You are on page 1of 13

SULIT

02/1
Bahasa Melayu
Penilaian Pertengahan Tahun
2009
1jam

PENILAIAN PERTENGAHAN TAHUN


SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH NEGERI PAHANG 2009
TINGKATAN 2

BAHASA MELAYU
Kertas 1
Satu jam

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan aneka pilihan.


2. Jawab semua soalan.
3. Semua jawapan anda hendaklah dihitamkan pada kertas jawapan yang disediakan.

KERTAS INI MENGANDUNGI 13 HALAMAN BERCETAK

[ Lihat sebelah
02/1 SULIT

Soalan 1 hingga 7
SULIT 02/1
Lengkapkan ayat-ayat di bawah ini dengan memilih perkataan yang paling sesuai.

1. Kami sekeluarga dijangka sampai _______ Pulau Kapas pada waktu malam.
A. dari C. di
B. ke D. daripada

2. Mereka tinggal di Dusun Tua _______ dua tahun yang lalu setelah bapa mereka
meninggal dunia akibat penyakit jantung.
A. dari C. antara
B. ketika D. semenjak

3. Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang 2009 ______ selama beberapa ketika kerana
kerosakan alat pembesar suara.
A. terbantut C. tertunda
B. tergendala D. terbatal

4. Orang tua itu bergerak ______ kerana kedua-dua belah kakinya lumpuh sejak
terbabit dalam kemalangan jalan raya ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun lalu.
A. terhinggut-hinggut C. terengsot-engsot
B. tergoyang-goyang D. terkedek-kedek

5. Kawasan petempatan banjir itu kurang ________ kerana terletak agak jauh dari
kawasan bandar Temerloh.
A. membangun C. pembangunan
B. dibangunkan D. membangunkan

6. Naluri menyayangi anak sentiasa ada ______ semua manusia dan haiwan.
A. untuk C. kepada
B. pada D. dengan

7. Perasaan _______ yang terpendam selama ini terlerai apabila dapat bertemu dengan
ibu bapanya yang sudah 15 tahun terpisah.
A. rindu dendam C. keluh kesah
B. duka nestapa D. putus asa

Soalan 8 hingga soalan 14


Ayat-ayat dibawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan ,kesalahan itu telah ditanda
dengan A,B atau C. Tandakan sama ada A,B dan C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika
tiada kesalahan dalam ayat berkenaan.

8. Pak Upin berasa sedih kerana kelima lembunya telah mati akibat dijangkiti penyakit kuku
A B C
dan mulut. Tiada Kesalahan.
D

02/1 Hak Cipta PKPSM Pahang 2 [Lihat sebelah


SULIT
SULIT 02/1
9. Mereka-mereka dikehendaki melaporkan diri di Kem Latihan Khidmat Negara yang
A B
telah ditentukan . Tiada Kesalahan.
C D

10. Oleh kerana telah lama berkecimpung dalam bidang kejurulatihan, dia dengan mudah
A B C
berjaya menjadi jurulatih pasukan bola sepak daerah Maran. Tiada Kesalahan.
D

11. Kadar kematian akibat kemalangan jalan raya yang paling tinggi sekali dicatatkan
A B
semasa musim perayaan pada tahun 2008. Tiada Kesalahan.
C D

12. Samad kerap jalan kaki ke sekolah kerana kedudukan sekolah yang berhampiran
A B
dengan taman perumahannya. Tiada Kesalahan.
C D

13. Di dalam perjalanan pulang ke kampungnya , Ipin dan Upin menemukan sebuah
A B C
rumah buruk yang sedang terbakar. Tiada Kesalahan.
D

14. Pendapatan yang diterima oleh kebanyakan pendatang-pendatang asing


A B
membolehkan mereka hidup mewah di negara asal. Tiada Kesalahan.
C D

Soalan 15 hingga 17
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.
15. I Anita membeli beberapa buah buku rujukan.
II Pertemuan pasukan bola sepak antara negeri Pahang dan Selangor itu
seperti bertemu ruas dengan buku.
III Muka Hanafi bengkak kerana terkena buku lima saya.
IV Tolong ambilkan beberapa buah buku limau nipis dan kunyit.

02/1 Hak Cipta PKPSM Pahang 3 [Lihat sebelah


SULIT
SULIT 02/1
A I dan II sahaja
B II dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja

16 I Saya berasa kembang hati apabila melihat keputusan peperiksaan PMR


adik saya yang sangat cemerlang.
II Bunga ros yang kembang itu sedang dikerumuni oleh beberapa ekor
kumbang.
III Ahmad seorang penerjun yang handal, bagaimanapun beliau
tersangkut pada pokok kerana payung terjunnya tidak kembang.
IV Adunan kek itu memakan masa dua puluh minit untuk kembang
sepenuhnya.
A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D I, II, III dan IV

17 I Setelah beberapa tapak kami meninggalkan tempat itu, rumah itu


pun terbakar.
II Bekas tapak rumah teres itu akan dibangunkan oleh pihak kerajaan.
III Beberapa tapak harimau telah dijumpai di belakang rumah saya.
IV Pada musim kemarau tapak sungai itu jelas kelihatan.
A I dan II sahaja
C I, II dan III sahaja
B III dan IV sahaja
D II, III dan IV sahaja

02/1 Hak Cipta PKPSM Pahang 4 [Lihat sebelah


SULIT
SULIT 02/1

Soalan 18 hingga soalan 21


Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mengandungi kesalahan
penggunaan bahasa dan mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B atau C
jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.

18 Ayah bercerita dengan pengalaman hidupnya yang amat getir ketika zaman
pemerintahan Jepun.
A bercerita tentang pengalaman hidupnya
B menceritakan tentang pengalaman hidupnya
C bercerita akan pengalaman hidup
D bercerita dengan pengalaman hidupnya

19 Peserta acara larian empat ratus meter saling pintas- memintas apabila
semakin hampir ke garisan penamat.
A saling memintas bila
B saling pintas- memintas bila
C saling memintas apabila
D saling pintas-memintas apabila

20 Hadiah pertandingan mengarang sempena Bulan Kemerdekaan kami telah


ambil lima hari yang lalu.
A telah kami ambil
B telah diambil oleh kami
C telah diambil kami
D kami telah ambil

02/1 Hak Cipta PKPSM Pahang 5 [Lihat sebelah


SULIT
SULIT 02/1

21 Bilik perpustakaan ini akan dibersihkan oleh kami esok atas arahan guru
Media Sekolah.
A akan kami bersihkan esok di atas
B akan kami bersihkan esok atas
C akan dibersihkan oleh kami esok di atas
D akan dibersihkan oleh kami esok atas

Soalan 22 hingga soalan 24


Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau yang paling hampir dengan ayat yang
dicetak tebal.

22 Penderitaan hidup yang telah disiarkan dalam rancangan Bersamamu


telah mendapat perhatian daripada rakyat Malaysia.
A Penderitaan rakyat Malaysia diambil perhatian oleh rancangan
Bersamamu.
B Rancangan Bersamamu mengambil perhatian penderitaan rakyat
Malaysia.
C Rakyat Malaysia yang menderita mengambil berat rancangan Bersamamu.
D Rakyat Malaysia turut merasai penderitaan hidup yang disiarkan dalam
Rancangan Bersamamu.

02/1 Hak Cipta PKPSM Pahang 6 [Lihat sebelah


SULIT
SULIT 02/1

23 Pihak hospital telah mengesahkan bahawa semua mangsa yang terlibat dalam nahas
jalan raya telah terkorban.
A Semua mangsa yang terkorban dalam nahas jalan raya disahkan oleh
pihak hospital.
B Semua mangsa nahas jalan raya telah disahkan terkorban oleh pihak
hospital.
C Nahas jalan raya telah menyebabkan semua mangsa terkorban dan
disahkan oleh pihak hospital.
D Pihak hospital telah gagal menyelamatkan mangsa yang terkorban
kerana nahas jalan raya.
24 Sungai Pahang telah dicemari oleh sisa toksik yang dibuang oleh pihak
yang tidak bertanggungjawab.
A Pencemaran di Sungai Pahang disebabkan oleh sisa toksik yang
dibuang oleh orang ramai.
B Pihak yang tidak bertanggungjawab telah membuang sisa toksik yang
menyebabkan Sungai Pahang tercemar.
C Sisa toksik yang banyak telah menyebabkan Sungai Pahang dicemari
oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
D Sisa toksik yang mengotori Sungai Pahang disebabkan oleh sikap tidak
bertanggungjawab pihak yang membuang sisa toksik di situ.

Soalan 25 hingga soalan 27


Pilih ayat-ayat yang betul

25 I Perompak yang masuk ke rumah jiran kami hanya bersenjatakan sebilah


pisau.
II Kakitangan bank itu akan mendapat bonus dua bulan gaji.
III Kakak akan berkahwin dengan tunangnya pada bulan April ini.
IV Cikgu Azman bertanya kepada Muiz yang dimasukkan ke hospital

02/1 Hak Cipta PKPSM Pahang 7 [Lihat sebelah


SULIT
SULIT 02/1
semalam.
A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja

26 I Fatimah bersiar-siar di taman sambil menikmati udara yang segar pada


waktu pagi.
II Jumlah keahlian persatuan ini kian berkurangan daripada setahun ke
setahun.
III Ali dan rakan-rakannya tetap tidak bersetuju dengan kenaikan tambang
bas sekolah yang dinaiki oleh mereka.
IV Kapal itu berlabuh di pelabuhan untuk menurunkan muatannya.
A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D I, III dan IV sahaja

27 I Tempat di mana bas itu terjunam ke dalam gaung telah ditemukan


semalam.
II Noraini memperolehi markah paling tinggi dalam subjek Kemahiran
Hidup.
III Ahmad mengikut sahaja cakap rakan-rakannya kerana takut disisihkan.
IV Ibu pulang ke kampung bersama abang untuk menghadiri majlis
pertunangan anak Pak Long.
A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja

02/1 Hak Cipta PKPSM Pahang 8 [Lihat sebelah


SULIT
SULIT 02/1

Soalan 28 hingga soalan 30


Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi ayat-ayat yang berikut.

28 Walaupun sudah sepuluh tahun Azam tinggal dan bekerja di England


tetapi dia tetap mahu pulang ke tanah airnya suatu hari nanti.
A hujan berpohon, panas berasal
B hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih
baik negeri sendiri.
C hidup segan mati tak mahu.
D hilang di mata di hati jangan

29 “ Janganlah kamu membuat kerja-kerja itu sambil lewa sahaja,” nasihat


Puan Bariah kepada anaknya.
A bagai melepaskan batuk di tangga.
B bagai menarik rambut di dalam tepung.
C bagai mendukung biawak hidup
D bagai pahat dengan penukul

30 Siapa yang makan cili, dialah berasa pedas


Peribahasa di atas bermaksud
A Seseorang yang tidak tahu menghargai pemberian orang lain.
B Nasihat yang tidak diargai.
C Memiliki pengetahuan yang amat sedikit.
D Sesiapa yang buat salah, dialah yang terasa.

02/1 Hak Cipta PKPSM Pahang 9 [Lihat sebelah


SULIT
SULIT 02/1

Soalan 31 hingga Soalan 35


Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Penunggu Pusaka, Zakaria Ariffin

LAMBAK: (Membentak tiba-tiba) Saya tak setuju! Saya tak setuju!


SITI: Saya juga tak setuju! Pembahagian ini tidak adil. Wasiat tu tak betul! Tak boleh pakai!
SULUNG: Eh, apa hal ni? Tiba-tiba saja tak setuju, tak adil!
MAK TEH: Ini wasiat! Kamu main-mainkan wasiat orang yang dah mati ya?
LAMBAK: Ini mesti ada sesiapa yang dah pengaruhi arwah ayah! Wasiat tu bukan arwah yang
membuatnya. Mesti ada orang lain!
SITI: Kenapa awak semua dapat berekar-ekar, sedang kami dapat setengah ekar seorang?
Adil ke macam tu? Patut ke?
MAK TEH: Hei, Lambak, Siti! Kau sedar tak kau tu siapa?
LAMBAK: Kami sedar kami hanya anak tiri pada arwah ayah. Tapi arwah tu dah anggap kami
macam anak sendiri, macam anak kandung! Dan arwah juga dah berjanji nak beri
sekurang-kurangnya dua ekar seorang kepada kami.
SITI: Arwah juga dah janji nak berikan rumah ini kepada saya. Tapi kenapa pula Ana yang
dapat?
ANA: Eh, tengoklah muka sikit. Tak sedar diri. Beri betis nak paha. Itu nasib baik orang nak
beri. Kalau arwah tak wasiatkan apa-apa untuk kau orang, apa nak kata? Kau orang nak
tuntut daripada siapa?
SITI: Kau cakap baik-baik sikit, Ana! Nanti aku….
MAK TEH: Sudah! Kalau kau orang hendak tanah yang setengah ekar tu ambil. Kalau tak mahu,
pulangkan saja kepada Sulung. Habis cerita.

(Antologi Seuntai Kata Untuk Dirasa, halaman 117 – 118)

31. Mengapakah Lambak tidak berpuas hati dengan wasiat tersebut?


A Siti mendapat bahagian yang lebih daripadanya.
B Mak Teh menyebelahi adik beradik tirinya yang lain.
C Sulung yang mempengaruhi arwah ayah dalam menentukan pembahagian
wasiat.
D Lambak hanya mendapat setengah ekar tanah sahaja berbanding
adik-beradik tirinya yang lain.

32. Frasa membentak tiba-tiba dalam petikan sesuai digantikan dengan frasa
A memaki hamun
B marah tanpa usul periksa
C mengherdik tanpa disangka-sangka
02/1 Hak Cipta PKPSM Pahang 10 [Lihat sebelah
SULIT
SULIT 02/1
D menjerit dengan suara yang lantang

33. Berdasarkan petikan di atas, latar tempat berlakunya peristiwa tersebut ialah ….
A pejabat peguam
B rumah pusaka
C kedai makan
D masjid

Tak sedar diri. Beri betis nak paha.

34. Penyataan di atas menunjukkan penggunaan gaya bahasa…..


A metafora
B peribahasa
C personifikasi
D perlambangan

35. Nilai murni yang boleh diambil daripada petikan Drama Penunggu Pusaka di atas ialah….
A jujur
B penyayang
C baik sangka
D kebijaksanaan

02/1 Hak Cipta PKPSM Pahang 11 [Lihat sebelah


SULIT
SULIT 02/1

Soalan 36 hingga Soalan 40


Baca petikan puisi di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

PANTUN PERPISAHAN
Hari ini menugal jagung, Orang Aceh sedang sembahyang,
Hari esok menugal jelai; Hari Jumaat tengah hari;
Hari ini kita berkampung, Pergilah kasih pergilah sayang,
Hari esok kita bercerai. Pandai-pandai menjaga diri.

Dari mana hendak ke mana, Mana Manggung mana Priaman,


Tinggi rumput dari padi; Mana batu kiliran taji;
Hari mana bulan yang mana, Tinggal kampung tinggal halaman,
Dapat kita bertemu lagi. Tinggal tepian tempat mandi.

Kelip-kelip kusangka api, Bintang Barat terbit petang,


Kalau api mana putungnya; Bintang Timur terbit pagi;
Hilang ghaib kusangka mati, Jika tidak melarat panjang,
Kalau mati mana kuburnya. Ada umur ketemu lagi

Batang selasih permainan budak,


Berdaun sehelai dimakan kuda;
Bercerai kasih bertalak tidak,
Seribu tahun kembali juga.
(Dipetik daripada antologi Sehijau Warna Daun,
Tingkatan 2, Dewan Bahasa dan Pustaka.)

02/1 Hak Cipta PKPSM Pahang 12 [Lihat sebelah


SULIT
SULIT 02/1

36. Nyatakan maksud rangkap empat pantun ini


A Kehilangan seseorang yang sukar untuk dikesan jejaknya.
B Kita tidak pasti masa untuk bertemu semula setelah perpisahan berlaku.
C Kesedihan seseorang yang hendak meninggalkan kampung halamannya.
D Hari ini kita berkumpul dan bertemu tetapi keesokannya kita mungkin berpisah.

37. Frasa hilang ghaib kusangka mati membawa maksud ……..


A seseorang yang melarikan diri
B perantau yang meninggal dunia
C kehilangan yang tidak dapat dikesan
D perantau yang tidak mengirim khabar berita

38. Pengulangan kata hari dalam rangkap pertama pantun di atas ialah gaya bahasa …….
A epifora
B anafora
C responsi
D hiperbola

39. Berikut adalah bentuk yang terdapat dalam Pantun Perpisahan kecuali …….
A rima akhirnya ialah abab
B ada empat baris dalam setiap rangkap
C tiga hingga lima patah kata dalam setiap baris
D berbentuk bebas dan ada lima rangkap semuanya

40. Tema Pantun Perpisahan ialah ………


A perpisahan yang tidak direstui keluarga
B penghijrahan seseorang akibat merajuk hati
C lumrah perpisahan dan pertemuan dalam kehidupan manusia
D pertemuan dan perpisahan yang berakhir dengan tragedi kematian

KERTAS SOALAN TAMAT

02/1 Hak Cipta PKPSM Pahang 13 [Lihat sebelah


SULIT