Вы находитесь на странице: 1из 2

1.

Pengenalan
1.1 Maksud Tamadun
Istilah tamadun yang digunakan oleh bahasa melayu ialah perkataan yang berasal d
aripada bahasa arab.
Daripada sudut makna atau semantik, tamadun adalah kata terbitan yang berakar umbi
daripada kata kerja maddana yang bererti pemilihan sesuatu lokasi sebagai tempat
tinggal dan membangunkan sesuatu kawasan hingga menjadi suatu perbandaran. Perka
taan tamadun melahirkan beberapa perkataan lain yang menjelaskan lagi kandungan
maksud yang diungkapknya.
Terdapat empat empat istilah yang pernah digunakan untuk membincangkan t
entang konsep pembangunan , kemajuan dan pencapaian manusia.
hadarah
Madaniyyah
umran
tamaddun
Dalam bahasa inggeris, civilization ialah terjemahan yang paling meluas pengguna
anya bagi merujuk maksud tamadun. Semasa perkataan umran dibahaskan oleh ibn kha
ldun pada abd ke14, perkataan civilization masih belum wujud lagi di dalam bahas
a inggeris (Abd. Aziz, 2008). Selain civilization, beberapa perkataan lain yang
pernah digunakan tetapi tidak begitu meluas ialah seperti culture, urbanization
dan renaissance.

1.2 Takrif Dan Perspektif Tamadun


Daripada perspektif Islam, takrif yang dikemukakan melalui madaniyyah, umran had
arah dan tamaddun meskipun masing-masing agak berbeza, tetapi sebenarnya menemui
titik persamaan daripada segi konsep tamadun, iaitu meletakkan unsur agama yang
berpaksi kepada akidah, syariah dan akhlak sebagai asas dan dasar dalam pembina
an dan perkembangan tamadun.
Ibn Khaldun: tamadun ialah kemuncak pembangunan yang berkait dengan peningkatan
kemewahan, keindahan suasana dan minat kepada pelbagai aspek industri yang boleh
mempertingkaykan kualitinya. Ini termasuk keperluan kepada bahan-bahan makanan,
peralatan rumahtangga dan sebagainya.
Muhammad Rasyid Redha: agama adalah asas tamadun. Ini kerana peningkatan unsur m
aknawi (spiritual) akan mendorong kebangkitan fizikal. Rasionalnya semua tamadun
di dunia ini ditegakkan berasaskan kepercayaan agama. Peningkatan atau kemusnah
an sesuatu tamadun itu bergantung kepada keteguhan pegangan agama atau sebalikny
a.
Manakala dari segi perspektif Barat pula, tamadun itu memberikan pelbagai maksud
mengikut ideologi individu antaranya ialah :
Arnold Toynbee: tamadun ialah suatu sistem masyarakat yand dapat membantu manusi
a menambah hasil pengeluaran atau produktiviti dan ia mempunyai empat elemen iai
tu bahan-bahan ekonomi, system politik, pengetahuan dan seni.
J.K Fieblemen: tamadun ialah kepandaian dan mengeksploitasimaterial oleh masyara
kat. Dengan perkataan lain, proses masyarakat terhadap material dengan sendiri m
enjadikannya barang baru bagi keperluan tertentu
E.B Taylor: tamamdun ialah suatu rangkaian rumit yang merangkumi aspek-aspek kei
lmuan, kepercayaan, kesenian, nilai-nilai moral, perundangan, tradisi, bakat dan
kebolehan yang dihasilkan oleh masyarakat.

1.2 Masyarakat Arab (Jahiliah) Sebelum Tamadun Islam


Jahiliah berasal daripada akar kata jahala dan kata terbitan jahalun atau jahala
tun yang bererti bodoh dan sesat. Pengertian ini selaras dengan firman Allah s.w
.t. yang bermaksud:
Apakah hukum jahiliah yang mereka kehendaki dan hukum siapakah yang lehih baik d
aripada (hukum) Allah hagi orang yang yakin (Surah Ali Imran: Ayat 154)
dan firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
Dialah yang mengutus kepada kamu yang buta huruf '(Arab Jahiliah) seorang rasul
antara mereka, yang membacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka, membersihkan mereka
dan mengajarkan kepada mereka Kitab dan Hikmah. Dan sesungguhnya mereka sebelumn
ya benar-benar dalam kesesatan yang nyata (Surah Al-Jumu'ah: Ayat 2).
Melalui penelitian terhadap ayat-ayat dalam al-Quran, ciri-ciri masyarakat Jahil
iah meliputi antaranya pertama, zaman yang tidak mempunyai nabi dan kitab suci s
ebagai petunjuk kehidupan. Kedua, zaman yang tidak mempunyai tamadun atau perada
ban. Ketiga, zaman masyarakatnya tidak berakhlak, angkuh dan bongkak. Dan keempa
t, zaman yang masyarakatnya jahil kerana tidak boieh membaca dan menulis. Ciri-c
iri masyarakat Jahiliah ini sememangnya terdapat dalam masyarakat Arab sebelum t
urunnya kitab suci al-Quran al-Kanm atau sebelum zaman pra-Islam. Sesuatu masyar
akat atau zaman itu boleh dianggap sebagai Jahiliah sekiranya memiliki salah sat
u daripada ciri-ciri tersebut.

Вам также может понравиться