Вы находитесь на странице: 1из 16

PETUA & PANDUAN RUMAHTANGGA HARMONI

Koleksi: PakarHowTo.Com

Senarai Kandungan
z PETUA RUMAHTANGGA BAHAGIA (m/s 2)

z 16 PETUA AGAR SUAMI TERTARIK (m/s 4)

z PETUA MENGASIHI SUAMI (m/s 6)

z PETUA MENJAGA HATI ISTERI (m/s 9)

z PETUA MENCURAHKAN JALINAN KASIH (m/s 10)

z PETUA MENGETAHUI CINTA PASANGAN HIDUP (m/s 11)

z PETUA MENJADI LELAKI PILIHAN (m/s 13)

z PETUA MENGHADAPI PERTENGKARAN (No1) (m/s 14)

z PETUA MENGHADAPI PERTENGKARAN (No2) (m/s 15)

z PETUA MEMILIH WANITA IDAMAN (m/s 16)


(1) PETUA RUMAHTANGGA BAHAGIA

1- Sering melakukan kegiatan bersama-sama seperti makan bersama,


keluar berjalan berdua-duaan, beriadah dan mandi bersama.

2- Galakkan isteri tidur di atas lengan suami. Isteri yang penyayang akan
berada di belakang bahu sebelah kanan suami ketika berjalan.

3- Jaga agar mulut dan badan tidak berbau agar suami sentiasa mahu
berseronok dengan isteri.

4- Isteri yang hangat dan romantis sentiasa mengharapkan suaminya


berada dirumah bersama-samanya.

5- Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika untuk mengelakkan


jemu kepada pasangan.

6- Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang dalam rumah


tangga.

7- Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali


kenangan manis semasa bercinta dan berbulan madu.

8-Kenangkan jasa dan susah payah isteri mengandung dan melahirkan


anak.

9- Sekiranya berlaku penceraian (bagi pasangan Islam untuk talak satu


dan dua saja) jangan mudah menghalau isteri keluar dari rumah sebelum
habis edah kerana mungkin suami isteri berminat untuk bersatu kembali
(rujuk).

10- Suami kena lebih mesra dengan keluarga mentua kerana sekiranya
rumahtangga menghadapi masalah, ibu bapa mentua boleh membantu
dari segi nasihat.

11- Suami jangan tumpu perhatian yang berlebihan kepada dunia luar
berbanding keluarga sendiri.

12- Isteri jangan lebih banyak masa menyibukkan diri dengan dunia
luar,seperti aktif dengan kegiatan persatuan, berpolitik atau terbabit
dengan jualan langsung.

13- Sentiasa berlembut dari segi percakapan, layanan kepada pasangan


dan pergaulan sesama ahli keluarga.

14- Isteri perlu berhias lebih kepada suaminya berbanding apabila keluar
rumah.

15- Menjawab setiap pertanyaan suami dengan lembut.

16- Pasangan tua, terutama isteri jangan terlalu rapat dengan cucu, tidur
dengan cucu dan tinggalkan suami tidur sendirian.
2
PakarHowTo.Com 
17- Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang. Jangan bertengkar dan
masing-masing menegakkan pendapat sendiri.

18- Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak-anak. Suami disifatkan
seperti matahari sentiasa panas, isteri bulan; cantik, lembut dan indah
dipandang, manakala anak-anak pula umpama bintang iaitu sifatnya
sebagai penghibur
dalam rumah tangga.

19- Suami isteri perlu mengekalkan sifat romantis dan sentiasa berhati
muda walaupun masing-masing sudah berusia.

20- Anak-anak jangan dipaksa mengikut telunjuk dan kehendak ibu bapa
tetapi beri mereka pilihan yang sesuai tetapi sentiasa awasi mereka.

21- Ketua rumah tangga yang bijak sentiasa ada perancangan jangka
panjang untuk ahli keluarganya. Sama ada dari segi kewangan, pelajaran
dan tempat percutian.

22- Keluarga Islam, pastikan sekurang-kurangnya dua waktu sembahyang


berjemaah bersama-sama ahli keluarga - merapatkan hubungan dan
kemesraan.

23- Jangan beri ahli keluarga makanan yang tidak halal atau diragui
kehalalannya kerana bermula dari makanan membentuk air mani dan
melahirkan generasi seterusnya."

3
PakarHowTo.Com 
(2) 16 PETUA AGAR SUAMI TERTARIK

Beberapa petua yang disediakan ini kemungkinan dapat membantu anda


dalam usaha menambat hati suami:

1. Selalu berdoa agar suami sentiasa menyayangi kita. Apabila suami


pulang dari kerja, tegur dan sentuh suami sebelum membuat kerja-kerja
lain.

2. Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai


aktiviti suami sepanjang hari, (jika suami dalam mood yang sesuai).
Belajar dan berlatihlah untuk mendengar dengan baik dan bertanya
dengan tepat. Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah suami. Apa
yang lebih penting ialah memberi perhatian dan simpati.

3. Luangkan masa yang betul-betul "berkualiti" sekurang-kurangnya 30


minit setiap hari kepada suami.

4. Tanya keluarga suami terutama ibu mentua, mengenai hadiah yang


disukai oleh suami dan belikan hadiah tersebut sebagai cenderahati atau
untuk memujuk.

5. Sekali sekala cuba hidangkan resipi ibu mentua yang menjadi


kegemaran suami. Beri pujian terhadap penampilan suami seperti rambut,
wajah,pakaian dan sebagainya.

6. Cepat-cepat pujuk apabila suami marah atau berkecil hati.

7. Jangan biarkan suami menunggu terlalu lama terutama apabila bersiap.


Ucapkan terima kasih kepada suami apabila dia memberitahu akan pulang
lewat. Pesan kepada suami agar menelefon anda sekiranya suami
mempunyai tugasan di luar.

8. Apabila suami meminta bantuan, buatlah serta merta dengan ikhlas


dan gembira. Jangan mengungkit atau banyak memberi komen.

9. Ucapkan kata-kata sayang yang romantik pada suami sekurang-


kurangnya 2 kali sehari. Jika kita marah, tunggu hingga sejuk. Bila sudah
sejuk beritahu suami apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan
sesekali salahkan suami.

10 Beri perhatian sepenuhnya kepada suami apabila dia bercakap. Kalau


. boleh, hentikan apa jua pekerjaan yang sedang dilakukan.

11 Peluk suami dengan penuh kasih sayang sebanyak 7 kali sehari.

12 Telefon suami di tempat kerja hanya apabila ada perkara penting atau
. kecemasan sahaja. Telefonlah dengan lebih kerap apabila suami
menggalakkannya. Jangan ganggu suami ketika dia sedang asyik
melakukan sesuatu yang memerlukan penelitian.

4
PakarHowTo.Com 
13 Apabila meminta bantuan suami, terangkan kepadanya dengan jelas
. mengenai kerja-kerja rumah yang perlu bantuan. Beri pilihan kerja
yang disukainya. Jangan memaksa, sebaliknya gunakan perkataan yang
sesuai dan lemah lembut.

14 Sentiasalah kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama..

15 Beri layanan istimewa kepada suami di hari-hari istimewa seperti


. keluar 'dating' atau 'berbulan madu' sekali sekala.

16 Hantar kad ucap selamat pada hari-hari istimewa. Belai dan urut
. mengurut suami dari semasa ke semasa.

5
PakarHowTo.Com 
(3) PETUA MENGASIHI SUAMI

1. Bagi seorang isteri, anda perlulah menjamu mata suami anda. Lelaki
mudah terangsang oleh penglihatan matanya. Pakailah pakaian yang
menarik perhatiannya. Lemparkan senyuman yang bermakna.
Berdandanlah dengan sempurna.. selitkan jelingan-jelingan manja.

2. Sambutlah kepulangan suami anda dengan gembira dan hantarlah


pemergiannya dengan hati yang sedih dan mengharapkan kesetiaan.
Jangan lupa untuk bersalaman dan berciuman apabila dia pulang dan
apabila dia mahu meninggalkan rumah. Uruskan perihal suami anda dari
segi makanan dan pakaiannya. Isteri yang bijak menjaga suami akan
mengambil berat mengenai dua perkara penting, pertama zakar suaminya
dan kedua perut suaminya.

3. Banyak membantu suami anda. Terutamanya apabila suami anda


bermasaalah. Jangan banyak meminta-minta kerana ini akan
menyebabkan suami anda berdukacita. Walaupun anda bekerja, usah
boros dalam berbelanja, sama-samalah merancang masa depan bersama
suami anda. Rujuklah kepada suami anda dalam hal-hal yang mana anda
sendiri kurang yakin atau perkara yang melibatkan kesan terhadap
ekonomi rumahtangga.

4. Nyatakan sayang anda kepada suami anda. Ia patut dilakukan setiap


hari, walaupun setelah anda beranak cucu. Jangan anggap diri anda
terlalu tua untuk itu semua.

5. Apabila berkesempatan, sentuh dan belailah suami anda selalu. Anda


boleh mencuri-curi menciumnya ketika tidak dilihat oleh orang lain. Anda
boleh memegang tangannya atau bahunya bila berjalan-jalan.

6. Jadikan amalan untuk menidurkan anak-anak anda lebih awal dari


masa anda hendak masuk tidur. Amalkan juga masuk tidur bersama
suami anda. Inilah antara masa yang paling manis dalam kehidupan
berumahtangga.

7. Jika anda meminta pertolongan dari suami anda dan suami anda
membantu tetapi tidak sempuna perbuatannya, jauhilah dari berleter atau
marah kepadanya. Ini akan hanya menyebabkannya berjauh hati dan
merajuk.

8. Jagalah anak-anak anda dengan baik dari segala segi. Elakkan dari
sentiasa memarahi anak-anak anda, gunakan strategi memujuk dan
mendorong. Jika anda selalu marahkan anak-anak anda di depan suami
anda, suami anda mungkin merasa kurang senang, lagipun anak anda
adalah anaknya yang disayanginnya.

6
PakarHowTo.Com 
9. Selalulah memicit-micit dan mengurut suami anda. Amalkan mandi
bersamanya dan menggosok-gosok badannya. Jangan sekali mengatakan,
busuk pengotor,selekeh atau kata2 yg tidak sepatutnya dilemparkan,
kerana hati suami akan tersentuh apabila isteri berkata2 demikian.

10. Apabila anda masuk tidur bersama suami anda, bukalah segala
pakaian anda dan berselimut bersama suami anda. Ciumlah dengan
ciuman yang hangat, iaitu ciuman yang memberikan pengertian bahawa
"hanya kaulah satu-satunya kekasihku".

11. Bila anda tidur, sentiasalah mengadap suami anda. Jika pun anda
hendak membelakanginya minta izin darinya atau anda berpusing sambil
menyentuhnya. Cubalah tidur berbantalkan bahu suami anda, anda akan
merasakan kenikmatannya.

12. Elakkan bercerita mengenai suami anda kepada orang lain, terutama
sekali perkara yg boleh menjatuhkan air muka suami anda. Jika perlu pun,
ceritalah perkara-perkara yang baik sahaja. Itulah tanda anda benar-
benar mengasihi suami anda.

13. Sekiranya suami anda berhajat untuk "bersama" anda, layanilah ia


dengan baik walau bagaimanapun kesibukan dan keletihan anda. Banyak
perceraian atau kes poligami berpunca dari isteri yang kurang faham
dengan keperluan suaminya di sudut seks. Kurangnya layanan dan
banyaknya alasan menyebabkan suami berasa bosan terhadap anda.

14. Sesekali, ajaklah pula suami anda berjima'. Jika anda merasa malu
untuk menyatakannya, lakukan godaan dengan halus. Biasanya seorang
lelaki akan memahami tanda-tanda anda memerlukan jima'. Ini akan
membuatkan suami anda merasa bahawa dia diperlukan.

15. Apabila anda bersetubuh dengan suami anda, janganlah biarkan dia
bersendirian melayarkan bahtera, sedangkan anda cuma menyuakan
tubuh anda untuk disetubuhi dalam keadaan mahu tidak mahu. Hal ini
akan sungguh mengecewakan suami anda. Dia akan merasa bahawa
dirinya tidak dihargai, sedangkan pada fikirannya persetubuhan itu ialah
jalinan kasih dua jiwa yang memanisfitasikan cintanya.

16. Ketika suami anda sakit, tunjukkanlah kesungguhan anda untuk


merawatnya dan membangkitkan semula semangatnya, melahirkan
kesedihan anda dan harapan anda agar dia lekas sembuh. Dia akan ingat
kepada anda dan begitu mengasihi anda kerana dia tahu bahawa anda
bukan saja mengasihinya sewaktu dia sihat. Ingat wahai isteri jgn biarkan
suami anda kesakitan sendiri, sesungguhnya dalam keadaannya sakit dan
anda pula tidak sikit pun menghiraukannya, hati lelaki mudah berkata'
inginkanseseorang yang dapat membantu', jangan la hanya ingin senang
bersama, bila susah tidak hiraukan. Pemikiran lelaki tak dapat di baca
apabila umurnya 40 an.

7
PakarHowTo.Com 
17.Selalu la memasak untuk suami terutama bagi wanita yg berkerjaya.
Elakkan suami anda dari selalu makan di luar, kerana air tangan seorang
isteri juga dapat mengeratkan kasih sayang terhadap sesebuah keluarga.

18. Apabila suami anda meninggal dunia, jagalah anak-anak anda dengan
baik serta berterusanlah menjaga silaturrahim bersama keluarga suami
anda. Mudah-mudahan nanti, anda akan menemui suami anda disyurga.
Kepada isteri, jika anda berlakukan demikian, teruskan la, kepada yang
tidak melakukan salah satu darinya, cuba la baiki diri anda.

Sesungguhnya yg paling penting, hormat la suami anda, jangan sekali di


caci. Yg baik datangnya dari Allah s.w.t, yg buruk datangnya dari diri kita
sendiri...ubahlah sebelum terlambat.

8
PakarHowTo.Com 
(4) PETUA MENJAGA HATI ISTERI

1. Tunjukkan rasa sayang terhadap isteri samada melalui kata-kata


maupun perbuatan seperti pelukan.

2. Jauhilah daripada ucapan yang menyinggung perasaan isteri sekalipun


dalam keadaan marah.

3. Apabila dalam keadaan marah yang amat sangat, berusahalah


mengawal diri. Beristigfar dan berselawat serta berwuduk.Ingatlah semula
segala kenangan manis dan memahami bahawa isteri memerlukan
bimbingan isteri dan memahami bahawa tiada orang yang tidak
melakukan kesilapan.

4. Apabila timbul rasa bosan ataupun jemu terhadap isteri, cubalah ulangi
kembali masa-masa manis ketika dulu atau ajaklah isteri keluar makan di
tempat yang agak istimewa, ataupun melancung ke tempat-tempat yang
indah.

5. Janganlah merendah-rendahkan isteri di depan orang lain.

6. Janganlah memuji wanita lain di depan maupun belakang isteri.

7. Hargailah dan berilah pujian kepada pengorbanan isteri.

8. Bantulah isteri dalam kerja-kerja seperti memasak, mengemas dan


sebagainya.

9. Cubalah fahami keadaan dan masalah isteri dengan mengambil berat


perasaan dan kesihatan isteri terutamanya ketika haid dan mengandung.

10. Berilah bimbingan kepada isteri dalam melakukan sesuatu agar ia


bertambah semangat dan bermotivasi.

11. Bantulah isteri dalam melakukan kebaikan dan ibadah.

12. Berdoalah agar hati dan perasaannya sentiasa patuh kepada Allah dan
hormat pada suaminya.

9
PakarHowTo.Com 
(5) PETUA MENCURAHKAN JALINAN KASIH

1. Bisikkan kasih sayang dari masa ke semasa. Pengesahan dari mulut


suami ada kesan mendalam terhadap keyakinan isteri.

2. Buktikan kasih sayang daripada suami


- Hadiah dan penghargaan
- Senyuman
- Perbualan mesra
- Gurauan
- Khidmat dan bantuan dalam mengendalikan kerja-kerja rumah
- Kerjasama mendidikan anak, menyelesaikan masalah dan hal-hal lain.

3. Sentuhan sayang
- Peluklah isteri sekurang-kurangnya 7 kali sehari dan bukan
tujuh hari sekali.
- Dalam diri wanita 99 kawasan yang dapat memberi kepuasan
kepada isteri apabila dirangsang suami.

4. Isteri mengharapkan pimpinan agar selamat di dunia dan akhirat


- Suami sebagai contoh bagi isteri
- Suami memiliki ciri-ciri boleh dibanggakan isteri
- Suami sebagai tempat bergantung
- Sumber semangat dan kekuatan
- Isteri mengharapkan kemaafan dari suami setiap masa.

5. Isteri mengharapkan doa yang berterusan daripada suami.

10
PakarHowTo.Com 
(6) PETUA MENGETAHUI CINTA PASANGAN HIDUP

Jika isteri ataupun pasangan menunjukkan sikap-sikap seperti dibawah ini,


itu membuktikan bahawa cintanya terhadap kita sungguh mendalam :

1. Isteri mencintai kita dengan sesungguhnya biasanya perasaannya tetap


dan stabil terhadap suaminya. Suami tidak akan menemui sikap isteri
pada minggu ini atau bulan ini sangat menyintai sedangkan pada masa
yang lain, ia berubah. Ia tidak menuntut sesuatu kepada suami baik
tentang gaya dan sebagainya.

2. Pasangan yang bercinta iaitu suami dan isteri saling memberi perhatian
khusus antara sesamanya. Selalu berbincang, humor serta selalu
membuat sikap-sikap yang lucu. Suami isteri selalu saling mendorong
untuk menjaga badan dan kesihatan.

3. Suami isteri yang betul-betul saling mencintai akan menunjukkan


cintanya dengan tingkahlaku yang lemah lembut setiap hari, Membantu
menyiapkan pekerjaan peribadi dan rumahtangga secara bersama.

4. Pasangan suami isteri yang sedang mencurahkan cinta dan kasih


sayang, mereka selalu mengucapkan sesuatu tentang cinta, seperti
sayang atau I love you ataupun memanggil sesamanya nama kesayangan.

5. Jika seseorang isteri betul-betul cinta terhadap suaminya, ia tidak akan


melukai atau menyakiti hati suaminya. Ia juga tidak mengungkapkan
kata-kata yang menyinggung perasaan suaminya seperti "Kamu tidak
pandai mengurus badan." atau "Kamu terlalu gemuk atau kurus." serta
ungkapan-ungkapan lain.

6. Pasangan yang saling mencintai, apakah isteri sangat menyintai suami


atau sebaliknya, akan selalu memberikan pujian yang sesuai baik dalam
bentuk kata-kata maupun perbuatan.

7. Suami isteri akan berhubungan dan berbicara secara baik, dengan


wajah yang berseri-seri dan sikap yang menyenangkan. Misalnya suami
memeluk isteri sambil berjalan kaki ketika bersiar-siar kemudian pelukan
itu disambut baik oleh isteri.

8. Setiap keberhasilan dan kejayaan selalunya mereka rasakan dan


nikmati bersama. Misalnya diungkapkan dengan menepuk bahu isteri
sambil memeluk dan menciumnya sebagai hadiah kejayaan.

9. Seorang pencinta biasanya seorang pendengar yang baik. Dia tidak


akan berbicara sebelum pasangannya habis berbicara. Dia tidak akan
memotong setiap perbicaraan suaminya. Ia baru akan berbicara bila
diminta untuk memberi cadangan.

10. Suami isteri sanggup menerima kekurangan-kekurangan di antara


mereka. Isteri yang sangat menyintai suaminya sanggup menerima
11
PakarHowTo.Com 
hakikat keperibadiannya serta cara percakapan suaminya. Ia tidak
sekadar menyintai suaminya lantaran suami pandai mencari harta dan
wang.

11. Orang yang saling menyintai tidak akan berahsia antara sesama
mereka. Tetapi selalu membahagikan rasa suka dan duka untuk
diselesaikan bersama.

12. Pasangan yang bercinta sedar perkara-perkara yang dapat


merunsingkan perasaan pasangannya. Mereka mengerti perasaan masing-
masing. Misalnya isteri sedar jika menyampaikan masalah rumahtangga
ketika suami sedang letih akan menimbulkan kemarahan suami.

12
PakarHowTo.Com 
(7) PETUA MENJADI LELAKI PILIHAN

Ciri-Ciri Lelaki Pilihan

1. Taat kepada Allah dan Rasul-Nya


2. Mempunyai ilmu pengetahuan agama
3. Bekerja menyeru manusia kepada kebaikan dan mencegah
kemungkaran
4. Mempunyai sifat berjuang mencapai kecemerlangan dalam hidup
5. Sentiasa membersihkan dirinya daripada sebarang kemungkaran
6. Selalu bertaubat dan memperbanyakan amalan-amalan sunat
7. Tidak mengharapkan balasan atau pujian apabila melakukan sesuatu
8. Tidak takut kepada cercaan orang yang suka mencela
9. Mengetahui dan faham serta mengamalkan segala kewajipannya
dengan baik
10. Bersifat lapang dada, penyantun dan pemaaf
11. Berhemah tinggi dan cermat
12. Sentiasa tenang dan waspada
13. Jika ia berkahwin, dia dapat melayan isteri dengan baik kerana
sebaik-baik suami adalah suami yang paling baik terhadap isteri

Lelaki Pilihan Wanita

01. Bersifat pelindung dan bertanggungjawab


02. Bersifat tegas tetapi lemah lembut dan penyayang
03. Berpendirian teguh
04. Bersikap terbuka dan matang
05. Bertimbang rasa dan memahami jiwa wanita
06. Mempunyai sifat kepemimpinan.
07. Boleh berbincang dan berterus terang
08. Penyabar
09. Mempunyai perancangan dan matlamat hidup yang baik dan jelas
10. Cerdik dan bijaksana
11. Peramah dan mesra
12. Kerjaya yang terjamin
13. Berwawasan untuk kesejahteraan dunia dan akhirat.

13
PakarHowTo.Com 
(8) PETUA MENGHADAPI PERTENGKARAN (No1)

Tiada orang yang tak pernah bertengkar seumur hidup. Jarang kita temui
sesebuah rumahtangga yang tak pernah bertengkar sama sekali semenjak
hidup bersama kerana hidup yang tiada pertengkaran adalah hidup yang
sendirian.

Hakikat Pertengkaran

1. Hampir seluruh perkahwinan mengalami pertengkaran, meskipun ramai


orang malu mengakuinya. Sebenarnya jika sebuah perkahwinan tanpa
pertengkaran sama sekali membuktikan matinya emosi. Bukanlah bererti
pertengkaran itu baik namun pertengkaran juga mendatangkan kebaikan
dan keburukan.

2. Jika terjadi pertengkaran kerana sesuatu yang tidak diingini berlaku


dalam diri pasangan hidup. Tujuannya adalah agar sesuatu yang tidak
baik itu hilang dari pasangannya, baik dalam bentuk peribadi maupun
pekerjaannya.

3. Sebenarnya pertengkaran itu sebagai petanda awal dari sebuah


Perkahwinan. Di mana suami isteri mulai cuba untuk menyatukan selera,
tujuan dan keperluan hidup mereka. Jika mereka takut berbincang kerana
kuatir akan berlaku pertengkaran, akhirnya ia akan menimbulkan masalah
yang lebih besar pada masa akan datang.

4. Jika suami isteri bertengkar secara kecil-kecil tidak membawa kepada


pergaduhan, akhirnya mereka akan dapat mengatasi perselisihan dan
kemudiannya mereka akan merasa lebih akrab.

5. Jika seorang suami merasa marah terhadap seseorang di tempat


kerjanya, setelah pulang ke rumah, mungkin ia akan meluahkan rasa
marahnya itu pada isterinya. Jika anda berpendapat suatu kemarahan
harus diluahkan, maka anda akan meluahkan pada isteri anda. Pada hal
dalam Islam, kita disuruh bersabar.

6. Jika pertengkaran tidak dapat dielakkan lagi kerana mungkin salah


menyampaikan sesuatu ataupun pasangan kita tidak mahu menerima
hakikat diri kita, maka usahakanlah agar pertengkaran itu tidak membawa
bencara. Perhatikan keadaan persekitaran agar tiada pihak lain ikut sama
atau menjadi tekanan perasaan.

14
PakarHowTo.Com 
(9) PETUA MENGHADAPI PERTENGKARAN (No2)

1. Jika terjadi pertengkaran, maka janganlah mencari kelemahan


pasangan kita. Dan tidak wajar pertengkaran tersebut hanya ingin
mencari kemenangan. Tetapi usahakanlah untuk menyelesaikan masalah
secara bersama.

2. Jika pertengkaran itu menyangkut tentang satu topik, janganlah


masalah-masalah lain dimasukkan sama kerana ia akan menjadikan suatu
pertengkaran yang besar yang boleh membawa bencana.

3. Batasi kekasaran jika berlaku pertengkaran. Jangan bertindak


menggunakan fizikal seperti memukul, melemparkan barang dan
sebagainya. Cara ini tidak akan menyelesaikan masalah malah akan
menimbulkan masalah yang lebih besar.

4. Di dalam pertengkaran, gunakan bahasa yang sesuai agar pasangan


tidak tertekan. Kata-kata yang menyakitkan hatinya seperti:-
"Ini semua salah kamu...!", "Engkau bodoh...!", " Engkau selalu
melakukan kesalahan...!" dan sebagainya. Sebaliknya gunakanlah
perkataan yang lembut seperti, "Hati saya luka kerana perbuatan itu...",
"Kamu tak sedar, betapa hancurnya hati saya..." dan lain-lain.

5. Setelah bertengkar, jangan biasakan diri suka menyendiri, kemudian


menjauhkan diri dari pasangan hidup. Jangan memisahkan diri kerana ia
tiada nilainya sama sekali dalam perkahwinan. Bahkan ia merugikan
hubungan suami isteri.

6. Jangan cuba menggunakan seks atau wang untuk membalas


pertengkaran
kerana cara ini akan menyebabkan terjadinya pertengkaran yang lebih
hebat.

7. Jangan membiarkan pihak ketiga ikut serta dalam pertengkaran


keluarga. Kehadiaran pihak ketiga misalnya mertua, ipar, adik beradik
hanya akan menambahkan kecurigaan dan mungkin menambah menyala
api pertengkaran. selesaikan secara baik antara suami isteri.

8. Jangan bertengkar di depan anak-anak kena inia akan menjadikan


anak-anak bingung dan tertekan perasaan. Jika ini berlaku, akan ujud
banyak lagi masalah lain.

15
PakarHowTo.Com 
(10) PETUA MEMILIH WANITA IDAMAN

Tidak semua orang dapat memilih pasangan hidupnya sesuai dengan


keinginannya. Tetapi ramai juga yang pandai menyesuaikan diri dengan
pasangannya walaupun tidak menepati ciri-ciri wanita idamannya.

Calon-calon isteri pilihan.


1. Wanita yang solehah
2. Wanita yang boleh melahirkan anak
3. Wanita yang bukan keluarga terdekat
4. Wanita yang berakal.

Sebenarnya masih terlalu banyak tujuan perkahwinan menurut ajaran


Islam, namun secara amnya perkahwinan atau pernikahan menurut Islam
antara lain bertujuan:

1. Menjamin proses kehidupan manusia


2. Memelihara masyarakat dari kehancuran budi pekerti
3. Mewujudkan ketenangan rohani bagi pasangan suami isteri

“Ilmu Tanpa Amal Seumpama Pokok Yang Tidak Berbuah”


SELAMAT BERAMAL!

Dapatkan Pelbagai Koleksi Petua, Rahsia, Tips,


Panduan, Teknik, ‘Cara Bagaimana’ / ‘How To’ Dan
Pelbagai info berguna dalam Bahasa Melayu secara
PERCUMA di;

www.PakarHowTo.com

P/s- Anda BEBAS mengedarkan koleksi artikel ini


kepada sesiapa saja yang anda suka.

Terima Kasih

16
PakarHowTo.Com 

Вам также может понравиться