Вы находитесь на странице: 1из 6

SULIT

02/2
Bahasa Melayu
Pertengahan Tahun
2009
2 jam

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN


SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH NEGERI PAHANG 2009

BAHASA MELAYU
TINGKATAN SATU
Kertas 2
Dua jam

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU


1. Kertas soalan ini mengandungi empat bahagian : Bahagian A, Bahagian B, Bahagian C
dan Bahagian D.
2. Bahagian A terdiri daripada dua baagian : Bahagian A (i) dan Bahagian A(ii).
Anda dikehendaki supaya menjawab kedua-dua bahagian tersebut. Bahagian B dan
Bahagian D juga mesti dijawab. Manakala Bahagian C mempunyai lima pilihan soalan dan
anda dikehendaki menjawab satu soalan sahaja.
3. Anda dinasihati supaya mengambil masa 40 minit untuk menjawab Bahagian A, 25 minit
untuk Bahagian B, 45 minit untuk Bahagian C dan 10 minit untuk Bahagian D.
4. Jawapan anda hendaklah ditulis dalam kertas jawapan yang disediakan.

KERTAS INI MENGANDUNGI 6 HALAMAN BERCETAK

Bahagian A ( I ) : Ringkasan
02/2 @ 2009 Hak Cipta PKPSM Pahang [Lihat sebelah
SULIT
SULIT
[20 markah]
Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah
ringkasan tentang faktor-faktor pelajar kurang meminati bidang sains. Panjang
ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah kata. Anda digalakkan supaya
menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Sains ialah satu bidang yang mendapat perhatian tinggi di negara ini. Bidang ini
juga dianggap sebagai satu bidang penting untuk mengekalkan pembangunan ekonomi,
memperbaiki mutu hidup dan keselamatan negara melalui Dasar Sains Negara.
Namun begitu, terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan pelajar kurang
meminati bidang Sains. Antaranya ialah pelajar sering menganggap bidang atau mata
pelajaran Sains adalah sukar. Buktinya Laporan Kajian Kesedaran Awam terhadap Sains
dan Teknologi (2004) menunjukkan bahawa 4.3 peratus rakyat di negara ini berpendapat
bahawa mata pelajaran ini adalah sukar. Laporan kajian ini juga mendapati 32.4 peratus
penduduk menganggap pengajaran Sains dan Teknologi adalah terlalu akademik.
Selain itu, kelemahan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran juga
menyebabkan guru gagal menarik minat pelajar terhadap bidang itu. Kekurangan
kemudahan di sekolah seperti bahan-bahan eksperimen yang tidak mencukupi menjadikan
pelajar tidak bersemangat untuk membuat eksperimen dan kurang memberi maklumbalas di
dalam kelas. Alat bantu mengajar yang tidak menarik juga merupakan faktor pelajar kurang
meminati bidang ini. Faktor kelemahan menguasai bahasa Inggeris dalam kalangan guru
dan pelajar juga menyebabkan penyampaian dan penerimaan ilmu tidak begitu lancar.
Kelemahan ini sememangnya boleh memberikan kesan kepada minat pelajar dalam bidang
sains. Kurangnya daya cipta guru dalam pengajaran merupakan faktor pelajar kurang
meminati bidang Sains. Kaedah pengajaran yang sama pada setiap kali kelas pastinya
menimbulkan kebosanan kepada pelajar.
Berdasarkan faktor-faktor yang dinyatakan di atas maka adalah wajar satu
revolusi positif dilakukan bagi mengubah kaedah pengajaran dan pembelajaran sains agar
menjadi lebih bermakna.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada
Mencari Kaedah Dorong Pelajar
Minati Bidang Sains, Berita Harian,
Januari 2009.)
2

02/2 @ 2009 Hak Cipta PKPSM Pahang [Lihat sebelah


SULIT
SULIT

Bahagian A (ii) ; Pemahaman

Berdasarkan petikan Bahagian A(i), jawab soalan-soalan yang berikut dengan


menggunakan ayat anda sendiri.

1. Apakah maksud rangkai kata revolusi positif ?


[2 markah]

2. Mengapakah pelajar kurang meminati bidang Sains?


[4 markah]

3. Pada pendapat anda, apakah cara yang paling sesuai untuk menarik minat pelajar dalam
bidang Sains?
[4 markah]

02/2 @ 2009 Hak Cipta PKPSM Pahang [Lihat sebelah


SULIT
SULIT
Bahagian B
[20 markah]

Berdasarkan gambar di bawah ini, huraikan pendapat anda tentang faedah menyertai
aktiviti kokurikulum di sekolah. Panjang huraian anda hendaklah tidak melebihi 120
patah perkataan.

Bahagian C
02/2 @ 2009 Hak Cipta PKPSM Pahang [Lihat sebelah
SULIT
SULIT
[40 markah]

Tulis sebuah karangan tentang satu daripada perkara di bawah. Panjang karangan anda
hendaklah lebih daripada 180 patah perkataan.

1. Anda telah berbual-bual dengan rakan anda tentang kegiatan berfaedah yang
dilakukan pada waktu lapang.
Tulis dialog tersebut selengkapnya.

2. Seorang rakan anda telah dijangkiti demam denggi dan telah dinasihatkan oleh
doktor agar berehat di rumah setelah seminggu terlantar di hospital.
Anda ingin menulis surat kepadanya untuk memaklumkan perkembangan yang
berlaku di sekolah sepanjang ketiadaannya.
Tulis surat itu selengkapnya.

3. Amalan gotong-royong banyak memberikan manfaat kepada masyarakat.


Nyatakan kebaikan amalan gotong-royong.

4. Jalan-jalan di Pasir Salak,


Singgah membeli di Pekan Dua:
Ciri remaja yang mulia akhlak,
Hormati mereka berusia tua.
Berdasarkan pantun di atas, berikan pendapat anda tentang cara-cara ibu bapa
mendidik anak-anak untuk menghormati orang yang lebih tua.

5. Pada suatu malam, anda bermimpi tentang suatu kejadian yang menakutkan.
Tulis cerita yang lengkap berdasarkan mimpi anda itu.

Bahagian D
[10 markah]

02/2 @ 2009 Hak Cipta PKPSM Pahang [Lihat sebelah


SULIT
SULIT

Jawapan mestilah berdasarkan novel Limpahan Darah di Sungai Semur karya Zakaria Salleh yang
telah dikaji semasa di Tingkatan 1.

BINAAN PLOT

KLIMAKS

PERKEMBANGAN PELERAIAN

PERMULAAN

Terdapat empat binaan plot dalam sesebuah cerita. Tulis secara ringkas klimaks dan peleraian
novel yang anda kaji.

KERTAS SOALAN TAMAT

02/2 @ 2009 Hak Cipta PKPSM Pahang [Lihat sebelah


SULIT

Вам также может понравиться