Вы находитесь на странице: 1из 6

1 PENDAHULUAN

Bahasa adalah aspek penting dalam menjalani kehidupan sehari-hari kerana manusia
memerlukan bahasa untuk berkomunikasi antara satu dengan yang lain. Tanpa adanya bahasa,
kehidupan manusia adalah terhad. Oleh kerana kehidupan yang terhad maka jalinan persahabatan
antara sesama individu dan juga antara sebuah negara dengan negara yang lain juga tidak akan
terjadi tanpa adanya penghubung di antara mereka iaitu bahasa.

Bahasa juga merupakan sebuah warisan budaya yang sedarjat dengan bentuk sosial,
ekonomi, politik, ilmu pengetahuan, teknologi, kesenian dan falsafah. Martabat bahasa itu dapat
dikatakan lebih tinggi nilainya dalam kehidupan manusia dan tanpa bahasa, manusia tidak dapat
membentuk masyarakatnya dan pengajaran agama juga tidak dapat disampaikan kepada
manusia.1 Menurut Dr Haji Azmi Abdullah2, manusia itu berkembang dan membangun dalam
pelbagai aspek kehidupan selaras dengan teori evolusi dan begitu juga dengan bahasa yang
menerima perubahan selaras dengan tuntutan zaman serta keperluan kehidupan manusia
penuturnya.

Dalam konteks Negara Brunei Darussalam, bahasa Melayu adalah merupakan bahasa
rasmi bagi penuturnya. Bahasa Melayu telah lama digunakan di negara ini sejak turun-temurun
dan tidak dapat dipastikan bila tarikh tepat rakyat Brunei Darussalam mula menuturkannya. Apa
yang jelas, Brunei Darussalam mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi Negara
seperti apa yang telah termaktub dalam Perlembagaan 1959, Bab 82 (1)3 yang berbunyi
“Bahasa rasmi ialah bahasa Melayu dan hendaklah ditulis huruf bertulis yang ditentukan oleh
undang-undang”.

Sehubungan dengan termaktubnya bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara yang
harus digunakan dalam segala bidang sebagai alat komunikasi mahupun surat-menyurat, maka
kajian berkenaan dengan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi telah dijalankan di
beberapa buah jabatan-jabatan kerajaan kerana penyelidik ingin mengetahui sejauh mana
penggunaan bahasa melayu sebagai bahasa rasmi diguna-pakai oleh pegawai mahupun
kakitangan jabatan-jabatan kerajaan sebagai alat komunikasi sama ada berbentuk lisan mahupun
bertulis. Adapun kajian ini bertajuk ‘Bahasa Melayu: Penggunaannya Dan Sikap Penuturnya
Di Kalangan Pegawai Dan Kakitangan Jabatan-Jabatan Kerajaan’.

1
Dalam kajian ini, keseluruhan perbincangan meliputi dapatan data daripada 2 kaedah
penyelidikan yang dijalankan iaitu melalui kaedah pemberian borang kaji selidik dan
perpustakaan. Pemberian borang kaji selidik diedarkan kepada beberapa pegawai serta
kakitangan kerajaan di jabatan-jabatan yang telah dipilih. Manakala kaedah perpustakaan pula
digunakan sebagai sempadan dan panduan dalam penyelidikan ini.

2 TUJUAN KAJIAN

Kajian ini dilakukan atas tujuan tertentu yang ingin dikupas dan diperbincangkan oleh
penyelidik. Tujuan kajian ini adalah:

1. untuk mengetahui sejauhmana mereka mengetahui tentang isi kandungan Perlembagaan


1959 Bab 82(1) mengenai bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara.

2. untuk mengkaji sejauhmana kepekaan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi
ditekankan di jabatan-jabatan kerajaan.

3. untuk melihat bahasa apakah yang digunakan sebagai alat komunikasi sehari-hari.

4. untuk mengenalpasti sejauhmana pengaruh bahasa asing (terutama sekali bahasa


Inggeris) mencorak gaya komunikasi para pegawai mahupun kakitangan jabatan kerajaan
dalam urusan rasmi. Pada masa yang sama,

5. untuk mengetahui alasan para pegawai dan kakitangan jabatan-jabatan kerajaan mengapa
mereka lebih selesa menggunakan sesuatu bahasa (bahasa Inggeris atau bahasa Melayu)
sebagai alat komunikasi dikalangan mereka.

6. untuk melihat adakah bahasa Melayu itu dianggap efisien dalam urusan rasmi ataupun
tidak.

Selain daripada itu, tujuan kajian ini dijalankan supaya dapat mengetahui pendapat para
pegawai dan kakitangan jabatan-jabatan kerajaan dalam membaik-pulih dan memperkembang-
luaskan penggunaan bahasa Melayu dalam urusan rasmi mahupun tidak rasmi yang bertulis atau

2
tidak bertulis di dalam pejabat. Oleh itu, beberapa persolan khusus telah dikemukakan dan
diedarkan kepada pegawai serta kakitangan kerajaan dalam bentuk kaji selidik mengenai hal ini.

3 HIPOTESIS KAJIAN

Sehubungan dengan kajian ini, beberapa hipotesis telah dikemukakan oleh para
penyelidik. Hipotesis ini kemudiannya diuji dan dibandingkan dengan data yang diperolehi
daripada responden sama ada untuk menerima atau menolak hipotesis yang telah diutarakan
sebelumnya. Hipotesis yang dikemukakan adalah seperti berikut:

1. Kebanyakan pegawai dan kakitangan jabatan-jabatan kerajaan tidak mengetahui tentang


isi kandungan Perlembagaan 1959 Bab 82(1) yang menyatakan bahasa Melayu sebagai
bahasa rasmi negara.

2. Kebanyakan kakitangan kerajaan menggunakan bahasa Melayu sebagai alat komunikasi


(lisan dan bertulis) dalam kegunaan pejabat.

3. Kebanyakan pegawai kerajaan lebih mengutamakan bahasa Inggeris daripada bahasa


Melayu dalam urusan rasmi.

4. Kebanyakan pegawai dan kakitangan kerajaan lebih selesa menggunakan bahasa campur
dalam berkomunikasi.

5. Kebanyakan pegawai kerajaan memandang rendah taraf penggunaan bahasa Melayu dan
lebih menganggungkan bahasa asing (bahasa Inggeris) yang dianggap global.

4 METODOLOGI KAJIAN

4.1 Skop Kajian

3
4.2 Subjek Kajian

Subjek kajian adalah dikalangan pegawai serta kakitangan jabatan-jabatan kerajaan yang
telah dipilih sebagai skop kajian oleh para penyelidik.

4.3 Alat Kajian

Alat kajian yang digunakan ialah dengan mengedarkan borang kaji selidik yang
mengandungi 28 soalan kesemuanya. Soalan 1 hingga 7 adalah mengenai biodata subjek kajian,
manakala pada soalan 8 hingga 26 mengandungi soalan mengenai penggunaan serta sikap subjek
kajian terhadap bahasa Melayu yang berfungsi sebagai bahasa rasmi. Akhir sekali iaitu soalan 27
dan 28 adalah mengenai pendapat para subjek kajian tentang apa yang perlu dilakukan untuk
menaik-taraf dan memperkembang-luaskan penggunaan bahasa Melayu dikalangan subjek
kajian.

4.4 Tatacara Cara Kajian

1. Memohon kebenaran daripada Universiti Brunei Darussalam bagi menjalankan kajian di


jabatan-jabatan kerajaan yang dipilih oleh penyelidik.

2. Turun ke tempat kajian dan menyerahkan surat kebenaran daripada pihak Universiti
Brunei Darussalam kepada pengarah di setiap jabatan-jabatan kerajaan untuk mendapat
keizinan menjalankan kajian.

3. Menghasilkan borang kaji selidik yang mengandungi 28 soalan yang dibuat berdasarkan
tajuk kajian.

4. Mencetak borang kaji selidik secukupnya dan mengedarkan kepada subjek kajian.

4
5. Memberikan ruang kepada subjek kajian untuk mengisi borang kaji selidik yang
diedarkan, dan kemudiannya diambil dan dikumpulkan semula.

6. Penganalisaan terhadap dapatan kajian dilakukan setelah kesemua subjek kajian


memberikan semula borang kaji selidik itu.

4.5 Penganalisaan Data Statistik

Dalam menjalankan kajian ini, para penyelidik telah mencetak 60 set borang kaji selidik
untuk 60 orang subjek kajian. Walaubagaimanapun, masalah timbul apabila subjek kajian tidak
memberikan kerjasama sepenuhnya. Daripada 60 set borang kaji selidik yang telah diedarkan,
hanya 35 set sahaja yang dikembalikan. Sebanyak 20 set borang kaji selidik yang telah diagihkan
ke Jabatan Bomba, Berakas tidak satu pun yang dikembalikan.

Terdapat juga masalah lain yang timbul antaranya respondan tidak memberikan jawapan
yang memuaskan seperti yang dikehendaki oleh penyelidik. Para respondan juga ada yang
membiarkan ruang jawapan kosong apabila diminta untuk menyatakan alasan.
Walaubagaimanapun, para penyelidik akan sedaya upaya menganalisa dapatan data ini sebaik
mungkin agar tidak kelihatan berat sebelah.

5
1
______, 1991, Journal Bacaan Umum Beriga Bil 30, Bandar Seri Begawan: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm 67.
2
Dr. Hj. Azmi Abdullah, 2007, Bahasa Bil 11: Bahasa Jiwa Bangsa: Satu Tinjauan Keberadaan Di Negara Brunei Darussalam,
Bandar Seri Begawan: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm 9.
3
Zubaidah Kamaludin, 1987, Bahasa Melayu dalam Perlembagaan, Bandar Seri Begawan: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm 1.

Вам также может понравиться