Вы находитесь на странице: 1из 4

Sehubungan dengan itu, pada tarikh 20 September 2010, satu perjanjian kerjasama telah dibuat

di antara pihak yang berkenaan:

1. Nama : Majlis Perwakilan Penduduk Zon 7

Alamat : Poskod 40300, Majlis Bandaraya Shah Alam,

Selangor Darul Ehsan

Status : Pihak konsultee yang terlibat dalam kontrak perjanjian

Disebut sebagai pihak pertama ( I )

2. Nama : Pelajar Bimbingan dan Kaunseling (semester 7)

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Alamat : 35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan

Status : Pihak konsultan yang terlibat dalam kontrak perjanjian

Disebut sebagai pihak kedua ( II )

Kedua-dua pihak telah sepakat untuk bekerjasama dalam mengadakan satu program kepada
komuniti penduduk Seksyen 20 di bawah anjuran Majlis Perwakilan Penduduk Zon 7.
Kandungan kontrak perjanjian kedua-dua pihak adalah seperti:

MATLAMAT KONSULTASI

1. Melaksanakan satu program kepada komuniti penduduk Seksyen 20, Shah Alam, Selangor,
berdasarkan permasalahan yang wujud atau sebagai keperluan masyarakat di situ.
2. Membuat perubahan baru kepada komuniti penduduk melalui program yang dilaksanakan
berdasarkan harapan penganjur iaitu Majlis Perwakilan Penduduk Zon 7, dalam mewujudkan
masyarakat yang sejahtera dan bertoleransi sama ada sesama ahli keluarga, komuniti
penduduk serta mampu membentuk satu jati diri yang kuat dan saling bekerjasama antara
satu sama lain.

TENTATIF JADUAL KERJA

1. Mengadakan kerjasama antara pihak konsultan dan konsultee dalam mengenalpasti


permasalahan dan keperluan konsultee.

2. Merancang satu program kepada komuniti penduduk seksyen 20 secara bersama pihak
konsultee.

3. Membincangkan program yang bersesuaian serta proses pelaksanaan mengikut kehendak


konsultee.

4. Merangka strategi yang berkesan dalam menjayakan program yang dirancang seperti yang
telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.

5. Menyenaraikan kemudahan dan peralatan yang akan digunakan.

6. Membincangkan bajet belanjawan program.

7. Melaksanakan program seperti yang telah ditetapkan.

8. Mengadakan perbincangan akhir sebagai proses penilaian keberkesanan program yang telah
dijalankan disamping mengenalpasti kekuatan dan kelemahan program agar dimantapkan
lagi pada masa hadapan.

TANGGUNGJAWAB AGENSI

1. Memberikan kerjasama sepenuhnya dalam menjayakan program seperti yang dirancang.

2. Bertanggungjawab sepenuhnya jika terdapat sebarang kemalangan disepanjang program


berlangsung.
3. Menyediakan segala kemudahan yang diperlukan termasuk belanjawan dan peralatan yang
diperlukan sepanjang menjayakan program serta pengawasan dari aspek keselamatan.

TANGGUNGJAWAB KONSULTAN

1. Mengadakan perbincangan berkaitan jenis perkhidmatan yang diperlukan serta menganalisis


permasalahan konsultee .

2. Membantu pihak konsultee merangka program yang bersesuaian untuk komuniti penduduk
Sekyen 20, Shah Alam.

3. Mendapatkan maklumat yang berkaitan dalam bersama-sama memaksimumkan hasil seperti


yang diharapkan oleh pihak konsultee.

4. Memastikan program yang dirancang dilaksanakan dengan jayanya mengikut kehendak


konsultee.

BATASAN KONSULTAN

1. Menyediakan rangka kerja berdasarkan apa yang telah dipersetujui bersama.

2. Memberikan perkhidmatan berdasarkan kemampuan dan limitasi.

3. Tidak bertanggungjawab sepenuhnya jika berlaku sebarang kemalangan serta hal-hal yang
melibatkan keselamatan peserta sepanjang program berlangsung (tertakluk kepada bidang
tugas pihak konsultee).

KEBEBASAN MENGAKHIRI KONTRAK

Jika pihak konsultan atau konsultee mendapati terdapat pihak yang melanggar atau menyeleweng
daripada perjanjian yang telah dibuat atau wujudnya permasalahan yang menyebabkan kedua-
dua pihak tidak mampu lagi berurusan, pihak-pihak tertentu berhak menamatkan perjanjian atau
membatalkan perjanjian. Walau bagaimanapun pihak yang menamatkan perjanjian atau
membatalkan perjanjian dipohon mengemukakan faktor dan sebab pembatalan tersebut. Hal ini
bertujuan membaiki kelemahan dan kekurangan kedua-dua belah pihak agar kerjasama antara
kedua-dua pihak tidak terputus begitu sahaja dan mungkin kerjasama pada masa akan datang
boleh diteruskan lagi.

PENGAKUAN PERSETUJUAN

Kedua-dua pihak bersetuju untuk bekerjasama dalam menjayakan program seperti yang
dirancang berdasarkan kandungan kontrak perjanjian. Segala kewajipan dan tanggungjawab yang
telah dipersetujui hendaklah dilaksanakan dengan jujur dan ikhlas.

Kontrak ini telah ditandatangani oleh kedua-dua belah pihak pada hari dan tarikh seperti di atas.

PIHAK PERTAMA (KONSULTEE) PIHAK KEDUA (KONSULTAN)

………………………………………. ……………………………………….
Haji Mohd Harris Bin Abu Bakar Lammohad Bin Ladari

Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk Zon 7, Pengarah Program

Majlis Bandaraya Shah Alam, Pendidikan Bimbingan & Kaunseling (Sem 7)

Selangor Darul Ehsan. Universiti Pendidikan Sultan Idris

Tarikh: ………………………………
Tarikh: …………………………….

WAKIL SAKSI (KONSULTEE) WAKIL SAKSI (KONSULTAN)

………………………………………. ……………………………………….
(Tandatangan Saksi) (Tandatangan Saksi)

Nama: ……………………………………… Nama: ………………………………………

……………………………………... ……………………………………...

Tarikh: ……………………………. Tarikh: …………………………….

Вам также может понравиться