Вы находитесь на странице: 1из 9

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBUNDARKAN NOMBOR BULAT

DENGAN MENGGUNAKAN ‘KIT NOMBOR’ DALAM KALANGAN PELAJAR


TINGKATAN 1 PRIHATIN

Oleh

Suraya Binti Othman

SMK DATO’ MOHD. YUNOS SULAIMAN,


81500 PEKAN NANAS, JOHOR.

ABSTRAK

Matematik merupakan salah satu mata pelajaran yang selalunya dikatakan


sangat susah untuk difahami. Sehubungan dengan itu, matematik terus tidak
diminati oleh pelajar-pelajar. Oleh itu, saya berasa bertanggungjawab untuk
mengubah tanggapan ini di kalangan pelajar. Saya memilih tajuk Pembundaran
Nombor Bulat ini kerana ia merupakan tajuk yang mula-mula dipelajari di dalam
Bab 1, Matematik tingkatan 1 dan akan terus dipelajari sehingga ke tingkatan
empat. Jadi, saya merasakan adalah perlu menyemai sikap sukakan matematik
di kalangan pelajar-pelajar di peringkat lebih awal. Selain itu, hasil pemerhatian
semasa proses pengajaran dan pembelajaran menunjukkan pelajar-pelajar tidak
dapat menjawab soalan berhubung pembundaran ini dengan betul. Kajian ini
telah dijalankan terhadap 16 orang pelajar, Tingkatan 1 Prihatin. Kumpulan ini
merupakan kumpulan pelajar yang menjalani program intervensi selama 2 bulan
(Mac – April) kerana mereka tidak boleh membaca. Walaupun mereka lemah
dalam membaca, saya percaya mereka boleh diasah dalam mata pelajaran
matematik terutama dalam menguasai kemahiran yang asas seperti
membundarkan nombor bulat. Lebih-lebih lagi tajuk membundarkan nombor
bulat ini merupakan tajuk yang awal dalam sukatan pelajaran matematik
tingkatan 1. Ujian pra telah dijalankan kepada kumpulan sasaran ini pada 6 April
2006. Keputusan ujian pra menunjukkan kumpulan sasaran ini memang perlu
diberi rawatan. Beberapa sesi pangajaran dan pembelajaran telah dijalankan
untuk memahirkan pelajar-pelajar ini dengan nilai tempat (Units – Millions). Pada
27 April 2006, buat pertama kalinya pelajar telah diperkenalkan dengan ‘Kit
Nombor’ dalam pengajaran. Pelajar didapati sungguh gembira dan berpuas hati
terhadap pencapaian mereka. Daripada 10 soalan latihan yang diberikan hanya
2 orang memperolehi 5 markah manakala yang lain mendapat markah 8 dan ke
atas. Ujian pos pula telah dijalankan pada 28 April 2006. Pelajar-pelajar
menjawab soalan yang sama dengan ujian pra tetapi kali ini mereka
menggunakan kit nombor. Dapatan kajian menunjukkan hanya seorang pelajar
yang tidak mampu mencapai tahap lulus manakala 2 orang lagi tidak hadir.
Selain menunjukkan pencapaian yang memberangsangkan, pelajar-pelajar juga
menunjukkan sikap yang positif di sepanjang proses pengajaran dan
pembelajaran dijalankan.
1. Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Yang Lalu

Masalah membundarkan nombor bulat dalam kalangan pelajar telah saya temui setiap tahun
sepanjang enam tahun pengalaman saya mengajar matematik tingkatan 1. Saya merasakan satu
tindakan perlu diambil memandangkan kemahiran membundarkan nombor bulat bukanlah satu
kemahiran yang susah untuk dikuasai.

Tahun ini saya diberikan tanggungjawab mengajar matematik Tingkatan 1 Prihatin yang
mempunyai 16 orang pelajar yang tidak tahu membaca, suka bermain, mempunyai rasa rendah
diri yang terlalu tinggi dan tidak mahu menumpukan perhatian sepanjang proses pengajaran dan
pembelajaran saya merasa sungguh tercabar. Saya cuba mencari punca mengapa mereka
bersikap demikian dengan menanyakan pendapat mereka terhadap matematik. Seperti diduga
jawapan yang paling banyak diterima ialah belajar matematik susah, tidak faham penerangan
guru, terlalu banyak langkah yang perlu dibuat dan susah untuk diingat.

Dalam sukatan pelajaran matematik tingkatan 1, tajuk 1 adalah Nombor Bulat dan sub topik 1.1c
pula membundarkan nombor bulat. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran dengan
menggunakan kaedah ‘chalk and talk’ saya dapati murid memang kurang menumpukan
perhatian. Walaupun ada yang mampu menjawab soalan-soalan yang saya berikan tetapi apabila
ditanya semula keesokan harinya mereka telah lupa.

Kajian ini meninjau masalah pelajar yang tidak dapat membundarkan nombor bulat pada nilai
tempat yang dikehendaki. Dapatan ujian Februari juga menunjukkan masalah ini dengan
jelasnya. Kesalahan yang sering dilakukan oleh pelajar-pelajar ini tidak menukarkan digit
selepas tempat pembundaran kepada sifar menyebabkan jawapan akhir yang diberikan adalah
salah. Mereka juga sering terlupa untuk menambah satu kepada nilai tempat yang hendak
dibundarkan jika digit di sebelah kanannya bernilai 5 atau lebih.

2. Fokus Kajian

Tingkatan 1 Prihatin terdiri daripada 16 orang pelajar yang tidak tahu membaca dan sedang
menjalani proses pemulihan di bawah program intervensi. Pelajar-pelajar ini juga merupakan
pelajar-pelajar yang sangat lemah penguasaannya dalam mata pelajaran matematik. Selain itu,
kumpulan pelajar ini masih gemar bermain. Namun begitu sebagai seorang guru saya tidak
pernah berputus harapan dalam menjalankan tanggungjawab terhadap mereka.

Kaedah menggunakan kit nombor ini dicetuskan atas rasa bahawa pelajar-pelajar ini tidak boleh
diajar melalui kaedah ‘chalk and talk’ sahaja. Penggunaan CD-Rom yang dibekalkan oleh pihak
Kementerian Pelajaran juga gagal untuk menarik minat pelajar-pelajar ini. Mereka memerlukan
aktiviti yang berbentuk ‘hands-on’ dan berunsurkan permainan. Justeru, pengkaji telah mereka
bentuk ‘kit nombor’ dan digunakan di dalam pengajaran pembundaran nombor bulat.

Fokus utama kajian adalah supaya pelajar dapat menukarkan digit-digit yang berada selepas nilai
tempat pembundaran kepada sifar serta dapat menambahkan satu kepada digit yang
dibundarkan sekiranya digit yang berada di sebelah kanannya bernilai 5 atau lebih daripada 5.

Dalam peperiksaan PMR biasanya terdapat satu soalan mengenai membundarkan nombor bulat.
Oleh itu, jika perkara ini dibiarkan pelajar pasti tidak dapat menjawab soalan tersebut dengan
betul sedangkan kemahiran ini merupakan kemahiran yang paling asas. Kemahairan
membundarkan ini juga akan terus digunakan di dalam matapelajaran matematik dan sains
sehingga ke tingkatan 5. Biasanya, diperingkat yang lebih tinggi pelajar-pelajar akan diminta
untuk membundarkan jawapan mereka kepada satu nilai tempat yang ditetapkan. Jika mereka
tidak menguasainya semasa di tingkatan 1, maka mereka tidak akan menjawab soalan tersebut
dengan tepat.
3. Objektif Kajian

i- Objektif Umum

Meningkatkan kemahiran membundarkan nombor bulat dengan menggunakan kit nombor.

ii- Objektif Khusus

Pada akhir kajian ini pelajar-pelajar akan dapat:

 membundarkan nombor bulat kepada nilai tempat yang dikehendaki dengan tepat.
 pelajar-pelajar dapat menjawab sekurang-kurangnya 80% betul dalam ujian pos yang
diadakan.
 meningkatkan kefahaman pelajar-pelajar tentang nilai tempat bagi nombor bulat.
 guru dapat membantu pelajar menyelesaikan masalah membundarkan nombor bulat
dengan kaedah yang lebih mudah.
 Guru dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran.

4. Kumpulan Sasaran

Kajian ini dilaksanakan terhadap 16 orang pelajar Tingkatan 1 Prihatin. 1 Prihatin merupakan
kelas yang terakhir di dalam tingkatan 1 yang menjalani program intervensi selama 2 bulan (Mac
– April) kerana mereka tidak boleh menguasai kemahiran 3M.

5. Pelaksanaan Kajian

5.1 Tinjauan Masalah

Untuk mendapat maklumat awal berkenaan masalah yang dikaji, saya telah membuat tinjauan
melalui pemerhatian dan ujian pra.

i- Pemerhatian
Melalui pemerhatian yang dibuat melalui proses pengajaran dan pembelajaran, didapati
kaedah yang saya gunakan memang tidak membantu murid menguasai kemahiran
membundarkan nombor bulat. Walaupun mereka boleh menjawab ketika saya
menerangkan contoh tetapi apabila latihan diberikan mereka gagal menjawab dengan
betul.

ii- Ujian Pra


Ujian pra dilakukan untuk menguji sejauh mana kemahiran murid membundarkan
nombor bulat. Ujian ini dijalankan sebelum sesi bimbingan bermula. Ujian pra ini terdiri
daripada 13 soalan yang berkaitan dengan membundarkan nombor bulat. Bentuk soalan
yang digunakan adalah berbeza untuk memastikan bahawa pelajar benar-benar faham
dan tidak menghafal satu bentuk soalan sahaja. Jawapan bagi ujian pra tidak
dibincangkan tetapi saya terus menjalankan aktiviti P&P dengan memperkenalkan “Kit
Nombor”.
5.2 Analisis Tinjauan Masalah

i- Analisis Pemerhatian

Melalui pemerhatian saya mendapati bahawa kumpulan pelajar ini memang lemah
membundarkan nombor bulat. Dua kesalahan yang sering dilakukan oleh pelajar-pelajar
ialah:
 tidak menukarkan digit selepas tempat pembundaran kepada sifar
 sering terlupa untuk menambah satu kepada nilai tempat yang hendak
dibundarkan jika digit di sebelah kanannya bernilai 5 atau lebih.

ii- Analisis Ujian Pra

Jadual 1 : Analisis Ujian Pra

BIL KEPUTUSAN BILANGAN PELAJAR


(%)

1 SALAH SEMUA 7
(43.75%)
2 BETUL 1 3
(18.75%)
3 BETUL 2 1
(6.25%)
4 BETUL 5 2
(12.50%)
5 BETUL 6 1
(6.25%)
6 TIDAK HADIR 2
(12.50%)

Jadual 1 menunjukkan tujuh orang (43.75%) pelajar saya tidak dapat menjawab semua
soalan. Ini bermakna, sebanyak 92.9% pelajar adalah gagal di dalam ujian ini dan hanya
seorang (6.25%) yang lulus, itupun dengan markah yang kurang memuaskan (46%).

5.3 Tindakan Yang Dijalankan

i- Aktiviti

Langkah-langkah pengajaran dan pembelajaran yang terperinci adalah seperti berikut:

 Guru menunjukkan bagaimana menggunakan kit nombor manakala pelajar


mengikut dengan menggunakan kit nombor masing-masing melalui kaedah “Tiru
Macam Saya”. Sebanyak 10 soalan diberikan. Guru menunjukkan contoh
penggunaan kit nombor manakala pelajar meniru apa yang dilakukan oleh guru
dengan menggunakan kit nombor masing-masing. Namun begitu, jawapan akhir
hanya akan diperolehi daripada pelajar itu sendiri manakala guru hanya akan
membuat pembetulan jika mereka memberikan jawapan yang salah.
 Pelajar membuat latihan secara individu dengan menggunakan kit nombor
masing-masing melalui kaedah “Ya! Saya Boleh”. Pelajar diberikan sepuluh
soalan lagi daan kali ini mereka perlu menjawab secara individu. Guru hanya
membimbing jika perlu.
 Pelajar yang masih belum menguasai penggunaan kit nombor ini dibimbing pula
oleh rakan-rakan yang telah menguasainya melalui aktiviti “Berat sama dipikul,
ringan sama dijinjing”. Aktiviti ini dijalankan setelah guru menyemak jawapan
pelajar-pelajar tersebut.
 Guru membincangkan jawapan.

ii- Bahan

 Kit nombor untuk guru


Kit nombor yang diperbuat daripada kad manila untuk memudahkan pelajar-pelajar
mengenalpasti nilai tempat yang hendak dibundarkan. Selain daripada itu, sebuah
papan lembut berukuran 122 cm X 92 cm yang memaparkan jadual nilai tempat
daripada ‘Units’ hingga ‘Millions’ untuk digunakan bersama kit nombor. Kad-kad
nombor juga disediakan untuk menunjukkan nombor yang hendak dibundarkan.

 Kit nombor untuk murid


Seperti di atas tetapi bersaiz lebih kecil manakala papan lembut diganti dengan
lembaran kerja.

 Kertas aktiviti
Soalan latihan yang digunakan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.

5.4 Pelaksanaan Tindakan

i- Aktiviti 1 : Tiru Macam Saya

 Kit nombor digunakan bersama papan lembut yang memaparkan jadual


nilai tempat.
 Pada kit nombor terdapat dua lubang. Lubang berbentuk segi empat akan
diletakkan pada digit atau nilai tempat yang hendak dibundarkan.
 Lubang berbentuk bulat pula diletakkan pada digit di sebelah kanan digit yang
hendak dibundarkan.
 Bentuk bulat merujuk kepada tempat yang mesti dilihat dahulu. Bulat juga
menunjukkan digit-digit yang berada di dalamnya dan seterusnya akan
menjadi sifar setelah dibundarkan.
 Di atas bentuk bulat terdapat anak panah yang mengandungi nombor 5, 6, 7, 8
dan 9 menuju ke arah bentuk segi empat iaitu digit yang hendak dibundarkan.
 Ini bermaksud, jika digit yang berada di dalam lubang berbentuk bulat adalah 5
atau lebih, maka digit yang hendak dibundarkan perlu ditambah satu.
 Jika digit di dalam lubang berbentuk bulat nilainya kurang daripada 5, oleh itu
tidak perlu menambah satu kepada digit di dalam lubang segi empat. Digit
tersebut dikekalkan.
 Akhirnya, digit-digit di dalam lubang berbentuk bulat dan seterusnya akan
menjadi sifar.
Rajah 1 :Papan Lembut

MILLIONS HUNDRED TEN THOUSANDS HUNDREDS TENS UNITS


THOUSANDS THOUSANDS

Rajah 2 : Kit Nombor

9 8 7
+1 6 Kad manila

Menunjukkan digit
Dilubangkan dan Dilubangkan dan sifar yang perlu ditulis
diletakkan pada nilai diletakkan pada digit selepas pembundaran
tempat yang akan bersebelahan digit yang dilakukan.
dibundarkan akan dibundarkan

a- Pemerhatian

Berdasarkan pemerhatian dari aktiviti yang telah dijalankan didapati pelajar-pelajar


seronok menggunakan kit nombor. Ini kerana mereka lebih jelas dengan keputusan
akhir yang diperolehi setelah meletakkan kit nombor itu ke atas jadual nilai tempat.
Pelajar-pelajar juga dapat memberikan jawapan dengan kadar yang lebih cepat
berbanding kaedah biasa.
b- Refleksi

Saya dapati perubahan pencapaian dan juga sikap pelajar-pelajar dapat dilihat
dengan jelas. Pelajar-pelajar dengan mudahnya dapat meniru apa yang dilakukan
oleh saya dan seterusnya dapat memberikan jawapan yang tepat dengan kadar yang
lebih cepat. Selain itu, mereka juga menunjukkan minat yang amat mendalam kerana
mereka seolah-olah bermain semasa belajar dan pada masa yang sama mereka
dapat menjawab soalan-soalan yang diberikan dengan betul. Terdapat 2 orang murid
yang menyatakan rasa seronok kerana mereka hampir tidak pernah dapat menjawab
soalan matematik dengan betul sebelum ini. 3 orang lagi menyatakan kesedaran
mereka bahawa membundarkan nombor bulat ini adalah mudah sebenarnya.

ii- Aktiviti 2 : Ya! Saya Boleh

 Murid menjalankan kaedah yang sama seperti aktiviti 1 (Tiru Macam


Saya) tetapi mereka menjawab soalan yang berbeza melalui kertas
aktiviti yang diberikan.
 Aktiviti ini dijalankan secara individu dan tanpa bimbingan guru.

a- Pemerhatian

Kumpulan pelajar yang selama ini sangat susah untuk memberikan perhatian
semasa proses P&P berlangsung nampaknya begitu tekun menjawab soalan-
soalan yang diberikan dengan menggunakan kit nombor masing-masing. Pada
masa yang sama mereka juga kelihatan berlumba-lumba untuk siap dahulu
dengan jawapan yang tepat.

b- Refleksi

Saya amat berpuas hati dengan pencapaian pelajar-pelajar ini. Terdapat


peningkatan yang amat memuaskan jika dibandingkan dengan latihan di dalam
proses P&P sebelum ini. 6 orang pelajar berjaya menjawab kesemua soalan
latihan dengan betul. 2 orang pelajar sahaja yang masih tidak menukarkan digit
selepas tempat pembundaran kepada sifar manakala 3 orang pelajar menyatakan
bahawa mereka terlupa untuk menambah satu kepada nilai tempat yang hendak
dibundarkan jika digit di sebelah kanannya bernilai 5 atau lebih.

iii- Aktiviti 3 : Berat Sama Dipikul Ringan Sama Dijinjing

Pelajar yang telah menguasai kemahiran membundarkan nombor bulat ini diminta
membantu rakan-rakan yang masih belum mahir lagi.

a- Pemerhatian

4 orang pelajar yang berjaya menjawab dengan betul dan cepat telah diminta
membantu rakan-rakan yang masih belum menguasai sepenuhnya kemahiran ini.
Didapati mereka membantu rakan-rakan dengan rasa gembira dan bersungguh-
sungguh. Rakan-rakan yang diajar pula dapat dilihat lebih mudah menerima
penerangan rakan sebaya mereka.
b- Refleksi

Kerjasama yang ditunjukkan amat membanggakan. Di sini saya sedar betapa


penting peranan pembimbing rakan sebaya terhadap pelajar-pelajar. Sesetengah
pelajar adalah lebih mudah menerima atau memahami penerangan rakan sebaya
berbanding guru. Ini mungkin kerana kaedah penyampaian atau gaya pertuturan
guru menyebabkan mereka lebih mudah memahami penerangan rakan sebaya.
Selain itu, pelajar-pelajar yang dijadikan sebagai pembimbing merasakan diri
mereka dihargai dan pengetahuan yang baru mereka miliki itu diterima oleh guru
dan rakan-rakan. Secara tidak langsung keyakinan diri mereka dapat
ditingkatkan.

5.5 Refleksi Kajian

Saya sebagai pengkaji berpuas hati kerana terdapat perubahan dari segi pencapaian pelajar
dalam menguasai kemahiran membundarkan nombor bulat. Masa yang diambil untuk
memahami juga adalah lebih minima berbanding dengan cara ‘chalk and talk’.
Sesungguhnya, tanggung jawab mendidik pelajar sehingga mereka faham adalah satu
amanah yang perlu dipikul dan diselesaikan sebaik yang mungkin. Menjadi satu kepuasan
sekiranya hasil yang diharapkan dapat dicapai dan sudah pasti menjadi hadiah yang paling
berharga buat diri saya. Ini dapat dilihat daripada hasil ujian pos yang dijalankan kepada
pelajar-pelajar ini. Soalan ujian pos adalah sama dengan soalan ujian pra.

Jadual 2 : Analisis Ujian Pos

BIL KEPUTUSAN BILANGAN


PELAJAR
(%)
1 BETUL SEMUA 2
(12.50%)
2 BETUL 12 5
(31.25%)
3 BETUL 11 1
(6.25%)
4 BETUL 9 2
(12.50%)
5 BETUL 8 2
(12.50%)
6 BETUL 6 1
(6.25%)
7 BETUL 3 1
(6.25%)
8 TIDAK HADIR 2
(12.50%)

Jadual 2 menunjukkan 2 orang (12.5%) pelajar saya berjaya memperolehi markah penuh
100% walaupun pada awalnya saya hanya meletakkan 80% sahaja. Hanya seorang
pelajar (6.25%) yang gagal dengan memperolehi markah 23%. Ini bermakna 81.3%
pelajar lulus di dalam ujian pra ini dengan memperolehi markah minimum 46%.
Daripada data di atas, di dapati perubahan pencapaian dan juga sikap pelajar-pelajar dapat
dilihat dengan jelas. Pelajar-pelajar didapati menunjukkan minat kerana mereka seolah- olah
bermain semasa belajar dan dalam masa yang sama mereka dapat menjawab soalan-
soalan yang diberikan dengan betul. Mereka juga menunjukkan kepuasan kerana selama ini
mereka jarang atau hampir tidak pernah dapat menjawab soalan matematik dengan betul.

Saya juga dapat merasakan bahawa pelajar benar-benar faham tentang pembundaran
nombor bulat setelah menggunakan kaedah ini kerana mereka juga berjaya menjawab
soalan-soalan pelbagai bentuk walaupun mereka tidak tahu membaca. Ini ditunjukkan melalui
kejayaan pelajar-pelajar menjawab soalan nombor 5 dan 6 yang terdapat di dalam soalan
ujian pra dan pos. Kedua-dua soalan tersebut bentuknya telah diubah berbeza daripada
soalan-soalan yang lain.

6 orang pelajar pula telah dipilih secara rawak untuk sesi temubual . Kesemuanya
menyatakan mereka lebih faham mengenai pembundaran nombor bulat melalui penggunaan
kit nombor. 4 orang pelajar menyatakan mereka berperanan membimbing rakan yang lain
menggunakan kit nombor dengan betul dan ini dapat membantu dalam meningkatkan ‘self
esteem’ mereka. Di samping itu mereka berasa seronok dan tidak bosan kerana penggunaan
alat ini menjelaskan lagi proses pembundaran nombor bulat. Terdapat 3 orang pelajar boleh
diuji secara spontan, tanpa menggunakan kit nombor dan mereka mampu menjawab dengan
betul.

6. Cadangan Kajian Seterusnya

Saya berpendapat agar kejayaan yang ada dapat ditingkatkan. Saya insaf kerana masih
terdapat pelajar yang lemah dan memerlukan perhatian dan tunjuk ajar yang lebih bersifat
individu. Seorang pelajar yang memperolehi 6 jawapan betul semasa ujian pos masih
memerlukan sedikit petunjuk semasa menjawab soalan. Manakala, seorang lagi yang
memperolehi 3 sahaja jawapan yang betul memang memerlukan bimbingan yang lebih rapi.

Saya merasakan penggunaan kit nombor ini boleh digunakan dalam kelas-kelas yang
sederhana juga. Oleh itu, saya merasakan agar kit nombor ini dapat di buat
penambahbaikkan supaya kelihatan lebih canggih dan menarik. Dalam masa yang sama
penggunaannya boleh dikemaskinikan. Dalam usaha ini, sedikit peruntukan kewangan
diperlukan dan yang lebih penting idea-idea serta pandangan daripada rakan-rakan guru amat
dihargai supaya kit nombor ini dapat digunakan dengan lebih berkesan. Hasil dari kajian yang
dijalankan, saya dapati terdapat perubahan yang positif dari segi pengajaran guru dan arah
pembelajaran murid.

Bibliografi

1. Lee Chin Choy & Yeo Mui Kiow, Mathematics Volume 1 Form 1, Pustaka
Cipta Sdn Bhd., Kuala Lumpur. 2002.

2. Ooi Soo Huat et.al., PMR Focus U Mathematics, Penerbitan Pelangi Sdn.
Bhd., Selangor. 2005.

3. Jurnal Kajian Tindakan Sekolah-sekolah Rendah Negeri Johor, Jilid 1/2006, Jabatan
Pelajaran Johor dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), 2006.

Вам также может понравиться