Вы находитесь на странице: 1из 12

MEDIA

Media dalam bidang pendidikan telah dihubungkan terus dengan benda-benda, alat-alat, perkakas dan bahan-bahan
pendidikan dan pengajaran.

Menurut R.M.W Travers (1970), "istilah media biasanya digunakan untuk mewakili satu edaran komunikasi yang
mempunyai ciri-ciri tertentu. Oleh itu kita menyebut tentang media televisyen atau media filem bergerak. Mungkin
media pendidikan mewakili sesuatu yang lebih sedikit dari golongan bahan-bahan mendidik."

Menurut B.J Enright (1972) pula, "media ialah ikhtiar-ikhtiar untuk memperolehi, memproses atau menyusun
kembali maklumat pandang dan dengar atau gabungan maklumat pandang dan dengar dengan cara grafik,
fotografik, elekronik ataupun cara mekanik".

Jadi fungsi media ialah untuk memperolehi, memproses atau menyusun kembali maklumat pandang dan dengar
ataupun gabungan dua jenis maklumat ini. Yusuf Hashim (1997) menyatakan bahawa "media pengajaran yang biasa
digunakan dalam pengajaran dan latihan terbahagi kepada lapan iaitu:

 Media tayang kaku (transparensi, slaid, mikrofilem dll)


 Media tayang gerak (video, filem, cakera dll)
 Grafik (lukisan, poster, kartun dll)
 Gambar kaku (gambar foto, kad imbasan, poskad dll)
 Media pameran (model, boneka, diorama dll)
 Media paparan (papan kapur, papan flanel, papan berita dll)
 Media audio (tutur, pita audio, cakera padat dll)
 Media cetak (modul pengajaran, buku teks, akhbar, majalah dll)

FUNGSI MEDIA

Membuat Pengajaran Lebih Tersusun

Mengikut pendekatan sistem, media adalah satu komponen dalam pembentukan pengajaran.
Untuk memuatkan media dalam pengajaran, pengajaran guru perlu dirancangkan dengan
sistematik terlebih dahulu supaya pengajaran lebih tersusun. Berdasarkan pendekatan sistem juga
peranan media dikaji, dilaksanakan, dinilai dan kemudian dibaiki mengikut keperluan penuntut dan
objektif pembelajaran.

Memberi maklumat

Berbagai media yang didapati,dari segi pembelajaran memang memberi maklumat seperti TV
pendidikan dan radio, filem, slaid dan sebagainya.

Pembelajaran Menjadi Lebih Dekat

Sesuatu perkara yang perlu dipelajari tetapi berlaku di luar bilik darjah boleh dirakamkan melalui
gambar foto, video atau ditulis ceritanya di dalam buku dan kemudian dibawa ke bilik darjah.
Perkara-perkara di luar bilik darjah menjadi lebih hampir kepada murid kerana perkara-perkara
tersebut boleh dipindahkan di dalam media dan dibawa masuk ke kelas.

Memperkayakan pengalaman

Media seperti filem boleh memperkayakan pengalaman murid. Jika murid di negara ini tidak pernah
melihat salji, satu filem yang ditayangkan menunjukkan salji serta persekitarannya akan
menambah pengalaman murid, seolah-olah murid sendiri mengalami persekitaran seperti itu.
Pembelajaran Lebih Seronok

Pembelajaran berlaku apabila terdapat perubahan tingkahlaku. Dengan melihat filem, televisyen
dan media lain pelajar akan terangsang untuk belajar. Ini akan menerbitkan rasa seronak kepada
pelajar kerana persekitaran bilik darjah adalah steril. Oleh kerana seronok melihat atau mendengar
media pengajaran tersebut, perubahan tingkahlaku murid akan lebih mudah terhasil dan seterusnya
pembelajaran berlaku.

Pengajaran Lebih Bersifat Individu

Jika pengajaran guru dirancang dengan teratur dan rapi, guru tidak perlu berhadapan dengan
semua murid pada setiap masa. Guru boleh menggunakan berbagai media untuk menyusun
pengajaran dan semua murid tidak perlu menguasai pembelajaran mengikut satu cara sahaja.
Pengajaran boleh dijalankan secara individu mengikut kebolehan dan kecepatan pelajar sendiri
untuk menyelesaikan sesuatu unit pembelajaran. Murid tidak perlu menanti guru untuk belajar
kerana isi pelajaran telah disusun oleh guru mengikut tahap kebolehan murid.

MODEL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Terdapat berbagai-bagai model bagi pengajaran dan pembelajaran menggunakan media. Di antara model
yang diperkenakan ialah Model Komunikasi. Bagi proses komunikasi, berbagai model telah dikemukakan
seperti oleh Schramm dan yang lebih kompleks seperti yang digunakan di dalam kejuruteraan
telekomunikasi.

Model Komunikasi

Model ini telah diperkenalkan oleh R.M. Brown (1963). Proses komunikasi yang berlaku ini terdapat
di dalam lima peringkat iaitu:

 Punca (penghantar)
 Enkod (bentuk)
 Saluran (deria atau media)
 Dekod (kesan)
 Penerima

Punca (pengantar)

Pengantar ialah manusia dan di sini ialah guru. Pengantar akan menghantar atau
menyampaikan sesuatu mesej kepada pelajar.

Enkod (bentuk)

Mesej yang disampaikan oleh guru akan dienkod iaitu akan disusun serta dipilih simbol
supaya dapat difahami oleh kedua-duanya, pengantar dan penerimanya.

Saluran (deria atau media)

Mesej yang telah dienkod tadi hendaklah dihantar melalui sesuatu. Jika melalui gelombang
udara, melalui telefon dan jika melalui gambar, melalui video, TV atau foto.

Dekod (kesan)

Mesej yang telah dibentuk dan dihantar melalui sesuatu saluran tadi perlu dikesan oleh
penerima. Jika melalui video, mesej itu hendaklah dekodkan dengan menggunakan otak
penerima terlebih dahulu. Kemudian barulah proses penyusunan dan memahami simbol
diterima.

Penerima

Mesej yang diterima iaitu dienkod melalui saluran video tadi telah didekod akhirnya akan
diterima oleh penerima. Penerima di sini ialah murid. Jika sekiranya ada penghalang
semasa proses itu seperti kod bahasa tidak difahami, murid akan menyoal untuk
mendapatkan kefahaman.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran sering berlaku salah anggap di antara guru dan murid.
Guru menganggap dia telah menyampaikan pelajaran kepada muridnya sedangkan murid tidak
memahami apa yang telah diajarkan oleh gurunya. Ini menyebabkan lain mesej yang hendak
disampaikan lain pula mesej yang diterima.

Penyampaian mesej kepada murid dipengaruhi oleh beberapa faktor iaitu pengaruh gangguan,
pengaruh media dan pengaruh-pengaruh lain. Pengaruh gangguan ialah seperti bentuk tulisan yang
tidak sesuai atau tidak jelas atau suasana bising di dalam atau di luar kelas atau sistem
pengudaraan yang kurang selasa. Sementara pengaruh media pula ialah seperti pemilihan media
yang kurang tepat seperti penggunaan pembaris yang dihentakkan di meja. Ini menyebabkan murid
tidak seronok untuk belajar. Pengaruh-pengaruh lain ialah seperti sikap guru sendiri kurang
disenangi oleh pelajar. Kesemua faktor-faktor ini mempengaruhi proses pengajaran dan
pembelajaran. Oleh itu guru perlu memberi perhatian akan keadaan sekeliling di samping
penggunaan media untuk mendapatkat proses pengajaran yang berkesan.

Model ASSURE

Model ini telah diperkenalkan oleh Heinich, Molanda, Russell (1989).


Assure bermaksud " memastikan sesuatu berlaku." Singkatan akronim ASSURE bermaksud,

A - Analyse learner (Analisis pelajar)

S - State objective (nyatakan objektif)

S - Select, modify or make media ( pilih, baiki atau bina media)

U - Use media (gunakan media)

R - Require learner response (keperluan tindakan)

E - Evaluate materials (menilai)

Analyse learner (analisis pelajar)

Mengenalpasti kesediaan dan pengetahuan sedia ada pelajar berkaitan dengan tajuk yang hendak
diajar. Kaji umur, bakat, kelas serta taraf ekonomi pelajar untuk memudahkan proses pengajaran
dan pembelajaran berlaku.

State objective (nyatakan objektif)

Nyatakan objektif dengan khusus berdasarkan pencapaian yang dirancangkan.

Select, modify or make media (pilih, baiki atau bina media)


Guru hendaklah memilih media yang sedia ada disesuaikan dengan objektif pengajaran. Sekiranya
media itu rosak atau kurang sesuai hendaklah dibaiki terlebih dahulu. Tetapi jika media yang sedia
ada tidak bersesuaian dengan objektif pengajaran, guru hendaklah membina media yang baru
bersesuai dengan tajuk dan objektif pengajaran.

Use media (gunakan media)

Rancangkan bagaimana media itu hendak digunakan. Sediakan alat kemudahan untuk
persembahan. Rancangkan aktiviti-aktiviti yang menarik minat murid serta yang memberi motivasi
kepada murid supaya murid merasa seronok. Adakan juga aktiviti susulan bagi tujuan pengayaan.

Require learner response (keperluan tindakbalas)

Tindakbalas dari pelajar seperti membuat latihan hasil dari pembelajaran yang berlaku. Adakan
juga pengukuhan supaya tindakbalas yang betul diperolehi.

Evaluate materials (menilai)

Menilai dan menyemak semula bahan yang telah digunakan.

 Adakah objektif tercapai?


 Bahan yang digunakan membantu P&P?
 Adakah semua pelajar gunakan cara yang betul?
 Adakah suasana P&P selesa?
 Adakah peluang-peluang pemerhati individu diberi?
 Soalan yang dikemukakan dapat dijawab?
 2. TEORI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISM
 2.1 Apakah Konstruktivism?
 Konstruktivism bukan merupakan satu teori yang baru dalam bidang pendidikan. Pengaruh konstruktivism
dalam era teknologi maklumat dan komunikasi ini semakin kuat. Teori ini bertitik tolak daripada pandangan
behaviorism yang mengkaji perubahan tingkahlaku sehingga kepada kognitivism yang mengkaji tentang
cara manusia belajar dan memperoleh pengetahuan yang menekankan perwakilan mental.
 Bruner (1960), telah menekankan bahawa pembelajaran merupakan satu proses di mana pelajar membina
idea baru atau konsep berasaskan kepada pengetahuan semasa mereka. Pelajar memilih dan
mengintepretasikan maklumat, membina hipotesis dan membuat keputusan yang melibatkan pemikiran
mental (struktur kognitif seperti skema dan model mental) memberikan makna dan pembentukan
pengalaman dan membolehkan individu “melangkau melebihi maklumat yang diberikan” (Beyond the
information given). Hasil daripada pendekatan ini, beliau telah memperkenalkan pembelajaran penemuan
(Discovery Learning).
 Briner (1999) berpendapat murid membina pengetahuan mereka dengan menguji idea dan pendekatan
berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada, mengaplikasikannya kepada situasi baru dan
mengintegrasikan pengetahuan baru yang diperoleh dengan binaan intelektual yang sedia wujud.
 Brooks & Brooks (1993) menyatakan bahawa murid membina makna tentang dunia dengan mensintesis
pengalaman baru kepada apa yang mereka telah fahami sebelum ini. Mereka membentuk peraturan
melalui refleksi tentang interaksi mereka dengan objek dan idea. Apabila mereka bertemu dengan objek,
idea atau perkaitan yang tidak bermakna kepada mereka, maka mereka akan sama ada
mengintepretasikan apa yang mereka lihat supaya secocok dengan peraturan yang mereka telah bentuk
atau mereka akan menyesuaikan peraturan mereka agar dapat menerangkan maklumat baru ini dengan
lebih baik. Menurut Mc Brien dan Brandt (1997), konstruktivism adalah satu pendekatan pengajaran
berdasarkan kepada penyelidikan tentang bagaimana manusia belajar. Kebanyakan penyelidik berpendapat
setiap individu membina pengetahuan dan bukannya hanya menerima pengetahuan daripada orang lain.
 Pengetahuan dibina secara aktif oleh individu yang berfikir berdasarkan pengetahuan dan pengalaman
sedia ada. Dalam proses ini, pelajar akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan
sedia ada untuk membina pengetahuan baru dalam mindanya (PPK, 2001:9). Secara ringkasnya, teori
pembelajaran konstruktrivism adalah satu fahaman bahawa pengetahuan, idea atau konsep yang baru
dibina secara aktif berdasarkan kepada pengalaman lepas dan pengetahuan sedia ada dengan maklumat,
idea atau konsep yang diterima sama ada bantuan kendiri, interaksi sosial atau persekitaran diselaraskan
melalui proses metakognitif .
 2.2 Prinsip-prinsip pembelajaran konstruktivism
 Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (1991), salah satu implikasi utama yang pendekatan
konstruktivism yang paling utama ialah pengajaran dan pembelajaran adalah berpusatkan pelajar.
Pengetahuan yang dipunyai oleh pelajar adalah hasil daripada aktiviti yang dilakukan oleh pelajar tersebut
dan bukan pengajaran yang diterima secara pasif. Ia menekankan tindakan dan pemikiran pelajar dan
bukan guru.
 Berdasarkan Rajah 2, prinsip-prinsip pembelajaran utama yang berpusatkan pelajar mempunyai ciri-ciri iaitu
pembelajaran merupakan satu proses yang aktif. Di sini guru perlu menerima autonomi pelajar. . Ia lebih
menekankan pembelajaran daripada pengajaran. Pelajar diberi peluang untuk memilih gol, strategi dan
penilaian pelajarannya.
 Yang kedua ialah motivasi merupakan kunci kepada pembelajaran di mana ia menggalakkan penemuan
inkuiri, perasaan ingin tahu dan inisiatif pelajar. Di samping itu pengalaman dari segi kepercayaan, sikap
sedia ada dan pengetahuan sedia ada memainkan peranan yang kritikal dalam pembelajaran.
 Oleh sebab manusia mempunyai kecenderungan kognitif (cognitive predisposition) maklumat akan dipilih
dan diubahsuai. Pelajar mengkonstruk pengetahuan melalui penglibatan aktiviti projek / kajian.( contoh;
menguji hipotesis) dan membuat pilihan. Di sini, pengajaran perlu direkabentuk untuk memudahcarakan
ekstrapolasi dan memenuhi ruang (“going beyond the information given”).
 Dalam teori konstruktivism, pembelajaran adalah berbentuk kontekstual. Ia berkaitan dengan dunia
kehidupan seseorang dan berhubung dengan prejudis dan kebimbingannya. Pembelajaran juga ialah satu
aktiviti sosial di mana ia menyokong pembelajaran koperatif dan melibatkan penggunaan bahasa. Ia
melibatkan pelajar dengan situasi dunia sebenar. Pembelajaran sebagai aktiviti sosial ini juga
menggalakkan dialog dan perbincangan sesama pelajar atau antara guru dan pelajar. Satu lagi prinsip
pembelajaran ialah ia mengambil masa. Di sini pelajar perlu diberikan masa yang mencukupi untuk
menyelesaikan tugasan yang diberi. Ia menekankan pemikiran refleksi dan proses kematangan.
 Pembelajaran konstruktivism amat memokus kepada pemahaman pelajar dan prestasinya. Mengikut Alessi
& Trollip (2001), ia mempunyai asas dalam kognitif bersituasi dan perkaitan dengan pengajaran bertumpu.
 2.3 Pendekatan pembelajaran secara konstruktivism
 Pendekatan pembelajaran secara konstruktivism dapat dibahagikan kepada lima format iaitu :
 a. Penglibatan : Simulasi perasaan ingin tahu pelajar melalui pemberian suatu tugasan, topik atau konsep,
memupuk minat dan membangkitkan persoalan.
 b. Penjelajahan : Adalah bertujuan untuk memuaskan perasaan ingin tahu melalui penggunaan pendekatan
inkuiri untuk menjelajah dan menyiasat, melalui eksperimen, menggalakkan pelajar untuk bekerjasama dan
menyoal.
 c. Penerangan: Pendekatan yang melibatkan definisi konsep dan penyataan. Pertanyaan tentang
penerangan orang lain dan membuat pertimbangan dan penjelasan.
 d. Penghuraian: Memperdalamkan lagi konsep ke dalam sudut kandungan yang lain. Pelajar akan
menghubungkaitkan dan melihat perhubungan sesuatu konsep atau topik dalam sudut kandungan yang lain
dan membuat perkiatan dengan konsep/ topik ke dalam situasi dunianya.
 e. Penilaian: Menilai pemahaman pelajar melalui demontrasi pemahaman dan kemahiran atau konsep
pengetahuan. Mengakses pengetahuan pelajar dan kemahiran dan konsep. Mengemukakan soalan terbuka
(contoh: Apa yang sedang anda fikirkan?)
 (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1997: 45)
 Untuk mencapai gol pengajaran , beberapa pendekatan pengajaran secara konstruktivism seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah 2 iaitu mewujudkan aktiviti sebab-musabab (reasoning), melibatkan pemikiran
yang kritikal dan KBKK dan aktiviti penyelesaian masalah. Pelajar juga perlu berupaya mendapatkan
kembali maklumat, memahami dan menggunakan maklumat. Pengajaran juga perlu menekankan kepada
fleksibiliti kognitif, pemikiran refleksi dan pengagihan kepakaran di kalangan pelajar dengan pelajar ,
pelajar dengan guru atau pelajar dengan pihak pakar.
 2.3 Peranan guru dan pelajar dalam pembelajaran konstruktivism
 2.3.1 Peranan Guru
 Seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2, guru memainkan peranan sebagai fasilitator yang akan merancang
dan menekankan aktiviti yang berpusatkan pelajar. Guru merupakan pembimbing yang akan membantu
pelajar menyedari kerelevanan kurikulum kepada kehidupan mereka. Guru akan mengenalpasti
pengetahuan sedia ada pelajar dan merancang kaedah pengajarannya dengan sifat asas pengetahuan
tersebut. Guru juga merupakan pereka bentuk bahan pengajaran yang menyediakan peluang kepada murid
untuk membina pengetahuan baru. Guru sentiasa berfikiran terbuka yang sentiasa menggalakkan pelajar
menerangkan idea mereka serta menghargai pandangan mereka.
 Sebagai penyokong kognitif, guru akan menstruktur pelajaran untuk mencabar persepsi murid,
menggalakkan mereka membuat tugasan yang berbentuk penyelesaian, menganalisis, meramal, meneroka
dan membuat hipotesis. Pelajar juga perlu digalakkan menerangkan lebih lanjut jawapan mereka. Selain itu
pelajar juga digalakkan membuat penemuan melalui pertanyaan soalan bercapah dan bersoal jawab antara
satu sama lain. Masa yang secukupnya perlu diberikan agar pelajar dapat membuat perkaitan antara idea-
idea yang telah dijanakan. Akhirnya guru perlu tahu cara melaksanakan pembelajaran koperatif dalam
menjalankan tugasan dan membimbing pelajar untuk mendapatkan jawapan yang tepat.
 2.3.2 Peranan Pelajar
 Perubahan ke atas peranan pelajar dalam pembelajaran secara konstruktivism melibatkan sikap
bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka sendiri dan boleh menyelesaikan masalah. Pelajar juga
perlu mempunyai inisiatif mengemukakan soalan-soalan dan isu dan membuat analisis dan menjawab
soalan-soalan yang dikemukakan. Perbincangan juga penting dalam membantu pelajar mengubah atau
mengukuhkan idea-idea mereka, mengemukakan pendapat dan mendengar idea orang lain dan membina
asas pengetahuan yang mereka faham.
 Selain itu pelajar perlu mencabar hipotesis yang telah dibuat dan digalakkan untuk membuat ramalan.
Pelajar juga perlu mempunyai kemahiran maklumat dan kemahiran penggunaan teknologi dimana mereka
dapat menggunakan data dan bahan-bahan fizikal, manipulatif atau interaktif (misalnya akses kepada
Internet) bagi menolong mereka menjana idea dan pengetahuan baru.
 2.4 Kelebihan Pembelajaran Secara Konstruktivism
 Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (1991), pembelajaran secara konstruktivism menggalakkan
kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Ia menggalakkan pelajar berfikir untuk menyelesaikan masalah,
menjana idea dan membuat keputusan yang bijak dalam menghadapi pelbagai kemungkinan dan cabaran,
misalnya dalam aktiviti penyelidikan dan penyiasatan dan pengujian hipotesis.
 Selain itu ia membolehkan kefahaman yang lebih jelas tentang sesuatu konsep dan idea di mana pelajar
terlibat secara langsung dalam pembinaan pengetahuan baru dan mengaplikasikannya dalam kehidupan
atau situasi baru.
 Hasil daripada proses pemahaman konsep, pelajar dapat membina ingatan jangka panjang tentang sesuatu
konsep melalui penglibatan yang aktif dalam mengaitkan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan
sedia ada untuk membina pengetahuan yang baru.
 Keyakinan pelajar dapat dipupuk hasil daripada pembelajaran ini dan membolehkan pelajar berani
mengahadapi dan menyelesaikan masalah dalam situasi baru.
 Di samping itu pelajar juga dapat meningkatkan kemahiran sosialnya iaitu dapat bekerjasama dengan
orang lain dalam menghadapi sebarang cabaran dan masalah. Kemahiran sosial ini dapat diperolehi apabila
murid berinteraksi dengan rakan-rakan dan guru dalam membina pengetahuan mereka.
 Akhirnya, hasil daripada pembelajaran secara konstruktivism di mana pelajar membina pengetahuan,
konsep dan idea baru secara aktif, pelajar akan meningkatkan kefahamannya, berasa lebih yakin dan lebih
seronok untuk terus belajar sepanjang hayat walaupun menghadapi pelbagai cabaran dan kemungkinan.
 3 IMPLIKASI TEORI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME DALAM PEMBINAAN DAN REKABENTUK PERISIAN
PPBK
 PPBK merupakan atucara komputer untuk menyampaikan isi pengajaran sesuatu mata pelajaran kepada
pelajar (Alessi dan Trollip, 1991). Ia ialah aturcara komputer yang menggunakan teknik-teknik kepintaran
buatan manusia untuk membantu seseorang belajar ( Jamaluddin. 1989).
 Perisian PPBK memerlukan penglibatan pelajar secara aktif mengaplikasikan pengetahuan dalam membina
realiti diri sendiri . PPBK tradisional menekankan kepada pendekatan yang sistematik berdasarkan kepada
satu set prinsip rekabentuk pengajaran. (Bolye, 1997:67). Tetapi kini konstruktivisme menjadi amat
berpengaruh dalam teknologi moden misalnya dalam rekabentuk multimedia interaktif ( IMLE). Pendekatan
lama yang lebih berbentuk objektivis tidak lagi sesuai kerana dalam psikologi moden, pembelajaran dilihat
sebagai satu proses yang dinamik di mana manusia akan membina pengetahuan baru dalam dunia
realitinya. Peranan pengajaran bukan untuk mewujudkan pengetahuan berstruktur tetapi untuk membentuk
proses pembelajaran yang konstruktif yang lebih berpusatkan pelajar.
 Papert (1980), anak buah Piaget telah menggunakan idea teori konstruktivsim dalam merekabentuk
persekitaran pembelajaran berasaskan penggunaan komputer untuk menyokong pembelajaran misalnya
program Logo yang bukan hanya membolehkan kanak-kanak mempelajari kemahiran bahasa tetapi untuk
membantu mereka dalam perkembangan kognitif. Papert melihatkan Logo sebagai suatu alat yang
menolong kanak-kanak menyelesaikan masalah. Dalam proses ini, pelajar akan memperolehi “powerful
ideas” bagi menyelesaikan masalah amnya. Pandangan pembelajaran konstruktivis dan perkembangan
kognitif memberikan tema yang penting dalam memahami persekitaran pembelajaran dalam rekabentuk
perisian multimedia PPBK. Pelajar dianggap sebagai konstruktur yang aktif ke atas pengetahuan dunia yang
diperolehi ( Boyle, 1997: 11). Papert telah memperkembangkan idea lain yang lebih relevan dengan
rekabentuk IMLE yang lebih moden. “Microworlds” dibina dengan Logo membolehkan seseorang kanak-
kanak membelajari secara aktif tentang konsep yang abstrak (Boyle, 1997:12). Konsep micorworlds ini
berpotensi mewujudkan teknik yang berkesan bagi membina persekitaran pembelajaran secara interaktif
dan berasaskan kepada psikologi konstruktivism.
 Beberapa pendekatan konstruktivism yang menggunakan komputer sebagai alat untuk membantu
pembelajaran misalnya pemprosesan kata dan hamparan elektronik. Program yang dibina untuk
meningkatkan pembelajaran dan penyelesaian masalah dikenali sebagai “mindtools” misalnya alat
pemetaan berkonsep (concept mapping tools)yang merupakan paparan berbentuk grafik tentang
pengetahuan konseptual (Boyle, 1997:26) . Di sini format visual dan aplikasi model mental perlu
ditekankan. Menurut Jonassen dan Marra (1994), tujuan pemetaan adalah menjadikan pembelajaran lebih
efektif. Kafai (1996) berpendapat pelajar yang merekabentuk dan mengimplementasikan perisian sendiri
tentang sesuatu topik membolehkan mereka memahami sesuatu konsep dengan lebih mendalam.
 Berdasarkan prinsip pembelajaran konstruktivism juga, PPBK memungkinkan pembelajaran secara “hands-
on” dan “minds-on”. Selain daripada pensel, buku latihan dan teks, komputer membolehkan pelajar
bertukar-tukar maklumat serta-merta seperti melalui Internet, e-mail dan tutoran sama ada di antara
individu dan bilik darjah secara jauh dan dekat. Ia membolehkan pelajar mengakses pangkala data,
perkhidmatan maklumat talian terus dan sumber multimedia. Selain itu media lain seperti bahan “hands-
on” seperti modul, buku , majalan , jurnal dan terbitan lain akan mengkomplimenkan perlaksanaan PPBK
 Dalam tradisi objektivis, pendekatan strategi pengajaran dan bahan serta penilaian keberkesanan program
pendidikan. Pembelajaran lebih berupa proses transmisi dan pemerolehan stuktur pengetahuan yang
dipengaruhi oleh pendekatan behaviorism dan kognitivism. Konstruktivism memperkenalkan satu
epistemologi yang mempunyai perbezaan yang radikal di mana pembelajaran lebih diutamakan daripada
pengajaran (Boyle, 1997:71)
 PPBK yang menggalakan pembelajaran kolaboratif dan pembelajaran koperatif memainkan peranan dalam
menyokong komunikasi dam pembelajaran berkumpulan. Lin(1996) menerangkan suatu alat digunakan
untuk mennstruktur dan menyokong perbincangan berkumpulan melalui elektronik , misalnya melalui video
konferencing atau “E-bincang” di Universiti Kebangsaan Malaysia. Guzdial et al (1996) menyatakan
komputer sebagai alat untuk menyokong idea “brainstroming” dan perancangan. Dalam pembelajaran
penemuan, pelajar menjalankan penemuan dengan membentuk perkaitan mental, sedangkan guru
berperanan sebagi pengantara, fasilitator atau pemudah cara pembelajaran sahaja. Dalam perlaksanaan
PPBK, pengajar perlu menyediakan peluang kepada pelajar untuk melibatkan diri secara aktif di dalam
proses pembelajaran mereka seperti menggunakan aktivit berbentuk projek atau kajian kes yang
melibatkan penggunaan komputer.
 4 APLIKASI TEORI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME DALAM REKABENTUK DAN PEMBINAAN PERISIAN
PPBK
 Rekabentuk perisian PPBK dari segi pandangan konstruktivism perlu mengambil kira aspek multimedia
interaktif. Bahan direkabentuk supaya pelajar dapat membina pengetahuan sendiri dan bukan berpusatkan
pengajar. Ia menekankan pemikiran aras tinggi . Rekabentuk bahan hipermedia dapat memberi bimbingan
kepada pelajar tentang hala tuju pembelajaran dan poin rujukan kedudukan mereka Bimbingan tidak
semestinya diperolehi dari sistem perisian tetapi peranan komunikasi antara pelajar dan pengajar dan sosial
pelajar sendiri.
 Dalam pembelajaran penemuan rekabentuk antaramuka perisian PPBK penting dalam membantu pelajar
membina pengetahuan yang ingin diperolehi, misalnya penyediaan peta atau glosari dan pernyataan yang
jelas tentang tujuan program. Rekabentuk antaramuka perlu menggalakkan penglibatan pelajar secara
aktif.
 Pembelajaran koperatif dan kolaboratif menekankan gerakkerja berkumpulan dalam menyelesaiakan
masalah. Perkins (1991) menyatakan bahawa pembelajaran koperatif mengilustrasikan agihan kecerdasan
iaitu setiap individu dapat bertukar-tukar idea dan pendapat serta kemahiran / pakar ke aras pencapaian
gol yang diingini. Ia merupakan persekitaran yang ideal bagi pelajar mempelajajari cara berkongsi
tanggungjawab dan berkerjasama ke arah gol yang sama dan kemahiran yang diperolehi didapati amat
berguna dalam pelbagai “setting” di luar persekitaran sekolah (Roblyer & Edwards, 2000:68). Pendekatan ini
amat penting disisipkan semasa perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran menggunakan PPBK.
 Kaedah penilaian tulen ( Authentic Assessment) merupakan strategi penilaian lebih berbentuk kualitatif
dibantingkan dengan jenis penilaian kuantitatif. Dalam perlaksanaan P&P PPBK, pelajar boleh dinilai
melalui penyediaan portfolio bertulis atau portfolio elektronik yang merangkumi hasil kerja yang mereka
telah buat (Bateson, 1994:; Yong,1995 dalam Roblyer & Edwards, 2000: 68)
 Dick (1997) , menyatakan bahawa konstruktivism hanya mencadangankan kaedah dalam mana
persekitaran pembelajaran yang pelbagai boleh disusunatur dan diurus supaya dapat membekalkan pelajar
dengan konteks terbaik untuk pelajar. Duffy dan Jonassen (1991) telah mempertikaikan tentang
hubungakait antara teori pembelajaran dengan pendekatan pengajaran.
 Cunningham et al (1993) telah memperkenalkan tujuh prinsip dalam merekabentuk persekitaran
pembelajaran yang pelbagai dalam konstruktivism . Ia amat berguna sebagai rangka kerja bagi
memperkenalkan rekebentuk persekitaran pembelajaran.
 4.2.1 Pembelajaran Tulen
 Konstruktivis bertumpu kepada pembelajaran melalui konteks penyelesaian masalah yang relevan dengan
dunia realiti. Pelajar perlu memperolehi pengetahuan dan kemahiran yang relevan dengan penyelesaian
masalah ( Jonassen et al. 1993 dalam Bolye, 1997:71) . Video digunakan untuk mewujudkan situasi kes
berasaskan masalah tentang “ realiti hidup” Pendekatan ini memastikan aktiviti penyelesaian masalah
adalah diselitkan dalam pembelajaran
 4.2.2 Konteks Sosial
 Interaksi sosial dilihat sebagai asas sumber bahan bagi pembentukan kognitif bahawa manusia membuat
persepsi tentang dunia. Dialog dan perundingan tentang makna menjadi asas kepada individu untuk
berkembang, menguji dan memperhalusi idea mereka. Terdapat dua elemen utama untuk membina
pembelajaran berbentuk interaktif dan konteks sosial ( Cunningham et al, 1993 dalam Bolye, 1997:73).
Elemen ini memokus kepada tutor, hubungan pelajar dan kumpulan rakan sebaya. Ia melibatkan dua proses
iaitu “scaffolding” dan “fading”. Ini bermakna guru merupakan jurulatih dan fasilitator di mana dia akan
membimbing pelajar memperolehi kemahiran yang ingin dipelajari dan pengetahuan. Guru akan menjadi
sumber pelajar dalam memberi bimbingan , komen dan membuat demontrasi. Setelah itu guru akan
mengurangkan bantuannya secara perlahan yang dikenali sebagai proses “fading”. In akan memaksa
pelajar menjadi lebih berdikari dalam aplikasi kemahiran dan pengetahuan mereka dan akhir sekali diikuti
oleh penyelesaian masalah dalam domain ini.
 Modelling yang diimplementasikan dengan menggunakan klips video disertai dengan program animasi amat
berguna untuk memberi perwakilan yang konkrit bagi proses yang tidak dapat dilihat. Di sini bimbingan dan
“fading” dilanjutkan kepada artikulasi, refleksi dan eksplorasi untuk membolehkan pelajar memperolehi
kawalan yang lebih baik kepada proses penyelesaian masalah dan seterusnya menjadikannya lebih eksplisit
(Collins et al, 1989 dalam Bolye, 1997:74).
 Misalnya dalam sistem SMALLTALKER, pelajar digalakkan mengartikulasikan pengetahuan mereka melalui
soalan konseptual yang memerlukan pelajar menyatakan pemahaman mereka. Tetapi keadaan ini tidak
dapat memproses jawapan pelajar. Oleh itu ekplorasi pula menggalakkan pelajar lebih menyelesaian
masalah secara berdikari. Butang “Explore” dalam sistem ini diberikan untuk membolehkan pelajar
mengakses kepada persekitaran program sepenuhnya. . Di sini pelajar boleh mengkonstruk program sendiri
dan meninjau sistem ini .
 Guzdial et al (1996) telah menggunakan sokongan “scaffolding” menggunakan perisian di mana tugasan
pembelajaran dipecahkan kepada aktiviti-aktiviti seperti kolaborasi melalui perbincangan elektronik
berkumpulan, menyatakan dan menggambarkan idea dan mengakses sumber penyelesaian masalah.
 Dalam pembinaan perisian PPBK juga, komponen antaramuka seperti butang, menu dan ikon yang dalam
meningkatkan kompleksiti visual bagi skrin perlu ditekankan. Interaktif merupakan satu kawalan yang
menggerakkan pengguna memanupilasikan maklum balas intrinsiknya. Misalnya terdapat opsyen
“Bantuan” yang boleh memberikan maklum balas intrinsik. Reflektif membolehkan pelajar belajar mengikut
kadar kemampuan masing-masing misalnya melalui pemetaan konsep (Phillips, Rob: 1997:21-31)
 Dalam PPBK , aktiviti seperti menulis esei , membentuk simulasi & permainan dan mencipta movie boleh
dilaksanakan dengan menggunakan alat perisian Penggunaan kemudahan komunikasi berperantara
komputer (CMC) seperti e-mail , Internet “chat Room” , video konferens dan perkongsian fail juga
digalakkan.dalam kerja projek dan kajian berkumpulan .
 4.2.3 Galakkan autonomi dan pemilihan dalam proses pembelajaran.
 Pertikaian tentang pembelajaran berpusatkan pelajar bahawa pelajar dibenarkan memilih masalah yang
akan mereka hadapi. Pelajar perlu bertanggungjawab ke atas pengalaman pembelajaran mereka
(Cunningham et. al.1993 dalam Bolye, 1997:76). Mereka perlu memperolehi pengalaman untuk
menjanakan masalah sendiri. Ini merupakan bahagian utama dalam penyelesaian masalah dalam realiti
dunia.
 4.2.4: Pengalaman dengan proses pembinaan pengetahuan
 Penekanan kepada pembelajaran tulen dan dialog sosial merupakan asas kepada pengalaman dengan
proses pembinaan pengetahuan. Ahli konstruktivis mempertikaian bahawa pengalaman dan kemahiran
dalam proses membina pengetahuan adalah lebih penting. Ini bermakna mempelajari cara belajar, cara
mengkonstruk dan memperhaluskan makna baru adalah lebih penting.
 4.2.5. Kesedaran Kendiri dalam proses membina pengetahuan
 Ia merupakan gol utama dalam pendekatan konstruktivism yang agak sama dengan idea metakognisi.
Penyelesaian masalah melibatkan proses yang memaparkan masalah dan pencarian penyelesaiannya.
Metakognisi merupakan proses aras tinggi dalam membuat refleksi ke atas pemikiran sendiri dan proses
penyelesaian masalah di mana Cunningham merujuk kebolehan ini sebagai reflektiviti.
 Pembinaan perisian PPBK perlu dibangunkan berdasarkan reka bentuk perspektif konstruktivisme di mana
pelajar ditafsirkan sebagai individu yang aktif dalam membina pengetahuannya. Ia perlu melibatkan
pembentukan dan penyusunan semula pengetahuan pelajar melalui pengalaman dan peristiwa yang
berlaku sepanjang masa mereka berinteraksi dengan perisian PPBK. Contoh penyediaan persekitaran yang
aktif adalah melalui pendekatan penjelajahan dan penerokaan.
 Dalam konteks pembelajaran, format visual dan model mental yang berhubung dengan paparan komponen
yang menegaskan kepada kawalan pengguna ke atas kandungan dan strategi pembelajaran akan
menjadikan persekitaran pembelajaran multimedia yang kaya dengan maklumat, memberi kawalan
pengguna yang berkesan dan mempunyai tahap interaktivit yang tinggi. (Merill, 1983) . Paparan grafik,
animasi, audio, video, suara latar, muzik dan lagu iringan yang menarik mewujudkan keseronokan
mengikuti perisian PPBK. Paparan teks yang ringkas dan bernas, maklumat yang berbagai, grafik yang
berwarna-warni dapat mendorong pelajar terus membuat penjelajahan terhadap setiap ruang di dalam
perisian yang dikemukakan dan disamping meningkatkan minat dan motivasi pelajar. Suasana
pembelajaran yang seronok dan yang memberangsangkan dalam pengumpulan maklumat dapat
meningkatkan tahap ingin tahu, pemahaman terhadap kandungan pakej dan dorongan untuk terus mara ke
hadapan dapat dipupuk dan terus dipertingkatkan. Unsur-unsur klip video yang diselitkan dapat membawa
imaginasi pelajar dalan dunia realiti dan membantu mengukuhkan lagi pengalaman sedia ada.
 Impak kepada pendekatan konstruktivism dikaitkan dengan tiga aktiviti utama iaitu “front end analysis”,
pemilihan strategi pengajaran dan sumber, dan penilaian.
 Kebolehan menjanakan masalah , terlibat dalam kolaborasi, menghargai perspektif yang pelbagai, menilai
dan secara aktif menggunakan pengetahuan menjadi lebih penting. Penggunaan artifaks multimedia dalam
PPBK merupakan satu ciri penting dalam pembelajaran konstruktivism. Ia merupakan alat yang digunakan
untk perwakilan, komunikasi dan penilaian
 Perkins (1991) telah memperkenalkan lima asas paparan persekitaran pembelajaran dan membincangkan
impak konstruktivism dalam membuat pilihan ke atas komponen-komponen ini iaitu “information banks”,
“symbol pads” “ contruction kits”, “phenomenaria” dan “task managers”. Informasi banks menyimpan
maklumat seperti buku teks, buku rujukan dan database komputer. Simbol pads merupakan permukaan
bagi pembinaan dan manipulasi simbol . Contohnya: pad tulisan atau satu pemprosesan kata. “Construction
Kits” adalah set komponen yang membekalkan bahan mentah untuk aktiviti konstruktif, misalnya Lego
Technic atau satu kit asas komputer seperti Logo. Fenomena ria adalah contoh fenomena yang dikaji. “Task
manager” menentukan jenis pembelajaran, menyelia dan mengakses hasilnya. Secara tradisional, sistem
PPBK dan ITS mempunyai peranan kuat sebagai “task manager” (Bolye, 1997:78). Komputer sebagai “tool”
untuk merekod maklumat, membuat analisis dan berkomunikasi dengan kumpulan lain. Misalnya dalam
kajian luar, komputer digunakan untuk merekod, menganalisa dan komunikasi tentang interpretasi
maklumat.
 5. PENUTUP
 Akhirkata, konstruktivism merupakan idea bahawa pembelajaran melibatkan pembinaan skima
pengetahuan seseorang individu yang dicapai melalui proses keseimbangan ( Reiber,1994). Keseimbangan
ini dicapai melalui proses akomodasi dan assimilasi di mana skema pengetahuan baru dibentuk melalui
penstrukturan semula skema pengetahuan baru dengan skema pengetahuan sedia ada. Pendekatan ini
menggalakkan pembelajaran induktif berdasarkan penemuan yang melibatkan penerokaan isi pelajaran
dengan lebih lanjut, menguji idea, membina dan menguji hipotesis.
 Konstruktivism merupakan paradigma yang dominan dalam rekabentuk dan pembinaan perisian PPBK di
mana ia mempunyai asas yang kuat dalam bidang psikologi pembelajaran dan perkembangan kognitif.
Pendekatan ini menekankan penyediaan sumber untuk pelajar membina pengetahuan sendiri. Dalam
pendekatan BIG (Beyond the Information Given) pelajar dibekalkan dengan maklumat berarahan untuk
pembentukan pengetahuan.
 Walau bagaimanapun, untuk merekabentuk dan membina perisian PPBK yang efekrif dan berkualiti,
gabungan elemen-elemen pendekatan lain seperti behaviorism, kognitivism dan konstruktivism serta
pendekatan lain amat diperlukan dan ini juga bergantung kepada gol, jenis pengguna dan kandungan
perisian. Dalam satu persekitaran pendidikan yang lengkap , ia melibatkan penggunaan teknologi bersama
komponen lain seperti guru, pelajar, buku dan media lain

http://megatputraict.blogspot.com/2007_11_01_archive.html

Вам также может понравиться