Академический Документы
Профессиональный Документы
Культура Документы
03- Kahwin
Suzy menyampaikan hasrat hatinya kepada bapanya untuk berkahwin dengan Robert, Jejaka pilihannya
yang juga adalah jiran dan teman sepermainannya sejak kecil lagi.
Suzy: Ayah, Robert melamar saya. Kami mahu berkahwin.
Ayah: Apa? Tidak boleh! Kamu boleh berkahwin dengan sesiapa saja kecuali Robert.
Suzy: Tapi mengapa? www.familiazam.com
Ayah: (Separuh berbisik) Kerana Robert sebenarnya adalah abangmu. Tapi, jangan beritahu ibumu ye!
Terkejut dengan jawapan itu, suzy pergi pula kepada ibunya.
Suzy: Ibu, Ayah melarang saya berkahwin dengan Robert.
Ibu: Tak usah dengar cakap ayah kamu tu. Kamu boleh kahwin dengan sesiapa yang kamu suka
termasuk Robert.
Suzi: Tapi kata ayah, Robert itu abang saya. Adik beradik kan tak boleh kahwin.
Ibu: (Separuh berbisik) Hmmm.... Ayah kamu pun tak tahu kamu bukan anaknya.
Suzy: Ha!!??!! www.familiazam.com
05- Potong
Sebaik mengambil tempat duduk di ruang menunggu di sebuah klinik, Nazri terpandang Sahrum sedang
menangis teresak-esak. Dia segera mendekati Sahrum.
Nazri: "Kenapa menangis?" www.familiazam.com
Sahrum: "Saya datang untuk ujian darah!"
Nazri: "Awak takut ke?"
Sahrum: "Bukan itu sebabnya, Ketika ujian darah dijalankan mereka memotong jari saya!"
Mendengar penjelasan Sahrum, Nazri pula menangis.
Sahrum: "Eh...kenapa pula awak menangis?" www.familiazam.com
Nazri: "Saya datang ni untuk ujian air kencing!"
06- Murah
Sebelum ke Eropah untuk urusan perniagaan, Zul singgah di sebuah bank di ibu kota bagi mendapatkan
pinjaman segera RM 15.000
"Encik....pinjaman ini perlukan cagaran, apa encik nak cagarkan? tanya eksekutif pinjaman bank itu.
"Kereta Rolls Royce saya, ini kuncinya," Kata Zul www.familiazam.com
Selepas menandatangani surat perjanjian, eksekutif itu memandu kereta Rolls Royce berkenaan
kekawasan letak kereta bank di bawah tanah. Kemudian dia menyerahkan RM 15,000 kepada Zul.
Dua minggu kemudian, Zul kembali dari Eropah dan terus ke bank untuk melangsaikan pinjaman serta
mengambil keretanya semula.
"Pinjaman encik keseluruhannya RM 15,000 dan faedahnya RM 25.50" Kata eksekutif itu. Zul kemudian
menyerahkan sekeping cek kepadanya.
"Setahu saya encik jutawan terkaya di bandar ini, mengapa encik perlu meminjam RM 15,000 dari bank?"
kata eksekutif itu.
Zul berpaling dan tersenyum. "Mana ada tempat yang selamat dan murah untuk meletakkan kereta di
Kuala Lumpur. Hanya RM 25.50 untuk dua minggu." jawabnya. www.familiazam.com
"SAYANG TIDAK BERTAMBAH TUA DI BAHAGIAN ATAS. SAYANG CUMA BERTAMBAH CANTIK DI
BAHAGIAN BAWAH."
Selepas itu si nenek terpinga pinga dan menggaru kepala kerana telah terlupa apakah barangan yang
hendak diambil di tingkat bawah tadi. Setelah berfikir beberapa ketika, namun tidak ingat juga apa yang
hendak diambil, maka si nenek pun mengambil keputusan untuk duduk sebentar di tengah anak tangga
sambil cuba untuk mengingati barangan tadi. www.familiazam.com
Setelah kira-kira 15 minit berlalu, si nenek gagal untuk mengingatinya, maka si nenek pun mengambil
keputusan untuk meneruskan aktivitinya. Lalu si nenek pun berdiri. Ketika itu si nenek terfikir pula, Eh,
tadi aku nak naik ke nak turun?. Sekali lagi si nenek terlupa.......
Suatu hari si ibu dikunjungi rakannya. Kebetulan tamu itu sarat mengandung. Si Amin tiba-tiba menjerit
sebaik keluar dari bilik. "Haaaa! Amin tahu pasal apa perut makcik tu buncit" katanya sambil terus berlalu.
Ibu Amin dan rakannya hanya berpandang-pandangan..
18- Tidak Setabil
Seorang jururawat yang cantik mengadu kepada doktor,setiap bacaan denyutan nadi pesakit lelaki yang
direkodkannya tidak stabil dan kadang-kala dalam keadaan mencemaskan.www.familiazam.com
Jururawat: "Saya hairan setiap kali menghampiri dan merekodkan nadi mereka, ia menjadi kencang dan
dada turun naik?" Doktor: "Senang saja...tutup mata mereka dan pastikan pesakit awak tidak tahu siapa
yang merawat mereka!" www.familiazam.com
Dia bertanya, "Siapa yang merasakan dirinya bodoh, sila berdiri". Semua pelajar diam. Ada yang
senyum. Tidak lama kemudian, seorang pelajar bangun. Profesor berkata: "Oooh....Jadi awak
mengakulah diri awak ini bodoh?" Pelajar: Bukan....sebenarnya saya tidak sanggup lihat profesor
seorang saja yang berdiri!" www.familiazam.com
Seorang pengawas yang kebetulan lalu disebelah meja pelajar itu bertanya, "Apa yang kamu buat tu?"
Pelajar : "Saya sedang semak jawapan saya." www.familiazam.com