika. Etika ditakrifkan sebagai persoalan tentang nilai

moral dan peraturan tingkah laku manusia yang betul. Estetika memberi pengertian tentang

pemahaman dan pengamatan intelektual. Manakala logik merupakan cabang falsafah yang

berkaitan dengan pemikiran atau hujah yang betul atau sebaliknya.


Dasar yang digubal dalam suatu sistem pendidikan perlu merujuk kepada asasnya iaitu

falsafah pendidikan. Falsafah menjadi teras kepada sistem pendidikan kerana terkandung

pendidikan yang digunakan, ciri yang


PENDAHULUAN

Proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) merupakan aktiviti yang terpenting di dalam bilik darjah.

Kejayaan dan kelemahan suatu proses pengajaran dan pembelajaran bergantung kepada guru yang

melaksanakannya. Menurut Abu Bakar Nordin dan Ikhsan Othman (2008:42), guru ialah teras

kepada pelaksanaan proses pendidikan walaupun proses pendidikan itu boleh juga berlangsung

secara tanpa guru. Sejajar dengan falsafah pendidikan negara yang bertujuan untuk melahirkan

insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani maka peranan yang sangat besar

perlu dimainkan oleh seorang guru dalam merealisasikan hasrat yang terkandung dalam falsafah

pendidikan tersebut.

Oleh yang demikian, kajian ini dihasilkan bagi mengkaji sejauh mana kejayaan sebuah

proses pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan oleh seorang guru di dalam bilik darjah

mampu untuk mencapai obejtif pengajarannya serta di mana letaknya unsur falsafah pendidikan

semasa proses pengajaran dan pembelajaran itu berlangsung. Sebelum masuk kepada penerangan

hasil kajian dengan lebih terperinci penulis membuat sedikit huraian ringkas tentang falsafah itu

sendiri, falsafah pendidikan dan falsafah pendidikan kebangsaan.

Dalam menjalankan kajian ini, penulis telah mengkaji rancangan pengajaran harian yang

dilakukan oleh seorang guru bagi matapelajaran Bahasa Arab Komunikasi tingkatan 3. Tumpuan

utama kajian adalah bagi mengupas unsur-unsur falsafah pendidikan yang diterjemahkan oleh guru

terbabit dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Tiga aspek utama dikaji iaitu dari segi

penyampaian kandungan (rancangan pengajaran), pelaksanaan pengajaran dan juga penilaian

pembelajaran.

Selain itu, penulis juga turut memberikan beberapa cadangan tentang nilai-nilai murni,

penambahbaikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta strategi yang boleh dilakukan

oleh guru matapelajaran Bahasa Arab Komunikasi dalam menerapkan unsur-unsur falsafah
pendidikan dari ketiga- tiga aspek iaitu penyampaian kandungan, pelaksanaan pengajaran dan

penilaian pembelajaran.

1.0
PENGENALAN
1.1
Maksud Falsafah dan Falsafah Pendidikan

Menurut Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka, maksud falsafah ialah pengetahuan tentang

pengertian yang dianggap sebagai ilmu tertinggi atau sebagai dasar kepada ilmu-ilmu lain. Falsafah

juga didefinisikan sebagai kebijaksanaan atau hikmah menggunakan akal fikiran untuk mengetahui

kebenaran yang hakiki. Pada pandangan Islam, falsafah ditafsirkan mirip kepada hikmah, walaupun

konteks hikmah adalah lebih luas daripada falsafah itu sendiri. Kedudukan hikmah dalam Al-Quran

mempunyai nilai yang lebih tinggi daripada falsafah (Abdul Fatah, 2003). Sayidina Ali Bin Abi Talib

r.a pernah berkata “ Hikmah itu ialah sesuatu yang hilang dan dicari-cari oleh orang yang beriman”.

Dari aspek sejarah pula, perkataan falsafah berasal daripada perkataan Greek (Yunani)Philosophia

yang bermaksud cinta kepada kebijaksanaan, kearifan atau kehikmahan.

Pengertian falsafah dikembangkan lagi oleh tokoh-tokoh falsafah barat dan Islam seperti

Socrates, Plato, Aristotle, Al Kindi, Al Farabi dan sebagainya. Falsafah mempunyai cabang-cabang

ilmu yang utama iaitu metafizik, epistemologi, aksiologi yang mempunyai etika dan estetika serta

logik. Cabang falsafah metafizik pada umumnya bermaksud pemikiran tentang kewujudan sesuatu.

Epistemologi ialah cabang falsafah yang memberi fokus kepada ilmu. Cabang falsafah yang

seterusnya ialah aksiologi yang mana lebih tertumpu pada persoalan nilai dan sistem nilai. Aksiologi

terdiri daripada dua aspek iaitu etika dan estetika. Etika ditakrifkan sebagai persoalan tentang nilai

moral dan peraturan tingkah laku manusia yang betul. Estetika memberi pengertian tentang

pemahaman dan pengamatan intelektual. Manakala logik merupakan cabang falsafah yang

berkaitan dengan pemikiran atau hujah yang betul atau sebaliknya.

Dasar yang digubal dalam suatu sistem pendidikan perlu merujuk kepada asasnya iaitu

falsafah pendidikan. Falsafah menjadi teras kepada sistem pendidikan kerana terkandung

pendidikan yang digunakan, ciri yang


hendak dicapai, kaedah pelaksanaan pendidikan yang akan digunakan, ciri yang hendak dibentuk

dalam diri individu yang menerima pendidikan dan liputan yang terangkum dalam sistem pendidikan.

Menurut Abd Fatah Hasan, falsafah pendidikan merupakan suatu sistem kepercayaan, pegangan

atau prinsip am yang membincangkan pelbagai hal tentang pendidikan dan pengajaran yang patut

dilaksanakan di sekolah atau di dalam bilik darjah.

Falsafah pendidikan adalah pecahan daripada falsafah umum pendidikan. Falsafah umum

pula terdiri daripada beberapa falsafah seperti idealisme, realisme, pragmatisme dan

eksistensialisme. Secara umumnya falsafah idealisme memberi fokus kepada kepentingan

pemikiran, jiwa dan kerohanian. Realisme pula ialah falsafah yang memandang alam kebendaan

adalah sebagai realiti hidup. Pragmatisme dibentuk oleh ahli falsafah Amerika Syarikat yang

mempercayai bahawa manusia memperolehi pengetahuan hanya melalui pengalaman dan

penyelesaian masalah. Falsafah eksistensialisme menjurus kepada falsafah yang bersifat

individualistik kerana menekankan aspek manusia bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan

kehidupannya.

Daripada mazhab falsafah umum seperti yang telah dinyatakan telah melahirkan pelbagai

falsafah pendidikan yang berasaskan kepadanya. Falsafah pendidikan terbahagi kepada empat

iaitu perenialisme, esensialisme, progresivisme

dan rekonstruksionisme. Perenialisme membawa pandangan konservatif terhadap pendidikan

kerana beranggapan

bahawa prinsip pendidikan

adalah tetap dan selalu berulangan. Esensialisme telah dibentuk oleh William C. Bagley memberi

tumpuan kepada usaha mengkaji semula perkara-perkara yang perlu dimasukkan ke dalam

kurikulum sekolah. Progresivisme telah diasaskan oleh John Dewey di Amerika Syarikat yang

beranggapan sekolah berperanan menyediakan pelajar untuk menyesuaikan diri dengan keadaan

yang sentiasa berubah. Akhir sekali rekonstruksionisme menekankan kepada perubahan dan

pembaharuan.
bagu tujuan meningkatkan kemahiran lisan dan kemahiran membaca . Kaedah pembelajaran al

Quran secara tradisional lazimnya menggunakan kaedah ini sejak zaman berzaman dan ia amat

berkesan untuk jangka masa yang panjang. Dalam konteks Bahasa Arab Komunikasi Komunikasi ia

penting dalam menjelaskan aspek nahu secara terperinci mengikut tahap pembelajaran.
e)
Kaedah Perbandingan (al Qiyasiyah)

Kaedah ini dimulakan dengan memperkenalkan prinsip asas dan umum sebelum di huaraikan

dengan contoh-contoh serta perincian yang mendalam. Kaedah ini adalah kaedah lazim yang

diguna pakai dalam sistem pembelajaran moden. Sebagai contoh kaedah ini boleh diterapkan dalam

pengajaran kaedah tatabahasa. Guru akan menjelaskan tajuk pelajaran dan kaedah pada awal sesi

pembelajaran. Selepas itu guru akan memberikan contoh-contoh yang berkaitan dengan tajuk

pembelajaran untuk meningkatkan pemahaman pelajar.


f)
Kaedah Induktif

Kaedah adalah berlawanan dengan kaedah perbandingan. Melalui kaedah ini , para pelajar

didedahkan dengan pelbagai contoh dan situasi serta penghuraian sebelum pergi kepada

kesimpulan. Kaedah ini dapat mengalakkan pelajar untuk membuat kesimpulan dan rumusan sendiri

sebelum dibandingkan dengan kesimpulan umum yang akan diberikankan oleh guru. Kaedah ini

banyak membantu pelajar untuk berfikir, merenung, menganalisa, dan berlatih membina kesimpulan

dan prinsip. Contohnya dalam konteks pembelajaran Bahasa Arab, kaedah ini turut sesuai

dipraktikkan dalam pengajaran qawaid atau tatabahasa. Setelah diberikan contoh yang banyak dan

pelajar membuat rumusan daripada apa yang boleh difaham olehnya berdasarkan contoh.
6.3
Kesimpulan

Semua kaedah yang dinyatakan dalam sub topik diatas boleh diaplikasikan oleh seorang guru

khasnya dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab. Selain itu, dalam proses pengajaran

dan pembelajaran juga guru harus mempertimbangkan beberapa perkara lain seperti pembelajaran

yang dilakukan haruslah berpusatkan pelajar, memastikan keselamatan persekitaran

dan peralatan yang digunakan, peralatan yang digunakan mencukupi, jenis dan aktiviti yang ingin

dilakukan serta pemberian kerja dan tugasan yang bersesuaian dengan aras pelajaran yang diajar.
KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, hasil daripada kajian penulis terhadap rancangan pengajaran yang telah

disediakan oleh guru terbabit, rancangan pengajaran tahunan dan huraian sukatan matapelajaran

Bahasa Arab Komunikasi tingkatan 3, penulis mendapati perancangan pengajaran yang dibuat

adalah kurang sistematik dan kurang memenuhi kriteria yang sepatutnya terutamanya dari segi

kejelasan objektif pengajaran dan relevannya dengan huraian sukatan matapelajaran yang

dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Oleh hal yang demikian, kurang unsur-unsur falsafah diterapkan dalam proses pengajaran

dan pembelajaran yang dilakukan oleh guru terbabit. Melalui hasil daripada kajian ini juga, maka

penulis telah memberikan cadangan untuk penambahbaikkan serta mencadangkan beberapa

kaedah pengajaran yang boleh diguna pakai dalam pengajaran Bahasa Arab

Komunikasi yang mungkin lebih menepati kehendak dan intipati Falsafah


Pendidikan Kebangsaan.

Dengan penerapan unsur-unsur falsafah pendidikan yang lebih jelas dalam proses

pengajaran dan pembelajaran, maka segala aspirasi dan hasrat yang terkandung dalam Falsafah

Pendidikan Kebangsaan tersebut dapat direalisasikan dengan jayanya. Maka, hasrat untuk

melahirkan individu yang berilmu pengetahuan dan seimbang dari aspek rohani, intelek, emosi dan

jasmani seperti yang digariskan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan akan menjadi kenyataan.

BAHAN RUJUKAN
Rujukan Buku:
Amir Hasan Dawi. 2006. Penteorian Sosiologi Dan Pendidikan, Edisi Ketiga.
Kuala Tanjung Malim: Quantum Books.
Atan Long. 1976. Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Bakar Nordin dan Ikhsan Othman. 2008. Falsafah Pendidikan dan Kurikulum,
Edisi Kedua. Tanjung Malim: Quantum Books.
Edaris Abbu Bakri. 2004.Pengurusan Strategik: Konsep dan Aplikasi untuk
Pendidikan. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Frazer, E. Home. 1989. Environment and The School. London: London
University Press.
Kamarudin Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz. 2004. Pedagogi Asas
Pendidikan. Kuala Lumpur: Kayazano Enterprise.

Mok Soon Sang. Nota, Panduan dan Latihan MteST: Inventori Sahsiah
Keguruan. 2007. Kuala Lumpur: Multimedia Resources Sdn. Bhd.-ES
Rujukan Jurnal dan Artikel:
Asmawati Suhid. 2004. “Pemantapan Komponen Akhlak Dalam Pendidikan
Islam Bagi Menangani Era Globalisasi”.
Kamarudin Jaffar. 2001. “Kaedah Mengajar Bahasa Arab”.
Rujuan Internet:
Editor.
1997.
Isu
Pengajaran
dan
Pembelajaran.
http://ppdtr.tripod.com/pekeliling.htm(akses 12 Februari 2008).
Garlicov, R. 2000. The Uses of Philosophy in Today’s World.
http://www.garlikov.com/philosophy/uses.htm (akses 15 Februari 2008).

Tajuk:

Penghayatan nilai-nilai murni dapat membentuk pelajar yang berketerampilan.

Jelaskan langkah-langkah yang dapat dilakukan untuk menerapkan nilai-nilai murni


dalam diri pelajar.

Contoh Jawapan:

Matlamat pendidikan adalah untuk melahirkan satu lapisan masyarakat yang berilmu,
berkemahiran dan bersahsiah tinggi. Kesemua matlamat ini menyebabkan pihak Kementerian
Pendidikan melihat penghayatan nilai-nilai murni itu sebagai sesuatu aspek penting dalam
pendidikan. Kemelut disiplin yang melanda pelajar kini telah menguatkan lagi hujah yang
memerlukan kewujudan pelajar berketerampilan ini. Maka, pelbagai tindakan yang bertujuan
untuk melahirkan pelajar yang berketerampilan mampu dilaksanakan untuk mencapai hasrat ini.

Tindakan awal ialah kementerian telah mewajibkan konsep penyerapan nilai merentas
kurikulum. Dalam konsep ini semua guru tanpa mengira subjek yang diajarnya perlu
memasukkan nilai-nilai murni kepada pelajar ketika melaksanakan tugas mereka. Tindakan ini
amat bijak kerana sebelum ini hanya guru-guru tertentu sahaja seperti guru disiplin atau
kaunseling yang perlu memupuk sikap positif dalam jiwa pelajar mereka. Jelaslah, tindakan ini
memastikan semua pihak terutama guru melaksanakan tugas yang serupa yakni memupuk sikap
pelajar yang terpuji.

Pada masa yang sama, guru-guru juga memberikan teladan yang baik kepada pelajar mereka.
Kelakuan guru perlulah diawasi dengan baik sama ada ketika mengajar di sekolah atau beriadah
di luar sekolah untuk dilihat oleh pelajar. Keadaan ini juga membuktikan kepada pelajar bahawa
semua nilai-nilai positif yang dinyatakan oelh guru itu bukanlah sukar untuk dilaksanakan oleh
mereka. Sesungguhnya, guru yang mampu memberikan contoh teladan yang baik berupaya
menjadikan pelajarnya lebih bersikap mulia lagi.

Bukan sahaja pihak sekolah memperkenalkan konsep tertentu kokurikulum dan guru
memberikan teladan yang baik tetapi Unit Kaunseling setiap sekolah turut boleh memainkan
peranan tertentu. Mereka boleh melaksanakan kem peningkatan sahsiah pelajar secara berkala
dan terancang. Semua pelajar yang dianggap mempunyai masalah disiplin akan menyertai kem
ini untuk memulihkan jiwa mereka semula menjadi pelajar yang terbilang kelak. Justeru,
kewujudan kem peningkatan sahsiah yang sistematik mampu menjadikan kewujudan pelajar
yang beketerampilan ini sesuatu yang pasti.

Tambahan pula, aktiviti kokurikulum perlu ditingkatkan agar keterampilan pelajar dapat
diketengahkan. Pada masa yang sama nilai murni dalam jiwa pelajar juga turut terbentuk
menerusi aktiviti kokurikulum sebegini. Masalah yang timbul ialah banyak aktiviti kokurikulum
ini yang dilaksanakan secara hangat-hangat tahu ayam sahaja. Sebenarnya, kokurikulum mampu
melahirkan satu golongan pelajar yang bersikap positif dan murni jika dilaksanakan dengan
sebaik mungkin.

Kesimpulannya, semua langkah yang disuarakan tadi boleh dilaksanakan dengan segera.
Kerjasama semua pihak terutama pihak guru amat diperlukan untuk memastikan visi ini menjadi
satu kenyataan yang sejati. Kegagalan untuk mendapatkan kerjasama yang jitu boleh
menyebabkan jumlah pelajar yang bermasalah di negara ini terus bertambah saban tahun.
Peribahasa orang tua-tua, kanak-kanak itu ibarat
kain putih harus menjadi renungan kita semua
untuk bersama-sama mendidik dengan baik
golongan ini.

Pengarang: Noor Azman Mahat

Pupuk nilai murni bendung gejala sosial

MUAR 7 Ogos - Kerjasama pintar antara MUHYIDDIN Yassin menguji senjata automatik F5 ketika merasmikan
Karnival Murni Cegah Jenayah Peringkat Kebangsaan di IKBN Pagoh,
institusi-institusi sosial dalam masyarakat perlu Johor, semalam.Turut sama Musa Hassan dan Mohd. Mokhtar Mohd.
ditingkatkan bagi memupuk nilai-nilai murni Shariff.

dalam usaha membendung jenayah dan gejala


sosial termasuk masalah pembuangan bayi yang
semakin berleluasa ketika ini.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, institusi tersebut seperti
pendidikan, ekonomi, agama dan politik penting untuk menggembleng tenaga untuk tujuan
berkenaan dan tanggungjawab itu tidak boleh disandarkan kepada institusi kekeluargaan semata-
mata.

"Kita tidak mahu apabila negara mencapai matlamat negara berpendapatan tinggi dan maju pada
tahun 2020, sebaliknya kita mempunyai masyarakat yang pincang budaya dan institusi sosial
yang porak-peranda," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Karnival Murni Cegah Jenayah Peringkat
Kebangsaan di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Pagoh di sini hari ini.
Hadir sama adalah Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan; Naib Presiden Yayasan
Pencegahan Jenayah Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye dan Ketua Polis Johor, Datuk Mohd.
Mokhtar Mohd. Shariff.

Muhyiddin berkata, terjebaknya generasi muda dalam gejala dadah, mat rempit, pembuangan
bayi, judi, ah long, kongsi gelap, arak dan gangsterisme adalah perlakuan songsang yang
semakin bertambah akibat kebanyakan norma dan nilai budaya yang didukung institusi sosial
tidak lagi dipatuhi.

Ini kerana, secara idealnya, kebudayaan dalam masyarakat telah menggariskan pola perlakuan
yang betul, baik, salah, buruk, berfaedah atau tidak iaitu jika nilai-nilai ini diikuti maka pelbagai
masalah dan konflik akan dapat diatasi.

Justeru, beliau berpendapat, penyelesaian kepada kepincangan masyarakat itu dapat ditangani
apabila setiap anggota masyarakat menitikberatkan nilai murni yang terdapat dalam semua
agama.

"Nilai-nilai murni di sebalik pelaksanaan al-Ta'dib dalam Islam secara umumnya adalah menjaga
kemaslahatan nasab dan keturunan manusia seperti kemuliaan budi pekerti dan
bertanggungjawab, memupuk sikap telus dan terbuka, memupuk budaya saling nasihat
menasihati dan sikap prihatin dan kasih sayang dalam keluarga," jelasnya.

Dalam tamadun China pula sebagai contoh, katanya, amat menekankan soal nilai murni dan
moral yang baik, berfalsafah, ilmu, pendidikan, politik, seni dan sastera sebagaimana yang
terdapat dalam buku Lun Yu iaitu pengajaran utama Confusius yang diamalkan oleh kaum itu.

Sementara itu, beliau memuji kejayaan polis menurunkan kadar jenayah dan ia dapat dicapai
dengan kerjasama anggota masyarakat dengan pihak berkuasa.

erap Nilai Murni Dan Konsep Berkoperasi Pada Pelajar Koperasi Sekolah

Taklimat Program Koperasi Sekolah telah diadakan oleh ANGKASA bertujuan bagi
menyampaikan maklumat terbaru kepada pelajar dan guru koperasi sekolah. Seiring dengan itu
ANGKASA begitu komited dalam melaksanakan agenda bagi memastikan penerapan nilai-nilai
murni dan konsep berkoperasi ada pada setiap guru dan pelajar tersebut.

Demikian ucapan Naib Yang Dipertua merangkap Pengerusi Bahagian Pelajaran, Penerangan,
Penerbitan dan Perkhidmatan (B4P), Hajah Armi Haji Zainudin pada majlis tersebut yang
diadakan di Hotel Royal Adalphe, Seremban pada 26 April 2010. Lebih 200 orang guru dan
Pengetua hadir dari seluruh daerah di Negeri Sembilan.

Program tersebut katanya, dapat menanam semangat kerjasama di kalangan anggota koperasi
sekolah di samping dapat melahirkan warga koperasi yang bertamadun dan beretika tinggi.
Koperasi sekolah menjalankan aktiviti perniagaan oleh pelajar dan secara tidak langsung mereka
akan terdedah kepada budaya keusahawanan.
Sehingga Januari 2010, terdapat 1,828 buah koperasi sekolah yang menjadi ahli ANGKASA.
Terdapat beberapa kursus yang ditawarkan oleh ANGKASA untuk koperasi sekolah dan
antaranya ialah kursus SEKKOP 123. Sehingga kini terdapat sebanyak 1,000 buah koperasi
sekolah telah menggunakan perkhidmatan ini. ANGKASA turut menggalakkan Program
Pelancongan Koperasi Sekolah (PKS). Ini adalah kerana program ini mampu mewujudkan
integrasi antara sekolah.

Beliau juga mengumumkan sambutan HKS peringkat sekolah pada tahun ini diadakan pada 27
Jun hingga 3 Julai 2010 dan berharap agar kesemua sekolah di negeri itu akan dapat mengambil
bahagian. Pada sambutan ini juga akan diadakan pertandingan Keusahawanan Koperasi Sekolah.
Pemenang akan dianugerahkan enam dan lima bintang. Pembudayaan Keusahawanan Koperasi
Sekolah pula mengetengahkan pertandingan pelajar koperasi sekolah dalam mempersembahkan
pelan perancangan perniagaan di peringkat negeri dan kebangsaan.

Beliau memberitahu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Dato’
Sri Ismail Sabri Yaakob teruja dengan kebolehan sekolah yang menang dan beliau
mengumumkan telah menambah hadiah sebanyak RM25,000.00 kepada koperasi sekolah yang
mendapat johan, RM20,000.00 naib johan dan RM15,000.00 bagi tempat ketiga.

Beliau turut memaklumkan tema HKS pada tahun ini iaitu “Kreativiti dan Inovasi
Memperkasakan Koperasi Sekolah”. Sambutan pelancaran HKS peringkat sekolah disambut di
Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bera, Pahang. Koperasi dewasa dijemput memeriahkan
acara sambutan tersebut bagi menggalakkan integrasi antara koperasi.

Peka dengan permasalahan hijau, setiap koperasi digalak mengadakan acara menanam pokok.
Selain itu, koperasi sekolah yang terlibat dalam Hari Koperasi Sekolah juga ditambah insentif
sebanyak RM2,000.00 berbanding RM1,000.00 pada tahun lalu.

Program taklimat diteruskan dengan ucapan dasar Kementerian Pelajaran Malaysia, penerangan
untuk program HKS, PKS serta Program Pembudayaan Keusahawanan Koperasi Sekolah.
Program Akhbar@ sekolah turut diperkenalkan dengan kerjasama ANGKASA, Utusan Melayu
Sdn. Bhd. dan Lestari Utama Sdn. Bhd. bagi penjualan akhbar Utusan Malaysia di sekolah-
sekolah menengah melalui koperasi sekolah ini bertujuan bagi meningkatkan pendapatan
koperasi sekolah di samping mendidik para pelajar dalam keusahawanan di samping
menggalakkan mereka membaca dan menulis dalam tulisan jawi.

Program itu juga menggalakkan pelajar mengumpul bahan-bahan rujukan dapat membeli akhbar
pada harga yang murah serta meningkatkan imej koperasi sekolah. Hadiah bulanan disediakan
kepada pelajar yang mendapat jualan tertinggi manakala nama pemenangnya akan disiarkan
dalam akhbar Utusan Malaysia. Pelajar juga dijemput menyertai program pendidikan, seminar
dan bengkel penulisan.

Pada majlis penutupan, Timbalan Yang Dipertua ANGKASA, Dato’ Haji Abdul Fattah Haji
Abdullah berkata, kejayaan sesebuah koperasi terletak di tangan guru dan Pengetua sekolah
tersebut. Justeru, koperasi harus diperkembangkan agar dapat dijadikan contoh kepada negara-
negara luar. Katanya lagi, koperasi sekolah ditubuhkan di sekitar tahun 1960-an dan banyak
kejayaan telah dicipta. Peningkatan jumlah bilangan koperasi sekolah banyak bergantung kepada
pertambahan sekolah baru. Justeru, beliau berharap agar koperasi sekolah dapat dijadikan ejen
kepada pasaran barangan runcit negara. Tambahan pula kerajaan ingin melihat sektor koperasi
dapat menyumbang sebanyak lima peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
menjelang tahun 2013 nanti.

<< Kembali

Вам также может понравиться