You are on page 1of 8

ssalamualaikum wbt

Gout kini merupakan satu penyakit yang semakin banyak menyerang rakyat Malaysia.
Dikalangan rakan sekerja penyakit ini sudah menular dengan rancak dan paling
ramai yang menghidapinya ialah kalangan lelaki berusia lebih 40an. Namun ada
antara kes gout juga menyerang lelaki berusia awal 30an.

Menurut NIH (National Institutes of Health in America), gout telah menyerang kira-kira
2.1 juta penduduk di Amerika dan kerap di hadapi oleh lelaki berusia antara 40 –
50. Ia jarang berlaku pada kanak-kanak-kanak dan remaja.

Apa sebenarnya penyakit gout? Gout ialah satu penyakit yang diakibatkan oleh
peningkatan asid urik di dalam darah. Apabila tahap asid urik dalam darah ini terus
meningkat, sebahagian asid urik ini akan membentuk “kristal asid urik” pada
bahagian sendi-sendi dan ini akan menyebabkan sendi ini mengalami sakit, sukar di
bergerak, pembengkakan dan inflamasi. Gout selalunya menyerang sendi pada ibu
jari kaki seperti gambar.

Asid urik adalah satu bahan hasil pemecahan sel-sel tua yang mati (DNA dan RNA) yang
berlaku di dalam hati. Asid urik juga dihasilkan apabila manusia mengambil makanan
yang tinggi kandungan protinnya seperti daging. Protin akan diuraikan kepada asid amino
dan sebahagian asid amino yang berlebihan akan diuraikan kepada asid urik. Dalam
bahasa mudah, asid urik adalah hasil penguraian sel yang mati serta dari makanan yang
diambil.

Kadar normal asid urik dalam darah meningkat apabila kanak-kanak meningkat remaja
dan dewasa. Kadar kandungan asid urik pada lelaki dewasa ialah 3 – 7 mg/dl dan 2 – 6
bagi perempuan dewasa. Ujikaji di dalam makmal mendapati apabila kandungan asid urik
di dalam larutan melebihi tahap 6.5 – 7.0 mg/dl, kristal asid urik mulai terbentuk. Bagi
manusia, apabila tahap asid urik dalam darah melebihi 10 mg/dl, selalunya akan
mengakibatkan serangan gout yang teruk. Sekiranya gout tidak dirawat, kristal asid urik
akhirnya akan menghasilkan satu bahan yang keras disekitar sendi dipanggil tophi. Aras
asid urik yang tinggi dalam darah ini juga seterusnya selain dari gout boleh
mengakibatkan kidney stones (batu dalam buah pinggang) atau pelbagai masalah buah
pinggang (kidney failure).

Dalam keadaan normal, asid urik dalam darah ini akan dikeluarkan daripada tubuh
sebahagian besarnya melalui air kencing dan bakinya melalui ketulan najis. Masalah
hanya akan timbul apabila asid urik dalam darah ini tidak dapat dikeluarkan dari tubuh.
Apabila ini berlaku maka paras asid urik akan meningkat dan seterusnya mengakibatkan
gout.

Apabila pesakit gout menemui doktor, apa yang akan dibuat oleh doktor ialah dengan
memberikan ubat untuk menghilangkan kesan sakit (pain killer), mengurangkan
pembengkakan dan mengurangkan paras asid urik dalam darah.
Bagi mengurangkan paras asid urik, selalunya doktor memberikan ubat Allopurinol
(Lopurin, Zurinol, Zyloprim). Ubat ini berfungsi untuk mengurangkan kandungan asid
urik dalam darah melalui kaedah “memperlahankan pengeluaran asid urik. Kemungkinan
kesan sampingan ubat ini ialah gatal kulit, perut meragam dan kadang-kadang boleh juga
menyebabkan kesan alergi pening dan sakit otot. Sebenarnya ubat allopurinol tidak
menyembuhkan gout, ia hanya sekadar memperlahankan pengeluaran asid urik dari
tubuh. Bagi saya penggunaan ubat jenis ini langsung tidak munasabah.

Selain allopurinol, ubat pain killer dan mengurangkan pembengkakan yang diberikan
doktor sebenarnya memanglah kelihatan seperti sesuatu yang amat hebat keana ia
memberikan kesan positif dalam jangka masa singkat selepas pengambilanya iaitu
selepas beberapa jam namun sebenarnya pada pandangan saya ia adalah “racun” yang
sebennarnya menambahkan masalah bagi pesakit gout. Ini kerana kebanyakan pain killer
yang diberikan doktor, selain dari menghilangkan kesan sakit pesakit gout, ia sebenarnya
merosakkan buah pinggang dan ini bukan lagi rahsia di kalangan doktor. Kadang-kadang
terdapat kes perbalahan antara doktor kerana antara mereka ada yang tidak bersetuju
kerana doktor tersebut memberikan pain killer dari jenama tertentu kepada pesakit gout.
Begitulah, sesama mereka pun berbalah, mana yang betul? Sebenarnya dua-dua yang
berbalah pada pandangan saya pun tidak betul kerana jikalau mengikut saya, pesakit gout
tidak boleh sama sekali mengambil ubat pain killer dan ubat bengkak.

Ubat pain killer merosakkan buah pinggang dan apabila buah pinggang semakin rosak,
semakin sukar untuk buah pinggang ini menyingkirkan asid urik dari tubuh. Inilah
sebabnya saya menghalang sebarang penggunaan ubat pain killer dan ubat bengkak
dalam menangani gout.

Sekarang marilah kita berbincang bagaimana untuk merawat penyakit gout ini menurut
kaedah tradisional dan sebahagian besarnya diwariskan oleh arwah guru saya. Mudah-
mudahan Allah sentiasa merahmatinya. Dalam proses kita ingin merawat masalah gout
ini, terlebih dahulu kita perlu mengetahui punca masalah gout ini. Sebagaimana
disebutkan di atas, gout adalah disebabkan kegagalan fungsi buah pinggang
menyingkirkan asid urik dan pengambilan makan yang banyak menghasilkan asid urik.

Apakah sebabnya buah pinggang bermasalah sehingga tidak lagi mampu menyingkirkan
asid urik dari tubuh? Itulah yang beberapa kali diberitahu oleh mantan Menteri kesihatan
Dr Chua Soi Lek bahawa mee kuning yang mengandungi asid borik dan makanan segera
serta makanan rapu merosakkan buah pinggang.

Bagi menjaga kesihatan buah pinggang kita sila laksanakan amalan berikut semoga
dijauhi Allah dari gout::

1. Minuman yang diambil hendaklah melebihi 2L sehari. Orang banyak bekerja kuat dan
berpeluh perlu mengambil air yang lebih lagi. Masaalah kurang minum ini lebih
parah di kalangan orang Melayu.
2. Elakkan kacang tanah, kacang putih dan segala kacang bergaram

3. Elakkan segala macam buah-buahan jeruk kering seperti asam boi, buah kana, dll

4. Elakkan segala macam buah-buahan jeruk basah seperti mangga jeruk, ceremai dan
anggur jeruk.

5. Elakkan memakan mi segera seperti mi maggi dsb

6. Elakkan memakan makanan rapu seperti twisties, chikadess, o ring dsb

7. Elakkan memakan mi kuning dan roti canai. (Gantikan mi kuning dengan spageti dan
roti canai dengan capati dan tosei)

8. Elakkan Nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa kerana
kandungan utama minuman ini ialah bahan kimia, pewarna dan perisa.

9. Elakkan minum teh kedai kerana teh kedai adalah teh recycle yang semata-mata dibuat
dari bahan kimia pewarna dan perisa.

10. Elakkan chokelat dan minimakan air milo. Gantikan Milo dengan horlick.

11. Elakkan mengambil sebarang air minuman bergas.

12. Elakkan mengambil jambu batu atau jus jambu batu

13. Kurangkan atau minimakan pengambilan durian, rambutan, ciku, mangga siam, mata
kucing siam dan longan. (Makan ala kadar sahaja)

14. Elakkan tembikai dan tembikai susu

15. Kurangkan pengambilan kerang, ketam, udang dan sotong. Makan sedikit sahaja dan
jangan kerap mengambilnya.

16. Kurangkan mengambil ayam daging kerana mengandungi beta agonist dan pelbagai
hormon penggemuk. Ayam ini dibesarkan diladang cuma 31 hari sahaja akibat
diberikan ubat-ubatan ini. Cuba gantikan dengan ayam kampung atau ayam yang
dijual dipasar yang kulitnya berwarna kuning. Ayam ini tidak mengandungi ubat-
ubatan terlarang.

17. Bila makan daging, pilih daging tanpa lemak (tendon). Bila makan ayam (kampung)
pilih makan bahagian dada dan elakkan bahagian banyak tendon seperti wing
(kepak) dan peha.

18. Elakkan makan buah oren seperti oren sunkist, air limau seperti air teh O limau.

19. Elakkan makan cendawan dan produk cendawan termasuk ubat ganoderma

20. Elakkan makan ikan berbisa seperti ikan semilang dan ikan pari.

21. Elakkan makan organ dalaman seperti hempedal, hati, jantung dan tidak ketinggalan
telur ikan.

22. Kurangkan makan makanan kari seperti kari ikan dan daging.

23. Elakkan sayur kacang buncis, bayam, petola dan bunga kubis

24. Elakkan berlari dan melompat (gantikan dengan berjalan) bagi yang sudah mengalami
gout

25. Elakkan berurut terutamanya di bahagian pinggang

26. Kurangkan atau elakkan pulut, keladi, keledek, kentang dan ubi.

27. Elakkan jering, petai dan kerdas

28. Kurangkan pengambilan minyak kelapa sawit.

29. Elakkan menonton bahan pornografi

30. Elakkan menaiki motorsikal dengan kedudukan kaki ke hadapan seperti menaiki
motorsikal Jaguh.
31. Elakkan sebarang uabat-ubatan seperti pain killer dsb

32. Elakkan mengambil sebarang supplement seperti multivitamin dsb

33. Kurangkan atau elakkan tepung putih (tepung gandum) serta makanan yang dibuat
daripadanya termasuk roti putih. Tepung ata yang digunakan membuat capati adalah
baik. Saya masih belum pasti apakah kandungan sebenarnya tepung putih ini yang
merosakkan buah pinggang, apakah bahan kimia Benzoyl Peroxide didalamnya yang
digunakan untuk memutihkan tepung ini atau kandungan campuran lain dalam
tepung ini.

34. Elakkan Ikan masin jeruk seperti ikan tenggiri

35. Elakkan sayuran jeruk

36. Elakkan makanan dalam tin seperti sardin dan buah-buahan bertin

37. Elakkan telur masin

38. Elakkan cuka makanan tiruan (usahakan cuka makan asli dari apel hijau)

39. Elakkan makanan segera (Fast food) seperti KFC, Mc Donald, burger, sosej, naget
dsb- Amerika adalah negara terhebat di dunia dengan fast food diikuti dengan Hong
Kong, Australia dan England. Amerika juga adalah negara terhebat dengan penyakit
berkaitan buah pinggang diikuti oleh Hong Kong, Australia dan England
(www.shenbing.org/shenbingzhishi/zixun04.asp)

40. Elakkan terjatuh dan berurut di bahagian pinggang.

41. Elakkan menahan terlalu lama daripada membuang air kecil (tahan kencing)

42. Kurangkan makanan bersantan

43. Kurangkan makanan yang mengandungi bahan pewarna, perasa dan pengawet tiruan
dan termasuk ajinomoto
Makanan atau amalan yang perlu diamalkan selalu pula ialah:

1. Minum air masak / suam dengan banyak terutama sekali bila masuk tidur. Lebih elok
lagi sampai perlu bangun tidur pukul 3 pagi kerana perlu kencing

2. Amalkan minum teh misai kucing 2 uncang sehari.

3. Makan peria dan peria katak

4. Sawi pahit, kacang botor, kacang panjang, kailan

5. Susu tepung (bukan anelene, HL atau low fat)

6. Minyak zaitun. Satu sudu besar sehari adalah amalan yang disarankan

7. Ulam seperti ulam raja, pucuk gajus, pegaga dsb

8.Buah Delima

9. Epal hijau 2 biji seminggu

10. Burung seperti burung puyuh dan merpati

11. Daging itik, rusa, pelanduk, napuh, landak, arnab dan sebagainya

12. Garam kasar menggantikan garam halus

13. Berendam dalam air panas pada paras pinggang selama 20 minit selepas minum
segelas air suam (dalam besen atau pun tab mandi) atau SPA.

14. Makan lebih banyak sayur-sayuran

15. Makan kapsul HABBATUSSAUDA

16. Minum air kelapa dara 1 sudu besar sehari atau 2 kali sehari. Sekiranya sudah
mengambil minyak zaitun, tidak perlulah lagi mengambil minyak kelapa dara ini.
Sekiranya sudah mengambil minyak kelapa dara, tidak perlulah lagi mengambil
minyak zaitun.

Sekiranya anda mengamalkan segala nasihat ini namun gout anda masih belum
berkurang, sila hubungi saya melaui email saya.

Sebenarnya penyakit gout ini adalah rahmat dari Ilahi. Orang yang sihat memanjang
sampai tua selalunya susah untuk mengingati Allah. Penyakit ini mudah-mudahan
menjadi kafarah untuk menebus segala dosa-dosa lalu seperti dijanjikan Allah. Gout
macam rambut yang bertukar menjadi putih sebagai amaran dari Allah bahawasanya kita
makhluk Allah akan dipanggil mengadapNya dan masanya sudah semakin hampir.

Sekian wassalam wallahualam

Emjay

usu fullcream adalah susu tepung asli yang dibuat dari susu lembu. Kandungan air dari
susu lembu ini disejatkan.Untuk mempelajari tentang susu sila
lawati::http://www.answers.com/topic/milk. Maknanya siapa yang minum susu segar
berbanding susu fullcream tak banyak bezanya.

Susu rendah lemak adalah susu yang dibuang lemaknya melalui proses emparan
(centrifuge) untuk mengasingkan kandungan lemaknya. Susu HL ialah susu yang sudah
direndahkan kandungan lemaknya dan ditinggikan pula protinnya. Susu anelene adalah
susu adunan yang dibuat dari susu rendah lemak.

Kalau mengikut sains dan ilmu kedoktoran, asalkan lemak dia macam adik beradik
sedangkan kalau mengikut arwah guru saya, lemak yang terbaik ialah lemak dalam susu
dan minyak dari pokok zaitun. Lemak dari jagung masih baik tetapi minyak kelapa sawit
adalah antara yang tidak sihatuntuk diambil.

Lemak dalam susu diciptakan Allah amat sempurna kerana hanya dengan meminum susu
tanpa mengambil makanan sampingan lain, anak lembu boleh membesar dan anak
manusia boleh membesar. Kalau anak lembu diberikan susu lembu ibunya tetapi sudah
diubahsuai dengan membuang semua lemaknya, anak lembu ini pastinya tidak dapat
membesar dengan sempurna.

Apa yang perlu difikirkan dan difahami adalah vitamin ada dua jenis iaitu vitamin larut
dalam air dan vitamin larut dalam lemak. Dengan membuang lemak susu, kita bukan
sekadar mencacatkan susu tetapi apa yang lebih parah lagi ialah membuang segala
vitamin yang larut dalam susu seperti vitamin A, D, E dan K. Itulah sebabnya saya tidak
menyarankan penggunaan susu rendah lemak atau susu HL kerana khasiat yang Allah
berikan melalui susu sudah dihilangkan dan dicacatkan.

Bagi apa tujuan sekali pun sama ada untuk kesihatan atau sebagai rawatan penyakit
berkaitan paru-paru atau gout, gunakanlah susu segar atau susu fullcream atau panggilan
lainya "whole milk".

Bagi gout, pengambilan susu dapat menampung bekalan kalsium yang amat disarankan
oleh doktor untuk menangani / merawati masalah gout.

Sekian wallahualam wassalam

Emjay